.

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 PENSYARAH PROF DR AMRAN MUHAMMAD TUTOR CIK WAN NURUL ASNIDAYU BINTI WAN ZAWAWI

NAMA : NURUL FARAH AMEERA BTE AB MALIK NO. MATRIK : JEA080105 TAJUK : TOKOH NEGARAWAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

SEMESTER 1 / SESI 2008/09

PENGENALAN
Falsafah yang mengandungi cantuman dua perkataan yang memberi dua semantic iaitu ‘philo’ bermaksud cinta dan ‘sophia’ iaitu kebijaksanaan. Semantic falsafah yang boleh diertikan sebagai cinta kepada kebenaran. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba yang digunakan oleh Pythagoras ( 570 – 504 Sebelum Masihi ) Dalam pendekatan islam, falsafah disebut sebagai falasifah yang bermaksud hikmah dimana membawa perubahan daripada perubahan Yunani kepada islam. Oleh itu, konteks Islam menyatakan bahawa hakim mempunyai 3 kepakaran iaitu kadi, doctor dan ahli falsafah. Falsafah juga sebagai proses mengasah, menajam, menghalusi, akal budi pekerti bagi mengangkat martabat insan hampir kepada Tuhan. Sebagai contohnya manusia ke tempat yang lebuh tinggi seperti tumbuhan di mana mineral dan batu batan tidak bergerak serta perbezaan haiwan dan manusia iaitu akal.

Falsafah ini dapat dilihat dalam ketokohan Tun Dr Mahathir Mohamad dimana beliau dianggap sebagai seorang pemikir dan revolusiner ketika beliau mentadbir Negara.

LATAR BELAKANG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 disebuah Rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada daripada sembilan orang anak hasil daripada perkahwinan Encik Mohamad bin Iskandar dengan Wan Tenpawan binti Wan Hanafi. Nama Tun Dr Mahathir Mohamad terus diingati sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” iaitu sebagai tokoh negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia Sebuah Negara moden, maju terkehadapan dalam era globalisasi. Beliau dianugerahkan pangkat Tun iaitu pangkat kehormat yang tertinggi di Malaysia. Perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan Pemimpin yang paling lama menerajui di Asia Tenggara.

FALSAFAH TUN DR MAHATHIR DALAM PENTADBIRANNYA

Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai seorang pemikir dan revolusiner. Beliau mempunyai ketajaman dan kualiti pemikiran dimana sukar untuk orang lain menjangkaunya. Hal ini kerana, kekuatan pemikiran beliau terletak pada kesan dan yang ditunjukkan daripada tindakan atau kerja – kerja yang dilaksanakan daripada pemikiran tersebut.

Pemikiran beliau yang terhasil daripada hati yang bersih dan ikhlas serta idea – idea yang diterjemahkan melalui tindakannya yang berani dan berorientasikan masa depan (futuristic). Hal ini dapat diadaptasi melalui jenis – jenis ilmu pengetahuan manusia. Hasil pemikiran beliau yang bitara dan murni itu telah membuahkan hasil dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, social, pendidikan, sukan dan sebagainya yang telah dicapai oleh Malaysia.

Oleh hal yang demikian, beliau mempunyai pendekatan dan cara tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan tidak terikat dengan cara lama atau cara orang lain. Sehubungan itu, sebagai seorang doctor beliau mengaplikasikan dengan cara yang tersendiri iaitu ‘Formula Mahathir’. Oleh itu,

wajar pemikiran beliau termasuk sikap, pandangan, pendirian, dan tindakan Tun Dr Mahathir ini diberi perhatian yang mendalam dan menuntut satu usaha untuk mengupas kekuatan dan rahsia disebalik pemikiran tersebut.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen ‘Bersih – Cekap – Amanah ‘ dan ‘ Kepimpinan Melalui Teladan ‘ ke arah menerap nilai kebertanggunggjawab dan nilai etika murni dalam kalangan kakitangan awam khususnya dan masyrakat amnya. Beliau juga memperkenalkan “kad perakam waktu” dan pemakain tanda nama kepada kakitangan kerajaan dimana mahukan rakyat menepati masa dan bekerja keras. Hal ini kerana, beliau ingin perubahan berlaku dalam minda dan fizikal rakyat dimana Malaysia berada dalam pentas dunia.

Melalui theoria Tun Dr Mahathir Mohamad melalui praxis seterusnya poesis dimana Wawasan 2020 menampilkan satu dasar khas yang merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, social dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada Negara. Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan Negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi Negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat kepada cara dan corak Negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang sempurna dengan

nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh Negara – Negara lain.

Metafizik dalam Wawasan 2020 yang terkandung cabaran yang hendak dipenuhi menjelang tahun 2020 yang meliputi aspek –aspek dalaman dan luaran yang menentukan arah tujuan dan sasaran untuk menjadi Malaysia sebuah Negara maju. Aksium cabaran dalam Wawasan 2020 adalah : 1. membentuk sebuah Negara bangsa yang bersatu padu 2. melahirkan sebuah masyarakat manusia yang bebas, teguh, dan mempunyai kenyakinan diri. 3. membangunkan masyarakat demokratis yang matang. 4. membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya. 5. mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleransi. 6. membentuk masyrakat yang bersifat sains serta progresif. 7. mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. 8. menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. 9. mewujudkan masyarakat yang makmur.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga menampilkan ‘Dasar Pandang Ke Timur’. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua Negara Korea Selatan dan Jepun. Beliau menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu aksiologi yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Selain daripada itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan konsep Pensyarikatan Malaysia dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah

syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi oleh Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada sector swasta untuk turut memacu Negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej Negara. Salah satu langkah ke arah mencapai system ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sector industri berat.

Dalam usaha ke arah membina Negara maju proses indrustrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan ‘Dasar Perindustrian Negara’ yang bertujuan mengubah corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada industri. Dimana mengorientasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan simplistic mempertingkatkan techne Negara melalui pemindahan techne. Rakyat Malaysia perlu meneruskan tranformasi ini kerana bukan hanya melibat pertanian kepada industri tetapi perubahan techne, ekonomi, social dan kebudayaan. Melalui dasar ini, HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.

Selain daripada itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberikan penekanan kepada pembangunan akademik. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang dating menimba ilmu tetapi juga kepada universitiuniversiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu sama ada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi

pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Hal ini tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecemerlangan pendidikan juga diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan ‘sekolah bestari’ (smart school).

KESIMPULAN
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pesaraannya dalam dasarnya di perhimpunan Agung UMNO. Sehingga kini beliau dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun hanya memimpin sebuah Negara yang kecil. Beliau bukan hanya memerdekakan negaranya dari segi politik tetapi ekonomi serta yang lebih penting spiritualnya.

Selain itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha memerdekakan Negara – Negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas dapat dilihat muflis idealistiknya. Bagi beliau falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan sebaliknya.

SUMBER RUJUKAN

1. Hashim b. Hj Musa, PH. D, Akademi Pengajian Melayu 2001 ; Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu (Suatu Pengenalan). Akademi Pengajian Melayu : Universiti Malaya. 2. http://www.google.com/tokoh negara malaysia 3. http://www.google.com/tun dr mahathir mohamad 4. http://klinikmahathir.blogspot.com/2006/12/pemikiran

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful