Ciri-Ciri Dan Potensi Diri

Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan Cemerlang
"If they aren't learning...then you aren't teaching." ~ Anon Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkaraperkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkahlaku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap,

berakhlak mulia. pengarang buku "The . berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Ken Blanchard. Dato' Dr. bebas pendirian. berimej. Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. kepercayaan. • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. • Menampilkan watak terpuji. guru. semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar. berperibadi mulia. • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: • Bersikap profesional. • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. nilai. • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan. tidak berbelah bahagi. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. mempertahankan martabat profesionnya. kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem. • Bermoral teguh. • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu. berpersonaliti sihat dan serba boleh. kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral. Kita perlu menganjak paradigma. • Kaya ilmu. • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. berketrampilanm. Guru Berkesan Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya. iklim.

keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. kemudian minta difahami (Seek first to understand. "Di dunia ini benda-benda tidak berubah. Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. • Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarapperkara kembali kepada keadaan asalnya. Mengubah Diri Mengubah Sikap Plato berkat. Di samping sedardiri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -. dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -." Garfield pula berkata. setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan.kebolehan menjana sesuatu di dalam minda . "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. • Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (selfawareness). dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Beliau menyatakan bahawa. kecuali ada orang yang mengubahnya. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah: • Jadilah Proaktif (Be Proactive) • Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind) • Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah: • Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) • Fahami dahulu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas.One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya. hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. imaginasi. and then to be understood) • Sinergi (Synergize) • Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw) Memenangi Peribadi Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. • Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan. bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .

seluruh cara hidup atau cara bekerja . but a habit." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan. benar dan palsu. "Walau bagaimanapun ." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain. Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga.yang melangkaui realiti semasa. Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul. terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Pendidikan Cemerlang Aristotle berkata. "We are what we repeatedly do. segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah. then. Jika tidak. iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar. c.satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya.yang dikatakan budaya sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Excellence. kemungkinan matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai. is not an act. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. dan . b. berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif. mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Pencapaian matlamat sekolah. di peringkat sekolah pada keseluruhannya. a.

" Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamatmatlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua. kelas. • Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'. • Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan. mutu pengajaran dan pembelajaran. • Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. • Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau. • Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan. • Sikap tidak cakna.Check . • Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang.d. Menempa Kejayaan Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan . Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja. atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu. kokurikulum. Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan. and 80% on what could be different next time. dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. buat sesuatu secara tangkap muat. malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. . Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan: • Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota. Edisi Kedua (1999). Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc. tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. • Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.Do .Act). strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.

Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat. penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah. Cari puncanya. dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma. teguran. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri. sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak. pembetulan dibuat atau tidak. Penutup Menjadi guru berkesan. serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). dan jika belum. nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam. bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak. keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu.Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak. dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak. orang yang optimistik melihat semuanya dari . merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata. tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan.

o Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan perkembangan sekolah.  Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitaranilaitara untuk kemasukan. tugas dan kelayakan seorang guru. o Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia. Oleh itu pada setiap masa. jadi konteks keguruan akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan 6. 2. berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul. berimej.  Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan. kemajuan serta kelakuan murid-muridnya.  Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi. iaitu yang berkaitan dengan peranan. o Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. o Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh diteladani oleh murid-murid o Murid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian.  Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. GURU PADA MASA KINI 5. menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. o Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif dan bersepadu.  Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999. mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. beliau menyebut.  Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.  Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARA o Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun Negara dengan jelas. " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan. o . Konsep perguruan o Mengikut kamus dewan (1989) di bawah konteks pendidikan guru adalah diertikan sebagai pengajaran o Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru. 3. bertanggungjawab serta berguna.sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju. AKAUNTABILITI GURU o Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. o Bidang tugas o Bidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk dilaksanakan. 4. 1. kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji. 7." ‫ٱ‬ Konsep profesion Lieberman (tokoh pendidik di AS)  Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

o Mengajar dengan menggunakan fakta yang betul 9. o . 16. o Banyak menggunakan keupayaan intelek. . o Mengutamakan kebajikan murid daripada diri sendiri.Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik. CIRI-CIRI GURU o Intelek o .  Berkualiti dari Segi Emosi. o Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. o Minat suka membaca.Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. o Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. o Mendapat latihan khusus. o . o Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. o Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menyeluruh. o Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 15. o Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. iaitu cara berpakaian.  Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah: o -Sentiasa menghayati nilai-nilai murni . 13. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPA o Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa. o .Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar. o Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa diskriminasi. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN o Membaca dan memahami selengkapnya tentang ilmu pengetahuan yang diajarnya. norma dan Etika Perkhidmatan. baik dari segi sukatan kurikulum. Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri o Menjaga kesihatan rohani dan jasmani.o Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah. tingkah laku dan tutur kata. 12. o Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap pengajaran. 10. o Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. o Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa.Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. o Mengisi masa lapang secara berhemah seperti bersukan. o -Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah seb a gai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. o Berkualiti dari Segi Jasmani o . o Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial. 14. 11.Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional o Antara ciri-cirinya ialah: o Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. o Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid. mahupun kaedah mengajar. o Bijak dalam menguruskan kewangan. Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. 8.

o Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi o . Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan. 19. o Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya. o . 21. sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.Oleh itu. o Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. -Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.Di samping itu.Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. ibubapa .kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. o Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. . o . o -Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis. Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat. Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. o Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif. o 18. o Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. 24. Oleh itu. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya. o Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti. di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. Teori Pembelajaran Sosial kognititf. o Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna 23. o Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris. o Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti. o . o 20. setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository. o o Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT. o -Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. o Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif.Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar. 17. Model Pegajaran Inkuiri . 22. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.o . Teori Pembelajaran Kognitif . o o Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal . Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral.  -mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar. masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Teori Pembelajaran Humanis. kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir.

wujud di dalam kelas. Dr. mempertahankan martabat profesionnya. bebas pendirian. o Kaya ilmu. o Memastikan situasi &apos. Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pelajaran dan Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan. o Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral. berakhlak mulia. berimej. berpersonaliti sihat dan serba boleh. o Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. o Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. CEKAP JASMANI BERKUALLITI MAHIR ICT MINAT MEMBACA BERDAYA TAHAN MENGHARGAI WARISAN KEBUDAYAAN EMOSI STABIL AKTIF BERPENGETAHUAN PEDAGOGI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS CIRI-CIRI GURU . o Menampilkan watak terpuji. tidak berbelah bahagi.o pembelajaran. 29. o Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Guru mengajar murid belajar&apos. 28. 26. Dato&apos. berketrampilan. o Berupaya melahirkan &apos. o Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. o Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: o Bersikap profesional. berperibadi mulia. o Bermoral teguh. o Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. o Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. o Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. o Taat dan setia terhadap perkhidmatannya. pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). 27.persekolahan berwatak&apos. o Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. o Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal. berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. o o 25. supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful