You are on page 1of 6

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu mencakupi aspek tatabahasa, pamahaman dan penulisan karangan. Dalam Kurikulum Sekolah Rendah (KBSR), Kemahiran penulisan karangan amat ditekankan kerana ia merupakan kertas Bahasa Melayu yang wajib dijawab oleh para pelajar dalam mana-mana peperiksaan awam yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kemahiran menulis juga bermaksud kebolehan murid-murid mencipta, menggubah dan menyusun idea dan bentuk penulisan yang dianggap lengkap dan sempurna. Kesempurnaan sesebuah karangan bergantung kepada ketepatan dan keluasan isi, pengolahan dan penyusunan cara penyampaian isi dan keberkesanan gaya bahasa serta format yang betul dan tepat. Abdul Aziz (1994) mengkategorikan karangan (penulisan) kepada lima jenis iaitu naratif, deskriptif, perbincangan dan perbahasan. Penulisan merupakan aktiviti yang melibatkan proses mental yang kompleks. Aktiviti penulisan turut melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran menulis

1

untuk pelbagai tujuan mengikut konteksnya. Justeru proses pengajaran dan pembelajaran tidak sekadar mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja. Kanak-kanak bukanlah penerima bahasa yang pasif tetapi berperanan sebagai interaktor aktif digunakannya. Bidang penulisan merupakan kemahiran penting dalam interaksi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan komunikasi keseluruhannya. Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), bidang penulisan karangan Bahasa Melayu menjadi teras untuk mengukur pencapaian murid dalam bidang bahasa. Lazimnya, murid-murid yang lemah dalam bidang ini menyebabkan mereka gagal mencapai keputusan cemerlang untuk mencapai tahap cemerlang. Kelemahan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam penulisan karangan ada kaitannya dengan faktor kaedah dan strategi pengajaran guru dan kelemahan pelajar itu sendiri. Justeru sebagai pendidik, guru hendaklah melaksanakan pelbagai strategi untuk meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan terutama di peringkat sekolah rendah. yang saling bertindak dengan bahasa yang

1.2

Pernyataan masalah

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar, sama ada di sekolah-sekolah khasnya, dan di pusat pengajian tinggi amnya. Justeru, kemampuan dan ketepatan berbahasa sepatutnya bukan merupakan suatu masalah yang serius. Walau bagaimanapun dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu telah mengesan berlaku kesilapan ejaan yang dilakukan oleh murid terutama dalam penulisan karangan. Ini

2

menunjukkan bahawa masalah ketepatan berbahasa merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Hasil dari laporan yang diberikan oleh guru-guru dalam mesyuarat Panitia Bahasa Melayu, mereka menyatakan bahawa terdapat beberapa kelemahan muridmurid yang ketara dari aspek ejaan telah dikenal pasti. Antaranya adalah penggunaan ejaan berdasarkan vokal, pengejaan kata pinjaman, pengejaan kata terbitan, dan pengejaan kata ganti singkat serta awalan ’di’ dan ’ke’. Oleh hal yang demikian, kajian secara ilmiah tentang kelemahan sistem ejaan yang disenaraikan tadi perlu dilaksanakan. Dengan adanya kajian seperti ini, masalah yang wujud itu dapatlah dikurangkan dan seterusnya membantu memupuk penggunaan ejaan yang tepat dalam penulisan murid.

1.3

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesilapan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu, terutamanya dalam penulisan. Walaupun telah berada di Tahun Enam, tetapi pelajar-pelajar masih melakukan kesilapan daripada aspek ejaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesilapan ejaan yang kerap dilakukan oleh murid dalam penulisan. Adakah faktor jantina boleh menyebabkan wujudnya kesilapan penggunaan ejaan yang berlainan dalam kalangan pelajar? Sejauh manakah faktor pengkhususan pelajar boleh menyebabkan wujudnya kesilapan penggunaan ejaan yang berlainan dalam kalangan mereka dalam penulisan? Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk: 1.3.1 Mengenal pasti kekerapan kesilapan ejaan yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisannya.

3

1.4

Persoalan kajian Kajian ini bertujua menjawab persoalan kajian yang dikemukakan sebagaimana berikut: 1.4.1 Apakah jenis-jenis kesilapan ejaan yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisannya? 1.4.2 Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dari segi kesilapan ejaan dalam penulisan dalam kalangan pelajar? 1.4.3 Adakah faktor menyebabkan wujudnya kesilapan menggunakan ejaan yang berlainan dalam pelajar dalam penulisannya?

1.5

Kerangka Konseptual Kajian Kerangka konseptual ini untuk menerangkan mengenai hubungan antara pemboleh ubah bersandar. 1.5.1 Pemboleh ubah bersandar kajian ini adalah kategori kekerapan

kesilapan yang dilakukan secara individu oleh subjek kajian. Untuk memperoleh kategori kekerapan kesilapan tersebut, pengkaji akan

mengunakan bahan penulisan karangan berbentuk gambar bersiri dan bahan penulisan calon berbentuk karangan dalam kertas jawapan Bahasa Melayu, Peperiksaan Akhir Tahun. Oleh itu dua jenis bahan bertulis telah digunakan bagi setiap sampel. Semua bahan bertulis tersebut diperiksa dan kesilapan ejaan berdasarkan jenis yang ditentukan.

4

1.6

Hipotisis kajian

Kajian tentang penguasaan tatabahasa dalan menjawab soalan penulisan yang dijalankan bertujuan untuk menguji hipotesis yang telah dibina pada peringkat awal kajian. Hipotesis statistik : Analisis kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan.

1.7

Batasan kajian

Jenis kemahiran Bahasa Melayu yang dianalisis bagi maksud kajian ini ialah kemahiran menulis (karangan). Hasil penulisan dalam jawapan kertas soalan Ujian Bahasa Melayu yang diduduki oleh semua sampel akan dikaji. Selain itu, hasil penulisan karangan cerita bergambar sepanjang 120 patah perkataan turut dikaji. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol di Semanggol, Perak. Seramai 30 orang pelajar Tahun Enam dijadikan responden. Oleh yang demikian, generalisasi yang dibuat hanyalah untuk kajian dan dapatan tidak mewakili keseluruhan sekolah dan pelajar Tahun Enam di sekolah itu. Jenis-jenis kesalahan Bahasa Melayu yang dikaji dalam bahan bertulis (karangan) yang dihasilkan oleh sampel kajian ialah kesalahan penggunaan ejaan, iaitu: E1: Kesilapan penggunaan ejaan berdasarkan sistem keselarasan huruf vokal E2: E3: E4: Kesilapan penggunaan ejaan kata pinjaman Kesilapan penggunaan ejaan kata terbitan Kesilapan penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’

Buku rujukan yang dijadikan panduan bagi kajian ini ialah buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1987) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini kerana buku

5

inilah yang dijadikan asas rujukan sebagai sebuah daftar ejaan Rumi yang dianggap paling lengkap berdasarkan ejaan Rumi yang diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi sejak 16 Ogos 1972.

1.7 1.7.1

Definisi Konsep Analisis Kesilapan Analisis kesilapan ialah teknik mengukur kemajuan bahasa secara merakam, mengklasifikasikan. Menginterpretasikan serta mencari punca-punca

kesilapan bahasa yang dilakukan oleh pelajar sama ada sebagai individu atau kumpulan. 1.7.2 Kesilapan Ejaan Kesilapan ejaan bermaksud penggunaan ejaan yang tidak betul oleh para pelajar menggunakan perkataan atau ayat lain daripada yang sepatutnya. Di samping itu, perbuatan meninggalkan sesuatu huruf atau menulis lebih huruf di dalam sesuatu perkataan juga ditakrifkan sebagai kesalahan ejaan kerana ia boleh menyebabkan perkataan-perkataan tersebut tidak dapat memberi makna sebenar. Kesalahan penggunaan imbuhan walan dan kesalahan penggunaan keselarasan vokal dan konsonan mengikut Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu juga dapat diketogerikan sebagai kesalahan ejaan.

1.8

Kesimpulan Bab ini menghuraikan kepentingan kajian ini untuk perkembangan bidang penulisan karangan yang baik.

6