You are on page 1of 20

II

,;;

:;

Pentaksiran Pendidikan: Di antara Mitos dan Realiti


~
Othman bin Lebar, (Phd.)
Universiti Pendidikan Sultan ldris

Abstrak

Kertas ini merupakan perbincangan tentang isu-isu berkaitan dengan pentaksiran


pembelajaran. Tumpuan akan diberi kepada membincangkan tentang kelebihan dan
kelemahan pentaksiran piawai serta kesannya ke atas kurikulum, pengajaran,
pembelajaran dan pelajar. Persoalan-persoalan yang akan dibincangkan antaranya
adalah: Adakah berlaku ketidakpadanan apa yang diuji dalam ujian piawai dengan apa
yang sepatutnya diajar oleh guru di sekolah? Setakatmanakah keputusan skor ujian
piawai boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah atau untuk dijadikan
asas bagi menentukan sekolah berpencapaian tinggi dan sekolah berpencapaian rendah?
Setakatmanakah ujian piawai menyumbang kepada peningkatan pengajaran dan
pembelajaran? Sejauhmanakah ujian piawai memberi tekanan kepada guru dan sekolah?
Patutkah skor ujian pelajar dijadikan indikator keberkesanan sekolah? Adakah
penekanan yang lebih ke atas ujian piawai telah menguncupkan kandungan kurikulum
yang di ajar di sekolah? Adakah guru hanya mengajar topik-topik/kandungan yang
dijangka akan keluar dalam peperiksaan piawai sahaja? Adakah tekanan ujian piawai
menyebabkan berlakunya penipuan ujian dalam kalangan guru dan pelajar? Sesuai
dengan isu cadangan pemansuhan UPSR dan PMR, perbincangan ini akan cuba
memberikan analisis terhadap pentaksiran pembelajaran di peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah di Malaysia dengan merujuk kepada penyelidikan-penyelidikan
yang telah dilakukan di dalam dan di luar negara. Seterusnya satu kerangka model
pentaksiran akan dibincangkan sebagai pentaksiran alternatif kepada UPSR dan PMR.

Pengenalan

Dalam membincangkan tentang konsep dan proses pembelajaran hari ini dan akan

datang, terdapat beberapa keperluan yang harus diberi perhatian. Di antaranya ialah

kebergantungan yang lebih kepada teknologi komunikasi dan komputer yang

menyumbang kepada tahap dan bentuk baru dalam kreativiti dan pembelajaran pelajar-

peiajar; perubahan dalam peranan guru daripada 'pendita di atas pentas' kepada mentor,

penyeiidik, pengguna teknologi, penghasiJ pengetahuan, pengambiJ risiko dan pembeiajar

seumur hidup; penglibatan ibubapa secara aktif dalam pembelajaran anak-anak mereka;

serta perkongsian an tara organisasi masyarakat dan industri dengan sekoJah bagi

membolehkan mereka terJibat secara aktif di sekolah.


Daripada keperluan di atas, jelas menunjukkan bahawa sekolah pada masa ini dan masa
hadapan mestilah lebih terbuka dan fleksibel. Kemudahan teknologi komunikasi yang
ada akan meningkatkan lagi kolaborasi antara pelbagai pihak. Apa yang lebih penting
adalah guru-guruperlu diberi sokongan yang sesuai dalam penggunaan teknologi baru
dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam perkembangan profesionalisme mereka.
Bagi peJajar pula, mereka perlulah berkeupayaan menggunakan teknologi tersebut untuk
mencapai satu tahap pembelajaran yang baru serta mendapatkan kemahiran-kernahiran
teknologi maklumat yang baru. Ini jelas menunjukkan bahawa banyak kernahiran-
kemahiran baru yang diperlukan dalam masyarakat 'on-line' yang berasaskan maklumat
ini. Kebolehan-kebolehan untuk menyesuaikan dengan pantas kepada situasi-situasi dan
teknologi baru serta berupaya memproses maklumat yang begitu banyak.

Selaras dengan perubahan dan keperluan tersebut, pentaksiran pencapaian pelajar perlu
mengalami perubahan hasil daripada tuntutan pengetahuan dan kebolehan baru yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam tuntutan ekonomi global, pelajar-pelajar perlu
memahami bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran asas tetapi juga berupaya berfikir
secara kritis, membuat analisis serta membuat inferensi. Membantu pelajar membina
kemahiran-kemahiran ini memerlukan perubahan dalam pentaksiran di peringkat sekolah
dan bilik darjah, begitu juga dengan pendekatan baru ke atas pentaksiran peringkat
nasional.

Konsep Pembelajaran dan Pengetahuan

Mengikut teori pembelajaran awal, kemah iran tahap tinggi yang kompleks perlu dikuasai
sedikit demi sedikit dengan memecahkan pembelajaran kepada kemahiran-kemahiran
prasyarat, iaitu pendekatan yang dipanggil 'building-block-of-knowledge'. Dalam
konteks perkernbangan teori pembelajaran pada masa ini memperlihatkan perkembangan
yang menarik dalam bidang sains kognitif. Konsep kecerdasan telah mengalami
perubahan hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli psikologi lima
belas tahun kebelakangan ini. Yang jelasnya terdapat kecenderongan melihat kecerdasan
sebagai satu potensi yang pelbagai dimensi. Konsep kecerdasan yang dikemukakan oleh

2
Howard Gardner dan rakannya Sternberg misalnya ban yak mempengaruhi pendekatan ke
atas konsep kecerdasan. Gardner dengan teori pelbagai kecerdasan dan Sternberg dengan

"Triarchic Theory" menunjukkan yang kecerdasan tidak semata-rnata bergantung kepada


keupayaan seseorang dalam mengingat fakta serta menyelesaikan masalah logik

matematik, lisan dan bahasa semata-rnata seperti yang terdapat dalam Ujian Kecerdasan
(lQ Test), tetapi kecerdasan· seseorang banyak bergantung kepada keupayaannya

menggunakan pemikirannya untuk menyesuaikan diri dan perlakuannya dengan

persekitarannya. Dengan ertikata lain, seseorang yang dikatakan mempunyai perlakuan

kecerdasan bergantung kepada konteks, budaya serta jenis tugasan yang perlu

diselesaikannya.

Bukti daripada psikologi kognitif kontemporari menunjukkan yang semua pembelajaran


memerlukan pelajar berfikir dan secara aktif membina model-model mental. Dengan

ertikata lain, pembelajaran bermakna adalah merupakan sesuatu yang reflektif,

konstruktif dan terarah-kendiri (self-regulated). Manusia dilihat bukan sahaja sebagai


penerima maklumat tetapi juga sebagai pencipta struktur-struktur pengetahuan mereka

yang unik. Untuk mengetahui dan memahami sesuatu bukan sahaja mencerna maklumat

tetapi juga menginterpretasi dan menghubungkaitkan dengan pengetahuan yang sedia

ada. lni menunjukkan pentingnya bukan sahaja mengetahui bagaimana melakukan

sesuatu tetapi juga bila hendak melakukannya dan bagaimana hendak menyesuaikan

perlakuan dengan situasi-situasi baru. Pembelajaran dalam pengertian ini bukan lah

merupakan sesuatu yang linear, tetapi berlaku dalam pelbagai arah secara serentak dan

mengikut kadar yang tidak sama. Pembelajaran tentang sesuatu konsep misalnya bukan
lah sesuatu yang boleh ditangguhkan sehingga mencapai umur-umur tertentu atau

sehingga semua fakta-fakta asas telah dikuasai. Manusia di semua peringkat umur dan

tahap kebolehan sentiasa mengguna dan memperbaiki konsep. Dalam konsep

pembelajaran yang begini, sudah tentulah memerlukan penilaian yang mementingkan

bagaimana pelajar mengatur, menstruktur dan mengguna maklumat dalam sesuatu


konteks bagi menyelesaikan masalah-rnasalah yang kompleks.

3
Apa yang dinyatakan oleh Gardner dan Sternberg tersebut ada keserasiannya dengan

pandangan ahli-ahli teori pendidikan lain yang melibat pelajar pada masa ini dan akan

datang perlu mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menyesuaikan diri dengan

perubahan-perubahan teknologi dan sosial yang pantas berubah.

Perubahan-perubahan dalam kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan untuk

kejayaan, pemahaman kita terhadap pembelajaran pelajar serta hubungan antara


pentaksiran dan pengajaran telah mengubah matlamat-matlamat yang perlu dicapai untuk

pelajar dan sekolah. Sehubungan dengan itu, strategi-strategi pentaksiran perlu diubah

untuk mengaitkan rekabentuk pentaksiran dan kandungan dengan tujuan dan hasil
pernbelajaran yang baru untuk penilaian.

Konsep Pentaksiran

Secara umumnya pentaksiran boleh difahamkan sebagai sebarang metod yang digunakan
untuk menambah kefahaman tentang pengetahuan semasa yang dimiliki oleh pelajar. Ini

membawa maksud yang pentaksiran boleh jadi sesuatu yang mudah seperti penilaian

subjektif guru berdasarkan satu pemerhatian ke atas prestasi pelajar atau sesuatu yang
kompleks seperti lima jam ujian piawai. Idea yang berkaitan dengan pengetahuan semasa

menunjukkan apa yang pelajar tahu adalah sentiasa berubah dan kita boleh membuat
telahan tentang pencapaian pelajar melalui perbandingan dalam satu jangka masa

tertentu.

Metod pentaksiran yang digunakan banyak ditentukan oleh kepercayaan kita tentang

pembelajaran. Pengaruh pentaksiran dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran


adalah besar. Malab perubahan dalam kurikulum perlu diikuti dengan perubahan dalam

d, • • pentaksiran. Yang pentingnya apakah bentuk pentaksiran yang sesuai dengan perubahan
kurikulum itu? Adakah pentaksiran yang ban yak berasaskan kepada soalan pendek dan

anika pilihan dapat rnengukur keupayaan sebenar pelajar seperti yang dicadangkan oleh

perubahan dalam kurikulum? Apakah bentuk pentaksiran alternatif yang lebih berkesan
dalam mengukur hasil pembelajaran yang signifikan yang diperlukan untuk pelajar

4
mencapainya dan lebih sesuai dengan tugasan-tugasan yang pelajar perlu laksanakan bagi

mempastikan kejayaan mereka di masa depan?

Pentaksiran piawai boleb didefinisikan sebagai metod untuk mendapatkan sampelan

perlakuan dengan menggunakan prosedur yang seragam. Maksud prosedur yang seragam
adalah set soalan yang sama ditadbir dengan menggunakan arahan yang sarna serta

prosedur penskoran yang seragam. Mengikut Mehren & Lehman (1984) biasanya
pentaksiran tara disediakan secara komersial oleh pakar pentaksiran. Menurut mereka

lagi, pentaksiran piawai boleh diklasifikasikan secara umum kepada tiga ujian:
I. Ujian Aptitud
11. Ujian Pencapaian

111. lnventori Minat, Personaliti dan Sikap

Kertas kerja ini hanya akan memfokuskan kepada Ujian Pencapaian sahaja. Pentaksiran

piawai juga sering dikaitkan dengan istilah 'High-Stake'. Hubungan ini ada kaitannya
dengan polisi pendidikan di Amerika dan England dan kebanyakan negara lain di dunia

yang menjadikan keputusan ujian piawai sebagai as as untuk membuat keputusan penting
tentang kedudukan serta masa depan pelajar-pelajar, kualiti pengajaran guru serta kualiti

sesebuah sekolah. Dengan ertikata lain, pelajar-pelajar dikehendaki menduduki

peperiksaan piawai yang ditentukan oleh kerajaan dan berdasarkan keputusan

peperiksaan tersebut akan ditentukan kedudukan pelajar sama ada akan terus melanjutkan

pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, ataupun ditahan dikelas yang sama sehingga pelajar

mencapai pencapaian yang sepatutnya untuk dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi. Ini

seperti yang diamalkan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat.

Andaian dan logik yang digunakan oleh kebanyakan negeri-negeri di Amerika Syarikat,

England dan negara-negara lain tentang pentingnya pentaksiran piawai adalah berkaitan
dengan soal peningkatan standard pendidikan serta akauntabiliti atau kawalan ke atas

persekolahan. Kurikulum berasaskan standard dan pentaksiran berasaskan standard

merupakan pemikiran yang telah menguasai dunia pendidikan persekolahan di

kebanyakan negara terutama pada tahun-tahun 1980an hinggalah sekarang. Di England

5
umpamanya, dengan terbentuknya 'national curriculum', menjadikan semua prosedur
berkaitan dengan pengajaran dan pentaksiran di sekolah perlu diseragamkan untuk tujuan
memudahkan pengawalan dilakukan ke atas sekolah dan guru-guru. lni secara langsung

telah meningkatkan kawalan pihak pusat ke atas kurikulum serta pentaksiran di sekolah.

Peningkatan standard adalah berkaitan dengan reform pendidikan yang dijalankan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dan menentukan standard. Akauntabiliti pula berkaitan

dengan tanggungjawab yang perlu ditunjukkan oJeh pihak sekolah dan guru-guru dalam

meningkatkan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar ini diukur melalui skor mereka

daJam pentaksiran piawai yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa.

Pada asasnya, pentaksiran piawai digunakan untuk tiga fungsi utama iaitu fungsi

administratif yang menyediakan perbandingan skor individu pelajar bagi membolehkan

keputusan tentang penempatan pelajar dibuat; fungsi bimbingan (guidance) yang


menandakan kekuatan dan keJemahan pelajar bagi membolehkan pelajar membuat

keputusan yang sesuai tentang bidang pengajian mereka; dan fungsi akauntabiliti yang

menggunakan skor pelajar untuk menilai keberkesanan guru dan sekolah (Robinson &

Craver, 1989)

Di negara ini, penilaian pencapaian pelajar di adakan dalam dua bentuk iaitu melalui

pentaksiran piawai atau pentaksiran nasionaJ seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang

normanya ditentukan oleh agensi pusat seperti Lembaga Peperiksaan dan Majlis

Peperiksaan Malaysia. Sebagaimana juga dengan pentaksiran piawai di negara-negara

lain, ianya bertujuan untuk rnengukur pencapaian pelajar bagi tujuan untuk membuat

perbandingan antara individu, antara sekolah, antara daerah, antara negeri dan juga untuk

meneliti pencapaian peJajar dari se tahun ke setahun.

Bentuk penilaian.kedua ialah pentaksiran berasaskan sekolah. lni merangkumi bentuk-.

bentuk ujian yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Peperiksaan dan

ujian buatan guru. Bentuk penilaian ini boleh berbentuk ujian rujukan norma atau pun

ujian rujukan kriteria bergantung kepada tujuan ujian dijalankan. Perkembangan akhir-
akhir ini menunjukkan yang penilaian berasaskan sekolah telah diberikan penekanan

6
yang lebih. lni jelas daripada peluang yang diberikan kepada guru untuk menilai pelajar-

pelajar melalui projek-projek tertentu sebagai sebahagian daripada penilaian kebangsaan

seperti Penilaian Menengah Rendah.

Kesan Pentaksiran Piawai

Soalan-soalan berikut akan dijadikan asas dalam membincangkan tentang kesan ujian

piawai ke atas kurikulum dan pembelajaran di sekolah:

I. Adakah berlaku ketidaksepadanan apa yang diuji dalam ujian piawai dengan apa

yang sepatutnya diajar oleh guru di sekolah?


II. Setakatmanakah keputusan skor ujian piawai boleh digunakan untuk mengukur

keberkesanan sekolah atau untuk dijadikan asas bagi menentukan sekolah

berpencapaian tinggi dan sekolah berpencapaian rendah?


111. Setakatmanakah ujian piawai menyumbang kepada peningkatan pengajaran dan

pembelajaran?
IV. Sejauhmanakah ujian piawai memberi tekanan kepada guru dan sekolah?

v. Patutkah skor ujian pelajar dijadikan indikator keberkesanan sekolah?

VI. Adakah penekanan yang lebih ke atas ujian piawai telah menguncupkan

kandungan kurikulum yang di ajar di sekolah? Adakah guru hanya mengajar

topik-topik/kandungan yang dijangka akan keluar dalam peperiksaan piawai

sahaja?
VlI. Adakah tekanan ujian piawai menyebabkan berlakunya penipuan ujian di

kalangan guru dan pelajar?

Sesuatu strategi pentaksiran itu perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya sama ada

ujian yang digunakan itu sebenarnya mernbantu atau menghalang kualiti pendidikan yang

diterima oleh pelajar. Berdasarkan premis tersebut, banyak kritik yang dilernparkan ke
atas pentaksiran piawai menarnpakkan kelemahannya dalam menyediakan maklumat

yang komprehensif bagi menjelaskan pencapaian pelajar. Pentaksiran piawai dikatakan

memberi fokus yang sempit, menekankan hafalan dan ingatan yang membawa kepada

7
penyempitan kurikulum serta memberi peluang yang sedikit kepada amalan kemahiran
pemikiran peringkat tinggi (Shepard & Dougherty, 1991, McNeil, 2000, Orfield & Wald,

2000, Pophams, 200 I, Torrance, 2002). Lantas dikatakan tidak begitu sesuai digunakan
untuk dijadikan as as kepada pembuatan keputusan ke atas keberkesanan pembelajaran,

pengajaran dan sekolah.

Pentaksiran piawai juga sering dikaitkan dengan kurikulum berasaskan ujian (test-driven

curriculum). Dengan ertikata lain, wujudnya sindrom 'mengajar untuk ujian/peperiksaari'

yang menyebabkan pengajaran guru tertumpu kepada mengingat fakta untuk persediaan

menghadapi ujian. Keadaan di mana skor-skor ujian digunakan sebagai asas


perbandingan yang bukan sahaja untuk menentukan nasib tiap-tiap individu pelajar tetapi

juga untuk menilai kualiti guru dan sekolah, menjadikan sindrom 'mengajar untuk ujian'

ini lebih ketara. Dalam hubungan ini, tujuan utama pentaksiran piawai adalah untuk

mengatur dan memilih bilangan pelajar yang ramai seberapa efisien yang mungkin.

Matlamat yang terhad ini menjadikan penggunaan soalan-soalan pendek dan anika
pilihan merupakan bentuk ujian yang sesuai. Apabila ujian dijalankan dalam bentuk

yang sedemikian, kemahiran-kernahiran seperti menulis, bertutur, melukis, membina,

membaikpulih dan lain-lain kemah iran yang sepatutnya diajar di sekolah secara

otomatiknya telah menjadi perkara sampingan.

Banyak pendapat yang mengatakan ujian piawai tidak sepatutnya digunakan untuk

menilai kualiti persekolahan/pembelajaran pelajar sebab terdapat ketidakpadanan yang


signifikan di antara apa yang diuji dengan apa yang sepatutnya di ajar, dan

ketidaksepadanan ini selalunya tidak disedari/diambil perhatian (Popham, 2001).

Mungkin terdapat satu persamaan atau keseragaman yang umum dari segi kurikulum
yang digunakan oleh sekolah-sekolah di daerah, negeri, terutama yang menggunakan

'national curriculum' atau pun 'state-mandated curriculum'. seperti di Amerika Syarikat.


Namun, kemungkinan penekanan yang diberi ke atas satu-satu aspek atau bidang dalam

kurikulum itu adalah berlainan. Walaupun pembina ujian piawai mengambil kira

perbezaan tersebut untuk menyesuaikan dengan calon yang pelbagai, banyak bukti yang
menunjukkan bahawa pendekatan kurikulum 'one-size-fits-all' adalah biasanya gagal

8
untuk memuaskan hati semua pihak. Terdapat banyak contoh yang tidak disedari tentang

ketidakpadanan apa yang diajar dengan apa yang diuji. Dalam hal ini, Popham memberi
komen, "If you look carefully at what the items in a standardized achievement tests are

actually measuring, you'll often find that half or more what's tested wasn't even
supposed to be taught in a particular district or state ... " (ms. 43.)

Selain daripada itu, ujian piawai juga dikatakan telah mengalihkan pandangan/perhatian
guru daripada membuat keputusan pendidikan yang penting. Ribuan guru mendapati diri

mereka terperangkap dalam 'score-boosting obsession' (Popham, 2001) yang


sesungguhnya menggugat keberkesanan mereka dalam mengajar. Soalan yang kritikal

"Bagaimana kita mengajar Ali tentang perkara yang ia perlu ketahui" dikesampingkan

oleh soalan yang kurang penting "Bagaimana kita meningkatkan skor Ali dalam ujian

piawai yang akan didudukinya nanti?" Popham (2001) menjelaskan lebih lanjut Jagi
perkara ini seperti berikut:

'This instructionally corrupt test preparation is a velY effective way of raising student's
scores on a high-stakes test .....Although student's test score may improve, their mastery
of the content on which the test is based may remain unchanged. What emerges from
testing is an altogether inaccurate picture of a student's true level of achievement. In
turn, these inaccurate performance level assessments lead teachers to make
inappropriate instructional decisions about those students '. (111S. 24)

Tekanan untuk meningkatkan skor pelajar dalam ujian piawai juga telah menyaksikan

kurangnya perhatian diberikan kepada subjek yang tidak termasuk dalam ujian piawai.
Ini menyebabkan berlakunya penguncupan kurikulum. (Shepard & Dougherty, 1991,
Sacks, 1999, Orfield & Wald, 2000, Popham, 200 J) hasil daripada sindrom 'teach what is
tested,' avoid what isn't' dan 'survival of content that fittest best the high-stakes test'
(Popham, ms. 20). Mengikut Popham lagi , "the curriculum content assessed by high-
stakes tests tends to drive other subjects and other cognitive skills from teachers'
classrooms. The erosion of a rich curriculum clearly robs our children of important
things they should be learning ... " (ms. 20).

9
Berkait rapat dengan penguncupan kurikulum adalah kecenderongan guru-guru untuk
mengadakan latih-tubi sebanyak mungkin ke atas jenis-jenis item ujian yang terkandung

dalam ujian piawai. Situasi ini dijelaskan dengan lebih lanjut lagi oleh Popham, ' ... such
repetitious instructional activities tend to deaden students' genuine interest in learning.
All the excitement and intellectual vibrancy that students might encounter during a really
interesting lesson are driven out by a tedious test-fostered series of drill ... Teachers who
are so driven to raise test scores that they transform their classrooms into cram-focused,
assembly-line factories risk extinguishing their students' love oflearning" (ms. 21-23)

Dalam konteks di mana ujian piawai digunakan sebagai asas untuk melabel sekolah yang

lemah dan sekolah yang cemerlang adalah didapati tidak sesuai dan tidak tepat sama

sekali. lni adalah memandangkan bahawa skor ujian piawai itu tidak dapat

menggambarkan situasi sebenar tentang pencapaian pelajar dan pencapaian sekolah.

Popham (200]) mengatakan bahawa terdapat faktor- faktor lain yang mernpengaruhi skor

pelajar-pelajar dalam ujian piawai. Di antaranya adalah faktor status sosio-ekonomi serta

aptitud akademik yang diwarisi daripada ibubapa. Banyak bukti yang menunjukkan
bahawa bagi sekolah-sekolah yang pelajarnya terdiri daripada status sosio-ekonomi tinggi

mernpunyai pencapaian yang lebih baik daripada sekolah yang mempunyai pelajar

daripada sosio-ekonomi rendah. Dengan ertikata lain terdapat korelasi yang tinggi di

an tara status sosio-ekonomi dan skor pelajar dalam ujian piawai (Sacks, 1999, McNeil,

2000, Popham, 2001).

Satu lagi fenomena yang berlaku hasil daripada penekanan yang lebih ke atas

peningkatan skor pelajar dalam ujian tara ialah penipuan dalam ujian sama ada dilakukan

oleh pelajar mahupun guru-guru. (Shepard & Dougherty, 1991, Popham, 2001).

Fenomena 'test-pressured cheating' ini semakin bertambah dari semasa ke semasa

terutama di kalangan guru-guru. Sebagai contoh, dalarn tempoh tahun akademik 1999 -

2000, seramai 52 orang guru dariapda sekolah awam Bandaraya New York dikenakan
denda berkaitan dengan penipuan dalam ujian (Popham, 2001). Penipuan yang dilakukan

semasa mentadbirkan uj ian piawai oleh guru-guru dan pentadbir. Bentuk penipuan yang
selalunya dilakukan adalah seperti berikut:

10
• Memberi masa yang lebih daripada yang ditetapkan kepada pelajar untuk

menjawab
• Memberi panduan (hints) tentangjawapan yang betul

• Meneliti jawapan pelajar dan kemudiannya meminta pelajar memikirkan semula

jawapannya
Fenomena di atas merupakan satu 'score-boosting conspiracy' yang boleh merosakkan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dari segi aspek yang lebih teknikal pula, terdapat kecenderongan mengenepikan item-

item yang merangkumi kandungan pelajaran yang penting. Oleh kerana skor ujian

piawai lebih ditafsirkan dari segi pentafsiran rujukan norma, maim perbandingan

pencapaian individu, sekolah adalah penting. Oleh itu, sesuatu ujian itu perlulah

menghasilkan satu darjah sebaran skor yang substantial di kalangan pelajar. Situasi ini

dari segi teknikalnya juga ada kaitan dengan kebolehpercayaan ujian. Ada kaitan di
anatara sebaran skor dengan penentuan teknikal kebolehpercayaan ujian. Lebih baik

sebaran skor, lebih tinggi kebolehpercayaan uj ian (Popham, 2001). Sehubungan dengan

itu juga, dari segi pemilihan ujian piawai, aspek kebolehpercayaan ujian merupakan

faktor yang penting. Sudah tentulah ujian-ujian yang tinggi kebolehpercayaannya akan

mempunyai nilai jualan yang tinggi.

Dari sudut yang lain pula, terdapat aspek teknikal tentang bentuk item ujian yang

menyumbang secara berkesan kepada sebaran skor. Ia berkaitan dengan item ujian yang

dijawab dengan betul oleh lebih kurang 50% calon. Biasanya ini merujuk kepada 'nilai-

p' yang menandakan peratus pelajar yang menjawab dengan betul sesuatu item.

Sekiranya nilai-p item itu adalah .85, ini bermakna 85% pelajar menjawab dengan betuJ

item itu. Item yang boJeh memberi sumbangan yang terbaik kepada sebaran skor adalah
item-item yang nilai-p di antara .40-.60. Oleh itu, mengikut Popham, tidaklah

menghairankan kebanyakan item-item daJam ujian pencapaian piawai mempunyai niJai-p

dalam renj nilai tersebut. Item yang mempunyai niJai-p .80 atau .90 jarang dimasukkan

dalam ujian piawai kerana dianggap sebagai item yang terlaJu mudah dan tidak

Ii
menyumbang kepada sebaran skor. Sekiranya perkara ini dilihat dalam konteks bilik
darjah, biasanya semakin penting sesuatu kandungan kurikulum itu, semakin ban yak

penekanan yang diberikan oleh guru ke atasnya. Semakin banyak penekanan diberikan

biasanya semakin baik skor pelajar berkaitan dengan item yang mengukur kandungan

tersebut dalam ujian. Semakin baik skor pelajar ke atas item-item tersebut, semakin
besar kemungkinan item itu akan digugurkan daripada ujian. Item itu dikatakan

mempunyai nilai-p yang tinggi dan tidak menyumbang kepada sebaran skor walaupun
kandungan kurikulum yang diuji adalah penting. Situasi ini menjadikan kecenderongan

ujian piawai mengenepikan kandungan kurikulurn yang penting.

Faktor-faktor lain yang boleh mernpengaruhi sebaran skor dalam ujian piawai adalah

faktor status sosio-ekonorni pelajar. Seperti yang dinyatakan sebeluin ini, banyak bukti

yang menunjukkan terdapat korelasi yang tinggi di an tara pencapaian akademik dengan

status sosio-ekonorni. (Torrance, 2002, Popham, 2001). Dari aspek yang lebih mikro

pula, sekiranya diteliti item-item yang terdapat dalam ujian piawai, didapati wujudnya

item-item yang berkait dengan status sosio-ekonorni. Popham menjelaskan perkara ini

dengan mengatakan, "There are many, many SES-linked items in today's standardized
achievement tests. These items do a fantastic job of spreading out examinees' scores, but
they do a miserable job of helping evaluate a school staff's real effectiveness. Even afew
standardized achievement test items answered correctly or incorrectly can make a
substantial difference in a school's relative ranking." (ms. 63). Jadual] di bawah

menunjukkan peratus item yang didapati berkait dengan SES.

Jadual l: Peratus SES Hem mengikut subjek

Subject % SES Items

Reading ]5%
Language Arts 65%
Mathematics 5%
Science 45%
Social Studies 45%
Sumber: Popham, 200]

12
Hasil daripada perbincangan di atas, boleh dirumuskan bahawa ujian pencapaian piawai

tidak sepatutnya digunakan untuk menilai kualiti persekoJahan pelajar sebab:


I. terdapat ketidakpadanan di antara apa yang diuji dengan apa yang

sepatutnya diajar, dan ketidakpadanan ini selalunya tidak disedari


ii. penekanan kepada sebaran skor yang besar akan menyebabkan item-item

yang merangkumi kandungan/topik yang penting yang guru beri

penekanan dan yang pelajar telah kuasai diketepikan.

Cab~ran

Daripada perbincangan di atas, jelaslah terdapat beberapa cabaran dalam menyediakan

sistem pentaksiran yang sesuai dengan perkembangan dalam bidang pendidikan.

Cabaran utama dalam penilaian ia lah untuk melaksanakan pelbagai pentaksiran (multiple
assessment) secara teratur dan berkesinambungan supaya kepelbagaiannya itu dapat

menyokong perubahan-perubahan yang diperlukan dalam pendidikan bukan sebagai

beban kepada guru dan murid. Kepelbagaian pentaksiran yang mengakui kepelbagaian

kebolehan dan bakat manusia serta melihat kecerdasan sebagai sesuatu yang boleh

berubah dan dikembangkan. Oleh itu pentaksiran perlu berubah daripada mengukur

pembelajaran pelajar dengan menggunakan ujian kertas dan pensel yang ban yak

rnenggunakan bentuk anika pilihan kepada pentaksiran pelbagai yang menggunakan

soalan terbuka, esei, portfolio, penilaian prestasi dan lain-lain. Daripada hanya mengukur

aspek kognitif sahaja kepada mengukur pelbagai kebolehan, kemahiran serta nilai.

Daripada penilaian yang terasing yang dibentuk oleh pihak-pihak tertentu kepada

pengintegrasian penilaian dalam proses pengajaran dan pembeJajaran yang merupakan

satu proses yang berterusan dan dinamik.

Cabaran yang lain berkaitan dengan penggunaan kemajuan teknologi dalam penilaian

serta kemampuan menyediakan teknologi komputer yang boleh melaksanakan pelbagai

bentuk penilaian bagi mengukur pengetahuan, kemah iran dan tujuan pendidikan yang

dicetuskan oleh peningkatan pemabaman kita tentang bentuk pengetahuan dan

13
pembelajaran. Satu perkembangan yang menarik ialah meningkatnya penggunaan
komputer dalam pentaksiran pelajar. Terdapat beberapa andaian berkaitan dengan

peranan komputer dalam pentaksiran. Komputer dikatakan sebagai alat pengurusan


maklumat yang menyediakan peluang-peluang yang banyak dalam mengumpul dan

mengurus pelbagai data penilaian. Komputer juga merupakan medium yang kurang
menonjol bagi pelajar menyatakan proses pemikiran n:ereka dalam tugasan penyelesaian

masalah. Komputer juga dikatakan rnernpunyai memori bekerja yang besar yang boleh

mengurangkan beban kognitif dalam penyelesaian masalah. Sistem komputer hypermedia

menyediakan persekitaran non-linear yang fleksibel di mana setiap gerak dan langkah

yang diambil olelf penyelesai masalah semasa intereksinya dengan kornputer boleh
direkodkan untuk penilaian. Seterusnya, interaksi manusia dengan komputer bukan

sahaja rnerupakan hubungan yang mekanikal, ia juga dihubungkan dengan persemukaan

hipotetikal (hypothetical interface) iaitu persemukaan teknologi kornputer-psikologi


kognitif yang merupakan interaksi yang kompleks an tara kognisi manusia dengan

persekitaran komputer (Kumar, Helgeson & White, 1994)

Dalam senario perkembangan penilaian pelajar, sekolah dan guru sekarang, terdapat

kecenderongan dalam menggunakan pendekatan pentaksiran yang lebih autentik dalam

menilai pengetahuan dan kebolehan pelajar. Dalarn pendekatan ini penilaian pre stasi

pelajar dibuat secara lebih langsung serta mementingkan kedua-dua aspek iaitu proses

dan produk. Kecenderongan ini mengikut sesetengah pihak adalah hasil daripada

kekurangan yang terdapat dalam ujian pencapaian tara yang ban yak menggunakan item

anika pilihan dan jawapan pendek dalam menyediakan maklumat yang sesuai bagi
membuat pertimbangan dan keputusan tentang kebolehan sebenar pelajar. Debat tentang

model manakah yang sesuai dan tepat dalam mengukur pencapaian dan kebolehan peJajar

masih lagi berjalan di Amerika terutamanya, walaupun di England, peniJaian prestasi

secara autentik ini telah luas digunakan.

Adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa tuntutan kepada keputusan ujian yang

boleh membandingkan pencapaian pelajar yang ramai akan tetap merupakan perkara
yang diperlukan dalam pendidikan. Yang menjadi persoalannya, adakah keputusan ujian

14
tersebut boleh diperolehi daripada penilaian kebolehan pelajar yang lebih komprehensif
daripada yang dapat disediakan oleh pentaksiran piawai yang ban yak menggunakan

bentuk anika pilihan dan so alan pendek sekarang ini? Cadangan kepada konsep
penilaian berasaskan prestasi tperformance-bosed assessment) telah dikemukakan.

Penilaian prestasi merujuk kepada proses menilai kemah iran pelajar dengan meminta
pelajar melaksanakan sesuatu tugasan yang memerlukan penggunaan kemah iran-

kemahiran tersebut. Soalnya bolehkah penilaian berasaskan prestasi ini digunakan untuk

membandingkan pelajar merentas latar yang berbeza-beza? Sebagaimana yang

dijelaskan sebelum ini, penilaian prestasi lebih merupakan pendekatan penilaian rujukan
kriteria yang memfbkuskan sama ada pelajar dapat mencapai kriteria tahap penguasaan

yang telah ditetapkan. Di England misalnya, telah dibentuk satu sistem yang dipanggil

"examplary system" di mana guru-guru yang terlibat dalam memeriksa kertas saolan

penilaian prestasi berjumpa secara berterusan bagi membanding dan mengimbangkan


keputusan ujian mereka dengan ujian nasional. lni dikatakan dapat meningkatkan

kebolehpercayaan ujian merentas latarbelakang (Wiggins, ] 989). Bagaimana pun, apa

yang jelas pendekatan penilaian bentuk ini adalah mahal sekiranya dijalankan dalam

skala besar (large scale). Soal yang utama di sini sama ada kos yang besar ini akan
membantutkan penggunaan model penilaian ini yang didapati dapat menjadikan

pengajaran lebih menyeluruh dan mendalam. Sekiranya berlaku anjakan daripada

penilaian piawai kepada penilaian prestasi ini, dari segi psikometrik, anjakan ini akan

mengorbankan kebolehpercayaan kepada kesahan. Dengan ertikata lain, pentaksiran

piawai yang metod pemarkahannya berkesan darisegi kos dan masa yang mampu

menghasilkan keputusan yang boleh dipercayai akan beranjak kepada penilaian prestasi

yang sebenarnya menguji apa yang sepatutnya sistem pendidikan dipertanggungjawabkan

untuk mendidik iaitu kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan sebenar di

dunia.

Kesimpulannya, pentaksiran piawai adalah viable, murah, boleh dipercayai dan

merupakan indikator yang sah tentang pembelajaran pelajar yang sangat berguna dalam

penilaian entiti pendidikan dan pencapaian pelajar. Di sarnping itu, kepiawaian

pentaksiran itu memungkinkan generalisasi serta kesimpulan boleh dibuat dari data yang

15
b, .. '.Jll

diperolehi serta impl ikasinya. Pentaksiran alternatif pula merupakan alat penilaian yang

viable dalam menilai progress dan pencapaian pelajar selagi perhatian yang sepatutnya
diambil bagi menentukan kesahan dan keboJehpercayaannya. Disebabkan pentaksiran
alternatif ini mahaJ serta agak sukar untuk dibentuk, ditadbir dan diperiksa, kegunaannya

untuk menilai biJangan pelajar yang lebih besar masih dipersoalkan. Bagaimanapun,
bentuk-bentuk pentaksiran alternatif telah digunakan dengan meluas daJam peniJaian

individu yang memberi kesan yang dikehendaki kepada kualiti pengajaran dalam biJik

darjah.

A...

Model Pentaksiran Alternatif?

Soalnya di sini bukanJah hendak menonjolkan bentuk penilaian yang manakah lebih baik.

Sebenarnya tidak ada satu model penilaian yang sesuai untuk semua tujuan. lsu yang

sebenarnya di sini adalah memilih indikator-indikator pembolehubah yang sesuai dan

menggunakan model penilaian yang sesuai untuk mengukurnya. Adalah periu dipastikan

yang makJumat mencukupi untuk setiap tujuan sebelum membuat keputusan tentang

bentuk pentaksiran yang hendak digunakan,

Tidak boJeh dinafikan yang pentaksiran pelajar adalah penting kepada peningkatan

pelajar dan sekolah. Di Amerika Syarikat umpamanya terdapat beberapa kurnpulan dan

individu termasuk Clifford Hill, Project Zero di Harvard Graduate School of Education,

the New York Performance Standards -Consoltium dan the Coalition for Authentic

Reform in Education di Massachusetts telah membangunkan mod aJternatif dalam

menilai prestasi pelajar. Mod ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

I. direka bentuk dengan kolaborasi guru

n. cukup pelbagai yang memperiihatkan gaya belajar pelajar yang pelbagai

Ill. meniJai kurikulurn yang sebenarnya diajar dalam bilik darjah

IV. menyediakan maklumbalas yang cepat berkaitan dengan pemuJihan


peJajar dan penyemakan kurikulum
.
(OrfieJd & Wald, 2000)

16
w

Cadangan pemansuhan UPSR dan PMR perlu mempertimbangkan model pentaksiran


alternatif yang sesuai menggantikan kedua-dua bentuk pentaksiran tersebut. Apa sahaja
pertimbangan yang diambil, yang lebih penting adalah peningkatan pembelajaran pelajar
serta peningkatan kecekapan sekolah dalam mengurus pembelajaran pelajar. Konsep
assessment for learning perlu diberikan penekanan dalam model pentaksiran yang
dicadangkan. Pentaksiran perlu dapat membantu dan menyokong pembelajaran pelajar
melalui aktiviti-aktiviti pentaksiran serta maklum balas yang diperolehi daripada
pentaksiran yang dijalankan. Dalam konteks UPSR dan PMR yang merupakan high-
stake testing di mana banyak keputusan-keputusan penting dibuat berdasarkan kedua-dua
pentaksiran tersebut memerlukan pentaksiran alternatif yang dicadangkan mempunyai
fungsi yang sarna penting tetapi lebih menyeluruh tentang pencapaian dan prestasi
pelajar.

Asas Pentaksiran Alternatif '{

Keputusan tentang individu pelajar tidak patut dibuat hanya berasaskan satu ujian.
Pelbagai bentuk ujian patut digunakan. Sekiranya ujian digunakan untuk
meningkatkan sistem prestasi pelajar, perlu ada maklumat juga berkait dengan
kualiti pengajaran dan usaha pelajar. Sekiranya data ujian digunakan sebagai asas
untuk ganjaran atau hukuman, bukti tentang kualiti teknikal ukuran berkait dengan
pengkelasan individu atau institusi patutlah diterbitkan. Di sam ping itu, bukti
kesahan ujian untuk pelajar daripada pelbagai latar belakang patutlah dimaklumkan
kepada orang ramai. Sekiranya ujian mengukur standard kandungan dan standard
prestasi, analisis perlu menunjukkan perkaitan di antara item dan standard yang
spesifik. Aktiviti pentaksiran perlu menumpukan kepada kandungan yang paling
penting untuk pelajar belajar dan bentuk pentaksiran mestilah selari dengan
kandungan pelajaran yang penting. Inferen yang sah tentang pembelajaran dan
pencapaian pelajar patutlah berasaskan maklumat daripada aktiviti-aktiviti
pentaksiran. Amalan pentaksiran patutlah adil kepada semua yang ditaksir. Proses
pentaksiran patutlah melibatkan guru, serta lain-lain professional dalam mereka
bentuk, mernbangun, melaksanan dan menginterpretasi aktiviti-aktiviti pentaksiran

17
;;.

dan maklumat-maklumat pentaksiran memberi perhatian yang sarna rata kepada

pentaksiran peluang untuk pembelajaran dan pentaksiran pencapaian pelajar.

Oleh itu saya kira, pentaksiran alternatif tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri seperti

berikut:
I. bersifat diagnostik - pentaksiran perlu dapat mengesan masalah pembelajaran

pelajar dan mencari penyelesaian yang sesuai untuk meningkatkan

pembelajaran
II. bersifat holistik dan berterusan - pelbagai bentuk pentaksiran periu digunakan

untuk mengumpuJ data yang lebih menyeluruh tentang pencapaian dan

prestasi pelajar. Pentaksiran perlu dilakukan dalam dua keadaan iaitu secara
formatif dan sumatif. Secara formatif akan mengumpulkan data tentang apa

yang pelajar perlu tahu dan boleh lakukan pada masa-masa tertentu dalam
pembelajaran dan persekolahan. Secara '{sumatif berkait dengan maklumat

tentang pencapaian dan penguasaan pelajar pada akhir sesuatu unit


pembelajaran atau kursus.

Ill. berasaskan standard - kurikulum yang digubal perlulah berasaskan kepada

standard-standard pencapaian dan penguasaan yang perlu dicapai oleh pelajar


bagi setiap peringkat pembeJajaran. Standard boleh diterjemahkan dalam

bentuk kecekapan-kecekapan yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kecekapan-

kecekapan tersebut perlu ditaksir dengan menggunakan pelbagai bentuk

pentaksiran dan metod penskoran dan penggredan yang sesuai. Pentaksiran

akan berubah daripada pentaksiran rujukan norma kepada pentaksiran rujukan

kriteria.

Standard adalah merujuk kepada satu pernyataan yang jelas tentang apa yang pelajar

patut tahu dan boleh lakukan pada satu-satu masa tertentu dalam persekolahan mereka.
Standard membawa maksud pernyataan tentang jangkaan pelajar. Contohnya seperti

standard prestasi minima daJam peJbagai domain dan tahap persekoJahan seperti dalam

kemahiran membaca, menulis dan mengira. Melibatkan tahap-tahap prestasi yang peJajar

mampu tunjukkan atau Jakukan. Dengan ertikata Jain, standard adalah merupakan

18
spesifikasi dan definisi teras pengetahuan yang diperlukan dalam mata pelajaran yang

diajar. Pada umumnya terdapat tiga jenis standard iaitu:

i. Standard kandungan (content standard)

ii. Standard prestasi (performance standard)


iii. Standard Peluang untuk pembelajaran (Opportunities to Learn Standard)

Standard kandungan merujuk kepada deskripsi naratif tentang hasil yang dikehendaki

dalam pelbagai mata pelajaran. Standard prestasi merujuk kepada bukti konkrit tahap

dan kualiti prestasi yang pelajar periu tunjukkan sebagai penguasaan hasil kandungan

mata pelajaran. Ringkasnya standard kandungan merujuk kepada apa yang dipelajari,
dan standard prestasi merujuk kepada sebaik mana sesuatu kandungan yang dikehendaki

itu di kuasai atau dicapai. Standard peluang untuk pembelajaran merujuk kepada

penanda aras untuk menilai sama ada sekolah telah menyediakan sumber-surnber seperti

kurikulum yang mencabar, guru yang berkelayakan untuk keperluan dalam menentukan

yang semua pelajar mempunyai peluang mencapai tahap yang paling tinggi dalam

pencapaian dan prestasi mereka

Perubahan pentaksiran pendidikan memerlukan perubahan kurikulum. Tanpa perubahan

kurikulum, perubahan dalam pentaksiran sukar untuk dilaksanakan dengan berkesan. lni

memandangkan pentaksiran adalah merupakan bahagian penting dalam kurikulum yang

akan menentukan sama ada apa yang dihasratkan dalam kurikulum dapat dicapai.

Dengan ertikata lain, mitos tentang pentaksiran pembelajaran perlulah diukur dengan

jelas berdasarkan realiti kehidupan yang menuntut kefahaman yang tinggi dalam

penyelesaian masalah-masalah kehidupan yang semakin kompleks. Oleh itu,

kesanggupan kita untuk berubah merupakan cabaran yang lebih besar. Sekiranya institusi

pendidikan tidak sanggup berubah ataupun berubah dengan kadar yang perlahan, ada

kemungkinan apa yang berlaku di sekolah misalnya akan menjadi tidak relevan kepada
kehidupan pelajar. Ini selaras dengan apa yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif General

Electric, Jack Welch, "If the rate of change inside institution is less than the rate of

change outside, the end is in sight." Begitu juga dengan kurikulum, pengajaran dan

pernbelajaran serta pentaksiran di sekolah.

19
Rujukan

Firestone, W.A., Mayrowetz, D., (2000) Rethinking "High Stakes": Lessons form the
United States and England and Wales, Teachers College Record, Vol. 102, No.4,
August 2000, pp. 724-749, Teachers College, Columbia University.

Glaser, R., & Silver, E., (1994) Assessment, Testing and Instruction: Retrospect and
Prospect, CSE Technical Report 379, National Center for Research on Evaluation,
Standards and Student Testing (CRESST), University of California, Los Angeles, CA

Johnston, P., (1989) Contructive Evaluation and the Improvement of Teaching and
Learning, Teachers College Record, Vol. 90, No.4, Summer 1989, pp. 509-528,
Teachers College, Columbia University

McNeil, L.M., (2000) Contradictions of School Reform: Educational Costs of


Standardized Testing, New York:Routledge

Orfield,G.,Wald, 1., (2000) Testing, Testing,


http://past.thenation. com/issue/00060S/060So rfield.shtml ".

Popham, W. J., (200]) The Truth About Testing, St. Alexandria, VA:ASCD

Sacks, P., (2000) Standardized Minds, Cambridge, MA.:Perseus Publishing

Shepard, L.A., Dougherty, K.C. (1991) Effects of High-Stakes Testing on Instruction,


paper presented at the Annual Meetings of AERA, Chicago, IL, April 3 - 7, 1991

Torrance, H., (2002) Can Testing Really Raise Educational Standards? Inaugural
Professorial Lecture, University of Sussex, England

Travis, J. (1996) Meaningful Assessment, Clearing House, 69 (5), pp. 308-312

20