Alam Sekitar

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber -sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif. Klik pada pautan-pautan berikut untuk mengetahui tentang langkah-langkah penjagaan alam sekitar.  Air  Bahan Buangan dan Kitar Semula  Pemuliharan  Udara

Water There are a few countries in the world where fresh water flows freely and in abundance. Rainfall is plentiful in Malaysia, and therefore it becomes easy to take fresh water for granted. The truth is that Malaysia is on the verge of a major water crisis and effort is required from all its citizens to help improve the situation. The following are a list of things we can all do to conserve water usage: 1. Turn the tap off while brushing your teeth. 2. Use a basin of water for shaving. 3. Take quick showers rather than baths.

6. 8. Install low and dual flush cisterns. On top of conserving water. Make sure all leaks are fixed. making it more efficient). the quantum of waste which is incinerated is small and incineration is not without its problems. These are things we can do : Reduce  Bring your own bags when doing grocery shopping instead of using plastic bags. Watering during midday heightens evaporation and leaves less for the plants. Some countries are attempting to overcome this problem by incinerating the waste. Waste and Recycling Issues with overflowing landfill sites are a problem in many countries and Malaysia is no exception. 9.4. Plant native plants instead of traditional lawn grass to avoid the use of herbicies. Water plants in the morning and evenings. pesticides and fertilizers. and other household hazardous wastes.  Buy in bulk. Install low flow shower heads and faucet aerators (which disperses water. but save on electricity as well . However. antifreeze. Wash dishes with a tub of water instead of running the tap. Use grey water (water used for washing) to water plants. it is important to ensure that we prevent our drinking water from being polluted. 7. pour down the drain or dump on the ground paint. motor oil. Do not throw in the trash. These are steps we can take to guard against water pollution. 5. Reuse  Bring your own to the office instead of using disposable cups  Buy reusable containers for storing food  Buy sturdy grocery shopping bags which can be reused again and again  Bring your own container when buying takeout food  Use energy efficient light bulbs which not only lasts longer. We have to do our part in ensuring that the amount of waste going to landfills is kept at a minimum. because they can migrate to your water source. This will save you money and also reduce the amount of packaging used.

Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:  Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh mencemarkan sungai dan lautan  Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen  Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. gunakan detergen yang mengandungi kurang atau tiada fosfat. kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan membunuh hidupan marin. Sebagai contoh. bottles. Jika perlu. Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti.  Buang sampah dalam tong yang disediakan. Secara langsung. banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran. start one)  Recycle car batteries and motor oils  Separate your rubbish into recyclable and non-recyclable  Start a composit pit using your organic waste (but not in highly populated areas as this can attract rodents and pests). Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan. containers) Pemuliharaan Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi. Walaupun sampah itu dibuang di sebarang jalan di Kuala Lumpur. jike serangga menjadi pupus. Kesannya pertumbuhan alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan binatang. . adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Oleh itu. adalah amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar. This becomes good and natural fertilizer for our plants  Use items which have been made from recycled materials (toilet paper.  Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh. ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan.  Sell or donate goods which you no longer want to use Use rechargeable batteries Recycle  Participate in your community recycling programme (if there are no programmes.

Rujukan : http://www.  Servis kenderaan anda secara konsisten. seperti udara yang kita hirup.  Janagan gunakan penyembur aerosol. Sebagai peserta. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil. Namun demikian. berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.my/BM/Relevant%20Topics/Society%20and%20Life/Citize n/SocialWelfareandCommunication/Environment/Pages/myEnvironment. Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).  Beli kereta yang lebih ekonomi. malah ia lebih cepat. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta.aspx .  Untuk perjalanan yang dekat.malaysia. sup penyu.  Elakkan pembakaran secara terbuka. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula. menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu. Namun. ini tidak lagi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di negara-negara yang menandatangani Protokol Kyoto. Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon. semua individu perlu bekerjasama dalam mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara. Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan peghasilan karbon.  Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.gov. Udara Hanya sedikit sahaja yang boleh kita peroleh secara percuma dalam kehidupan ini.  Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang terancam atau dilindungi.  Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki. kaki beruang dan lain-lain. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan pihak kerajaan. Misalnya sirip ikan yu.

Seperti yang kita sedia maklum. Tuan-Tuan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas jemputan untuk melancarkan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 serta Penganugerahan Bandar Lestari dan Wira Alam pada pagi ini. Puan-Puan yang dihormati sekalian. 2. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Induk Sambutan dan semua pihak yang terlibat dan telah memberi kerjasama padu dalam menjayakan Majlis ini yang pada tahun ini dadakan di Putrajaya. Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera. Dato¶ Zoal Azha bin Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Y.Bhg. Putrajaya merupakan . Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia dianjurkan setiap tahun bagi memperkasakan program kesedaran alam sekitar dalam mempertingkatkan amalan mesra alam di kalangan setiap individu di Malaysia dengan kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Dato-Dato. Datin-Datin. 1. Pemilihan Putrajaya sebagai lokasi Majlis pada tahun ini juga mempunyai maksud yang tersendiri. Dato¶ Hajah Rosnani Ibarahim Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia Tan Sri-Tan Sri.UCAPAN YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SEMPENA PELANCARAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN (MASM) 2010 21 OKTOBER 2010 (KHAMIS) PUTRAJAYA Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Alam Sekitar Y. Bhg. Tahun ini tema sambutan adalah: µPemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama¶. 3.

manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat dan kawasan kediaman. Tan Sri-Tan Sri. Namun begitu. Putrajaya juga menyediakan kemudahan Park & Ride dengan bas NGV serta sentiasa menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan pergerakan kenderaan bermotor di sekitar Putrajaya sebagai langkah untuk mengurangkan kadar pelepasan gas-gas pencemar. Masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran udara. garis panduan dan program ini perlu dijadikan panduan kepada semua pihak termasuk Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan sumber semula jadi digunakan dengan lestari di samping alam sekitar kita dipelihara. tasik dan wetland. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Tan Sri-Tan Sri. Salah satu program yang diadakan ialah sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) yang diadakan setiap tahun. tanah runtuh. Dato-Dato. 5. Alam sekitar yang bersih. sihat dan berkualiti adalah penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat. penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram dan sebagai ya serta n fenomena perubahan iklim boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada alam sekitar dan ekosistem. Taman. 4. kemarau dan sebagainya. Dibangunkan berdasarkan konsep bandar dalam taman. 6. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Dasar.sebuah bandar lestari dan mesra alam atau sustainable city mula dibina pada tahun 1995 sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. pembuangan sisa pepejal dan toksik. Dato-Dato. pencemaran air. . tasik dan wetland ini dapat menyeimbangkan pembangunan dan pada masa yang sama mengekalkan persekitaran yang sihat. Kita harus sedar akan kepentingan khazanah alam sekitar kerana Malaysia merupakan antara negara yang mem punyai kepelbagaian biodiversiti yang tinggi di dunia. Gangguan kepada ekosistem ini boleh mengakibatkan berlakunya pelbagai jenis bencana alam seperti banjir. Kerajaan telah memperkenalkan dasar dan garispanduan serta menguatkuasakan pelbagai undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Kita juga amat bertuah kerana masih mampu menghirup udara segar kerana kekayaan sumber semula jadi ini. kegagalan kita memelihara alam sekeliling boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat sejagat. Sehubungan itu. sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman.

ajaklah saudara mara dan kenalan berkunjung ke sini dan sama-sama memanfaatkan ilmu yang ada serta. Dengan pengetahuan yang ada. bunyinya mudah. atau amal. 23 Oktober 2010. practise atau amal dan share atau kongsi. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. we learn. Pada hari ini. para hadirin boleh menggunakan platform Minggu Alam Sekitar kali ini. Perkongsian maklumat dan amalan adalah asas dalam membudayakan sesuatu amalan. barulah kita dapat menghayati semangat cintakan alam sekitar seterusnya melaksanakan langkah kedua iaitu practise. Di seluruh dunia terdapat hampir 5 billion pelanggan telefon bimbit pada masa sekarang dan 15 billion bateri telefon . memberi tumpuan kepada pengurusan sisa elektronik atau dikenali sebagai E-waste. dan seterusnya mengurangkan pelupusan sisa yang tidak mudah terurai di tapak pelupusan. 10. jiran. second. dapat turut serta dalam aktiviti yang disediakan sepanjang Minggu Alam Sekitar berlangsung. iaiatu. Penggunaan Beg Mesra Alam ini merupakan salah satu contoh amalan yang baik atau good practice dalam memelihara alam sekitar. Sama-samalah sebarkan dan kongsi pengetahuan dan amalan anda dengan kaum keluarga. namun amat praktikal. Terdapat banyak tapak pameran di sediakan sepanjang 3 hari mulai hari ini hingga Sabtu. 8. Mari kita mulakan dengan 3 pendekatan asas. 9. jika berpeluang. tentang apa yang ingin anda tahu tentang pemeliharaan alam sekitar. sebagai permulaannya. Justeru. First. Sebagai titik permulaannya. rakan sepejabat dan kenalan. kerana ia dapat mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah. sahabat handai. we share. Dalam usaha menjaga alam sekitar.7. 11. learn atau belajar. antara lain. Back to basics. para hadirin semua dibekalkan dengan beg mesra alam bersama-sama satu buku kecil bertajuk ³Amalan Mesra Alam´atau Environmental Friendly Practices. we practice and third. Sambutan tahun ini. Tan Sri-Tan Sri. Apa yang penting adalah setiap individu perlu bersedia membuat sedikit perubahan kepada cara hidup seharian dengan amalan-amalan mesra alam. bukan pihak Kerajaan sahaja yang harus dipertanggungjawabkan. Dato-Dato. tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan alam sekitar serta bertanya kepada pegawai-pegawai bertugas.

80% lagi penduduk memeliki radio. . Indonesia. Pada 2009 SKMM juga mendaftarkan 30. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. 14. penebat api (fire retardant) dan sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar. Sebaliknya jika buangan ini diurus dengan baik. raksa. Pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B. Tan Sri-Tan Sri. Peratusan rumah tangga di Semenanjung Malaysia yang mempunyai television ialah 96% manakala di Sabah dan Sarawak peratusannya ialah 88%.300 tan metrik pada 2006 kepada 134. Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual. ianya juga dapat memberi peluang perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500. Di samping itu. sebanyak 28 ³illegal shipment´ telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di Raja. Kesemua ³shipment´ berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti Amerika Syarikat. Jepun. E-waste apabila ianya tidak di urus dengan baik dan selamat boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kemudharatan kesihatan manusia kerana ianya mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti plumbum.4 juta telefon bimbit iaitu. 13. New Zealand.1 juta telefon bimbit pra-bayar dan 6. Bagi mengurus ewaste secara baik.3 juta pasca bayar. Sepanjang tahun 2009. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit setiap 18 bulan. Di Malaysia. kuantiti ewaste yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh kemudahan -kemudahan yang dilesenkan telah meningkat dari 40. Korea Selatan.000. 12. perak dan lain-lain. E-waste adalah dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2005. kromium heksavalen.000 tan metric pada tahun 2009. Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) melaporkan bahawa 6. kadmium. sebanyak 138 lesen telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk kemudahan-kemudahan pemerolehan kembali buangan tersebut. Hong Kong. Dato-Dato. Kanada. Peningkatan dalam penggunaan barangan elektronik sememangnya menyebabkan bertambahnya amaun e-waste yang di dikeluarkan di negara ini.bimbit dijual setiap tahun. 24. India. selenium. kerana di dalam e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas. arsenik.22 juta rumah tangga (household) di Malaysia mempunyai television pada tahun 2009.

Penyampaian anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan Kerajaan ke atas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Pihak Berkuasa Temptan dan individu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 16. Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk di Putrajaya. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Bersempana dengan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia. Tuan-Tuan dan Puan-Puan.000. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM180. 15. tindakan mahkamah telah diambil ke atas satu kes pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun 2009. Singapura dan China.Filipina. Selain itui. pada pagi ini diadakan juga penyampaian Anugerah Bandar Lestari 2009/2010 dan Anugerah Wira Alam 2010. 18. kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan telefon bimbit telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. pihak kutipan ewaste dan juga syarikat telefon bimbit juga mengambil bahagian dalam pamiran sempena sambutan MASM kali ini. Dato-Dato. Tan Sri-Tan Sri. agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit. Kepada penerima-penerima anugerah-anugerah ini serta penerima-penerima kategori khas. institusi pengajian tinggi serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama. saya mengucapkan tahniah dan berharap pemenang -pemenang akan terus berusaha mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pengurusan alam . Dato-Dato. 17. Saya difahamkan syarikat-syarikat pemerolehan kembali ewaste. Kempen ini adalah untuk menggalakan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur. Bagi menyedarkan orang ramai tentang keperluan pengurusan buangan e-waste yang teratur. Di samping itu tuan-tuan dan puan-puan juga boleh membawa ewaste tuan/puan untuk diserahkan kepada syarikat syarikat berkenaan untuk dikitar semula.00 serta penjara mandatori selama satu hari. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semoga ia menjadi motivasi dan pendorong kepada Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan serta individu-individu untuk meneruskan usaha dan sumbangan yang telah diberikan. Saya ingin menggalakkan para hadiran terutamanya warga Putrajaya untuk mengunjung pameran ini dan mempelajari cara-cara pengurusan ewaste secara baik. Tan Sri-Tan Sri.

terima kasih. Sekian. Tan Sri-Tan Sri. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kerajaan Tempatan yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam menjayakan Program Penganugerahan Bandar Lestari ini. 19.my/ucapan/archive/2010/10/27/pelancaran-minggu-alam-s ekitar-2010. Rujukan: http://www. Kejayaan pengurusan alam sekitar secara berterusan memerlukan kerjasama bersepadu daripada setiap lapisan mesyarakat. Dengan kata-kata itu. Justeru. Tuan-Tuan dan Puan-Puan.nredev. 21. pihak swasta dan industri bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteraskan pembangunan lestari atau ³sustainable development´. Dato-Dato. 20.aspx .nre. adalah menjadi harapan Kementerian saya supaya tumpuan berterusan diberi kepada usaha meningkatkan lagi kesedaran dan komitmen orang ramai.sekitar. saya dengan sukacitanya merasmikam Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010.gov. badan bukan kerajaan.

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. 1. Selamat Tengahari. Sim Yian Chai Pengarah. Stephen Rundi ak. GVE Strategic Waste Sdn. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak.TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2010 24 OKTOBER 2010 (JUMAAT) HILLS SHOPPING MALL. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu. Umicore Belgium Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Para pelajar dari institusi pengajian tinggi/sekolah Wakil-wakil media massa. KUCHING Yang Berhormat Datuk Peter Nansian ak. Bhd. cetak dan elektronik Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati sekalian. Utom Menteri Muda Kesihatan Awam dan Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak Yang Berusaha En Ismail Ithnin Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak Yang Berusaha En. Luke Pengurus Besar. GVE Strategic . Ngusie Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Yang Berhormat Dr. Yang Berusaha En.

Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati. meningkat dengan kadar yang cepat sekali. mesin basuh. menjelang tahun 2020.22 juta rumah tangga (households) memiliki television pada tahun 2009. 2. Pada tahun 2009.4 juta telefon bimbit iaitu. barangan elektrik dan elektronik yang lama. Kehadiran tuan-tuan. 80% lagi rumah tangga memiliki radio. Bhd. Dengan itu terhasillah buangan elektrik dan elektronik ataupun lebih di kenali sebagai e-waste.. Berdasarkan trend peningkatan penjualan dan penggunaan barangan elektronik dan elektrik tersebut. Umicore Malaysia Sdn. SKMM juga mendaftarkan 30. dan Hills Shopping Mall. amaun e-waste di peringkat global meningkat sebanyak 40 juta tan setiap tahun.. Justeru itu barangan elektrik dan elektronik menjadi cepat luput (obsolete) dalam tempoh yang singkat sebaik sahaja model baru diperkenalkan di pasaran. DNS Waste Management Sdn.3 juta pasca bayar. rosak dan sebagainya perlu juga dilupuskan. Di samping itu. televisyen. Menurut satu laporan lagi. Hampir 15 billion bateri telefon bimbit dijual setiap tahun. 3. Justeru. Kemajuan dalam teknologi pengeluaran barangan elektrik dan elektronik termasuk komputer persendirian. pengurusan e-waste kini menjadi satu cabaran besar kepada semua negara termasuk Malaysia. telefon bimbit dan bateri. 5.Waste Sdn. Manakala di Afrika Selatan dan China peningkatannya adalah dalam lingkungan di antara 200 hingga 400 peratus. 4. Menurut International Telecommunication Union (ITU). Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan-puan dapat menghadirkan diri bersama-sama menjayakan program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya pengurusan E-Waste. Di samping itu. alat penghawa dingin. dan puan-puan sekalian boleh diterjemahkan sebagai bukti sokongan dan komitmen anda semua dalam usaha menghargai dan memulihara alam sekitar. Bhd. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM). Kuching kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010. 24. 6. jumlah pelanggan telefon bimbit di seluruh dunia pada tahun 2009 ialah sebanyak 4. . Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit setiap 18 bulan.1 juta telefon bimbit pra-bayar dan 6. jumlah e-waste daripada komputer lama di India akan meningkat sebanyak 500 peratus. Sebanyak 96% rumah tangga di Semenanjung Malaysia mempunyai television manakala peratusan di Sabah dan Sarawak ialah 88%.6 billion dan angka ini dijangka melebihi 5 billion pada tahun 2010. Bhd.

Menurut Peraturan ini. 7. sisa ini merupakan satu sumber yang berharga dan negara akan rugi jika ia tidak dimanfaatkan dengan baik. Sehingga kini. Kerajaan Malaysia memang serius dalam memastikan e-waste diuruskan secara selamat dan berkesan di negara kita supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat. emas. iaitu sebanyak 19 kemudahan penuh perolehan kembali (full recovery facility) dan 134 kemudahan separa perolehan kembali (partial recovery facility) termasuk 7 yang dilesenkan oleh JAS Sarawak Kemudahan ini menjalankan aktiviti mengasingan bahan berguna di dalam e-waste seperti logam. ianya juga dapat memberi peluang perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan.Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati. 9. kadmium. kuantiti e-waste yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh . kaca dan plastik dan akhirnya memperolehi logam-logam spesifik seperti tembaga. di samping memperolehi manfaat ekonomi. arsenik. Ini ialah kerana E-waste mengandungi bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum. kerana di dalam e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas. sebanyak 153 lesen telah dikeluarkan oleh JAS untuk kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual di Malaysia. E-Waste boleh didefinisikan sebagai peralatan elektronik dan elektrikal yang telah luput dan ianya adalah salah satu daripada berbagai jenis buangan terjadual atau scheduled waste dengan kod SW 110. kromium heksavalen.9 bilion pada tahun 2009 kepada US$ 21 bilion pada 2020. 8. Peraturan ini juga memperuntukkan untuk pemerolehan kembali e-waste seboleh mungkin. Pada masa yang sama. Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual 2005. Sehubungan itu. untuk dijual pada harga yang lebih tinggi untuk kegunaan-kegunaan lain yang juga akan memberi pulangan hasil yang sangat baik. Jika buangan ini diurus dengan baik. pasaran untuk e-waste di peringkat dunia dijangka meningkat daripada US$ 6. perak dan sebagainya. 6. Dasar dan strategi Kerajaan dalam pengurusan e -waste adalah sepertimana termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2005. Pembuangan E-waste secara tidak terkawal atau jika ia tidak diurus dengan baik boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. E-waste yang tiada nilai komersial perlu dilupuskan di tapak/premis yang dilesenkan oleh pihak JAS. selenium. Menurut satu kajian. penggalakan aktiviti pemerolehan kembali buangan tersebut dan meningkatkan kesedaran masyarakat. perak dan lain-lain. penebat api (fire retardant) dan sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar. Pendekatan yang diambil merangkumi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan termasuk mengawal pengimportan E-Waste secara haram. raksa.

Walau bagaimanapun. E-Waste juga tersenarai sebagai buangan berbahaya di bawah Konvensyen Basel Yang Mengawal Pergerakan Merentasi Sempadan Buangan Berbahaya di bawah Annex VIII dengan kod A 1180 dan A 2010. pengurusan E-waste telah diberi tumpuan dengan penyertaan aktif oleh syarikat-syarikat . Hong Kong. Garis panduan ini menggariskan bahawa pengimportan E-Waste bagi tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan adalah dilarang sama sekali. Singapura dan China. Kanada. Di Sarawak pula. Di samping penguatkuasaan undang-undangan dan penggalakan aktiviti pemerolehan kembali. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM180. dianggarkan 641 MT E-Waste terhasil untuk tempoh Januari hingga Oktober 2010. Kebanyakan e-waste berkenaan terdiri daripada alat-alat komputer dan CRT (cathode ray tube).300 tan metrik pada 2006 kepada 134. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500.000.000. Kementerian dan pihak JAS dengan kerjasama semua pihak juga mengadakan pelbagai program kesedaran seperti Program Rakan Alam Sekitar dan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar termasuk isu pengurusan sisa E-waste. 10. India.00 serta penjara mandatori selama satu hari. pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B. 2008.kemudahan-kemudahan yang dilesenkan telah meningkat dari 40. 11. Indonesia. Di samping itu. Jepun. sepanjang tahun 2009. Kesemua ³shipment´ berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti Amerika Syarikat. Berikutan ini. pengimportan Used Electrical And Electronic Equipment masih dibenarkan bagi tujuan guna semula jika barangan berkenaan disahkan masih berfungsi dengan baik atau berumur tidak melebihi 3 tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan. Korea Selatan. tindakan mahkamah telah diambil ke atas satu kes pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun 2009. 12. sebanyak 28 ³illegal shipment´ telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di Raja. Bagi mengelakkan pengimportan E-Waste secara haram dari luar negara pula. Dalam Sambutan Minggu Alam Malaysia 2010 (Peringkat Kebangsaaan) yang telah diadakan pada 21 Oktober 2010. Yang Berhormat .Tuan-Tuan dan Puan-Puan.000 tan metric pada tahun 2009. Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu garis panduan bertajuk Guidelines for the Classification of Used Electrical And Electronic Equipment In Malaysia. New Zealand. Selain itu. di mana Malaysia adalah parti kepada Konvensyen tersebut. Filipina.

Ini dilakukan untuk mengelakkan kesan pencemaran jangka panjang akibat dari kandungan logam-logam berat seperti raksa. Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan E-Waste. Kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur. saya mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak. institusi pengajian tinggi serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama.pemerolehan kembali ewaste. telah diadakan di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pihak Berkuasa Tempatan. Bhd. Melaka dan Johor. Bhd. Pengumpulan dan Pengangkutan serta mengwujudkan kemudahan penuh atau separa perolehan kembali E-Waste di semua Bahagian Sarawak. pihak kutipan e-waste dan juga syarikat telefon bimbit. Kempen yang pernah dan sedang dijalankan menerusi kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM). Kempen ini bertujuan dan memastikan E-Waste yang terhasil akan dikutip. Selain itu. kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan telefon bimbit telah dijalankan oleh pihak JAS. sukacitanya saya menyarankan agar kerja sama erat dan kempen pengumpulan E-Waste ini dipergiatkan dengan lebih proaktif di antara JAS Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan mahu pun Pejabat Residen Bahagian. 13.. Jabatan Alam Sekitar juga telah mengadakan beberapa kempen kesedaran orang ramai mengenai kitar semula dan pelupusan E-Waste. Yang Berhormat . Selain itu saya mencadangkan supaya diperbanyakkan pusat 3P iaitu Pemungutan. dikumpulkan dan tidak dibuang di tapak pelupusan sampah. Selangor. Untuk mencapai keberkesanan pengurusan E-Waste secara menyeluruh. Dalam hubungan ini. agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Syarikat Alam Flora Sdn. 15. Bhd. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk di Putrajaya. Jabatan Alam Sekitar sedang mengkaji menggubal peraturan atau ³take back policy´ khusus untuk menggalakkan semua pengeluar atau pengimport barangan elektrik dan elektronik mengambil balik barangan elektrik dan elektronik yang telah luput untuk dikitar semula atau dilupuskan secara selamat. Pulau Pinang.. 14. Khususnya di Sarawak pula. GVE Strategic Waste Sdn. nikel dan plumbum. 16. Umicore . DNS Waste Management Sdn.Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Akhir kata.nredev. Bhd. Sekian.my/ucapan/archive/2010/10/25/pelancaran-kempenpengumpulan-e-waste-peringkat-negeri-sarawak-2010. Rujukan http://www.nre. Terima kasih.Malaysia Sdn. di samping menjadi dorongan kepada pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk menganjurkan aktiviti yang serupa ke arah pengurusan e-waste yang lebih cekap dan berkesan di negara ini amnya dan di Sarawak khasnya. Dengan ini. dan Hills Shopping Mall. Semoga usaha ini akan mencapai matlamat yang disasarkan. saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010.aspx . saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010 pada pagi ini.gov. 18. Kuching atas inisiatif dan usaha sama dalam menganjurkan kempen pengumpulan e-waste di negeri Sarawak. 17. Semoga komitmen dan kerjasama yang terjalin ini akan berterusan bagi menjayakan agenda mempertingkatkan kesedaran berkaitan pengurusan E-Waste di Negeri Sarawak pada masa akan datang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful