FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104 Tokoh Falsafah: SYEIKH NURUDDIN AL-RANIRI

Nama Pelajar: No. Fihrasat:

Norisha Binte Ismail JEA 080711

Nama Pensyarah: Dr. Amran Muhammad Nama Tutor: Cik Siti Hadijah

LATAR BELAKANG TOKOH

Nama lengkap al-Raniri ialah Nuruddin Muhammad b. Ali. Hasanji b. Muhammad Hamid al-Quraysyi al-Syafii al-‘Asy’ari al-‘Aydarusi al-Raniri. Beliau merupakan anak kelahiran Aceh-Gujarat. Ranir ialah sebuah daerah yang terletak dekat Surat di Gujarat, India, yang merupakan sebuah pelabuhan terkenal di Pantai India Selatan pada ketika itu. Manakala, tarikh kelahirannya tidak seorang pun daripada kalangan ahli sejarah yang mencatatnya termasuklah P.Voorhoeve tetapi kemungkinan besar, menjelang pada akhir abad ke-16 Masihi. Beliau tinggal di Aceh antara 1637 – 1644 Masihi dan mempunyai hubungan rapat dengan sultan. Salah seorang bapa saudara beliau iaitu Muhammad Jilani al-Raniri turut mengajar di Aceh, pada awalnya mengenai fikah tetapi kemudiannya berkenaan tasawwuf. Nuruddin alRaniri diterima masuk ke dalam tarekat Rifaiyyah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Rifai yang meninggal dunia pada 578 Hijrah. Guru beliau yang terkenal ialah Abu Hafs Ahmad ibni ‘Abd Allah Ba Syayban, al-Tarimi al-Hadrami yang meninggal dunia pada 1066 Hijrah. Beliau mengaku turut mendapat ilmu daripada gurunya di Hadramaut. Tarekat Rifaiyyah kekal di Aceh sehingga abad ke-19. Syeikh Nuruddin al-Raniri juga merupakan salah seorang tokoh yang kuat menentang Fahaman Wujudiyyah. Setelah al-Raniri berada di Aceh selema tujuh tahun, beliau kembali ke negara asal beliau di Ranir, India, untuk meneruskan kerjaya beliau sebagai guru dan penulis. Beliau meninggal dunia di kampung halaman beliau pada 22 Zulhijah 1068 Hijrah bersamaan 21 September 1658 Masihi.

KARYA –KARYA Al-Raniri terkenal sebagai seorang pengarang dan penulis yang produktif pada abad ke-17. Perkara ini terbukti melalui kejayaan beliau menghasilkan karya yang begitu banyak dan boleh mencakupi segenap bidang ilmu seperti akidah, fikah, hadis, tasawuf, falsafah,

perbandingan agama, sejarah, sastera dan pelbagai lagi. Terdapat sejumlah 30 buah hasil karya beliau yang telah dikenal pasti1. Antara karya-karya beliau ialah:
1. ‘Al-Sirat al-Mustaqim. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu dan merupakan antara

kitab fikah yang terawal yang pernah ditulis di Nusantara. Kitab ini mengandungi pelbagai hukum fikah berdasarkan mazhab Syafii dan terdiri daripada lapan bahagian yang meliputi hukum taharah iaitu bersuci, solat, puasa, zakat, haji, memburu, hukum korban, hukum halal dan haram dalam makanan dan lain-lain. Beliau mula menulis kitab ini sebelum beliau menetap di Aceh iaitu pada tahun 1044 H/1634 M dan selesai pada tahun 1054 H/1644 M iaitu tahun beliau berangkat meninggalkan Aceh menuju negara asalnya, Ranir, India. Kitab ini juga pernah dicetak di Makkah bersama kitab Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari pada tahun 1829 M dan dianggap sebagai kitab fikah yang terawal dan tertua di Indonesia. Naskhah asal disimpan di Muzium Banda Aceh dan Perpustakaan Tanoh Abe, Aceh Besar2. Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor rujukan MS 1102. Kitab ini pernah dibuat kajian untuk memenuhi syarat ijazah sarjana di Universiti Gajah Mada, Indonesia oleh R.S. Tjokrowinoto. Kitab ini juga dianggap yang paling popular selepas kita Bustan al-Salatin dan pernah dicetak di Timur Tengah selain Indonesia dan Malaysia.
2. Bustan al-Salatin fi Dhikir al-Awwalin wa al-Akhirin. Kitab ini merupakan kitab

sejarah dan ketatanegaraan. Kitab karangan al-Raniri ini ialah yang terbesar dan tersohor yang pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu. Kitab ini ditulis setelah beliau berada selama tujuh bulan di Aceh iaitu pada 7 Syawal 1047 H/1637 M atas permintaan Sultan Iskandar Thani. Kitab ini terdiri daripada tujuh bab dan setiap bab
1

Karya-karya beliau merupakan sumber kajian kebanyakan ahli sejarah seperti Dr. T. Iskandar, Ahmad Daudi, Tujimah dan lain-lain. Sementara Wan Mohd. Saghir mengatakan 33 buah.
2

Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 48, K. H. Sirajuddin Abbas (1975), op. cit., m.s 379, Mahyuddin Hj. Yahaya (1994), op, cit., m.s 47-48, Abd. Rahman al-Ahmadi (1966), op. cit., m.s 145.

mempunyai beberapa fasal. Namun demikian, naskhah lengkap kitab ini masih belum ditemui lagi menyebabkan dicetak secara berasingan mengikut bab-bab tertentu. Antaranya ialah bab pertama yang membicarakan kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dicetak pada tahun 1311 H di Makkah bersama kitab Taj al-Muluk, karangan Haji Ismail Aceh dengan judul Bad Khalaq al-Samawat wa al-‘Ard. Manakala, bab kedua yang dialihbahasakan ke huruf Latin oleh T. Iskandar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Pengaruh kitab ini amat besar dan begitu meluas terutamanya terhadap kebudayaan dan kesusasteraan Melayu sehinggakan salinan sebahagian daripada kitab-kitab ini terdapat di seluruh Kepulauan Melayu. Malah, pendahuluan kitab Sejarah Melayu yang diterbitkan oleh W.A Shellabear diambil dari Bustan al-Salatin3.
3. Al-Tibyan fi Ma’rifat al-‘Adyan. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu juga sebagai

memenuhi permintaan Sultanah Safiyatuddin. Kandungan kitab ini lebih tertumpu pada perbandingan agama dan penjelasan tentang kesesatan fahaman wujudiyyah dan terdiri daripada dua bab. Bab pertama menyentuh agama yang pernah muncul di dunia sejak Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s. Sementara bab kedua pula menyentuh tentang kemunculan mazhab-mazhab atau aliran-aliran fahaman oleh P. Voorhoeve dalam bukunya Twee Malesche Geshriften wan Nuruddin ar-Raniri. Sementara naskhah asal beliau masih lagi tersimpan di pustaka peribadi Tengku Aman Jakfar di Aceh Tengah4.
4. Hidayat al-Imam bi Fadl al-Mannan. Kitab ini merupakan sebuah kitab tauhid yang

diulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Kitab ini masih lagi dalam bentuk

3

T. Iskandar (1966), op. cit., m.s 4-5. Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 49-50, Mahayudin Hj. Yahaya (1994), op. cit., m.s 48. Siti Hawa Haji Salleh (1992), Bustanus al-Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka melalui bukunya (1974), Nuru’d Din ar-Ranir: Bustanu’s Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lihat juga Zuber Usman (1966), op. cit., m.s 88-89. Yahya Ismail, op. cit., m.s 99. Syed Muhammad Naguib alAttas, op. cit., m.s 35-36. 4 Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 52, Mahayudin Hj. Yahaya (1994), op. cit., m.s 49. Zalila Sharif et al., op. cit., m.s 424.

manuskrip dan masih tersimpan di Perpustakaan Tengku M. Junus Djamil. Kandungannya berkisar pada persoalan iman, Islam, makrifat dan tauhid5. Karya-karya yang dihasilkan beliau kebanyakannya menyentuh persoalan akidah dan tasawuf. Perkara ini ditimbulkan kerana merupakan masalah dasar masyarakat Islam di Aceh, khususnya di Nusantara, amnya. Ini ditambah pula dengan kecenderungan beliau terhadap beberapa tarekat, terutamanya tarekat ‘Aydarusiyyah. Sehubungan dengan itu, beliau cuba mengemukakan doktrin ‘Asy’ariyyah untuk menangani persoalan akidah dan

mengetengahkan tarekat ‘Aydrasusiyyah. Menurut pandangan beliau lagi, hal ini adalah sebagai alternatif kepada tarekat atau ajaran yang menyesatkan. Oleh itu, beliau menampakkan kecenderungan radikal beliau dan pendekatan yang tegas dalam menangani kedua-dua persoalan tersebut sama ada melalui tulisan atau lisan beliau. Ini selaras dengan keradikalan tarekat ‘Aydarusiyyah itu sendiri yang merupakan satu tarekat dan gerakan pembaharuan di India. ‘Aydarusiyyah menekankan keselarasan antara jalan mistik atau tasawuf dengan kepatuhan yang menyeluruh. PENENTANGAN TERHADAP FAHAMAN WUJUDIYYAH Memandangkan Nuruddin al-Raniri diberikan kedudukan dalam kerajaan sebagai seorang tokoh ulama dan dilantik sebagai mufti dalam kerajaan Aceh yang sebelum ini disandang oleh Syamsuddin al-Sumatrani tetapi telah meninggal dunia, beliau menggunakan tersebut untuk menulis kitab-kitab bagi memerangi ajaran wujudiah yang bertapak kuat dalam kerajaan Aceh (Ahmad Daudy 1983: 39-40). Perkara ini berlaku pada tahun 1637 pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani dan diterima baik oleh kerajaan Aceh. Penjelasan mengenai falsafah fahaman wujudiah adalah perlu. Terdapat empat falsafah yang dapat disimpulkan yang mendasari fahaman wujudiah dan mendapat tentangan daripada al-Raniri iaitu: 1. Kepercayaan bahawa Tuhan berada dalam kandungan alam ini.

5

Ahmad Daudi (1983), op. ci., m.s 57. Mahayudin Haji Yahaya (1994), op. cit., m.s 53.

2. Kepercayaan bahawa nyawa itu bukan khaliq dan bukan makhluk.

3. Kepercayaan bahawa al-Quran itu makhluk.
4. Kepercayaan bahawa nyawa berasal daripada Tuhan dan akan kembali kepadanya6.

Antara empat falsafah tersebut, falsafah pertama ialah yang paling penting kerana merupakan masalah pokok fahaman tersebut. Malah, terdapat daripada kalangan sarjana yang mentakrifkan fahaman wujudiah sebagai suatu aliran fahaman yang menganggap alam semesta ini ialah sebahagian daripada Tuhan dan alam ini adalah manifestasi dari wujudnya Tuhan yang mutlak7. Justeru, menurut al-Raniri, sebab fahaman ini dinamakan dengan nama wujudiyyah kerana perbahasan dan iktikad mereka berkisar pada kewujudan Allah8. Dengan inisitif al-Raniri, diadakan pertemuan dengan para ulama di Aceh bagi membahas ajaran wujudiah. Hasil daripada pertemuan itu dikeluarkan fatwa yang mengkafirkan mereka yang mengikut fahaman tersebut. Sebagai membanteras fahaman itu, al-Raniri menganjurkan perdebatan seperti itu dihadiri oleh Sultan Iskandar Thani. Dalam perdebatan seperti itu, alRaniri mencuba memperlihatkan dengan jelasnya tentang kesesatan ajaran wujudiah itu dan dimintanya pengikut ajaran tersebut supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Malangnya, seruan itu tidak mendapat sambutan mereka. Lantas, beliau mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang mengikut fahaman wujudiah itu sebagai kafir dan mereka boleh dijatuhkan hukuman bunuh. Berikutan dengan itu, diarahkan pula agar semua karya Hamzah Fansuri iaitu pelopor fahaman ini di Nusantara dan muridnya iaitu Syamsuddin al-Sumatrani dikumpulkan dan dibakar di hadapan Masjid Raya Bait al-Rahman di Aceh. (Ahmad Daudy 1983: 41). KEISTIMEWAAN
6

Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 202 Abdul Aziz Ahmad b. Muhammad (1987), “Hamzah Fansuri Pembawa Wujudiyyah”, dalam Mohamad Daud Mohamad (ed.), Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik, Cetakan Pertama, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 28.
7
8

Lihat kitab Hujjat al-Siddiq li Daf al-Zindiq dalam Syed Muhammad Naquib al-Attas (1966) Rsniri and the Wujudiyyah of 17th Century Aceh, m.s 133.

Banyak gelaran yang diberikan kepada beliau yang menggambarkan keistimewaan beliau. Antara keistimewaan tersebut ialah: 1. Kedalaman ilmu dan kepakaran beliau dalam hampir kesemua disiplin ilmu agama. 2. Penguasaan dalam pelbagai bahasa seperti Parsi, Urdu, Aceh, Melayu dan Arab. Kemahiran dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu lebih menonjol dan terselah. 3. Penulis dan pengarang yang produktif. Meskipun sibuk dengan tugasan rasmi beliau sebagai seorang mufti dan penasihat istana, beliau masih mampu menghasilkan berpuluh-puluh karya yang hampir meliputi semua disiplin ilmu agama. 4. Ketegasan beliau dalam mempertahankan pendapat dan prinsipnya serta pendiriannya yang keras dalam soal-soal hukum. KEKURANGAN Sebagai seorang manusia, beliau tidak terlepas daripada beberapa kelemahan dan kekurangan. Lantas, beliau tidak sunyi daripada kritikan dan cemuhan. Antaranya ialah kelemahan beliau dalam menilai pendapat ulama lain yang berpunca daripada kecenderungan peribadi beliau terhadap tasawuf. Perkara ini terjadi kerana beliau mempunyai pandangan dan pegangan yang tersendiri dalam tasawuf dan merupakan pengikut tarekat Rifa’iyyah selain ‘Aydarusiyyah. Kemungkinan pengaruh alam mistik yang boleh dikatakan telah mewarnai kehidupan pada zaman beliau sedikit sebanyak telah membuat beliau tidak kritis dalam menilai pendapat orang lain. Walaupun terdapat beberapa kelemahan serta kekurangan, namun tidak menjejaskan ketokohan dan kewibawaan beliau. KESIMPULAN Keistimewaan-keistimewaan yang ada pada diri Syeikh Nuruddin al-Raniri membuatkan pengaruh beliau tersebar luas bukan sahaja di Aceh tetapi turut di Nusantara. Walaupun beliau bukan seorang ulama tempatan tetapi jasa dan sumbangan beliau terhadap perkembangan Islam dan bahasa Melayu di Nusantara begitu besar dan tidak ternilai. Hasil-hasil karya beliau masih lagi menjadi rujukan dan bahan kajian di seluruh dunia.

Al-Raniri bukan sahaja berjaya mengembangkan pengaruh beliau kepada masyarakat bawahan, malah beliau turut berjaya melebarkan pengaruhnya sehingga ke peringkat atasan. Pelantikan beliau sebagai mufti dan penasihat istana dalam masa yang singkat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani sebagai bukti awal pengaruh beliau yang kuat. Dengan sebab pengaruh beliau yang sungguh kuat, beliau berjaya membendung fahaman wujudiyyah daripada berkembang di Aceh.

BIBLIOGRAFI Mohd. Muhiden Abd. Rahman, 2006. Riwayat Hidup Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Selangor Darul Ehsan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful