Faedah Kokurikulum Kertas Satu

Ditulis oleh Cikgu Zainudin Ahad, 15 November 2009 07:19
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum. Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawankawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk

Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. dengan kegiatan kokurikulum. . terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. Oleh itu. perpaduan kaum dapat diwujudkan. Oleh itu. Kesimpulannya.bertukar-tukar pendapat.

andai kata Tok Janggut masih hidup. Orang Melayu misalnya bukan lagi penduduk tetap desa dan orang India pula sudah keluar daripada kepompong estet dan ladang. Sidang Dewan Yang budiman Kata kunci saya yang ketiga ³ Perkembangan sector pendidkan yang lebih baik berbanding 50 tahun yang lalu ³ adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi negara Malaysia pada hari ini. dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah merosakkan kesatuan tiga kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sekitar atahun 80-an mencatakan perkembangan positif yang dimangkinkan dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi Negara. Frasa capai atau pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah bermaksud prestasi. namun pada hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysiahingga mampu mengharumkan nama Negara dalam bidang pendidikan. Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya.9 bilion pada tahun 2001. konsep sekolah integrasi dan dasar pembawakan pimpinan hari ini adalah bertepatan dengan penyatuan masyarakat majmuk dalam Negara pada hari ini. Seterusnya mahasiswa-mahasiswi yang saya segani serta hormati sekelian. Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysiatelah mengalami transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar persoalan pencapaian Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka. pelbagai program dan dasar dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan integrasi kaum dapat dieratkan. Contohnya kejayaan Saudara Najmil Faiz Mohamed . detik jam 12 malam. Melihatkan Malaysia pada hari ini. saya bawakan perbandingan angka pengeluaran sektor pertanian yang telah meningkat daripada RM10. Jika dulu kebanyakan rakyat Tanah Melayu buta huruf. Tunku Abdul Rahman AlHaj adalah detik bersejarah yang ditersemat kukuh dalam sanubari setiap warga Tanah Melayu ketika itu. Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan ³ Integrasi masyarakat majmuk yang semakin baik ³. Misalnya. turunya bendera Jack Union diiringi dengan laungan kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama. definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi Negara Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Assalamualaikum wrth Tanggal 31 Ogos 1957 masihi. Justeru.2 bilion pada tahun 1980 kepada RM17. Dasar Wawasan Negara. mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya syahid mempertahankan bangsa dan agama. bicara perdana saya pada petang ini atas persoalan Sejauh manakah pencapaian Malaysia Selepas Kemerdekaan. Tuntasnya. Justeru peningkatan ini menunjukkan bahawa negara kian menampakkan perkembangan yang positif.Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Satu laungan yang cukup untuk menggongcangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Yang Aruf Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan Berpaksikan Keadilan Semestinya. Sidang Pendengar Yang Setia. Fikir fikirkan« Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis. adakah beliau mampu tersenyum. Justeru. Atas kata bicara ³ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 50 tahun yang lalu ³ adalah hujah saya yang pertama. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Justeru. Mereka pernah menitiskan air mata.

Prestasi Malaysia adalah lebih baik jika dilihat dari sudut Ekonomi. Sidang audian yang dirahmati Allah Prestasi pembangunan modal insan. Perenang yang mengharumkan nama rakyat Malaysia ketika berenang merentasi selat Inggeris. Pelajar PhD di bidang Nano Technology diUniversiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Dalam pidato saya pada hari ini. Walaubagaimanapun saya agak mahu memberikan hujah kontra berkenaan dengan kemerosotan tingkah laku anak-anak muda dan lunturnya tatasusila budaya timur hari ini. Dian tiga lilin pun tiga Tanglung tergantung rumah laksamana Diam juga sabar pun juga Ada umur tidak ke mana Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi . pelayar solo mengelilingi dunia. Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas ³ Kemampuan rakyat untuk berdikari dan mengharaumkan nama Negara ³. Dr Syeikh Muzzaffar Shukor Syeikh. Kebejatan social anak-anak muda.Aris. Saya bawakan nama-nama seperti Dato¶ Azhar Mansur. Sosial dan kemampuan rakyat. Dato¶ Malik Maidin. atas kata bicara ³ sirnanya budaya dan tatasusila timur rakyat jika dibandingkan dengan zaman sebelum kemerdekaan ³. runtuhnya social kemasyarakatan dan hilangnya keperkasaan institusi kekeluargaan adalah bahana besar kepada rosaknya modal insan Negara. selaku angkasawan pertama Malaysia dan ramai lagi wira kebanggaan yang telah mengharumkan nama Negara dipersada anatarabangasa. Pendidikan. Tuntasnya. Semua ini adalah menunujukkan bahawa betapa rakyat Malaysia mampu berdikari diperingkat perdana. suka saya cadangkan agar tindakan segera dan serius dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan generasi muda hari ini akan mampu mentadbir negara suatu masa nanti dengan baik.

mengikuti peraturan yang ditetapkan. . .setiap murid berpeluang untuk memupuk bakat.murid berpeluang menjadi pemimpin dalam organisasi. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum semakin merosot. . 5. Kesimpulan Aktiviti kokurikulum memang banyak kebaikan. . 2.proses integrasi dalam kalangan murid. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan.mematuhi etika berpakaian. . . . Sesungguhnya aktiviti kokurikulum mempunyai pelbagai kepentingan. 4. .melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk sifat kepemimpinan.mematuhi masa. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan.Badan yang sihat memungkinkan pembelajaran yang berkesan.Murid tidak melepak dan terlibat dengan aktiviti bercorak negatif. Isi 1. .Aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan.mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin murid. . Semua pihak mestilah berganding bahu untuk meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti tersebut. Aktiviti kokurikulum menghindarkan murid daripada terlibat dalam gejala sosial.Murid tidak membuang masa tanpa tujuan. . . .Murid sentiasa aktif dan tidak diganggu penyakit. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan aktiviti kokurikulum kembali aktif.Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Pendahuluan. .menggalakkan interaksi. 3. .

jawatan (presiden. daerah. yang bersesuaian dengan kepentingannya dan tidak ada komponen dipinggirkan. Isnin lalu. Maksud seimbang di sini ialah kedua-dua komponen itu perlu diberikan perhatian sewajarnya. masih ada tanda tanya. Namun. Malangnya. dan dengan tiba-tiba ± tanpa perancangan bersama warga sekolah menengah ± maka ia menimbulkan kekeliruan. sistem pendidikan kita terlalu menekankan akademik malah kita terlalu berorientasi peperiksaan. Keseimbangan ini tidak semestinya sama dari segi masa. negeri. tenaga dan dana yang lebih kepada akademik. paradigma yang sepatutnya digunakan ialah memberikan penekanan seimbang terhadap kedua-dua komponen-akademik dan kokurikulum-dalam sistem pendidikan kita hari ini. maka. setiausaha. apabila pada Januari lalu. Justeru. negara). ia adalah wajar. tenaga dan dana diperuntukkan. sekiranya perhatian terhadap kokurikulum masih juga kurang. maka kita berasa lega. Tetapi. Orientasi peperiksaan mungkin dikurangkan. ia dibuat dengan kaedah pengiraan mereka sendiri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan langkah mengkaji semula sistem peperiksaan hari ini bagi mengurangkan sistem pendidikan daripada terlalu berorientasi peperiksaan. pakaian seragam atau kelab/persatuan akan diberi merit mengikut peringkat diwakili (sekolah. kementeriannya akan mula menilai dan memberi markah kepada kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah. jawatankuasa) . Langkah ini baik dan dialu-alukan. Tetapi. Pembabit\tan pelajar sama ada dalam kegiatan sukan. buat pertama kali Kementerian Pengajian Tinggi mengambil kira markah kokurikulum sebagai 10 peratus daripada keseluruhan markah yang dimiliki calon.Kokurikulum pelengkap akademik Keseimbangan dalam sistem pendidikan mampu lahirkan insan cemerlang SEKIRANYA kita percaya kepada matlamat melahirkan insan yang sepadu dan seimbang. Menteri Pelajaran. bendahari. maka matlamat kesepaduan dan keseimbangan itu masih juga tidak dipenuhi. Jika kita mempunyai alasan kukuh untuk membahagikan masa. Tidak terlalu berorientasi peperiksaan tidak secara automatis bermakna tidak hanya menekankan akademik semata-mata. Pada kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi Julai 2006/2007 lalu. Hishammuddin mengumumkan mulai tahun depan.

persoalannya. Berbalik kepada nisbah 90:10 tadi. nilai 10 peratus bagi kokurikulum adalah masih rendah dan peruntukan lebih wajar ialah 25 peratus. iaitu universiti terbaik di dunia. Dengan mengambil kira pelbagai aspek tidak dibicarakan dalam tulisan ini. Datuk Mustapa Mohamed bersetuju dengan panduan penilaian itu. Lebih 90 peratus warga sekolah diberi taklimat mengenai panduan penilaian itu. Ia bermakna kokurikulum mula mendapat tempat lebih wajar. Perincian mengenainya akan diumumkan selepas Menteri Pengajian Tinggi. ini bermakna sistem pendidikan di sekolah akan menggunakan nisbah 90:10. qualitatif dan tak-kuantitatif. pengumuman terbaru Menteri Pelajaran itu adalah satu mercu tanda amat signifikan. Bezanya kali ini. usahawan. iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum. misalnya SPM. Henry Rosovsky (1990) dalam bukunya The University: An Owner¶s Manual sebagai subjektif. Markah kokurikulum dicatatkan pada sijil peperiksaan. Bagaimanapun. saintis. iaitu sama seperti kelulusan ujian lisan dicatatkan. Jika diteliti Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum yang akan digunakan. sehingga apabila mahasiswa menerima ijazah atau .dan tempoh masa penglibatan dan kehadiran. ahli sukan dan sebagainya ± yang bertaraf dunia. Calon juga perlu mempunyai ciri seperti ahli muzik. Sebenarnya. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia. Menurut Richard Bradley (2005) dalam bukunya Harvard Rules untuk memasuki Universiti Harvard. Prof. Datuk Dzulkifli Abd Razak menyatakan bahawa universiti ternama di luar negara memberikan pemberatan lebih besar terhadap kokurikulum dan cirii disebut Profesor Universiti Harvard. misalnya aspek spiritual. bagaimana dengan sistem pendidikan di IPTA? Adakah nisbah 90:10 ini hanya digunakan untuk syarat kemasukan sahaja? Atau. ia dilaksanakan dengan lebih sistematik. Ia juga bermakna sebahagian daripada persoalan kesepaduan dan kesimbangan itu mula kelihatan penyelesaiannya. Seperti tahun lalu. jelas bahawa untuk pertama kali dalam sejarah pendidikan kita. satu skim kokurikulum yang komprehensif diwujudkan. markah kokurikulum 10 peratus diambil kira bagi kemasukan ke IPTA mulai sesi 2007/2008. kelulusan akademik sahaja tidak memadai. Dalam konteks syarat kemasukan. adakah seluruh sistem pendidikan IPTA akan juga menggunakan nisbah sama.

Justeru. Ada yang menolak kepentingan kokurikulum kerana mereka gagal dalam akademik akibat kokurikulum. maka perbaikilah akademiknya. Janganlah kokurikulum pula dipersalahkan. Masalah kita ialah apabila pelajar merosot akademiknya. ia akan gagal juga. Menyekat pelajar terhadap kokurikulum diminatinya bukanlah caranya untuk meningkatkan minatnya terhadap akademiknya. Ia akibat faktor pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. dan sebagai sebahagian daripada cara hidup.diplomanya. Harry R. maka manuskripnya akan menunjukkan markah pada nisbah itu? Bagaimana pula halnya dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)? Sekiranya nisbah 90:10 ini hanya digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA sahaja. fokus kita ialah kualiti akademik ditawarkan kepadanya. Kokurikulum mesti dilihat dengan paradigma bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik. Jika ini paradigmanya. kokurikulum mesti diberikan ruang lebih luas dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. maka persoalan insan yang sepadu dan seimbang itu masih belum dijawab. maka calon yang kurang markah kokurikulumnya akan bertumpu ke IPTS. Premis ini tidak betul. Jika masalah pelajar itu ialah akademiknya. Kita tidak mahu kokurikulum hanya digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan ke IPT semata-mata. dalam konteks mahasiswa. seperti dinyatakan seorang lagi Profesor Universiti Harvard. Sekiranya ada yang gagal akademik kerana terlalu banyak menghabiskan masa dalam kokurikulum. . hanya memenuhi syarat mendapatkan pekerjaan semata-mata. bukannya menyekat kokurikulumnya. Sekiranya ada yang gagal akademik walaupun masa digunakan untuk akademik dan kokurikulum adalah seimbang. fokus kita ialah kokurikulum. kalau ia tidak terbabit dengan kokurikulum sekalipun. tetapi bukan akibat kokurikulum. Ia masalah pengurusan masa. Kokurikulum mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik. Maknanya. maka. Sepatutnya. atau. kajian membuktikan bahawa penglibatan dalam kokurikulum yang seimbang tidak menggugat prestasi akademik. maka ini bukan masalah kokurikulum. Lewis (2006) dalam bukunya Excellence Without A Soul. Memang ada yang gagal akademik. yang langsung tiada kaitannya dengan kokurikulum.

Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Sebagai contohnya.´ sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila. seperti kata pepatah. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas. Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anakanak sejak kecil. Oleh itu. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk ³Memartabatkan Bahasa Melayu. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis. ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil.´ Sesuai dengan Slogan 1Malaysia. Oleh itu. rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. tetamu kehormat. kita juga harus menguar-uarkan slogan ³Bahasa Melayu Didahulukan. Saudara saudari yang dihormati sekalian. para hakim yang arif lagi bijaksana. bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Selain itu. bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. . Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. ³Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil. gugu-guru. kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Pencapaian Diutamakan´.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. berdiri sama tinggi´ dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini. Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. penyediaan minit mesyuarat. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah. Sebagai contohnya. pindaan 1994.Hadirin sekalian. perlulah diperkasakan. pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Dengan perkataan lain. Oleh hal yang demikian. Secara tidak langsung. kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. ³Duduk sama rendah. iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009. sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Hal ini demikian kerana. urusan surat-menyurat dan majlis . Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu.

Hadirin sekalian. ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan . Selain itu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian. mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Kesimpulannya. Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Sekian sahaja pidato saya kali ini. marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan ³Bahasa Melayu Didahulukan. Sebagai contohnya. semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pencapaian Diutamakan´. pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman. Jadi. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.rasmi. Oleh hal yang demikian.

semasa saya menyampaikan pidato tadi. Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim . Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. terima kasih.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful