1.

0

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) 2.1 Tujuan

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih

komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

2.2

Rasional

Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut : 2.2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu 2.2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa 2.2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah

4 Visi PBSS Generasi yang berilmu. 2.6. produktif dan berkualiti 2. dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah.6.2. Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya 2.4 Meningkatkan pengetahuan.6.6 Objektif PBSS Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat 2. sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat.5 Misi PBSS Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan 2. sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang .2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat 2.6.2.1 Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah 2. ceria . sihat dan progresif 2.2.3 Matlamat PBSS Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat. selamat dan sihat 2.

Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik. sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut: 2.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi 2.7. .8.7.2 Persekitaran Fizikal Sekolah 2.4 Penglibatan Komuniti 2.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah 2.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah 2. Pelaksanaan PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat.7.6.5 Kemahiran Kesihatan Diri 2.1 Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan 2.7.3 Persekitaran Sosial Sekolah 2.7. keluarga dan masya rakat 2.7 Teras Utama PBSS Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan.7. pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal.bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan. Dalam pelaksanaan PBSS.6.

Mohd. Zakariah En. Rozinah bte Mat Jizat Pn. Yahaya Pn. Rosenah Bt.10 Kesimpulan Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan warga sekolah. Zaharah Bt. Mohd.3 Laporan Bulanan 2. Samsudin En.9.2 Rekod Rancangan Makanan Tambahan 2. Penasihat Pengerusi : : Pn.1 Rekod Kesihatan Murid 2. Antara kaedah yang digunakan : 2. . Asiah Binti Othman Pn. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara.9 Pemantauan Dan Penilaian Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya.Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.9.5 Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih 2. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.4 Laporan Tahunan 2. Yusof Bin Abu Bakar Setiausaha : AJK Pn.9.9. Zuraidah Bt. pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Butterworth.9. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Roshidi Bin Zainul Pasukan Kesihatan Sekolah Pasukan Kesihatan Gigi 2.

2 Tujuan Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara penyaluran bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Sekolah Rendah oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 3. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% 30% daripada keperluan hariannya.00 . Program ini yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana dalam Menteri Laporan diperluaskan pelaksanaan Kabinet menurut Mengkaji pengesyoran Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.3 y Latar Belakang Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Murid berstatus ³Warganegara Malaysia³ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400. y Sejumlah 532.00 sebulan atau RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.0 PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) 3. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.2. 3.500 murid sekolah rendah daripada ³golongan termiskin´ (keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.1 APA ITU RMT? Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin.

Prosedur pembayaran yang ditetapkan adalah seperti berikut: . Kadar bantuan setiap murid adalah RM1. Hasil kajian yang dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan bahawa penyaluran peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana sekolah perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun. MAMPU mengesyorkan bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa. y Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan tambahan dan sekolah-sekolah dibenarkan mengambilkira kemampuan dan kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi menyediakan makanan bagi murid-murid yang terlibat.250. Jumlah peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM 123.4 Prosedur Pembayaran Bagi melaksanakan syor yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU prosedur pembayaran bantuan RMT telah diseragamkan dan penyelenggaraan program RMT hendaklah diawasi oleh Penyelia Kesihatan di JPN. Jabatan Perdana Menteri. 3. y Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah diadakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). tanpa tuntutan daripada sekolah.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak.647.00 setahun. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan.

Bahagian Sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri kepada Bahagian Kewangan. Setiap JPN hendaklah menyimpan rekod perbelanjaan peruntukan RMT dan mempastikan peruntukan ini digunakan sepenuhnya. perkiraan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemaskini dengan mengambil kira kemasukan murid baru ke tahun satu dan jumlah murid tahun enam yang tamat sekolah. y Bagi tahun-tahun berikutnya. 3. Januari tahun berkenaan kepada Bahagian Sekolah.5 Pematuhan kelewatan pengagihan peruntukan akan dilaporkan dalam Sebarang Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di peringkat Kementerian Pendidikan untuk tindakan yang sewajarnya. berserta dengan pertambahan murid bagi sekolah-sekolah yang baru dibuka. y Penyelia Kesihatan di JPN hendaklah menyampaikan rekod pengagihan peruntukan RMT di sekolah sehingga 31hb. . Bagi negeri Sabah dan Sarawak pembayaran hendaklah dibuat secara waran peruntukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah negeri masing-masing.y Jumlah murid yang sedang menerima bantuan RMT pada 1 Oktober tahun semasa di setiap sekolah rendah akan menjadi asas perkiraan untuk membayar bantuan RMT bagi tahun 2003. y Kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolahsekolah yang terlibat.

Pelaksanaan RMT di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan bagi tahun 2011 perlu diteruskan seperti butiran berikut :- .6 Prosedur RMT Di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan 2011 Sepertimana pihak tuan sedia maklum. 3. 4. mulai tahun 2011 murid yang layak mendapat bantuan RMT adalah murid yang ibu/ bapa/ penjaga berdaftar dengan sistem eKASIH dan disahkan sebagai miskin atau miskin tegar. 5. untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Pelaksanaan program ini bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas. Untuk makluman pihak tuan. 2. kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung. timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri. disiplin.Objektif RMT 1. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun. Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid golongan miskin. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah. secara imbuhan dan buat sementara waktu. 3.

l. KPM (Surat Pekeliling Kewangan Bil. Lebihan RMT Tahun 2011 & tahun sebelumnya Bilangan Murid SKKD Yang Menerima Peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tahun 2010 TAHUN BIL. Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Surat Pekeliling Kew.PENERIMA Tahun 6 3 Orang Tahun 5 3 Orang Tahun 4 3 Orang Tahun 3 3 Orang Tahun 2 3 Orang Tahun 1 2 Orang TOTAL 17 Orang Tahun 2011 TAHUN BIL.80/ murid/ hari (Semenanjung) d. Kewangan.PENERIMA Tahun 6 3 Orang Tahun 5 3 Orang Tahun 4 3 Orang Tahun 3 3 Orang Tahun 2 2 Orang Tahun 1 3 Orang TOTAL 17 Orang . JPN/PPD/Jawatankuasa RMT Sekolah hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan semua peruntukan dan prosedur dipatuhi. a. Semua lebihan dan baki peruntukan tahun semasa hendaklah dipulangkan kepada Bah. penentuan kaedah pembekalan makanan serta penyimpanan rekod-rekod berkaitan. b. 7 Tahun 2010) Sebelum waktu pertama persekolahan dimulakan atau waktu rehat. g. Waktu Makan Jawatankuasa Bantuan Sekolah f. Perkara Tarikh mula & tempoh Butiran Dilaksanakan mulai pada hari pertama persekolahan untuk tempoh 190 hari. Mengurus pelaksanaan RMT termasuk penetapan menu. Kadar Bantuan RMT Menu Makanan RM 1. Bil. Pemantauan h. e. 7 Tahun 2010).

Patimah Bt. Othman Naib Pengerusi En. Mohamad En. murid yang terlibat dengan program ini adalah sedikit berbanding di sekolah lain memandangkan kebanyakan murid-murid terdiri daripada latarbelakang keluarga yang berada. Asiah Bt. Rosenah Bt.8 Kesimpulan Secara keseluruhannya. Shahariza Bt Desa Cik Sarmellaa A/P Rajandran Pn Siti Zurina Bt Salleh Pn Rosmah Bt Idris 3. saya dapat melihat perjalanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini berjalan dengan sangat baik semasa berada di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.7 Carta Alir dan pelaksanaan Berikut merupakan carta organisasi pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) SK Taman Senangan: Pengerusi Pn. Samsudin Ahli Jawatankuasa Pn. Zakaria Bin Hj. Walaubagaimanapun. . Ahmad Setiausaha Pn.3. Nasir Bin Hasan Pn. Yusof Bin Abu Bakar En. Mohd.

3. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad. tampalan. ‡ Klinik Pergigian Bergerak Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian.2 Bagaimana Prosedur Perkhidmatan Ini Dijalankan? Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui: ‡ Klinik Pergigian Sekolah Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolahsekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih. menggunakan peralatan mudah alih. ‡ Pasukan Pergigian Bergerak Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid. pemeriksaan. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah. penskaleran .3 Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan? Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian. 4. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.0 PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH RENDAH 4.murid sekolah. Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.1 Tujuan Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada tahun 1985. 4. termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman.

Jadi. program ini sangat bermanfaat kepada murid-murid sekolah supaya mereka dapat belajar bagaimana untuk menjaga kesihatan gigi mereka dan bagaimana cara menggosok gigi yang betul. jururawat bertugas akan menandakan tindakan susulan yang akan dilakukan di dalam kad kesihatan gigi.5 Kesimpulan Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini ialah sepanjang sebulan berada di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan. 4. layak menerima rawatan ini. murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. 4. saya dapat melihat program Kesihatan Pergigian ini berjalan.4 Adakah Bayaran Dikenakan? Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid sekolah tidak dikenakan sebarang bayaran. . 4. Semasa minggu kedua saya berada di sekolah ini saya dapat meihat murid-murid akan diperiksa seorang demi seorang keadaan gigi dan jika terdapat kerosakan. Jika rawatan yang kompleks diperlukan.6 Siapakah Yang Layak Menerima Rawatan? Semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan (consent) oleh ibu bapa atau penjaga.dan penggilapan gigi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful