You are on page 1of 3

TEMPAT LETAK KERETA

Latarbelakang

Kepesatan pembangunan di negara ini telah menyebabkan pemilikan dan penggunaan


kenderaan persendirian di Malaysia telah meningkat dengan mendadak. Kesan secara langsung
dengan peningkatan bilangan kenderaan bermotor ialah permintaan yang tinggi terhadap ruang
tempat letak kereta, terutamanya di kawasan bandar.

Definisi

‘Ruang yang disediakan secara terancang sebagai tempat untuk meletak kereta ataupun
kenderaan-kenderaan lain.’

Dasar-dasar Pelaksanaan

• Penyediaan Rancangan Tempat Letak Kereta Yang Komprehensif Di Peringkat Bandaran


ƒ Setiap PBT perlu menyediakan rancangan tempat letak kereta yang
komprehensif di peringkat bandaran dan diintegrasikan dalam
rancangan tempatan untuk 5 hingga 15 tahun.

• Penentuan Had Maksimum Bilangan Tempat Letak Kereta


ƒ Menentukan jumlah maksimum kereta di sesebuah bandar
berdasarkan kepada kapasiti jalan radial yang menuju ke pusat
bandar.

• Perincian Penyediaan Tempat Letak Kereta Dalam Projek Pembangunan


ƒ Setiap pemaju mesti membentangkan perincian rancangan penyediaan
tempat letak kereta mengikut piawaian dalam permohonan kebenaran
merancang.
ƒ Laporan cadangan pemajuan perlu menggariskan jangkaan jumlah
keperluan tempat letak kereta, bilangan petak letak kereta yang akan
disediakan, jenis struktur tempat letak kereta dan cara kutipan
bayarannya.

• Syarat Berkaitan Kemudahan Letak Kenderaan Dalam Pengeluaran Sijil Layak


Menduduki (CFO)
ƒ Ruang dalaman yang direka bentuk dengan mempamerkan rangka
struktur yang kemas dan bersih, mempunyai sistem mekanikal dan
elektrikal yang berkualiti, mewujudkan tataatur dan ‘signage’ yang
memberikan orientasi pergerakan yang jelas kepada pengguna.

• Penyediaan Tempat Letak Kereta Berkongsi


ƒ Menggalakkan pelaksanaan projek pembangunan bercampur atau
bersepadu yang mengelompokkan tiga atau lebih guna tanah dan
aktiviti perniagaan yang berbeza dalam sebuah bangunan / kompleks
yang sama.

• Konsep Tempat Letak Kereta Guna Sama (Joint Use Parking)


ƒ Jarak pembangunan berasingan yang tidak melebihi 400 meter dan
mempunyai masa puncak penggunaan tempat letak kereta yang tidak
konflik.

• Pengenalan Skim ‘Parking Impression’


ƒ PBT perlu meningkatkan bilangan tempat letak kereta dalam ruang
sedia ada supaya mampu menambahkan kereta sebanyak 30% - 60%
dari bilangan asal tanpa melibatkan tanah tambahan.

• Dasar Bayaran Tempat Letak Kereta


ƒ Mengenakan kadar bayaran yang lebih tinggi untuk mengurangkan
jumlah kereta di pusat bandar.
Garis Panduan Umum

• Pengelasan Piawaian Mengikut Saiz Penduduk Bandar


ƒ Keperluan dan penggunaan tempat letak kereta bergantung kepada
jenis, skala dan tumpuan aktiviti serta jumlah penduduk bandar.

• Piawaian Berdasarkan ‘Modal Split’ Perjalanan Bandar


ƒ Piawaian penyediaan tempat letak kenderaan bagi beberapa jenis guna
tanah hendaklah ditentukan berdasarkan beberapa nilai ‘modal split’
mod pengangkutan persendirian kepada bilangan perjalanan
menggunakan mod pengangkutan awam.

Garis Panduan Khusus

• Garis Panduan Tempat Letak Kereta Perumahan


ƒ Tempat letak kenderaan berat di kawasan perumahan kos rendah
(termasuk lori, treler, bas dan jentera berat).
ƒ Pembangunan perumahan yang berhadapan dengan jalan tempatan,
jalan susur atau jalan cul-de-sac.
ƒ Penyediaan tempat letak kereta dalam pembangunan kondominium
secara mekanikal.
ƒ Garis panduan tempat letak kereta berdasarkan modal split:
ƒ Kondominium atau apartmen mewah - bandar
melebihi 1 juta penduduk.
ƒ Kondominium atau apartmen mewah - bandar 300
ribu hingga 1 juta penduduk.
ƒ Kondominium atau apartmen mewah - bandar 100
ribu hingga 300 ribu penduduk.
ƒ Apartmen kos sederhana - bandar melebihi 1 juta
penduduk.
ƒ Apartmen kos sederhana - bandar 300 ribu hingga 1
juta penduduk.
ƒ Apartmen kos sederhana - bandar 100 ribu hingga
300 ribu penduduk.
ƒ Apartmen kos rendah - semua bandar.
ƒ Piawaian Tempat Letak Kereta Perumahan
ƒ Garis Panduan Dan Piawaian Tempat Letak Kereta Perdagangan
ƒ Garis Panduan Tempat Letak Kereta Perindustrian
ƒ Penyediaan tempat letak kereta secara berkelompok.
ƒ Penyediaan tempat letak kereta di dalam plot industri.
ƒ Penyediaan tempat letak kereta bagi kilang industri
khas.
ƒ Piawaian Tempat Letak Kereta Perindustrian
ƒ Garis Panduan Tempat Letak Kereta Institusi
ƒ Piawaian Tempat Letak Kereta Institusi
ƒ Piawaian Tempat Letak Kereta Rekreasi
ƒ Garis Panduan Tempat Letak Kereta Aktiviti-Aktiviti Lain Di Bandar

Contoh Tempat Letak Kereta Pinggir Jalan Yang Mempunyai Ruang Landskap

(gambar)
Konsep Perletakan Ruang Tempat Letak Kereta

(gambar)

You might also like