1(a) Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu (b) Huraikan tiga perbezaan fonetik dan

fonologi 2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong dihasilkan dalam bahasa Melayu (b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut. 3. Berdasarkan petikan yang berbentuk pidato, dialog, atau ucapan yang mengandungi anggaran 500 patah perkataan, tulislah petikan tersebut dalam bentuk transkripsi fonetik.

Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu: a) Fonetik Akustik b) Fonetik Artikulasi c) Fonetik Auditori a)Fonetik Akustik Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri.Soalan 1(a) Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu Jawapan: Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi.” Sebagai menunjukkan contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya makna “Ya” dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut: . norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Namun. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116) “Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan. kelantangan suara. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi.

Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama Boersma. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen akustik seperti frekuensi fundamental (Fo dalam unit Hz). . dan durasi dalam unit saat. 2. ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masingmasing sebagai kelangsingan bunyi. kelantangan suara dan kepanjangan. em yang menunjukkan makna “Tidak” Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu? emmmmm. b)Fonetik Artikulasi Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. P. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal akustik.1. em yang menunjukkan makna “Ya” Awak yang menghabiskan makanan itu? em... Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. intensiti (dalam unit dB). Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi. Dari sudut pendengar.

geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan. lelangit lembut. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras. Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. getaran gusi dan sebagainya. Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara. dan gigi bawah. sengauan bibir. . c)Fonetik Auditori Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi.

dan fonetik dengan butir-butir lekasikal lain yang auditori. intonasi. Bil.Soalan 1(b) Huraikan tiga perbezaan fonetik dan fonologi Jawapan: Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. . Bidang fonetik mengkaji unsur setiap Bidang bunyi. Bidang fonetik menghasilkan Bidang fonologi menghasilkan sistem transkripsi fonetik untuk semua bunyi ejaan sesuatu bahasa. Kajian fonetik dapat dipecahkan Kajian fonologi adalah berkaitan dengan antara butir-butir lekasikal kepada tiga bahagian iaitu fonetik hubungan akustik. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. fonetik atrikulasi. tersebut secara umum. produksi dan persepsi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi. 2. Fonetik Fonologi 1. membentuk ayat. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi semula jadi. dari semua bahasa. fonologi mengkaji pola-pola 4. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik. 3.

geseran. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran. rongga tekak atau rongga hidung. bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. letupan. Jika glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan apabila arus udara keluar dari paru-paru. iaitu letusan. bunyi konsonan. Jika lelangit lembut diturunkan. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara. maka akan terhasillah bunyi konsonan bersuara.2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal. sama ada bersuara atau tidak bersuara. iv. ii. bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. maka terhasillah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan. Secara ringkasnya bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut: i. dan bunyi diftong dihasilkan dalam bahasa Melayu. Jika lelangit lembut dinaikkan. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau. . iii. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar pula. bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung. (b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut. getaran. Jawapan: Membunyikan huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal. menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu. yang berlaku dalam rongga mulut. sengau dan separuh vokal. sisian. yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran.

. • Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan gusi-lelangit keras. konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak. konsonan gelungan. terdapat hanya sepasang konsonan letusan. sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. • Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.v. maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c]. • Dalam bahasa Melayu. konsonan bibir gigi. • Kemudiannya. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan. konsonan gigi. • • Kemudiannya. • Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. antaranya konsonan dua bibir. iaitu letusan gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j]. • • Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara: Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. konsonan gusilelangit keras . sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan. KONSONAN LETUSAN • Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j]. menghasilkan bunyi letusan.

dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].• • • • Contoh penggunaan dalam perkataan: cuka jumlah baca panji Mac caj KONSONAN LETUPAN Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru. menghasilkan bunyi letupan. sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. ii. iv. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. vi. Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. • i. Kemudiannya. Contoh penggunaan dalam perkataan: . iii. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. v. Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah: Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

iv. tiap atas Contoh penggunaan dalam perkataan: datin adegan LETUPAN LELANGIT LEMBUT • i. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi.merta. vi. Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah: Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. Kemudian. . v. yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d].pakar bungkus api tiap sebab abadi LETUPAN GUSI • i. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iii. sekatan itu dilepaskan dengan serta. ii. Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah: Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k. iii. terhasillah bunyi hentian glotis. LETUPAN LELANGIT LEMBUT • Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. • Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. • Contoh perkataan: kapak laksa sagu gila HENTIAN GLOTIS • i. bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Kemudiannya. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut. misalnya: [budak] [kapak] . Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. iv. sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta.ii. ii. Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara: Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Justeru. iii.

Contoh perkataan: Semut Asap Keras . vi. ii. GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA • i.[tidak] KONSONAN GESERAN Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli. iv. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h]. Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s]. Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara: Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. v. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. iii.

Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah: Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah. Contoh kehadiran dalam perkataan: Hutan Sahaja Suluh KONSONAN GETARAN Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. ii. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal. tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara: Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. ii.GESERAN GLOTIS • i. iii. Contoh kehadiran dalam perkataan: Rambut . iv. iii. iaitu konsonan getaran gusi [r]. • i.

. • Lelangit lembut diturunkan. Contoh kehadiran dalam perkataan: Lambat Tuala Cekal KONSONAN SENGAU • Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.Seru Sukar KONSONAN SISIAN Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian. membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara: Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. iaitu sisian gusi [l].

• • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar .• Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau. dan konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ]. • • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. • Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau. Contoh kehadiran dalam perkataan: . • Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan. ɲ KONSONAN SENGAU DUA BIBIR • Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Contoh kehadiran dalam perkataan: Malam Aman Siam KONSONAN SENGAU GUSI • Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi atas. iaitu konsonan sengau dua bibir [ɲ ].

Nampak Tanak Daun KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS • Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau ɲ dirapatkan ke langit keras. • Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin taip. • Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny. • • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. dalam sistem ejaan rumi ɲ bahasa Melayu. • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. . • Contoh kehadiran dalaam perkataan: Nyawa Anyam KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT • Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.

• Contoh kehadiran daalam perkataan: Ngilu Angan Bising DIFTONG Dua bunyi vokal yang digeluncurkan. serta strukturknya.• Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf. hairan [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi . • Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang dihasilkan kerana posisi lidah ketika menghasilkan bunyi. Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya lidah. bahagian lidah yang bergerak. • Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong turun. Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * capai. • Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan. iaitu ng. • Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian akhirnya tidak sama.

PTS Professional. kalau [ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi * baloi. kaloi Rujukan : • • Permulaan Linguistik. 1983. Inderawati Zahid. 2006. Fonetik dan fonologi.* kacau. Kuala Lumpur. Sarjana Enterprise. Arbak Othman. . Kuala Lumpur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful