Nasir Mohamad P17239 1.

PENDAHULUAN

Masalah yang ditimbulkan oleh pelajar pada hari ini semakin mencabar. Bukan sahaja dari segi bilangannya bertambah malahan jenis kesalahan itu juga bertambah. Apabila berlakunya masalah ini maka sistem pendidikan akan turut dipersoalkan. Adakah kurikulum yang dibina pada hari ini telah ketinggalan atau masihkah ada ruang yang yang perlu diperbaiki lagi.

“Melihat kepada realti yang kita hadapi sekarang tentang ketidakberkesanannya pendidikan agama terhadap pembentukan peribadi dan moral sebahagian besar pelajar Islam, maka kita mungkin akan bertanya apakah silapnya dan dimanakah kepincangan sistem pendidikan Islam kita sekarang ? “ (Ismail Ibrahim 1999).

Dalam menangani masalah ini, kurikulum ke arah pembentukan akhlak pelajar harus digubal. Pendidikan Agama Islam adalah dikenalpasti sebagai asas bagi membentuk pelajar berakhlak mulia ke arah masyarakat yang lebih bertaqwa. Dengan ini mata pelajaran ini seharusnya dijadikan mata pelajaran wajib bagi peperiksaan peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Menengah Vokesional (SPMV) bagi semua pelajar yang beragama Islam.

2 Abdul Halim Muhammad (1985) menganggap kegagalan Kurikulum Pengetahuan Agama Islam di dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) adalah kerana dasar penggubalannya yang bersifat sekular. Kajian oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) pula mendapati tumpuan pendidikan yang hanya kepada pemerolehan ilmu pendidikan dan prestasi akademik semata-mata menyebabkan matlamat untuk membentuk pelajar berakhlak mulia dan Insan yang Kamil tidak tercapai. Malah hasil pendidikan sebegini juga akan melahirkan pelajar yang hanya mampu menghafal tanpa memahami dan mengetahui apakah fungsi mereka dan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Orientasi Islam terhadap pembangunan insan mengambil kira semua dimensi kehidupan manusia. Elemen-elemen yang membantu penjanaan manusia berkualiti, proses dan persediaan serta saranan-saranan yang baik adalah antara faktor-faktor utama dalam membangun manusia dari segi rohaniah, aqliah, emosi dan jasmani. Penggembelengan kesemua dimensi dan elemen tersebut secara efisien dan efektif akan membawa kepada tercapainya objektif ‘character building’ yang dibina melalui proses ‘character training’ yang panjang. Matalamat akhirnya melahirkan manusia berkualti yang diungkapkan oleh Al-Ghazali sebagai Warga ideal yang mempunyai akhlak yang mulia (Abdul Ghafar Haji Don 1999).

2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3 Secara ringkas, unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dicerminkan dalam rajah di sebelah dengan menggambarkan Falsafah Pendidikan yang berpaksikan kepada ketuhanan.

INTELEK

Kepercayaan dan kepatuhan

ROHANI

Kepada Tuhan
ILMU DAN AKHLAK MULIA INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS Tanggungjawab dan sumbangan kepada

Masyarakat

JASMANI

EMOSI

Rajah 1.1 Falsafah Pendidikan Untuk Melahirkan Insan Berakhlak Mulia. Lahirnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini diharapkan dapat melahirkan insan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi disamping mempunyai akhlak yang mulia. Harapan yang begitu tinggi oleh pihak kerajaan ialah gejala keruntuhan akhlak yang berlaku di kalangan pemimpin seperti penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya dapat di atasi. Begitu juga dapat mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja seperti ‘gengterisme’, ‘Vandalisme’, ‘Holirisme’ dan sebagainya.

minat dan motif. terutama terhadap sesuatu perlakuan yang baik atau tidak baik. bersih dan tegap . Ini bermakna.1 Definisi Nilai Konsep ‘nilai’ dalam pandangan orang-orang Barat dikaitkan dengan pelbagai istilah berpandukan kepada bidang atau didiplin ilmu.P McKinney (1980). 3. Rescher (1969) pula berpendapat bahawa nilai dan kehidupan manuisa sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana manusia sebagai insan yang rasional dan aktif berfikir sering membuat pertimbangan. 3. keperluan. ahli psikologi menghubungkan nilai dengan sikap. Menurut J. Keadaan fizikal .4 Salah satu kompenan yang penting di dalam pendidikan negara ialah pendidikan akhlak. Emosi dan Intelek. nilai mempunyai pelbagai bentuk pertimbangan. Motif dan perangai 2. . Recher juga mengusulkan beberapa cara untuk melihat pegangan nilai seseorang seperti berikut :1. Etika dan Akhlak. Misalnya ahli ekonomi mengaitkan nilai dengan harga atau kuantiti. nilai-nilai menjadi tenaga pendorong bagi manusia untuk melakukan sesuatu atau yang menjadi pegangan untuk tidak melakukan. benar atau salah dan sama ada seseorang itu ingini atau tidak diingini.sihat. murah hati dan telti. Definisi Nilai. Ia dilaksanakan secara bersepadu di dalam penyampaian semua displin keilmuan. sintimen. Rohani.berani. Pendidikan akhlak sesuai untuk melahirkan insan yang mempunyai perseimbangan antara keperluan Jasmani. Moral.

ikhlas. taqwa. maju. Sosial 5. taat indah. 3. .2 Definisi Moral Dan Etika. Menurut Ee Ah Meng (1988) . Di sini Rescher (1969) mengkategorikan nilai-nilai yang berfeadah bagi kehidupan manusia seperti berikut :Kategori nilai 1. Keupayaan dan kemahiran 4. Istilah ‘Moral’ berasal daripada perkataan Latin ‘Moralis’ yang bermakna tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. . Estetika 7. saksama. Moral dan intrinsik 4. Nilai-nilai yang berkaitan dengan kehidupan manusia ialah yang berfeadah atau yang mendatangkan faedah serta memberi kesejahteraan. Intelek 9. Agama 8. Sentimental contoh Sihat.cergas. cantik. degil. inisiatif cinta. halus taat. Trait sifat 6. Profesional 10. tabah. Material dan fizikal 2. Keadaan urusan .tenang.5 3. pemarah. antik. produktif jujur. cekap . senang.patriotik. Politik 6. penindasan. insaf pintar. kerjasama adil. acuh tak acuh. Ekonomi 3. peka. Keadaan pemikiran atau sikap 5. bebas. kreatif jaya diri. seni. pemurah. selamat.keadilan ekonomi.

maka dalam konteks ini ia boleh dikatakan sebagai moralist. hormat menghormati. Walau bagaimanapun beliau berpendapat disiplin etika sebenarnya bukan sematamata berbentuk akademik atau teoritikal. bekerjasama. keadilan. Stroll dan R. kebersihan. sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya”. kerasionalan serta semangat bermasyarakat. Moral selalunya disama ertikan dengan etika. Sebagai contohnya.H Popkin (1962). apabila kita katakan ‘etika perubatan’ maka ianya bermaksud suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada para doktor dalam perhubungan antara mereka dan juga dengan para pesakit.6 perkataan Moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran. keberanian. kesederhanaan. kesyukuran. Menurut A. menepati masa. bersopan santun. bertoleransi. . Di antara pendapat yang mengatakan demikian ialah Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief (1971) menulis: “ Perkataan moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun adalah berfaedah jika dapat dibezakan antara keduanya. berdikari. baik hati. malah ianya juga berkait rapat dengan masalahmasalah hidup hari-hari. kasih sayang. pengertian etika adalah sebagai satu peraturan yang menjadi panduan hidup kepada manusia. Apabila kita katakan ‘etika perguruan” maka yang kita maksudkan adalah suatu kod yang dapat mengatur tindak tanduk guru-guru di dalam profesion perguruan. kerajinan.

3 Definisi Akhlak. Teuku Iskandar (1970). Ibn Maskawih (1960) pula mendefinasikan akhlak ini sebagai 'keadaan jiwa seseorang yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Akhlak menurut istilah ialah sikap keperibadian yang melahirkan laku perbuatan manusia terhadap Tuhan dan manusia termasuklah terhadap diri sendiri serta makhlukmakluk lain. kelakuan. . di dalam Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai tingkahlaku yang baik.7 3. Ini sesuai dengan suruhan dan larangan Allah melalui petunjuk al-Quran dan hadis. Abdullah Diroz dalam bukunya " Kalimah fi Mabadi Al-Akhlak" menyatakan perkataan akhlak iaitu satu kekuatan dalaman yang mantap.' Menurut Dr. budi pekerti. kekuatan serta kombinasi yang membawa kecenderungan pada pemilikan akhlak yang benar dengan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan meninggalkan tingkahlaku yang jahat. watak dan pengetahuan yang berkaitan dengan kelakuan.

Justeru. mengamalkan falsafah pragmatisme.8 Menurut Abdul Rauf Dalib (1986). Moral bagi pendekatan barat sekular. maruah dan merangkumi seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Moral hanya menekankan kepentingan dan keselesaan invidu dan masyarakat (Dunwell & Wendel. (Daley. 1976) Oleh itu moral tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal metafizik. . Ia berbeza dengan pengertian moral kerana moral mempunyai maksud perlakuan baik mengikut norma. pendidikan ta'dib islami akin membwa insan semakin dekat kepada penciptanya. Daley dalam bukunya “ Philosophy of Education” telah mengariskan beberapa kriteria dalam menentukan aspek moral antaranya :  Nilai moral berubah kerana cita rasa masyarakat sering kali berubah. Ia hanya diterima oleh komuniti tersebut. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan daripada Maha Pencipta. akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib. Dengan lain perkataan moral walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaanya moral lebih menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia dan hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar. Menurut Musak (1994) akhlak membawa pengertian perlakuan dan tingkahlaku yang baik bersumberkan wahyu (al-Quran). serta masa dan lingkungan yang tertentu sahaja. 1966). Aishah pernah ditanya tentang akhlak Nabi SWT maka dia menjawab : “Akhlaknya adalah al-Quran”. peraturan dan ketetapan yang dibuat dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci.

etika dan akhlak keselruhannya adalah menjurus ke arah mempastikan dua nilai iaitu nilai baik dan nilai buruk. Maka manusia hanya dianggap berakhlak mulia apabila mereka hidup mengikut kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Sesuatu tingkahlaku akin dikatakan baik apabila masyarakat menganggap tingkahlaku itu memberi kesan yang baik dan berguna ke atas masyarakat tersebut.Nilai inilah yang menjadi teras pembinaan peribadi seorang muslim.  Nilai moral mempunyai akibat awam. 1994). Oleh itu nilai akhlak dalam islam bersifat mutlak. Apa yang dikatakan berguna pada hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok. benar dan mulia secara asasnya tidak berubah daripada satu generasi kepada generasi yang lain atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain.  Nilai moral lahir daripada kehendak individu dan sosial dengan idea bagi tingkah laku yang baik timbul daripada etika dan estitika yang dianggap penting oleh individu dan masyarakat. .  Nilai moral merupakan satu kemungkinan sahaja kerana manusia mempunyai pengalaman dan kebolehan penyelesaian masalah yang terbatas. Apa yang diperkatakan sebagai baik.9  Nilai moral bersifat tempatan dan tidak bersifat sejagat kerana cita rasa umum adalah berbeza mengikut kebudayaan. muktamad dan kekal abadi. Nilai mutlak akhlak dalam islam diasaskan kepada keimanan kepada Allah. Jadi nilai akhlak ditentukan oleh Allah yang disampaikan kepada manusia melalui ilmu yang diwahyukan. moral. (Nik Azis. Berdasarkan perbicaraan mengenai nilai.

Bagi mengukur keberkesanan Pendidikan Islam.10 4. apakah perlu aspek tingkah laku mereka yang memperolehi pendidikan berkenaan harus juga dinilai pada akhirnya? 4.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan a. Disamping itu pendekatan dan cara penyampainnya tidak menepati kehendak-kehendak dan perubahan semasa ? c. Adakah di dalam Pendidikan Islam tidak menjadikan pendidikan akhlak sebagai satu perkara yang amat penting yang mampu memimpin insan ke jalan yang selamat ? b. Kurikulum Pendidikan Islam. Adakah Pendidikan Islam memerlukan kepada perubahan kurikulum Pendidikan Islam yang sekian kalinya untuk memantapkan unsur-unsur akhlak ? d. Adakah Pendidikan akhlak yang disampaikan pula tidak diteliti dan dikaji keberkesanannya. ISU-ISU PENDIDIKAN AKHLAK 4. a.1. Adakah warga pendidikan telah memahami dan melaksanakan konsep pendidikan sepadu seperti yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara ? .

3 Falsafah Sosial. Di awal penulisan (pendahuluan) telah dijelaskan bahawa dalam bersosial kita bergelumang dengan budaya sosial yang rendah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin atau remaja. Isunya sekarang adalah : a. Sejauhamana keberkesanannya dalam perlaksanaannya. Pemikiran psikologi seluruhnya menurut pendekatan sains tabii. Falsafah Psikologi. Isunya sekarang bukan untuk memahami interaksi sosial dalam masyarakat sebaliknya bagaimana untuk membasmikan tingkahlaku tidak normal dalam kehidupan sosial para pelajar.4. .11 b. ? 4. Mampukah pendidikan kita menghasilkan pelajar yang berakhlak. Maksudnya faktor emosi dan tingkah laku yang dikaji dan diukur dalam psikologi adalah mengikut parameter sainstifik dengan kaedah empikal. 4. seterusnya membina keluarga penyayang dan masyarakat penyayang. beradab dan berhikmah. Mampukah kita melahirkan insan yang berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan kita ? b. Isu paling nyata sekarang ialah teori-teori psikologi pendidikan yang dilaksanakan dalam pendidikan kita. hampir kesemuanya dari barat.

.6. kera. 4. apa yang hendak dipelajari. Adakah sesuai kita meneruskan kajian-kajian psikologi pendidikan berasaskan paradigma psikologi barat yang mengasaskan teori semata-mata kepada kajian terhadap haiwan-haiwan sosial seperti tikus. anjing dan haiwan mamalia yang lain ? 4. Apabila kita begitu tertarik kurikulum futuristik ke arah teknologi dan industri.12 Isu sekarang : a. Aspek Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Sebagai contoh sekarang kita digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan multemedia sehingga kita terlupa aspek-aspek pembinaan insan itu sendiri. masa dan tempat belajar dan nilai yang akan diterapkan dalam pembelajarannya. apakah kita terus meninggalkan kurikulum pembinaan insan yang berlandaskan akhlak Islam. Isu yang paling hangat dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kosep berpusatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. a. Ini bermaksud murid adalah sebagai penentu matlamat belajar. Pendekatan kurikulum ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang dihasilkan bersifat robotik. apakah kita terus menerima pemikiran asing yang mengatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator sahaja. a. Apabila memperkatakan pengajaran berpusatkan murid. burung. Falsafah Kurikulum Pendidikan Terdapat beberapa isu yang berkait dengan kurikulum.5.

Isunya sekarang ialah : a.7.13 b. Perspektif Penilaian dan Peperiksaan. Sekarang isu penilaian dikaitkan dengan sistem peperiksaan terbuka. Mampukah kita menggubal satu sistem yang bersepadu di antara akademik dan akhlak ? b. Di antaranya ialah bagaimana untuk menilai akhlak dalam setiap mata pelajaran ? . Beberapa persoalan dapat ditimbulkan di sini. Walau bagaimanapun. yang ingin melahirkan insan yang berkahlak mulia ? 4. Kita warga pendidikan perlu bekerjasama untuk mencari jawapan kepada isu sijil terbuka ini. penulis hanya lebih berminat untuk mengaitkan perspektif penilaian dengan isu keseimbangan di antara kecemerlangan dalam akademik dan akhlak. Apakah pendekatan berpusatkan pelajar dapat diterima sepenuhnya mengikut acuan Falsafah Pendidikan Negara. Fakta disebabkan isu ini adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang paling cemerlang. dalam kertas kerja ini.

Jenayah jarang sekali berlaku dan dalam masa sepuluh tahun kehidupan Rasulullah S.A. Pendidikan akhlak yang meletakkan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya bersumber Al-Quran dan Hadis.14 5.W di Madinah.1 Pendidikan Akhlak Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. TINJAUAN LITERATUR. dunia dapat menyaksikan buat pertama kalinya gabenor-gabenor bekerja dengan gaji sebanyak satu dirham sebulan. mereka membawa kesemuanya walaupun barang yang tidak dikehendaki. 5. Ini terbukti melalui kejayaannya dalam melahirkan INSAN sebagaimana Naeem Siddiqi menggambarkan kejayaan Rasulullah SAW melahirkan manusia baru berteraskan Al-Quran dan Aqidah Islamiyyah: “ Apabila pegawai-pegawai kerajaan dipanggil untuk berkhidmat. sedikit sekali kes-kes di bawa ke mahkamah .(Ahmad bin Salleh 1999) . Apabila harta rampasan diperintahkan menyerahkannya kepada ketua tentera.

2. Iman dan agamanya akan menjadi sempurna seperti hadis Rasulullah SAW: Erinya : yang paling baik Islamnya diantara kamu sekelian adalah mereka yang paling baik akhlaknya seandainya mereka mengerti. 5. Menurut al-Quran. Akhlak Di Dalam Sistem Pendidikan. Mengikut Mohd. iaitu persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat yang sesuai dengan kehendak Allah swt. Natijahnya ialah kewujudan generasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang- . maka pembentukan akhlak merupakan tujuan utama pendidikan untuk mencapai ketaqwaan dan amal salih. Dengan demikian tujuan-tujuan keahlian atau profesional dan tujuan-tujuan khusus lainnya bukan sahaja tidak terpisah daripada pembentukan akhlak malah dikawal oleh nilai-nilai dan norma-norma akhlak itu sendiri. Menurut beliau lagi. proses pendidikan akhlak tidak cukup hanya dengan menenamkan kesedaran nilai akhlak kepada diri seseorang tanpa disertai dengan persiapan-persiapan yang sempurna agar ia mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang sempurna prinsipprinsip akhlak dan menjauhi segala yang bersifat hina dan jahat dalam berbagai situasi dan keadaan. sekiranya kita menerima tujuan umum pendidikan dari kaca mata Islam. pendidikan moden yang bersifat liberal dan sekular tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek pembentukan akhlak dan rohani yang sihat. Kamal Hassan (1988) .15 Rahsia utama kejayaan pembangunan INSAN ini kerana masyarakat menghayati ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis.

pelajar harus diajar memelihara nilai-nilai ini dan menjadikannya nilai yang terpenting dalam kehidupan mereka. Menurut golongan ini .1. Penulis hanya akan membincangkan beberapa perspektif umum falsafah pendidikan barat mengenai Ethika yang boleh dibahagikan kepada tiga aliran iaitu : 5.3. diasaskan daripada satu generasi kepada satu generasi dan daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat.3. rasuah. Nilai ethik ini bukanlah buatan manusia tetapi merupakan nilai sejagat. Mengikut golongan idealisme ini. Mazhab Idealisme Bagi golongan idealisme. politik wang dan manipulasi jahat untuk kepentingan diri di kalangan bijak pandai hari ini. pecah amanah. Aliran Falsafah Pendidikan Barat Mengenai Akhlak (Ethika). dalam keghairahan yang melulu terhadap pendidikan profesionalisme dan pendidikan untuk mengisi keperluan kebendaan manusia. 5. nilai ethika adalah sempurna. Ini adalah antara akibat daripada pendidikan yang mengabaikan agama dan akhlak itu sendiri. Tidaklah menghairankan sekiranya terdapat banyak kes penipuan. Nilai etika contohnya baik. Pendidikan yang pincang ini ialah satu daripada sebab disebalik kenyataan pahit hari ini bahawa semakin maju manusia dalam mengukuhkan order teknologi semakin ia tidak mampu menegakkan order akhlak dalam dirinya dan dalam negara.16 bidang ilmu keduniaan tetapi yang kurang mengahargai nilai akhlak dalam pofesion dan kehidupan mereka.

et.(Albert. Semua mereka ini menganuti fahaman idealisme. Dalam bukunya. Mengikut Plato kehidupan yang baik hanya terdapat dalam masyarakat yang baik. Guru juga harus menyoal sama ada dirinya merupakan yang baik atau tidak untuk diteladani oleh para pelajarnya. Nilai ethika juga boleh menghalang manusia daripada melakukan kejahatan. . The Republic dalam Bandura (1972). Pendapat Kant di dalam Muhaidi (1981) juga menegaskan bahawa masyarakat ideal mempunyai manusia yang melayan satu sama lain sebagai suatu matlamat dan tidak setakat sebagai suatu cara. nilai perlu dihubungkan dengan kerohanian seseorang.17 lagi.3. 1989). Golongan idealisme juga menekankan pentingnya pelajar menunjukkan contoh yang baik untuk menjadi teladan kepada rakan sedarjahnya. Nilai ethik ini merupakan asas bagi mengukuhkan pembentukan akhlak manusia.al. beliau menghuraikan bahawa masyarakat yang ideal ialah masyarakat yang mengamalkan moral/akhlak yang baik. 5.2. Mazhab Realisme. Harold (1957) mengatakan bahawa individu memperolehi kefahamannya dan mengamalkan sifat baik. Pandangan golongan idealisme ini menekankan pentingnya guru memperbaiki tingkahlaku atau kelakuan-kelakuan yang tidak baik yang ditunjukkan oleh pelajar dengan menyedarkan mereka tentang apakah yang akan terjadi sekiranya setiap orang bertingkahlaku demikian.

Golongan ini menyatakan dengan tegas bahawa hukum moral ini telah ditegakkan oleh Tuhan untuk dipetuhi dan diikuti. Golongan mazhab realisme klasik menekankan bahawa selain memberi keutamaan terhadap mata pelajaran. sekolah patut melahirkan atau mengeluarkan individu-individu yang seimbang. kebaikan dan keburukan adalah hasil pilihan dan perbuatan manusia. asas moral dan standard estetik yang diajarkan kepada pelajar tidak sepatutnya dipengaruhi oleh isu-isu semasa. tetapi nilai-nilai berkenaan berbeza disebabkan oleh alasan-alasan pemikiran.18 Golongan realisme sependapat dengan golongan mazhab idealisme bahawa nilai-nilai asas moral/ethik pada dasarnya adalah kekal. Mengikut golongan ini. Mengikut golongan ini lagi. golongan realisme sainstifik mengakui bahawa manusia adalah tidak sempurna. Adalah penting bagi . Golongan realisme bersetuju tentang guru-guru patut menyampaikan beberapa nilai moral yang baik. Golongan realisme saintifik menafikan yang nilai-nilai moral mempunyai sebarang penentuan kuasa luar biasa. Kebaikan dan keburukan pula datangnya dari Tuhan dan ditentukan oleh Tuhan. Golongan Mazhab realisme klasik lebih memberatkan nilai hukum moral sejagat. Kanak-kanak atau para pelajar seharusnya diajar tentang bagaimana mengawal dan mengekalkan standard moral/akhlak supaya mereka dapat mempertahankan apa yang benar adalah benar bagi manusia sejagat dan tidak hanya untuk kepentingan sesuatu bangsa tertentu atau masyarakat. Para pelajar atau kanak-kanak patut memahami dengan sejelas-jelasnya sifat benar dan salah. menghormati atau menghargai sesuatu yang baik dan indah berasaskan moral dan estetik. Dalam soal ini.

Golongan mazhab realisme saintifik pula berpendapat. Mengikut golongan ini lagi.3. Mengikut golongan ini. Mazhab Pragmatisme Bagi golongan pragmatisme.19 kanak-kanak menunjukkan tabiat-tabiat yang baik dan tabiat-tabiat-tabiat ini tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu dipelajari. benar dan salah datangnya daripada kefahaman manusia terhadap keadaan dan bukannya daripada daripada prinsipprinsip agama. nilai moral adalah relatif. Menurut golongan mazhab ini. moral patut berdasarkan asas-asas sainstifik yang menunjukkan faedah atau kebaikan kepada manusia sebagai haiwan yang mempunyai darjat yang tinggi. peraturan-peraturan etika dan moral adalah tidak kekal tetapi perlu diubah apabila berlaku perubahan budaya dan masyarakat. kita mesti meningkatkan kebaikan dengan cara membaiki susunan genetik kita dan mengatasi kejahatan dengan membaiki persekitaran kehidupan kita. Apa yang penting bukan mengenakan peraturan-peraturan yang ketat tetapi mencari jalan bagi menentukan mana satukah peraturan-peraturan atau langkah-langkah yang boleh menghasilkan kesan-kesan yang baik kepada diri kanak-kanak itu.3. Kanak-kanak perlu diajar tentang bagaimana membuat keputusan dalam soal-soal dan masalah-masalah yang berkaitan dengan moral. . 5.

TAHUN 1993 1994 1995 1996 1997 Jumlah PECAH AMANAH 672 1103 1092 775 948 3790 PENIPUAN 1731 2161 2110 1723 2342 10067 RASUAH 778 985 1046 338 218 3365 PEMALSUAN LAINDOKUMEN LAIN.1. PERBINCANGAN KERUNTUHAN AKHLAK 6.20 6. . Ibu Pejabat Polis.1 : Perangkaan Kesalahan Jenayah ‘Kolar Putih’ dan Kolar “Biru” Bagi Tahun 1993 hingga 1997. Jadual 2. Salah Laku Jenayah di Kalangan Pekerja “Kolar Biru” dan “Kolar Putih” Menurut perangkaan jenayah yang telah dikeluarkan daripada Jabatan Siasatan Jenayah. kadar jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang diberikan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab sama ada di dalam sektor awam atau swasta amat membimbangkan. 154 240 308 268 288 1258 11 155 20 42 15 243 JADUAL 2.1 di bawah menunjukkan dengan jelas kadar jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di sekotor awam atau sektor swasta. Bukit Aman Kuala Lumpur.

. Perangkaan kadar jenayah dikalangan pegawai kerajaan ini juga berbeza antara negeri-negeri di Malaysia. dan terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkannya. Ibu Pejabat Polis. Menurut perangkaan yang diperolehi menunjukkan kadar jenayah yang dilakukan oleh pegawai –pegawai yang dikenali jenayah ‘Kolar Biru’ ini pada tahap yang serius. Bukit Aman Kuala Lumpur. Jadual di sebelah menunjukkan perangkaan berdasarkan negari-negeri. sekiranya tidak ada sesuatu yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita.21 Sumber daripada Jabatan Siasatan Jenayah. bertujuan untuk melihat sejauhmana seriusnya jenayah ini berlaku. Ini kerana corak sistem pendidikan sekarang yang akan menentukan generasi yang akan datang.

Kuala Lumpur. Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. .22 TAHUN NEGERI KEDAH & PERLIS PULAU PINANG PERAK KUALA LUMPUR SELANGOR NEGERI SEMBILAN MELAKA JOHOR PAHANG TERENGGANU KELANTAN SABAH SARAWAK JUMLAH 1993 260 240 422 1135 409 76 168 411 121 22 8 83 84 3439 1994 291 457 509 1276 400 161 188 379 159 47 122 345 158 4492 1995 318 438 570 1112 613 235 183 413 221 42 77 334 316 4872 1996 170 85 445 894 520 262 143 366 138 9 8 242 259 3541 1997 890 325 448 1172 549 232 112 306 141 10 10 263 310 4080 JADUAL : PERANGKAAN JENAYAH KOLAR “BIRU” DAN KOLAR “PUTIH” NEGERI – NEGERI BAGI TAHUN 1993.1997 Sumber daripada Jabatan Siasatan Jenayah.

Kalantan dan Terengganu) dan Zon Sabah dan Serawak. melawan pengawas.4) 34 (0. Satu laporan kajian telah dibuat oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.5) 22 (.P Kuala Lumpur) Zon Selatan (Johor dan Melaka) Zon Utara (Kedah.4) 361 (9. negeri dan lokasi sekolah.6) 15 (%) (%) 147 486 (%) 1365 (33.6402 (4. mencuri.7 1. Perak. Lima zon yang telah dibentuk bagi maksud pungutan data adalah seperti berikut : i.4) 20 (.5 1. Zon Tengah (N. Salahlaku Sangat Serius Serius Kurang Serius Tidak Serius X s.4 .7545 . mengancam murid.9) 1.3) .23 6.0) 249 (6.6 1.5 1. peras ugut. melawan guru.6579 Mencuri Melawan guru Melawan pengawas Peras Ugut Buli (. Perlis dan Pulau Pinang) Zon Pantai Timur (Pahang. mengancam guru dan menceroboh. Sekolah yang pilih dengan menggunakan persampelan berstrata secara rawak atau Stratified sampling berdasarkan zon.3) 191 (5.5) 1267 (34. iii.3) 1606 (44.Sembilan.9) 121 (3. mengenai Kajian Gengsterisme Di Sekolah Menengah Harian mendapati keruntuhan akhlak dikalangan pelajar meliputi kes berjudi. membawa senjata. v. iv.9) 52 (1.3) 939 (25.0) 1492 (40. mencabul kehormatan.4) 52 (1. ii.6402 .7) 1153 (27.0) 1267 (37. menyalah guna dadah.6) 625 (17.7046 .8) 361 (8.1) 814 (22.2 Salah Laku Jenayah Di Kalangan Pelajar.7) 1422 (39.7537 . Kajian ini berdasarkan respons yang diperolehi daripada guru-guru sekolah. buli.2) (13.p (%) Berjudi . (Oktober 1999). pelancuran.4 1. Selangor dan W.1) 1153 (31.

8%) melawan guru dan 283 (7.4429 .0) 14 (.5869 .3%) guru sampel menyatakan melawan pengawas.3 1.1 Perubahan Kepada Kurikulum Pendidikan Islam Bagi menghasilkan pelajar yang seimbang antara kebolehan akademik dengan keluhuran bidi pekerti.2) 8 (.7) 86 (2.5442.4963 Seperti yang disenaraikan dalam jadual tersebut seramai 22.6474 dan (3) mencuri x= 1. .8925.8) 117 (3.4 % .4) 49 (1.5625 . CANDANGAN UNTUK MENGATASI 7. 359 (9.2 1.0) 584 (16. yang menunjukkan salah laku tersebut pada tahap tidak serius.0) 1.2) 2 (.24 Pelacuran Salah guna dadah Bawa Senjata Cabul kehormatan 6 (. Walaupun min = 1. Jadual di atas juga menunjukkan tiga salah laku diperingkat serius iaitu (1) melawan pengawas x = 1.2 . maka konsep bersepadu telah dicadangkan iaitu merangkumi empat tahap iaitu tahap asas.2) 354 (9. dua dan tiga. Crobach alfa =.6) 137 (3. satu. Kajian ini mempunyai indeks kebolehpercayaan.1) 0 (.7) 1016 (27. 7.8) 875 (24.3 1.3) 20 (.7%) mencuri sebagai perbuatan salah laku jenayah oleh pelajar-pelajar terbabit berada tahap serius dan sangat serius.7) 25 (.87.4) 276 (7.5 % daripada guru sampel mengatakan bahawa pelajar-pelajar terlibat didalam salah laku jenayah yang disenaraikan dalam gambar rajah tersebut.7169 (2) melawan guru x= 1.4690. Berdasarkan kiraan peratus pula adalah didapati seramai 413 (11.

penghayatan dan pengenalan tahap asas dan tahap satu. guru. agama. rakan dan jiran tetangga Kebersihan jiwa. Tajul Ariffin ( 1999). Pada tahap dua. iv. Sifat penyayang ini adalah suatu tuntutan Allah SWT untuk seluruh hambanya. tahap tiga pula hanya tercapai setelah pembinaan insan. Konsep ini perlu dihayati dan ditunjukkan secara praktik dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. perkara yang perlu diberi perhatian ialah sikap cinta dan setia kepada negara. etika dan estetika untuk membentuk insan yang mempunyai akhlak yang baik. diri dan persekitaran Rajin dengan tekun dan dedikasi. Menurut Dr. bangsa dan negara. Tahap Dua meliputi : .25 Tahap asas ialah pembinaan kekuatan akidah. iii. Inilah yang dikatakan sebagai patriotisme. praktikal dan nyata. Adab dengan Allah dan Rasul Adab dengan keluarga. Ia bagi melahirkan rakyat yang sanggup berbakti dan berkorban untuk mempertahankan agama. pembinaan tingkahlaku penyayang perlu dimulakan daripada kefahaman mengenai konsep fitrah yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. akhlak. Pada tahap satu. ii. penyayang dan ptriotisme terlaksana. Yang lebih penting ialah budaya penyayang perlu dibuktikan dengan tingkahlaku yang murni secara sedar. Tercapai atau tidak ia akin bergantung kepada kefahaman. Contoh Kurikulum Pendidikan Islam yang perlu ditekankan ialah : Tahap Satu meliputi : i.

berusaha mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga dan berusaha melenyapkan fitnah. Kepentingan perpaduan umat dan kemajuannya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. keluarga dan masyarakat. tenaga. iv. Menghormati hak umum dan individu serta mengutamakan kepentingan ramai. harta dan kepentingan diri untuk kepentingan umum. Pemupukan keharmonian hidup. Sanggup berkorban jiwa. Tahap Empat meliputi : i. Ibrahim Bajunid (2000) mengatakan cara yang perlu diterokai secara serius ialah aspek pembelajaran dan pengajaran berasaskan kepada konsep bagi membolehkan pelajar . iii. iii. Dr. ii.26 i. v. Amanah terhadap diri sendiri. Menentang penganiayaan dan rasuah. Tahap Tiga meliputi : i. Kasih mengasihi antara satu sama lain Berusaha memupuk perpaduan dan mengelakkan perpecahan. Semangat pengorbanan dan jihad Toleransi dalam Islam. ii. ii.

(Wan Mohd Zahid. aspek tingkahlaku mereka yang memperolehi pendidikan berkenaan harus juga dinilai pada akhirnya. dan dalam gagasan agenda Wawasan Pendidikan Negara. bukan sekadar menganalisis kejayaan pelajar dalam mata pelajaran agama dalam peperiksaan awam. Berasaskan fakta ini.1993). Isunya sekarang adalah : i. Dalam tempoh tersebut konsep ini telah dilaksanakan dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (1988). akhlak dan alFalah. ? . Penilaian keberkesanan juga hendaklah dipertimbangkan dan konteks masa dan persekitaran.27 memahami pendidikan Islam secara konseptual. dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). penulis cukup yakin bahawa konsep pendidikan sepadu adalah pilihan terbaik untuk dilaksanakan dalam anjakan paradigma reformasi pendidikan ke arah pembangunan sakhsiah manusia ini.2. Adakah warga pendidikan telah memahami dan melaksanakan konsep pendidikan sepadu seperti yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara ? ii. Sejauhamana keberkesanannya dalam perlaksanaannya. Bagi mengukur kebersanan Pendidikan Islam ini. Isu-Isu Konsep Akhlak Dalam Pendidikan Kebangsaan Konsep pendidikan sepadu telah diilhamkan dan diterima sejak 16 tahun yang lalu. 2000) 7. Antara konsep-konsep yang boleh memperkayakan kefahaman dan kehidupan individu ialah konsep Tauhid. (Ibrahim Bajunid.

Dalam kegahirahan yang rakus ini. Pertama ahli sains telah berjaya semua teori sains besar seperti teori relativiti. saat kematian sains telah tiba kerana sains telah gagal mencari jawapan secara rasional dan emprikal tentang apakah tujuan dan makna hidup dan kewujudan manusia ?. Kedua. Semua bidang dalam ilmu pendidikan dilaksanakan menurut pendekatan sains tabi’i dan keperluan teknologi tercanggih. Horgan telah membuat dua kesimpulan. falsafah pendidikan untuk membangunkan insan yang berakhlak dan berhikmah semakin terpinggir. iaitu : . kepakaran dan pengkhususan dalam bidang-bidang yang diperlukan segera pada satu-satu masa oleh pihak majikan atau penganjur tertentu dalam agenda raksasa iaitu industri pendidikan. John Haorgan (1988) dalam bukunya yang iaitu “The End of Science’ menegaskan bahawa sains moden hari ini telah sampai ketitik kematiannya kerana dua ekstrim.1 Falsafah Pendidikan Negara Isu yang paling besar dalam pendidikan mutakhir ini ialah pendidikan terlalu bersifat fizikal dan makanikal. dengan lain perkataan tiada lagi teori yang perli dikaji.28 Penulis cuba mengajak perubahan kepada konsep akhlak di dalam beberapa isu berikut : 7. teori kosmologi dan sebagainya. Menerusi pendekatan ini matlamat pendidikan tertumpu kepada konsep profesionalisme.2.

29 Pertama. Isunya sekarang adalah : i. Isunya sekarang bukan untuk memahami interaksi sosial dalam masyarakat sebaliknya bagaimana untuk . Di awal penulisan (pendahuluan) telah dijelaskan bahawa dalam bersosial kita bergelumang dengan budaya sosial yang rendah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin atau remaja. beradab dan berhikmah. Kedua. seterusnya membina keluarga penyayang dan masyarakat penyayang. Mampukah pendidikan kita menghasilkan pelajar yang berakhlak. 7.2 Falsafah Sosial. Mampukah kita melahirkan insan yang berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan kita ? ii. diharmoniskan serta disepadukan.2.Ini akan dapat dilaksanakan apabila tuntutan antara agama dan kehidupan diseimbangkan. ahli sains perlu yakin dan sedar bahawa akal itu mempunyai batasannya. Oleh itu falsafah pendidikan yang ingin melahirkan insan berakhlak mulia perlu dilaksanakan sepenuhnya. Maksudnya ditahun-tahun akan datang nilai keagamaan akan kembali gemilang menggantikan semula sains. Maksudnya ada ilmu yang tidak dapat difahami semata-mata dengan proses berfikir (akal). krisis nilai pemikiran yang dicetuskan oleh budaya hidup sains akan menggalakkan manusia kepada agama.

7. Maksudnya faktor emosi dan tingkah laku yang dikaji dan diukur dalam psikologi adalah mengikut parameter sainstifik dengan kaedah empikal. Nasih Ulwan dan sebagainya.30 membasmikan tingkahlaku tidak normal dalam kehidupan sosial para pelajar. hampir kesemuanya dari barat. Kenyataan di atas mempunyai dua implikasi iaitu : Pertama. Isu paling nyata sekarang ialah teori-teori psikologi pendidikan yang dilaksanakan dalam pendidikan kita. Di sinilah kita perlu anjakan paradigma sosial kita kepada kearah pembinaan sosial berlandaskan akhlak yang mulia. Maksudnya proses pendidikan kita bukan sahaja mengambil pandangan ahli sosialogi barat (yang berlandaskan aspek moral barat) tetapi pendidikan yang mampu mengahasilkan sosial budaya masyarakat berakhlak mulia melalui pandangan tokoh sarjana Islam seperti Imam al-Ghazali.3 Falsafah Psikologi. Pemikiran psikologi seluruhnya menurut pendekatan sains tabii. Otak manusia dianalisis pendekatan psikologi mengikut fungsi fungsi petak-petak dalam bahagian otak tersebut (yang dikenali kaedah 4MAT).2. pengkotakkan dan pengkhususan kepada petak-petak tertentu dalam otak manusia menyebabkan kita hanya memahami tingkah laku dan emosi manusia dalam .

Kedua.31 konteks pembolehubah yang digunakan dalam kajian sahaja. kita terus meninggalkan kurikulum pembinaan insan yang berlandaskan akhlak Islam. Pendekatan kurikulum ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang dihasilkan bersifat robotik. Pendekatan ini dengan sendiri kita akan menghayati akhlak Islam yang sesuai dengan psikologi manusia secara holistik. Sebagai contoh sekarang kita digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan multemedia sehingga kita terlupa aspek-aspek pembinaan insan itu sendiri. 7. Semakin mendalam kajian mereka semakin serius penyakit sosial dan tingkahlaku masyarakat mereka. Isu sekarang adakah sesuai kita meneruskan kajian-kajian psikologi pendidikan berasaskan paradigma psikologi barat yang mengasaskan teori semata-mata kepada kajian terhadap haiwan-haiwan sosial seperti tikus. kera. terpisah dan mengkhusus tetapi lebih sesuai kita mengkaji psikologi dengan merujuk pengajaranpengajaran yang terdapat dalam al-Quran dan As-sunnah. .2. Di antaranya ialah apabila kita begitu tertarik kurikulum furistik ke arah teknologi dan industri. Ini bermakna kita tidak dapat memahami tingkah laku manusia secara menyeluruh dan bersepadu. burung. psikologi barat walaupun maju dalam penyelidikan tetapi gagal memehami tabii manusia. anjing dan haiwan mamalia yang lain ? Penulis mencadangkan satu perubahan paradigma kita dengan memahami psikolgi manusia bukan berdasarkan eksprimen dan emprikal yang sempit.4 Falsafah Kurikulum Terdapat beberapa isu yang berkait dengan kurikulum.

Isu yang paling hangat dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kosep berpusatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. . (Wan Mohd Zahid . Guru hanya berperanan sebagai penasihat jika diperlukan dan menyediakan kemudahan yang dikehendaki oleh murid. Apabila memperkatakan pengajaran berpusatkan murid kita terus menerima pemikiran asing yang mengatakan peranan guru adalah sebagai fasilitator sahaja. Ini bermaksud murid adalah sebagai penentu matlamat belajar. 1993) 7. akhirnya akan melahirkan pelajar berbentuk robotik.32 Dalam isu ini. apa yang hendak dipelajari. Kedua. pendekatan berpusatkan pelajar tidak dapat diterima sepenuhnya mengikut acuan Falsafah Pendidikan Negara. kita jangan lupa kepada dua perkara iaitu.2. masa dan tempat belajar dan nilai yang akan diterapkan dalam pembelajarannya. Sesungguhnya apabila kita telti dan hayati. kita jangan melupai kesapaduan dalam kurikulum yang menekankan hubungan tiga dimensi iaitu hubungan di antara manusia dengan Maha Pencipta dan alam sekitar. Pendekatan ini mungkin sesuai di barat kerana mereka mengamalkan falsafah pendidikan yang mementingkan kebebasan dan hak mutlak individu (Falsafah Pendidikan aliran Pragmatisme). Pertama janganlah kita terlalu cepat untuk mengarahkan sesuatu kurikulum berbentuk futuristik.5 Aspek Pengajaran dan Pembelajaran.

6. Mampukah kita menggubal satu sistem yang bersepadu di antara akademik dan akhlak ? ii. Guru hendaklah mempunyai kekuatan aqidah dan akhlak yang boleh diikuti oleh murid. Fakta disebabkan isu ini adalah selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang paling cemerlang. 7. terdapat beberapa cadangan menanggani masalah ini antaranya ialah: . Perspektif Penilaian dan Peperiksaan. Beberapa persoalan dapat ditimbulkan di sini. Walau bagaimanapun. Sekarang isu penilaian dikaitkan dengan sistem peperiksaan terbuka. Di sini memerlukan kepada ajakan paradigma bahawa untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi kehidupan perlu diberi penekanan pembinaan insan yang bertnjangkan kepada paksi akhlak Islam. Kita warga pendidikan perlu bekerjasama untuk mencari jawapan kepada isu sijil terbuka ini. dalam kertas kerja ini.33 Pendidikan di Malaysia. Di antaranya ialah bagaimana untuk menilai akhlak dalam setiap mata pelajaran ? Bagi penulis. kita mengahayati konsep sepadu dengan meletakkan hubungan seimbang dan harmonis di antara guru dan murid. penulis hanya lebih berminat untuk mengaitkan perspektif penilaian dengan isu keseimbangan di antara kecemerlangan dalam akademik dan akhlak. Walaubagaimanapun dalam banyak hal guru perlu berwibawa daripada muridnya.2. Isunya sekarang ialah : i.

ii. 8. Ringkasnya. ‘bohsia’.34 i. Ini perlu satu anjakan paradigma dalam perlaksanaan sistem penilaian kita. isu-isu terkini di dalam falsafah pendidikan negara dari aspek sosial. pelajar yang bermasalah atau salah laku ini di dapati tidak mendapat sistem pendidikan yang mengarahkan kepada pembentukan akhlak mulia. Ini kerana wajah. amat membimbangkan kita. Ia juga mengambarkan sistem perlaksanaan pendidikan akhlak belum berjaya sepenuhnya di dalam sistem pendidikan kita. Pada hemat penulis. kurikulum. Gambaran media massa tentang sindrom budaya kuning. Kita perlu mewajibkan pelajar lulus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. ‘holiganisme’. ‘gengterisme’. rupa dan jiwa generasi abad akan mendatang amat bergantung kepada sejauhmana aspek akhlak atau moral diberi perioriti dalam penilaian dan peperiksaan. Rumusan. Sistem peperiksaan yang baru ini. ‘Vandalisme’ dan sebabagainya. Mungkin asas bimbingan ini tidak di tanam di rumah dan dengan pengaruh rakan sebaya tetapi sistem pendidikan yang mempunyai dasar perlaksanaan pembentukan akhlak mulia . pengajaran dan pembelajaran dan perspektif penilaian perlu kepada perubahan supaya ia sesuai dengan tuntutan kehidupan berlandaskan kepada konsep akhlak atau moral. gejala lepak. psikologi. Semua ini gambaran gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja. kita perlu mengambil kira rekod tingkahlaku dan displin pelajar dan diberikan gred serta dimasukkan ke dalam keputusan. ‘bohjan’.

belas kasihan. adil. beliau mempunyai sifat terpuji sepeti tabah. rendah diri. Di dalam mengajar akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. sopan santun.35 amat mustahak .(Jabir Qamihah. zuhud. Jika diambil iktibar. pemaaf. tahan derita. takut dan taat kepada Allah. pendiam. Murid berada di sekolah selama 11 tahun dan dari 6 hingga 8 jam sehari. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama ada untuk menanamkan keimanan. mengajar peribadatan atau akhlak. Pendekatan Rasulullah saw bergantung kepada beberapa faktor. baik pergaulan. . menepati janji. para guru di sekolah juga dapat menukar akhlak murid dengan diri sendiri dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan kepada murid. amanah. serta banyak beribadat. suka bersilaturahim. pemurah. berani. Walau apa pun institusi pendidikan harus menjalankan tanggungjawabnya memberikan pendidikan akhlak untuk kesinambungan pendidikan di rumah yang belum mencukupi. Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang setiap hari diperhatikan oleh murid. benar. Perkataan dan perbuatan beliau adalah contoh untuk diikuti. siasah baginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi kawan dan bukan Islam memeluk agama Islam. Sifat amanahnya membuat sahabat amat percaya kepadanya. Wallahu Waallam. luas budi pekerti. setia. 1993) Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah mneyebabkan umatnya sayang dan rasa hormat kepadanya.

1986. Philosophy of Education. Jilid 12. New York College note Inc. Longman. 1957. & Wendel. 3 Feb 2000. Dunwell. . Tauhid. “Gejala sosial di kalangan pelajar” 1999. Ibrahim Bajunid 2000. Ee Ah Meng 1988. New York : Praeger Publications. Ahmad Ibn Muhamad. 5. L. Encyclopedia of psychology : Search Press. Faundations of teaching and learning. Ibn Maskawih. membentuk Ummah dan masyarakat : Teras KBSM. Greet Britain : Cox & Wyman Limeted. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 1976. R. New York : American Book Company. Sdn. Petaling Jaya. Illionois: Free Press. Ethic for Today. Bukit Aman. Ethics. Tahzib al-Akhlak al-Bahasun filosofi Ahmad Ibn Maskawih. Pendidikan Moral untuk bakal guru. Beirut Dar al-Maktabah al-Hayah. 1987. Kuala Lumpur. 1960. Laporan Jabatan Siasatan Jenayah 19931997. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM. Utusan Malaysia : bertarikh 6 Feb : 24 Harold H. Falsafah dan pendidikan Islam di Malysia. Titus. 1966. Ahmad bin Mohd Salleh. R. Bandura A. Daley. Ethics and Esthatics In The Behavioval Science and Philosophy. dlm seminar Pendidikan Kebangsaan dan Agama di Malaysia . Investing right and wrong. Albert et al. Bhd. 1996. 1972. 1989 A Selected Bibliography on Value. Belief 1977. Pendidikan Islam (Dinamika Guru) Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Rauf Dalip. Peranan Pendidikan sepadu menggerak. Iqra Prinsip Utama Melalui Pendidikan Islam.36 Rujukan : Al-Quran dan terjemahan tafsir pimpinan Ar Rahman Abdul Raof Dalip. Ibu Pejabat Polis.

Nilai-nilai murni : persepsi pendidik. Kuala Lumpur : DBP. 1998. N. Boston : Allyn and Bacon Inc. Singapura : Pustaka Nasional. 1981. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. INTAN. dlm M. Engle wood Cliffs. J. 1994. dalam ulasan buku. Penghayatan wawasan pembangunan Negara. R. Tajul Arrifin bin Noordin. N. New York : Holt. Sunday Star 26 Julai 1998. 1994. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.37 Jabir Qaminah . 1988. 1969 Instroduction to value theory New Jersey : Prentice – hall. Laporan Kajian Gengsterisme Di Sekolah Menengah Harian. Lambert and E. Kuala Lumpur. Musak Mantrak. The End Of Sciences. Mahathir Mohamad 1991.P 1980. Rescher. Moral development and the consept of Value. Kuala Lumpur : Nurin . Education Psychology : Contructing Learning . Turiel (eds). Moral development and Socialization. Muhaidi Tata Pangarsa. A. Inc. Sydney : Prentice Hall. 1994. 1993. D & Mc lerney V. Konsep Asas Pendidikan. John Horgan. Inc. Nik Aziz Nik Pa. Falsafah Pendidikan Negara. Introduction to Philosophy. dibentangkan di Fakulti Pendidikan Malaysia. Stroll. Miqdad Yaljan. Kementerian Pendidikan Malaysia 1982.H 1962. Kementerian Pendidikan Malaysia 1982. Kuala Lumpur : DINIE Publishers. Peranan Pendidikan Akhlak dalam membangun peribadi. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia 1999. Falsafah etika perbandingan Islam dan Barat. Rinehart and Winston. Akhlak Yang Mulia. Mc Inerney. 1986. masyarakat dan Budaya alih bahasa oleh YS Tajuddin Nor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Windmiller. perkembangan Akhlak dan Intelek pelajar. Nilai-nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. 1986. & Popkin. Rasulullah SAW pemimpin Mithali. Mohd Nasir Omar . (EPRD). Kuala Lumpur : Pustaka Antara. Mc Kinney. Bangi pada 24 April 1994.

KBSM : Penilaian penerapan dan sikap nilai Murni untuk membina Insan berdisplin. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. 1993. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Subahan Mohd Meerah 1991. dalam buku Abu Bakar Noordin (penyt. . Wan Mohd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zahid bin Mohd Nordin. Displin dalam pendidikan. 1970. Teuku Iskandar. 1993.38 Enterprise. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Wan Zahid bin Mohd Noordin. T.): Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Ke arah pelaksanaan Nilai Murni dalam KBSM : Falsafah Pendidikan Negara. Kamus Dewan. Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful