You are on page 1of 3

LAPORAN LAWATAN KE PERSEMBAHAN WAYANG KULIT

Pada 18 April 2011, saya bersama beberapa orang rakan pergi menonton
persembahan wayang kulit yang dianjurkan oleh Fakulti Muzik Aswara (Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan) bertempat di Kafe Bunga Raya. Persembahan
wayang kulit bermula pada pukul 8.00 malam. Persembahan wayang kulit tersebut
bertajuk ‘Jodoh Di Hujung Nyawa’.

Seramai 12 orang pelajar daripada fakulti tersebut telah menjayakan


persembahan tersebut yang mana merupakan sebahagian daripada tugasan amali
mereka. Antara alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit ini ialah
geduk, gong, canong, kesi dan juga gedombak. 2 orang daripada 12 orang pelajar ini
memainkan geduk, seorang memainkan gong, seorang memainkan canong, seorang
memainkan kesi dan selebihnya memainkan gedombak.

Tajuk ‘Jodoh Di Hujung Nyawa’ ini mengisahkan tentang satu peraduan nasib
yang diwar-warkan oleh Sang Kaki Derkala dari alam kayangan Tingkat ke Lima.
Barang sesiapa yang dapat mengambil Geliga Hikmat yang berada di puncak gunung
berapi di negeri Tanjung Aruda yang dijaga oleh seekor raksasa yang bernama Sang
Kala Berga. Sesiapa yang Berjaya maka orang itu akan dikahwinkan dengan Tuan
Puteri Kintanda Anjaib.

Berita ini telah tersebar luas dan diketahui oleh ramai anak raja, anak mambang
termasuklah anak Raja Seri Rama dari Negeri Susia Mendara Pura iaitu Lak Juna dan
Lak Plekbang. Selain itu diketahui juga oleh anak kepada Mambang Sakti Kelimunan
iaitu Mambang Tunggal Panglima Bayu dari Negeri Gua Berasap. Setelah mendapat
keizinan daripada ayahanda masing-masing, lalu mereka berangkat ke Negeri Tanjung
Aruda diiringi oleh para pengasuh dan hulubalang bagi mencuba nasib serta menguji
kekuatan diri untuk mendapat Geliga Sakti.
Dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan seorang tua yang bernama Pakir
Jenang iaitu seorang ulama mulia yang tinggal di kaki bukit Belerang Tunggal dan
member tahu bahawa terdapat dua jalan pilihan iaitu jalan yang jauh dan jalan yang
dekat. Jalan yang dekat terdapat beberapa cabaran yang merbahaya iaitu terpaksa
mengharungi kawasan gergasi iaitu Seekor Naga Api, Gergasi Langsui Kepala Tujuh
dan Gergasi Ganga Sura. Manakala jalan jauh pula akan memakan masa yang lama.

Daripada pemerhatian saya berdasarkan persembahan muzik ini, ton yang


diperdengarkan adalah seimbang yang mana saya boleh mendengar kesemua alat
muzik yang digunakan. Cara susunan alat muzik juga sesuai dengan ruang dan jumlah
penonton. Alat muzik gedombak diletakkan di kiri dan kanan memandangkan jumlah
pemainnya adalah ramai berbanding alat muzik yang lain.

Dari segi etika persembahan dalam seni wayang kulit yang dipertontonkan,
pengerusi majlis memulakan persembahan dengan ucapan alu-aluan yang mana
dengan memberi salam kepada penonton, memperkenalkan ahli-ahli dan juga turut
menyatakan tujuan wayang kulit itu dipersembahkan. Sebelum memulakan
persembahan juga, sebahagian daripada lampu bahagian hadapan kafe dimatikan
untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai dengan mud persembahan dan secara
tidak langsung memberi mud yang sesuai kepada penonton.

Dari sei persembahan pula, saya dapat melihat banyak unsur kecindan diselitkan
bertujuan untuk menarik minat penonton ditambah pula dengan loghat Kelantan yang
pekat menjadikan penonton segar dan tidak kering gusi. Selingan muzik juga
kedengaran pada setiap babak-babak dalam persembahan tersebut. Walaupun begitu,
isi penyampaian disampaikan dengan jelas sekali dan penonton dapat memahami isi
persembahan tersebut.

Persembahan wayang kulit ini berakhir lebih kurang pada pukul 10. Diharapkan
dengan adanya persembahan seperti ini, generasi akan dapat mengetahui tentang seni
persembahan yang terdapat di Malaysia yang mana salah satunya ialah wayang kulit
yang menjadi antara daya penarik dan kebanggaan rakyat di Malaysia dan wayang kulit
ini akan terus kekal dan dipraktikkan supaya tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Disediakan Oleh,

…………………..

(NOOR HAFIZAH BINTI HASHIM)


PISMP G 5.6
IPG KAMPUS ILMU KHAS,
CHERAS

You might also like