1.

0

Pendahuluan Pendidikan Islam merupakan salah satu ilmu yang perlu dititik beratkan. Pelbagai jenis

kitab fiqh, tauhid, tafsir, hadith, ilmu-ilmu ‘ulum, sirah nabawi, akhlak, dakwah, mantik, balaghah dan bahasa Arab telah ditulis oleh para ulama dan sarjana Islam. Antara tokoh-tokoh ilmu Pendidikan Islam seperti Ibn Maskawaih, al-Qabisi, al-Mawardi, Ibn Sina, al-Khaldun, Ibnu Shahnun, al-Ghazali dan beberapa lagi tokoh. Dalam perbincangan kerja kursus ini hanya merangkumi kurikulum Pendidikan Islam menurut pemikiran al-Ghazali sahaja. Al-Ghazali merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal bukan sahaja dalam kalangan umat Islam bahkan juga bagi orang bukan Islam. Kehebatan al-Ghazali telah memberi kesan mendalam di jiwa umat Islam dari segi pemikiran, budi pekerti, dan pendidikan. Keilmuannya sangat meluas dalam pelbagai bidang ilmu terutma dalam bidang falsafah, akidah, fiqh, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain serta dengan pelbagai penulisan ilmuah yang dikarangnya. Kerja kursus ini akan membahaskan biodata al-Ghazali seterusnya latar belakang pendidikan serta karya-karya yang dikarang oleh beliau. Dalam kurikulum Pendidikan Islam pula menyentuh tujuan pendidikan, tugas dan tanggungjawab guru dan pelajar, metod yang disarankan dan digunakan oleh al-Ghazali.

1

Abdul Salam Yussof (2003). nama penuhnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhamad bin Ahmad alGhazali al-Tusi al-Shafie. Menurut Abidin Ibn Rusn. Beliau menghabiskan sisa hidupnya dengan membaca al-Qur’an dan hadith serta mengajar. Opcit.1 Biodata Al-Ghazali Terdapat beberapa pendapat mengenai nama sebenar Imam al-Ghazali. Hal 1 3 2 1 Abidin Ibnu Rusn (1998). Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 1058M di sebuah kampung di pinggir kota kecil bernama Thus. dan pembaharuan Islam. al-Ghazali Abidin Ibnu Rusn (1998). nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali1. Iran. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Opcit.Ahmad Ludjito. Hal ini kerana pekerjaan ayah alGhazali sebagai tukang pintal benang wol.0 Biodata dan Latar Belakang Pendidikan 2. Beliau dikenali sebagai pemikir ulung Islam yang menyadang gelaran “ Pembela Islam” (Hujjatul Islam). Pendapat kedua pula menjelaskan namanya yang kedua disebut sebagai al-Ghazali (satu z) yang diambil daripada kata Ghazalah iaitu nama kampung kelahirannya. Al-Ghazali juga dikatakan telah mendapat gelaran sebagai “Hujjatul Islam” daripada umat Islam seluruh dunia selepas kewafatannya. Manakala menurut Abdul Salam Yussof2. Pada hari Isnin.) H. Pemikiran Al-Ghazali tentang Pendidikan. berhampiran bandar Meshad di wilayah Khurasan. Ini adalah hasil kejayaannya dalam pembelaan yang dibuat terhadap Islam daripada serangan-serangan anasir-anasir luar4. hal 2 4 2 . Selangor: Utusan Publication&Distributors Sdn Bhd. Ada perbahasan mengenai nama al-Ghazali iaitu namanya ada yang disebut sebagai Ghazzali (dua z) yang bererti tukang pintal benang. Imam al-Ghazali Pendidikan Berkesan. al-Ghazali kembali ke tempat asalnya di Thus. “ Hiasan Agama” ( Zainuddin). 14 JumadilAkhir tahun 505H bersamaan 18 Disember 1111M. Pada tahun 500H bersamaan 1107M. “ Samudera Yang Menghanyutkan” (Bahrun Mughriq). Hal 9 Abdul Salam Yussof (2003). Gelaran ini berdasarkan kepada keluasan ilmu dan amalnya serta hidupnya yang penuh dengan perjuangan dan pengorbanan dalam mempertahankan ajaran agama daripada pelbagai serangan3. (Terj.2.

Ahmad merupakan saudara lelaki al-Ghazali dan juga Ahmad terkenal dengan panggilan Mujiduddien dan juga Abu Futuh7.2 Latar belakang Pendidikan al-Ghazali Pendidikan pada zaman kecilnya dimulakan dengan bapanya iaitu seorang bangsa Parsi yang miskin tetapi kuat agamanya. fiqh. iaitu Firdausi. namun beliau amat menitikberatkan pendidikan kepada anak-anaknya. Bapanya juga seorang yang amanah. ahli sufi itu menguruskan kedua-dua orang anak ini ke sebuah sekolah yang menyediakan bantuan dan kemudahan pelajaran. Jenazah dikebumikan bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal. Oleh kerana dasar tanggungjawab dan amanah. Hal 4 Ibid. Opcit. beliau mempelajari kurikulum yang menekankan aspek menghafal alQur’an. dan lain-lain. pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505H/19 Disember 1111M. mempelajari asas-asas membaca dan menulis diikuti pelajaran tatabahasa Arab dan Nahu. berlaku satu peristiwa yang mana 5 Abidin Ibnu Rusn (1998). Ada pendapat lain menyatakan6. beliau kembali ke kampung halamannya di Thus. Al-Ghazali adalah orang yang pertama kali menggabungkan antara sufisme dan syari’ah dalam satu sistem. Ini dibuktikan daripada kehidupan bapanya sebagai pemintal benang daripada bulu dan mempunyai sebuah kedai tempat dijual barang dagangan di Pekan Tus. Ahli sufi ini menjalankan tanggungjawab menjaga kedua-dua orang anak yatim ini dengan baik sehingga harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka hampir kehabisan. Walaupun ayah beliau seorang yang buta huruf dan miskin. al-Ghazali telah meninggal dunia di tempat kelahirannya sendiri. matematik. Pada tahun 470H. Semasa kecilnya. Opcit. kemudian berhijrah ke Jurjan. Semasa perjalanan pulang.menembuskan nyawa terakhir di usia 55 tahun. beliau telah mewasiatkan kepada seorang sahabatnya yang sufi agar memberikan pendidikan yang sempurna kepada kedua anaknya iaitu Ahmad dan al-Ghazali. hal 3 6 7 3 . Semasa di Jurjan. al-Ghazali telah berguru dengan as-Syaikh Ismail bin Saadah al-Ismail berhubung fiqh mazhab Syafie. hal 13 Abdul Salam Yussof (2003). Beliau berguru dengan seorang sufi di negara Thus. Sebelum meninggal dunia. Beliau dimakamkan bersebelahan madrasah yang didirikannya5. 2. Beliau juga meninggalkan tiga orang anak perempuan.

Jakarta: PT RajaGrafindo Persada. Pedagogi Pendidikan Islam. Hal 9. Maka berkata salah seorang daripada perompak tersebut. menulis dan memperolehi ilmunya”. Wikipedia al-Ghazali di http://wikipedia. Atas prestasi yang baik dan meningkat. engkau akan kehilngan ilmunya. Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam: Seri Kajian Filsafat Pendidikan Islam. “Ambillah semua yang engkau mahu. Hal 82 Ghazali Darusalam (2001). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Dalam kesibukan beliau mengajar. Al-Wasith. Kemudian berpindah ke Baghdad untuk menjadi pensyarah di Perguruan Tinggi Ridzamiyah pada tahun 484H bersamaan 1091M. tetapi jangan engkau ambil bungkusan ini”. beliau berkata. Khulashah Dipetik daripada laman sesawang. dimana segala bekalan dan buku-buku telah dirampas oleh perompak. Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin. merupakan seorang guru sekolah di Naisabur9. Bandung: Anggota IKAPI.” Ini adalah hasil titik peluhku. Beliau berjaya menguasai beberapa bidang seperti bidang fiqh.org/wiki/Abu_Hamid_AlGhazali pada 15 Mac 2011 Abidin Ibnu Rusn (1998).) Irwan Kurniawan. beliau sempat mengarang sejumlah kitab seperti Al-Basith. Ilmu yang tersimpan dalam beberapa helai kertas bukanlah ilmu yang sebenar!. aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku dapat mendengar. Perguruan Tinggi Ridzamiyah juga dikenali sebagai Universiti Nidhamiyah. al-Ghazali (1997).8 Hasil daripada kata-kata perompak inilah menjadikan al-Ghazali seorang yang berjaya dalam menghafal semua ilmuilmu yang dipelajarinya. logik dan falsafah10. ilmu Ushul dan ilmu pengetahuan agama lain. Hal 210 10 9 8 4 .memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau. Perompak beranggapan bungkusan itu merupakan harta yang sangat berharga lalu membukanya dan menjumpai beberapa helai kertas yang penuh dengan tulisan. H. Beliau berada di Nisabur pada tahun 478H/1085M untuk mempelajari ilmu kalam.Abuddin Nata (2000). kalam. pada usia 34 tahun al-Ghazali diangkat menjadi pimpinan universiti tersebut. (terj. Kemudian beliau melanjutkan langkah kakinya ke Naisabur untuk belajar ilmu agama dengan ulama besar yang termasyhur iaitu Imam al-Haramain Diya al-Din al-Juwaini. “Bagaimanakah engkau boleh mendakwa yang engkau telah memperolehi ilmunya? Andaikata kami rampas bungkusan ini. Ketika giliran al-Ghazali. Hal 10. Berlaku rompakan. Baghdad. Opcit. Kemudian al-Ghazali menjawab. Kerananya.

Tashin al-Ma’akhidz dan al-Mabadi’ wa al-Ghayat fi Fann al-Khalaf. Opcit. Hal 13 12 5 . Hal 83 Abdul Salam Yussof (2003). al-Ghazali bertugas sebagai guru. namun begitu yang masih kekal 11 H. Lubab al-Nadzar. beliau kembali semula ke Universiti Nizamiyah. Opcit. Kitab-kitab yang telah ditulis oleh beliau dianggarkan melebihi 200 buah. pada tahun 490H hingga 493H. Baghdad sekaligus dilantik menjadi presiden Universiti tersebut atas permintaan sultan. Namun begitu. Kemudian beliau telah meninggalkan Baghdad pada tahun 488H untuk mengasingkan diri daripada kehidupan manusia biasa12. Ma’khadz al-Khalaf. Kemudia beliau kembali semula ke kampung halamannya di Thus dan berbakti kepada anak bangsa.11 Selama empat tahun. 2. Minat dan daya penulisannya sangat kuat serta bertenaga dan ideanya yang tidak luntur dek zaman walaupun sewaktu al-Ghazali mengasingkan diri untuk menghayati kehidupan seorang sufi.3 Karya-Karya Tulisan Al-Ghazali Sememangnya diyakini bahawa al-Ghazali merupakan seorang pengarang dan penulis yang kaya dengan idea dan buah fikiran dalam menghasilkan karya.Abuddin Nata (2000). Al-Munqil fi Ilm al-Jadal (ilmu berdebat).Ilmu Fiqh.

Huraian fiqh mengikut mazhab Syafie dan teologinya bercorak Asya’ari.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali pada 15 Mac 2011 13 6 . Kitab ini ditulis berdasarkan hasil pengembaraannya di Naisabur dalam usia 50 tahun. Mustazh hiri ii. Tahafut ul falasifah (kesasatan ilmu filsafat) iii. Ihya’ menampilkan corak dan ciri utama Islam dalam akhlak sehingga dianggap sebagai salah satu sumber ilmu fiqh dan tasawuf. Kandungan kitab ini meliputi ibadah dan muamalah. Suluk Us Sulthanah (Cara menjalankan pemerintahan) iv. Maqashidu ul falasifah (tujuan ilmu filsafat) ii. Al-Ma’rifatul ‘Aqliyah (ilmu pengetahuan yang rasional) Bidang Agama i. Nashihat et muluk (Nasihat untuk ketua negara) Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ditulis antara tahun 489H dan 495H yang merupakan buku tentang falsafah. Al-Mungis minal dhalal (terlepas dari kesesatan) iii. Ihya’Ulumuddin (menghidupkan ilmu agama) ii. Wikipedia al-Ghazali di http://wikipedia.ke hari ini hanyalah lebih kurang 50 buah sahaja13. Minhaj ul Abidien (jalan mengabdi Tuhan) iv. Selain Dipetik daripada laman sesawang. Antara karya al-Ghazali adalah seperti berikut:Bidang Filsafat i. Sirrul ‘alamain (rahsia dua dunia yang berbeza) iii. Kitab-kitab akhlak dan tasawuf Bidang kenegaraan i.

ilmu nujum dan lain-lain. kedua. Dalam kitab ini juga. al-Ghazali telah banyak mencurahkan ideanya. ilmu-ilmu yang terkutuk seperti ilmu sihir. seorang manusia dapat memperoleh darjat atau kedudukan yang paling terhormat di muka bumi ini kerana pengajaran dan pendidikan serta ilmu dan amalnya. Hal 22-23 7 . Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada tiga iaitu pertama. ilmu 14 Abdul Salam Yussof (2003).iltu. ilmu dibahagikan kepada hukum fardu ‘ain dan fardu kifayah. yang menjadi dasar kepada pemikirannya ini ialah manusia dan pendidikan. Ilmu zahir meliputi ibadah dan muamalah. ilmu yang terpuji dalam kadar tertentu seperti ilmu-ilmu logik.0 Kurikulum Pendidikan Islam menurut Al-Ghazali Di dalam bidang pengajaran dan pendidikan. Baginya. Ilmu dibahagikan kepada ilmu agama dan ilmu intelektual serta kedua-duanya ini pula diklafikasikan kepada ilmu terpuji dan ilmu yang tercela. al-Ghazali membahagikan ilmu kepada ilmu yang zahir dan ilmu yang batin. ilmu fiqh dan lainlain.14 3. Menurut al-Ghazali. Opcit. manakala ilmu batin mencakupi ilmu untuk membersihkan hati dari sifat-sifat tercela serta menghias hati dengan sifat-sifat terpuji. ilmu yang terpuji seperti ilmu al-Qur’an. dan ketiga.

Menurut al-Ghazali. 15 Abidin Ibn Rusn (1998). perkara yang akan dibincangkan merangkumi konteks.1 Konteks Jika pendidikan dapat dipandang sebagai aplikasi pemikiran falsafah dan seorang falsafah bergerak selarang dengan jalan dan dasar pemikirannya. pengaruh. input. sistem pendidikan haruslah mempunyai falsafah yang mengerakkan kepada tujuan tertentu. “ Hasil dari ilmu sesungguhnya ialah mendekatkan diri kepada Allah. Menurut al-Ghazali. Al-Ghazali berkata. Pendidikan merupakan satu proses manusia mengenali dan mendekatkan diri dengan Tuhan Pencipta Alam. manusia perlu mengembangkan ilmu pengetahuan. dan menhubungkan diri dengan para malaikat yang tinggi dan bergaul dengan alam arwah. sistem pendidikan al-Ghazali pun sejalan dengan dasar pemikiran falsafahnya yang mengarah kepada tujuan yang jelas. baik dari segi ilmu farfu ‘ain mahupun fardu kifayah16. Opcit. tujuan pendidikan terbahagi kepada dua iaitu tujuan pendidikan jangka pendek dan tujuan pendidikan jangka panjang. Dalam kurikulum menurut al-Ghazali. proses dan juga produk. Untuk itu. hal 59 16 8 . melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi memajukan negara adalah perkara yang dituntut. pemerintahan bagi rajaraja dan penghormatan secara naluri”. Sebagai contoh. 3. Manakala tujuan jangka panjang menurut al-Ghazali ialah pendekatan diri kepada Allah. pendekatan diri kepada Allah merupakan tujuan pendidikan.ketuhanan dan lain-lain. Dengan demikian. Tambah beliau lagi. Hal 56 Ibid. Ilmu pengetahuan itu sendiri tidak akan dapat diperoleh manusia kecuali melalui pengajaran. pendidikan dalam prosesnya haruslah mengarah kepada pendekatan diri kepada Allah dan kesempurnaan insan. mengarah manusia untuk mencapai tujuan hidupnya iaitu bahagia di dunia dan akhirat15. Orang dapat mendekatkan diri kepada Allah hanya setelah memperoleh ilmu pengetahuan. itu semua adalah kebesaran. Tujuan jangka pendek menurut al-Ghazali ialah mengilap bakat dan kemampuan manusia. Tuhan semesta alam.

“ secara jelas tujuan manusia adalah meliputi agama dan dunia. Berdasarkan dua tujuan diatas. 5. Tambah beliau 17 Abdul Salam Yussof (2003). 2. Opcit.Menurut Abdul Salam Yussof17. 4. yang wujudnya adalah kemampuan dan dengan kesedaran diri melaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Membentuk manusia yang berakhlak mulia. Agama tidak akan teratur melainkan kehidupan dunia juga teratut. dapatlah dirumuskan bahawa tujuan pendidikan menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:1. Menggali dan mengembangkan potensi atau fitrah manusia. Fokus utama pendidikan dan ilmu di sisi al-Ghazali ialah pembentukan insan yang sempurna di dunia dan akhirat. suci jiwanya dari kerendahan budi dan sifat-sifat tercela. yang mana proses pendidikan itu sendiri sebenarmya memerlukan pengajar atau ta’lim. Hal 53 9 . Mewujudkan profesionalisasi manusia untuk mengembang tugas keduniaan dengan sebaik-baiknya. Mendekatkan diri kepada Allah. Al-Ghazali menyatakan bahawa. 3. tujuan pendidikan yang diteliti berdasarkan karyakarya al-Ghazali menunjukkan beliau berusaha untuk mencapai dua tujuan. Tujuan pertama ialah melahirkan insan sempurna yang bermatlamat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mengembangkan sifat-sifat manusia yang utama sehingga menjadi manusia yang berguna. 3. Manakala tujuan kedua pula ialah melahirkan insan sempurna yang bermatlamat mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.2 Input Pendidikan menurut al-Ghazali merupakan alat bagi mencapai sesuatu tujuan. manakala dunia adalah tempat menyebarkan benih bagi akhirat serta jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi mereka yang ingin mengambil menjadikan alat dan tempat tinggal.

Namun begitu tugas dan tanggungjawab guru kepada murid pada azalinya ialah seorang pengajar perlu ikhlas terhadap Allah SWT. perkara pertama adalah niat yang memainkan peranan penting dalam proses pengajaran. AlGhazali berkata. tidak boleh hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih sahaja19. Hal 62 Abdul Salam Yussof (2003). manakala guru profesional pula ialah guru yang dilatih secara khusus untuk menjadi guru daripada segi ilmu dan ketrampilan keguruan. Opcit. harus mengarah kepada tujuan hidup muridnya iaitu mencapai hidup bahagia dunia akhirat20. Seorang guru yang mengajar ilmu pengetahuan. balasan dan terima kasih. baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Hal 68 19 20 10 .lagi. Hal 118 Abidin Ibnu Rusn (1998). maka wajib juga membetulkan niat guru bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar adalah lebih mulia daripada ibadat belajar” Guru mesti mengikut jejak Rasulullah SAW dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab. Guru alami ialah guru yang tidak dilatih secara khusus untuk menjadi guru. Antara 8 tugas iaitu:i. 18 Abidin Ibnu Rusn (1998). Tetapi mengajar kerana Allah dan mencari kedekatan diri kepada-Nya”. Seorang pendidik perlu menilai tujuan dan perkhidmatannya iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata. “Hendaklah guru mengikuti jejak Rasulullah SAW maka ia tidak mencari upah. “ Wajib membetulkan niat murid-murid. Menurut al-Ghazali. Opcit. Opcit. Guru sebagai Khalifah yang mewarisi Rasulullah SAW Dalam tugas dan tanggungjawab guru ini mempunyai perbahasan pendapat oleh penulispenulis buku. Dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru menurut al-Ghazali mempunyai 8 tugas. guru terbahagi kepada dua iaitu guru alami dan guru profesional18. Al-Ghazali menyebut bahawa syarat bagi seseorang guru adalah layak menjadi pengganti Rasulullah SAW jika dia benar-benar berilmu dan ikhlas. Namun yang dibincangkan dalam kerja kursus ini hanya empat sahaja.

Hal 212 Abdul Salam Yussof (2003). Kuala Lumpur: Arena Ilmu. Kuala Lumpur: DBP. menjauhi apa yang dilarang dan mengamalkan segala ilmu yang disampaikan 24. bertanggungjawab. Guru mesti stabil dari segi emosi. Sebagai seorang pendidik haruslah mengerjakan apa yang diperintah. Kurikulum dan Pendidikan Guru. Nasai. guru yang berkesan ialah mereka yang mempunyai ciri-ciri sosial dan psikologi tertentu. Abu Daud. Guru sebagai ibu bapa kepada anak murid Seorang guru perlu mempunyai sifat belas kasihan kepada pelajar-pelajar. bersifat mulia dan tidak malu menjadi guru.ii. Hal 122 Ariffin Nordin dan Noor Aini Bt Dan (1992). Menurut Ariffin Nordin dan Noor Aini bt Dan. Guru perlu menanamkan kasih sayang dalam kalangan murid dan guru sekaligus melahirkan rasa kasih sayang antara mereka22. boleh membimbing pelajar dan tulus melakukan tugas. kasih sayang terhadap murid. Ibnu Majah. idea yang dikemukan al-Ghazali ini juga dalam penyebaran ilmu boleh dikaitkan dengan matlamat Wawasan 2020 (dalam konteks di Malaysia) yang ketujuh iaitu untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Sebuah hadith menyatakan. Pendidikan dan Wawasan 2020. Al-Ghazali menyebut bahawa perlu memberi kasih sayang kepada pelajar-pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak-anak sendiri21. Opcit. Seorang guru akan melaksanakan tugasnya apabila mempunyai tanggungjawab dan kasih sayang terhadap pelajarnya sebagaimana orang tua terhadap anaknya sendiri. ( HR. Ini bermakna sistem sosial mengutamakan kepentingan masyarakat. Menurut Mohd Ahmad al-Rashid23. Hal 123 24 11 . Ibnu Hibban. “ Sesungguhnya aku ini bagimu adalah seumpama seorang ayah bagi anaknya”. 21 Abdul Salam Yussof (2003). dari Abu Hurairah) iii. Guru sebagai role model kepada murid-murid Al-Ghazali menyatakan bahawa seorang guru mesti mengamalkan ilmu yang dimiliki dan jangan menjadi seorang pendusta. kebajikan insan dan pembentukan sebuah keluarga yang kukuh. Opcit. Hal 89 23 22 Mohd Ahmad al-Rashid (1990).

Opcit. Sebab kalau dengan cara terus terang. “ Guru hendaklah menherdik muridnya dari berperangai jahat dengan cara sindiran dan tidak dengan cara terus terang. Opcit. Opcit. seorang guru haruslah mengajar dengan jelas. bersikap rendah diri dan 25 Abidin Ibnu Rusn (1998). Tugas sebagai pelajar pula merangkumi iaitu belajar merupakan proses jiwa. H. dan mengakibatkan ia berani menentang dan suka akan sifat jahat itu”. Menjaga maruah pelajar Seorang guru haruslah menjaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi.Abuddin Nata (2000). Al-Ghazali juga menyentuh tugas dan tanggungjawab bagi murid dalam menuntut ilmu. Al-Ghazali berkata25. Abidin Ibnu Rusn (1998).Al-Ghazali menasihatkan kepada setiap guru agar sentiasa menjadi teladan dan pusat perhatian bagi muridnya. Sebelum P&P bermula. “Kewajipan bagi seorang guru dalam proses mencegah pelajar-pelajar berakhlak kurang baik adalah dengan cara memberi sindiran. 26 27 28 Hal 99 12 . Hal 71 Abdul Salam Yussof (2003).109. Ia harus mempunyai karisma yang tinggi. Hal 101 . guru perlu memahami tahap kemampuan dan pemikiran pelajarnya bertujuan untuk memudahkan guru menyediakan bahan pengajaran yang sesuai26. murid akan takut kepada guru.89. tidak dengan cara mengejek. seorang guru perlu mengamalkan apa yang diajar dan terakhir seorang guru haruslah mengetahui tahap kemampuan akal pelajarnya27. Hal 76 . tetapi sebaliknya dengan cara kasih sayang. iv. yakni bikan dengan cara terus terang. Opcit. Al-Ghazali berkata. Hal 124-129 Ibid. lakukan dengan kasih sayang dan bukan dengan memaki hamun” Tugas-tugas guru yang disebut al-Ghazali juga merangkumi seorang pengajar tidak boleh memperkecilkan bidang ilmu lain serta membanggakan bidang ilmunya. Dalam kitab tulisannya Ihya’ ‘Ulumuddin dan karyanya yang lain ada menyentuh mengenai tugas dan tanggungjawan pelajar dalam merealisasikan matlamat ilmu dan pendidikan28. menjauhkan diri daripada persoalan duniawi. Hal 124 Ibid.

bermula dengan hafalaz dan pemahaman. Berbeza dengan pendapat yang dinyatakan oleh Ghazai Darusalam31. mendahulukan pelajaran yang wajon. Pendidikan menurut al-Ghazali adalah menuju ke arah mencapai keredhaan dunia dan akhirat. Opcit.iaitu ada 5 metod atau cara pengajaran yang dikemukan oleh al-Ghazali iaitu metod perbandingan. kemudian dilanjutkan dengan keyakinan dan pembenaran. Metod perbandingan Dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin. Hal 131-142 30 31 Ghazali Darusalam (2001). metod dialog dan perbincangan dan terakhir metod keteladanan. metodologi pengajaran pada asasnya melibatkan tiga perkara pokok iaitu subjek yang dipelajari. al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cendekiawan tentang kebaikan dan keburukan akhlak merupakan salah satu metod 29 Hasan Langgulung (1991). dan ditegakkan dengan dalil dan keterangan yang menguatkan akidah. Abdul Salam Yussof (2003). metod tunjuk dan bimbingan. mendalami ilmu secara berperingkat (mempelajari mudah kepada kompleks) dan memahami sesuatu disiplin asas sebelum memahami disiplin lanjutan. Dalam metod khusus pendidikan agama menurut al-Ghazali. Hal 97-104. Opcit. Kuala Lumpur: DBP Abidin Ibnu Rusn (1998). 3. Hal 212-213 13 . Manakala kaedah kedua iaitu metod pendidikan Akhlak menurut al-Ghazali ialah suatu sikap yang lahir daripada jiwanya lalu melahirkan pelbagai perbuatan tanpa ada pertimbangan atau berfikir terlebih dahulu. metod halakah. dan orang yang mengajar. Asas-asas Pendidikan Islam.tawadhuk. orang yang mempelajari. Opcit. Metod ini menekankan ke arah pebentukan akhlak mulia dengan menjadikan al-Qur’an sebagai dasar.3 Kaedah P&P menurut al-Ghazali Menurut Hasan Langgulung29. Kaedah khusus menurut al-Ghazali dibahagikan kepada dua iaitu kaedah khusus pendidikan agama dan kaedah khusus pendidikan akhlak30. i.

pengajaran yang sesuai. Secara kesimpulannya. dikritik atau dibantah kesahihannya. membaca ayat-ayat al-Qur’an dengan menerangkan kandungan serta maknanya. iii. pembinaan budi pekerti dan menanam nilai-nilai murni di dalam jiwa pelajar. Contohnya. v. al-Ghazali cuba menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak iaitu dimulai dengan menunjuk cara dan diikuti dengan menyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil. ii. Metod halakah Metod halakah pula menekankan para pelajar dikehendaki mengelilingi gurunya dalam setengah bulatan untuk mendengar syarahannya. Metod Keteladanan Metod keteladanan melalui pendidikan agama dan moral bagi mempengaruhi pemikiran. iv. metod yang diketengahkan oleh al-Ghazali mengarah kepada pembentukan akhlak mulia dan bertujuan untuk membina kesempurnaan insan yang bermunajat kepada Allah serta memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Metod Petunjuk dan Bimbingan Metod petunjuk dan bimbingan sentiasa membuat percubaan sebelum memberikan pendapatnya. 14 . Metod Dialog dan perbincangan Manakala metod dialog dan perbincangan merupakan kaedah pengajaran yang berdasarkan kepada teknik perbualan atau perbincangan hasil daripada soal jawab sehinggalah fakta itu tidak dapat dipertikaikan. kebaikan dan keburukan sesuatu. Dalam metod perbandingan bertujuan untuk menunjukkan kebenaran fikiran.

Sejarah kehidupan al-Ghazali yang berpindah dari satu tempat belajar dan mengajar di tempat lain memberi pengalaman yang pelbagai kepada beliau dalam proses penyebaran ilmu. metodologi dan disiplin telah digariskan. 15 . Guru amat berfungsi dalam membentuk keperibadian murid agar menjadi insan yang soleh di dunia dan akhirat. Beberapa konsep ilmu dan pendekatan dikemukakan untuk dijadikan rujukan kepada para ilmuwan. Beberapa prinsip moral. Proses pengajaran seseorang guru hendaklah berperingkat-peringkat mengikut keupayaan dan kesediaan murid. Beliau menyarankan supaya diwujudkan proses dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu di pihak guru dan murid. sebagai model utama murid dan diamanahkan sebagai pembimbing remaja masa hadapan. al-Ghazali mempunyai pandangan yang luas terhadap aspek ilmu jika dibandingkan dengan tamadun moden Barat yang banyak menumpukan kepada aspek kebendaan semata-mata secara keseluruhannya.4. Pendidikan Akhlak amat dititikberatkan sejak kecil lagi melalui kaedah kebiasaan yang positif dan latihan yang berterusan selaran dengan tuntutan wahyu.0 Kesimpulan Secara rumusannya.

Bibliografi Abdul Salam Yussof (2003).) Irwan Kurniawan. bakat dan pembawaan anak serta mempunyai hubungan dengan nilai manfaat. H. (terj. Asas-asas Pendidikan Islam. Bandung: Anggota IKAPI. Kuala Lumpur: Arena Ilmu. Selangor: Utusan Publication&Distributors Sdn Bhd. Dipetik daripada laman sesawang. Imam al-Ghazali Pendidikan Berkesan. beliau menyarankan agar tujuan utama penggunaan ilmu diselaraskan dengan tingkat usia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hasan Langgulung (1991). Pedagogi Pendidikan Islam.) H. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Opcit. al-Ghazali (1997). Hal 9. Kuala Lumpur: DBP 16 . (Terj.Dalam menerapkan metod bimbingan. tingkat kecerdasan. Abidin Ibnu Rusn (1998). Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin.Abuddin Nata (2000). Al-Ghazali menekankan tujuan pendidikan adalah mendekatkan diri kepada Allah sebagai benteng jiwa yang bersih. Wikipedia al-Ghazali di http://wikipedia. Hal 10.Ahmad Ludjito. Pemikiran Al-Ghazali tentang Pendidikan. Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam: Seri Kajian Filsafat Pendidikan Islam. Pendidikan dan Wawasan 2020. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada. Abidin Ibnu Rusn (1998). Kaedah pendidikan al-Ghazali cenderung ke arah prinsip sufi (penyucian jiwa) dan pragmatik.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali pada 15 Mac 2011 Ghazali Darusalam (2001). Ariffin Nordin dan Noor Aini Bt Dan (1992). Al-Ghazali juga menempatkan pendidikan sebagai tokoh teladan bagi murid dan membiasakan murid-murid untuk mengamalkan ilmu yang dimiliki bagi kepentingan diri sendiri dan masyarakat.

Kuala Lumpur: DBP Mohd Ahmad al-Rashid (1990).Hamid Fahmy Zarkasyi (1990). Kuala Lumpur: DBP. 17 . Kurikulum dan Pendidikan Guru. Pemikiran Al-Ghazali Tentang Pendidikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful