PENCEMARAN AIR

1.0

Pengenalan

Dewasa ini, dalam mengejar arus pemodenan terdapat pelbagai projek pembangunan dan aktiviti-aktiviti ekonomi jelas kelihatan di merata tempat. Namun, pembangunan yang pesat dalam meningkatkan taraf hidup penduduk telah menyebabkan masalah alam sekitar. Hal ini telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran. Masalah yang berlaku ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan seterusnya kemandirian bumi. Menurut Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (1974:5), pencemaran adalah apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat- sifat fizik, kimia atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menyebabkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk seperti pencemaran air, udara, bunyi dan lain-lain lagi. Namun, penulisan ini hanya akan memberi fokus kepada satu jenis pencemaran sahaja iaitu pencemaran air. Diketahui bahawa semua kehidupan di bumi ini memerlukan air yang merupakan sumber alam amat penting. Akan tetapi, masalah pencemaran air yang berlaku telah mengganggu dan merosakkan tubuh manusia serta hidupan lain yang menggunakan air sebagai minuman dan kegunaan harian. Pencemaran air ditakrifkan sebagai sebarang apa yang menyebabkan atau menggalakkan keadaan yang buruk dalam mana-mana badan air dan meninggalkan kesan yang negatif ke atas kemungkinan penggunannya (S. Robert Aiken et.al. 1994:290). Oleh itu, pencemaran air terjadi apabila berlaku perubahan dari segi warna, keadaan dan kandungan sehingga air tersebut tidak sesuai digunakan. Perubahan yang berlaku secara sengaja atau tidak seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi menunjukkan tanda-tanda berlakunya pencemaran air. Selain itu, pencemaran air boleh berlaku akibat proses semula jadi. Namun kebanyakkan pencemaran yang berlaku adalah akibat daripada aktiviti manusia. Hal ini berlaku kerana proses globalisasi yang membawa kepada pembangunan menyebabkan masalah pencemaran kian berleluasa. Rajah 1 di bahagian lampiran menunjukkan peratus pencemaran air berdasarkan aduan diterima oleh Jabatan Alam Sekitar dan peratusan mengikut negeri di Malaysia pada tahun 1998. Penulisan ini seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai jenis pencemaran air, punca dan kesan pencemaran air, contoh isu-isu berkaitan, peraturan Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 berkaitan pencemaran air dan akhir sekali langkah mengatasi pencemaran air. 1

penerangan. Pencemaran Sungai Kebanyakan sungai yang mengalami pencemaran yang serius ialah sungai-sungai yang melalui kawasan perbandaran seperti bandar-bandar besar dan kawasan perindustrian berbanding dengan sungai yang terletak di luar bandar dan kawasan pedalaman. pencemaran laut dan pencemaran air bawah tanah atau tasik. pencemaran biologi dan pencemaran kimia Pencemaran fizikal merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam.my/index. jenis utama pencemaran air dikategorikan kepada tiga iaitu pencemaran sungai. pepejal terampai (SS). Namun. keperluan Oksigen Kimia (COD. Pencemaran biologi adalah seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli.1.0 Jenis-jenis Pencemaran Air Dari sudut kajian hidrologi.gov. kaca. cacing nematod dan mikrob lain manakala pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat (http://pmr. 2009:71) 2 . 2. Sejak tahun 1978 pihak Jabatan Alam Sekitar telah memantau status kualiti air sungai berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA). 2005:36). Di Malaysia.PENCEMARAN AIR 2. bilangan sungai yang tercemar telah meningkat dari tujuh kepada sebelas batang sungai pada tahun 1992 dan 1993 (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Yusri Che Ngah. Parameter yang digunakan untuk mendapatkan IKA terdiri daripada keperluan Oksigen Biokimia (BOD5). klasifikasi air ditunjukan seperti berikut: Parameter Bersih (B) Indeks Sederhana Tercemar (T) 0-59 0-79 0-70 0-69 Tercemar (ST) Indeks Kualiti Air (IKA) 81-100 60-80 Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5) 91-100 80-90 Ammoniakol Nitrogen (NH3N) 92-100 71-91 Pepejal Terampai (SS) 76-100 70-75 Jadual 1: Klasifikasi kualiti air (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. Ukuran IKA dihititung dan dijadikan IKA keseluruhan untuk mengklasifikasikan air sungai mengikut status bersih (B). pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu pencemaran fizikal.php? option=com_content&view=article&id=1902:sumber-air-mentah-krisis-masa-hadapan negara &catid=325:info-ringkas). kelodak dan kertas. sederhana tercemar (ST) dan tercemar (T). Ammoniakol Nitrogen (NH3N). nilai pH dan Oksigen Terlarut (DO).

pembangunan berterusan tanpa kawalan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran pada ekosistem tasik tersebut. Pencemaran jenis ini disebabkan oleh buangan industri yang ditanam dalam tanah serta baja kimia. Antara contohnya adalah Pb. Sampah-sarap dari pantai yang menjadi tarikan pelancongan juga dialirkan ke laut. plumbum. Cd. Selain itu. racun serangga dan racun rumpai dari bidang pertanian. pepejal terampai dan Esherichia coli (E. Ni dan Co (http://www. penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal telah mengurangkan dengan banyaknya ikan air tawar di beberapa kawasan dan berlakunya pencemaran air di kawasan tersebut. Laut mengalami pencemaran daripada banyak sumber. 2. Selain itu. pencemaran air Tasik Chini di negeri Pahang berlaku disebabkan oleh pembangunanya sebagai destinasi pelancongan dan juga penerokaan kawasan sekitar tasik untuk sektor pertanian.com/doc/19491462/Pencemaran-Air).0 Punca-punca Pencemaran Air 3 . kuari atau hasil projek pembangunan dan pembalakan dialirkan ke sungai dan dibawa ke laut bersamasama dengan effluen-effluen industri.2 Pencemaran Laut Jenis pencemaran air yang kedua ialah pencemaran laut. Baja dibawa ke tasik oleh air hujan menyebabkan tumbuhan akuatik seperti tumbuhan terapung dan tumbuhan tenggelam tumbuh subur di kawasan tasik. zink dan kadmium. laut juga dicemari oleh logam-logam berat seperti merkuri. Di samping itu. tumpahan minyak dari pelantar telah dilaporkan lebih banyak berlaku yang juga menyebabkan pencemaran laut. kapal-kapal membuang najis dan sisa terus ke dalam laut manakala sungai pula mengalirkan bahan kimia sektor pertanian seperti pestisiddan baja bersama dengan buangan sampah-sarap.scribd. gris. Pencemaran laut juga berlaku disebabkan oleh kelodak dari ladang. Pencemaran ini berlaku disebabkan oleh pembuangan kotoran daripada punca daratan ke laut.PENCEMARAN AIR 2. 3. Sebagai contoh.3 Pencemaran Air Bawah Tanah/Tasik Pencemaran air tasik dan air bawah tanah juga berlaku. Hg. Selain itu.coli). Istilah logam berat merujukkepada kumpulan unsur yang mempunyai ketumpatan melebihi 5 gm/cm3. Pencemar utama air laut ialah minyak. pembuangan sisa berbahaya daripada kapal dan limpahan minyak. Oleh itu.

Hakisan tanah yang berlaku dialirkan ke dalam sungai sehinggakan sungai menjadi cetek akibat pemendapan tanah dan lumpur. ladang khinzir 779@ 4. Ianya merangkumi loji rawatan kumbahan iaitu sebanyak 9.3% termasuk 640 stesen rangkaian pam.1 Pembangunan Tanah Proses pembangunan tanah dirujuk kepada pembangunan infrastruktur awam seperti perumahan.204 (http://www. Sebahagian besar pencemaran yang terjadi di dunia ini adalah akibat kegiatan manusia. JAS telah mengumpulkan statistik berhubung punca-punca pencemaran air dari industri pembuatan dan industri berasaskan pertanian melalui lawatan lapangan dan soal selidik. Jumlah keseluruhan punca pencemaran air dari kedua-dua industri ini ádalah sebanyak 9. jalan raya. pertanian.1%. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merekodkan sebanyak 19.337@48.gov.0% dan industri berasaskan pertanian 485@2.my/old/?q=ms/content/puncapencemaran-air-sungai).320 punca-punca pencemaran air.doe. pencemaran air boleh disebabkan oleh pelbagai jenis sebatain organik dan tak organik dan mikroorganisma selalunya memainkan peranan yang penting bagi menentukan sejauh mana pencemaran itu. 4 . Di samping itu. Antaranya ialah pembangunan tanah. pencemaran air terjadi bila berlaku perubahan dari segi kandungan dan warna sehingga tidak sesuai digunakan dan memberi kesan bahaya kepada kesihatan manusia. pembalakan untuk tujuan pembangunan bandar baru telah memberi impak terhadap kualiti air (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Yusri Che Ngah. 2005:36). 2001:4). penduduk yang terus meningkat menambahkan lagi masalah pencemaran (Jainine Amas. 3. perlombongan dan pembalakan serta loji rawatan kumbahan. Hakisan tanah berlaku disebabkan oleh kegiatan-kegiatan tersebut yang menimbulkan masalah pencemaran air. Secara amnya. guna tanah semula. Pencemaran air yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktor atau punca.5%. Manusia dan hidupan akuatik menerima kesan daripada sungai yang cetek apabila air melimpah ke daratan akibat hujan lebat dan seterusnya berlakunya banjir kilat. pencemaran air berpunca daripada pembangunan sumber tanah yang menyebabkan hakisan dan pemendapan serta pengubahsuaian regim hidrologi yang dulunya adalah stabil. Menurut Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2007. industri pembuatan 8.708@ 45.PENCEMARAN AIR Menurut Mohamad Suhaily Yusri Haji Che Ngah dalam buku Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar oleh Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2006:45). perindustrian. Sejak dahulu lagi.

3. Hal ini berpunca daripada kilang getah. Hal ini kerana. Sebagai contoh. pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.4 Perlombongan dan pembalakan Aktiviti pembalakan menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek. menjejaskan ekonomi nelayan tradisional apabila pencemaran laut berlaku akibat daripada kegiatan perindustrian. Selain itu.PENCEMARAN AIR 3.2 Perindustrian Kini. nanas. Di samping itu. Keadaan tersebut menyumbang kepada berlakunya pencemaran air sama ada di sungai mahupun laut. kelapa sawit. negeri-negeri tersebut merupakan negeri perindustrian dan perlu diberi perhatian lebih untuk kesejahteraan masyarakat. terdapat banyak kilang dan kawasan perindustrian di Malaysia. pencemaran air di Pulau Pinang. Kesihatan penduduk tergugat apabila bahan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut dan seterusnya menyebabkan kemudaratan kepada aktiviti manusia. Di samping itu. Selain itu. ubi. Oleh itu. Kesemuanya berupaya menghasilkan bahan buangan organik yang tinggi dan dengan mudah mengakibatkan pencemaran air kerana sebahagian besar kilang tersebut menyalurkan bahan buangannya ke alur air sungai. Selangor dan Johor berlaku adalah berpunca daripada sisa industri yang mengalir ke laut. 3. Pencemaran air boleh menjejaskan hidupan akuatik dan seterusnya sumber makanan. sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan dan aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai juga merupakan punca berlakunya pencemaran sungai. kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan 5 . Punca pencemaran air dari segi perindustrian ialah pembuangan efluen dari aktiviti perkilangan. kayu dan tebu.3 Pertanian Faktor pertanian juga menyumbang berlakunya pencemaran air. Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan di samping aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan. Air sungai dan laut tercemara apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik. manusia terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

932 2.160 494.532 601. Johor 1.400 308. Selangor mencatatkan bilangan loji rawatan kumbahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 2.337 buah loji pada tahun 2007.610 Beban BOD (kg/hari) 358.596.184.038@ 11.PENCEMARAN AIR tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodak seperti pembalakan di hutan Ulu Muda meliputi kawasan Hutan Tadahan Air menimbulkan kebimbangan besar kepada masyarakat setempat.0%.49 . Jadual di bawah menunjukkan jumlah beban BOD yang dilepaskan daripada loji rawatan kumbahan pada tahun 2007.553.740 9.364 140.643.877 621.98 71.93 123.822 6 Kadar Alir (m3/hari) 1.649 1.373.060 pada tahun 2006 berbanding 9.5 Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn.760.83 kg/hari.934.099 73.4%.957 21.062 kg/hari dan industri pembuatan dan industri berasakan pertanian sebanyak 81. Bilangan loji rawatan kumbahan di bawah pengurusan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn.0%.618 1.01 56.100.336.697 16. telah bertambah daripada 9.27 kg/hari beban BOD dilepaskan dari loji rawatan kumbahan.944 284.265.36 4.24 155.366. 3.231 2.618 622.649@ 28.398 @15.224 1.10 77.084 1.83 1.191.424.398 1. Bhd.32 4.215 4.969.235.152.01 35.039.96 2.202 80.18 33. telah menguruskan loji rawatan kumbahan di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Pelepasan effluen daripada loji rawatan kumbahan termasuk yang telah dirawat sepenuhnya atau dirawat separuh merupakan penyumbang kepada beban pencemar organik utama.045 18. Ini diikuti oleh effluen dari ladang khinzir sebanyak 223.575 75.1% dan Negeri Sembilan 937@ 10.066 43. diikuti Perak 1. Negeri Selangor Perak Johor Negeri Sembilan Kedah Melaka Pulau Pinang Pahang WP Kuala Lumpur Terengganu Perlis WP Labuan WP Putrajaya Bil Loji Rawatan Kumbahan 2.261.198.841.001. Bhd.764 225.038 937 782 751 657 510 306 227 41 32 9 Jumlah Penduduk 6.86 18.113 337.345 135.432. Dianggarkan sebanyak 941.

4. kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku terhadap manusia ialah anomalia iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Namun sejak kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali. Di samping itu. Kesan pencemaran air yang berlaku kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri.0 Isu-isu Pencemaran Air 7 . Oleh itu.0 Kesan Pencemaran Air Pencemaran air yang berlaku boleh memberikan kesan terhadap manusia dan kehidupan lain.27 Jadual 2: Malaysia: Jumlah Beban BOD (kg/hari) daripada loji rawatan kumbahan (Sumber: http://www.745. sungai merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. pencemaran air ini juga memberi kesan kepada organisma laut di perairan cetek akibat daripada tumpahan minyak ke laut. Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.my/old/?q=ms/content/punca-pencemaran-air-sungai) *Sila rujuk Rajah 2 .doe.5 di Lampiran untuk melihat maklumat berkaitan faktor dan punca pencemaran air. Justeru itu. Sebagai contoh. Selain itu. Sepatutnya sumber air ini dihargai sepenuhnya.337 16.gov.767. air yang tercemar adalah berbahaya terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain.498 3. Maka. 5. air yang tercemar adalah berbahaya dan menghalang hidupan akuatik. Hidupan air akan mati dengan tumpahan minyak akibat daripada pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan.PENCEMARAN AIR Total 9.934.736 941.

Air dikatakan tercemar apabila dibuktikan mengandungi beberapa mikroorganisma tertentu atau sebatian-sebatian kimia yang menyebabkan air itu tidak boleh digunakan (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. penternakan dan pembuangan sisa domestik (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. Antaranya ialah pencemaran di Lembangan Linggi. Hal ini kerana sisa toksik daripada kilang dibuang dan dialirkan ke dalam longkang. Terdapat beberapa isu berkaitan pencemaran air yang diberi fokus dalam penulisan ini. Juru sebagai contoh dikategorikan sebagai sangat tercemar. Negeri Sembilan Kajian yang dijalankan oleh Hamirdi Ithnin dan Nordin Sakke (2000) di Lembangan Linggi.1 Pencemaran air di Lembangan Linggi. Negeri Sembilan mendapati bahawa terdapat korelasi yang kuat antara pencemaran air seperti Partikel Terampai (SS) dan Ammonia Nitrogen (NH3N) merupakan penyumbang utama kepada pencemaran air. pencemaran Sungai Juru.PENCEMARAN AIR Kualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap segala input sama ada semula jadi atau budaya. Negeri Sembilan. 2006:275). terusan dan seterusnya ke dalam sungai tersebut. Fenomena ini menyebabkan penurunan kualiti air di kawasan berkenaan dan seterusnya akan menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk yang menerima bekalan air dari sungai tersebut (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai. 2006:44). Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. parit. Masyarakat setempat dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap alam 8 . Pulau Pinang. 5. Pencemaran sungai di negara ini terutamanya dikawasan bandar terus meningkat. Manakala permintaan Oksigen Biokimia (BOD5) dan Permintaan Oksigen Kimai (COD) mempunyai pertalian yang kuat berbanding SS dan NH3N dengan pencemaran air yang berlaku di Lembangan Linggi. Pencemaran yang berlaku ini sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan pembangunan di lembangan sungai seperti pembuangan sampah. pertanian. 2006:6). Artikel pada rajah 6 di bahagian Lampiran membuktikan bahawa pencemaran air berlaku di Sungai Linggi. pencemaran Sungai Kelang dan pencemaran Tasik Kenyir.2 Pencemaran Sungai Juru. 5. Abdul Manaf Bohari dalam artikelnya bertajuk ‘Tanggungjawab Sosial Korporat Terhadap Alam Sekitar Di Malaysia: Kepentingan Perlaksanaan menerangkan mengenai pencemaran di Sungai Linggi yang disumbangkan oleh tiga sumber utama iaitu kilang getah. kilang minyak kelapa sawit dan industri perkilangan. Sg.

5) di mana rawatan secara ekstensif diperlukan (http://www. 5. Lihat Rajah 7 di bahagian Lampiran yang menunjukkan gambar Sungai Juru dipenuhi banyak sampah. di mana pembangunan industri dan pembangunan infrastruktur serta penternakan dijalankan di sini. pembuangan secara langsung air sisa domestik ke dalam sungai masih lagi berlaku di beberapa kawasan. Sungai Klang yang mengalir melalui Pusat Bandar Raya berpunca daripada kawasan tinggi di bahagian utara Kuala Lumpur mengandungi muatan pepejal terampai yang tinggi berdasarkan kepada warnanya yang keruh.PENCEMARAN AIR sekitar dengan membuang sampah ke dalam sungai tersebut. Panjangnya kira-kira 120 km dan menyalirkan lembangan kira-kira 1. Kegagalan dalam mengawal pelepasan sisa industri telah memberi kesan sampingan kepada alam sekitar.288 km persegi. Air Sungai Juru berada pada kedudukan teratas di negara ini dengan tahap tercemar yang teruk. Siti Aisyah Saat dalam buku Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar oleh Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2006:197) menyatakan bahawa kebanyakan sungai yang tercemar terdapat di zon pembangunan yang pesat seperti di Lembah Kelang.9-76. Hal ini dibuktikan berdasarkan artikel bertajuk ‘Pencemaran: Sungai Juru kekal di tangga teratas’ dan Tren status Sungai Juru dari tahun 2000-2009 di bahagian lampiran. Sungai ini tercemar disebabkan ia mengalir melalui Lembah Klang yang padat dengan penduduk iaitu lebih kurang empat juta orang.my/pskl2020/malay/alamsekitar /index. Lebihan bahan buangan industri ke dalam sungai telah menyebabkan berlaku pencemaran di beberapa batang sungai di sekitar Lembah Klang termasuklah Sungai Klang. 5. (WQI Kelas III 51. Hal ini menambah masalah pencemaran sungai seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2000 Malaysia Indeks Kualiti Air (WQI) menunjukkan kualiti air Sungai Klang masih tercemar.4 Pencemaran Tasik Kenyir 9 .dbkl. Punca utama kepada keadaan ini adalah pembuangan keladak dari tapak-tapak pembinaan. artikel yang memaparkan isu pencemaran tersebut dan carta yang menunjukkan indeks pencemaran di Sungai Juru. Sampah sarap di dalam sungai juga merupakan satu masalah serius yang berpunca dari pembuangan sisa pepejal tanpa kawalan dari kawasan setinggan di sepanjang tebing sungai terbabit.3 Pencemaran Sungai Klang Sungai Klang pula merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor di Malaysia ke Selat Melaka.htm).gov. Sungai ini juga berhadapan dengan masalah pencemaran air. Rajah 8 menunjukkan pencemaran air di Sungai Klang dan artikel berkaitan. Selain itu.

keadaan tersebut menjejaskan mutu air dan kehidupan dalam tasik Kenyir. PPKAS (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Tanah Kambus) 2009 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987. Hanya setelah Akta Kualiti Alam Sekeliling digubal dalam tahun 1974 dan sebuah agensi penguatkuasa ditubuhkan yang mana kini dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar. Justeru itu. Antara peraturan-peraturan berkaitan pencemaran air dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 ialah Akta 127. 6.PENCEMARAN AIR Berdasarkan artikel bertajuk ‘Pencemaran E-coli Tasik Kenyir Serius’ dalam Berita Harian bertarikh 7hb. PPKAS (Effluen) 2009. seksyen 25 dan seksyen 27 serta Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 . 6. 1974 (Akta 127) 10 .0 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998 (1998:54). PPKAS (Kumbahan) 2009. Pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh tasik tersebut telah dicemari dengan bakteria e-coli kesan pembuangan kumbahan daripada rumah bot. barulah pengurusan alam sekitar di Malaysia mengambil bentuk formal dan berstruktur seperti hari ini. Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar berkaitan pencemaran air ialah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Buangan Terjadual 2005).U (A) 12 / 79 untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri (selain dari kilang getah dan kelapa sawit). Akta Kualiti Aalam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah instrument perundangan pertama untuk mencegah dan mengawal pencemaran dan pembaikan kualiti alam sekeliling. langkah yang diambil oleh pihak berwajib ialah menyediakan sistem buangan sisa lebih sistematik di mana kerajaan negeri menukar sistem tandas. Oleh itu. Sisa kumbahan dibuang terus ke dalam tasik dan ini sekali gus mencemarkannya.P. Disember 2010 menunjukkan berlakunya pencemaran di Tasik Kenyir. sistem pengurusan sisa kumbahan adalah penting untuk mengatasi masalah ini agar Tasik Kenyir yang terkenal sebagai tempat pelancongan terus terpelihata.1 Akta Kualiti Alam Sekeliling. Maka. Hal ini membolehkan sisa kumbahan disalurkan ke dalam tangki takungan berkapasiti 200 liter. Sila lihat artikel berkaitan pencemaran Tasik Kenyir pada Rajah 9 bahagian Lampiran untuk maklumat lebih lanjuk mengenai pencemaran tersebut.

b) ianya meletakan apa-apa buangan dalam sesuatu keadaan dimana buangan itu jatuh. melepaskan atau meletakan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling. turun. 1997:19) 11 . tiada seseorang boleh mengeluarkan. melainkan jika ia telah diberi lesen. sejat. menyebab atau membenarkan apa-apa buangan diletakan dalam sesuatu keadaan seperti itu . (1) melainkan jika dilesen. (2) tanpa menghadkan keluasan seksyen-kecil (1) seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar.PENCEMARAN AIR Seksyen 25 : Sekatan mengenai pencemaran perairan daratan. ditiup atau meresap ke dalam mana-mana perairan atau dengan ketahuinya atau oleh sebab kecuaiannya. (2) Seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya. atau c) ianya menyebabkan suhu perairan yang menerimanya itu naik atau turun (3) seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau penbjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaiakn kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah mengkehendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu. dihanyutkan. Seksyen 27 : Melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang (1) Tiada seorang pun boleh. melepaskan atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jikaa) ia meletakan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau sesuatu tempat di mana buangan itu boleh mesuk dalam mana-mana perairan. (sumber: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) Peraturan-peraturan dan Perintahperintah. pencemar atau buangan ke dalam mana-mana perairan daratan dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21. sama ada secara langsung atau tidk langsung. mengalir. melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan malaysia dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.

BAHAGIAN I Permulaan Seksyen 3 : Pemakaian Peraturan ini hendaklah dipakai bagi pelepasan effluent ke dalam mana-mana pengairan daratan. habuk gergaji. selain daripada pelepasan effluent-effluen daripada premis yang ditetapkan atau premis lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau kedua-duanya.PENCEMARAN AIR 6. Berikut adalah senarai bahagian dan peraturan akta ini dengan fokus huraian terhadap bahagian dan seksyen yang penting berkaitan pencemaran air. buangan binatang atau manusia atau jirim-jirim pepejal. 12 . sampah. BAHAGIAN III Syarat-Syarat Pelepasan Ke Dalam Pengairan Daratan Yang Boleh Diterima Seksyen 6 : Buangan effluen yang mengandungi bahan-bahan tertentu adalah dilarang Tidak seseorang boleh melepaskan atau menyebab atau membenar dilepaskan apa-apa bahan berikut ke dalam mana-mana pengairan daratan: (1) Apa-apa pelarut yang mudah menyala (2) Apa-apa tar atau cecair lain yang tak larut bercampur dengan air (3) Hampas. balak. BAHAGIAN IV Pelepasan Effluen Dan Keladak Ke Atas Tanah Seksyen 9 : Sekatan-sekatan ke atas pelepasan effluen Tiada seorang boleh melepaskan atau menyebabkan atau membenar dilepaskan apa-apa effluent ke dalam atau ke atas mana-mana tanah atau permukaan mana-mana tanah tanpa mendapat kebenaran bertulis yterlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.2 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-efluen Perindustrian) Terdapat enam (VII) bahagian dan 24 peraturan di bawah akta ini berkaitan kumbahan dan efluen-efluen perindustrian.

7. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan berkaitan pencemaran air telah diterangkan pada sub tajuk sebelum ini.1 Perundangan Pada dekat 1960. orang atau orang-orang yang bertanggungjawab di atas kejadian itu hendaklah dengan serta merta memberitahu Ketua Pengarah mengenai kejadian itu. Masalah pencemaran air telah cuba diatasi oleh kerajaan dan pihak berkaitan melalui pelbagai cara seperti melalui peruntukan perundangan dan bukan perundangan. pengangkutan dan perumahan. Justeru itu.0 Langkah Mengatasi Pencemaran Air Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang harus dipelihara dan dikawal sebaik mungkin. 7. Malaysia menghadapi masalah alam sekitar terutamnya dalam bentuk pencemaran air dengan perkembangan pembangunan ekonomi di pelbagai sektor seperti perindustrian. teknologi dan Alam Sekitar. menurut Mohamadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005:19) masalah-masalah ini telah merangsang dan menggerakkan pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah tertentu dan antara yang terpenting ialah menggubal dan mewartakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pembentukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains. 13 . sam ada mentah atau dipulih pada bila-bila masa atau pada mana-mana takat selepas ianya dikeluarkan di mana-mana premis melainkan suatu kelulusan bertulis terlebih dahulu telah didapati dari Ketua Pengarah untuk pencairan itu dan pencairan adalah dibuat mengikut had-had dan syarat-syarat kelulusan itu. pertanian. manamana effluent.PENCEMARAN AIR BAHAGIAN VI Pelbagai Seksyen 17 : Pencairan effluent Tiada seseorangt boleh mencairkan. (sumber: Akta Kualiti alam Sekeliling dan Peraturan-peraturan. Seksyen 18 : Tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja (1) Jika terjadi apa-apa tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja bahan-bahan yang dinyatakan dalam perkara 8 yang sama ada masuk atau mungkin dapat masuk secara langsung atau secara tak langsung ke dalam mana-mana pengairan daratan. 2008:58-66). atau menyebabkan atau membenar dicairkan.

Sebagai contoh. semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk sama-sama menjaga alam sekitar daripada kerosakan dan kemusnahan. Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) dan sebagainya. Setersunya. di peringakat institut pengajain tinggi sama asa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut diajar mengenai alam sekitar dalam subjek-subjek tertentu. pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam melaksanakan program-program bagi mengatasi pencemaran air terutamanya pencemaran sungai. Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan seterusnya peranan masyarakat.2 Bukan Perundangan Dari segi bukan perundangan. Antara program-program yang diadalan adalah seperti Program Pencegahan Pencemaran Air dan Peningkatan Kualiti Air Sungai. perkhemahan. kempen dan sebagainya. Pendidikan tidak formal disumbangkan dengan pelbagai cara dan media massa berperanan penting untuk menyebarkannya. Di sekolah. Antaranya ialah peranan pihak kerajaan. Pendidikan tidak formal pula banyak dibantu oleh pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Pendidikan alam sekitar dijadikan sebagai suatu kaedah untuk menyediakan individu yang dapat memahami dan mengetahui tentang kepentingan penjagaan alam sekitar (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan diajar mengenai alam sekitar dan pendidikan alam sekitar turut diajar dengan mata pelajaran lain seperti Geografi. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan program tidak formal seperti seminar. Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS). Bandar Lestari. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. etika masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar dapat dibentuk agar mempunyai nilainilai murni dan tingkah laku yang baik terhadap alam sekitar. Program Kitar Semula. Maka. Justeru itu. 2005:2).PENCEMARAN AIR 7. Antara langkah-langkah mengatasi pencemaran air secara bukan perundangan adalah melalui pendidikan alam sekitar iaitu secara formal dan tidak formal. Pendidikan alam sekitar secara formal telah diajar di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi. 14 . swasta. Kesemua program yang dilaksanakan adalah penting untuk mendidik masyarakat agar mempunyai kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Sejarah.

Maka. Islam hendaklah dijadikan panduan untuk membentuk cara hidup serta membangunkan sains. Maka. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa penerokaan terhadap sumber alam semula jadi amat penting untuk kemajuan. pengurusan alam sekitar secara perundangan iaitu berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan bukan perundangan seperti peranan pihak tertentu dalam membangkitkan kesedaran melalui kempen. namun sikap tamak manusia telah memburukkan keadaan. jelaslah bahawa pencemaran air sememangnya menjadi isu penting dari tahun ke tahun dan penyelesainnya memerlukan kesedaran bersama oleh semua pihak. Tindakan undang-undang yang keras adalah perlu demi untuk menjaga warisan ini untuk generasi akan datang. semua pihak perlu berganding bahu termasuklah anggota masyarakat kerana masalah pencemaran air ini merupakan tanggungjawab bersama. 15 . Oleh itu. teknologi dan peradaban. memastikan agar industri pengeluaran tidak merosakkan alam sekitar seperti pencemaran yang berlaku termasuklah pencemaran air. Kesemua unsur ini diperlukan untuk digembleng bagi mengatsi krisis alam sekitar dan sebagainya (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah.0 Kesimpulan Kesimpulannya. Di samping itu. kaedah kefahaman tersebut mestilah bertitik tolak dari kefahaman manusia terhadap peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Dari segi agama Islam. Oleh itu. dikekalkan dan seterusnya diteruskan agar sumber alam yang ada pada masa kini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Justeru itu. pencemaran air berlaku akibat proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran yang berlaku adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Ancaman yang terjadi akibat pencemaran air tidak hanya menjejaskan tanaman dan ekosistem semula jadi alam malahan ia juga turut mengancam kesihatan manusia dan mengundang maut. program dan sebagainya adalah penting agar dapat memelihara dan memulihara alam sekitar. 2005:28).PENCEMARAN AIR 8. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini. Daripada penulisan ini. Manusia sepatutnya kembali kepada agama dalam menuntut penyelesian terhadap krisis alam sekitar termasuklah pencemaran air yang semakin serius pada masa kini. pencemaran air telah menyebabkan kualiti air tidak memenuhi piawai yang ditetapkan. Oleh itu keindahan dan sumber alam semula jadi yang ada pada hari ini perlu dijaga untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya juga. dalam memastikan pencemaran air tidak berterusan dan dapat dikawal. adalah penting pembangunan lestari atau dikenali juga sebagai pembangunan mapan atau pembangunan seimbang diwujudkan. pelbagai langkah perlu diambil supaya kualiti air terpelihara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful