SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL1

1.0

Pengenalan Reka Bentuk Grafik

Reka bentuk grafik merupakan proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo, grafik, risalah, bulletin, poster, papan tanda dan lainlain komunikasi visual. Pada masa kini, pereka bentuk sering menggunakan gabungan perisian percetakan meja dan teknik untuk menghasilkannya. Reka bentuk grafik merupakan saluran komunikasi yang berkesan. Grafik boleh didefinisikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada penonton atau pelajar. Grafik merujuk gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Grafik juga meliputi beberapa bahan seperti lukisan, carta, graf, poster dan kartun. Istilah grafik berasal daripada perkataan Greek, Graphikos yang

membawa maksud ‘lukisan dan catan’. Graphein pula bermakna untuk menulis atau melambangkan penggunaan garisan. Grafik merujuk kepada bahan yang meringkaskan maklumat, memaklumkan fakta atau idea dengan jelas, berkesan dan meyakinkan melalui kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik boleh diertikan sebagai bahan bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka bentuk untuk memaklumkan mesej yang spesifik kepada pemerhati. Grafik diungkap sebagai bahan ilustrasi yang digunakan untuk

memaklumkan fakta atau idea, iaitu sejenis bahasa ringkas yang universal. Bahan grafik 2D merupakan bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping permukaan yang rata. Ia merupakan bentuk seni yang mengandungi mesej dengan tujuan untuk memberi petunjuk, arahan, atau maklumat. Kesimpulannya, grafik ialah kepelbagaian visual bukan unjuran (nonprojected visual), bahan bukan fotografi, bahan 2D yang direka bentuk khusus melalui kombinasi imej, perkataan, simbol dan lukisan untuk menyampaikan mesej, idea, fakta dan maklumat. Reka bentuk grafik ini juga merupakan satu bentuk seni untuk mempamerkan idea atau produk dalam bentuk visual dengan menggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah grafik komputer. 2.0 Sejarah Perkembangan Grafik

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL2

Reka bentuk grafik telah wujud semenjak zaman dahulu lagi. Orang Roman telah menggunakan pengiklanan pada sekitar 15 000- 10 000 SM di mana piktograf atas dinding gua digunakan sebagai bahasa visual. Selepas tahun 1945, kursuskursus reka bentuk grafik berkembang di kolej-kolej seni,

kolej teknikal, dan politeknik. Para pereka bentuk tersebut memasuki dunia reka bentuk percetakan, pengiklanan dan televisyen termasuklah reka bentuk korporat untuk industri dan perdagangan. Pada zaman itu, reka bentuk grafik meliputi rekaan untuk tiket bas, tanda jalan untuk laluan kenderaan, pembungkusan rokok, penggunaan tipografi untuk perkamusan sehinggalah rekaan seni dalam penerbitan majalah. Seterusnya istilah komunikasi visual digunakan untuk membolehkan filem media digolongkan dalam kategori tersebut. Secara am, reka bentuk grafik ini merupakan medium atau perantara untuk pemindahan objek dan idea. Pada zaman era Victoria, seni grafik berpusat pada perkembangan masyarakat Reka bentuk dan grafik yang menonjol penggunaannya pertumbuhan dalam pesat poster dirangsang dengan pengguna.

persuratkhabaran

perkembangan percetakan. Peralatan seperti air brush

yang dipelopori pada

tahun 1893 oleh Charles Burdick menggunakan semburan dakwat atau cat yang membolehkan pereka bentuk menghasilkan rekaan ton gambar yang lebih halus dan sempurna. Teknologi dan pengguna, korporat dan permintaan institusi telah memberi acuan dalam reka bentuk awal grafik kurun pada ke-20 penghujung seperti kurun ke-20. Walaubagaimanapun, banyak taktik dan strategi grafik kontemporari dibina berasaskan sebelum pergerakan Dunia Kubisme, Surealisme, teknik Futurisme, De Stjil dan Kostruktivisme. Surealisme muncul dalam dua bentuk Perang Kedua. Jurufoto terdorong menggunakan surealisme kerana ia membolehkan transformasi fotografi kepada hasil seni. Seni Surealis ini menjadi ikutan para pereka bentuk ketika itu. Pada lewat kurun ke-20, reka bentuk tipografi dan muka taip dipelopori oleh De Stijl dan kontruktivisme. Di Jerman pada kurun ke-20, Herbert Beyer (Austria, 1900-85) yang mengajar di Bauhaus telah mencipta muka taip sans

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL3

serif yang dipanggil universal pada tahun 1925. Ikutan revolusi Avant Garde pada tahun 1920-an telah dikomersilkan pada tahun 1930-an. Di Britain, Stanley Morison (1889-1967) telah mencipta Times New Roman pada tahun 1932. Muka taip roman ini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Negara yang mengetuai rekabentuk grafik moden dalam dekad pertama selepas Perang Dunia Kedua ialah Amerika Syarikat, Switzerland dan Jerman. 3.0 Elemen dan Prinsip Reka Bentuk Grafik

Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu yang

dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan iaitu harmoni kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Setiap gubahan seni visual yang menarik lazimnya mengaplikasikan lebih daripada satu prinsip rekaan dalam proses ciptaannya. Struktur dalam rekaan grafik merujuk kepada rangka asas sesuatu objek. Semua objek di alam sekeliling kita mempunyai struktur yang memberi sokongan dan perlindungan kepada objek tersebut. Dalam konteks seni visual, struktur rekaan ialah gaya persembahan sesuatu gubahan seni visual. 3.1 Elemen-Elemen Reka Bentuk Grafik

3.1.1 Garisan Garisan digunakan untuk menunjukkan gerakan, arahan dan juga perlakuan.

Garisan diolah menjadi suatu kesan yang menarik dalam rekaan visual grafik. Sebagai contoh, garisan melintang menunjukkan kestabilan dan ketenangan manakala garisan yang tegak pula menimbulkan kesan kekuatan dalam rekaan yang dihasilkan. Garisan pepenjuru menunjukkan bahawa terdapat gerakan dan dinamik. Selain itu, garisan juga dapat mewujudkan kesan bentuk atau objek dan boleh menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain. 3.1.2 Jalinan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL4

Jalinan dalam reka bentuk grafik biasanya digunakan untuk menampakkan kesan tekstur pada suatu permukaan. Ia terdiri daripada jalinan kasar dan licin. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh. Dalam rekabentuk grafik, jalinan merupakan salah satu elemen yang menjadikan sesuatu rekaan itu kelihatan lebih abstrak contohnya kesan jalinan yang diaplikasikan pada kad jemputan dan juga ilustrasi pada risalah-risalah produksi. 3.1.3 Rupa Rupa merupakan hasil pertemuan di antara titik permulaan suatu garisan dengan penghujungnya. Ia bersifat dua dimensi, mempunyai permukaan yang rata dan kosong. Rupa boleh dihasilkan dengan menggunakan warna dan juga garisan. Dalam seni visual, unsur-unsur ini dapat dilihat dalam gubahan seni grafik iatu logo, corak dan mukataip.

3.1.4 Bentuk Bentuk merupakan salah satu elemen dalam grafik yang sering diolah menjadi suatu rekaan yang bersifat tiga dimensi. Bentuk terhasil daripada beberapa rupa pada satah tertentu, dan juga pada struktur tertentu. Bentuk mempunyai sifatsifat yang tersendiri iaitu mempunyai keluasan, kelebaran, dan ketinggian. Ianya mempunyai isipadu, dan bersifat pejal. 3.1.5 Warna Warna merupakan satu unsur yang sangat penting dalam seni visual.

Penghasilan rekabentuk grafik menjadikan warna sebagai satu elemen yang menjadi ciri asas dan menggunakan warna sebagai daya penarik kepada rekaan tersebut. Warna yang digunakan dalam perekaan bergantung kepada tema, makna, dan komposisi yang ingin diolah melalui karya tersebut. Selain itu tujuan dan mesej yang ingin disampaikan juga mempengaruhi penggunaan warnna dalam sesuatu karya. 3.2 Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Grafik

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL5

3.2.1 Simplisiti Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat member ilusi yang menarik dan mendorong audien untuk terus menghayati sesuatu karya seni tersebut. 3.2.2 Dominan Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam

penghasilan reka bentuk grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian. Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan kebosanan dan member titik focus pada sesuatu karya yang dihasilkan. 3.2.3 Harmoni Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsurunsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa,

bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata. 3.2.4 Kontra Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan, Kontra banyak diaplikasikan

Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. Ia juga dapat mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil seni pelbagai serta menjadi lebih menarik. 3.7 Irama dan Pergerakan Irama dan pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang tertentu. 3.6 Imbangan Imbangan ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan dari segi berat. Selain itu. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Melaui imbangan. Focal Point dan Eye Catcher. mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran. realistik dan berkesan. Mengaplikasikan prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. ia juga disebut sebagai Center of Interest. Ia juga menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup. menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan. Dalam proses penghasilan karya seni visual.8 Variasi atau Kepelbagaian .5 Penegasan Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya.2.2. Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkan focus atau tumpuan.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL6 dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat memberi penegasan dan tumpuan. 3.2. 3. ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra.2. susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.

.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL7 Variasi adalah kepelbagaian yang diperolehi melalui penggunaan kontra dan perincian sesuatu karya. Ia merujuk kepada penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan yang pelbagai dalam sesuatu hasil rekaan. aktiviti masyarakat. kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. 4. rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah. bentuk dan komposisi sesuatu hasil karya. tenaga dan tarikan dari gubahan tersebut. Antara pereka grafik terkenal di Amerika dan Eropah yang menghasilkan poster yang menarik dan bertaraf dunia seperti Oskar Kokoschka dan Ben Shehn. Kepelbagaian dapat memberikan gaya.1  Jenis-Jenis Reka Bentuk Grafik Poster Definisi poster Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi.9 Kesatuan Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. kempen dan sebagainya. Sebagai contoh. Penggunaan unsur seni. warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Penggunaan elemen kontra dalam hasil karya mampu mewujudkan variasi dari segi warna. variasi.2. Poster merupakan satu elemen dalam promosi. Kebiasaannya. poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kemasyarakatan dan pengiklanan untuk ditontonkan di tempat menunggu bas misalnya. 3. ilustrasi. di pejabat dan di tempat awam yang lain. Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat. dicat.0 4. ditulis atau dicetak. teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.

format halaman yang berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat. Pameran dan pertandingan vi. piktograf. Iklan dan promosi viii. tempat. Poster pertama dihasilkan ‘Cuparas’ yang berfungsi sebagai media penyebaran maklumat. Melalui pemahaman skala. papan tanda dan lain-lain visual. simbolik. Poster sangat penting untuk mengingat dan menarik perhatian masyarakat di sesuatu tempat seperti pada billboard.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL8 Poster adalah dalam bentuk dua dimensi. Hiburan v. Poster mungkin direka hanya menggunakan tipografi atau kombinasi visual dan visual itu mungkin berbentuk abstrak. ciptaan Guttenberg Bermula diperkenalkan oleh Caxton di England. data. jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat tentang sebab.  Jenis-jenis poster i. Kreatif dan artistik iii.Media dan teknik percetakan  Sejarah Poster dengan penciptaan mesin cetak (1476). Saiz imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik. Kebanyakan poster digantungkan di tempat-tempat awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. visual grafik. fotografi atau kolaj atau campuran atau kepelbagaian. Sukan vii. Poster yang awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan pada abad ke 15 di Eropah dan hanya menggunakan susunan huruf semata-mata. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej komunikasi yang berkesan. Dekoratif ii. . penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan kepada umum. Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Perkhidmatan awam iv. ilustrasi. membuat kejutan dan membuat visual dinamik atau kepelbagaian. produk. syarikat. ia akan memberikan pereka satu siri dalam membuat ilusi tentang kedalaman dari segi ruang.

Serigrafi sesuai untuk produksi berganda khusus terhadap imej yang menggunakan ruang warna yang rata. Di Jerman. Fungsi poster pada ketika itu kebanyakannya digunakan untuk propaganda dan pemberitahuan selain daripada fungsi pengiklanan. Gaya dan rekabentuk poster berwarna mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan seni reka grafik di abad ke-21.Ini menunjukkan bahawa dalam rekabentuk . Ini jelas ditunjukkan oleh pelajarpelajar dan mereka yang mengikut fahaman pergerakan Sekolah Bauhaus (1919). Jules Cheret (18361932) Henri de Toulouse-Lautrec (1864-1901) dan Pierre Bonnard (1867-1974). ii) Sejarah perkembangan poster di Jerman. Pada masa ini juga teknik ‘ukiran kayu’ diperkenalkan bagi poster ilustrasi.Lautrec memaparkan penyanyi Kabaret dan penari Jane Avril (1893). Serigrafi atau cetak sutera-saring merupakan satu. ia bersifat imaginatif serta memberi impak terhadap audien. Beliau memahami bahawa poster adalah salah satu alat komunikasi. Poster Henri de Toulouse. ‘LA BISHE AU BOIS’ dihasilkan oleh Jules Charet (1876) dianggap poster litografi berwarna paling menarik dan moden. Pelukis-pelukis yang aktif dalam penghasilan poster ketika itu termasuk Honore Daumier (1808-1974) . Poster-posternya dianggap kreatif dan inovatif dan dapat dihayati oleh orang awam di Perancis dan Paris.satunya teknik menghasilkan poster popular. mempunyai pengaruh kuat ke atas poster moden. tipografi seharusnya berbentuk terang & jelas. Laszlo Maholy-Nagi (1895-1946) menganggap poster yang baik harus mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Henri menterjemahkan ideanya kepada teknik seni cetak litografi. teknik yang ‘litografi’ yang pertama telah dihasilkan oleh Senefelder. Penggunaan photo silk-screen untuk reka bentuk poster telah memberi nafas baru & menaikkan taraf serta nilai .Ciri-ciri ini penting dalam menggunakan poster sebagai media untuk berkomunikasi. i) Sejarah perkembangan poster di Perancis Henri de Toulouse-Lautrec. Pada tahun 1796. penggunaan litografi dalam poster begitu ketara penonjolannya serta pengolahan yang radikal.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL9 Poster yang menggunakan ilustrasi mula wujud pada abad ke-17 apabila munculnya teknik cetakan litografi.

Kemasukan British ke Malaya dan zaman darurat memperlihatkan lagi perkembangan rekabentuk poster yang dianggap lebih dinamik dan berkesan dari segi persembahan dan mesej. Biasanya poster digunakan untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster. Kempen menyeru rakyat agar menyertai anggota tentera British melawan tentera Jepun dan Komunis tersebar luas di seluruh negara berseiringan dengan poster di Amerika yang popular dengan imej ‘Uncle Sam’. Poster iklan merupakan satu bentuk iklan yang mudah dan tepat.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL10 estetika & kreativiti. Sebagai contoh poster digunakan untuk mengiklankan produk makanan. Selain itu poster juga digunakan dalam akademik untuk menerangkan dan mempromosikan hasil kajian yang biasanya ditunjukkan semasa persidangan sebagai pengenalan awal. Poster yang ringkas dengan satu warna sahaja berukuran kira-kira 12’x 15’ di tampal di rumah-rumah dan pokok serta bangunan tertentu.  Fungsi Poster i) Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi) Poster digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. ii) Poster untuk tujuan komersial .  Perkembangan Rekabentuk Poster di Malaysia Kehadiran poster di negara ini dianggap bermula semasa pemerintahan Jepun yang pada masa itu menggunakan poster sebagai alat penyebar maklumat secara khusus untuk tujuan propaganda disebarkan kepada seluruh rakyat.

iii) Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik) Poster juga digunakan untuk menghebahkan suatu mesej.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL11 Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan juga mempromosikan acara-acara sukan atau acara rakyat. Selain itu ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.  Contoh-contoh gambar poster . fahaman atau pun yang dianjurkan seperti acara propaganda.

 Pembungkusan Moden Pembungkusan moden menggunakan bahan-bahan daripada kertas aluminium. plastic. Kebanyakan barangan yang dibeli telah sedia dibungkus bagi memelihara kualitinya daripada kerosakan. krim dan sebagainya mempunyai kaedah dan bahan pembungkus yang berbeza bergantung pada kesesuaian. jenis pembungkusan dipengaruhi oleh jenis barangan tertentu. iv) Memudahkan penyimpanan. pelbagai alat dan bahan estetik telah digunakan untuk pembungkusan bergantung kepada isi kandungan. kaca. Kini. vii) Pameran barangan. mudah dibawa dan mempunyai maklumat untuk kepentingan pengguna. melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan. Barangan jenis cecair. vi) Sumber maklumat barangan kepada pengguna. Pembungkusan tidak terhad kepada barangan makanan sahaja. serbuk. malahan menyeluruh kepada pelbagai jenis barangan pengguna yang lain. iii) Memudahkan penghantaran. Sesuatu barangan atau keluaran yang menggunakan pembungkusan juga mudah dipamerkan di rak istimewa mengikut jenisnya. v) Memudahkan usaha mempromosi keluaran. kayu dan sebagainya untuk membungkus barangan.  Jenis-Jenis Pembungkusan .  Fungsi-fungsi pembungkusan Antara fungsi pembungkusan adalah untuk: i) Melindungi fizikal barangan agar tidak mudah pecah atau rosak. mengisi. Biasanya. Pembungkusan moden lebih tahan lama.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL12 4. ii) Menjaga kualiti barangan.2 Pembungkusan Pembungkusan merujuk kepada cara sesuatu bekas atau bahan yang digunakan untuk membalut.

pembungkusan adalah berdasarkan kepada keputusan pengeluar untuk menentukan jenis pembungkusan yang sesuai untuk barangan keluaran mereka. botol kaca. Walau bagaimanapun. ii) Barangan serbuk Produk yang berasaskan serbuk seperti bedak. beg kertas dan beg plastik. Ilustrasi mesti sesuai dengan kandungan pembungkusan dan peringkat umur pengguna.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL13 Jenis pembungkusan yang hendak digunakan bergantung pada kesesuaian jenis barangan. . jagung dan biji kopi sesuai menggunakan beg plastik. Pembungkusan barangan kanak-kanak lebih mengutamakan ilustrasi berbanding dengan orang dewasa. iii) Barangan bijirin Produk bijirin seperti beras. i) Rekabentuk pembungkusan perlus sesuai dengan jenis barangan atau produk.  Prinsip Asas Rekaan Pembungkusan seperti peralatan elektrik. i) Produk cecair Produk cecair seperti minyak dan minuman sesuai dibungkus dalam botol plastik. serbuk lada sesuai menggunakan pembungkus yang diperbuat daripada kertas. gandum. tepung. iv) Barangan keras Produk yang keras kotak kayu nipis. alat ganti kenderaan dan sebagainya sesuai menggunakan pembungkusan daripada kertas tebal atau Jenis dan pembungkusan mestilah sesuai dengan produk. Kreativiti amat penting dalam membuat pilihan terhadap jenis pembungkusan pilihan mereka. kertas timah. tin aluminium dan sebagainya. plastic.

misalnya barangan kanak-kanak selalunya berwarna-warni berbanding dengan orang dewasa. Sesetengah pengeluar barangan menjadikan warna sebagai identiti barangan mereka. Muka taip boleh menjadi identiti barangan. Reka letak perlu kemas dan sesuai dengan barangan yang dibungkus. tarikh mengilang. v) Maklumat produk yang perlu ada pada pembungkusan termasuklah nama pengeluar. muka taip dan warna pada pembungkusan. manakala ubat gigi Colgate serasi dengan warna merah. iv) Reka letak merupakan susun atur ilustrasi.  Contoh-contoh pembungkusan .SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL14 ii) Warna pembungkusan mestilah dapat menarik perhatian. ilustrasi atau gambar foto barangan. Muka taip untuk penerangan metilah jelas dan mudah dibaca. tarikh luput. jenama barangan. Ubat gigi Darlie sinonim dengan warna hijau. iii) Muka taip merupakan petunjuk jenama barangan yang paling tepat. kandungan bahan dan logo pengeluar perlu disertakan dalam rekaan tersebut. Gubahan dan gaya muka taip perlu sesuai dengan kandungan barangan.

televisyen. rekaan grafik persekitaran dan sebagainya. Iklan merupakan suatu cara untuk mempromosi sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan cukup berkesan sama ada secara langsung atau tidak langsung. rekaan iklan bertujuan untuk menarik perhatian orang awam tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan.3 Pengiklanan Iklan merujuk suatu cara yang digunakan untuk pemberitahuan umum seperti surat khabar. radio.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL15 4. Kini. Dalam rekaan grafik persekitaran. Pada peringkat awal. konsep iklan persekitaran mula dihasilkan di hadapan pintu kedai. ia dipamerkan di sekitar Bandar dengan pelbagai kaedah peragaan seperti menggunakan papan peraga .

misalnya tentang kandungannya. vi) Kesetiaan jenama iaitu dapat memberi jaminan kepada pengguna. iii) Menggalakkan pengguna mencuba keluaran baharu. tipografi atau sebarang kombinasi yang lain. Copy keseluruhan merupakan cerita yang menerangkan konsep pengiklanan dan menyediakan lebih maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. contohnya pengguna dapat membuat pesanan setelah membacanya. dan sebagainya. copy dan slogan. merupakan imej yang wujud melalui gambar foto. head line. papan peraga elektronik.  Elemen-elemen dalam pengiklanan Kebanyakan iklan terdiri dari elemen-elemen berikut iaitu visual.  Konsep pengiklanan Setiap orang bercakap tentang ‘big idea’ yang sering diungkap dalam bidang perniagaan dan pengiklanan. jenama. misalnya pengguna dapat mencuba dan mengetahui mutu barangan. v) Menambahkan penggunaan sesuatu keluaran. Slogan adalah mesej lisan yang mengaitkan dengan produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Ia boleh diletakkan di mana-mana dalam satu muka surat dan bukan hanya di atas sahaja.  Tujuan pengiklanan i) Memberi pengenalan kepada barangan yang dikeluarkan dari segi jenis. ii) Memberi maklumat mengenai barangan. Big idea itu akan meyakinkan setiap pengguna supaya membeli produk atau . Ramai orang merujuk head line sebagai tajuk utama yang merupakan mesej utama lisan. ilustrasi.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL16 billboard. Keluaran akan bertambah apabila pengguna sudah meyakini dan mempercayainya. Pelbagai elemen yang digunakan oleh pereka grafik antaranya ialah visual. iv)Menggalakkan pengedaran sesuatu keluaran. Rekaan grafik persekitaran ini dapat menarik pelanggan kerana mudah dilihat dari jauh dan bersifat keterbacaan. iklan berbentuk tiga dimensi (3D) atau berbentuk papan rata. mutu.

Ia juga sebagai alat yang penting untuk memperdagangkan sesuatu produk atau perkhidmatan dan boleh dikaitkan daripada kebudayaan masyarakat secara amnya. Oleh itu. Pengiklanan membawa keuntungan.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL17 perkhidmatan yang hendak dijual. keretapi. Idea dan konsep merupakan perkara yang berkesan atau cara yang sesuai untuk menjual dan meghasilkan kejayaan jualan bagi produk anda. pengiklanan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Bagaimanakah pakar pengiklanan menghasilkan iklan yang berkesan? Bagaimanakah mereka mencipta idea dan konsep iklan yang baru yang akan diterima dan menarik pengguna.  Jenis-jenis pengiklanan . dibanjiri dengan mel secara lansung dan cetakan iklan. begitu juga di laman-laman web di internet dipenuhi dengan iklan. perkhidmatan. lebih kaya. Pengiklanan direka untuk memberitahu. sebaran am dan reka bentuk kesenian popular yang unik dan disukai ramai atas faktor keberkesanannya. acara atau majlis keramaian dan sebagainya. menimbulkan dan merangsang pengguna untuk membeli sesuatu produk yang diiklankan. mengetahui. Kita selalu melihat iklan televisyen dan cetakan iklan di dalam majalahmajalah dan surat khabar dan pengguna merasakan ada kesan yang kuat dari iklan. Pengiklanan menggerakkan kita untuk membeli barang. memujuk. lapangan terbang. Ia merupakan mesej iklan yang amat berkuasa dan kuat. lebih menarik. biasanya kita dikelilingi oleh papan-papan tanda. Idea atau konsep menghubungkan. poster-poster di perhentian bas. Idea adalah konsep pengiklanan yang merupakan cara yang terbaik memberitahu pengguna mengenai keunikan atau kehebatan produk atau perkhidmatan mereka. mengingati dan membeli produk anda. Persoalan yang sering difikirkan oleh pengguna adalah apa gunanya pada saya? Inilah persoalan yang sering difikirkan oleh pengguna iaitu apa gunanya pada saya? Adakah produk atau perkhidmatan ini akan menjadikan saya lebih gembira. memanggil kita kepada tindakan dan memberitahu mengenai keluaran terbaru. Pengiklanan berada di sekeliling kita. lebih sihat. yang mempunyai kesan yang sukar dilupai juga unik. membawa ke mana saya ingin pergi atau menjadikan hidup saya lebih mudah? Pengguna berpotensi inginkan faedah dari sesebuah iklan dan segala idea seharusnya dapat menghubungkan dan mengaitkan gaya kehidupan yang moden dan serba canggih ini.

Copy writing iaitu bahagian lisan dalam pengiklanan jelas mudah difahami dan menggunakan bahasa seharian. bentuk muka surat. Rekabentuk dan visual iaitu menggambarkan konsep dalam visual atau perhubungan lisan. majalah dan sebagainya. faedah. perdagangan iaitu khusus kepada pakar atau pakar perniagaan dan perkhidmatan awam iaitu khusus kepada barangan awam juga iklan untuk kebajikan atau yang tidak mengaut keuntungan. Mengembangkan strategi yang menentukan kaedah produk dan perkhidmatan juga kedudukan produk dalam saingan pasaran. mesti juga ada konsep iaitu jawapan kreatif kepada permasalahan pengiklanan.  Contoh-contoh pengiklanan Empat komponen dalam pengiklanan dan penghasilan cetakan . memikirkan garis panduan dan visual yang akan mengambarkan konsep anda. Mengembangkan konsep yang menghubungkan faedah dan pemujukan membeli barangan atau untuk menggunakan suatu perkhidmatan. Ianya terdiri daripada visual utama. Penghasilan cetakan iklan iaitu kajian tentang produk atau perkhidmatan pelanggan. tipografi. mutu konsep dapat membenarkan ianya berhubung dengan mesej. Terdapat format visual komunikasi seperti poster yang turut dijadikan iklan.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL18 Terdapat tiga kategori major pengguna iaitu yang dikenali sebagai masyarakat atau orang awam. maklumat dan faedah dan mereka bentuk muka surat yang dilaksanakan sebaik-baiknya mengikut strategi dan konsep produk dan sentiasa berfikiran profesional.  iklan Strategi iaitu merupakan point permulaan yang menetapkan potensi pelanggan dan penentuan kepada produk pasaran. gaya dan persembahan. mengetahui maklumat dan kehendak masyarakat. Menulis teks utama iaitu penerangan keseluruhan konsep. mewujudkan tahap jualan yang unik dan sebagainya. ianya juga dihasilkan dalam bentuk cetakan seperti surat khabar.

lebuh raya dan kawasan pejalan kaki. Visual dan tipografi yang dipaparkan adalah dalam saiz yang dapat dilihat pada jarak penglihatan yang jauh dan biasanya diiklankan pada papan yang besar dengan slogan yang menarik dan juga imej visual yang menarik perhatian. Media .4 Papan Iklan (Billboard) Billboard atau papan iklan adalah salah satu struktur pengiklanan luar yang mempunyai saiz yang agak besar.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL19 4. Ia lazimnya diletakkan dalam kawasankawasan trafik seperti jalan raya.

menyampaikan informasi dan mempromosikan produk syarikat mereka. Selain daripada papan iklan yang biasa dilihat di jalan-jalan dan persimpangan. iaitu dalam saiz yang besar supaya mudah dilihat dan juga dengan imej yang diilustrasikan dengan warna yang menonjol dan menarik. Sebagai jalan-jalan dan lebuhraya-lebuhraya kali. . terdapat juga billboard digital yang direka menggunakan program dan perisian komputer. dan juga direka untuk memaparkan iklan-iklan daripada syarikat yang berbeza melalui beberapa slot paparan dalam sehari. Hal ini kerana bersesuaian dengan fungsinya sebagai media menarik pelanggan. perniagaan papan iklan berkembang maju. Oleh kerana papan iklan digital berpotensi dan memberi impak yang besar kepada pengguna secara berkesan. dengan terhad tetapi masih nilai komersial ketara. memaparkan beberapa iklan produk dan perkhidmatan daripada syarikat yang sama. Papan iklan digital boleh direka untuk memaparkan teks yang bergerak. ia bertujuan memberikan ingatan yang berkesan terhadap produk atau perkhidmatan yang diiklankan selepas pengguna melalui jalan tersebut.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL20 pengiklanan yang bersifat komersial dan mesra penggguna ini mempunyai tahap kreativiti yang tidak terbatas. kebanyakan iklan hanya menggunakan beberapa perkataan sahaja. Oleh sebab itu. Papan iklan direka untuk menarik perhatian dan mencipta ingatan yang kuat dalam minda pengguna secara cepat.  Sejarah Papan Iklan Papan-papan iklan awal adalah pada asasnya besar poster-poster pada bahagian-bahagian bangunan-bangunan. Pengiklanan pada billboard mesti boleh dibaca dalam masa yang singkat kerana biasanya maklumat dalam bentuk teks yang ada pada iklan akan dibaca dalam waktu yang pantas semasa berada di jalan raya. ia menjadi satu cara pengiklanan yang akan dikomersialkan di masa akan datang.

• 1925 .Syarikat gula-gula Jepun Glico memperkenalkan bangunannya dengan merentangi papan iklan. Menawarkan pelbagai jenis pengiklanan.Automobil Model T diperkenalkan di Amerika Syarikat. • 1919 . . Glico Man. menjelajah persembahan.Dimesin papan iklan Kani Doraku adalah terbina dalam Dotonbori.Litografi telah direka.Burma-Shave membuat papan-papan iklannya sekitar lebuhrayalebuhraya itu.24 helai cadar pertama papan iklan telah ditunjukkan pada Paris Exposition dan kemudian pada 1893 World Columbian Exposition di Chicago. • 1908 .SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL21 Papan-papan iklan pada peringkat awal adalah pada asalnya besarsaiz poster pada bahagian-bahagian bangunan-bangunan.Papan-papan iklan mengenai dadah mula meningkat diseluruh negara • 1960 . • 1889 . pertambahan jumlah penduduk yang menggunakan lebuh raya terdapat papan-papan iklan disepanjag lebuh raya tersebut.Jared Bell membuat 9x6 poster untuk sarkas di Amerika Syarikat. • 1931 . Dipamerkan disepanjang jalan-jalan dan lebuhraya-lebuhraya. perniagaan papan iklan ini berkembang maju. Osaka. dan filem-filem. ini menjadikan poster lebih nyata.Bill Posters Association antarabangsa Amerika Utara telah ditubuhkan (sekarang dikenali sebagai Outdoor Advertising Association Amerika) seperti sebuah papan iklan kumpulan yang melobi. • 1835 . • 1867 . terutamanya bagi sarkas.Yang paling awal mengendalikan sewa papan iklan (sumber: OAAA) • 1872 . dengan terhad tetapi masih nilai mempunyai nilai komersial yang ketara. • 1794 .

iv)Penggunaan warna sebaik-baiknya kontra dengan persekitaran dan dapat menjadi tumpuan pandangan.Akta Highway Beautification diluluskan setelah banyak berkempen oleh Lady Bird Johnson • 1971 .Mahkamah Supreme mengubah satu papan iklan yang dikeluarkan oleh San Diego larangan. tetapi meninggalkan bilik membukai kota-kota lain untuk mengharamkan papan-papan iklan perdagangan. dan ia mula bergerak perniagaan itu kepada papanpapan iklan. ii) Ilustrasi atau gambar yang menarik dan mudah difahami.  Aspek penting dalam perekaan papan iklan i) Keterbacaan. • 2007 – Pihak Industri mengambil satu keping plastik kepingan penggantian poster untuk menukar poster kertas papan-papan iklan dan bermula fasa akhiran PVC vinil fleksibel. iii) Saiz papan iklan dan ketinggian mesti sesuai dengan jarak penglihatan.Akta Public Health Cigarette Smoking mengharamkan iklan-iklan rokok ditelevisyenkan dan radio. iaitu dapat dibaca dengan sekali pandang. • 1997 .Iklan tembakau tidak lagi dibenarkan untuk dipamerkan dengan menggunakan papan-papan iklan luar di Amerika. vi)Reka letak atau susunan ilustrasi dan huruf yang sesuai akan menarik perhatian pemerhati. • 1981 . v) Kreativiti dan keaslian ideanya sesuai dengan dan beridentiti. menggantikan ia dengan eko plastik seperti politena. vii) Lokasi yang sesuai atau diletakkan di tempat tumpuan awam. viii) Menggunakan bahasa yang betul.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL22 • 1965 . ix) Amaran .

SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL23  Contoh-contoh papan iklan .

sesetengah pelukis seperti Austro – Hugarian dan Demeter Laccataris telah menghasilkan lukisan papan tanda. Papan tanda juga turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan. Masyarakat Mesir juga antara masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan tanda dengan menggunakan media mereka sendiri. Pada adab ke 19. majlis.  Sejarah Pada tahun 1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberi tahu pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Kebiasaannya papan tanda digunakan untuk pengiklanan produk. Menggabungkan bentuk. Masyarakat Rom dahulunya menggunakan batu dan tanah liat untuk menghasilkan papan tanda.5 Papan Papan Tanda (Signboard) tanda adalah papan yang membawa maksud tanda atau notis.  Kegunaan dan Fungsi i) Penunjuk arah ii) Penunjuk lokasi iii)Menyampaikan maklumat iv)Memudahkan atau melancarkan perjalanan v) Mempromosikan sesuatu produk  Jenis-jenis Papan Tanda i) Industri / Syarikat ii) Pendidikan ii) Lokasi iv)Jalan v) Banner syarikat vi) Keselamatan vii)Notis viii) Iklan . rumah untuk di sewa dan sebagainya.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL24 4. Papan tanda juga adalah sebagai alat untuk memberi maklumat atau petunjuk. warna dan simbol kecuali maklumat yang berupa tulisan.

guru. iii) Seni Reka Papan Tanda Pendidikan -Papan tanda pendidikan merupakan papan tanda yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan . -memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya . Seperti Toyota.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL25  i) • • • • • • • ii ) Jenis-jenis seni reka papan tanda Seni reka papan tanda tempat Signboard ialah papan tanda yang menunjukkan sesuatu tempat Signboard lokasi biasanya menunjukkan lokasi tersebut sudah semakin Untuk mempromosikan syarikat mereka Merupakan signboard yang mempunyai tanda korporat Penggunaan jenis tipografi yang jelas Mudah dilihat dan dibaca Penggunaan warna yang kontra supaya mudah dilihat Seni Reka Papan Tanda Industri atau Syarikat hampir -Merupakan papan tanda yang digunakan oleh syarikat-syarikat atau kilang. dan ibu bapa Ciri-ciri -Berunsurkan ilmiah -Memberi pengetahuan yang berguna -Mesej yang ingin disampaikan tepat dan ringkas -Biasanya terdapat dikawasan sekolah iv) Seni Reka Papan Tanda Jalan -Papan tanda jalan merupakan tanda yang berada di tepi. -Menggunakan papan tanda untuk mempromosikan nama produk mereka. Honda. Ciri-ciri -Biasanya papan tanda ini diletakkan pada hadapan bangunan milik mereka. Panasonic dan sebagainya.tepi jalan. -Penghasilan papan tandanya ialah menggunakan tipografi dan ilustrasi yang telah dipermudahkan.Golongan sasarannya ialah murid. -Papan tanda ini juga dikenali sebagai perabot jalan.

pertubuhan. dapat menyampaikan mesej. sampul surat dan sebagainya. mengekalkan asas seni reka serta kemas dan menarik. Logo direkacipta berdasarkan objek alam semulajadi. mewakili identity organisasi. Rekaan logo biasanya bersifat ringkas dan mudah. Biasanya logo terdapat pada dinding bangunan. anak patah atau tipografi -Menunjukkan arah dan jarak kejauhan sesuatu tempat  Contoh-contoh papan tanda 4. Syarikat perniagaan menggunakan logo sebagai tanda perniagaan dan identity (trademark) supaya mudah dikenali. kelab atau persatuan. bahan bercetak seperti kepala surat. mempunyai keaslian. menggunakan warna yang minimum. objek buatan manusia huruf dan angka.6 Logo Logo ialah lambang bagi sesebuah syarikat. .SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL26 Ciri-ciri -Menggunakan simbol.

Sesebuah logo juga mestilah direka mengikut kesesuaian terhadap syarikat itu. Selain itu. PHILIPS dan sebagainya. Apabila merekabentuk sesebuah logo. Untuk menghasilkan sesebuah logo yang baik. Pictorial visual yang mempunyai gambar dan gambar itu akan menunjukkan produk dan perkhidmatan syarikat yang diwakili. Logo boleh dihasilkan dalam 4 jenis iaitu logotype yang menggunakan nama dan Alphabet untuk menghasilkan logo. pereka grafik perlu memastikan logo yang direka adalah memenuhi permintaan pelanggan dan kena dengan produk dan perkhidmatan mereka. initial ialah perkataan pertama terhadap nama tersebut serta kombinasi iaitu campuran terhadap mana-mana jenis logo di atas.ciri logo yang baik Untuk mereka logo yang jelas. Ia perlu sesuai untuk perniagaan pelanggan dan dan boleh menunjuk atau melambangkan produk. perkhidmatan syarikat yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta menggunakan ‘graphic impact’ untuk meghasilkan sesebuah logo. Ketiga ialah abstrak visual iaitu logo yang tidak mempunyai gambar. Sebagai contoh. ia mesti mudah diingati dan mudah dibaca dan juga memastikan logo itu memenuhi permintaan pelanggan. Mesti juga mempunyai perbezaan dalam produk dan perkhidmatan dengan syarikat lain. mudah diingati dan boleh dibezakan. PANASONIC. dan lainlain. A&W.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL27 Logo boleh dilihat di mana-mana sahaja seperti yang biasa dilihat ialah logo syarikat. Logo huruf juga menggunakan keseluruhan perkataan seperti AVON. logo itu mestilah jelas dan mudah dibaca. . logo syarikat insuran adalah tidak sesuai bagi logo syarikat kereta.  Jenis-Jenis logo i) Logo Huruf Logo Huruf menggunakan huruf ringkas (initial).  Ciri. misalnya UPM. sesebuah logo mestilah mempunyai keunikan. logo organisasi atau pertubuhan. cabaran yang akan ditemui ialah logo yang direka mestilah berbeza dengan logo yang lain maka.

Logo representasi masih mengekalkan bentuk asal. Ciri-ciri logo huruf termasuklah: i) Reka bentuk huruf yang berkesan untuk menunjukkan mesej. tetapi disesuaikan dengan ciri logo. Petronas dan Maybank Berhad. contohnya TV3 dan 7UP. misalnya logo oleh syarikat minyak Shell. ii) Mengandungi unsur-unsur seni supaya rekaannya menarik. Punca idea logo representasi adalah berdasarkan rupa objek alam sekeliling dan objek yang dipermudahkan (bersifat 2D). misalnya motif flora dan fauna. contohnya Pizza Hut dan MAS. ii) Logo Representasi (Pictogram) Logo representasi menggunakan imej semata-mata. iii) Berasaskan bentuk atau rupa satu huruf atau gabungan lebih daripada satu huruf. Terdapat juga logo representasi yang menggabungkan imej dan huruf.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL28 Sesetengah logo huruf hanya menggunakan huruf dan imej.  Contoh-contoh logo .

ditulis dengan pen dan marker. kegunaan logo. Beberapa perkara perlu diingatkan oleh pereka baru walaupun semua peraturan grafik boleh diubah asalkan dengan adanya kreativiti yang tinggi dan besesuaian dengantema syarikat atau organisasi yang terlibat. nombor telefon dan faksimile adalah dikecualikan dalam sampul surat). envelopes dan business card juga penting kerana berat kertas yang dipilih untuk letterhead dan envelopes mesti dapat ditaip. Letterhead dan business card mempunyai logo syarikat. kad perniagaan (business card). dicetak. Oleh itu. sampul surat (envelopes). Korporat identiti selalunya adalah salah satu bahagian yang penting dalam melambangkan identiti visual sesebuah syarikat perniagaan. Korporat identiti biasanya terdiri daripada kepala surat (letterhead). Anda boleh merekabentuk apa sahaja yang anda inginkan asalkan ia dapat mengatasi masalah komunikasi visual masyarakat umum terhadap sesuatu syarikat. Rekaan seperti untuk mengatur elemen-elemen.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL29 4. kita memanggilnya letterhead. Pemilihan kertas untuk letterhead. Kualiti yang lebih baik daripada kualiti standard adalah lebih mahal. Kertas dan sampul surat perlu dalam bentuk saiz ukuran yang standard. dan jenis permukaan biasanya adalah konsisten dalam tiga bahagian korporat identiti. nama pemilik atau pekerja dan jawatan yang disandang. Semua gubahan boleh digunakan asalkan ia berkesan. Kertas letterhead mesti boleh dilipat dan business card haruslah tebal supaya boleh dimasukkan ke dalam dompet. Semua sistem rekaan sama ada korporat identiti atau satu program identiti visual yang luas mesti mempunyai kesinambungan iaitu persamaan dalam rupa dan warna. (Alamat e-mail dan laman web. Kebanyakan pereka menempatkan maklumat di bahagian paling atas halaman surat. pilihan warna-warna. ciptaan hierarki visual. Satu rekaan yang baik boleh memberikan ingatan jangka panjang kepada audian.7 Reka Bentuk Korporat (Stationery) Korporat identiti bermaksud reka bentuk grafik untuk membuat imej sesebuah syarikat atau organisasi supaya dikenali oleh masyarakat umum dan boleh menarik perhatian pelanggan untuk mengingati syarikat atau organisasi tersebut itu. Rekaan .

Antara berikut adalah cadangan untuk penghasilan korporat identiti yang baik iaitu yang petama mengembangkan konsep yang unik. Penggunan tipografi yang dapat dibaca dengan mudah dan pantas. sesuai dan menarik. mengkoordinatkan letterhead (kepala surat). Reka bentuk yang boleh dikenal pasti oleh penghantar dengan segera. envelopes (sampul surat) dan business card (kad perniagaan) denga mewujudkan suasana keharmonian atau kesamaan.8 Risalah . Selain itu.  Contoh-contoh korporat identiti 4. alamat e-mail atau laman web yang jelas. Rekaaan yang digunakan haruslah boleh berfungsi denga baik dalam semua bentuk korporat identiti. nombor telefon atau faksimile. Menunjukkan alamat. Mengekspreskan jiwa atau personaliti syarikat atau pelanggan.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL30 letterhead baruslah dilengkapi ruang yang mencukupi untuk keserupaan dan keserupaan itu tidak patut diubah.

risalah terhasil dalam bentuk sehelai kertas yang dilipat dua. Kebiasaannya.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL31 Risalah merujuk kepada bahan-bahan edaran atau siaran. iii) Risalah perkhidmatan Memaklumkan orang ramai tentang perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan.  Jenis-jenis risalah Risalah yang dihasilkan bergantung pada matlamat serta barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Risalah berfungsi untuk mempromosi dan mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah institusi atau syarikat. Kini. Reka letak yang digunakan mestilah menarik perhatian dan dapat memperjelaskan maksud risalah. Risalah dapat dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan gaya mengikut cita rasa institusi berkenaan. Ini bergantung pada kreativiti pereka yang menghasilkannnya. tiga atau beberapa kali. Ilustrasi yang digunakan mestilah berkaitan dengan tajuk rialah. ilustrasi dan rekaletak. iv) Risalah perubatan . risalah menjadi salah satu bahan untuk sesebuah institusi berkomunikasi dengan pihak awam. ii) Risalah barangan Memperkenalkan sesuatu produk dalam pasaran. Risalah merupakan reka bentuk grafik yang memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk berkaitan dengan institusi yang diwakilinya. Tipografi bagi risalah biasanya bersaiz kecil. Penghasilan risalah melibatkan kombinasi tipografi. terdapat pelbagai jenis risalah: i) Risalah perlancongan Menarik perhatian pelancong (orang ramai) terhadap sesebuah tempat menarik. melainkan tajuknya. Secara umumnya.

lipat dua atau lipat tiga dan sebagainya. v) Dilipat dalam pelbagai gaya. iv) Lipatan kemas dan menarik. iaitu dalam bentuk sehelai kertas. iii) Maklumat dan penerangan perlu ringkas. vii) Tipografi atau teks biasa bagi risalah bersaiz lebih kecil daripada teks peraga.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL32 Memperkenalkan produk kesihatan (ubat-ubatan dan alat kesihatan) yang disediakan oleh seebuah syarikat. gambar dan teks berhubung kait dengan tajuk atau tema risalah.  Contoh-contoh risalah .  Ciri-ciri risalah Ciri-ciri risalah yang baik ialah i) Gubahan sesuai dengan tema risalah ii) Ilustrasi. jelas dan tepat. tetapi lengkap. vi) Muka taip peraga bersaiz lebih besar dan mempunyai warna yang lebih menonjol sesuai untuk tajuk risalah.

9 Laman Web Laman web merupakan bentuk komunikasi visual yang berkesan pada masa kini.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL33 4. World wide web (www) adalah jaringan laman web (link) yang dapat dilayari oleh setiap pengguna di seluruh dunia. laman hiburan. Laman web yang menarik ialah laman web yang ringkas dan mempunyai malumat yang jelas. laman informasi. laman bisnes. Setiap paparan website dimulakan pada titik permulaan yang dimulakan dengan homepage. audio teks dan video. Laman web boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen dan informasi elektronik yang dipaparkan di jaringan web yang mengandungi grafik. Laman web terbahagi kepada beberapa jenis antaranya laman komersil. Reka bentuk laman web memerlukan kemahiran grafik dan kemahiran menggunakan perisian khas laman web. Ciri-ciri rekabentuk laman web • • • Laman web yang mudah dan cepat dibuka Penggunaan imej yang ringkas Penggunaan butang yang mudah dan menarik . Setiap laman web yang bertalian dikenali sebagai website atau tapak web. laman atau blog peribadi.

pasar raya. gerai majalah. . pusat beli-belah. Pada kebiasaannya. Muka majalah mempunyai tujuan utama iaitu menarik minat pembaca dan pembeli. pasar mini. Majalah biasanya memiliki artikel mengenai topik popular yang ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Ia mengandungi tipografi dan imej yang menarik. bulanan.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL34 • • • • • • •  Warna yang sesuai Saiz bukaan yang standard (640 x480 pixel) Jelas kepada sasaran (audien) Mempunyai maklumat yang padat dan berkesan Menggunakan animasi yang minima Trend reka letak terkini dan tidak padat Butang kawalan yang jelas dan berfungsi dengan baik Contoh-contoh rekaan laman web 4. majalah dicetak berwarna dan menggunakan kertas yang lebih bermutu. dwi tahunan dan sebagainya yang berisi bermacam-macam rencana dengan subjek yang pelbagai. kedai runcit dan sebagainya. dwibulanan. Majalah secara umumnya boleh didapati di kedai-kedai buku.10 Majalah Majalah merupakan penerbitan berkala. Muka majalah merupakan bahagian hadapan sebuah majalah. sama ada dwi-mingguan.

SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL35 Majalah yang mengandungi penerbitan akademik yang ditulis dalam bentuk artikel yang padat dengan ilmu dikenali sebagai penerbitan ilmiah atau jurnal. ciri sesebuah majalah yang baik boleh dibahagikan kepada dua faktor utama yang merangkumi faktor dalaman dan luaran. gaya bahasa dan persembahan majalah.  Diagram muka majalah Diagram muka majalah adalah skema yang perlu ada pada setiap muka majalah seperti: i) Nama ii) Imej iii) Logo iv)Tarikh v) Harga vi) Kod bar vii) Tajuk utama/ tajuk sampingan  Contoh-contoh Majalah . Majalah juga diterbitkan secara dalam talian di internet. Manakala faktor luaran menekankan aspek kepakaran tenaga kerja.  Ciri-ciri Majalah Menurut Mus Chairil Samani (2000). Terdapat juga majalah yang hanya mempunyai sama ada dalam versi cetak sahaja atau pun versi internet sahaja. Bahkan sesetengah majalah mempunyai kedua-dua versi cetak dan internet sekaligus. pengurusan kewangan dan pengiklanan serta promosi dan pengedaran majalah. Faktor dalaman merangkumi ciri-ciri majalah itu sendiri yang mementingkan aspek mesej.

.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL36 4. Jemputan bermaksud mengundang. direka dengan rekabentuk yang kreatif. Kad jemputan digunakan untuk mengundang orang datang ke sesuatu majlis atau perayaan. mengajak.11 Kad Jemputan Kad jemputan merujuk kepada sekeping krtas atau kad yang dilipat dua. grafik atau ilustrasi serta muka taip yang menarik. atau mempersilakan seseorang datang. tiga atau dilipat berbagai cara. dengan imej.

ii) Rupa dan muka taip Terdapat rupa geometri dan rupa organik digunakan dalam membuat kad jemputan. iii) Reka letak Reka letak dalam kad jemputan merujuk kepada susun atur ayat dalam kad. mempunyai susun atur yang kemas dan ringkas sesuai dengan tema kad tersebut.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL37  Ciri-ciri rekabentuk kad jemputan i) Warna Warna amat penting terutama dalam pemilihannya. Warna yang lembut adalah sesuai untuk melahirkan minat pengguna. Kad jemputan yang baik mestilah menggunakan ayat yang ringkas tetapi penuh makna. Rupa digunakan sebagai rekaan grafik untuk menghias kad. dan juga muka taip yang berwarna warni atau berkontra dengan latar belakang juga akan menarik perhatian pengguna. Muka taip ialah jenis rupa berbentuk huruf. Keterbacaan ini akan memudahkan penyampaian maksud sesuatu mesej dalam kad jemputan yang dihasilkan. Reka letak amat penting untuk memudahkan pengguna memahami mesej yang disampaikan. teruja mahupun sedih. Muka taip yang ringkas dan senang dibaca. ayat yang ditaip adalah tidak terlalu panjang mahupun padat dan sesak. ilustrasi dan juga bahan-bahan tambahan seperti kolaj (Imej/Teks). dan ia juga boleh dihasilkan dalam pelbagai gaya iaitu menggunakan font yang bersesuaian dengan tema kad jemputan. Pemiklihan warna yang sesuai mampu menarik . Dalam kada jemputan.  Contoh-contoh kad jemputan perasaan maaf mahupun meluahkan perasaan gembira.

menganimasikan pula ialah menggerakkan sesuatu objek itu supaya bergerak atau hidup. berasal daripada perkataan Latin yang memberikan maksud Animasi ‘dihidupkan’ atau bring to life. Animasi juga merupakan gambar yang lahir daripada dua disiplin iaitu filem dan gambar. animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses membentuk ilusi perkataan di dalam sebuah filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej. patung atau objek tiga dimensi dengan kiraan yang pantas agar hasil daripada gerakan tersebut akan membuatkan gambar-gambar tersebut ‘hidup’. Membuat atau melakukan proses animasi merupakan menggerakkan gambar atau lukisan. animasi merupakan satu perlakuan yang mana boleh Secara ‘menghidupkan’ sesuatu atau membuatkan sesuatu itu ‘bergerak’. Animasi berasal dari dunia fotografi dan juga ilustrasi rekabentuk grafik atau komunikasi visual. Mengikut kepada Computer Animation Dictionary.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL38 5.  Definisi Animasi. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. . animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses yang mana dapat menjadikan sesuatu objek atau benda itu kelihatan ‘hidup’ dan seakan ‘bernyawa’. Selain daripada itu.0 Animasi umum.

iaitu seorang seniman Itali juga melukis malaikat atau angle dalam posisi sedang terbang dengan pengulangan pergerakan yang berlainan.000 tahun lebih memaparkan pergerakan binatang seperti khinzir atau kuda digambarkan dengan lapan kaki dalam posisi yang berbeza dan bertindih-tindih. Gioto. 1997). Joseph Plateau dan Pierre Desvigenes berjaya membuktikan bahawa mata manusia cenderung untuk merakam urutan gambar-gambar pada jarak masa tertentu sebagai suatu pola pengekalan dengan melalui peralatan optik yang mereka cipta. Gua Lascaux di Sepanyol Utara yang berusia 200. Lukisan Jepun Kuno pula memperlihatkan suatu jalan cerita yang kelihatan hidup dengan melukiskannya di atas satu gulungan kertas yang panjang. animasi boleh didefinisikan sebagai suatu kegiatan untuk menghidupkan. seniman dunia yang terkenal iaitu Leonardo da Vinci telah Seorang menghasilkan sebuah karya ilustrasi anggota tubuh manusia dalam pelbagai posisi bertajuk “Vitruvian Man”.  Sejarah Animasi. Orang-orang pada zaman itu menganimasikan pergerakan gambar binatang pada dindingdinding gua tersebut. . Dalam sejarah. Secara umum. sebuah prinsip asas ditemui daripada karektor mata manusia iaitu persistence of vision (teori pengekalan pandangan). semangat dan emosi akan membuatkan benda tersebut bergerak atau hidup. Perkataan animasi daripada perkataan yang berasal dalam bahasa Inggeris iaitu animation yang diambil daripada kata dasar to animate bermaksud menghidupkan (Wojowasito. Paul Roget. menggerakkan benda yang mati yang bermaksud suatu benda yang mati jika diberikan dorongan kekuatan. Orang Mesir Kuno pada sekitar tahun 2000 sebelum Masihi menghidupkan gambar mereka dengan melakarkan gambar-gambar pada dinding Piramid sebagai satu hiasan dinding.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL39  Definisi Filem Animasi Manusia ingin untuk membuat gambar atau imej yang hidup dan bergerak sebagai perantara daripada pengungkapan atau expression.

Manakala karektor pada bentuk wajah satu lagi adalah orang sedang menghisap curut sambil menghambuskan asap terhadap wajah karektor wanita. Sepanyol Utara. Seorang pembuat filem bioskop yang berasal dari Perancis merupakan pencetus awal kepada perkembangan teknik filem animasi.  Sejarah Filem Animasi. Kedua-dua bentuk muka animasi tersebut dilakarkan dengan karektor yang sedang tersenyum dan mengenyit mata. Di dalam filem tersebut juga. terdapat dua bentuk wajah dilukis dengan menggunakan kaedah lukisan iaitu teknik garisan atau line drawing yang mana telah dianimasikan pada sebuah papan hitam.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL40 Ilustrasi pada dinding Piramid. Stuart Blackton iaitu salah seorang pemilik syarikat Vitagraph Company yang mana menghasilkan filem animasi terawal. Karektor seorang lagi merupakan karektor seorang badut sedang membawa anjing untuk melompat menembusi gelung. Filem kartun tersebut merupakan filem kartun terawal yang menggunakan kaedah single frame dan dipaparkan dalam 20 frame sesaat. Ilustrasi dinding di Gua Lascaux. Humorous Phases of Funny Faces (1906) yang dihasilkan oleh seorang kartunis surat khabar iaitu J. .

George Pal daripada negara Belanda telah menggunakan patung sebagai figura dalam filem animasi pendek pada tahun 1934. Bentuk di dalam filem tersebut berwarna hitam dan berlatarbelakangkan warna putih. Lotte Reineger daripada Negara jerman mengembangkan dunia animasi dalam bentuk bayangan. Teknik filem animasi berkembang sekitar tahun 1930-an dan menjadi tahun terpenting dalam dunia filem animasi. Max Fleischer mengembangkan filem animasi bertajuk “Ko Ko The Clown”. Alexander Ptuhshko dari Rusia menghasilkan filem animasi patung dengan jangka masa waktu yang panjang yang bertajuk “The New Gulliver”. Fleischer dan Sullivan telah memanfaatkan teknik animasi sel iaitu lembaran tembus pandang daripada bahan seluloid atau celluloid yang disebut sebagai “cell”. Pada tahun 1919. Winsor McCay membuat filem animasi bertajuk “Gertie The Dinosaur”. Rangkaian gambar-gambar black-line tersebut dihasilkan di atas lembaran putih serta dimasukkan ke dalam negatif filem sehingga figura yang kelihatan menjadi warna putih dan latar belakangnya menjadi warna hitam. beliau menggunakan 16 kali pergerakan pada satu saat. Pat Sullivan pula membuat filem bertajuk “Felix The Cat”. Bertosch daripada Perancis pula mewujudkan filem animasi potongan dengan bentuk yang berasal daripada potongan-potongan kayu. Bermula tahun 1928-1940-an. perintis awal kepada seni animasi ini ialah para pelukis komik di dalam surat khabar pada zaman 1980-an. seorang pelukis animasi Amerika Syarikat mula mengembangkan teknik di dalam filem animasi. Pada tahun seterusnya. Pada tahun yang sama. Awal tahun 1920-an pula iaitu tahun 1913. Mengikut sejarah. filem animasi bersuara dirintis oleh . Tahun 1930-an pula. Len Lye dari Kana da mencipta filem berwarna bertajuk “Colour of Box”. Di dalam filem McCay. Di Amerika Syarikat pada tahun 1909. Emile Cohl seorang warga Perancis telah membuat sebuah filem animasi secara sederhana.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL41 Pada tahun 1908.

. Walt Disney melancarkan filem animasi kartun panjang pertama yang bertajuk “Snow White and Seven Dwarfs”. Pada tahun 1938 pula. Filem animasi berwarna pertama yang dihasilkan oleh Walt Disney pada tahun 1931 bertajuk “Flower and Trees”. “Donald Duck” dan “Silly Symphony”. Contoh filem animasi yang dihasilkan mereka ialah “Mickey Mouse”.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL42 syarikat konglomerat terkenal iaitu Walt Disney.

Di dalam cara ini. ii) Thaumatrope (1825). Flip book adalah sebuah buku yang mempunyai beberapa helai muka surat yang mana mengandungi imej yang sama tetapi memiliki pergerakan yang berbeza. Kineograph atau flip book adalah satu-satunya cara untuk menghasilkan ilusi dengan menggerakkan gambar dengan satu tahap masa yang ditentukan.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL43 Humorous Phases of Funny Faces  Sejarah Awal Penerbitan Animasi. i) Kineograph. hanya dua helai kertas yang . Terdapat beberapa teknik atau teknologi yang telah digunakan bagi menghasilkan kesan animasi yang berkesan dan berjaya. imej yang berada di dalam helaian tersebut akan kelihatan seperti bergerak dan timbul. Apabila helaian tersebut dibuka dengan satusatu masa yang pantas. teori pengekalan pandangan telah lama diaplikasikan di dalam penghasilkan kesan animasi pada suatu masa dahulu. Thaumatrope merupakan satu cara untuk membentuk animasi secara klasik yang hanya menggunakan kertas. Sebelum wujudnya teknologi digital dan juga animasi menerusi penggunaan filem.

SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL44 perlu digunakan. Apabila kertas yang sudah mempunyai imej itu diputar dengan laju. Alat tersebut telah dihasilkan dan direka cipta pada tahun 1831 yang disimulasikan oleh Belgian Joseph Plateau dan seorang warga Austria iaitu Simon von Stampfer. apabila kita mahu membuat seekor burung seperti berada di dalam sangkar. . iii) Phenakistiscope (1830). Kemudian. Contoh Thaumatrope. dua helai kertas tersebut digabungkan dan diikat dengan tali. imej seekor burung dilukiskan di atas sehelai kertas dan sehelai kertas lagi dilukis dengan sebuah sangkar. maka imej seekor burung dan sebuah sangkar itu akan bersatu dan membuatkan gambar tersebut seakan hidup. Imej yang berada di dalam dua helai kertas tersebut adalah berbeza pada sisi yang berlawanan. Sebagai contoh. Phenakistiscope adalah merupakan alat animasi terawal sebelum Zeotrope. Cara ini mempunyai beberapa kepingan cakera yang mengandungi siri imej yang berurutan.

Alat tersebut berfungsi berasaskan kepada prinsip kerja yang sama dengan alat bernama Phenakistiscope. iv) Zeotrope (1834). Pada alat tersebut. Zoetrope telah dicipta oleh William Horner yang berasal daripada negara England.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL45 Contoh Phenakistiscope. . beberapa siri imej yang berbeza telah diletakkan dan mempunyai kesan potongan pada sekeliling dan dipasang pada satu alat pemutar yang boleh diputarkan.

SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL46 Contoh Zeotrope. . Praxinoscope merupakan alat yang digunakan dalam dunia awal animasi yang mana dihasilkan oleh Charles Emile Reynaud dari Perancis. v) Praxinoscope (1877). Alat tersebut berkonsepkan kepada konsep kerja yang diperkenalkan oleh zoetrope dan phenakistiscope.

SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL47 Contoh Praxinoscope. . vi) Zoopraxiscope (1877). Alat tersebut telah dicipta oleh Eadweard Muybridge yang mana beliau menggunakan gambar foto yang disusun secara membulat pada plat kaca yang diputarkan. Setelah teknologi fotografi diperkenalkan. Antara contoh animasi yang menggunakan alat ini ialah siri pergerakan kuda yang sedang berlari. teknologi animasi semakin berkembang.

Peter Roget dalam artikelnya pada tahun 1824 menghuraikan bahawa ilusi pergerakan boleh berlaku apabila wujud imej yang dilihat pada mata manusia. .SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL48 Contoh Zoopraxiscope.  Teori Teori Pengekalan Pandangan (Persistence of Vision). ini memberikan gambaran bahawa retina pada mata kita boleh mengekalkan imej pada nisbah satu per sepuluh sesaat sebelum memproses imej yang seterusnya. Teori pengekalan pandangan ini juga boleh membantu dalam mencipta dan digunakan dalam menghasilkan beberapa patung optikal yang wujud sebelum di dalam filem.

Apabila watak utama berhenti bergerak tetapi pada bahagian yang lain tetapi pada badan watak masih terus bergerak.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL49 Teori Pengekalan Pandangan (Persistence of Vision)  Prinsip Asas Animasi Squash and stretch – aksi dalam animasi yang menampakkan ilusi berat dan nilai terhadap watak yang bergerak dan digunakan ketika watak sedang berdialog dengan ekspresi wajah yang pelbagai. • Straight ahead – iaitu aksi kepada aksi animasi yang mana ia berkaitan dengan melukis lukisan pertama hingga lukisan seterusnya. • Staging – setiap aksi yang dilakonkan seharusnya jelas berkomunikasi dengan penonton sama ada daripada segi watak. . ekor dan sebagainya. rambut. • Follow through and overlapping action – memberikan maksud iaitu aksi yang berlapis. Latar belakang kedudukan watak seharusnya tepat dan juga bersesuaian. Sebagai contoh. melompat atau ketika menggambarkan perubahan ekspresi wajah. Sebagai contoh. lukisan akan kelihatan lembut dan menjadi lukisan utama atau key drawing. terdapat kelemahan kerana akan berlaku kehilangan saiz nilai dan juga komposisi. tangan. • Anticipation – aksi sebelum berlakunya perbuatan. Kelebihannya pula. Namun begitu. pakaian. permulaan untuk berlari. mood watak dan juga reaksinya.

watak animasi yang dicipta juga harus mempunyai nilai komersial dan juga nilai estetika yang tersendiri. • Timing and motion – jarak dan masa yang dirangka untuk menghasilkan lukisan animasi supaya pergerakan yang dibuat kelihatan lebih semulajadi dan menarik. watak yang sedang berlari dengan rambut yang juga sedang bergerak. Cara tersebut sebagai satu ujian pensel dan selepas itu ialah pembersihan. Gaya Animasi Lukisan tangan. Solid drawing – seorang pereka animasi yang baik harus memahami prinsip asas seni. Lukisan tangan memberikan maksud iaitu lukisan yang dihasilkan pada kertas yang mana proses tersebut ialah merakam sesuatu secara beriringan untuk memaparkan pergerakan. ruang dan sebagainya. • • Exaggeration – aksi yang melampau dan juga tidak masuk akal. Maka. • Appeal or commercial esthetica – setiap watak yang dicipta seharusnya mempunyai karisma dan juga daya penarik. Sebagai contoh. akan dapat menghasilkan lukisan yang mantap.  i. . rupa. • Arcs – merupakan garisan melengkung yang digunakan sebagai panduan lukisan atau guide. Sebagai contoh. Di samping itu. Penggunaan dakwat dan warna diaplikasikan ke dalam lukisan tersebut dengan mereka komposisi ke atas semua lapisan dan latar belakang dan rakaman ke atas filem di dalam satu frame pada satu-satu masa. • Secondary action – pergerakan yang wujud selain daripada watak utama. bentuk.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL50 • Slow out and slow in – pergerakan secara perlahan atau lembut yang mana lukisan kurang dengan pergerakan yang pantas.

. ii) Stop-motion. Contoh animasi stop-motion. animatronics digunakan dalam pembikinan filem malah boleh juga digunakan di taman tema dan bentuk lain untuk hiburan. Komponen mekanikal dan elektronik yang disalut dengan kulit sintetik dapat digerakkan dengan menggunakan enjin. Gaya animasi ini pula ialah menganimasikan sebuah model dan merakamkan posisi yang berbeza pada setiap frame yang ada. iii) Animatronics. Ilusi akan berlaku apabila pergerakan dimainkan dalam beberapa masa yang ditetapkan.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL51 Contoh lukisan yang dihasilkan. Gaya animasi ini juga merupakan salah satu teknik untuk memanipulasikan watak supaya dapat bergerak dengan sendiri. Secara umum. Gaya animasi ini pula ialah gaya yang dikawal oleh komputer yang mana boleh digerakkan pada masa yang nyata.

. Contoh persembahan animasi.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL52 Contoh gaya animatronics. Gaya animasi ini pula biasanya dikaitkan dengan patung atau puppetry. Pelakon ditugaskan untuk mengawal karektor animasi yang akan dilakonkan agar kelihatan seperti hidup walaupun pada dasarnya apa yang dilakonkan itu adalah watak kartun. Kebiasaannya. patung direka khas dengan watak yang ingin disampaikan dan juga lengkap dengan memakai baju atau suit.  Persembahan animasi.

asap. melancarkan perjalanan pergerakan karektor serta menambah perberakan sekunder pada karektor. air dan pelbagai bentuk salji dan laut. penghasilan kesan khas tersebut perlu disesuaikan dengan latar belakang filem atau jalan cerita tersebut. Beberapa pembangun kepada karektor animasi ini ditugaskan dengan pengawalan pergerakan karektor. Namun begitu. Teknik yang memberikan peluang kepada pereka animasi untuk mengawal kepelbagaian unsur masa seperti sistem partikel dan simulasi dinamik. Kesan khas animasi ini biasanya seperti menghidupkan semula fenomena semulajadi seperti api. . angin. kilat.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL53  Karektor animasi. Animasi seperti ini dibina dengan gabungan teknik inverse dan forward kinematics dan juga motion capture. baying-bayang dan sebagainya. Contoh karektor animasi  Kesan khas animasi. habuk. Animasi gaya ini adalah satu bentuk animasi paling berkualiti tinggi yang mana karektor tersebut dapat menghidupkan karektor yang sebaliknya iaitu khayalan atau virtual.

perisikan dan lain-lain. perspektif dan keadaan yang sebenar.  Genre Animasi. Genre ini mengandungi banyak aksi. genre ini juga mempunyai beberapa orang watak iaitu watak hero. pencahayaan. mempunyai aksi yang banyak dan pergerakan yang menuju kepada .SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL54 Contoh kesan khas animasi  Kesan visual dan aksi langsung animasi. plot cerita yang mendebarkan dan pada kebiasaannya mempunyai satu hala tuju yang utama. warna. i) Aksi dan pengembaraan. Perwatakan juga diberikan dengan jalan cerita yang pantas. Selain daripada itu. heroin dan juga sekumpulan wira dan termasuk filem yang berdasarkan kepada buku komik seperti aksi kejar-mengejar kereta. Animasi kesan visual untuk aksi secara langsung adalah lengkap secara visual yang dipadankan dengan pergerakkan. Kesan ini juga menarik kerana digabungkan dengan aksi yang disediakan dengan pereka sinematografi.

barat. terkejut dan tidak percaya. Sebahagian daripada drama agak sukar untuk ditakrifkan sebagai genre drama kerana sifatnya yang seakan-akan menjurus kepada genre yang lain. fiksyen sains dan juga sukan. v) Fiksyen sains atau fantasi Genre fiksyen seperti ini termasuk di dalam epik dan juga fantasi. Genre ini mengandungi dunia fantasi dan boleh juga bergabung dengan dunia realiti. makhluk halus. makhluk asing. hasil respon atau tindak balas manusia terhadap pelbagai perkara yang mengaitkan dengan kehidupan seharian manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan juga kerenah. Genre ini juga akan mewujudkan satu perasaan yang menyeramkan dan juga suspen dengan matlamat sebagai satu tujuan. iii) Drama. Di dalam genre ini. timur. Selain daripada itu. genre ini agak kurang dengan karektor tetapi sarat dengan plot dan juga lokasi termasuk apabila filem akan dimainkan. puaka. kemungkinan besar untuk . Genre ini menggunakan situasi dan juga kelebihan sesuatu dalam rangka cerita untuk menghasilkan unsur jenaka atau humor. Lazimnya. syaitan. Genre ini juga melibatkan benda-benda tahyul seperti hantu. terdapat beberapa jenis komedi yang lain iaitu seperti komedi tradisional dan juga komedi romantik. ii) Komedi. fantasi. Genre drama biasanya bercorak sejarah.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL55 sesuatu tujuan seperti mencari harta karun atau melarikan diri daripada penjenayah. Genre yang mengarahkan kepada audien supaya tertanya-tanya dan mewujudkan perasaan untuk ingin tahu. iblis dan apa sahaja watak yang menjurus kepada wujudnya situasi yang menyeramkan. Lazimnya. epik. Kebanyakan filem animasi yang termasuk dalam genre ini dihasilkan untuk kategori sukan dan drama yang menjurus kepada personality dan memaparkan kehidupan seseorang. Di bawah genre komedi ini. genre ini mengkhususkan untuk mewujudkan perasaan takut. iv) Seram Genre ini mempunyai nama lain iaitu thriller.

. mempunyai nilai estetik yang tinggi disamping membina suatu ruang yang kondusif iaitu melalui konteks persekitaran dalam kehidupan. Ia adalah suatu bidang yang menggabungkan segala fungsi visual dengan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang menarik.SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL56 melihat haiwan yang aneh dan jalan cerita yang mustahil adalah tinggi dan kadang-kadang tidak terfikir dalam fikiran manusia secara realitinya. 6.0 Penutup Bidang rekabentuk grafik mempunyai peranan yang sangat penting dalam perkembangan dan kemajuan kepada kehidupan seharian manusia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful