You are on page 1of 32

Dasar Pembangunan Keusahawanan

Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

DASAR PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN


INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

i
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

© Kementerian Pengajian Tinggi 2010

Hakcipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam
bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

ii
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi


Ringkasan (IPT) adalah bertujuan untuk menggalakkan dan memantapkan
Eksekutif pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di
kalangan IPT tempatan. Matlamat utama dasar ini ialah untuk:

1. Melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai


pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan; dan

2. Melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan


bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi
negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan
inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang
2020.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat di atas, Dasar Pembangunan


Keusahawanan IPT telah menggariskan enam (6) teras strategik
iaitu:

1. Menubuhkan Pusat Keusahawanan di Setiap IPT;

2. Menyediakan Pendidikan dan Program Keusahawanan yang


Terancang dan Holistik;

3. Memantapkan Program Pembangunan dan Pengukuhan


Keusahawanan;

4. Mewujudkan Mekanisme Pengukuran yang Berkesan;

5. Menyediakan Persekitaran dan Ekosistem yang Kondusif bagi


Pembangunan Keusahawanan; dan

6. Mengukuhkan Kompetensi Tenaga Pengajar Keusahawanan

iii
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Mesej Negara kita sedang melalui satu proses transformasi daripada ekonomi
berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi pada
ketika ini. Ini adalah sejajar dengan hasrat Y.A.B. Perdana Menteri semasa
Menteri Pengajian Tinggi memperkenalkan Model Baru Ekonomi yang menekankan kepada pembangunan
modal intelektual yang mempunyai daya inovasi yang tinggi. Proses transformasi
ini sesungguhnya memerlukan komitmen padu daripada pelbagai pihak tidak
kira daripada sektor awam ataupun swasta serta sokongan daripada pelbagai
lapisan masyarakat. Ianya juga perlu didokong oleh tenaga manusia ataupun
modal insan yang inovatif, kreatif, berkualiti dan berdaya saing serta mempunyai
nilai moral yang tinggi.

Maka di sinilah terletaknya peranan golongan muda yang menuntut di Institusi


Pengajian Tinggi (IPT) dalam memainkan peranan yang amat penting dalam
merealisasikan hasrat ini. Pastinya pemangkin utama dalam pencapaian hasrat
ini adalah menerusi elemen keusahawanan. Sehubungan itu, saya juga menyeru
usaha yang bersepadu diambil untuk meningkatkan lagi jumlah usahawan
siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pesat
ekonomi negara dan pewujudan kekayaan (wealth creation).

Melihat kepada kepentingan pembangunan nilai keusahawanan ini, saya amat


yakin bahawa pelancaran Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT ini dapat
dijadikan garis panduan utama oleh semua IPT tempatan dalam menyemarakkan
lagi pembangunan keusahawanan yang terancang, holistik dan berimpak tinggi
di IPT masing-masing.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, masa dan
tenaga dalam penggubalan dasar yang amat penting ini. Semoga usaha ini
menjadi satu titik permulaan ke arah melahirkan generasi baru Malaysia yang
lebih dinamik.

Sekian.

MOHAMED KHALED BIN NORDIN

iv
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Mesej Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji dan syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya Dasar
Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan ini dapat disempurnakan dan dilancarkan
Kementerian Pengajian bertepatan dengan kehendak perubahan ekonomi negara kita ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi.
Tinggi
Sebagai sebuah Kementerian yang menerajui pendidikan tinggi negara,
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diberikan tanggungjawab yang
besar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, kreatif, inovatif, berdaya
saing serta dilengkapi dengan nilai etika yang terpuji. Dalam konteks ini adalah
signifikan bagi para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan untuk
didedahkan kepada nilai dan budaya keusahawanan bagi menjadikan mereka
lebih kompetitif dan mampu berdikari tanpa perlu mengharapkan bantuan
kerajaan. Malah sekiranya golongan ini berjaya dibentuk sebagai seorang
usahawan, mereka akan dapat menyumbang terus kepada pertumbuhan
ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Melalui Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT ini adalah diharapkan agar


IPT tempatan dapat mempertingkatkan dan merencana pembangunan
keusahawanan yang lebih terancang, holistik dan berimpak tinggi dalam usaha
untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran,
atribut dan nilai keusahawanan serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan
siswazah. Ini adalah juga sejajar dengan keputusan Kementerian untuk
menjadikan pembangunan keusahawanan sebagai salah satu Projek Agenda
Kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Akhir kata, saya memohon kerjasama semua pihak untuk menyokong sekali
gus menjadikan dasar ini sebagai rujukan dan garis panduan dalam mencapai
matlamat untuk melahirkan modal insan kelas pertama dalam menjadikan
negara kita sebagai sebuah negara maju dan dihormati di pentas dunia.
Insya Allah.

Sekian.

DATUK DR. ZULKEFLI A. HASSAN

v
N D U N GA
A
K

N
Ringkasan Eksekutif iii

Mesej Menteri Pengajian Tinggi iv


YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Mesej Ketua Setiausaha v


YBhg Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan

Tujuan 3

Latar Belakang 4

Status Semasa 6

Isu dan Cabaran 8

Rasional 15

Polisi dan Strategi 17

Penutup 26
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

DASAR
PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

vii
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

viii
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian

1.0 Tujuan Tinggi (IPT) adalah bertujuan untuk menggalakkan dan


memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih
terancang dan holistik di kalangan IPT tempatan dalam usaha
untuk:
i. Melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai
pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan; dan
ii. Melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang
akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi
ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi
dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status
negara maju menjelang 2020.

3
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

2.1 Aktiviti keusahawanan telah lama diakui sebagai


2.0 Latar Belakang pemangkin kepada pembangunan ekonomi di samping
bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan
tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah
negara.

2.2 Dalam konteks negara Malaysia, aspek pembangunan


keusahawanan, terutamanya di kalangan masyarakat
Bumiputera telah diberikan perhatian yang serius
bermula dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
pada tahun 1971. Melalui dasar ini pembangunan
keusahawanan di kalangan masyarakat Bumiputera telah
dijadikan sebagai agenda penting negara dalam usaha
untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB), yang telah dikenal
pasti sebagai pendekatan utama untuk menyusun
semula masyarakat dan dalam memastikan penyertaan
Bumiputera yang lebih aktif dalam pembangunan
ekonomi negara.

4
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

2.3 Pembangunan Keusahawanan khasnya usahawan


Bumiputera adalah tertumpu kepada empat kumpulan
sasaran iaitu golongan pelajar, siswa/siswazah IPT, serta
golongan belia dan wanita. Dalam konteks kumpulan
sasar ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan
untuk menerajui pembangunan keusahawanan di
kalangan siswa/siswazah IPT.

5
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Secara umumnya usaha dan inisiatif untuk menerapkan


3.0 Status Semasa nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar
IPT boleh dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama
iaitu komponen kesedaran (awareness), pembudayaan dan
pengukuhan.

3.1 Komponen Kesedaran Keusahawanan

Komponen ini bertujuan untuk memberi kesedaran


kepada pelajar IPT tentang kepentingan keusahawanan
dan menerap nilai-nilai keusahawanan bermula pada
tahap awal pelajar berada di IPT. Sebagai langkah
permulaan, Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan
(APK) telah diperkenalkan pada tahun 2007 sebagai satu
kursus wajib dua (2) kredit bagi pelajar Tahun 1 di semua
IPT. Objektif utama modul ini adalah untuk menerap nilai-
nilai dan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar IPT.

3.2 Komponen Pembudayaan Keusahawanan

Komponen ini bertujuan untuk membudayakan seramai


mungkin pelajar IPT bagi melahirkan minat terhadap
keusahawanan. KPT telah mengenal pasti keusahawanan
sebagai salah satu teras utama kursus kokurikulum

6
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

berkredit pada tahun 2009 sebagai salah satu mekanisme


pembudayaan keusahawanan bagi meningkatkan
kemahiran insaniah pelajar.

Di samping itu, IPT juga ada melaksanakan pelbagai aktiviti


pembudayaan seperti bengkel, seminar, lawatan dan
pertandingan yang berkaitan dengan keusahawanan.

3.3 Komponen Pengukuhan Keusahawanan

Komponen ini bertujuan untuk memberi pendedahan


kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan di
samping membantu mereka yang benar-benar berminat
untuk menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya
pilihan.

Dalam perkara ini, IPT mempunyai program dan aktiviti


keusahawanan masing-masing yang dibangunkan oleh
pihak IPT itu sendiri ataupun dengan kerjasama agensi dan
organisasi kerajaan dan swasta mahupun pihak Badan Bukan
Kerajaan (NGO).

7
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Dalam melaksanakan program keusahawanan di IPT, beberapa

4.0 Isu dan Cabaran isu dan cabaran yang timbul adalah seperti berikut:

4.1 Wujudnya Kekeliruan Pemahaman Mengenai


Pendidikan Keusahawanan

Te rd a p a t k e k e l i r u a n m e n g e n a i a p a k a h y a n g
dimaksudkan dengan pendidikan keusahawanan
ataupun ‘entrepreneurship education’. Dalam perkara
ini pendidikan keusahawanan sering disalahtafsir sebagai
pendidikan perniagaan yang menumpukan kepada aspek
pengurusan sesebuah organisasi perniagaan seperti
perakaunan, pemasaran (marketing) dan pengurusan
kewangan. Sebaliknya, pendidikan keusahawanan
adalah pendidikan yang menekankan kepada aspek
kreativiti, inovasi dan pembangunan keterampilan
individu sebagai usahawan yang merangkumi aspek
pemikiran, sikap dan kemahiran keusahawanan.

4.2 Perbezaan Ideologi Mengenai Keusahawanan di


Peringkat Pengajian Tinggi

Terdapat perbezaan pendapat mengenai peranan


keusahawanan di peringkat pengajian tinggi di mana ada
pihak yang mengatakan bahawa konsep keusahawanan

8
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

bercanggah dengan peranan utama IPT sebagai institusi


pendidikan dan gedung ilmu ataupun tanggapan
bahawa tugas sesebuah IPT adalah untuk mendidik
dan bukannya untuk mengajar pelajar menjadi seorang
usahawan/ahli perniagaan. Terdapat juga persepsi
negatif yang mengatakan keusahawanan merupakan
salah satu mekanisme bagi pihak luar terutamanya
organisasi perniagaan yang berteraskan keuntungan
untuk mencampuri urusan dalaman IPT.

4.3 Kurangnya Persetujuan Mengenai Pengertian


Keusahawanan dan Usahawan

Sehingga kini masih tiada definisi khusus yang dapat


dipersetujui oleh para cendekiawan dan penyelidik
mengenai apakah itu keusahawanan dan siapakah itu
usahawan. Ada pihak yang mendefinisikan seorang
usahawan itu berdasarkan apa yang dilakukannya
manakala ada pula yang mendefinisikannya berdasarkan
atribut ataupun ‘characteristics’ seseorang usahawan.

9
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

4.4 Kurangnya Keberkesanan Pendidikan dan Program


Keusahawanan IPT

Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai penyumbang


kepada kurangnya keberkesanan program dan aktiviti
keusahawanan yang dijalankan oleh IPT:
i. Sebahagian besar IPT tidak mempunyai perancangan
strategik dan matlamat yang jelas mengenai
halatuju pelaksanaan pendidikan dan program
keusahawanan mereka;
ii. Sebahagian besar IPT tidak mempunyai pusat dan
kumpulan pengurusan yang khusus bagi merancang,
menyelaras dan memantau pelaksanaan pendidikan
dan program keusahawanan;
iii. Kurangnya sokongan daripada pihak atasan dan
pengurusan IPT memandangkan keusahawanan
tidak dikira sebagai salah satu ‘Key Result Area’
(KRA) dan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
universiti;
iv. Kurangnya insentif dan pengiktirafan kepada
golongan akademik yang terlibat dalam pembangunan
keusahawanan pelajar memandangkan penghasilan
kajian dan penerbitan masih dianggap sebagai

10
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

elemen penting bagi kenaikan pangkat dan


sebagainya manakala usaha-usaha yang berkaitan
dengan pembangunan keusahawanan masih
tidak mendapat perhatian dan pengiktirafan yang
sewajarnya;
v. Kurangnya minat daripada kalangan pelajar. Ini
mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran mereka
yang tidak didedahkan kepada dunia keusahawanan
semasa mereka membesar. Keusahawanan juga
masih lagi tidak dipandang sebagai kerjaya pilihan
di kalangan pelajar IPT;
vi. Pendidikan keusahawanan sedia ada terlalu bersifat
teoretikal.

4.5 Kompetensi Tenaga Pengajar Keusahawanan

Majoriti tenaga pengajar IPT tidak mempunyai pengalaman


terlibat secara langsung dalam dunia keusahawanan.
Ini menimbulkan keraguan mengenai kompetensi
dan keberkesanan mereka dalam mengajar modul
keusahawanan kepada pelajar. Jumlah pengajar yang
mempunyai kelayakan khusus dalam keusahawanan
terutamanya di peringkat Ijazah Kedoktoran juga amat
sedikit.

11
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

4.6 Kekurangan Sumber

IPT berhadapan dengan kekurangan sumber (resources)


daripada segi tenaga manusia, kewangan, infrastruktur
dan info-struktur dalam usaha mereka untuk
menggalakkan pembangunan keusahawanan di IPT
masing-masing.

4.7 Kurangnya Kolaborasi di antara Akademia dan


Usahawan/Industri

Kerjasama dan kolaborasi strategik di antara pihak


akademia dan usahawan/industri dalam pendidikan dan
pembangunan keusahawanan IPT masih dalam tahap
yang kurang memuaskan. Antara faktor penyumbang
kepada permasalahan ini adalah:

i. Kekangan untuk melibatkan usahawan dalam


pendidikan dan program keusahawanan IPT dari
segi: (a) komitmen masa daripada usahawan yang
sibuk menguruskan aktiviti perniagaan mereka,
(b) keupayaan usahawan untuk mengajar dan (c)
keupayaan pihak IPT untuk menawarkan bayaran/
ganjaran yang kompetitif kepada usahawan; dan

12
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

ii. Kurangnya insentif dan pengiktirafan untuk


menggalakkan mobiliti akademia ke dunia
keusahawanan/industri. Akademia juga tidak
dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam
aktiviti komersil dan pengurusan harian syarikat
universiti seperti yang telah ditetapkan dalam Perintah
Am Kerajaan dan syarat-syarat perkhidmatan.

4.8 Tiadanya Pusat Data Keusahawanan

Ketiadaan pusat atau pangkalan data keusahawanan di


peringkat nasional mahupun di peringkat kementerian
dan agensi pelaksana merupakan satu isu yang perlu
diberi perhatian serius. Ini adalah kerana maklumat
strategik yang boleh didapati daripada pusat/pangkalan
data tersebut amat kritikal dalam membantu sesebuah
organisasi untuk merancang program dan aktiviti
keusahawanan yang holistik dan berimpak tinggi serta
dalam penggubalan sesuatu dasar.

4.9 Mekanisme Pengukuran Kualiti, Keberkesanan dan


Impak

Majoriti IPT tidak mempunyai mekanisme yang khusus


untuk mengukur kualiti, keberkesanan dan impak

13
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

pendidikan dan program keusahawanan mereka


terutamanya mekanisme pengukuran yang berasaskan
‘outcome based’.

4.10 Kurangnya Sokongan Ibu Bapa

Pembangunan keusahawanan memerlukan sokongan


bukan sahaja daripada pihak akademia dan kerajaan
malah kejayaannya juga bergantung kepada peranan
dan sokongan ibubapa dan masyarakat. Dalam perkara
ini, kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya lulusan IPT
masih belum lagi mendapat perhatian dan sokongan
yang sewajarnya daripada kalangan ibubapa pelajar
IPT. Sebahagian besar mereka masih mengharapkan
agar anak-anak mereka mendapat pekerjaan samada
di sektor awam ataupun swasta selepas menamatkan
pengajian.

4.11 Pembudayaan Keusahawanan Memerlukan Masa,


Komitmen dan Kesabaran

Pembudayaan keusahawanan, terutamanya di kalangan


masyarakat Bumiputera yang berlatarbelakangkan
sejarah sebagai masyarakat yang berasaskan pertanian,
merupakan satu cabaran yang kompleks yang
memerlukan masa, kesabaran dan komitmen daripada
pelbagai pihak.

14
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

5.1 Seiring dengan matlamat Kerajaan untuk melahirkan

5.0 Rasional modal insan yang berkualiti, inovatif dan kreatif bagi
memacu transformasi ekonomi negara kepada ekonomi
berpendapatan tinggi dan seterusnya mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020, pendidikan dan
program serta akitiviti pembudayaan keusahawanan di
kalangan pelajar IPT perlu diperkukuhkan secara holistik.
Malah tidak dapat dinafikan bahawa setiap elemen
kemahiran insaniah ataupun ‘soft-skills’ seseorang
individu seperti kemahiran berkomunikasi, berdaya saing
dan berdaya tahan serta mempunyai nilai kepimpinan
yang tinggi adalah merupakan subset kepada nilai-nilai
yang terdapat di dalam diri seorang usahawan.

5.2 Di samping keperluan untuk melahirkan ‘entrepreneurial


graduates’ ataupun graduan yang mempunyai pemikiran,
atribut dan nilai keusahawanan, usaha yang lebih
terancang dan bersepadu perlu diambil oleh IPT dalam
menyediakan program pengukuhan keusahawanan dan
infrastruktur serta persekitaran yang kondusif kepada
golongan pelajar yang benar-benar mempunyai minat
dan keinginan untuk menjadi seorang usahawan.

15
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

5.3 Bagi sesebuah IPT untuk berjaya melahirkan modal


insan yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai
keusahawanan serta melahirkan lebih ramai lagi
usahawan siswazah ataupun ‘graduate entrepreneurs’,
ianya perlulah disokong oleh tenaga pengajar yang juga
mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.
Dalam perkara ini, penerapan nilai dan budaya
keusahawanan perlu juga dilaksanakan kepada tenaga
pengajar/pegawai/penyelaras keusahawanan IPT.

16
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Bagi meningkatkan dan menggalakkan pembangunan


6.0 Polisi dan keusahawanan yang lebih terancang, holistik dan berimpak
Strategi tinggi dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai
keusahawanan serta melahirkan usahawan siswazah, enam
(6) teras strategik Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT
telah ditetapkan:

i. Menubuhkan Pusat Keusahawanan di Setiap IPT;


ii. Menyediakan Pendidikan dan Program Keusahawanan
yang Terancang dan Holistik;
iii. Memantapkan Program Pembangunan dan Pengukuhan
Keusahawanan;
iv. Mewujudkan Mekanisme Pengukuran yang Berkesan;
v. Menyediakan Persekitaran dan Ekosistem yang Kondusif
bagi Pembangunan Keusahawanan; dan
vi. M e n g u k u h k a n K o m p e t e n s i Te n a g a P e n g a j a r
Keusahawanan.

17
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

i. Menubuhkan Pusat Keusahawanan di Setiap IPT

• Setiap IPT perlu menubuhkan satu Pusat Keusahawanan


bertaraf Pusat Tanggungjawab yang mempunyai
peranan untuk merancang, menyelaras, memantau
dan menilai program dan aktiviti serta pendidikan
keusahawanan masing-masing.
• Pusat Keusahawanan adalah digalakkan untuk
mempunyai Lembaga Eksekutifnya sendiri yang akan
bertindak sebagai badan governan kepada pusat
ini.

ii. Menyediakan Pendidikan dan Program Keusahawanan


yang Terancang dan Holistik

• IPT perlu mempunyai perancangan dan matlamat yang


jelas dari segi pelaksanaan pendidikan dan program
keusahawanan yang dijalankan untuk melahirkan
siswazah yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai
keusahawanan ataupun ‘entrepreneurial graduates’.
Dalam perkara ini metodologi pelaksanaan modul
dan program keusahawanan perlulah bertepatan
dangan matlamat yang telah ditetapkan.

18
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

• Usaha bersepadu perlu diambil oleh IPT agar elemen


dan budaya keusahawanan dapat diterapkan
(embedded) secara eksplisit merentasi kurikulum.
• Pendidikan keusahawanan perlulah seimbang
dari segi aspek teori dan praktikal. Di samping itu
pengisian modul dan kaedah pembelajaran perlulah
disesuaikan dengan keperluan kumpulan pelajar
yang berbeza latarbelakang akademik dan juga
tahap pengajian.
• Menggalakkan penglibatan usahawan dan pihak lain
yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan
keusahawanan dalam penggubalan modul dan
pengajaran keusahawanan serta pengkomersilan
hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) IPT.
• Menggalakkan kolaborasi dan kerjasama di
kalangan pelajar daripada pelbagai latar belakang
akademik dalam pengembangan dan pengeksploitan
idea perniagaan (business ideas) serta dalam
penyelidikan dan pembangunan saintifik bagi tujuan
pengkomersilan.
• I P T m e n u m p u k a n p ro g r a m p e m b a n g u n a n
keusahawanan mereka berasaskan kepada kekuatan,
atribut dan keunikan masing-masing.

19
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

• Menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman di


antara tenaga pengajar dan pelajar keusahawanan
daripada IPT tempatan dan luar negara.
• Menggalakkan penglibatan ibubapa atau penjaga
dalam program dan aktiviti keusahawanan IPT.
• Menggalakkan penglibatan usahawan yang boleh
dijadikan usahawan contoh (role model) kepada
pelajar dalam program dan aktiviti keusahawanan
IPT.

iii. Memantapkan Program Pembangunan dan


Pengukuhan Keusahawanan

• Objektif utama program pembangunan dan


pengukuhan keusahawanan adalah untuk melahirkan
siswazah yang benar-benar menceburi bidang
keusahawanan ataupun ‘graduate entrepreneurs’.
Sehubungan itu IPT perlu membangunkan program
khusus yang menjurus kepada melahirkan usahawan
siswazah.
• Memandangkan program pembangunan dan
pengukuhan keusahawanan memerlukan komitmen
kewangan yang tinggi, IPT perlulah mempunyai
mekanisme penyaringan yang efektif untuk mengenal

20
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

pasti hanya pelajar-pelajar yang mempunyai potensi


dan sikap yang betul serta minat yang mendalam
untuk menjadi seorang usahawan sahaja diberi
keutamaan untuk mengikuti program ini.
• IPT perlu memperkukuhkan jalinan kerjasama
strategik bersama agensi kerajaan yang terlibat
dengan pembangunan keusahawanan, pihak
industri dan perbankan, usahawan, badan-badan
bukan kerajaan, alumni, dan lain-lain organisasi yang
berkaitan dalam merangka dan melaksana program
pembangunan dan pengukuhan keusahawanan
mereka termasuklah program ‘apprenticeship’ dan
sangkutan keusahawanan.
• IPT perlu mengkaji tempoh dan kekerapan yang
bersesuaian bagi program ‘apprenticeship’ dan
sangkutan keusahawanan agar ianya benar-benar
memberikan impak kepada pelajar.

iv. Mewujudkan Mekanisme Pengukuran yang


Berkesan

• IPT perlu mempunyai sistem pengukuran yang


berkesan dan boleh dipercayai bagi menilai sama
ada pendidikan, program dan aktiviti keusahawanan

21
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang


telah ditetapkan ataupun sebaliknya.
• Dalam menilai keberkesanan sesuatu program,
perhatian perlu diberikan kepada matlamat ataupun
‘learning outcome’ yang hendak dicapai daripada
program tersebut di samping penentuan indikator
pencapaian yang bersesuaian.
• Bagi program ‘apprenticeship’ dan sangkutan
keusahawanan, ‘assessment’ pencapaian dan
prestasi pelajar perlulah dilaksanakan bersama oleh
pihak IPT dan juga pihak industri ataupun usahawan
yang terlibat dalam memastikan agar ianya lebih
seimbang dan adil.

v. Menyediakan Persekitaran dan Ekosistem yang


Kondusif bagi Pembangunan Keusahawanan

• Usaha yang bersepadu dan berterusan perlu diambil


oleh IPT untuk menyediakan persekitaran dan
ekosistem yang kondusif bagi melahirkan lebih ramai
lagi usahawan di kalangan siswazah IPT termasuklah
menyediakan peluang dan ruang perniagaan
dalam kampus, khidmat nasihat perniagaan dan
mewujudkan lebih banyak lagi peluang untuk

22
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

menimba pengalaman perniagaan dengan syarikat-


syarikat perniagaan yang berjaya.
• Pihak atasan dan pengurusan IPT perlulah komited
dan memberikan sokongan yang padu terhadap
usaha untuk membangunkan keusahawanan pelajar
demi mewujudkan ekosistem keusahawanan yang
lestari dan ke arah dasar mesra keusahawanan di
IPT.
• Mewujudkan lebih banyak lagi Koperasi Siswa
sebagai satu mekanisme untuk mendedahkan
pelajar kepada dunia perniagaan sebenar disamping
dapat menerapkan semangat bekerjasama dan
kekitaan serta keprihatinan sosial.
• Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang
cemerlang dari aspek keusahawanan.
• Memantapkan dan mempertingkatkan hubungan di
antara IPT dan komuniti perniagaan dan perbankan
serta agensi-agensi sokongan lain yang terlibat
dalam pembangunan keusahawanan.

23
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

vi. Mengukuhkan Kompetensi Tenaga Pengajar


Keusahawanan

• Usaha yang bersepadu perlu diambil oleh IPT


untuk meningkatkan kompetensi tenaga pengajar
keusahawanan mereka terutamanya daripada segi
ilmu praktikal keusahawanan.
• Te n a g a p e n g a j a r k e u s a h a w a n a n p e r l u l a h
proaktif untuk menimba pengalaman yang
relevan dalam bidang pengajaran keusahawanan
disamping mendekatkan diri kepada pihak industri,
usahawan dan agensi-agensi sokongan kerajaan
dan swasta.
• Melahirkan lebih ramai lagi tenaga pengajar yang
berkelayakan Ijazah Kedoktoran di dalam bidang
keusahawanan.
• Menggalakkan jaringan kerjasama di antara tenaga
pengajar keusahawanan tempatan dan luar negara
dalam berkongsi amalan terbaik ataupun ‘best
practices’.
• Menggalakkan tenaga pengajar keusahawanan
mengikuti latihan sangkutan atau ’industrial
attachment’ bersama usahawan atau Industri Kecil
dan Sederhana (IKS).

24
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

• M e n g a m b i l k i r a u s a h a d a n inisiatif dalam
membangunkan keusahawanan pelajar sebagai
salah satu elemen untuk penilaian kenaikan
pangkat.

25
Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Pendidikan dan pembangunan keusahawanan IPT yang


7.0 Penutup holistik amat signifikan dalam usaha untuk melahirkan
modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran,
atribut dan nilai keusahawanan. Usaha-usaha ini juga adalah
untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah
yang akan bertindak sebagai pemangkin dan penggerak
kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi
berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah
pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020.
Namun begitu, untuk mencapai objektif ini, perhatian dan
usaha yang bersepadu perlu diambil agar prestasi akademik
pelajar tidak akan terjejas.

26

You might also like