FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA II04

TOKOH FALSAFAH ( IBNU SINA )
NAMA ROHANI BINTI ZAKARIA NO. MATRIK JEA 080116 NAMA PENSYARAH DR. AMRAN MUHAMMAD SESI 2008 / 2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

IBNU SINA

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina . Di negara barat , beliau dikenali dengan nama Avicenna . Beliau dilahirkan pada tahun 370 hijrah bersamaan 980 masihi di desa Afshana berdekatan dengan Bukhara di Uzbekistan .

Pelajaran yang pertama diterima oleh Ibnu Sina pada zaman kanak-kanak adalah Al –Quran dan sastera yang diperolehi secara tidak formal . Semasa berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu agama seperti ilmu tafsir , fiqh , usuluddin dan tasawuf . Beliau dibimbing dan dididik oleh ayahnya sendiri bersama sahabat karib ayahnya iaitu Abdullah Natili . Antara bidang yang berjaya dikuasainya termasuklah bidang falsafah , kedoktoran , geometri , astronomi , muzik , syair , teologi, politik , fizik , matematik, kimia, sastera dan kosmologi .

Beliau kemudiannya mempelajari ilmu kedoktoran dari tangan Al-Naili , Al –Misi bin Yahya , Abi Sahl Al- Masihi dan Abu Mansur Al- Qamari. Ketika umurnya meningkat 18 tahun , beliau telah menjadi “Doktor Diraja” . Hal ini adalah kerana beliau

telah menyembuhkan Nub Ibnu Mansur iaitu Raja Bukhara yang mengidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh beberapa doktor yang terkenal pada waktu itu . Peristiwa ini menjadi titik tolak bermulanya hubungan Ibnu Sina dengan pihak istana . Beliau cuba mendalami falsafah tetapi tidak dapat memahamimya. Ekoran daripada itu , beliau telah dilantik sebagai doktor istana . Pelantikan tersebut merupakan peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana . Ibnu Sina merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal . Beliau pernah menulis sebuah buku Al–Najah yang membicarakan persoalan falsafah . Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah Al –Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle . Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates . Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah , lendir , hempedu kuning dan hempedu hitam . Ibnu Sina telah menapis teori-teori tersebut kerana teori itu didapati tidak tepat. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah , air , api dan angin . Beliau juga percaya bahawa penyakit dapat di tawan dengan adanya ketahanan semulajadi dalam tubuh manusia .

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan tetapi juga dilihat dalam bidang falsafah . Ibnu Sina berpendapat bahawa ilmu matematik juga boleh digunakan untuk mengenal tuhan . Ahli falsafah Yunani iaitu Phthagoras menghuraikan sesuatu kejadian atau sesuatu barangan mempunyai angka- angka dan angka itu berkuasa di alam ini . Berdasarkan pandangan itu, maka Iman Al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan yahudi dan nasrani .

Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan tuhan kerana dalam bukunya iaitu AnNajah menyatakan pencipta yang dinamakan sebagai “ Wajib al-Wujud ” adalah satu . Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dipecahkan . Menurut Ibnu Sina , segala yang wujud (mumkin al –wujud ) terbit daripada “wajid al – wujud ” iaitu yang tiada permulaannya .

Pemikiran Falsafah dan konsep ketuhanan telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab “Himah Ilahiyyah ” dalam fasal tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan . Pemikiran ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah . Al –Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul ‘tahafat al – falasifah’ iaitu tidak ada kesinambungan dalam pemikiran ahli falsafah untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan Al – Farabi .

Ibnu Sina mentakrifkan ilmu perubatan sebagai suatu bidang pengetahuan yang memperkatakan tentang keadaan sakit dalam tubuh manusia bermatlamatkan

menggunakan cara- cara yang sesuai untuk mempertahankam serta memulihkan kesihatan . Ibnu Sina juga banyak menulis karya perubatan dalam bahasa Arab dan beberapa buah karya bahasa Parsi . Beliau terkenal dengan asas- asas falsafah ilmiah perubatan serta kecenderungannya dalam menguasai cara rawatan yang menggunakan unsur-unsur psikologi bagi merawat pesakit-pesakit jasmani atau perubatan psikosomatik.

Pengaruh Ibnu Sina sebagai ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah sangat luas . Karyanya yang terdiri daripada 14 jilid mendapat perhatian saintis Barat . Pada abad ke-12 masihi , Gerad De Cremone telah menterjemahkan buku

Ibnu Sina ke dalam bahasa Latin . Falsafah dan teori perubatan Ibnu Sina didalam bukunya yang mengandungi 14 jilid itu merumuskan pelbagai pendapat , antaranya perubatan ialah satu cabang ilmu tentang kesihatan dan penyakit pada tubuh manusia , tugas doktor adalah untuk pemulihan atau penjagaan keadaan keseimbangan yang disebut kesihatan dan keadaan tubuh setiap individu akan menentukan bahan makanan yang bermanfaat baginya .

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah sangat luas . Buku karangannya Al-Qanun Fit- Tibb ( peraturan perubatan ) terdiri daripada14 jilid . Dalam buku ini terdapat banyak himpunan perbendaharaan ilmu perubatan . Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina iaitu dari segi penggunaan ubat , diognosis dan pembedahan . Buku Al-Qanun Fit Tibb merupakan sebuah kitab perubatan iaitu sebuah ensiklopedia yang memuatkan sekitar satu juta kata yang dijadikan rujukan di Barat .

Al- Qanun Fit Tibb digunakan sebagai buku teks kedoktoran dipelbagai universiti di Perancis . Al-Qanun Fit Tibb membincangkan serta mengetengahkan mengenai penyakit saraf . Dalam buku tersebut terdapat cara-cara pembedahan yang menekankan keperluan pembersihan luka . Terdapat juga hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina sangat tinggi . Buku ini telah dicetak sebanyak 16 kali iaitu 15 edisi dalam bahasa Latin dan satu edisi dalam bahasa Yahudi . Selain diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Yahudi , ia turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris , Perancis , Sepanyol dan Itali.

Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “ Bapa Doktor ” kerana Ibnu Sina telah menyatukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri . Selain itu , Ibnu Sina juga pernah diberi gelaran sebagai “medicorum principal ” atau “ Raja Di raja Doktor ” oleh kaum Skolastik . Gelaran Raja Ubat juga pernah diberikan kepada Ibnu Sina . Malahan dalan dunia islam , ia dianggap sebagai “ Zenith ” iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran .

Kesimpulannya , Ibnu Sina bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan tentang falsafah tetapi juga dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun menjadi mahaguru ilmu tersebut . Selain bidang falsafah dan perubatan , Ibnu Sina turut menguasai bidang geometri , astronomi , muzik , syair , politik , kimia , sastera dan kosmologi.

Ibnu Sina meninggal dunia di Hamdan ketika berusia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H /1037 M . Dalam rangka-rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya , ( Fair Millenium ) di Tehran pada tahun 1955 M , telah menobatkannya sebagai “ Father Of Doctor ” untuk selama-lamanya . Ketokohan Ibnu Sina dalam bidang falsafah dan perubatan sangat dikagumi oleh masyarakat islam . Hal ini kerana asas ilmu perubatan moden sekarang berasal daripada konsep-konsep yang ditimbulkan oleh pakar- pakar perubatan islam .

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan . 2007 . Falsafah dan Logika Melayu . Jabatan Bahasa melayu , akademi Pengajian Melayu , universiti Malaya . Baharuddin Yatim dan Sulaiman Nordin . 1997. Sains Menurut Perspektif Islam . Cetakan 9 . Pusat pengajian Umum UKM, Bangi :Fulson Trading Company . Hashim Musa . 2001 . Falsafah , Logik , Teori Nilai dan Etika Melayu .Akademi Pengajian melayu , Universiti Malaya . Hassan Ahmad .1985 . Pengenalan Tamadun Islam dalam Ilmu Perubatan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Zainal Abidin Ahmad . 1974 . Negara Adil Makmur Menurut Ibnu Sina , Teori Kenegaraan dari Filosof dan Doktor Islam Berkaliber (International Ibn Sina ) ( 370-425 H / 980-1033 M ) . cetakan 1. Jakarta : Bulan Bintang . http://google.com/ pantun

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful