You are on page 1of 10

Apa dia tulisan jawi 1-24

Pedoman tulisan jawi 25-88

Apa dia Tulisan Jawi?

Tulisan Jawi (‫ )توليسن ج اوي‬adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad
lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan
agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-
huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu (‫)به اس ماليو‬.
Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia,
Filipina dan Indonesia.

Pengenalan

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka,
zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di
Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau
1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan
Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan
adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan
Terengganu.

 
Huruf Jawi

Huruf yang dibulatkan unik kepada bahasa Melayu dan


2- Pengenalan: Latar Belakang Sejarah Penyempurnaan Tulisan dan Sistem Ejaan
Jawi:

2.1- Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut:

i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang
sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam
penggunaan (sebelum tahun 1986).

ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang
terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan
Jawi Za'ba.

iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi)
supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana
penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan
budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam
merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.

2.2- Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989).

Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan
Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor
(P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 (1), dan usaha yang
dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada
tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai
urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba
(seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 (2) itu.

Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku
sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah
Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan
sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah.

i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang


dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem
Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah
buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan
dengan segera". (3)

ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan
Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP).
Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang
mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia,
dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan (4) . Bidang Tugas Jawatankuasa ini
ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa
Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan
Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) (5) dan
sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan
Melayu Sdn. Berhad (6) , serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.

iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam
Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan
Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu.
Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk
mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada
wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela
di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei
Darussalam, Singapura, dan Thailand (7) .

iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima
dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah
dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan
diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi
yang Disempurnakan (8) (seterusnya disebut PEJYD).

v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan
dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat
sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986
itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai
edisi kedua dengan judul PEJYD (9) yang sama pada tahun 1987.

vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi (10) yang pertama kali diterbitkan pada tahun
1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (11) (1998).

vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh
pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata.
Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula
dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989 (12) . Dalam cetakan kedua ini,
terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang
tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan
serapan daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan
penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan
kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan
PEJYD .
viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan
Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang
terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan
terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi
semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan
disebarkan.

3. Ciri-ciri Utama Dalam Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986).

3.1- Dasar penyempurnaan ejaan jawi: Dasar penyempurnaan ejaan Jawi tahun 1986
cukup jelas, iaitu mewujudkan sistem ejaan Jawi untuk keperluan masa kini dan
keperluan masa depan dengan berlandaskan sistem ejaan Jawi yang sedang
digunakan. Dengan itu, landasan yang digunakan bagi usaha penyempurnaan
ejaan Jawi ialah Jawi Za'ba (1941, 1949). Proses penyempurnaan terhadap Jawi
Za'ba itu dilakukan dengan lima kegiatan atau perkara (13) , iaitu (i) mengekalkan
yang sudah kemas, (ii) melengkapkan yang kurang, (iii) mengadakan yang tiada,
(iv) menjelaskan yang kabur, dan (v) mengemaskan yang longgar.

3.2- Dengan landasan yang demikian, rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Ejaan
Jawi DBP sebagaimana yang diterima oleh Konvensyen Tulisan Jawi (1984) itu
"bukanlah menghasilkan sesuatu sistem ejaan Jawi yang baru yang sama sekali
menyimpang daripada sistem ejaan sekarang, yakni yang disusun oleh Almarhum
Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). Sebaliknya yang dihasilkan hanyalah Sistem
Ejaan Jawi Za'ba yang diperkemas dan dinyatakan semula dengan perkataan
baru". (Kertas Kerja 1984, hlm. 1).

3.3- Sebagai kesimpulannya, apabila diteliti PEJYD dengan saksama, ternyatalah


kepada kita dua kumpulan maklumat yang baru di dalamnya, iaitu maklumat
yang tidak terdapat dalam Jawi Za'ba. Maklumat yang dimaksudkan itu ialah
kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan kaedah atau aturan yang
berupa "tambahan" kepada Jawi Za'ba. Kedua-dua aspek "pembaikan" dan
"tambahan" ini disifatkan sebagai kebaikan-kebaikan PEJYD yang disimpulkan
sebagai melebihi sistem ejaan lama.

3.4- Dalam kertas kerja ini, kami akan menampilkan kaedah atau aturan yang berupa
"pembaikan" dan "tambahan" yang menjadikan Jawi Za'ba itu lebih sempurna
sebagaimana yang termaktub dalam PEJYD . Perkara ini dilihat dari sudut sistem
huruf sebagai sistem bagi lambang bunyi atau lambang fonem, dan bukan huruf
sebagai ejaan atau tulisan semata-mata. Contoh-contoh ejaan lama yang
disenaraikan di sini boleh berupa ejaan Jawi Za'ba atau ejaan yang tidak
disenaraikan dalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) Za'ba tahun 1949 tetapi
digunakan sebagai ejaan Jawi Lama.
4. Beberapa Pembaikan dan Penambahan Lagi:

Dalam PEJYD terdapat beberapa aturan mengeja yang lain lagi yang bertujuan
membaiki dan mengemaskan sistem ejaan Jawi Lama.

i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, aturan pengejaan gugus
konsonan diadakan yang bertujuan memudahkan pembacaan dan penyebutan,
terutama istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Gugus konsonan di akhir kata
ditulis dengan memisahkan huruf yang bergugus itu. Contohnya: Teks ‫ تيك س‬.

ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak salah baca, iaitu
(i) menggunakan tanda angka dua bagi menulis ulangan keseluruhan kata, dan (ii)
menggunakan tanda sempang (-) apabila mengulang sebahagian kata (18) .

iii) PEJYD memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapan daripada bahasa
Arab yang dikategorikan kepada penggunaannya dalam konteks agama dan bukan
agama. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. Perincian:

a) Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya (dalam ejaan Arab).

b) Kata-kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama digunakan sebagai
kata umum dalam bahasa Melayu dieja seperti ejaan bahasa Melayu.

iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dalam PEJYD ialah tentang
penulisan huruf singkatan. Pedoman ini menetapkan penulisan singkatan dalam
huruf Jawi yang didapati selaras dengan cara menulisnya dalam ejaan Rumi dari
segi penggunaan tanda titik, tetapi singkatan yang digunakan ialah huruf-huruf
dalam abjad Jawi, dan bukan nama huruf-huruf tersebut.

v) Ciri khusus dalam PEJYD ialah pengekalan aturan-aturan ejaan lama dan
pengejaan beberapa kata yang sudah mantap penggunaannya. Kata-kata tersebut
ialah kata-kata yang asalnya dieja menurut kaedah baris (19)

5. Penyebaran Penggunaan Ejaan Jawi ( PEJYD ):

5.1- PEJYD sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun 1986 lagi.
Penjelasan tentang sistem ini dibuat melalui tulisan-tulisan di dalam majalah-
majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, dan ceramah yang diadakan untuk
tujuan penyebaran. Akhbar Utusan Melayu juga turut menerbitkan tulisan yang
menjelaskan PEJYD secara bersiri walaupun akhbar tersebut belum
menggunakan sistem baru ini secara menyeluruh. Dewan Bahasa dan Pustaka
terus menyebarkan maklumat tentang PEJYD ini apabila diperlukan oleh
masyarakat.

5.2- Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangan dan kawalan
pelaksanaan penggunaan PEJYD di sektor pendidikan kerana perkara ini terletak
di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Dewan
Bahasa dan Pustaka juga bukanlah pihak yang secara tidak langsung
bertanggungjawab melaksanakan penggunaan PEJYD dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah atau maktab perguruan.

5.3- Pada umumnya, tugas dan tanggungjawab DBP dalam pembinaan dan
pengembangan ejaan Jawi adalah, antara lain, seperti yang berikut:

i)    DBP bertanggungjawab menyediakan pedoman PEJYD dan


menerbitkannya untuk kegunaan masyarakat.

ii) DBP bertanggungjawab memantapkan pedoman tersebut dari semasa ke


semasa supaya sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu, perkembangan
Ilmu, dan perkembangan sistem pendidikan yang maju.

iii) DBP menerbitkan buku-buku yang dalam tulisan Jawi dengan menggunakan
PEJYD . Buku-buku yang diterbitkan ialah buku agama, dan akan
menerbitkan beberapa buku umum dan buku kanak-kanak.

iv) DBP mengadakan kegiatan penyebaran maklumat tentang PEJYD untuk


masyarakat, serta membantu pengguna mempelajarinya dan menyebarkan
penggunaannya.

5.4- Kerjasama DBP dengan pihak pelaksana PEJYD di sektor pendidikan:

i) Semenjak PEJYD diterbit dan disebarkan pada tahun 1986, tidak ada masalah
besar yang dihadapi oleh DBP berkaitan dengan pedoman tersebut. Hanya
dalam tahun 1991 ini sahaja baru timbul masalah yang agak besar apabila
Maktab Perguruan Islam membuat ulasan terhadap PEJYD itu.

ii) Usaha untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Maktab


Perguruan Islam dibuat dengan mengadakan mesyuarat khas di DBP pada 24
Julai 1991. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh DBP dan hampir semua pihak di
Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan
penggunaan ejaan Jawi di sekolah dan maktab perguruan, iaitu Bahagian
Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Islam, Pusat Perkembangan
Kurikulum, dan Maktab Perguruan Islam. Setelah membahaskan masalah
yang dikemukakan oleh Maktab Perguruan Islam, mesyuarat merumuskan
empat perkara sebagai persetujuan bersama (seperti di perenggan 8.5 di
bawah).

5.5- Keputusan Mesyuarat pada 24 Julai 1991 di DBP tentang pelaksanaan


penggunaan PEJYD di sektor pendidikan (dipetik sepenuhnya daripada Minit
Mesyuarat yang berkenaan):
"5.1- Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung
dalam pelaksanaan penggunaan ejaan Jawi bersetuju melaksanakan penggunaan
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka (Pedoman 1986, Daftar 1989). Bahagian-bahagian yang terlibat itu
ialah Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Guru, dan Pusat
Perkembangan Kurikulum. Oleh sebab itu, Maktab Perguruan Islam juga bersetuju
mematuhi dan akan melaksanakan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini
dalam pengajaran dan pembelajaran di maktab tersebut."

"5.2- Dipersetujui supaya kaedah mengajar di Maktab Perguruan Islam, khususnya,


diubahsuai supaya dapat menyampaikan pedoman Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan ."

"5.3- Dipersetujui bahawa cadangan untuk meneliti semula beberapa aturan tertentu
dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dengan tujuan memantapkannya
akan dibuat secara berasingan. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan
kegiatan ini setelah mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak-pihak yang
ingin mencadangkan pemantapan pedoman tersebut. Perkara ini tidak ada
hubungannya dengan persetujuan untuk melaksanakan Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan yang sudah dipersetujui."

"5.4- Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkas tentang latar belakang,
kaedah dan penjelasan tentang Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan untuk
diedarkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidang
pada 14 Ogos 1991 yang akan datang."

19. Setakat ini, Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) telah menyenaraikan kata-kata yang
berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisi yang sahih: apa, ada, beta, pada,
maka, jika, dia, lima, kita, itu, ini, dari, ketika, daripada dan manusia .

‫اڤ‬   ‫اد‬   ‫بيت‬   ‫ڤد‬   ‫مك‬   ‫جك‬   ‫دي‬   ‫ليم‬   ‫كيت‬   ‫ايت‬   ‫اين‬   ‫دري‬   ‫كتيك‬   ‫درڤد‬   ‫ماءنسي‬
PEDOMAN UMUM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU

1. Latar Belakang

1.1    Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat
dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakanyang diterbitkan secara rasmi
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). 
Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan sempurnakan atau dimantapkan
daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan
Jawi Za’ba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi,
1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan
Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil
Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang
diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana
Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun
1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal
Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994.

1.2    Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini
merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan
dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-
maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada
terbitan-terbitan yang berikut:

(i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan
Pertama Edisi Ketiga, 1993.

(ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

2. Tulisan, Abjad dan Huruf

2.1    Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa
Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan
Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila
dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.

2.2    Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang
tersusun seperti yang berikut:

Nama Padanan Rumi


alif a
ba b
ta t
ta marbutah t/h
sa [tha] s, (th)
jim j
ca c
a]ha [h )h, (h
kha [khO] kh
dal d
zal [dhal] z, (dh)
ra [rO] r
zai z
sin s
syin sy, (sh)
Od]sad [s )s, (s
Od]dad [d )d, (d
O]ta [t )t, (t
O]za [z )z, (z
awal: a, i, u
ain [ain]
akhir: k, (‘)
ghain gh
nga ng
fa f
pa P
qaf k, q, (q)
kaf k
ga g
lam l
mim m
nun n
wau w, u, o
va v
ha h
awal: gugur
hamzah
akhir: k, (’)
ya y, i, e taling
ye [ye] e pepet akhir
ny ny

You might also like