You are on page 1of 22

74

PELAJAR YANG BEKERJA SECARA SAMBILAN:


SATU TINJAUAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH
MENENGAH DI KUALA LUMPUR
oleh
Awab Said
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong pelajar sekolah menengah bekerja dan meneliti
kesan pekerjaan terhadap pembelajaran dan prestasi mereka.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar bekerja, corak dan jenis pekerjaan yang
dilakukan oleh pelajar, corak perbelanjaan wang gaji mereka dan
kesan pekerjaan terhadap pencapaian akademik serta tujuan
kehadiran ke sekolah.
Kajian ini telah menggunakan soal selidik dan temuduga. Seramai
200 orang pelajar di 13 buah sekolah menengah telah menjadi
responden kajian. Data-data telah dianalisis dengan menggunakan
statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus dan min.
Kajian ini mendapati keputusan penting, iaitu pertama, faktor
yang mendorong pelajar untuk bekerja ialah bagi mendapatkan
pengalaman bekerja, untuk mendapatkan wang belanja
dan kerana terpengaruh dengan rakan yang telah bekerja.
Kedua, pelajar menggunakan pendapatan untuk perbelanjaan
persekolahan, membantu keluarga dan untuk kegunaan sendiri.
Ketiga, pekerjaan dalam kalangan pelajar memang memberi
kesan terhadap pelajaran dan keempat, pelajar yang bekerja
menunjukkan prestasi akademik yang sederhana dan kurang
memuaskan.
Hasil daripada kajian ini diharapkan pihak sekolah dapat
menyimpan data dan maklumat pelajar yang bekerja untuk kajian
mengawal aktiviti mereka supaya tidak menumpukan kepada
pekerjaan semata-mata. Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak
sekolah boleh merangka garis panduan dan syarat-syarat bagi
pelajar-pelajar yang mahu bekerja. Pihak sekolah, Jabatan
Pendidikan negeri dan kerajaan wajar membantu pelajar-pelajar
yang terpaksa bekerja membantu keluarga.
75
PERNYATAAN MASALAH
Apabila pelajar mula bekerja, antara tanda-tanda yang dapat dikesan ialah pelaja
r kurang
ataupun jarang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Begitu juga kehadiran
mereka
ke sekolah didapati kurang memuaskan dan kadar ponteng sekolah adalah tinggi ser
ta
menimbulkan masalah disiplin.
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan adalah rendah. Mereka tidak menunjukkan min
at
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka kajian ini menyelidik sejauh mana
kah
kebenaran pernyataan di atas.
Kajian di barat banyak menumpukan kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti
.
Terdapat kurangnya kajian bagi pelajar-pelajar sekolah menengah yang bekerja di
antara
umur 13 tahun sehingga 17 tahun di Malaysia. Saudara SitaRasu a/l Govindan, pela
jar
sarjana tahun 2000 cuma menjalankan kajian pelajar-pelajar yang bekerja di kawas
an
kampung. Manakala di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bah
ru
dan Georgetown kurang kajian dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang bekerja se
cara
sambilan.
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sebab pelajar sekolah menengah bek
erja
dan kesan pekerjaan terhadap persekolahan dan pembelajaran pelajar. Objektif kaj
ian ini
adalah untuk:
1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar sekolah menengah
untuk bekerja.
2. Mengenal pasti corak dan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pelajar
serta jumlah masa bekerja dalam seminggu.
3. Mengenal pasti dari segi keutamaan dalam penggunaan wang gaji pelajar
yang bekerja.
4. Meninjau kesan pekerjaan terhadap proses pembelajaran dan pencapaian
akademik.
SOALAN KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini satu soalan selidik telah dibentuk yang mengandungi
soalan
soalan berikut:
1. Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar sekolah menengah
bekerja di luar waktu sekolah?
2. Bagaimanakah pelajar-pelajar menggunakan pendapatan mereka?
3. Apakah kesan pekerjaan terhadap proses pembelajaran?
4. Bagaimanakah prestasi akademik peperiksaan yang lalu?
BATASAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 3 buah sekolah dipilih b
agi mewakili
setiap zon iaitu zon Pudu, zon Sentul, zon Keramat dan zon Bangsar. Cuma zon Ban
gsar
diwakili oleh 4 buah sekolah. Para pelajar diambil daripada tingkatan 3 hingga t
ingkatan
5.
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini dapat digunakan dalam penggubalan dasar atau undang-undang bagi
mencegah ibu bapa daripada menggalakkan anak-anak mereka yang bersekolah daripad
a
bekerja. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mencegah konflik kepentingan (pre
vent conflict
of interest) dalam kalangan pelajar tentang alam persekolahan dan pekerjaan.
Kajian ini juga akan menyedarkan pihak sektor swasta terutama syarikat dan kilan
g tentang
penggunaan tenaga pelajar sebagai sumber manusia dan kesannya pada masa depan.
Dengan itu, kajian ini dapat mengawal dan mencegah sektor swasta daripada mengam
bil
pelajar bagi mengatasi kekurangan tenaga sumber manusia di pasaran dan menyedark
an
sektor swasta mengenai perlanggaran undang-undang pekerjaan.
Dapatan kajian akan membolekan pihak pentadbir sekolah mengambil langkah-langkah
yang sepatutnya bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang bek
erja
dan membantu dalam pencapaian prestasi akademik mereka.
KAEDAH KAJIAN
Lokasi Kajian
Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan. Seb
anyak
13 buah sekolah menengah telah dipilih sebagai bahan kajian. Sekolah-sekolah yan
g telah
dipilh ialah daripada zon-zon yang berlainan. Setiap zon diwakili 3 buah sekolah
kecuali
zon Bangsar sebanyak 4 buah sekolah. Bagi zon Sentul, SMK Maxwell, SMK(L) Method
ist
Jalan Sentul dan SMK La Salle Sentul. Bagi zon Keramat, SMK Padang Tembak, SMK
Desa Tun Hussein Onn dan SMK Seri Ampang. Bagi zon Pudu, SMK Jalan Cheras, SMK
Jalan Cochrane dan SMK San Peng. Bagi zon Bangsar pula, SMK Confucian, SMK(P)
Methodist Jalan Cenderasari, SMK Vivekanada dan SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang mengandungi 194 item. Soal selid
ik ini
dibahagikan kepada 8 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian
D,
Bahagian E, Bahagian F, Bahagian G dan Bahagian H.
Cara Analisis Data
Selepas memungut data mentah melalui soal selidik maka data-data dikodkan untuk
dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Package for The Social
Sciences (SPSS 7.5). Statistik deskriptif seperti kekerapan dan peratusan diguna
kan
untuk memerihalkan latar belakang responden, faktor yang mendorong bekerja, cara
penggunaan wang, kesan pekerjaan ke atas proses pembelajaran, prestasi akademik
dan
tujuan kehadiran ke sekolah.
ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
Latar Belakang Kajian

Lokasi kajian dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Wilayah Persekutua


n.
Sebanyak 13 buah sekolah menengah telah dipilih sebagai bahan kajian di Wilayah
Persekutuan. Terdapat 4 buah zon iaitu zon Pudu, zon Keramat, zon Sentul dan zon
Bangsar. Zon Sentul terdiri daripada SMK Maxwell, SMK(L) Methodist dan SMK La Sa
lle.
Zon Pudu pula terdiri daripada SMK Jalan Cheras, SMK Jalan Cochrane dan SMK Jala
n
San Peng. Bagi zon Keramat terdiri daripada SMK Padang Tembak, SMK Desa Tun
Hussein Onn dan SMK Seri Ampang. Manakala zon Bangsar terdiri daripada SMK Sri
Pantai, SMK Confucian, SMK(P) Methodist Jalan Cenderasari dan SMK Vivekananda.
Kesemua sekolah ini mempunyai pencapaian akademik yang sederhana.
Responden Kajian Mengikut Tingkatan Pelajar
Dalam menjalankan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar ting
katan 3
hinggga tingkatan 5. Seramai 200 orang responden yang terpilih secara rawak.
Jadual 1: Bilangan dan peratus mengikut tingkatan pelajar

Jadual 1 menunjukkan pelajar tingkatan 5 seramai 106 orang (53.5%), pelajar Ting
katan 4
seramai 83 orang (41.5%) dan pelajar Tingkatan 3 hanya 11 orang (5.5.%) sahaja.
Daripada
data di atas kita dapati lebih tinggi tingkatannya lebih ramai yang bekerja. Apa
bila pelajar
itu mencapai usia 17 tahun, pelajar itu kelihatan lebih matang dan boleh berdika
ri. Apabila
umur seseorang pelajar itu semakin tinggi keinginannya untuk bekerja lebih tingg
i dan
peluang bagi mereka untuk diambil bekerja lebih cerah lagi berbanding dengan pel
ajar di
bawah tingkatan 5. Ibu bapa juga lebih rela anak mereka yang sudah besar untuk k
eluar
bekerja.
Responden Kajian Mengikut Jantina
Jadual 2: Bilangan dan peratus pelajar yang bekerja mengikut jantina

Jadual 2 menunjukkan pelajar lelaki seramai 154 orang (77.0%) dan pelajar peremp
uan
seramai 46 orang (23.0%). Daripada jadual 2, didapati pelajar lelaki yang membua
t kerja
sambilan lebih ramai berbanding pelajar perempuan. Ibu bapa tidak begitu bimbang
melepaskan anak lelaki mereka melakukan kerja sambilan. Tetapi bagi anak perempu
an
mereka keberatan untuk melepaskannya kerana bimbang akan keselamatan anak
mereka.
Bilangan Pelajar Mengikut Kaum
Jadual 3: Bilangan pelajar yang bekerja mengikut kaum
Daripada segi kaum, pelajar Melayu merupakan bilangan yang paling ramai iaitu se
banyak
97 orang (48.5%) daripada 200 orang responden. Manakala pelajar Cina sebanyak 68
orang (34%) dan pelajar India 32 orang (16%). Bilangan mengikut kaum ini bergant
ung
kepada lokasi sekolah-sekolah itu.
Pendapatan Keluarga Pelajar yang Bekerja
Jadual 4: Bilangan dan peratus pendapatan bulanan seisi keluarga
pelajar yang bekerja
Jadual 4 menunjukkan seramai 139 keluarga (69.5%) ialah mereka yang berpendapata
n
bawah RM2000. Pendapatan ini diambil kira setelah mencampurkan seluruh ahli kelu
rga
yang bekerja. Pendapatan seisi keluarga bawah RM2000 masih tergolong dalam kateg
ori
mereka yang berpendapatan rendah di dalam kawasan Lembah Kelang. Memang
pendapatan di bawah RM2000 tidak mencukupi bagi menampung kos hidup yang tinggi
di kawasan Lembah Kelang. Mereka yang berpendapatan tinggi tidak begitu ramai se
perti
yang dinyatakan di dalam jadual. Mereka yang berpendapatan RM4100 sehingga RM600
0
cuma 10 keluarga (5.0%) dan mereka yang berpendapatan lebih daripada RM6100
cuma 5 orang (2.5%). Di sini jelas menunjukkan kebanyakan pelajar yang bekerja a
dalah
yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan pelajar yang
bekerja ini datang daripada keluarga yang berpendatan bawah RM2000. Mereka amat
memerlukan pekerjaan berbanding dengan keluarga pelajar yang berpendapatan lebih
daripada RM4000 ke atas.
Jenis Pekerjaan Pelajar
Jadual 5: Bilangan dan peratus jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pelajar
Daripada jadual 5 menunjukkan pelajar meminati 4 jenis pekerjaan, iaitu bekerja
sebagai
pelayan restoran, jurujual atau pekerja am di pusat membeli belah, pekerja hotel
dan kerja-
kerja lain. Kerja-kerja lain yang dilakukan oleh pelajar ialah seperti menjadi p
embantu di
gerai makan, pembantu kedai runcit, berniaga di pasar malam, menjual telefon bim
bit,
memberi tuisyen, bekerja di kafe siber, memasang khemah, kerja-kerja pendawaian,
penyediaan makanan (catering) dan mencuci kereta.
Pelajar yang bekerja dalam ketegori kerja-kerja lain seramai 55 orang pelajar (2
7.5%) dan
mereka terdiri daripada pelayan di restoran 44 orang pelajar (22.0%), pelajar di
pasaraya
42 orang pelajar(21.0%), pelajar di hotel 26 orang pelajar (13.0%).
Pelajar-pelajar di kawasan Lembah Kelang ramai yang bekerja di restoran makanan
segera seperti Kentucky Fried chicken, MacDonald, Pizza Hut dan Shakeys. Kewujud
an
pasar raya besar seperti Carefour, Makro, Tops, Giant dan Tessco telah memberi b
anyak
peluang pekerjaan kepada para pelajar. Begitu juga kemajuan dalam industri perho
telan
dengan begitu pesat di Lembah Kelang telah menawarkan banyak peluang pekerjaan
secara sambilan.
Ramai pelajar yang membantu ibu bapa mereka berniaga di pasar malam atau di gera
i
makan. Ada yang terpaksa bekerja setiap hari tanpa rehat. Ada juga beberapa pela
jar
yang telah kehilangan ayah terpaksa bekerja setiap hari bagi menyara adik-adikny
a serta
ibunya yang tinggal bersama. Kes-kes begini amat serius memandangkan pelajar-pel
ajar
terpaksa mengorbankan masa depan mereka untuk membantu keluarga yang berada
dalam keadaan yang memerlukan.
Tempoh Masa Bekerja
Jadual 6: Bilangan dan peratus tempoh masa (jam) bekerja dalam sehari
Jadual 6 menunjukkan majoriti pelajar iaitu sebanyak 90 orang pelajar (45%) sang
gup
bekerja 7 jam ke atas dalam masa satu hari. Maknanya mereka sanggup bekerja dari
pada
pukul 3 petang sehingga 12 malam. Pelajar yang sanggup bekerja lebih daripada 7
jam
ialah kebanyakannya pelajar yang bekerja pada hujung minggu. Ini bermakna mereka
menumpukan sepenuhnya kepada pekerjaan daripada pagi sampai ke malam pada hari
Sabtu dan Ahad. Tetapi ada beberapa pelajar yang terpaksa bekerja daripada petan
g
sehingga larut malam pada setiap hari terutama para pelajar yang terpaksa bekerj
a untuk
membantu keluarga. Ada juga yang bekerja setiap hari tetapi hanya mengehadkan ma
sa
antara 3 hingga 4 jam sahaja. Bagi pelajar yang bekerja lebih masa akan memperol
eh
pendapatan yang tinggi tetapi masa pembelajaran pula akan berkurangan. Maka kead
aan
ini boleh menjejaskan prestasi akademik pelajar.
Pendapatan Pelajar
Jadual 7: Bilangan dan peratus pendapatan pelajar yang bekerja dalam
masa seminggu
Jadual 7 menunjukkan pendapatan pelajar yang bekerja dalam masa seminggu dan did
apati
sebilangan besar pelajar memperoleh pendapatan di antara RM51 sehingga RM100
seminggu iaitu seramai 70 orang pelajar (35.0%), 59 orang pelajar (29.5%) memper
olehi
kurang daripada RM50 seminggu. Seramai 41 orang pelajar (20.5%) memperolehi di
antara RM101 sehingga RM150, dan 13 orang pelajar (6.5%) menerima di antara RM15
1
sehingga RM200. Ada juga pelajar yang menerima pendapatan yang agak lumayan iait
u
di antara RM201 sehingga RM500 seramai 17 orang pelajar (8.5%). Para pelajar yan
g
menerima pendapatan yang tinggi ini amat memerlukan pekerjaan untuk menyara diri
sendiri dan membantu keluarga.
Jadual 8: Rumusan faktor-faktor yang mendorong pelajar bekerja
Berdasarkan Jadual 8 yang merumuskan semua faktor yang mendorong pelajar bekerja
didapati faktor mencari pengalaman, untuk mendapatkan wang dan pengaruh kawan
merupakan faktor-faktor utama yang mendorong pelajar untuk bekerja kerana masing
-
masing mempunyai skor min yang tinggi iaitu 3.1, 2.9 dan 2.7.
Faktor lain yang mendorong pelajar untuk bekerja ialah faktor kemiskinan (2.0),
keseronokan
(2.0), kesukaran belajar (1.6), suasana di rumah (1.5) dan suasana di sekolah(1.
4) serta
pengaruh guru (1.4). Faktor yang tidak mendorong ialah tahap literasi(1.1) dan e
skapisme
(1.2).
Kesimpulannya ramai pelajar yang bekerja kebanyakannya ingin mencari pengalaman
dalam bidang pekerjaan yang diminatinya, mencari duit belanja dan terpengaruh de
ngan
pelawaan rakan yang telah bekerja. Ada yang bekerja untuk membantu keluarga teta
pi
bilanganya tidak begitu ramai.
Jadual 9: Rumusan corak penggunaan pendapatan
Jadual 9 menunjukkan rumusan corak penggunaan pendapatan dan didapati pelajar
membelanjakan wang untuk perbelanjaan persekolahan dengan skor min yang tinggi i
aitu
2.4 dan diikuti untuk membantu kelurga skor minnnya 1.7 begitu juga kegunaan sen
diri
skor minnya 1.7.
Manakala untuk kegunaan bersosial dan berekreasi skor minnya 1.6, untuk simpanan
skor minnya 1.5 dan untuk menambah ilmu skor minnya 1.6. Ini bermakna pelajar-pe
lajar
tersebut lebih mengutamakan perbelanjaan persekolahan mereka berbanding dengan
kegunaan lain. Secara tidak langsung mereka telah dapat membantu ibu bapa mereka
dengan mengurangkan beban kewangan.
Jadual 10: Rumusan kesan pekerjaan terhadap proses pembelajaran
Berdasarkan Jadual 10 iaitu rumusan kesan pekerjaan terhadap proses pembelajaran
didapati kesan yang nyata sekali ialah terhadap pelajaran pelajar yang menunjuka
n skor
min yang tinggi iaitu 2.3 dan diikuti oleh kesuntukan masa belajar skor minnya 2
.2 dan
aktiviti kokurikulum skor minnya 1.9.
Selain itu kesan terhadap tumpuan kepada pekerjaan skor minnya 1.8. Keletihan sk
or
minnya 1.8, masalah disiplin 1.5 dan kehadiran pelajar 1.4.
Memang telah dibuktikan bahawa pelajar yang bekerja terutama yang bekerja setiap
hari
akan menghadapi masalah mentelaah buku-buku pelajaran, kekurangan masa dan kuran
g
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Kesan sampingan lain ialah mereka akan b
erasa
letih, masalah ponteng dan masalah-masalah disiplin yang lain.
Pencapaian Akademik
Jadual 11: Bilangan dan peratus keputusan peperiksaan pelajar yang bekerja
Berdasarkan Jadual 11 pencapaian pelajar yang bekerja dalam bidang akademik adal
ah
dalam kategori sederhana dan kurang memuaskan. Dalam mata pelajaran Bahasa Melay
u
pencapaiannya sederhana. Contohnya pelajar yang mendapat gred B seramai 31 orang
(15.5%), gred C 56 orang (28.0 %), gred D 55 orang (27.5%). Tetapi bagi mata pel
ajaran
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah pencapaian mereka kurang memuaskan
.
Dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris yang mendapat gred A cuma 2 orang (1.0%), g
red
B cuma 19 orang(9.5%), gred C 42 orang (21.0%), tetapi gred D seramai 58 orang (
29.0%)
dan gred E seramai 78 orang (39.0%).
Begitu juga dengan mata pelajaran Matematik pencapaiannya juga tidak memuaskan.
Pelajar yang mendapat gred A hanya 9 orang (4.5%), gred B 18 orang (9.0%), gred
C
28 orang (14.0 %), gred D 65 orang (32.5%) dan yang paling ramai gred E iaitu 79
orang
(39.5%).
Bagi mata pelajaran Sains pencapaian mereka agak sederhana. Contoh yang mendapat
gred A hanya 5 orang (2.5%), gred B hanya 6 orang (3.0%), gred C seramai 48 oran
g (24.0
% ), gred D 67 orang (33.5%) dan gred E 49 orang (24.5%).
Begitu juga pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah, Ekonomi Asas, Perdagangan d
an
Prinsip Akaun, majoriti pelajar mendapat gred C, D, dan E. Contohnya bagi mata p
elajaran
Sejarah gred C 41 orang (20.5%), gred D 66 orang (33.0%) dan gred E 54 orang (27
.0%).
Bagi mata pelajaran Ekonomi Asas jumlah pelajar yang mengambilnya seramai 78 ora
ng
dan yang mendapat gred C 15 orang(7.5%), gred D 23 orang (11.5%) dan gred E 22
orang(11%). Yang mendapat gred A hanya 2 orang (1.0 %) dan gred B 6 orang (3.0%)
.
Bagi Prinsip Akaun jumlah pelajar seramai 60 orang dan hanya yang mendapat gred
A
hanya 6 orang (3.0%), gred B cuma 6 orang (3.0 %), gred C 9 orang dan gred D 16
orang
(8.0%) serta gred E 23 orang (11.5%).
Bagi mata pelajaran Perdagangan seramai 100 orang pelajar yang mengambilnya. Tet
api
yang mendapat gred A cuma 2 orang (1.0%), gred B 8 orang (4.0%), gred C 34 orang
(17.0%), gred D 34 orang (17.0%) dan gred E 22 orang (11.0%).
Di sini jelas menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dalam pekerjaan memang ada
kesan
terhadap pencapaian mereka dalam pelajaran. Kebanyakan mereka berada pada tahap
prestasi sederhana dan kurang memuaskan. Tidak ramai pelajar bekerja yang mendap
at
prestasi yang baik dan cemerlang, terutama bagi pelajar yang bekerja setiap hari
sehingga
lewat malam. Mereka tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji pelajaran, membuat
tugasan sekolah dan membuat latihan bagi menghadapi peperiksaan. Dalam keadaan
dan suasana begini sudah tentu mereka tidak akan mencapai keputusan yang baik da
lam
peperiksaan.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Perbincangan Dan Cadangan
Dapatan kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar terlibat dengan kerja-kerja
sambilan.
Memandangkan hasil kajian ini menunjukkan kadar peratus pelajar yang menimbulkan
masalah disiplin agak tinggi dalam kalangan pelajar yang bekerja dan pencapaian
dalam
akademik agak rendah, pihak sekolah perlu mencari lebih banyak maklumat tentang
pelajar-pelajar yang bekerja supaya pihak pentadbir lebih memahami keadaan seben
ar
serta merancang bagi membantu mengatasi masalah mereka, terutama pelajar-pelajar
yang bekerja untuk membantu keluarga.
Kebanyakan sekolah tidak mengetahui atau tidak mahu ambil tahu sangat tentang pe
lajar-
pelajar yang bekerja. Masalahnya ramai pelajar yang bekerja mempunyai keputusan
yang
kurang memuaskan, kerap ponteng sekolah, datang lewat dan tidak membuat tugasan
sekolah. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Guru disiplin mesti ambil tah
u tentang
masalah pelajar-pelajar yang bekerja. Dengan mengambil berat dan mengambil tahu
tentang
masalah pelajar-pelajar ini, satu penyelesaian yang lebih baik boleh dicapai. Ji
ka guru
disiplin dan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar tidak mengetahui punca sebenar pel
ajar-
pelajar yang bermasalah ini, tindakan merotan, mengantung sekolah dan menukarkan
sekolah tidak akan menyelesaikan masalah pelajar terbabit. Kita memerlukan pende
katan
secara holistik bukan secara mekanikal.
Pihak sekolah perlu mempunyai data yang dikemas kini tentang pelajar-pelajar yan
g
bekerja serta kategorikan mereka. Sama ada mereka bekerja setiap hari, pada huju
ng
minggu atau cuti sekolah. Dengan mengetahui sebab-sebab pelajar itu bekerja, pih
ak
sekolah akan dapat memberikan bantuan dan bimbingan yang sewajarnya. Contohnya
pelajar-pelajar yang ingin bekerja untuk mencari pengalaman, kaunselor sekolah b
oleh
membantu mereka dengan menyenaraikan peluang-peluang pekerjaan yang ada. Satu
sistem yang teratur boleh diadakan di peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan N
egeri.
Cadangannya ialah pelajar yang bekerja mesti berumur 16 tahun ke atas. Semua maj
ikan
yang memerlukan pelajar sebagai pekerja sambilan boleh memberitahu kepada kaunse
lor-
kaunselor sekolah. Pelajar boleh memilih kerja yang mereka minati dengan bertany
akan
kepada kaunselor sekolah. Permit kerja dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Neger
i.
Dalam permit ada syarat-syaratnya seperti masa bekerja maksima 4 jam sehari dan
perlu
ada perlindungan insurans sementara. Pelajar dibenarkan bekerja pada hujung ming
gu
dan cuti persekolahan sahaja. Bekerja pada setiap hari bergantung kepada keadaan
keluarga pelajar dan keperluannya. Cara yang teratur, terkawal dan bersistematik
dapat
melindungi pelajar daripada ditindas oleh majikan mereka dan mengelakkan pelajar
terlalu
menumpukan kepada pekerjaan daripada pelajaran.
Sungguhpun ramai pelajar yang bekerja mempunyai pencapaian sederhana dan rendah
dalam bidang akademik tetapi tidak semestinya bermaksud bahawa sesiapa yang
melakukan pekerjaan sambilan akan mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.
Kemungkinan apabila pelajar-pelajar tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik s
emasa
di sekolah menyebabkan mereka mencari alternatif lain iaitu pekerjaan sampingan
sebagai
satu cara mencapai kepuasan diri (Tymme and Fitz-Gibbon,1992). Kajian lanjutan d
iperlukan
untuk menentukan perhubungan di antara pencapaian akademik dengan bekerja secara
sambilan.
Sungguhpun kebanyakan pelajar yang bekerja secara sambilan mempunyai prestasi
akademik yang sederhana dan rendah tetapi ada antara mereka yang sudah merancang
untuk masa depan. Mereka sedar yang mereka tidak berupaya mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik, itu sebabnya mereka telah mula mencari pengalaman bekerja
sebagai persediaan selepas tamat sekolah. Ramai yang bekerja di restoran, pasar
raya,
hotel, salon, kedai telefon dan sebagainya serta meneruskan pekerjaan itu selepa
s tamat
persekolahan. Sekurang-kurangnya pelajar ini tidak membuang masa, melepak atau
melakukan jenayah tetapi mereka telah dapat menimba pengalaman dan kemahiran.
Sungguhpun mereka kurang berminat dalam bidang akademik tetapi mereka adalah
pelajar yang mahu bekerja dan ada perancangan untuk masa depan.
Walau bagaimanapun pelajar-pelajar sekolah yang melakukan kerja sambilan tidak b
oleh
dianggap sebagai satu kegiatan yang negatif atau sesuatu yang merunsingkan pihak
sekolah. Dalam kajian ini kebanyakan pelajar bekerja pada hujung minggu. Ini men
unjukkan
pelajar-pelajar tidak mahu mencampuradukkan antara kerja dan akademik. Bekerja p
ada
hujung minggu tidak menganggu tugas-tugas di sekolah. Selain daripada memenuhkan
masa pada hujung minggu dengan kegiatan yang berfaedah, pelajar-pelajar dapat me
ncari
duit belanja, membantu keluarga dalam bisnes, memperoleh kemahiran pekerjaan sep
erti
pengurusan diri, taat kepada ketua, menguruskan masa dengan baik dan kemahiran
berkomunikasi dengan orang awam semasa bekerja.
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Kebanyakan daripada pelajar yang bekerja sebenarnya suka belajar jikalau mereka
ini
diberi panduan dan bimbingan dan kemungkinan besar pencapaian akademik boleh
diperbaiki. Kaunselor haruslah memainkan peranan yang aktif dalam menyedarkan
pelajar-pelajar tentang kepentingan pendidikan, hala tuju pelajar pada masa hada
pan dan
peluang-peluang kerjaya yang lebih baik.
Apabila ibu bapa dan anak-anak turut bekerja, mereka mempunyai masa yang terhad
untuk bermesra dan berinteraksi antara satu sama lain. Akibatnya pelajar-pelajar
ini cuba
mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan. Pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Ne
geri
dan Jabatan-jabatan kerajaan boleh membantu dengan mengadakan program motivasi
untuk pelajar-pelajar dan kursus parenting skills untuk ibu bapa.
Kita dapati golongan remaja lebih mementingkan persahabatan daripada nasihat ora
ng
yang lebih tua. Banyak nasihat telah disampaikan kepada para pelajar semasa perh
impunan
tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Pihak sekolah perlu mengubah strategi
dan
pendekatan bagi memujuk hati nurani para pelajar ini khususnya yang bekerja. Pro
gram
Rakan Sebaya dan Program mentor-mantee patut diadakan.
Pelajar yang tinggi pencapaian akademik serta mempunyai sahsiah yang baik perlu
dijadikan mentor atau kakak/abang angkat. Guru-guru patut mengambil inisiatif un
tuk
mengeratkan hubungan guru-pelajar supaya para pelajar ini tidak dipengaruhi oleh
rakan
sebaya. Pihak sekolah dan kementerian patut mengadakan kursus pendekatan psikolo
gi
untuk guru-guru supaya mereka dapat membantu para pelajar seperti ini.
Remaja mempunyai keinginan untuk membentuk identiti diri mereka. Kebanyakan seko
lah
lebih mementingkan prestasi akademik dan mengenepikan perkembangan sahsiah
pelajar. Pihak sekolah perlu menganjurkan pelbagai aktiviti seperti khemah kerja
atau
kursus kepimpinan, bina semangat, jati diri, pengurusan diri, membina keyakinan
diri dan
program lain yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain dan masya
rakat
luar dengan lebih berketrampilan.
Pelajar bekerja bukan kerana tidak suka kepada sekolah tetapi atas sebab-sebab t
ertentu.
Pihak sekolah harus meningkatkan dan mengekalkan iklim sekolah yang kondusif, ce
ria
dan selamat. Pihak sekolah juga perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik
agar
tumpuan para pelajar ini lebih kepada sekolah dan bukan kepada alam pekerjaan.
CADANGAN KAJIAN LANJUT
Kajian tentang para pelajar yang bekerja merupakan satu kajian yang baik. Pada m
asa akan
datang sampel kajian yang lebih besar boleh digunakan mungkin untuk satu negeri,
antara
bandar-bandar besar sahaja seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Georgetown dan ban
dar
lain. Sampel kajian untuk tujuan perbandingan seperti antara pantai barat dan pa
ntai timur
boleh juga dilakukan. Di sini kita boleh lihat dari segi jenis pekerjaan dan asp
ek-aspek
yang boleh menunjukkan banyak perbezaan. Mungkin kajian ini boleh dilakukan meng
ikut
satu jantina sahaja contohnya pelajar perempuan terutama di kawasan bandar. Dari
segi
kaedah juga boleh diubah. Selain daripada soal selidik, penyelidik boleh menggun
akan
kaedah temuduga dengan pelajar dan ibu bapa. Kaedah begitu lebih mendalam dan le
bih
terperinci. Kita dapat mengetahui keadaan dan kedudukan yang sebenar masalah yan
g
dihadapi oleh pelajar.
KESIMPULAN
Para pelajar yang bekerja ini masih berminat dalam pelajaran walaupun ramai anta
ra
mereka berada di kelas-kelas yang prestasi akademiknya kurang memuaskan. Para pe
lajar
di kawasan bandar seperti di Lembah Kelang mempunyai banyak peluang pekerjaan
secara sambilan. Jenis pekerjaan yang diceburi bukanlah jenis kerja yang berat a
tau
meletihkan maka impak terhadap pencapaian akademik adalah kurang signifikan teta
pi
masalahnya ada sesetengah pelajar yang menghabiskan lebih banyak masa kepada
pekerjaan berbanding dengan pelajaran dan aktiviti di sekolah. Para pelajar inil
ah yang
akan menghadapi konflik antara pekerjaan dan pelajaran di sekolah. Tetapi sebena
rnya
bergantung kepada matlamat dan fokus pelajar selepas tamat persekolahan.

BIBLIOGRAFI
Barton, P. (1989). Earning and learning: The academic achievement of high school
juniors
with jobs. Princeton, NJ: National Assessment of Educational Progress, Education
Testing Service.
Bachman, J., & Schulanberg, J. (1991). Part-time work by high school seniors: So
rting out
correlates and possible consequences. Ann Arbor, MI: Institute for Social
Research.
Bedenbaugh, E. H., & Garvey, R. C. (1993). Competing for time: School and teenag
e
employment. NASSP Bulletin, 74-81.
Cheng, M. (1995). Issues related to students part-time work: What did research f
inding in
the Toronto situation and other context? (Report No. 215). Ontario, Canada: Toro
nto
Board of Education. (ERIC Document Reproduction Service No. ED389827)
Coleman, J. S. (1961). The adolescent society. New York: Free Press of Glencoe.
Demico, R. (1984). Does employment during high school impair academic progress?
Sociology of education, 57, 152-164.
Elliot, D., & Wofford, S. (1991). Adolescent employment. Boulder, CO: Institute
of Behavioral
Science, University of Colorado.
Erikson, E. (1963). Childhood and society. New York: Norton.
George, M. (1991). Children s participation in work activities in peninsular Malay
sia.
Unpublished doctoral dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Greenberger, E., & Steinber, L. (1986). When teenagers work: The psychological a
nd social
costs of adolescent employment. New York: Basic Books.
Hobbs, S., Lindsay, S., & McKechnie, J. (1993). Part-time employment and schooli
ng.
Scottish Education Review, 25(1), 53-60.
Johnston, L., Bachman, J., & O Malley, P. (1982). Monitoring the future: Questiona
re
responses from the nation s high school seniors, 1981. Ann Arbor, MI: Institute fo
r
Social Research.
Yonemoto, H. (1998). Part-time job for student. Retrieved Julai 20, 2005 from ht
tp://www.
mcb.co.uk/jea.htm