PENGURUSAN PEMBELAJARAN EDU 3034 / KPS 3014 MODUL PENGURUSAN SUMBER KUMPULAN G PENSYARAH : ENCIK AZLI BIN ARIFFIN

OLEH: NAMA MICHALLE ANAK SIGAN ELIZABETH ANAK BILIE NIK NORFAZLINA HANA BINTI MOHD NOOR NORFARDANI BINTI MISIN SITI ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM ROHANI BINTI ABDUL WAHAB NURUL ZAWANI BINTI HASSAN D20091034158 D20091035632 D20091035594 D20091035596 AT01 AT33 AT33 AT33 NO. MATRIK D20091035627 D20091034154 D20091035588 KOD PROGRAM AT33 AT01 AT33

Isi kandungan
Bil 1.0 2.0 3.0 Pendahuluan Definisi dan konsep pengurusan sumber Jenis- jenis sumber Isi kandungan Muka surat 1 2 2-3

4.0

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber

4-5

5.0

Kepentingan pembelajaran berasaskan sumber

5-6

6.0

Fungsi dan peranan pusat sumber.  Pusat kegiatan belajar dan mengajar.  Mengisi masa lapang.  Pusat perkembangan idea dan kreativiti.  Pusat professional

6-8

7.0

Kesimpulan

9

Rujukan Lampiran

10

1.0

Pendahuluan Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak

diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan pelajar hasil daripada pengalaman. Perubahan yang berlaku merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik yang diajar. Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui modul

pengajaran dan pembelajaran, seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya. Setiap sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru perlulah menguasai kemahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai hasil yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selepas mengenal pasti semua sumber dan

bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah. Disamping itu juga, guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai hasil pengajaran yang terbaik. Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru sekolah bagi memberi kefahaman yang maksimum kepada para pelajarnya. Proses pengajaran yang berkesan ini merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah.

2.0

Definisi dan konsep pengurusan sumber Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang

dan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010). Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yan telah ditetapkan. Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian. Sumber terdiri daripda pelbagai kategori iaitu sumber alam atau semulajadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber ini digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup dan mempunyai perkaitan dengan definisi pengurusan tadi. Oleh sebab itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat.

3.0

Jenis- jenis sumber Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam

membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya.

Sumber bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang murah, senang didapati, mudah diperolehi dan mudah alih. Selain itu juga, bahan bercetak ini merupakan bahan yang kekal dan boleh dibuat dirujuk pada bila-bila masa saja kerana ianya banyak disimpan di pusat sumber, perpustakaan dan arkib negara. Selain daripada itu, bahan teknologi maklumat juga salah satu sumber yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang menyukainya. Jika sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mempunyai kemudahan yang luas dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah di seluruh negara dan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam menyampaikan pengajarannya. Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk

memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Bahan maujud juga sering digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Selain daripada itu juga, bahan ini merupakan bahan yang nyata yang ada

disekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contoh bahan ini ialah komputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya. Selain itu bahan ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu realia asli ( bahan yang hidup dan bukan hidup ), realia awet ( bahan yang telah diawet ) dan spesimen ( mewakili kumpulan hidupan tertentu seperti daun-daun). Jika guru menggunakan bahan-bahan ini, maka para pelajar akan lebih memahami situasi sebenar berdasarkan gambaran dan bahan yang digunakan dengan mentranformasikan situasi tersebut dalam dunia yang nyata melalui deria sentuhan, penglihatan, rasa dan sebagainya.

4.0

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar secara

aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu, peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai contoh,

sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang berasaskan komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat dalam

computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan. Menggunakan cara tersebut kita dapat melihat penglibatan aktif semua pelajar untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan oleh gurunya. Selain daripada itu, ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber hendaklah lebih flaksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar. Maksudnya di sini ialah gaya pembelajaran pelajar boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian yang mereka perlukan. Contohnya, jika terdapat seseorang pelajar hendak bertanyakan soalan kepada gurunya selepas tamat waktu persekolahan, mereka tidak sepatutnya berjumpa dengan guru semata-mata hendak bertanyakan akan jawapan. Sebaliknya mereka boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat yang dikehendaki atau berkomunikasi secara langsung dengan guru melalui email ataupun telefon bagi bertanyakan akan masalah tersebut tanpa perlu bersemuka. Hal ini lebih senang dan menjimatkan masa para pelajar dan guru tersebut. Ciri pembelajaran berasaskan sumber dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan mereka. Sebagai guru mereka perlu mengetahui tahap keupayaan setiap pelajarnya supaya dapat memudahkan guru untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar berkenaan. Tidak semua pelajar boleh menerima pembelajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini bergantung kepada tahap keupayaan seseorang pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai tahap keupayaan yang rendah, tidak sesuai untuk belajar dengan menggunakan sumber bercetak seperti buku, majalah atau surat khabar kerana pemikiran mereka tidak dapat memahami dan menguasai maksud yang cuba disampaikan dalam teks tersebut. Oleh sebab itu, golongan pelajar seperti ini hendaklah diajar menggunakan kaedah pembelajaran

berasaskan komputer atau alat pandang dengar seperti televisyen mahupun video kerana mereka akan lebih memahami maksud yang cuba disampaikan dengan lebih jelas lagi. Di samping itu juga, aktiviti pembelajaran haruslah memberi penekanan kepada sumber pendidikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia. Guru seharusnya tidak

menggunakan sumber pembelajaran yang tidak berkaitan dengan aspek pendidikan negara kerana setiap pembelajaran yang diajar seharusnya mengikut acuan pendidikan negara. Hal ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang lebih patriotik dan mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi. Pengambilan sumber juga haruslah sesuai dengan pembelajaran supaya memudahkan pelajar untuk memahami maklumat cuba disampaikan oleh guru. Tanpa sumber pembelajaran guru sukar untuk melakukan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Ciri pembelajaran berasakan sumber yang terakhir ialah dapat menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi bagi meningkatkan motivasi belajar para pelajar. Dalam konteks ini guru boleh memilih sendiri kaedah pembelajaran dengan menggunakan pelbagai sumber seperti, internet, cakera padat, video, televisyen, buku teks, majalah, surat khabar, kamus ataupun sumber yang berasaskan manusia contohnya guru ataupun rakan sekelas. Selain itu juga, dengan penggunaan pelbagai sumber pengetahuan pelajar akan bertambah luas. Mereka juga boleh berkomunikasi dengan guru ataupun rakan yang lain apabila tamatnya waktu persekolahan dengan menggunakan internet seperti email ataupun telefon.

5.0

Kepentingan pembelajaran berasaskan sumber Pembelajaran berasaskan sumber amat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Tanpa sumber, ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja. Pengajaran dan pembelajaran yang berasakan kepada guru sahaja tidak mencekupi dalam konteks mendidik para pelajar. Pentingnya sumber dalam pembelajaran ialah dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Contohnya, guru yang hanya mengajar berasakan kepada teori saja tidak dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pelajar tanpa praktikal atau

gambaran yang jelas bagi menerangkan mengenai sesuatu situasi tersebut. Oleh sebab itu, guru boleh menggunakan bahan seperti foto-foto yang berkaitan, slaid dan video untuk dilihat oleh pelajar bagi menambahkan kefahaman mereka. Sumber juga penting dalam pembelajaran pelajar agar pelajar tersebut tidak merasa bosan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Semestinya pelajar tidak akan selesa berada dalam kelas jika guru hanya menerangkan mengenai fakta atau teori tanpa bahan-bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Oleh sebab itu, timbullah sikap yang tidak menghormati guru. Gaya pengajaran guru tersebut yang tidak menarik perhatian pelajar menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar. Oleh hal yang demikian, sumber berfungsi untuk mengawal sikap para pelajar ini agar lebih menghormati para pendidiknya melalui pendedahan positif yang diberikan oleh guru melalui sumber pembelajaran. Contohnya, keratan akhbar yang mengandungi isu-isu semasa boleh digunakan oleh guru sebagai sumber pembelajaran bagi menerangkan mengenai sesuatu peristiwa dan seharusnya pelajar mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Selain itu, pembelajaran berasaskan sumber juga amat penting untuk membina nilai positif dan usaha meningkatkan prestasi pelajar di samping meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Melalui sumber yang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran para

pelajar akan memahami pengajaran guru tersebut dan dapat mendorong mereka mencapai tahap pengetahuan yang tinggi. Para pelajar juga akan bermotivasi untuk belajar apabila adanya sumber yang boleh menjana minda mereka untuk lebih menerokai dan memahami mengenai ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru mereka. Contohnya, penggunaan sumber berasaskan internet dapat membantu mereka untuk mencari bahan yang diperlukan tanpa bergantung pada guru semata-mata. Melalui penggunaan sumber yang terkini atau moden ini dapat membantu mereka untuk mengakses maklumat yang mereka perlukan dengan lebih cepat dan mudah.

6.0

Fungsi dan peranan pusat sumber. Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah ruangan yang berisi banyak

koleksi buku yang dipelihara dengan baik dan dapat digunakan oleh semua masyarakat atau golongan tertentu. Selain daripada itu juga, pusat sumber merupakan pusat media, pusat belajar,

pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan. Pusat sumber berkembang pesat dari waktu ke waktu dengan pelbagai fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat sumber juga berkembang daripada pusat sumber tradisional, semi tradisional, elektronik, digital sehinggakan pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya. 6.1 Pusat kegiatan belajar dan mengajar. Fungsi utama pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah. Pelbagai sumber rujukan di pusat sumber juga akan dapat membentu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran mereka dan mencari bahan rujukan tambahan untuk pemahaman atau dalam menambah maklumat yang telah disampaikan. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan mendalam sesuatu pelajaran itu jika hanya sepenuhnya bergantung pada guru sahaja tanpa membuat rujukan tambahan.

6.2

Mengisi masa lapang. Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempat

untuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana, dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka. Mereka tidak akan

membazirkan masa di tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli- belah, kedai makan dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan±

kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi dapat menambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telah disediakan. Mereka juga dapat berbincang dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru bersama kawan- kawan serta dapat menghindari diri daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.

6.3

Pusat perkembangan idea dan kreativiti. Di samping dapat mengisi masa lapang, pusat sumber juga menjadi pusat bagi

perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran , kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Contohnya dengan penganjuran pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita dan banyak lagi.

6.4

Pusat profesional Pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai Pusat profesional. Pelbagai

aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan iktisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan- rancangan perkembangan staf dan latihan dalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.

7.0

Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu

meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber

manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi itu. Namun kepincangan pengurusan sumber manusia telah membangkitkan pelbagai isu. Isu-isu sedia ada dalam pengurusan sumber manusia dalam pendidikan termasuklah isu berhubung kait penilaian prestasi, pemberian insentif, globalisasi pendidikan, teknologi dalam pendidikan, jaminan kualiti pendidikan, proses perekrutan dan pemilihan staf, latihan dan pembangunan staf, serta pembangunan kerjaya staf. Beberapa tahun kebelakangan menyaksikan pelbagai isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan menerima liputan meluas media massa, seperti isu ketidakseimbangan gender dalam pasaran pekerjaan, 20 pelarasan gaji, etika dan integriti, stres serta isu kepemimpinan. Dalam industri pendidikan, isu-isu berbangkit ini perlu ditangani secara sistematik dengan penggemblengan usaha pihak-pihak yang

berkepentingan bagi menjamin peningkatan prestasi pelajar berjaya dilaksanakan.

Rujukan

Abdul Aziz Yusof (2004). Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan. Pearson Prentice Hall.

Abdul Aziz Yusof (2007). Keinsanan Dalam Pengurusan. Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan. Utusan Publications & Distributors SDN BHD.

Arcaro Janice (1995). Creating Quality in the Classroom. London: Kogan Page Limited.

Buck, Frank (2010). Organization Made Easy!-Tools for Today¶s Teachers. New York: Eye on Education.

Cari Ilmu Online Borneo (2010). Jenis- jenis sumber pembelajaran dan pemanfaatnya. Diperoleh pada 9 Mac 2011 daripada http://massofa.wordpress.com/ Linder, S.B (1970). The Harried Lecture Class. New York: Columbia University Press.

scrib (2010). Tujuan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada 9 Mac, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/

Teori pembelajaran ( 2009 ). Diperoleh pada 9 Mac, 2011 daripada http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/index TE.html

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful