MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

IMPLIKASI DAN KEPENTINGAN FALSAFAH PESTALOZZI DALAM PENDIDIKAN MUZIK

1.0

PENGENALAN

Johann Heinrich Pestalozzi (1746 -1827) ialah seorang pendidik berbangsa Swiss yang telah mempengaruhi banyak rasional dan prinsip asas dalam pendidkan muzik di hampir seluruh dunia. Beliau telah berhujah tentang konsep yang menyatakan bahawa pendidikan yang baik adalah pendidikan yang diperolehi melalui pancaindera manusia. Bagi Pestalozzi, para pelajar harus dididik mengikut

perkembangan semula jadi mereka. Pendapat -pendapat Pestalozzi seperti ini telah banyak mempengaruhi dunia pendidikan di Eropah dan Am erika. Pestalozzi adalah orang yang pertama membangunkan konsep pendidikan seperti latihan (training) pada guru dan inovasi dalam kurikulum seperti kerja berkumpulan, kemampuan dalam kelompok, dan memberikan kesempatan setiap individu untuk

mengembangkan potensi diri. Pestalozzi mempunyai pandangan dasar ba ahwa pendidikan bukanlah keupayaan melambakkan pengetahuan pada anak didik. Atas dasar pandangan ini, beliau menentang pengajaran yang ³verbalitis´. Pandangan ini melandasi usaha

pemikirannya bahawa pendidikan pada hakikatnya

merupakan satu

pertolongan (bantuan) kepada murid agar mereka mampu menolong dirinya sendiri yang dikenal dengan ³Hilfe Zur Selfbsthilfe´

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

Dilihat dari konsep tujuan pendidikan, Pestalozzi sangat menekankan pengembangan aspek sosial pada anak didik sehingga mereka dapat melakukan adaptasi dengan lingkungan sosialnya serta mampu menjadi anggota masyarakat yang berguna. Pendidikan sosial ini akan berkembang jika dimulai dari pendidikan keluarga yang baik. Peran an utama pendidikan keluarga yang sangat ditekankan adalah ibu yang dapat memberikan pengetahuan dalam pendidikan jasmani, budi pekerti agama. Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam d alam diri manusia. Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju. Untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi yang penuh, Pestalozzi telah

mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan perkataan apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang. Beliau juga percaya bahawa bilik -bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera yang mesra keluarga kristian, di mana ahl iahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas -asas sistem permulaan pendidikannya digunapakai diserata dunia.

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

Tretis Pestalozzi yang bertajuk ³How Gertrude Teaches Her Children : An Attempt to Give Directions To Mother on How to Instruct Their Own Children´ memberi penekanan kepada konsep bahawa pembelajaran harus berlaku melalui penyertaan langsung dan dengan itu beliau merupakan antara pendidik yang pertama sekali telah membezakan antara pengetahuan tulen dengan pengetahuan daripada buku.Seorang pendidik muzik bernama Joseph H. Naef, telah berkhidmat dibawah Pestalozzi di Switzerland sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1806.naef telah memulakan se buah sekolah rendah di Amerika Syarikat pada tahun 1809 berasaskan prinsip-prinsip Pestalozzi. Pada tahun 1830, Naef telah menghuraikan prinsip-prinsip Pestalozzi di Boston dengan tajuk ³Principles of The Pestalozzian System of Music´.

2.0

RINGKASAN PRINSIP-PRINSIP PESTALOZZI

Berikut merupakan ringkasan prinsip -prinsip tersebut. 1. Mengajar bunyi sebelum tanda atau simbol (kaedah hafalan sebelum catatan) para pelajar didedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari not muzik. 2. Kaedah discovery learning dipraktikkan dengan memberi peluang pelajar menerokai bunyi, meniru bunyi dan seterusnya membuat kesimpulan berkaitan bunyi yang didengar samada bunyi sekeliling atau bunyi yang diciptakan. Perkara ini dilakukan dengan penerangand an panduan yang paling minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan bukan berbentuk pasif.

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

3. Pembelajaranmengikutperingkat

yang

sisitematikiaitumemahirkanpelajardenganaspektertentu sebelumbertukarke aspek lain.

Contohnyadalamaspekiramasetelahpelajarmenguasaiaspekini barulahbertu karkeaspekmelodidanseterusnyasecaraberperingkat. 4. Pembelajaransecarapraktikalatauamalidiberipenekananapabilapelajarmen guasaiaspekamalitersebut. didedahkan. Pelajardigalakkan menghubungkaitkanamalanamalidenganaspekteoridanpri nsipinidinamakanpembelajaranHeuristik. 5. Peluanglatihandankajianberkaitandenganelemenmuzikdipraktikkanmelaluiu sahasendiridanseharusnyamencukupidaniniberkaitanpendekatanberkonse p. 6. Nama not untuknyanyiandanmuzik instrumental Aspekteoridanprinsipberkaitan

diselaraskan.Nyanyiansolfatidakdigalakan.

Jelaslah bahawa falsafah Pestalozzi untuk pendidikan muzik telah banyak mempengaruhi profesion pendidikan muzik.

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

3.0

IMPLIKASI DAN KEPENTINGAN FALSAFAH PESTALOZZI DALAM PENDIDIKAN MUZIK

Dalam situasi bilik darjah pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, seorang pendidik muzik perlulah memahami asas falsafah dalam membantunya menjayakan P&P dengan lebih menarik dan berkesan.Pemahaman yang jelas terhadap falsafah akan dapat membantu pendidik muzik memahami isu asas dalam dalam kehidupan sama ada dalam atau luar bilik darjah.Falsafah pendidikan muzik ini membantu seorang pendidik muzik lebih berkeyakinan dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam memahami situasi pelajar dan pembaharuan dalam aspek pengajaran di dalam bilik darjah. Melalui pengetahuan dalam falsafah juga membantu seseorang pendidik dalam membuat keputusan yang memerlukan mereka berfikir secara mendalam bagi mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa hadapan. Falsafah Pestalozzi merupakan salah satu daripada falsafah yang amat terkenal dan sangat berpengaruh dalam profession pendidikan muzik. Berdasarkan prinsip Pestalozzi yang pertama yang telah dijelaskan dalam ringkasan prinsip prinsip Pestalozzi, guru boleh menggunakan teknik mengajar bunyi terlebih dahulu sebelum tanda atau simbol. Kaedah ini disebut kaedah hafalan sebelum catatan yang mana para pelajar didedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari not muzik. Hal ini kerana, apabila individu telah berjaya mengenal bunyi dan menghafal bunyi-bunyi tersebut, adalah mudah bagi individu tersebut untuk mengecam simbol yang akan dijelaskan oleh guru kemudiannya. Sekiranya guru memulakan pengajaran dengan memperkenalkan simbol atau tanda, adalah sukar untuk murid mengaitkan simbol tersebut dengan bunyi yang diaja r kemudian.

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

Falsafah Pestalozzi juga memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran secara penemuan sendiri dimana murid -murid dididik dan diberi galakan supaya mereka memerhati, mendengar, meniru serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarinya seterusnya mementukan sendiri sama ada bunyi tersebut sama atau berlainan, dan seronok atau tidak untuk didengar. Melalui kaedah ini, penerangan dan panduan adalah pada tahap minima untuk membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku dan bukan secara pasif. Kaedah ini membolehkan murid-murid memperoleh sendiri pengalaman meneroka ilmu dan juga mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Melalui falsafah Pestalozzi, guru -guru dapat mempraktikkan kaedah

pengajaran secara urutan iaitu kaedah pengajaran dari satu aspek ke satu aspek dan bukan secara serentak. Murid perlu menguasai serta mahir dalam satu aspek muzik serta melalui latihan yang mencukupi sebelum beralih kepada aspek yang berikutnya. Dengan itu, murid akan menguasai sepenuhnya kemahiran yang diajarkan oleh guru sebelum mempelajari kemahiran yang berikutnya. Sebagai contoh, guru mengajar aspek irama sehingga murid dapat menguasainya kemudian setelah murid menguasai aspek ini barulah bertukar ke aspek melodi dan seterusnya secara berperingkat. Kepentingan falsafah Pestalozzi yang seterusnya ialah pembelajaran secara praktikal atau amali diberi penekanan apabila pelajar menguasai aspek amali tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa segala teori dan prinsip hanya diberikan setelah amalan praktik dijalankan. Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

amali dengan aspek teori dengan usaha sendiri. Prinsip ini dinamakan pembelajaran Heuristik. Falsafah Pestalozzi turut memberi penekanan terhadap peluang yang mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha mereka sendiri. Murid-murid jua digalakkan membuat latihan -latihan dengan elemen -elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik. Kaedah ini disebut kaedah pendekatan berkonsep. Adalah penting bagi seorang guru mendorong murid-muridnya mengakaji muzik dengan usaha sendiri seterusnya membuat latihan sendiri tanpa bimbingan guru terutamanya ketika berada dirumah. Hal ini membolehkan murid-murid sentiasa membuat latihan kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai han ya dengan menghafal teori tetapi perlulah mengadakan latihan yang kerap. Kepentingan seterusnya melalui falsafah Pestalozzi penyelarasan nama -nama not untuk nyanyian dan muzik instrumen. Hal ini untuk memudahkan murid-murid mempelajari dan mengingati nama -nama not untuk nyanyian dan muzik instrumen. Oleh itu, nyanyian solfa adalah tidak digalakkan menturut Pestalozzi. Di samping itu, Pestalozzi percaya bahawa falsafah dalam pe ndidikan muzik akan mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia dengan sendirinya . Hal ini menunjukkan bahawa Pestalozzi yakin akan kemampuan muzik untuk menzahirkan kuasa semula jadi dan kebolehan muzik yang terpendam dalam diri manusia. Sebagai seorang pendidik, adalah perlu untuk mencungkil bakat terpendam murid supaya bakat tersebut tidak disia -siakan. Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat akan menjadi bertambah maju.

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

Falsafah Pestalozzi turut menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan perkataan sahaja apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh objek. Beliau menjangkakan murid -murid akan aktif secara berterusan apabila melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pe mantauan, menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang. Apabila murid berpeluang untuk meneroka sendiri, mereka dapat mencapai potensi diri yang

penuh dan aktif secara berterusan. Guru perlu bijak meranang P&P yang sesuai dan menarik supaya tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya diberikan oleh murid ketika di dalam kelas. P&P juga perlulah memberi peluang kepada murid -murid meneroka sendiri supaya penyerapan ilmu berlaku dengan lebih pesat. Beliau juga percaya bahawa bilik -bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera yang mesra keluarga di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Hal ini untuk membolehkan murid -murid belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa. Muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran manusia sama ada secara positif atau negatif. Oleh itu, kita boleh menggunakan muzik secara positif untuk beberapa keperluan kebangsaan semasa seperti menanamkan rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta meningkatkan lagi perpaduan negara. Perpaduan negara merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan di Malaysia sejak merdeka lagi seperti yang terkandung dalam Laporan Razak (1956).

MZU 3104 : ASAS PENDIDIKAN MUZIK

. Muzik juga boleh digunakan untuk membantu pengajaran mata -mata pelajaran yang lain di Malaysia, khasnya pada peringkat sekolah rendah. Lagu The Alphabet Song, misalnya, boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris. Muzik juga boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Jasmani dalam aktiviti -aktiviti seperti gimrama, aerobik, dan tarian-tarian rakyat. Muzik boleh disifatkan sebagai "jendela dunia" kerana muzik boleh digunakan untuk lebih memahami kebudayaan asing. Selain itu, muzik juga boleh membantu para pelajar menyedari serta memahami konsep persaudaraan antara manu sia sejagat. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas -asas sistem permulaan pendidikannya digunapakai diserata dunia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful