Domain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3.0 Domain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 3.0.

1 Domain Sivil

Sivil

Perkara Didalamnya

Tema sukatan yang sesuai

Konsep demokratik dalam masyarakat Nilai asas masyarakat

Malaysia Negaraku

Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat

Kebebasan bersuara dan hak dari segi undang-undang

Malaysia Negaraku

3.0.1 Sivil

Menurut kamus sivil bermaksud berkaitan dengan orang awam atau orang biasa, berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan(Kamus Dewan Edisi Empat). Jelas menunjukkan bahawa sivil merujuk kepada masyarakat atau dalam erti kata yang lain ialah orang awam. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang berintegriti dan bertanggungjawab kita harus mengenali hak dan batas bagi seseorang warganegara dalam unda ng-undang sivil.

16

Didalam tajuk ini ada beberapa komponen yang akan membincangkan berkenaan sivil. Bermula dengan demokrasi, nilai asas masyarakat dan kebebasan bersuara serta hak dari segi undang -undang.
3.0.1.1 Konsep Demokratik Dalam Masyarakat

Bagi domain Sivil, terdapat komponen pertama iaitu ³Konsep demokratik dalam masyarakat´. Menurut Kamus Dewan Bahasa Empat demokratik bermaksud dicirikan dengan, terbit daripada, berkaitan dengan prinsip -prinsip demokrasi; menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa;

mendemokratikkan menjadikan demo kratik. Pada pendapat kami, tema yang sesuai ialah tema Malaysia negaraku. Jika dlihat pada Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan bagi tahun 5 dan dibawah tema yan g sama, ada menyatakan bagi bahagian hasil pembelajaran yang menyentuh perkara³Menjelaskan sistem

pemerintahan kerajaan Malaysia ´. Secara tidak langsung komponen sivil bagi konsep demokratik dalam masyarakat dapat dijelaskan dan diterapkan dalam matapelaj aran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tuntasnya, murid -murid dapat mengetahui bagaimana negara Malaysia diperint ah dan ditadbir. Melalui kaedah pengajaran seperti mengadakan lawatan ke Jabatan Perdana Menteri atau ke Parlimen negara bagi memberi pend edahan kepada murid -murid berkenaan sistem pemerintahan yang dijalankan di Malaysia. Secara tidak langsung ia membantu guru untuk memudahkan kefahaman murid -murid.

3.0.1.2 Nilai Asas Masyarakat

Bagi komponnen sivil yang kedua iaitu ³Nilai asas masyarakat´, ia merujuk kepada nilai masyarakat yang umum ialah seperti ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kecekapan. Nilai-nilai ini sememangnya ada dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia. Tidak kira kaum,agama dan bangsa. Masing-masing mempunyai nilai yang di anggap universal oleh semua masyarakat. Nilai ± nilai murni juga dianggap nilai dalam masyarakat dalam bentuk peribadi atau semua (universal) . Menurut Wan Mohd. Zahid (1988 ) beliau mentakrifkan nilai murni sebagai; "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara -perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai -nilai murni
17

sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" Ini membuktikan bahawa agama menjadi faktor penti ng dalam membina dan menilai nilai asasdiri seseorang itu. Oleh sebab itu, didalam sukatan pelajaran telah dinyatakan tema yang berkaitan dengan perkara ini iaitu tema ³hidup bersama di sekolah dan masyarakat´. Sebagai satu medium yang penting dalam menerapkan nilai-nilai asas masyarakat kedalam pemikiran murid-murid, sukatan matapelajaran haruslah merangkumi segala aspek yang berkenaan. Ia menjelaskan nilai asas masyarakat secara ringkas dan mudah untuk difahami. Bermula dengan nilai asas yang berkonsepkan peribadi seperti, sikap ±sikap jujur, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi dan berintegriti. Ia

menampilkan cara bagaimana murid membentuk diri agar nilai -nilai murni peribadi ini sebati dengan diri murid. Pendekatan yang menarik dan berkesan perlu dalam memastikan objektif pengajaran serta pembelajaran tercapai. Pada hasil pembelajaran ada menyentuh ³Menjelaskan kepentingan semangat kejiranandipupuk di kalangan anggota masyarakat´. Kejiranan yang bermaksud disini ialah pemahaman berkenaan nilai asas kaum dan bangsa lain samada dari segi budaya,agama dan kepercayaan. Allah s.w.t berfirman: ³Hendaklah kamu bantu membantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa,janganlah pula kamu bantu membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas batas ajaran allah) dan bert akwa kepada allah,sesungguhnya Allah amat berat azabnya´.(Al-Maidah ayat 2) Secara umumnya jika kita mengambil aspek moral yang asas seperti nilai -nilai murni yang sejagat ia juga menyumbang kepada kefahaman berkenaan nilai asas dalam masyarakat. Contohnya sikap tolong - menolong dan hormat-menghormati, bagaimana ia diterapkan dala m masyarakat secara menyeluruh dan bukan mengikut perbezaan kaum. Nilai ±nilai ini yang akan diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

3.0.1.3 Kebebasan Bersuara dan hak dari segi undang -undang

Seterusnya kita beralih kepada komponen ke tiga iaitu ³ Kebebasan bersuara dan hak dari segi undang-undang´. Kami dapat mengenalpasti tema yang sesuai untuk komponen ini ialah tema ³Malaysia Negaraku´. Merujuk kepada HSP bagi
18

tahun 5, objektif pembelajaran ada menyatak an³Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara´ selari dengan itu ialah ³Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab warganegara´ . Melalui objektif pembelajaran ini, kita dapat menerapkan komponen sivil yang ke tiga ini dengan menyatakan bagaimana seseorang rakyat itu bertanggungjawab dan berperanan sebagai warganegara. Seperti kita sedia maklum, melalui kebebasan bersuara, rakyat dapat memilih dan menyatakan sesiapa yang mereka rasakan layak untuk bersuara bagi pihak mereka. Mereka yang dipilih ini akan bertanding dalam pilihanraya dan membawa suara -suara rakyat sebagai pemimpin bagi sesebuah kawasan itu. Rakyat juga berhak mengetahui apa hak-hak mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Namun, bukan semua hak dapat diperjuangkan secara total, ia haruslah mengikuti lunas undang -undang yang mengawalnya. Jika tidak, ia akan menimbulkan salah faham dan isu yang tidak sepatutnya berlaku. Melihat kepada situasi sebelum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan semula, banyak isu yang sensitif dibangkitkan atas dasar kebebasan bersuara. Segelintir pihak telah menyimpang dari arah tujuan yang sebenarnya. Mereka mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekacauan dalam kalangan masyarakat. Memetik kata Lim Guan Eng yang menjanjikan akan menghap uskan hak keistimewaan orang Melayu pada kempen pilihan raya 1999, jelas menunjukkan pemimpin sanggup menggunakan sentimen perkauman dan hak pada kempen pilihan raya mereka. Oleh sebab itu, pendekatan pendidikan Sivik menjurus kepada bagaimana untuk membentuk dan membina satu pemikiran dalam kalangan murid akan peranan mereka dalam masyarakat. Bukan sahaja secara menyeluruh, namun secara terperinci bagi memastikan generasi muda ini mempunyai pemikiran yang jelas berkenaan hak dari segi undang -undang. Jadi, tidak lagi timbul isu ³tak tahu undang undang´ atau ³buta undang -undang´ pada masa akan datang.

19

3.0.2 Domain Budaya

Budaya

Perkara Didalamnya

Tema sukatan yang sesuai

Kepelbagaian budaya (cara hidup) dalam masyarakat Keterbukaan dalam menerima budaya lain Kesedaran tentang warisan budaya

Kenali Budaya Malaysia

Kenali Budaya Malaysia

Kenali Budaya Malaysia

3.0.2 Budaya

Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang -undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

20

Atas dasar Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya, Pendidikan Sivik harus diterapkan dalam diri masyarakat. Ini bagi memberi ruang dan peluang kepada semua indi vidu yang bergelar warganegara Malaysia untuk berinteraksi dan tahu akan agama, budaya dan kepercayaan kaum -kaum lain.
3.0.2.1 Kepelbagaian budaya (cara hidup) dalam masyarakat

Domain budaya mempunyai tiga komponen yang berada dibawahnya. Antaranya, berkenaan ³Kepelbagaian budaya (cara hidup) dalam masyarakat´ kami memlilih untuk menyatakan tema yang terdapat didalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah ³Kenali Budaya Malaysia´. Kami melilih tema ini kerana ia bersesuaian dengan domain komponen buda ya ini. Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kearganegaraan KBSR, objek

pembelajaran yang terkandung didalam tema ini sangat menepati dan mampu diterapkan kedalam minda pelajar. Bagi tahun 4, mereka diajar bagaimana warisan budaya Malaysia yang menyentuh kepada apresiasi kekayaan pelbagai budaya yang menjadi warisan kaum di Malaysia. Contohnya dari sudut pakaian dan makanan. Orang Melayu ada tradisi memakai Baju Melayu dan Baju Kurung, bangsa Cina dengan Cheongsam dan kaum India dengan Sari. Menurut Andreas Eppink , kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur -struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri -ciri khas sesebuah masyarakat. Seni dalam pakaian bagi sesebuah kaum melambangkan identiti mereka. Jika kita lihat pada pakaian setiap kaum ia mempunya nilai seni yang tersendiri. Contohnya guru boleh menggunakan kaedah mengadakan hari pakaian tradisional pada kelas yang mempunyai pelbagai bangsa dan Jadi penerapan bagi domain budaya dalam masyarakat dapat diterapkan dalam diri pelajar. Malah,

mengadakan sesi forum kecil didalam kelas dengan membincangkan kepada kelas akan budaya kaum masing-masing. Tidak menjadi kesalahan jika kita memasikan suasana kelas dalam keadaan terkawal dan teratur semasa proses itu.

21

3.0.2.2 Keterbukaan dalam menerima budaya lain

Komponen budaya yang kedua juga menyatakan ³keterbukaan dalam menerima budaya lain´ . Bagaimana ia diterapkan melalui pendidikan Sivik ? . Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , keterbukaan bermaksud perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia mel ayani atau menunjukkan minat kepada apa sahaja pengaruh samada dari segi unsur dan lain lain. Menerusi tema ³Kenali Budaya Malaysia´ ia telah dinyatakan dalam sukatan yang mana objektifnya adalah untuk ³menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.Ia juga ada membincangkan kepada pelajar berkena an adab sosial, ia dapat diterapkan bagi membentuk satu genersi yang memahami budaya dan selok ± belok kaum lain. Jika tidak mengenali budaya kaum lain dan menerima maka akan timbul masalah tidak faham akan keper cayaan dan fahaman budaya kaum lain. Bagaimana ia diterapkan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah ?. Selain pendekatan secara teori dan konsep, ia harus disertakan dengan perancangan program yang mana ia membantu murid untuk memahami sesuatu dengan leb ih jelas. Secara amnya, untuk memahami sesuatu budaya dan untuk menerima budaya tersebut secara terus adalah sukar dan bergantung kepada elemen apa budaya itu dibawa.Elemen tersebut haruslah tidak menyalahi dan melanggar norma norma asas masyarakat. Contohnya dalam masyarakat beragama Hindu, mereka tidak makan daging lembu kerana menganggap ia adalah Tuhan mereka, jadi bangsa lain seperti Melayu dan Cina harus memahami situasi ini, sebaliknya juga kepada masyarakat beragama Hindu jika menghadiri majlis kau m lain yang menghidangkan juadah dari daging lembu, mereka tidak perlu rasa panik dan terkejut kerana mereka juga harus faham akan tradisi agama lain.
3.0.2.3 Kesedaran tentang warisan budaya

Bagi d omain budaya dan komponen yang ketiga berada didalamnya ialah berkenaan dengan ³kesedaran berkenaan warisan budaya´. William James (1890) menekankan kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep sukar untuk

22

diukur kerana ia berkait dengan konsep mengaw al yang melawan proses automatik kognitif. Menurut terjemahan laman sesawang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, ³warisan kebudayaan´ bermaksud ; "Merupakan pola-pola kehidupan kemanusiaan dalam konteks pencernaan tamadun, samada pola budaya ketara mahupun tak ketara, dihasilkan oleh perjalanan hidup manusia dan diperwariskan dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi. Merujuk kepada hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, tema ³Kenali Budaya Malaysia´ telah mengutarakan beberapa elemen pembelajaran yang menjurus kepada penerapan budaya dalam minda pelajar. Ia berorientasikan pendekatan secara mengenali,menjelaskan,mengamalkan, menghormati,menghuraikan dan

melibatkan diri dalam bentuk budaya yang bersesuaian dan berkaitan. Sebagai seorang guru, pendekatan yang pelbagai kepada pelajar mampu menambahkan minat dan menghapuskan salahfaham berkenaan budaya dan adat kaum lain. Pendidikan bukan satu medium untuk mendiskriminasi kaum dan budaya, ia merupakan salah satu medium penyampaian yang menyampaikan maklumat secara telus dan bersepadu. Apa yang menjadi objektif dalam matapelajaran ini ialah dapat membina generasi yang mana mengetahui secara jelas akan perihal kaum, budaya dan agama bangsa serta masyarakat sejagat. Impian untuk membina sebuah negara bangsa yang maju sejajar dengan Wawasan 2020 yang menjadi tunjang kepada kemajuan dan kesepaduan masyarakat negara ini ialah perpaduan.

23

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful