Menggali Masalah Klien Menggunakan Teori Rogerien & Terapi Realiti

Menggali Masalah Klien Menggunakan Teori Rogerien & Terapi Realiti Dr. Syafrimen, M. Ed syafrimens@yahoo.com Nova Erlina, M. Ed mynov78@yahoo.co.uk ABSTRAK Penelitian ini bertujuan untuk melihat penggunaan teori Rogerian dan Terapi Realiti oleh calon konselor dalam menggali permasalah klien. Secara umumnya pendekatan yang digunakan dari kedua-dua teori tersebut adalah penerimaan positif tanpa syarat dan pemahaman melalui empati (Rogerian), fokus pada tingkahlaku yang sedang dihadapi klien, meminta klien menilai perlakuan sendiri, menggalakan klien membuat perencanaan untuk berubah dan mengajak klien berdepan dengan realita (Terapi Realiti). Kaedah kajian kes “multi-case single-site case study design” telah digunakan sebagai metodologi kajian. Tujuh orang klien, iaitu enam orang mahasiswa S1 dan satu orang mahasiswa S2 yang sedang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia telah dijadikan sebagai kajian. Rekaman sesi konseling telah dijadikan sebagai data, dan dianalisis secara tematik menggunakan software NVivo 7. Hasil kajian menunjukkan bahwa klien merasa senang menyampaikan permasalahan mereka melalui kedua pendekatan tersebut. Secara umumnya klien menunjukkan perkembangan yang positif dari sesi ke sesi yang dilakukan. Hasil penelitian didiskusikan berdasarkan hasil-hasil penelitian sebelumnya dan juga artikel-artikel yang berkaitan dengan kajian ini. A. Pendahuluan Konseling merupakan satu proses yang melibatkan hubungan dua arah antara konselor profesional dengan individu yang memerlukan bimbingan (Noriah, Zuria & Salleh 2005). Terdapat pelbagai teori yang diaplikasikan untuk membantu klien dalam proses bimbingan dan konseling, antara teori yang senantiasa mendapat perhatian di kalangan konselor adalah Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Adlerian, Terapi Eksistential, Pendekatan Berpusatkan Klien oleh Roger, Terapi Gestalt, Terapi Realiti, Rasional Emotif Terapi, Terapi Transaksional, Terapi Asia, Terapi Elektik Teknikal dan Menggunakan Pendekatan

Penelitian yang dilakukan oleh Zakaria terhadap 241 orang konselor di Malaysia mendapati 50% di kalangan konselor yang diteliti tidak menggunakan teori semasa menjalankan sesi konseling. Noriah dan Salleh 2008).Islam (Sapora Sipon dan Ruhayah Hussin 2008). Namun peneliti berkeinginan untuk memaparkan penggunaan . ini terjadi karena memang mereka kurang menguasai teori-teori kaunseling tersebut. dan klien akan merasa puas dengan bimbingan yang diberikan (Pifalo 2005. bahkan Myrick (2001) menyatakan konselor perlu mahir mengkombinasikan berbagai teori dan teknik tersebut semasa menjalankan sesi konseling. Mansur 1997). Tidak jarang juga pemilihan teori itu dipengaruhi oleh latarbelakang institusi tempat konselor tersebut belajar. Terdapatnya berbagai hambatan di kalangan konselor untuk menguasai pelbagai konsep dan teori. pengkombinasian teori tersebut akan lebih cepat membuka pemikiran konselor dalam mencari solusi untuk membantu klien. Bahkan terdapat pandangan yang menyatakan ramai di kalangan konselor yang faham dengan berbagai teori tetapi mereka membabi buta dalam penggunaan teori yang mereka fahami itu. (2008) tidak menafikan terdapatnya halangan di kalangan konselor untuk menguasai dan mengaplikasikan pelbagai teori dalam satu waktu. Menurut Paw Eng See. apa lagi mengkombinasikan kepelbagaian teori tersebut dalam satu sesi. Menjadi satu kelumrahan sebuah teori yang menjadi unggulan bagi sesebuah institusi yang menawarkan program konseling. Justeru. Menurut beliau terlalu sedikit konselor yang melakukan penelitian dan memprediksi konsep dan teori yang mereka fahami sebelum digunakan dalam sesi mereka. Kejelimetan konselor dalam mengkombinasikan teori menjadikan konselor tersebut lebih kreatif. Walaubagaimanapun. Penelitian beliau juga menunjukkan ramai di kalangan mereka yang telah menyesuaikan pemahaman terhadap teori ke dalam konteks budaya klien. akan menjadi unggulan juga bagi konselor-konselor lulusan institusi itu. tanpa diteliti apakah teori itu sesuaia dengan klien ataupun sebaliknya (Muhd. Pengkombinasian teori itu juga merupakan cara yang lebih efektif kepada konselor dalam membantu klien mereka (Paw Eng See. Paw Eng See et al. kajian ini tidak bermaksud untuk mendiskusikan dan meneliti pemilihan suatu teori di kalangan konselor dalam menjalankan sesi konseling. Kebiasaannya pemilihan teori yang menjadi unggulan konselor dipengaruhi oleh kesenangan dan kemahiran mereka dalam menggunakan teori tersebut. telah mendorong konselor untuk memahirkan diri mereka dengan teori-teori tertentu dalam membantu klien mereka. Rogers 1996). Noriah dan Salleh (2008) seorang konselor perlu memiliki berbagai teknik dan mahir dalam berbagai teori agar dapat memberikan bimbingan yang baik kepada klien mereka.

positif. arahan konselor. Othman Mohammed 2005. Secara khusus objektif kajian ini adalah: (i) Mengetahui kenyamanan klien dalam menceritakan permasalahan mereka semasa sesi kaunseling dijalankan. tanpa harus memberikan arahan ataupun anjuran kepada klien (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. bujukan. Menurut Rogers klien dapat menuju ke arah penentuan arah diri sendiri. Konselor hanya perlu berdialog dengan klien agar dapat dicapai gambaran yang selari antara diri ideal klien “ideal self” dengan kenyataan sebenarnya tentang diri mereka “actual self”. bermasyarakat. Corey 2005. Othman Mohamed 2005. Beliau juga menyatakan bahwa sifat-sifat peribadi dan sikap konselor serta hubungan antara kedua-duanya adalah merupakan dua faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah proses kaunseling. Mansur 1997. boleh dipercayai. John Mcleod 2006. (ii) Mengetahui perkembangan klien semasa sesi kaunseling dijalankan.teori Rogerian dan Terapi Realiti dalam menjajaki permasalahan klien. Rogers berpandangan bahwa klien mempunyai kemampuan untuk memahami diri mereka. jika klien tersebut dilibatkan dalam hubungan konseling ataupun terapi. Teori Rogerian Dan Terapi Realiti Carl Rogers adalah orang pertama yang memperkenalkan teori kaunseling berpusatkan klien (client centred therapy) melalui buku pertanya ”Counselling and Psychotherapy” yang diterbitkanya pada tahun 1942. Suradi Salim 1996). Rohany Nasir 2006. pengajaran. Amla. dan bisa menolong kliennya dalam semua bidang. B. dinamis dan realistis (Sapora Sipon & Ruhayah Hissin 2008. Beliau juga menentang teknik-teknik dan tatacara konseling yang berbentuk nasihat. tanpa campur tangan secara langsung oleh konselor. Pakar-pakar konseling telah menyimpulkan hal-hal yang menjadi ciri utama dalam . diagnosis. baik. bertanggungjawab dan mampu mengendalikan kehidupan sendiri. Menurut Rogers manusia adalah makhluk yang senantiasa rasional. Zuriah & Salleh 2006. dan penafsiran tersendiri oleh konselor. Muhd. dan mampu menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi secara alami. Suradi Salim 1996). Untuk itu Rogers menentang pendekatan konseling yang berpusatkan konselor yang mengandaikan bahwa kaunselor mengetahui segala sesuatu.

Perhubungan semasa antara konselor klien adalah berpegang kepada prinsip menolong. Satu lagi pendekatan dalam konseling yang menarik perhatian banyak pelaksana konseling adalah pendekatan Terapi Realiti. iaitu keikhlasan dan keselarian antara ucapan dengan perbuatan konselor dalam menerima klien. sedangkan konselor adalah berperanan pasif-reflektif . Terapi ini adalah salah satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia konseling yang diperkenalkan oleh William Glasser dalam tahun 1965 di California. Terdapat beberapa prinsip dasar yang dipegang dalam pendekatan ini iaitu. proses konseling menitikberatkan kepada keadaan klien.pendekatan konseling yang dicadangkan oleh Carl Rogers tersebut. Ahmad Jazimin 2007). terapi Pemusatan Insan dan terapi Gestalt (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. dan (iv) Nonjudgmental. Sofyan S. Carl Rogers menyatakan bahawa individu memerlukan hubungan dengan orang lain untuk menolong dirinya melakukan sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan sendiri olehnya. Zuria & Salleh 2006. (iii) Understanding. (i) Acceptance. Ini bermaksud konselor bukan bermakna hanya diam mendengarkan masalah klien tetapi mesti berusaha membantu agar klien sentiasa aktif untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Terapi Realiti dikenalkan oleh William Glasser yang dilahirkan di Cleveland Ohio. . Prinsip dalam pendekatan ini adalah penumpuan konselor pada hubungan terkini dan pengalaman yang dicapai dalam perhubungan dengan klien. iaitu konselor senantiasa objektif dan tidak memberikan penilaian kepada klien (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. Willis (2004) juga menyatakan bahwa sasaran konseling yang dicadangkan oleh Carl Rogers adalah memberi tumpuan kepada aspek emosi dan perasaan bukanlah aspek intelektual klien. iaitu konselor menerima klien dengan keredaan dengan permasalahan yang dibawa oleh klien. Di dalam perjalanan sesi konselor menekankan aspek yang menggalakkan diri klien tersebut memahami persepsi tentang dirinya dengan kenyataan yang sebenarnya. (ii) Congruence. Othman Mohamed 2006). California pada tahun 1925 (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. Amla. dan peranan aktif dalam proses konseling adalah pada klien. Amla. termasuk keadaan sosial psikologis masa kini (here and now) bukanya pengalaman masa lalu. John McLeod 2006. iaitu memberikan penekanan terhadap tanggungjawab klien untuk mendapatkan kesadaran dirinya serta bergerak ke arah satu keadaan yang bisa menguntungkan dirinya dalam keadaan yang sebenarnya. proses konseling adalah bertujuan untuk menyesuaikan antara ideal self dengan actual self. iaitu konselor dapat memahami dunia klien sebagaimana yang dirasakan oleh diri klien tersebut. Dalam banyak aspek Terapi Realiti ini sejalan dengan terapi Keberadaan.

WDEP adalah akronim tentang strategi dalam Terapi Realiti yang digunakan oleh konselor untuk membantu klien supaya dapat berubah kepada tingkahlaku yang lebih sesuai dengan kehendak individu tersebut. membuat parafrasa. berkongsi cerita dan menggunakan sedikit humor dalam proses kaunseling adalah merupakan suasana kaunseling yang wajar digunakan oleh kaunselor sebelum sistem WDEP. Wubbolding & Brickell (1996) menyatakan W merujuk kepada wants. D merujuk kepada directions and doing. tidak menghukum. beberapa ciri lain yang menjadi teras kepada Terapi Realiti . Selain daripada sistem WDEP. E merujuk kepada evaluation dan P merujuk kepada planning and commitment. dan mengubah tindakan. Noriah 2008. menggunakan kemahiran mendengar sama ada dalam bentuk tema atau metafora. Terapi Realiti merujuk kepada dunia fenomenologi klien dan memberi penekanan kepada cara yang subjektif yaitu klien akan melihat dan merespon dengan lingkungan mereka melalui evolusi dalaman (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008). Prosedur perubahan tingkahlaku menggunakan sistem WDEP adalah merupakan ciri pendekatan Terapi Realiti (Ahmad Jazimin. Amla. Terapi ini juga memberikan kemudahan serta persediaan yang bisa membangunkan kekuatan psikologikal klien yang memerlukan layanan konseling (Othman Mohamed 2006. Corey 2005). Amir Awang 1987). Ahmad Jazimin 2007. fokus pada isu klien.Zuria dan Salleh 2006. menuduh. Othman Mohamed 2006). Selanjutnya pendekatan ini juga yakin tentang adanya komitmen di dalam diri klien untuk merancang. needs and perceptions. Zuria. seterusnya melakukan rancangan tersebut dalam bentuk tindakan ataupun tingkahlaku. Zuria & Salleh 2006). menunjukkan empati. Seterusnya Ahmad Jazimin (2007) juga menyatakan bahawa pembinaan hubungan yang tulen. mewujudkan ketakutan dan mudah berputus asa. menerima klien dengan seadanya. Pendekatan Terapi Realiti dalam konseling berkeyakinan bahwa klien mempunyai kemampuan tertentu untuk melakukan sesuatu pada masa kini untuk mengubah tingkahlakunya. Noriah 2008. Terapi realiti mendahulukan konsep dan idea bahwa individu itu mempunyai tanggungjawab ke atas perlakuannya. Glasser & Wubbolding 1995). tidak menghargai klien. ramah. Ahmad Jazimin 2007. Mansur 1997. memaksa klien. Selain dari itu pendekatan ini menolak konsep mental illness “sakit jiwa” seperti yang dinyatakan di dalam teori Psikoanalisa (Muhd. mengkritik. Zuria. Selain itu kaunselor hendaklah mengelak daripada berhujah keterlaluan. Pandangan lain menyatakan bahwa pendekatan ini menitikberatkan pada bagaimana klien melihat dunia mereka dan bagaimana mereka bertanggungjawab dengan tingkahlaku mereka (Ahmad Jazimin.

Konselor senantiasa menggalakan klienya untuk menyampaikan semua perasaan yang terpendam dalam hati tanpa menyembunyikan sedikitpun (Sapora Sipon & Ruhaya Hussin 2008. membantu klien melihat kekuatan dan kelemahan diri serta dukungan dan halangan yang terdapat di sekelilingnya. . Othman Mohamed 2006. Untuk memudahkan menyediakan laporan dapatan kajian. Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mau dalam kehidupnya. Sidek Modh Noah 2002). Rekabentuk kajian kes ini membolehkan pengkaji untuk meneliti pola sesuatu fenomena yang ingin dikaji (Yin 1994. mendapatkan komitmen klien dan konselor meminta klien untuk bersedia mematuhi syarat-syarat yang telah disepakati. konselor menggalakan untuk membuat perancanaan untuk perobahan. Daripada 47 orang klien yang datang meminta perkhidmatan kaunseling selama 14 minggu ataupun bersamaan dengan 70 hari bekerja menjalankan pratikum. bagi melihat penggunaan kedua-dua teori yang menjadi fokus kajian ini. Corey 2005). Majid Konting 2005. Zuria & Salleh 2006. Creswell 2007. meminta klien menilai perlakuan sendiri. Metodologi Kajian Kajian menggunakan rekabentuk kajian kes (multi-case single-site case study design). fokus kepada perlakuan terkini klien. berkuasa. Konselor banyak menggunakan sugesti. membantu klien agar mantap dari segi psikologis dan lebih rasional dalam berfikir dan bertindak (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008). membantu klien mencari jalan terbaik dalam rangka memenuhi keperluan untuk dipunyai. Dalam proses konseling pula Terapi Realiti mewujudkan proses hubungan yang teraputik antara konselor dengan klien. Dalam hal ini pengkaji cuba melihat penggunaan teori Rogers dan Terapi Realiti dalam penerokaan masalah klien semasa proses kaunseling dilakukan oleh kaunselor pelatih. Data ketujuh-tujuh orang klien tersebut telah dikumpulkan melalui kaedah rakaman audio selama proses kaunseling dijalankan kepada mereka. Konselor sentiasa mengajak klien untuk berhadapan dengan realita untuk tujuan membantu klien menilai tingkah laku mereka secara realistis. merasa bebas dan senang dalam hidup. bersedia menerima klien tanpa syarat dan tidak terlalu banyak mengkritik. Menfokuskan kepada hal-hal yang disadari oleh klien dan membantu klien untuk meningkatkan kesadaran itu (Amla. tujuh orang klien (6 orang klien prempuan & 1 orang klien lelaki) telah dipilih untuk tujuan analisis. C. Amir Awang 1987). tidak membuat finalti dan tidak putus asa dengan klien.dalam proses konseling adalah. Pengkaji menilai pemilihan reka bentuk ini sangat bersesuaian memandangkan kajian ini cuba melihat pola penggunaan sesebuah teori dalam proses kaunseling.

seterusnya dianalisis menggunakan perisian NVIVO 7.pengkaji telah memberikan kod K1 sehingga K7 kepada ketujuh-tujuh orang klien tersebut. Selanjutnya kemahiran asas kaunseling telah digunakan terlebih dahulu bagi setiap sesi sebelum menggunakan pendekaran Rogerian dan Terapi Realiti yang menjadi fokus kajian ini. (iv) penggunaan sepi sejenak. Kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih untuk membantu klien sepanjang pratikum dijalankan. Sebelum melaporkan dapatan kajian. Proses transkripsi telah dilakukan terhadap semua data yang diperolehi. satu orang daripada Indonesia. mendapatkan maklumat (mendengar & bertanya soalan). Zuria dan Salleh (2006) iaitu dimulakan dengan pembinaan hubungan (mesra. (i) kemahiran mendengar iaitu kaunselor cuba mendengar dengan teliti dan menumpukan seluruh perhatian kepada perkara-perkara yang dikongsikan oleh klien. pengkaji ingin melaporkan proses kaunseling yang dilakukan selama pratikum dijalankan. Secara umumnya permasalahan yang mereka kongsikan adalah masalah akademik. meluaskan Penerokaan (meminta penjelasan. kanselor pelatih cuba menyebutkan semula apa yang telah diperkatakan oleh klien dalam rangkaian kata yang pendek bagi menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor pelatih sedang bersama-sama dengan dirinya untuk membantu permasalahan yang sedang dihadapi. Satu orang pelajar lelaki dan enam orang pelajar perempuan. (iii) membuat refleksi. (ii) empati iaitu kaunselor pelatih cuba memahami emosi. Hasil Kajian Kajian ini melibatkan tujuh orang klien. menerima & menstruktur). memberi perhatian. keseluruhan klien adalah pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji telah mempraktekan proses kaunseling yang dicadangkan oleh Amla. Enam orang adalah pelajar Prasiswazah dan satu orang pelajar Sarjana. Enam orang berbangsa Melayu. menilai pelbagai alternatif. perasaan serta bahasa bukan lisan klien semasa klien sedang berkongsikan masalah yang sedang dihadapinya. mengambil keputusan (membuat rumusan & memilih alternatif dan penamatan dan tindakan susulan (menilai keberkesanan pilihan dan tindakan). hanya satu orang sahaja yang berkongsi masalah lain iaitu masalah rendah diri atau kurang percaya diri bila berdepan dengan orang lain. iaitu diawali dengan menggunakan. D. di dalam perjalanan sesi kaunselor pelatih cuba untuk dian sekita bagi memberikan ruang kepada klien dan juga kaunselor pelatih untuk memikirkan perkara yang telah berlaku dan apa tindakan setrusnya yang akan dilakukan. .

Secara berstruktur pendekatan kaunseling oleh Rogers adalah penerimaan positif tanpa syarat. kongruen (ikhlas). fokus pada tingkahlaku semasa klien. memandangkan perjalanan sesi hanya lebih kurang 30 sehingga 45 minit. dan pemahaman empati. membuat komitmen dengan klien. Namun. meminta klien menilai perlakuan sendiri. Bagaimanapun. Secara umumnya pendekatan yang digunakan daripada kedua-dua teori tersebut adalah penerimaan positif tanpa syarat dan pemahaman empati (Rogerian). kaunselor pelatih telah memilih pendekatan yang dirasa lebih bersesuian untuk digunakan daripada kedua-dua pendekatan berkenaan. Namun kaunselor pelatih telah memilih pendekatan-pendekatan yang dirasakan lebih bersesuaian untuk menerokai masalah klien berkenaan. dan mengajak klien berdepan dengan realiti. meminta klien melinai perlakuan sendiri. dan (vii) merumuskan. Sebagai contoh . kaunselor pelatih tidak dapat menggunakan secara berstruktur keduakedua pendekatan tersebut. menggalakn klien membuat perancangan untuk perubahan dan mengajak klien berdepan dengan reality (Terapi Realiti). Selanjutnya barulah kaunselor meneruskan penerokaan masalah klien menggunakan pendekatan Rogerian dan Terapi Realiti. (vi) menyoal dan konfrantasi.(v) penjelasan dan memparafrasa. iaitu kaunselor pelatih cuba merumuskan semula dalam bahasa yang mudah difahami oleh klien tentang perkara yang tdihadapi dan tindakan-tindakan seterusnya yang akan diambil oleh klien. Kedua-dua pendekatan ini telah digabungkan dalam meneroka masalah klien yang datang meminta perkhidmatan kaunselor pelatih. fokus pada tingkahlaku semasa klien. Daripada tujuh sesi yang dijalankan kepada tujuh orang klien yang datang berjumpa kaunselor pelatih. (i) Keselesaan Klien Dalam Meluahkan Permasalahan Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. meminta klien untuk memberikan penjelasan semula tentang perkara yang mereka kongsikan dan apakah yang dimaksudkan oleh klien sebenarnya. menggalakan klien membuat perancangan untuk perubahan. kaunselor pelatih berusaha meberikan soalansoalan yang dapat mencungkil maklumat yang mandalam lagi dari[ada klien. didapati mereka sangat selesa untuk meluahkan permasalahan mereka dengan menggunakan kemahiran asas kaunseling dan dilanjutkan dengan penerokaan yang lebih mendalam menggunakan pendekatan Rogerian dan Terapi Realiti. Terapi Realiti pula adalah membina hubungan yang teraputik. kaunselor pelatih tidak dapat menggunakan secara keseluruhan pendekatan yang ditawarkan oleh kedua-dua teori berkenaan.

.. klien tidak berjaya mendapatkan tempat tersebut. seperti petikan di bawah ini: Jadi secara umumnya K3 punya masalah tidak percaya diri.. Sayapun tidak tahu apa punca dia (K3). terpaksa juga kan dan masa itulah untuk menambah keyakinan (K5). sebab dia semenjak saya kecil lagi. Seterusnya penerimaan kaunselor terhadap klien dengan pemahaman empati pula juga memberikan keselesaan kepada klien untuk meluahkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh klien..kaunselor menggunakan pendekatan penerimaan positif terhadap permasalahan klien yang tidak seberapa yakin dengan diri sendiri untuk menyampaikan idea ataupun berdepan dengan orang lain.. jadi tunduk. Kadang-kadang kita sedang borakborak tiba-tiba benda tu datang. muka saya berobah.. Dengan pemahaman penuh empati . seperti ditunjukan pada petikan berikut ini: .. Sebenarnya saya sentiasa memikirkan benda ini. macam tugasan yang perlu dibentangkan.. Perkara yang sama juga dilakukan oleh kaunselor pelatih kepada klien K3 yang menghadapi permasahan rendah diri yang keterlaluan apabila berdepan dengan orang lain. apabila benda tu datang jadi mencacatkan suasana. kalau hilangpun sekejap sahaja.. Klien telah menghadapi permasalahan ketidaksesuaian bidang yang didapatkan di Universiti dengan diri yang sebenar.merasa rendah diri yang sebenarnya K3 sendiri tidak tahu kenapa perkara itu boleh berlaku? Dengan rasa selamat dan tanpa ragu-ragu klien telah memberikan jawapan secara bebas dan jujur tentang diri mereka. Apabila benda itu datang saya tidak boleh nak pandang bertentang mata dengan orang. klien dengan rasa selesa menceritakan permasalahan mereka. Sekarang ini saya ingin mencubalah.. seperti jawapan yang diberikan oleh klien berikut ini. Klien sangat berminat untuk menjadi seorang guru namun ketika mengikuti ujian saringan untuk mendapatkan tempat.Setakat Ini K5 tahu tak apa yang menyebabkan K5 menjadi tidak berani itu? selama ini apa yang pernah K5 lakukan untuk mengelak daripada perkara tersebut? Dengan penerimaan positif yang ditunjukkan oleh kaunselor..lepas tu datang lagi.

Dalam keadaan malas itu. seperti berikut ini. persatuan apa kira-kira yang menyebabkan PNGK K6 jadi turun? . sehingga tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran sepenuhnya.bila bercampur dengan perasaan malas itu kita tidak boleh nak fikir nak buat benda itu. kadang saya tinggalkan. menurut K2 sesuai tak dengan minat K2 pilihan yang sekarang ini? Soalan kaunselor tersebut telah memberikan keselesaan kepada klien untuk berkongsi perasaan yang bermain di dalam kepala mereka... seperti petikan di bawah ini: Jadi cerita K6 tadi. kita kena tinggalkan. Kadang-kadang saya teruskan. Kadang-kadang saya paksa juga diri saya yntuk buat tapi kadang bila benda tu macam susah nak buat kan. Bila saya teruskan nampak jugalah hasilnya (K4). K6 risaulah kerana PNGK K6 jatuh & tidak sesuai dengan yang K6 inginkan? Di sebalik itu K6 dapat mengenal pasti bahawa ini disebabkan oleh kerana K6 tidak dapat menyeimbangkan antara persatuan yang K6 ikuti dengan penumpuan kepada pelajaran. Jadi maknanya minat K2 untuk jadi Cikgu belum hilanglah? Sekarang K2 ambik bidang ekonomi.. kita banyak berfikir. Sepanjang K6 belajar.kaunselor pelatih cuba mengutarakan soalan untuk mencungkil permasalahan klien berkenaan. seperti petikan di bawah ini. seperti pada petikan berikut ini: . kalau boleh saya nak mengajar subjek ekonomi (K2).. Perkara yang sama juga dilakukan oleh kaunselor pelatih dengan klien K6 yang merasa agak tertekan dengan jatuhnya PNGK keran terlalu sibuk dengan kegiatan persatuan di dalam kampus. selama ini apa yang K4 lakukan untuk mengelakan diri rasa malas itu? Dengan rasa selesa klien telah memberikan respon. Penerokaan kaunselor pelatih menggunakan pendekatan Terapi Realiti mempercepatkan lagi klien untuk dapat celik akal apabila kaunselor pelatih cuba membawa klien fokus dengan tingkahlaku semasa. seperti yang ditunjukan pada petikan jawapan klien di bawah ini: Sesuai juga sebab saya memang suka bidang ekonomi ini tapi saya minat mengajarlah.

lepas itu dah tidak belajar lagi. yang saya perasan lepas habis kelas sahaja saya terus buat kerja persatuan. Lepas tu buatpun hanya sekedar sahaja.. siapkan tutorial. Pendekatan kaunselor pelatih mengajak klien berdepan dengan realiti menjadikan klien lebih dapat menerima diri mereka dan pada masa yang sama mereka berusaha memikirkan jalan keluar daripada permasalahan yang mereka hadapi. Semester ini memang banyak yang kena bentang kat depan. kita marah itu kena fikir dulu sebelum kita cakap... seperti yang dinyatakan klien berikut ini.lepas . Kaunselor pelatih berusaha mengajak klien berhadapan dengan realiti. seperti yang dinyatakan pada petikan klien di bawah ini: Saya nampak hikmahnya lah. Hari berikutnyapun macam itu juga.Gaya penerokaan kaunselor pelatih yang memberikan tumpuan kepada tingkahlaku semasa klien dapat membuka minda klien tentang pengaruh kegiatan persatuan terhadap PNGKnya. Perkara yang sama juga dilakukan oleh kaunselor pelatih kepada klien K7 yang merasa tertekan dan marah dengan sikap ahli kumpulan yang kurang bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan untuk menjayakan sebuah projek kumpulan yang diberikan oleh pensyarah. seperti petikan di bawah ini: Menurut K7 sesuai tak K7 marah dengan kawan-kawan K7? Klien dapat melihat dengan pandangan yang jernih ke dalam dirinya apabila kaunselor dapat mengajak klien berdepan dengan realiti. Satu saya tengok. insya Allah saya akan cubalah dengan sebaik yang mungkin (K5). tengah malam tidak belajar. macam belajar itu amat kurang. Jadi saya rasa memang silaplah (K6). seperti yang ditunjukkan pada petikan kaunseling dibawah ini: Menurut K5 kawan-kawan di dalam kelas itu ada perasaan yang sama tak dengan K5? Pendekatan sedemikian menjadikan klien lebih yakin dengan diri dan tindakan yang akan dilakukan: Saya fikir pasti ada.. siapkan tugasan itu sahaja. macam buat kerjapun sikit-sikit sahaja.

Sebagai ketua saya akan cuba lebih tegas lagi dan menggunakan pendekatan komukasi yang lebih baik. (K6).... Kemudian boleh berkawan dengan siapa sahaja. Bila kawan-kawan tak dapat buat kerja sesuai dengan sepatutnya apa yang telah K7 lakukan untuk memperbaikinya? Dengan rasa penuh percaya diri klien dapat membina tingkahlaku sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.... serta cuba meminta pengalaman kepada orangorang yang lebih senior macamana nak selesaikan permaslahan ini. kita ada kerja lain nak buat kan. Selanjutnya cara kaunselor pelatih menggunakan pendekatan meminta klien membina tingkahlaku sendiri telah dapat memberikan celik akal dan membuka minda klien tersebut untuk memikirkan sendiri apakah yang sepatutnya mereka lakukan untuk tindakan seterusnya dengan berlakunya permasalahan yang dihadapi sekarang ini.itu banyak belajar macamana nak deal dengan orang. bukan sahaja belajar saya juga nak berorganisasi.. seperti petikan proses kaunseling di bawah ini. seperti ditunjukan pada petikan di bawah ini. banyak bendalah yang saya dapatkan (K7). masksudnya kita bioleh buat semualah . . kadang-kadang dia orang selalu mengajak saya untuk buat kerja mereka. cara komunikasi. seperti petikan proses kaunseling di bawah ini: Menurut K6 apa yang boleh K6 buat supaya hal tersebut tidak berlaku lagi? Petikan di bawah ini adalah perkongsian oleh K6 tentang tindakan yang akan dilakukan untuk keluar daripada permasalahan yang sedang dia hadapi: Itulah sekarang nak cari jalan penyelesain yang paling baik macamana cara penyelesaian agar saya boleh buat kedua-duanya sekali.. Kita dah buat pembahagian tugas sesuai dengan job masing-masing tapi tidak berjalan. dalam masa yang sama pelajaran tidak ditinggalkan... Pendekatan yang sama juga digunakan oleh kaunselor pelatih kepada klien K6 supaya dapat memikirkan dan membina tingkahlaku sendiri untuk mencari jalan penyelesain permasalahan mereka. Bial time ibadat kita boleh juga.(K7)..

lepas itu buat kerjalah jangan bertangguh-tangguh kemudian di samping itu usaha disertai dengan tawakal. .. Paling tidak sepanjang proses kaunseling berjalan kaunselor dapat memerhatikan kedaan klien dengan proses kaunseing yang sedang dijalankan. selepas ini saya akan cuba buatlah.. apa kira-kira jalan penyelesaian yang akan K6 lakukan sekarang? Dengan rasa yakin klien menyatakan beberapa tindakan yang akan dilakukannya. (ii) Perkembangan Klien Semasa Sesi Kaunseling Dijalankan Setiap proses kaunseling adalah mengharapkan hasil yang positif dan dapat memberikan perkembangan yang baik kepada klien. di mana silapnya ini..(K6). Petikan-petikan di atas menggambarkan cara penerokaan yang dilakukan oleh kaunselor pelatih dan keselesaan klien untuk meluahkan permasalahan mereka. nak cubalah insya Allah tapi kadang-kadang sifat yang bertangguh-tangguh ini yang menyebabkan jadi seperti ini..Kaunselor pelatih cuba mengukuhkan lagi tentang tindakan yang akan diambil oleh klien K6 tersebut. seperti petikan di bawah ini: Satu yang nampak adalah kena buang perasaan malas.. Dapatan di atas juga meaparkan telah memaparkan beberapa teknik yang dilakukan oleh kaunselor pelatih supaya klien dapat berdepan dengan realiti dan tindakan yang sepatutnya mereka lakukan agar dapat keluar daripada permasalahan yang menghimpit dirinya.. Pengkaji mendapati dengan teknik-teknik dan pendekatan yang dicadangkan oleh Rogers dan Terapi Realiti telah memberikan kesan yang positif kepada klien untuk dapat lebih cepat celik akal dalam mencari jalan keluar permsalahan yang sedang mereka hadapi. sama ada membawa kebaikan kepada klien ataupun sebaliknya menjadikan klien bertambah keliru ataupun bertambah panik dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi. Bila muncul masalah saya cuba juga melawan.. seperti petikan di bawah ini: Jadi maknanya K6 sekarang ini merasa bersalahlah ..... kenapa saya jadi macam ini. tapi K6 ingin kalau boleh ikutlah dalam persatuan tersebut sebab banyak juga pengalaman yang boleh K6 dapatkan melalui perstauan? Sekarang K6 dah nampak permasalahanya....

sebab kaunselor memberikan tumpuan sepenuhnya kepada saya. saya merasakan sangat bagus untuk menaikan semangat kita balik dalam nak meneruskan kehidupan keseharian. Klien juga menyatakan bahawa proses kaunseling yang dijalankan telah dapat merobah tanggapan dirinya terhadap proses kaunseling yang sebenar. Tidak adalah rasa tak nak buat (K7). untuk motivation dan keyakinan diri (K7). Klien K7 juga menceritakan pengalaman mereka bahawa sebenarnya dirinya tidak pernah menceritakan masalahnya kepada orang lain. sebenarnya saya tidak pernah berceritapun masalah ini dengan sesiapa kan.. kalau lepas ini pensyarah suruh buat bisnis lagi rasanya semangatlah nak buat..Sepanjang proses kaunseling dilakukan selama 14 minggu pratikum berjalan. saya dapat melihat bahawa kaunseling bukan hanya untuk orang-orang yeng bemasalah.. dapatan kajian menunjukkan secara umumnya klien didapati menunjukkan perkembangan yang positif dari sesi-sesi kaunseling yang dijalankan. adalah rasa semangatlah... malah perkongsianyang dilakukan telah memberikan semangat baru kepada dirinya untuk meneruskan kehidupanya sebagai seorang pelajar di Universiti. seperti petikan di bawah ini. Saya nampak sesi ini berjalan dengan oklah (K4).. klien menyatakan bahawa dirinya bukan hanya sekedar mendapat tempat untuk meluahkan perasaan dengan selamat dan selesa. seperti petikan berikut ini: Tanggapan saya berobahlah tentang kaunseling. Selepas sesi kaunseling dijalankan secara umumnya klien dapat melihat dirinya secara . lebih banyak simpan sahaja. kalau kaunselor tidak berikan tumpuan tentunya saya malas nak bercakap dengan Puan kan. Saya nampak ok. Perkara ini dapat dilihat daripada perkongsian klien semasa perjalanan sesi dengan mereka. selama ini klien beranggapan bahawa kaunseling adalah untuk orang-orang yang bermasalah. namun selepas sesi kaunseling dilakukan klien menyatakan bahawa kaunseling sebenarnya merupakan wadah yang selesa kepada individu untuk berkongsi. Contohnya macam hari ini kan. Macam saya cerita dengan Puan tadi . Seperti yang dikongsikan oleh klien K4 yang menyatakan bahawa dia merasa nyaman menceritakan permasalahanya dengan kaunselor kerana kaunselor memberikan tumpuan yang penuh kepada permasalahan yang sedang dia kongsikan.

saya rasa macam senang. keinginan untuk dihargai. menurut beliau sememangnya masa lampau mempengaruhi cara individu melihat masa sekarangnya. . maca selesalah.may be saya tidak perlu bersembang benda-benda yang merepek-repek kan. Untuk keyakinan diri bercakap dengan orang saya kena lebih banyak bercakaplah. kita tidak boleh ikut dengan apa yang orang lakukan. Selanjutnya Rogers lebih melihat kepada masa sekarang. saya tidak ada malu. namun secara umumnya individu lebih fokus kepada masa sekarang bukanya masa lampau. Zuria & Salleh (2006) menyatakan bahawa sesebuah sesi kaunseling dan terapi dianggap berjaya apabia seorang kaunselor dapat mewujudkan hubungan yang teraputik dan klien menunjukkan rasa tanggungjawab dan celik akal untuk dapat keluar daripada permasalahan sendiri. Kajian Patricia (tanpa tahun) yang bertajuk Walk And Talk: An Intervention For Behaviorally Challenged Youths . Bagi beliau apabila seorang kaunselor dapat mewujudkan need for positive regard dengan klien dan mampu membuka minda klien untuk dapat berdepan dengan masa sekarang maka akan membuahkan hasil yang positif kepada klien tersebut (Schultz. . Duane 1991). diterima dan rasa cinta daripada orang lain. Rogers dalam Amla. Nampaknya semua bergantung pada diri sendiri sama ada kita nak ubah diri atau tidak. Macam keyakinan diri tadi.. kita lebih kenal dengan diri kita. K4 menyatakan bahawa dirinya merasa senang dan selesa selapas dapat berkongsi dengan kaunselor. E.. Pengurusan masa bergantung pada saya juga kan. Saya nampaklah jalan penyelesainya...lebih terbuka dan memberikan tumpuan kepada tindakan-tindakan yang sepatunya diambil untuk menyelesaikan masalahnya sendiri: Maknanya saya kena berikan tumpuan kepada mana-mana tugasan yang perlu diselesaikan dulu. iaitu keperluan asas untuk ingin rapat dengan orang lain. selesa saya dapat bercakap dengan kaunselor.. Perbincangan Dan Kesimpulan Rogers berpandangan bahawa setiap individu perlu kepada need for positive regard.. Klien K4 juga menyatakan bahawa dirinya merasa senang dan tidak takut lagi berhadapan dengan permasalahan yang dihadapi. seperti perkongsian di bawah ini: Saya rasa dah tidak takut. sama ada saya nak buat benda yang berfaedah tau benda yang tidak berfaedah itu terpulang pada diri sendiri (K4). saya boleh bercakap saya boleh luahkan apa saya rasa.

yang dilakukan kepada lapan orang pelajar di Canada mendapati bahawa intervensi yang teraputik menggunakan teknik Rogerian telah menunjukkan manfaat yang positif kepada pelajar di Canada. Rujukan . counseling interventions school counselors use in counseling students for a variety of problems. Hasil kajian juga menunjukkan pendekatan tersebut telah dapat memberikan celik akal kepada klien untuk dapat berdepan dengan realiti diri sendiri dan boleh merancang tingkahlaku baru agar mereka tidak terlalu hanyut dengan permasalahan yang dihadapi. Kemahiran kaunselor sedemikian akan meberikan keyakinan kepada klien untuk berkongsi pelbagai permasahan yang mungkin mereka hadapi. Dapatan kajian ini telah menunjukkan penggunaan pendekatan Rogerian dan Terapi Realiti telah memberikan kesan yang positif dalam membantu klien. Dapatan ini selari dengan pandangan Palmatier (1998) yang menyatakan bahawa pendekatan Terapi Realiti sememangnya efektif bagi kaunselor untuk mengajak klien berdepan reality kehidupan mereka. kerana dirinya merasa yakin akan mendapat perkhidmatan yang berkesan daripada kaunselor yang membantu dirinya. serta mereka perlu meluangkan masa untuk sentiasa dapat praktis menggunakan pelbagai pendekatan di dalam sesi (Zuria 2005). Rumusan Kematangan dan kemahiran kaunselor dalam sesebuah pendekatan kaunseling sememangnya dapat membantu klien dengan berkesan. Zuria & Noriah (2008) juga mendapati bahawa kaunselor-kaunselor di Malaysia mengakui kesesuaian pendekatan tersebut dalam membantu klien. namun terdapat kekangan bagi mereka untuk menggunakan pendekatan berkenaan kerana kurang mempunyai kemahiran dalam menggunakan pendekatan tersebut. Ahmad Jazimin. Ini selari dengan pandangan Zakaria (2007) yang menyatakan bahawa kaunselor di Malaysia sememangnya perlu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka. Akan menjadi lebih baik lagi apabila kaunselor dapat meramu dan menggabungkan kepelbagaian pendekatan yang mereka fahami itu dalam satu masa sesi kaunseling secara bersamaan. short-term. Menurut mereka sememangnya diperlukan latihan khusus kepada kaunselor untuk dapat mahir dengan pendekatan ini. Pandangan tersebut dikukuhkan lagi oleh Yarbrough & Thompson (2002) yang menyatakan Reality therapy are popular. F.

Dlm. J. vol. Muhd. 2008. Ed. Itasca: III: F. 2005. Noriah Mohd Ishak. Myrick. R. Glasser. Teori dan amalan psikoterapi. M. Mansur. Ed. International Journal of Reality Therapy. Ahmad Jazimin Jusoh.Ahmad Jazimin Jusoh. Anjuran USIM. Zuraidah Abd. Selangor: Fajar bakti Sdn. Current Psychotherapies. Corsini & D. Terj.28.2. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. E Peacock. Fifth Edition. J. McLeod. Reality therapy. A. 1997. Kaunseling teori. 2005. Kaedah penyelidikan pendidikan. hlm. Pengatar konseling teori dan studi kasus. . Thousand Oaks California: SAGE Publications. Theory and practice of counseling & Psychotherapy. sunt. Aplikasi terapi realiti dalam sesi kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wubbolding. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Terj. The patterns of reality therapy usage among malaysian counsellors. UKM. Research design: qualitative & quantitative approaches. W. Majid Konting. Zuria Mahmud & Salleh Amat. Zuria Mahmud. J. 2006. Australia: Thomson Brooks/Cole. Amir Awang. Corey. Ke-1. Rahman. 2006. G. 2007. Creswell. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. 293-321. Kementerian Pelajaran Malaysia dan PERKAMA. D. Kuala umpur. 1987. Kertas kerja yang dibentangkan pada bengkel kaunseling sekolah kebangsaan pada Oktober 2007. Wedding. W.K. 1-12. Anwar. Bimbingan dan kaunseling sekolah. 2001. hlm. 1995. R. A. 2007. Amla Salleh. Jakarta: Kencana Prenada Media Group. 7th. R. proses dan kaedah.E. Bimbingan dan kaunseling perkembangan: Pendekatan yang praktis.

D. Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Jamie L. Teori kaunseling dan psikoterapi. Kuala Lumpur: Persatuan Kaunseling Malaysia. Rohany Nasir. Psikologi pertumbuhan: model-model keperibadian sehat. B. vol.14. vol. Noriah Mohd Ishak & Salleh Amat. Selangor: Universiti Putera Malaysia. 2002. Serdang: Univirsiti Putera Malaysia. 1991. 2005. Hubungan dual di kalangan kaunselor: satu kajian kes. Paw Eng See. 1107-1111. Lukisan sebagai proses diagnosis dan intervensi rawatan dalam sesi kaunseling. W. Pendekatan dan peranan kaunselor dalam intervensi krisis. hlm. vol. 2008. Jogjakarta: Kanisius. Yarbrough. 2006. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuria Mahmud & Salleh Amat. 37-60. 12.L. 1998. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd. Art based therapy in the treatment of eating disorder. Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. hlm. Hlm. Sidek Mohd. 1-22. Noah. 2008. Charles L. Ishak. (pnyt. Jurnal PERKAMA. Kuala Lumpur: Persatuan Kaunseling Malaysia. Otman Mohamed. 1996. Pafilo. Schultz.Noriah Mohd. Bimbingan dan kaunseling. hlm. Thompson.. 11. 2002. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.).2. Dlm Rohany Nasir & Fatimah Omar. teori dan praktis. Using Single-Participant Research To . Palmatier. Eating disorder. 2005. L. Ed. Suradi Salim. Ke. 2005. Reka bentuk penyelidikan faslafah. United States of America: Taylor and Francis. Kesejahteraan manusia perspektif psikologi. Jurnal PERKAMA. 195-206. Crisis counseling for a quality school community:Applying William Glasser's choice theory.

Keperluan kaunselor sekolah menjalankan sesi kaunseling. Universiti Malaya. Fakuiti Pendidikan. Anjuran Jabatan Pendidikan dan Kaunseling dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita. Vol. Tesis Dr. Professional School Counseling. Zakaria Mohamad. 2005. . Pola pengetahuan. Fakuiti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. kefahaman dan penggunaan teori di kalangan kaunselor di Malaysia. 2007. Zuria Mahmud. 28-29 November. Keluarga dan Masyarakat. Kertas kerja Persidangan Kaunseling Universiti Malaya.Assess Counseling Approaches on Children's Off-Task Behavior. 5. Falsafah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful