You are on page 1of 16

HUBUNGKAIT JKK DAN AKKP 1994

Keperluan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di Permis Kencana HL


Sdn Bhd dalam Skop Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996

Oleh
Mohd Zubairy Shamsudin
mohdzubairy@unisel.edu.my
Penyelidik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

ABSTRAK

Keperluan membentuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan syarikat adalah satu


kehendak undang-undang yang harus dipatuhi. Terdapat dua (2) jenis organisasi
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di permis Kencana HL Sdn Bhd iaitu
jawatankuasa pusat dan projek. Setiap ahli dilantik mengikut perkiraan lantikan calon
dari wakil pekerja dan pengurusan. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan Kencana
HL Sdn Bhd berfungsi sebagai organisasi yang mendukung visi dan misi syarikat yang
ditunjangi oleh Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang mengandungi
sembilan (9) element. Isu keselamatan dan kesihatan akan dibawa ke dalam persidangan
mesyuarat akan dibincang dan diputuskan secara muktamad oleh majlis. Kertas ini juga
menghuraikan tentang peranan promosi dan komunikasi untuk memastikan aspek
keselamatan dan kesihatan dapat disampaikan secara berkesan. Terdapat tiga (3) kaedah
asas iaitu komunikasi verbal, non-verbal dan contoh tingkah laku. Seterusnya bagi
memastikan setiap ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan berkemahiran dan
berpengetahuan, latihan yang spesifik harus dirancang.
PENGENALAN

Kencana HL Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1982 sebagai kontraktor tempatan yang
terlibat dalam lapangan kejuruteraan berat fabrikasi minyak dan gas di Malaysia. Sejak
awal penubuhannya lagi, Kencana HL Sdn Bhd telah dikenali sebagai sumber utama
tenaga mahir dalam melahirkan pengimpal, ‘riggers’, dan ‘fitters’ yang terlatih bagi
industri kejuruteraan berat di daratan mahupun laut lepas. Disamping itu Kencana HL
Sdn Bhd juga terlibat dengan kejuruteraan pemprosesan paip gas, pepasangan elekrikal
dan pembangunan saluran paip bawah dan atas tanah.

Kencana HL Sdn Bhd beroperasi di tapak perindustrian di Lumut, Perak yang mana
dilengkapi dengan peralatan moden termasuk kren berat jenis merangkak (crawler),
bergerak (mobile) dan ‘overhead’, mesin janakuasa dan alatan fabrikasi. Perkarangan
limbungan Kencana HL Sdn Bhd juga dilengkapi dengan jetti untuk proses pemindahan
struktur atau dikenali sebagai pelantar laut lepas industri minyak dan gas. Kencana HL
Sdn Bhd telah membesarkan lagi skop industrinya dengan menceburi bidang pembaikan
dan pembuatan kapal.

Sejajar dengan perkembangan pesat industri kejuruteraan berat yang berorientasikan


minyak dan gas, Kencana HL Sdn Bhd telah meletakkan aspek Kesihatan, Keselamatan
dan Persekitaran (HSE) sebagai misi utama dalam menerajui perjalanan perniagaannya.
Visi dan Misi Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran terpahat di dalam Dasar
Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE Policy) yang telah menyenaraikan
elemen-elemen penting yang harus dicapai. Setiap elemen ini dirangka sebaik mungkin
supaya ianya sesuai, relevan dan dapat memacu misi syarikat berkembang seiring dengan
keperluan keselamatan dan kesihatan. Bagi menjadikan Kecana HL Sdn Bhd sebagai
sebuah syarikat yang bertaraf dunia, elemen pengurusan keselamatan dan kesihatan
diintegrasi bersama lain-lain element pengurusan. Dengan ini sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan dapat bergerak seiring dengan sistem pengurusan yang lain.
Elemen Penting Penyataan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Syarikat

1. Mematuhi sepenuhnya kehendak undang-undang kerajaan Malaysia.


2. Mengadakan persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat untuk kakitangan,
pelanggan, kontraktor dan orang awam.
3. Mempromosikan kesejahteraan kesihatan dan mengelakkan penyakit pekerjaan di
tempat kerja.
4. Mengenalpasti risiko bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko kemalangan ke
tahap minimum.
5. Mengelakkan kerosakkan terhadap harta benda.
6. Melindungi dan memelihara alam sekitar.
7. Mengamalkan dan memastikan peraturan kerja yang selamat di tempat kerja.
8. Memastikan sub-kontraktor mematuhi piawaian Keselamatan, Kesihatan dan
Persekitaran di dalam syarikat dan industri.
9. Mencapai sasaran Kehilangan Masa Kerja Sifar (Zero LTI) untuk setiap projek
yang dilaksanakan.

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Bagi memastikan sistem keselamatan dan kesihatan terlaksana dengan efektif dan efisien,
Kencana HL Sdn Bhd telah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di
peringkat syarikat dan projek. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
adalah satu tuntutan undang-undang keselamatan pekerjaan iaitu Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Peraturan ini
mengandungi enam (6) bahagian yang menghuraikan kehendak undang-undang yang
bersifat pengaturan kendiri yang memerlukan pihak majikan melaksanakan setakat yang
pratik keperluan keselamatan yang baik.
Komposisi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian II, Peraturan 5 (1),
Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah terdiri daripada:

a) seorang pengerusi
b) seorang setiausaha
c) wakil-wakil majikan dan
d) wakil-wakil pekerja.

Kencana HL Sdn Bhd mempunyai dua (2) struktur jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan yang mana dibahagikan kepada keperluan syarikat secara umum dan keperluan
projek.

Keperluan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Pusat

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Pusat diketuai oleh Pengarah Urusan
syarikat sebagai pengerusi dan Pengurus Keselamatan dan Kesihatan sebagai setiausaha
organisasi. Wakil-wakil pekerja dipilih secara sistematik dari projek-projek yang
dijalankan di permis Kencana HL Sdn Bhd contohnya Projek Petronas Carigali Sdn Bhd,
Shell Sarawak Berhad, Murphy Oil Sarawak dan lain-lain lagi. Bagi wakil-wakil majikan
pula, ahli dipilih dari pengurus-pengurus jabatan yang ada di permis Kencana HL Sdn
Bhd seperti Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kawalan Kualiti dan sebagainya. Organisasi
ini akan bersidang mesyuarat dan memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga (3)
bulan sekali. Pemeriksaan tempat kerja dikenali sebagai ‘Walkabout’ yang akan
dimudahcarakan oleh Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Kencana HL Sdn Bhd. Setiap
ahli jawatankuasa akan diberi sekeping kertas untuk mengisi penemuan-penemuan yang
signifikan dengan keselamatan dan kesihatan. Penemuan-penemuan ini akan dibawa ke
sidang mesyuarat dan dibincangkan secara terperinci. Langkah-langkah kawalan yang
efektif dan efesien akan disenaraipendekkan.
Rangkaan Dasar dan Penyemakan.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Pusat juga berfungsi untuk


merangka dasar keselamatan dan kesihatan (jika belum ada) dan mengkaji semula dasar
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Sebarang cadangan dan pindaan bagi tujuan
penyemakan akan dikemukakan kepada majikan untuk disahkan. Merangka dan
menyemak semula dasar keselamatan dan kesihatan tertakluk di bawah Peraturan-
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 11 (d).

Mengkaji trend kemalangan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Pusat akan mengkaji trend


kemalangan yang begitu signifikan yang boleh memberi kesan kepada syarikat. Biasanya
kemalangan-kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kematian akan dibincang
secara serius di peringkat ini. Selain itu kemalangan yang melibatkan kemusnahan harga
dan aset syarikat yang melebih RM 1 juta juga akan diperbincangkan. Semua ini tertakluk
di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 11 (c).

Membincang hal ehwal kebajikan pekerja

Selain itu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan peringkat pusat juga


membincangkan berkenaan hal-ehwal keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja
secara amnya. Wakil pekerja bebas untuk menyuarakan ketidakpuasan hati yang
berkaitan dengan kebajikan mereka. Pihak majikan akan mendengar isu-isu yang
dibangkit serta membincangkan sesama ahli jawatankuasa langkah-langkah kawalan yang
berkesan.
Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Kencana HL Sdn Bhd
Peringkat Pusat

CHAIRMAN
MANAGING DIRECTOR

SECRETARY
HSE MANAGER

MANAGEMENT REP. WORKERS REP.

ENGINEERING DEPT WELDING SECT.

QC DEPT RIGGING SECT.

T&C DEPT FITTING SECT.

PRODUCTION DEPT SCAFFOLDING SECT.

PROCUREMENT DEPT B/PAINTING SECT.

RIGGING DEPT NDT SECT.

HOOK UP DEPT GENERAL WORKERS

Sumber: Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Kencana HL Sdn Bhd
Keperluan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Projek

Setiap projek yang dijalankan di permis Kencana HL Sdn Bhd mempunyai jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan yang tersendiri. Organisasi akan diketuai oleh Pengurus
Projek, manakala setiausahanya akan diketuai oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
yang dipertanggungjawabkan bagi sesuatu projek. Wakil-wakil majikan dan pekerja akan
dilantik dari kalangan staff dan pekerja projek berkenaan seperti Jurutera Projek,
Perancang Projek dan Jurutera Kualiti bagi wakil majikan. Manakala wakil pekerja akan
diwakili oleh pekerja yang dilantik seperti Penyelia, Pengimpal,Pemandu Kren dan
sebagainya. Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan peringkat projek boleh
dirujuk pada mukasurat sebelah.

Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Projek

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat projek berfungsi sebagai satu (1)
organisasi yang mengurus, merancang dan melaksana program keselamatan dan
kesihatan khusus kepada projek yang terlibat.

Setiap projek yang dijalankan di permis Kencana HL Sdn Bhd mempunyai jangkamasa
yang tertentu (Project Period). Sepanjang masa ini, pelbagai program keselamatan dan
kesihatan dirancang dan dilaksana bagi memenuhi tuntutan dan objektif keselamatan dan
kesihatan tercapai. Misalnya setiap projek mempunyai misi tiada kemalangan Kecederaan
Masa Hilang (LTI) dan Pembudayaan Kerja Selamat di kalangan pekerja.

Perancangan Program Keselamatan dan Kesihatan

Bagi memenuhi misi dan objektif keselamatan dan kesihatan tercapai, jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan akan merancang sebaik mungkin agar program yang
dirancang terlaksana secara efektif dan efisien. Perancangan program ini dipanggil
‘Project HSE Plan’ ataupun Perancangan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran
Projek.
Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Kencana HL
Sdn Bhd Peringkat Projek

CHAIRMAN
OBSERVER
WAN MOHD ALIMAN
SECRETARY
ASHOKHAN KANNEN
VELAYUTHAN
KINABALU (TBA)

MANAGEMENT REP. WORKERS REP.

ABDUL RAHMAN JEMAT ANAI

WAN ABDUL HALIM KASIM SHARIFUDIN

HARUDDIN HUSIN DANIEL BELIANG

DANNY WONG MD SHAH ROSAIMI

ONG HWEE KAI MD KASSIM ISMAIL

RAJA SOLLAHUDDIN FAZLI ABD THALIB

ANTHONY GUTAK MD NAFIZ MAHMUD

KASSIM HASSAN ZULKIFLI ALHASANI

WAN MOHD SAIDIN ISA OMAR

MICHAEL C.K AMIR HASSAN

Sumber: Prosedur Perancangan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran, KHL


PROMOSI DAN KOMUNIKASI PROGRAM

Mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 18 (1),
Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah membantu majikan dalam apa-apa
pertandingan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Ceramah keselamatan dan
kesihatan dan apa-apa kegiatan lain yang diadakan untuk menggalakkan perjalanan kerja
yang selamat di tempat kerja. Menggalakkan pembudayaan kerja yang selamat
memerlukan kaedah promosi dan komunikasi yang berkesan. Jadi program-program yang
komprehensif perlu dirangka.

Program-program keselamatan dan kesihatan yang dirancang perlu dipromosi dan


dikomunikasi kepada pekerja. Terdapat tiga (3) methodologi asas komunikasi iaitu:

1. Komunikasi Verbal
2. Komunikasi Non-Verbal
3. Contoh Tingkahlaku

Komunikasi Verbal

Komunikasi Verbal adalah komunikasi yang melibatkan penyampaian maklumat secara


lisan sama ada dua (2) hala mahupun sehala. Kaedah ini boleh diaplikasikan semasa sesi
perhimpunan mingguan dan harian seperti mesyuarat ’Toolbox’. Kaedah ini ternyata
berkesan kerana penyampaian maklumat boleh disampaikan secara terus kepada pekerja
dari pelbagai lapisan. Ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan boleh mengambil
peluang ini untuk menyampai dan mempromosikan program-program keselamatan yang
telah dirancang. Di Kencana HL Sdn Bhd, mesyuarat ’Toolbox’ boleh diklasifikasikan
kepada dua (2) jenis iaitu:

1. Mesyuarat ’Toolbox’secara pusat


2. Mesyuarat ’Toolbox’ secara seksyen
Mesyuarat ’Toolbox’ secara pusat dibuat dua (2) kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan
Jumaat. Sesi ini akan menampilkan personal penting syarikat seperti Pengarah Urusan
untuk turun padang berkongsi maklumat sesama pekerja mengenai hal ehwal keselamatan
dan kesihatan. Ini secara tidak langsung menunjukkan kepada pekerja komitmen majikan
terhadap keselamatan dan kesihatan. Ia juga serampang dua (2) mata kaedah komunikasi
’Contoh Tingkahlaku’ dari majikan.

Mesyuarat ’Toolbox’ secara seksyen pula diklasifikasikan sebagai pertemuan dikalangan


penyelia dan pekerja bawahannya. Mesyuarat ini lebih kecil dan spesifik kepada tugasan
dan aktiviti contohnya kumpulan mesyuarat seksyen pengimpal. Kumpulan mesyuarat ini
akan berbincang secara spesifik mengenai aktiviti kimpalan.

Ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan boleh mengambil peluang ini untuk
mempromosi dan menyampaikan isu-isu yang berkaitan keselamatan dan kesihatan
dengan lebih rapat lagi kepada lapisan pekerja bawahan. Secara saikologinya,
penyampaian maklumat lebih efektif dikalangan kumpulan kecil.

Komunikasi Non-Verbal

Komunikasi Non-Verbal adalah komunikasi yang tidak melibatkan penyampaian


maklumat secara lisan. Ia lebih menjurus kepada penyampaian maklumat secara media
massa. Kaedah ini boleh disampaikan dengan menggunakan medium seperti Buletin
Keselamatan, Tontonan Video Keselamatan, Kuiz Berbentuk Tulisan dan pelbagai lagi.
Namun begitu kaedah ini kurang berkesan kepada pekerja kerana secara umumnya
pekerja tidak berminat untuk membaca dan menulis ataupun tiada upaya untuk membaca
dan menulis (Buta Huruf). Kaedah ini hanya sesuai kepada golongan pekerja dari
peringkat penyelia dan ke atas yang mempunyai latar belakang akedamik yang paling
tidak boleh membaca dan menulis.
Contoh Tingkahlaku

Kepimpinan melalui tauladan adalah frasa kata yang sesuai dengan kaedah promosi dan
komunikasi ini. Pihak pengurusan yang diketuai oleh Pengarah Urusan mestilah
menunjukkan contoh yang terbaik dari segi keselamatan dan kesihatan kepada pekerja.
Kaedah ini lebih merupakan kaedah saikologi yang mempengaruhi attitud pekerja.
Pekerja akan mudah mengubah attitud dari tanggapan negatif terhadap keselamatan dan
kesihatan kepada tanggapan positif dengan melihat kelakuan pemimpin mereka. Oleh itu,
adalah amat penting bagi setiap ahli dalam jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
peringkat pusat mahupun projek mempunyai nilai-nilai murni keselamatan dan kesihatan.

Ketiga-tiga kaedah komunikasi di atas merupakan asas penting dalam mempromosikan


elemen keselamatan dan kesihatan. Kaedah ini boleh diintegrasikan atau dikhususkan
secara sistematik bagi tujuan penyampaian maklumat keselamatan dan kesihatan.
Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan harus pandai memilih kaedah yang sesuai
dengan kelompok sasaran yang sesuai agar sesi penyampaian maklumat dan promosi
dapat dijalankan secara efektif dan efisien.

Melalui kaedah komunikasi yang berkesan juga, pihak pekerja boleh melapor dan
membuat aduan mengenai ketidakpuasan hati terhadap keadaan keselamatan dan
kesihatan atau apa-apa yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang
tempat bekerja. Oleh itu majikan hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu
sistem komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan,
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 16 (1).
LATIHAN DAN MAKLUMAT

Mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian V, Peraturan 28,
Seseorang majikan tempat kerja hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
memastikan bahawa anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mempunyai
kefahaman dan pengetahuan asas tentang fungsi jawatankuasa di bawah Akta.

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang mantap bergantung kepada ahli-ahlinya


berpengetahuan dan berkemahiran. Jesteru itu, pihak pengurusan perlu memperkukuhkan
program dan aktiviti melalui jawatankuasan keselamatan dan kesihatan agar mampu
memberi kesedaran yang lebih tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Antara latihan-latihan yang perlu dirancang dan dilaksana adalah:

1. Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


2. Kursus Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan serta Organisasi
3. Kursus Pengenalpastian dan Penaksiran Hazad dan Risiko
4. Kursus Siasatan Kemalangan dan Laporan
5. Kursus Penyeliaan Tempat Kerja
6. Kursus Psikologi Industri

Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus ini merupakan tunjang kepada sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
secara menyeluruh. Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan boleh dibahagikan
kepada beberapa elemen iaitu Dasar (Policy), Organisasi (Organization), Perancangan
dan Pelaksanaan (Planning and Action), Penaksiran (Evaluation) dan Tindakan
Pembaikan Berterusan (Action for Continual Improvement).

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan harus memahami sistem ini sepenuhnya agar
segala perancangan dan perlaksanaan dapat bergerak secara sistematik dan bersistem.
Kencana HL Sdn Bhd mempunyai inspirasi besar untuk mencapai tahap syarikat yang
berkarateristikkan Pro-aktif. Terdapat empat (4) karakteristik syarikat dalam menangani
isu-isu keselamatan dan kesihatan:

1. Ad hoc
2. Sistematik
3. Sistem
4. Pro-aktif

Ad hoc

Ad hoc merupakan tahap di mana syarikat tiada langsung sistem pengurusan keselamatan
dan kesihatan yang spesifik. Syarikat cuma bertindak atas masalah keselamatan dan
kesihatan yang timbul.

Sistematik

Sistematik merupakan tahap di mana syarikat masih dalam membangunkan sistem


pengurusan keselamatan dan kesihatan. Namun begitu ianya masih belum bertapak kukuh
dan mempunyai sedikit personal yang mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan
dan kesihatan pekerjaan. Syarikat mengendalikan isu-isu keselamatan secara sistematik
dan teratur tapi masih memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak pakar contohnya
konsultan bertauliah.

Sistem

Pada tahap ini syarikat telah mempunyai satu sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan yang kukuh dan beroperasi dengan sistematik. Syarikat juga mempunyai
kepakaran yang boleh membangun dan mengendalikan sistem ini dengan efektif dan
efisien.
Pro-aktif

Sistem pengurusan dan keselamatan yang mantap perlu ditunjangi dengan pembudayaan
kerja yang selamat. Pada tahap ini, setiap personal di dalam syarikat mengetahui
tanggungjawab masing-masing terhadap keselamatan dan kesihatan. Sistem kerja yang
sistematik dan mengikut prosedur melicinkan pergerakan organisasi syarikat. Selain itu
syarikat yang bersifat Pro-aktif juga mempunyai kepakaran dalam keselamatan dan
kesihatan malah setiap personal di dalam syarikat mahir dalam hal ehwal keselamatan
dan kesihatan. Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan berintegrasi dengan sistem
pengurusan lain menjadikan elemen keselamatan dan kesihatan sebagai dari salah satu
sistem pengurusan yang memacu perkembangan perniagaan syarikat.

Kursus Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan Organisasi

Setiap ahli yang dilantik harus faham tanggungjawab dan fungsi mereka sebagai ahli
jawatankuasa di dalam organisasi. Kursus jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan
organisasi merupakan kursus yang mempunyai modul pembelajaran berkenaan fungsi
jawatankuasa, kehendak undang-undang, tanggungjawab, sistem pengurusan organisasi,
mesyuarat, perancangan dan pelaksanaan.

Kursus Pengenalpastian dan Penaksiran Hazad dan Risiko

Kursus ini merangkumi aspek pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan kawalan
risiko. Kemahiran dalam mengenalpasti hazad dan risiko menjadi keperluan asas kepada
setiap ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Pengenalpastia dan penaksiran hazad
dan risiko merupakan kaedah saintifik yang memerlukan analisis yang sensitif dan
cermat.
Kursus Siasatan Kemalangan dan Laporan

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan berfungsi sebagai badan siasatan yang mengkaji
trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian merbahaya, keracunan pekerjaan atau
penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerjs bersama-sama dengan cadangan untuk
tindakan pemulihan. Kemahiran penyiasatan dan laporan kemalangan penting kepada
setiap individu di dalam sesebuah jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Antara
kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan siasatan kamalangan adalah:

1. Memahami konsep siasatan dan dasar siasatan kemalangan.


2. Memahami prosedur dan kaedah siasatan dan laporan kemalangan mengikut
kehendak undang-undang dan standard syarikat.
3. Kemahiran menggunakan peralatan bagi tujuan pencarian bukti.
4. Kemahiran menemubual saksi dan mangsa.
5. Kemahiran menganalisis bukti dan menghubungkait bukti-bukti.
6. Kemahiran saikologi.
7. Keperluan berhubung dengan agensi luar dan pihak yang berkaitan.

Kursus Penyeliaan Tempat Kerja

Penyelia merupakan golongan yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka
adalah penggerak utama perancangan dan jentera operasi organisasi dan mereka juga
adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihak pengurusan. Kegagalan para
penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka yang sebenar boleh
mengakibatkan kegagalan kepada organisasi secara keseluruhan.
Kursus Psikologi Industri

Kursus ini merupakan kursus yang menjurus kepada kemahiran pengurusan keselamatan
dan kesihatan secara pendekatan psikologi yang menghuraikan kaedah, prinsip, dan
pengetahuan untuk meningkatkan keberkesanan pekerja dalam industri. Pekerja yang
berkesan ada hubungannya dengan peningkatan prestasi industri. Terdapat beberapa
aspek dalam organisasi yang boleh diguna untuk meningkatkan keberkesanan pekerja
dibincangkan dalam kursus ini seperti motivasi, kepimpinan, kelompok dan pengurusan
konflik, pengurusan tekanan, persekitaran kerja dan sebagainya.

KESIMPULAN

Keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-Peraturan


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996
yang mengkehendaki syarikat membentuk jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
setakat yang praktik telah memacu Kencana HL Sdn Bhd membentuk struktur
jawatankuasa yang konstruktif dan sistematik. Fungsi jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan memenuhi kehendak dasar dan melaksana program bagi mencapai misi dan
objektif dasar. Bagi memastikan krebiliti jawatankuasa keselamatan dan kesihatan terus
kukuh, aspek latihan perlu dititikberatkan agar setiap ahli jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan dapat mempertajamkan kemahiran dan attitud mereka.

RUJUKAN:

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994


2. Health, Safety and Environment Plan. Kencana HL Sdn Bhd
3. Health, Safety and Environment Manual. Kencana HL Sdn Bhd
4. Health, Safety and Environment Management System. Kencana HL Sdn Bhd
5. Health, Safety and Environment Policy. Kencana HL Sdn Bhd
6. Ismail Bahari. Pengaturan Kendiri