You are on page 1of 3

3.

0

ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Dalam usaha menjadikan suasana bilik darjah yang mesra budaya, pelbagai cara boleh diadaptasikan oleh guru yang bertindak sebagai pihak yang menguruskan bilik darjah. Sebagai contoh utama yang sering diguna pakai ialah pelan susunan meja murid di dalam bilik darjah. Mengapa susunan meja menjadi satu aspek penting? Hal ini kerana suasana mesra budaya wujud apabila murid-murid yang berlainan bangsa dicampurkan kedudukan mereka semasa berada dalam suasana pengajaran dan pembelajaran (PnP). Bagi memastikan susunan meja diaturkan dengan baik dan berkesan, kreativiti sebagai seorang guru sangat diperlukan. Selain itu, guru perlu mengambil perhatian tentang aspek agama dan budaya hidup masyarakat berbilang kaum. Perkara ini perlu dititik beratkan supaya tidak menyentuh isu sensitif agama dan bangsa itu sendiri. Sebagai contoh, aspek menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga perlu dipandang serius. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang masih meneroka alam sekeliling mereka dan perkara sebegini perlu dididik sejak kecil lagi. Murid-murid ini juga perlu didedahkan dengan budaya masyarakat berlainan bangsa. Sehubungan itu, mereka dapat mengetahui dan mempelajari cara hidup serta sosio budaya rakan mereka. Pada peringkat ini, murid yang sedang meneroka suasana sekeliling semestinya lebih berminat untuk mengkaji tentang perkara-perkara baru. Apa yang penting tentang suasana mesra budaya ini ialah bertujuan meningkat perpaduan antara murid-murid yang berlainan bangsa. Apabila sejak kecil lagi mereka telah didedahkan dengan pengetahuan tentang sosio budaya, mereka akan lebih bijak dan matang dalam perkara yang melibatkan perpaduan dan kerjasama antara rakan yang berlainan bangsa dan agama. Secara tidak langsung, mereka tidak mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dalam bekerja dalam satu kumpulan yang terdiri daripada murid-murid berlainan bangsa dan agama.

3.1

ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH DARI SEGI SUSUNAN MEJA DAN

KETERANGANNYA

Petunjuk: Papan hitam Meja guru Meja murid

Gambar rajah di atas merupakan satu contoh lakaran pelan susunan dalam bilik darjah yang menunjukkan dalam satu kumpulan mempunyai tiga orang murid. Murid-murid ini disusunkan secara berselang-seli mengikut bangsa Melayu, India dan Cina. Mereka juga boleh berkerja dalam satu kumpulan dan bercampur dengan baik semasa dalam proses PnP. Berdasarkan gambar rajah juga dapat dilihat meja murid di bahagian hadapan dan tengah disusun secara senget menghala ke papan hitam. Susunan ini bertujuan memberikan fokus yang lebih daripada murid semasa belajar. Dalam erti kata lain, mereka senang untuk melihat apa yang ditulis oleh guru di hadapan. Kedudukan meja guru di hadapan pula bertujuan memudahkan guru memantau aktiviti murid-murid di dalam bilik darjah. Walau bagaimana cara susunan sekalipun, guru perlu memastikan bahawa susunan di dalam bilik darjah tidak terlalu rapat dan sesak kerana ianya boleh mengehadkan pergerakan murid dan guru sendiri untuk bergerak dalam bilik darjah. Susunan meja dan pemilihan murid untuk mengambil tempat duduk juga perlu diaturkan oleh guru. Sehubungan itu, guru perlulah mengkaji dan mengetahui dengan lebih dalam tentang karekter murid-muridnya di dalam bilik darjah. Apabila guru membuat keputusan bijak dalam mengatur murid-murid, kemungkinan untuk berlaku pelbagai masalah di dalam bilik darjah dapat diatasi. Secara keseluruhannya, susunan yang teratur dan kemas, kedudukan murid di meja yang dipilih oleh guru bakal memastikan kelancaran proses PnP dan murid juga dapat belajar dengan tenang. Guru pula tidak perlu bersusah payah untuk mendapat kawalan kelas yang terbaik.