Fonetik -Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu

1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting. Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Tidak ada bahasa yang tidak mempunyai vokal kerana vokal ialah nadi bunyi dalam urutan suku kata.

1.2 Objektif Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperincikan beberapa objektif seperti berikut : a. Mengetahui jenis-jenis vokal dalam Bahasa Melayu . b. Menghuraikan bagaimana cara penghasilan bunyi-bunyi vokal Bahasa Melayu. c. Mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal dengan merujuk gambar rajah. 1.3 Kaedah Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta dikatogerikan di bawah sub-topik 1.4 Batasan Kajian Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan penulis menumpukan perhatian kepada jenis-jenis vokal bahasa Melayu serta menghuraikan cara penghasilan bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu disamping mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal bahasa Melayu.

1.5 Definisi Konsep Dalam penulisan kertas kerja ini, penulis mengambil kira pendapat beberapa orang tokoh bahasa dan penulis untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang jenis-jenis vokal dalam bahasa melayu disamping cara penghasilan bunyi-bunyi vokal dan mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal Bahasa Melayu. Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998:31): ³ Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat

[i] . Satu vokal tengah [ ] dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o].didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.0 Vokal Dalam Bahasa Melayu 2. [u]. sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyibunyi geseran (Arbak Othman 1983:54) Selaras dengan pengertian itu. Charles F. 2. u ) Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyibunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. [o] . [ ] . i. Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut: ³ Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara. [u]. dan [o]. é. Danel Jones dalam bukunya µOutline of English Phonetics¶ mengatakan: ³ Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan. vokal belakang. tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan jenis seperti pada rajah di bawah. vokal tengah. Hockett dalam buku µA Course In Morden Linguistic¶ memberi definisi vocal sebagai: ³ Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara (Arbak Othman 1983:54) Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi definisi seperti berikut: ³ Vokal tulin. Vokal-vokal itu ialah [a] . dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glotis. huruf hidup atau huruf saksi ( a. [e].´ Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik.1 Jenis-Jenis Vokal Dalam Bahasa Melayu Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan. hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripada paru-paru. [a]. [e] . e. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard) iaitu vokal [i]. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal. [a]. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. iaitu tiga vokal depan : [i]. Sejajar dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi. Rajah Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu Hadapan Tengah Belakang Sempit i u Tinggi Separuh Sempit c o . o. [e].

ekor. kito. kita. 2. b) [e] vokal hadapan separuh sempit . kekok. bila.vokal ini hadir dibelakang kata seperti. emas dan lain-lain.contoh dalam dialek Kelantan. emak. c) [ ] vokal hadapan separuh luas . kit . ubi dan umi. ekonomi dan sebagainya. b) [o] merupakan vokal belakang separuh sempit . biru. kole. otak.Contoh dalam perkataan elok.1. botak. ipar. sentuh.contoh dalam perkataan. sikat . Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah dinaikkan.0 Cara Penghasilan Vokal 3. 2. foto. esok.3 Vokal Belakang a) [u] merupakan vokal belakang sempit . Manakala bagi membunyikan vocal [a] kedudukan lidah mestilah pada paras yang paling rendah. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara. kuda. itu. Untuk menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut turut berlaku: a) Bibir dihamparkan b) Depan lidah dinaikkan tinggi hamper dengan bumbung mulut. serong dan sate. gul .contoh perkataan.2 Vokal Tengah a) [ ] vokal tengah pendek . e) Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan contohnya: i) pada awal perkataan : ikut. di sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah lidah.contoh dalam perkataan seperti. 3. ibu.Contoh dalam perkataan ibu. Bahagian-bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah. c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. ular.1 Vokal Hadapan a) [i] vokal hadapan sempit . ikan. 2. c) [ ] merupakan vokal belakang separuh luas . Dalam membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya lidah dinaikkan.1. belok.1 Vokal Hadapan Sempit / Tinggi [i] Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampir dengan bumbung mulut.Contoh perkataan dialek Kelantan dan bahasa pinjaman daripada bahasa inggeris seperti. ras . boleh. sila. oleh.Separuh Luas Bahagian Luas a Rendah Rajah dan kedudukan pada gambar rajah tersebut menunjukkan kedudukan mengikut bahagiannya. bule. ii) pada tengah perkataan : biru. solo. ekpress.1. b) [ ] vokal tengah panjang . batu .

ekor. d) Pita suara yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat gambarajah). leper.iii) pada akhir perkataan : tali. guli. a) Bibir dihamparkan separuh sempit. Cohtoh kehadiran bunyi vocal ini dalam perkataan adalah seperti berikut. i) pada awal perkataan . elak ii) pada tengah perkataan .berang. beri. ela. Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [i] 3.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit / Separuh Tinggi [e] Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit perkara berikut turut berlaku. elok. b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. beli. heret. sepet iii) pada akhir perkataan . edah. besi.sate Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [e] . c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

tule Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [ ] 3. bule. e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. pelek iii) pada akhir perkataan . kuda.kita. ejek ii) pada tengah perkataan . a) Bibir dalam berkeadaan hampar b) Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung. asuh. e) Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut. lagu iii) pada akhir perkataan . gelek. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vocal hadapan luas hampar seperti dalam perkataan berikut. bias Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [a] .4 Vokal Hadapan Luas / Rendah [a] Vokal depan luas ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut. edoh.3. paku. adik ii) pada tengah perkataan .gode. esok. i) pada awal perkataan .elok. c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui hidung. i) pada awal perkataan . ajar.beso.abang. bukan. b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. bila.3 Vokal Hadapan Separuh Luas / Separuh Rendah [ ] Untuk menghasilkan bunyi vokal separuh luas proses berikut turut berlaku : a) Bibir dihamparkan separuh luas.satu. getek. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. ude.

koko.buka. labu. d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut.satu.5 Vokal Belakang Sewaktu penghasilan vocal belakang.boleh. bayu Gambarajah Penghasilan Vokal [u] 3. pidato Gambarajah Penghasilan Vokal [o] . bubur. suka. undur ii) Pada tengah perkataan . a) Bibir dibundarkan.5. 3.5. unta. a) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.solo.oleh.1 Vokal Belakang Sempit / Tinggi [u] Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang proses yang berikut harus dilakukan.ubi. batu. Contohnya. b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut. i) Pada awalan perkataan . lupa iii) Pada akhiran perkataan . toleh. usung. ii) pada tengah perkataan .3. i) pada awalan perkataan . a) Bibir dibundarkan. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti dalam perkataan berikut. kotak iii) pada akhiran perkataan . c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar kerongga mulut menggetarkan pita suara. alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung. kuku. otak. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal bundar [u].2 Vokal Belakang Separuh Sempit / Separuh Tinggi [o] Vokal ini terhasil apabila. Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang. orang.

belako Gambarajah Penghasilan Vokal [ ] 3. (daerah Kelantan) i) pada awalan perkataan . . bilo. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara kerongga mulut. oren.6 Vokal Tengah Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vocal tengah ialah bahagian tengah lidah. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ ] seperti dalam perkataan-perkataan berikut. b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. pecoh iii) pada akhiran perkataan .3 Vokal Belakang Separuh Luas [ ] a) Bibir dibundarkan.5.pokok. sudoh. ii) pada tengah perkataan . otok.kito. Keadaan bibir hendaklah dihamparkan bagi menghasilkan bunyi vokal tengah (pendek) [ ].3. Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah. c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.olok. c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. proses berikut turut berlaku. a) Bibir dihamparkan. b) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.

berat. empat. emak. Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting. Bahagian mendatar ialah dari depan kebelakang mulut. belakang lidah pula bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut sementara tengah adalah sempadan diantara lelangit keras dengan lelangit lembut. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak. ii) pada tengah perkataan . i) pada awalan perkataan .0 Peranan Alat Artikulasi Dalam Penghasilan Vokal Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa. cergas. tengah dan belakang lidah. Depan lidah adalah bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras. Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang berbeza.emas. [u] adalah bunyi belakang dan [ ] adalah bunyi tengah. 4. Tiga titik mendatar sebenarnya ialah kedudukan depan.1 Lidah Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting penting dalam pembahagian jenis vokal. kemas Gambarajah Penghasilan Vokal [ ] 4. Sementara kedudukan rendah pula apabila lidah berada jauh dari . a) bahagian sempit / tinggi b) bahagian separuh sempit / tinggi c) bahagian separuh luas / rendah d) bahagian luas / rendah Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hamper dengan bumbung mulut. titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama.penat.d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru kerongga mulut menggetarkan pita suara. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang tengah pendek [ ] seperti dalam perkataan berikut. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Bahagian yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut dan dapat dinahagikan kepada empat bahagian seperti berikut. Contohnya [i] adalah bunyi depan. Contohnya [i] dan [u] .

bumbung mulut. Contohnya [a] dan [ ]. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang contohnya [u]. [ ] sementara bibir akan menjadi hampar apabila menghasil bunyi-bunyi vokal depan.1 Kesimpulan Daripada isi yang telah dihuraikan di atas dapatlah di buat kesimpulan Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan. bibir juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalan penghasilan bunyi vokal.2 Bibir Selain lidah. [ ]. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bentuk bundar dan hampar. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri . [e]. Gambarajah Keadaan Bibir Semasa Menghasilkan Bunyi Volal 5. udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan.0 Penutup 5. [o]. Bibir mempunyai bentuk tersendiri. [ ] adalah di kedudukan separuh sempit dan separuh luas. [o]. [ ]. 4.

. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting. [ ] . Satu vokal tengah [ ] dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o]. vokal tengah. [e] . Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan.kelantangan dan kepanjangan. [a]. [u]. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. [o] . tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan. [a]. iaitu tiga vokal depan : [i]. [e]. vokal belakang. titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard) iaitu vokal [i]. Vokal-vokal itu ialah [a] . [i] . [e]. Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa. [u]. dan [o].

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful