Nilai-nilai murni dalam novel Di Sebalik Wajah

Rajin Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku. kasih sayang Kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka. Tabah Doktor Fikri merupakan seorang pelajar yang tabah. Dia sabar menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada murid yang lain. Sedia memaafkan Doktor Fikri mengamalkan nilai sedia memaafkan dan tidak menaruh dendam terhadap orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius yang meletakkan barang dicurinya ke dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan memaafkan Narius malah meminta ayahnya mengikat jamin terhadap Narius kerana terlibat dalam kes kecurian. Simpati Doktor Fikri bersikap simpati terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua dan tidak mampu mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera meminta ayahnya menghulurkan bantuan. Bertanggungjawab Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga pesakit dengan mesra. Hal ini terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan nazar kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga menjalankan tugas dengan amanah. Selain itu pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah. Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin dengan tegasnya. Berjimat cermat Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat. Dia sentiasa membawa bekalan emaknya ke sekolah daripada berbelanja di kantin untuk menjimatkan wang. Alim Doktor Fikri di Hospital Ratu Elizabelt merupakan seorang yang alim dan bersopan santun. Ketika melihat Cikgu Saiful dalam keadaan yang gelisah, dia turut mengajak Cikgu Saiful menjalankan solat sembahyang di bilik surau di hospital tersebut. Sikapnya yang mulia turut menyebabkan Cikgu Saiful hendak menamai anak lelakinya sebagai “Doktor Fikri”. Gigih

Nilai gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Ketika menyertai acara lumba lari 1500 lelaki B, dia tidak berputus asa walaupun lututnya sakit dan berasa sukar bernafas. Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat. Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya tidak berpatah semangat untuk meneruskan pendakian walaupun berasa penat, sejuk, susah bernafas serta kaki yang sakit.

Pengajaran dalam novel Di Sebalik Wajah
Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain. Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya Doktor Fikri sedia memaafkan Narius yang pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya membantu Narius keluar dari lokap polis dengan membayar wang ikat jamin. Selain itu, kita perlu rajin untuk mengusahakan sesuatu kerja. Contohnya Doktor Fikri mengerjakan kebun sayursayurannya di belakang rumah pada setiap petang. Dia sanggup mengutip najis lembu sebagai baja. Selain itu dia juga menjualkan hasil tanaman di tamu. Bukan itu sahaja, terdapat pengajaran tentang kita perlu bertanggungjawab terhadap kerjaya kita. Misalnya kakitangan Hospital Ratu Elizabelt dapat menjalankan tugas dengan baik. Di samping itu, kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita. Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat dan membawa bekalan ibu ke sekolah tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai seribu ringgit di bank. Dia dapat membeli basikal barunya dengan wang simpanan sendiri. Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri. Pengajaran lain ialah ibu bapa harus mengambil berat pelajaran anak mereka. Contohnya ketika Doktor Fikri, ibunya puan Halipah pasti akan memeriksa buku latihan dan bertanya tentang pelajarannya di sekolah. Terdapat pengajaran tentang ibu bapa harus menerima kelahiran anak yang tidak sempurna dari segi fizikal. Tamsilnya pada mula Cikgu Saiful sukar menerima bayinya agak berbeza dengan bayi yang lain, anaknya ialah anak balar. Bagaimanapun atas nasihat doktor, dia telah menyesal atas sikapnya dan sedia menerima bayi yang cacat dari segi kulit.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful