Syeikh Yusuf Makasar Sunday, February 01, 2009, 12:59:50 AM (laluansutera) Syeikh Yusuf lahir tahun 1036 H/1627 M.

Jika kita dahulukan catatan tahun Masihi, bererti Syeikh Yusuf lahir 1626 M/1035 H. Dari sini dapat dibuktikan bahawa yang telah ditulis selisih selama setahun. Apa yang betul secara pasti tahun kelahiran Syeikh Yusuf terdapat dua perbandingan tahun 1036 H = 1627 M dengan tahun 1626 M = 1035 H. Saya berpendapat, oleh sebab masyarakat Islam zaman itu menggunakan tahun Hijrah maka catatan yang betul adalah 8 Syawal 1036 H/23 Jun 1627. Catatan tahun wafat Muhammad Baqi Billah al-Lahori juga ada dua. Ada orang yang menyebut tahun 1012 H/1603 M, ada pula yang menyebut tahun 1013 H/1604 M). Rasanya saya masih berkemampuan mengemukakan hujah-hujah ilmiah untuk meniti kebenaran dan pembelaan atas tulisan-tulisan saya supaya dapat dipelajari oleh pihak-pihak yang memerlukannya. Mohd Nasir menulis dalam kertas kerjanya hlm. 15, “... dan juga kesilapan mengidentifikasikan antara dua individu yang berlainan (antara Syeikh Abdul Baqi al-Mizjaji dengan Muhammad Abdul Baqi / Baqi Billah al-Lahori) telah membawa pengertian yang salah bagi pihak ustaz Wan Mohd. Shaghir sehingga beliau mengatakan ketika menerangkan Tarekat Naqsyabandiyyah yang dibawa oleh Syeikh Ismail al-Minankabawi bahawa Syeikh Muhammad Baqi Billah alLahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi (al-Maqassari) Taj alKhalwati.” Kenyataan Syeikh Muhammad Baqi Billah al-Lahori adalah guru kepada Syeikh Yusuf al-Mankatsi bukanlah merupakan pendapat saya, tetapi adalah berdasarkan beberapa manuskrip yang tersebut di bawah ini. Rujukan yang pertama ialah manuskrip Kitab Ar-Risalah an-Naqsyabandiyah Yusuf li alQadhi Bilad Buni (maksudnya: Bone, Sulawesi Selatan, pen:), koleksi saya sendiri, ditulis dalam bahasa Arab. Terdapat salasilah lengkap Tarekat Naqsyabandiyah, disebut nama gurunya Mahdi az-Zaman al-Khuji Muhammad al-Baqi al-Lahuri (Lahore, India, pen:). Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar fi Tahqiq Ba'dhi Masyarib al-Akhyar, juga koleksi peribadi saya sendiri, beliau tulis nama selengkapnya Syaikhuna (maksudnya guruku, pen:) al-Imam Muqtadha al-Anam al-Wali al-Arif Billahi Taala Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani.

Diperkukuhkan lagi dalam manuskrip Zubdah al-Asrar, manuskrip Universiti Leiden Or. 7025 disebut oleh Nabilah Lubis dalam buku Syeikh Yusuf, Al-Taj Al-Makasari hlm. 132 pada catatan nota hujung nombor 55, menggunakan nama Maulana asy-Syeikh Muhammad al-Baqi Billah. Ia juga menggunakan nama yang sama iaitu Maulana asy-Syeikh Muhammad Baqi an-Naqsyabandi al-Yamani, hlm. 114 teks Arab dan hlm. 115 teks bahasa Indonesia. Dalam Zubdah al-Asrar, manuskrip dalam bahasa Jawa, Naskhah Jakarta A 45, nama yang disebut juga sama iaitu Syeikh Muhammad Baqi Naqisybandi Tariqatane, Yamani Desane. Hamka dalam Dari Perbendaharaan Lama menggunakan nama Abi Abdillah Muhammad Abdul Baqi (hlm. 40). Terkini, baru-baru ini (April 2006), Syamsul Bahri Andi Galigo dalam kertas kerjanya juga menggunakan nama Syeikh Abu Abdillah Muhammad Abdul Baqiy (Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, hlm. 641). Tidak satu nama pun daripada rujukan-rujukan di atas menyebut nama Syeikh Abdul Baqi al-Mizjaji (hlm. 15) ataupun Muhammad bin Muhammad al-Mizjaji al-Yamani (hlm. 16) seperti yang disebut oleh Mohd. Nasir. Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan memang ada karya Syeikh Yusuf selain yang disebut itu memakai ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) pada hujung nama, selengkapnya seperti Syeikh Abu Abdullah Muhammad Abdul Baqi bin Syeikh al-Kabir al-Mazjaji (al-Mizjaji) al-Yamani az-Zaidi an-Naqsyabandi. Nama ini beliau sebut dalam karyanya judul Sainah an-Najah, juga disebut oleh Prof. Dr. Tudjimah dalam buku Syeikh Yusuf Makasar, Riwayat dan Ajarannya (hlm. 16 dan 202). Bagi saya, masih dalam ‘kemungkinan’ ada dua nama yang serupa atau hampir serupa dalam satu zaman, yang seorang terdapat pada hujung namanya ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) dan yang seorang lagi tidak. Saya anggap yang terdapat ‘al-Mazjaji’ (al-Mizjaji) pada hujung nama masih sangat lemah kerana sepanjang penelitian saya tidak seorang pun penulis yang menyebut tahun lahir ataupun tahun wafatnya. Mohd. Nasir dalam kertas kerjanya juga tidak menyebut tahun lahir ataupun tahun wafat ‘al-Mazjaji’ yang dikemukakannya sebagai guru Syeikh Yusuf Taj alKhalwati. Perkara itu serupa dengan nama sehingga meragukan dan timbul pertanyaan apakah hanya seorang tokoh atau dua orang, atau lebih, bukan berlaku terhadap ulama yang diriwayatkan di atas saja, tetapi juga terjadi

Sebagai contoh Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri ataupun Syeikh Abdur Rauf Singkel. 1971. Dr. . 83). Ada pun nama yang disebut dalam salasilah Syeikh Ismail al-Minankabawi dalam konteks yang dipersoalkan ialah asy-Syeikh al-Imam Muhammad Baqi Billah yang dapat dirujuk selengkapnya dalam ar-Rahmah al-Habitha fi Zikr Ism az-Zat wa ar-Rabithah (Khazanah Fathaniyah. Masih banyak perkara dalam kertas kerja Mohd. Apakah hanya seorang Syeikh Abdur Rauf atau dua orang? Perkara ini termasuk dalam polemik antara Prof. Sangat panjang bicaranya dalam buku Buya Hamka berjudul Antara Fakta dan Khayal Tuanku Rao terbitan Bulan Bintang. Mangaradja Onggang Parlindungan. Hamka dengan Ir. hlm. Kuala Lumpur. 1425 H/2004 M. Nasir perlu saya bahas tetapi kerana kekurangan ruangan terpaksa saya tinggalkan saja.pada ulama-ulama lain. dan akan saya bahas lebih lengkap dalam buku tentang Syeikh Yusuf. Jakarta.

menceritakan kisah ulama-ulama Mekah dan nama Syeikh Ahmad Khathib Sambas juga terdapat di dalamnya. Kitab kedua. pen:). Sambas. Nama lengkapnya ialah Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi. karya Umar Abdul Jabbar. pada tahun 1289 H (kira-kira bersamaan 1872 M. kerana berdasarkan sebuah manuskrip Fat-h al-'Arifin salinan Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin. Syeikh Ahmad Khathib yang tersebut itu di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah di dalam khalwatnya. yang ketujuh hari dari bulan Zulhijjah sanah 1286 Hijrah''. Jadi bererti pada 7 Zulhijah 1286 H. Lahir di Kampung Dagang.MURSYID THARIQAT QADIRIYAH AHMAD KHATIB SAMBAS KESOHORAN Syeikh Ahmad Khathib Sambas di kalangan pengamal Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. pen:). Abdullah Mirdad Abul Khair menyebut bahawa Syeikh Ahmad Khathib wafat tahun 1280 H (kira-kira bersamaan 1863 M. tidak terdapat tulisan lainnya. menyebut bahawa ``Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil tariqat daripada gurunya. Imam Singapura. Oleh itu Syeikh Ahmad Khathib Sambas wafat tahun 1289 H yang disebut oleh Umar Abdul Jabbar menepati yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya terdapat dua buah kitab yang ditulis dalam bahasa Arab oleh orang Arab. pen:). dan khatamnya pada hari Arba'. karya Abdullah Mirdad Abul Khair yang diringkaskan oleh Muhammad Sa'id al-'Amudi dan Ahmad Ali. sama ada peringkat Nusantara mahu pun antarabangsa pada zamannya tidak dinafikan. Wafatnya di Mekah tetapi terdapat perbezaan pendapat mengenai tahun kewafatannya antara Umar Abdul Jabbar dengan Abdullah Mirdad Abul Khair. . Tarikh lahirnya hanya disebut oleh Umar `Abdul Jabbar. Kitab yang pertama. tetapi menurut Umar Abdul Jabbar. Tahun wafat 1280 H yang disebut oleh Abdullah Mirdad Abul Khair sudah pasti ditolak. Syeikh Ahmad Khathib Sambas masih hidup. Siyar wa Tarajim. Kita sangat berterima kasih kepada kedua-dua penulis Arab itu. Al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin Naur waz Zahar. walau bagaimanapun ketepatan data dan fakta termasuk tahun lahir dan wafatnya perlu ditinjau kembali. ialah pada bulan Safar 1217 H (kira-kira bersamaan 1802 M.

Pada manuskrip ini dimulai nama pencatatnya bernama Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin. mengambil talkin.. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah sebuah risalah atau kitab yang berasal daripada imlak Syeikh Ahmad Khathib Sambas. zikir dan bai'ah tariqat yang diijazahkan oleh guru kita Maulana asy-Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas yang di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah kepada sekalian muridnya''. Sepanjang sejarah perkembangan Tariqat Qadiriyah di dunia Melayu dari dahulu hingga sekarang memang tidak dapat dinafikan bahawa tokoh yang terbesar dan paling berkesan bagi ulama-ulama Jawi/Nusantara dalam penyebaran Tariqat Qadiriyah itu ialah Syeikh Ahmad Khathib Sambas. kerana salah seorang murid beliau bernama Syeikh Abdul Murad. Ia bukan sahaja bagi masyarakat dunia Melayu. di Mekah tentang tariqat itu. FAT-HUL 'ARIFIN. tetapi juga diakui oleh ulamaulama dunia luar. Kampung Asam. Pada zamannya. Judul Silsilah Tariqat Qadiriyah wan Naqsyabandiyah yang dicatat oleh Abdul Hakim ibnu Marhum Lebai Abdul Kari Sambas.KEMUNCAK KEMASYHURAN Manusia menjadi terkenal kerana berbagai-bagai sebab. hanya dinyatakan `Talkin.. Syeikh Ahmad Khathib Sambas merupakan Syeikh Mursyid yang teratas sekali. adalah seorang ulama Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang menerima tawajjuh kedua-dua tariqat itu daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas. dan bai'ah. Manuskrip Fat-hul `Arifin yang dinisbahkan kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas. 2. Nama beliau juga dikenal di Uzbekistan. yang ada pada penulis ialah: 1. Syeikh Ahmad Khathib Sambas terkenal kerana beliau sebagai Mursyid Tariqat QadiriyahNaqsyabandiyah. bahawa beliau ``. dan tawajjuh. Fat-hul `Arifin termasuk salah satu istilah yang banyak dibicarakan di kalangan sufi. Imlak tersebut ditulis oleh beberapa orang muridnya. Manuskrip tanpa judul. serta ijazah daripada gurunya . Naskhah ini merupakan satu-satunya yang ditulis oleh orang yang berasal dari Sambas sendiri. Imam Singapura. dan yang sempat diterbitkan hanyalah versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim alBali.

`` Manuskrip ini ditulis tahun 1286 H dan selanjutnya disalin oleh Sayid Ahmad bin Ismail al-'Aidrus pada hari Khamis. Manuskrip tanpa dinyatakan tarikh. sembahyang dan pengurusan mayat. 4 Zulhijah 1293 H/21 Disember 1876 M. mengambil daripada Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil daripada Syeikh Ahmad Khathib. namun selain ditonjolkan karya tasawuf Fat-hul `Arifin.. Dalam manuskrip ini dikombinasikan dengan Tariqat Syathariyah. hanya terdapat tahun penyalinan dinyatakan ``. Kandungan naskhah selain membicarakan masalah Jumaat terdapat pula fatwa beliau mengenai hukum penyembelihan secara Islam. Sebuah karya (judul yang sebenar tidak terdapat) yang membicarakan fikah mulai taharah. 3. 11 Muharam 1281 H oleh Haji Ahmad ibnu al-Marhum Penggawa Nashir ahli al-Kayung jama'ah Tuan Syeikh Ahmad Khathib Sambas di Mekah al-Mukarramah .. Kalimantan Barat. Dia mengambil daripada Sayid Ja'afar bin Muhammad as-Saqaf Pontianak. Pada bahagian akhir naskhah terdapat pula suatu nasihat beliau yang panjang. iaitu Fatwa Syeikh Ahmad Khathib Sambas Perihal Jumaat. beliau juga menghasilkan karya dalam bidang ilmu fikah.. Tiga versi yang tersebut di atas merupakan manuskrip yang pernah diterbitkan iaitu versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali. Kabupaten Pontianak. Naskhah tulisan tangan itu dijumpai tahun 1986. 1305 H/1887 M. bekas koleksi Haji Manshur yang berasal dari Pulau Subi. .Sayid Muhammad bin Ali al-'Aidrus.. Sungai Kunyit. diperoleh di Pontianak pada 8 Syawal 1422 H/22 Disember 2001 M. kemudian dicetak pertama kalinya oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah Mekah.. Fat-hul `Arifin. naskhah yang ditulis oleh Haji Muhammad bin Syeikh Abdus Samad al-Kalantani diselesaikan pada tahun 1294 H/1877 M. Kepulauan Riau.'' Manuskrip di atas diperoleh di Kampung Mendalok.. kemudian ditutup dengan beberapa amalan wirid beliau selain amalan Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. beliau selesai menulis kembali setelah diteliti dan bersih daripada corat-coret pada bulan Rejab 1295 H/Julai 1878 M. Hari Khamis. Naskhah tersebutlah yang ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Penulis juga memiliki manuskrip fikah karya beliau. yang diterbitkan itu diberi judul Fat-hul `Arifin.Walaupun Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai seorang tokoh sufi. pada 6 Syawal 1422 H/20 Disember 2001 M.

``Namun yang cukup menarik ialah di Jawa Syeikh Ahmad Khatib Sambas dikenal sebagai pendiri suatu tariqat baru. ``Kedudukan Syeikh Ahmad Khatib sebagai seorang sarjana Islam perlu kita sedari betul-betul . Jadi bererti muridmuridnya yang lain. Syeikh Ahmad Hasbullah bin Muhammad al. ``Adalah suatu hal yang penting bahawa seorang sarjana besar seperti Syeikh Sambas. yang semuanya berasal dari Kalimantan Barat. Syeikh Zarkasyi Barjan.''. Di Jawa Tengah. Syeikh . atau selagi beliau masih berada di Kalimantan Barat. Sambas. Selanjutnya. melebihi tokohtokoh penyebar Tariqat Qadiriyah seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Di Jawa Barat. beliau menyebut. dapat kita semak pada beberapa lembar tulisan Zamakhsyari Dhofier dalam bukunya Tradisi Pesantren. Salah seorang muridnya bernama Syeikh Zainal Abidin yang berasal dari Kelantan diutus oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas ke Kalimantan Barat sebagai `Ketua Khalifah' di sana. kepada siapa hampir semua kiyai di Jawa menelusuri penealogi intelektual mereka juga dikenal sebagai seorang pemimpin tariqat''. Hal ini disebabkan oleh kedatangan para pengikut Syeikh Ahmad Khatib Sambas dan Sulaiman Effendi dari Mekah''. Selanjutnya semua mereka disuruh supaya mendalami pelbagai ilmu kepada ulama yang berasal dari Kelantan itu. Tariqat Naqsyabandiyah''. Untuk di Jawa terdapat tiga orang wakil khalifah. Selanjutnya. ``Dalam abad ke-19. iaitu: Di Jawa Timur. sekarang mari kita menjejaki kemantapan sistem pengkaderan yang dilakukan kepada muridmuridnya. Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dan lain-lainnya yang lebih dahulu.. Yang dilantik oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai khalifahnya di Mekah ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani. organisasi-organisasi tariqat di Jawa memperoleh semangat dan dukungan baru daripada masyarakat. Kebenaran untuk mentawajjuh/ membai'ah sekali-kali tidak dibenarkan kepada murid-murid yang lain selagi Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani masih hidup. beliau mempunyai murid yang ramai sesudah Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Seterusnya. Porwajo Syeikh Ibrahim Berumbung. Kalau demikian yang diperkatakan. Di Jawa misalnya.MURID MURID NYA Besar nian pengaruh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas di dunia Melayu.Manduri (Madura) dan lain-lain. Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani meninggal dunia di Kampung Sebedang. adalah di bawah pengawasan Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani..

Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim berasal dari Pulau Bali. Oleh WAN MOHD. Beliau juga diberikan kebenaran mentawajjuhkan. penulis menyimpulkan saja bahawa institusi pengajaran Tariqat QadiriyahNaqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas yang masih kekal sampai sekarang ialah daripada muridnya yang bernama Syeikh Abdullah Mubarak. Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir berasal dari Sarawak.Asnawi Banten dan lain-lain. Sistem pelajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang berasal daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas itu dikembangkan dengan penyesuaian pada zaman moden. Murid Haji Abdul Lathif yang berasal dari Sarawak yang menjadi ulama besar. Di antara muridnya ialah Haji Muhammad Arsyad bin Abdur Rahman Pontianak. Masih banyak kisah murid-murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang belum sempat disebutkan di sini. SHAGHIR ABDULLAH . Pondok Pesantren yang beliau dirikan 7 Rejab 1323 H/ 5 September 1905 M masih kekal sam-pai sekarang. Salah seorang muridnya yang menjadi ulama besar ialah Tuan Guru Haji Abdur Rahman yang berasal dari Ambon. ialah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi. bahkan terkenal di seluruh Indonesia dan Malaysia. Mekah. mengajar di Masjidil Haram. Tetapi selanjutnya Syeikh Utsman Sarawak ini menerima tawajjuh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah sekali lagi daripada Syeikh Abdul Karim al-Bantani di Mekah.

Ketika menyusuri sejarah hidup anak muridnya iaitu al Marhum Syeikh Haji Maarof Yaakob di Lenggeng ( khalifah ke 37 Naqsyabandiah) dalam buku perjuanganya oleh Tuan Haji Sulaiman bin Haji Mohd Nor. Beliau kiranya adalah sezaman dengan kehadiran Syeikh Muhamad Said al Linggi yang mengasaskan tarekat Ahmadiah di negeri kita. tiada pula penyusun temui penyelidikan khusus mengkaji perjuangan syeikh ini atau sememangnya sudah ada usaha yang ke arah tersebut. penyusun akan cuba mendapatkan maklumat sahih dari waris-waris almarhum di Pantai. Malangnya. penyusun tertarik untuk menjejaki liku-liku hidup tokoh awal ini dan insyaallah.Khalifah Tarekat Naqsyabandiah Ke 36 Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad Haji Muhamad al Baqir ( Khalifah Tarekat Naqsyabadi Terawal Di Negeri Sembilan) Prakata: Dalam menyingkapkan sejarah perkembangan aliran tarekat di negeri ini dan Tanah Melayu amnya. Permata gemilang ini adalah anak watan yang berjasa dan melahirkan ratusan pewaris dalam abad ini. . kita bagai terlupa kepada pembawa asal tarekat Nasyabandiah al Kholidiah di negeri pengamal adat perpatih ini iaitu Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad al Baqir ini. Seremban.

Seremban. Setelah berpindah ke Seremban. Haji Maarof Yaakob adalah antara anak murid bungsunya yang sempat menerima ijazah pada tahun 1942. 1 Syaaban 1362H bersamaan 30 Julai 1942 Tuan Guru yang soleh itu pun pergi menemui kekasihnya yang abadi. saya kira banyak ruang masa untuk membuat koleksi tokoh-tokoh alim ulama’ negeri ini. ramai murid berjaya menjalani program tawajuh dan bersuluk. banyak perubahan dan pembangunan di Jalan . Syeikh Ahmad telah begitu uzur namun beliau masih menggagahi untuk menaiki tangga surau bagi menyertai majlis. Melalui didikan dan pengawasan Syeikh inilah. Hari jumaat sesudah maghrib. insyaallah. Almarhum Haji Ahmad dikatakan waris kepada Dato Kelana Sungai Ujung dan balik membuka suluk di Pantai sejak awal 1900 lagi. Seremban.Mengenali Syeikh Dicatatkan bahawa Syeikh Haji Ahmad pernah menuntut dan bermukim di bumi Mekah Al Mukarramah. Di sanalah beliau menerima ijazah Khalifah tarekat dari Syeikh Ali Redha yang menetap di Jabal Qubais. Surau suluknya kira-kira 10 kaki sahaja dari pintu rumahnya. Dikatakan semasa mengadakan program bersuluk terakhir dalam tahun 1942. Empat hari sebelum tamat majlis suluk dalam tahun itu. Syeikh Ali Redha pula adalah pewaris ke 35. ( rencana lanjut akan disediakan selepas penyusun menziarahi Pekan Pantai. saya mula menjejaki waris Almarhum Syeikh Haji Ahmad AlBaqir di Pantai. Lokasi yang cari ialah sekitar pekan tersebut dan menyusuri jalan di sana mengingatkan saya zaman remaja ketika bersekolah di Jalan Sikamat. Lebih 30 tahun telah berlalu. Adakalanya beliau akan diusung di atas kerusi oleh anak muridnya untuk naik ke surau. Pantai adalah nama penempatan atau sebuah pekan kecil di Jalan Jelebu kira-kira 15 km dari Bandar Seremban. tiba-tiba Almarhum berkata kepada murid-muridnya: "Suluk ini mesti ditamatkan!".) Pada 2 mei 2007 hari selasa petang itu. Jenazah yang mulia itu dikebumikan pada hari sabtu hari berikutnya di tanah perkuburan Pantai kira-kira 15 rantai dari suraunya.

menyarankan saya .Jelebu khususnya dalam kawasan perbandaran Seremban. Pengetua itu pernah menggunting rambut saya hingga capuk-mapuk. Rata-rata kalangan mereka tidak mengetahui siapa Syeikh Haji Ahmad khalifah Tareqat Naqsyabandi terawal di negeri ini.com ) Pekan Pantai Kalau melalui Bandar Seremban. mudah sahaja dia melalui lorong berbukit sedang saya ‘mencunggap’ mengayuh basikal tua. kubur-kubur tersebut ialah milik keluarga Dato’ Klana Sungei Ujung iaitu Undang Luak bagi Daerah Seremban. Sebelum ini YAB Menteri Besar turut meluangkan masa memeriahkan majlis maklumlah beliau juga bekas pelajar sekolah ini tetapi memori ‘CPU’ saya begitu sukar mengimbas wajahnya lebih 30 tahun lalu. kita boleh ke pekan Pantai melalui Jalan Sikamat atau Jalan Jelebu. sahabat lama memberitau pelajar senior yang berlagak dengan basikal itu ialah Ahmad Tarmimi Sarigar pelakon terkenal itu. Betul ke? Beberapa minggu lalu. Ramai pelajar senior yang telah jadi ‘somebody’ menunjukkan aksi mereka sehingga saya begitu terasing sekali dalam dewan tersebut. Semuanya tinggal kenangan dan di manakah kawan-kawan lama saya? ( kalau terbaca email : abu_afdhal@yahoo. Di depannya terdapat beberapa kawasan perkuburan yang berkunci. Di sana saya melihat kefasihan pelakon itu sebagai pengerusi majlis. yang pastinya tiada lagi lorong-lorong lama dan rakan-rakan berbasikal zaman persekolahan . Awalnya. Phobia dihambat guru itu berlarutan hingga saya sudah berkerja. ketika persatuan bekas pelajar sekolah kami telah mengadakan mesyuarat agong kali ketiga. Berhampiran kilang rempah Jalan Jelebu itu. lalu saya botakkan kepala tanda protes. Inilah pelajar yang pernah dilibas 'rotan godang' oleh Pak Imam ( Pengetua sekolah) dan ditumbuk dek Pitung ( Warden asrama) kerana gara-gara perilaku dan gurauan terlampau. saya mengira sebuah surau kayu yang usang sebelah kanan jalan sebelum pekan itu madharasah Tuan Syeikh Ahmad Baqir. Sering saya termimpi-mimpi diburu dek kedua guru tersebut. Menurut beberapa penduduk di sini. saya sering berselisih dengan pelajar senior yang menaiki basikal bermotor yang kiranya waktu itu memang sukar ditemui. Seorang lelaki tua yang menyemenda di Pantai. Mungkin beliau budak baik waktu itu sehingga diari pelajar nakal seperti saya tidak ‘tally’ untuk membuat rangkaian maklumat dari data-data lama. Mengimbau kenangan ketika berbasikal di sini. Beberapa tahun kemudiannya.

apabila isterinya yang juga sedikit uzur itu turut mencelah perbualan kami memberitau bahawa orang yang dimaksudkan itu ialah bapa suaminya atau mertua beliau. Beliau menyebut nama Syeikh Ahmad Albaqir sebagai "Dato’ Laksamana Haji Ahmad Alkholidi" iaitu seorang kerabat dalam Dato’ Undang Luak Sungei Ujong. Sejak kehadiran Syeikh Haji Ahmad inilah. saya dapat bersua muka dengan orang tua sudah uzur seperti yang dimaksudkan. Kedua anak watan yang alim ini terus membuka pusat pengajian di kampung masing-masing dalam mukim Luak Sungai Ujong ini. Tidak hairanlah jika lelaki tua banyak membetulkan perkhabaran tentang orang alim yang saya cari ini. Pantai yang mungkin lebih banyak mengetahui riwayat tokoh yang saya cari ini. Alhamdulillah. penduduk negeri mula mengenali tuwajjuh dan bersuluk. Zaman mudanya beliau dilantik ke jawatan Dato’ Laksamana dan mendapat didikan agama hingga di Mekah Almukarramah dalam usianya 20an. Antara pusat pengajian masing-masing hanya sekadar 10 km sahaja dan pondok mereka menjadi tumpuan ratusan murid-murid yang datang dari berbagai tempat untuk menimba ilmu agama dari dada orang alim ini. Namun saya perhatikan Haji Abdul Rahman anak kedua dari isteri kedua Syeikh Khalifah ini kelihatan lebih ceria apabila imbauan sejarah 70 tahun lampau dibangkitkan. Dalam tempoh tersebut ramai anak watan bermukim di kota suci Mekah untuk belajar agama. suami beliau sudah uzur dan pelupa pula. Saya begitu terkejut. Menariknya. kepulangan Syeikh Muhamad Said ke tanah air seakan sekapal pula dengan Syeikh Haji Ahmad. Menurutnya. Tetapi isterinya agak peramah itu. banyak membantu saya mengimbas kisah mertuanya. Beliau seolah-olah cuba mengelak untuk membicarakan sejarah hidup bapanya kerana takut tersilap fakta katanya. Madrasah atau surau dua tingkat dibina bersebelahan dengan rumah Tuan . Beliau mungkin dilahirkan dalam tahun 1876 dan mengenali Syeikh Muhamad Said Al Linggi ulama terkenal dan pembawa Tareqat Ahmaddiah yang dominan di negeri ini.berjumpa orang yang lebih tua bernama Haji Abdul Rahman di Kampung Batu 7. Keluarga Khalifah Syeikh Haji Ahmad adalah keturunan akrab kepada pewaris Dato’ Klana. Dua bahtera besar yang mengibarkan panji-panji kesufian Ahmaddiah dan Naqsyabandiah terawal di negeri beradat.

Mahari. kanak-kanak hingga murid tua datang berkampung di sini. Antara nama anak-anak isteri pertama yang masih diingati Haji Abdul Rahman ialah Suri. Isteri kedua Syeikh Ahmad iaitu Sitiawan binti Haji Yaakob dikawini selepas kematian isteri pertamanya. Siti Zaharah dengan Tuan Haji Abdul Rahman adalah bersaudara kerana nenek mereka adik beradik. Dulunya menurut nenek Siti Zaharah Hashim isteri Haji Abdul Rahman. Beliau meninggalkan 12 orang anak iaitu 7 orang anak dari isteri pertama dan 5 orang anak dari isteri kedua. Beberapa peralatan kerusi meja dari surau Haji Ahmad telah dipindahkan penduduk ketika berlakunya dharurat. Nuri dan Abdul . Kini premis dan surau itu terbungkam sepi dan berkunci. Haji Abdul Rahman mendakwa bapanya ada mengalami sakit dalam dada dan mudah lelah di kala waktu tuanya. Sitiawan binti Haji Yaakob pula adik kepada Tuan Syeikh Haji Maarof khalifah Naqsyabandi dari Lenggeng itu. Apabila negeri ini ditawan oleh tentera Jepun dan kematian tuan guru. Beliau pernah membawa bapanya menaiki basikal ke Bandar Seremban untuk mengambil pencen bapanya sebagai Dato Laksamana. aktiviti bersuluk dipimpin pula oleh anakanak muridnya termasuk Haji Maarof yang berpusat di Lenggeng. Cucu mereka YTM Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak bin Doha sekarang adalah anak kepada Mahari anak perempuan ketiga dari Syeikh Haji Ahmad. syeikh ini pernah membina kolam ikan di depan suraunya iaitu di tepi jalan besar sekarang. Almarhum berusia 66 tahun waktu itu seperti yang dimaklumkan oleh menantunya Siti Zaharah Hashim ( 1936). Syeikh yang dikenali Menurut menantunya. Hanya dari perut isteri pertama Syeikh Haji Ahmad bernama Posah itu sahaja yang layak mewarisi Dato Klana. bapanya yang uzur itu dipimpin anak murid ke rumahnya. Apabila petang mereka berbondong-bondong mandi di sungai yang jernih di bawah jambatan tepi rumah nenek ini. Selepas majlis tuwajjuh malam itu. Rumah batu yang masih tersegam kukuh dua tingkat itu seolah-olah bangalow peninggalan penjajah. Malam yang hening di kampung bertuah itulah ruhnya dijemput kembali oleh Penciptanya.Guru. Kawasan ini seperti berpaya dan mungkin dulunya bekas sawah dan sekarang dijadikan tapak semaian benih getah. sebahagiannya digunakan untuk peralatan di sekolah dewasa yang dibina waktu itu. Haji Maarof menuntut agama dan bersuluk di bawah asuhan Syeikh Haji Ahmad sendiri semasa hidupnya ( baca riwayat hidup Haji Maarof).

. saya meminta diri untuk meninggalkan beliau sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini. Namun begitu saya bersyukur kerana maklumat keluarga Tuan Syeikh Khalifah ke 36 Tareqat Naqsyabandi terawal dari bumi adat perpatih ini diperolehi dari sumber pertama iaitu anak beliau sendiri yang pernah hidup bersamanya. Ketika tangan mulai bersalaman. Memandangkan suasana mencemaskan itu. Abangnya yang sulong dan kedua adik kembarnya telah kembali ke rahmatullah. sekawan lebah seolaholah turut menyambut saya. saya memikirkan apa hikmahnya atas kejadian tersebut. Beliau berusia 15 tahun sewaktu bapanya mengakhiri hayatnya. Abdullah Fadhil Suhaimi dan yang bungsu bernama Abu Zahid. Dr Raja Kuziah yang pernah bertugas di UITM dan Dato’ Klana sekarang pula anak Mahari.Aziz. Bahauddin.30 saya singgah meninjau tapak surau Haji Ahmad. Adiknya yang bungsu masih bujang solo walaupun telah berusia 65 tahun. Dalam perjalanan kembali itu. Lebah sebagai penyambut tetamu Petang itu. Siti Khadijah dan kembarnya Abdul Jalil. kata puan Siti Zaharah iparnya itu terlalu memilih hingga jadi bujang terlajak. Dari perut Suri lahir seorang cendikiawan bernama Prof. Manakala isteri kedua pula ialah Zainal Abidin. kira-kira jam 6. Haji Abdul Rahman sendiri. Lelaki tua yang mungkin sibujang terlajak itu sedang menyapu sampah di tepi rumah batu yang sepi dan pintu pagar premis tua itu berkunci kemas. "Bahaya ni…" ujar Abu Zahid.

com atau meninggalkan coretan komentar dalam laman web ini. Hati menjadi tenang dan diruntun untuk mendekati diskusi ini.Khalifah Naqsyabandiah Al Kholidiah Guru Tarekat Naqsyabandiah Tuan Syeikh Haji Maarof bin Yaakob Alhamdulillah ketika tercari-cari bahan untuk koleksi 'Tokoh-tokoh ulama di negeri adat perpatih' ini.bicarasufi. Andaikata ada kekurangan dan kesilapan dalam menyaring kisah ini.com di sana ahli-ahli membicarakan kesufian dan tokoh-tokoh tarekat di negeri kita. maka penyusun mengharapkan semua pihak sudi melengkapkannya. Sila hubungi penyusun melalui email :abu_afdhal@yahoo. Antara tokoh tuan guru tarekat yang disebut-sebut ialah khalifah tarekat Naqsyabandiah al Kholidiah di Lenggeng. penyusun bagai dipandu untuk mencapai websitewww. Rakan setugas penyusun yang kebetulan pengambil tarekat ini walaupun beliau berasal dari Terengganu. beliau dengan ikhlas telah meminjamkan buku perjuangan Tuan Syeikh Haji Maarof bin Yaakob untuk memudahcara usaha penyusun mengutip ringkasan hidup tokoh yang soleh ini. Semoga paparan kisah ini dapat menarik minat pengunjung mengenali lebih dekat perjuangan Tuan Syeikh Haji Maarof bin Yaakob. Penyusun ingin memohon keizinan kepada waris guru ini dan khususnya Tuan Haji Sulaiman Haji Muhamad Nor selaku penyusun buku bagi maksud di atas. Latar belakang guru .

Pondok penginapan mereka terletak kira-kira di hadapan Masjid Mandom sekarang. Tuan Haji Maarof dilahirkan pada tanggal 1901 bersamaan lebih kurang tahun 1322H pada hari selasa pukul 10. Kejayaan ini membuka peluang kepada beliau untuk menjadi guru kecil ( pelatih) dan diterima mengajar di Sekolah Melayu Pantai. Haji Maarof mendapat nombor ke lapan dari 2. Anak pertama bagi pasangan Yaakob Haji Saman dan Siti Hajar Haji Arshad asalnya diberi nama Muhamad Jinid.Tokoh yang kita bicarakan ini berasal dari Lenggeng. Kemudian beliau terpilih melanjutkan pendidikan dua tahun lagi sehinggalah lulus peperiksaan peringkat sekolah rendah. Lalu ditukarkan kepada Maaruf dengan harapan akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Sekolahnya hanya beratapkan rumbia dan berdinding papan di tepi sawah. Di sinilah ibu dan bapanya bertemu jodoh. Sebagai tanda kelayakannya. namun bayi ini sering menghadapi masalah dan mengikut kepercayaan orang-orang tua nama tersebut tidak serasi bagi batang tubuh anak.5 km dari rumahnya. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan berkampung di Pulau Besar. Pendidikan Meningkat usia 7 tahun. Di sanalah bapanya dilahirkan dan ternaung di bawah Suku Batu Hampar. Manakala sebelah bapanya berasal dari Tanah Minang dan bermukim pula di Kampung Ampang Penajis. Nenek moyang sebelah ibunya berasal dari tanah Jawa. Kerajaan British ketika itu menganugerahkan beliau 'Certificate For Standard V' ( 30 Jun 1917) dan 'Certificate Of Registration Of . Mereka berpindah ke Lenggeng dalam sekitar tahun 1895. Kawasan ini lebih mudah dihubungi melalui jalan Kajang.Seremban. mereka dikurniakan cahaya mata.550 murid yang mengambil peperiksaan itu. Di sinilah ia bersekolah hingga menamatkan darjah 5. Maarof pun menjejakkan kakinya di Sekolah Melayu Pekan Lenggeng kira-kira 2. Sebahagian besar penduduknya ialah berasal dari tanah seberang khususnya masyarakat Minangkabau. Negeri Sembilan iaitu sebuah mukim yang bersempadan dengan kawasan Ulu Langat Selangor. Jalan Jelebu.00 pagi di sebuah pondok tengah sawah Kampung Sungai Bunga. Neneknya bernama Inah dan bapanya Haji Arshad dari Jawa Tengah. Lima tahun kemudian. Keluarga ini akhirnya masuk suku mengikut adat negeri ini iaitu berperut kepada Suku Biduanda.

Di sinilah Haji Maarof meletakkan jawatan sebagai guru secara sukarela dengan gaji terakhir sebanyak $18.V.A Teacher' pada 28 Oktober 1921.I dan terpaksa berlatih 2 kali seminggu di Seremban dan kemudiannya latihan intensif selama 2 tahun di Kem Batu 4 Port Dickson dalam tahun 1922. Surat akuan itu diperolehi bertarikh 4 Mac 1925.V. Beliau berkhidmat dalam pasukan beruniform ini hingga tahun 1924. Anggota M. hasrat beliau tidak mendapat restu ibunya. Port Dickson. Cita-cita mengaji di pondok Tuan Haji Maarof pernah bercita-cita belajar ilmu agama secara mendalam. Merantau ke Jambi Sebetulnya. Haji Maarof masih menanam tekad untuk menuntut ilmu agama dan dalam tahun 1925. Beliau bertemu jodoh dalam tahun 1921 berkahwin dengan seorang gadis bernama Ghina bt Muhamad Nuh. beliau belajar memandu kereta sehingga memperolehi lesen memandu. Maarof telah berkhidmat dalam pasukan ini ketika masih menjadi guru. Kerajaan kolonial British telah menubuhkan pasukan tentera simpanan yang dikenali sebagai Malayan Voluntary Infantry ( MIV) di negeri ini. Haji Maarof kemudiannya berpindah pula ke Sekolah Melayu Mantin (1918). Pattani dan Kedah. Sayangnya. Beliau memakai nombor 1619 M.70 sebulan. Mungkin tempoh tersebut juga beliau ditukarkan ke Sekolah melayu Bagan Pinang. Dalam diam-diam beliau pergi mendapatkan akuan dari Dato' kelana Putra Luak Sungai Hujung yang menyatakan Maarof adalah anak buahnya dan menyokong hasrat beliau untuk merantau menuntut ilmu agama. Bagi memenuhi masa lapangnya. Letak jawatan Dalam tahun 1925. Selepas itu beliau memandu kereta sewa ke Seremban dan bersawah padi di kampung.I Apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama. beliau dipindahkan pula ke Sekolah Melayu Beranang. beliau memberanikan diri meminta izin ibunya untuk . Antara negeri-negeri sasarannya ialah Pantai Timur.

Kg Suluk pimpinan Tuan Faqih. Dinyatakan aktiviti bersuluk telah lama diamalkan di kawasan Lenggeng. Haji Maarof bekerja membersihkan kebun getah dan sebagai pemandu boat tambang di Sungai Jambi. Mereka bermalam di masjid Kg Jawa sebelum belayar ke Jambi. Setelah itu Haji Maarof bertukar beberapa kerja sehinggalah mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya. Mengambil Tarekat Ketika mengajar di sekolah Mantin dalam tahun 1920. Seremban. Di Jambi. Kemudian pusat-pusat bersuluk tumbuh di sana seperti di Kampung Tengah pimpinan Haji Mustaffa. Kemahirannya memandu dan boleh membaik pulih injin itu telah menarik minat penduduk di Pekan jambi untuk mendapat khidmatnya. . Tuan guru itu telah lama mengadakan majlis ilmu di sana dan beliau merupakan khalifah tarekat Naqsyanbandi kholidiah ke 36 dan murid kepada Syeikh Ali Redha yang bermastautin di Jabal Qubais Mekah al Mukarramah. Beliau balik ke Lenggeng semula setelah dimaklumkan ibunya sakit merinduinya. anak muda yang taat kepada ibu dan bapanya itupun bertolaklah ke Singapura bersama pak ciknya. Haji Maarof mengambil tarekat daripada Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad bin Mohd AlBaqir di Pantai. Sekembalinya dari Jambi itu. Dilaporkan di Kg Dacing itu ramai murid-murid berasal dari tanah seberang. Seremban. Kg Sungai Macang oleh Haji Abdullah Haji Ismail dan di Kg Dacing pimpinan Haji Said dan Syeikh Muda.ke Jambi pula. Ijazah Khalifah Awal tahun 1940an. Haji Maarof menumpukan masanya berguru sambil bersuluk di surau Syeikh Haji Ahmad bin Mohd Albaqir di Pantai. Kemudian beliau bekerja sebagai 'Revenue officer grade III di Kuala Lumpur dengan gaji bulanan sebanyak $35 dan tambahan $5 untuk elaun basikal. Suluk pertamanya selama 20 hari dan gurunya mengarahkannya membuat tahlil sebanyak 4 khatam selama sebulan. Dia bertugas bermula 11 April 1927 hingga 31 Oktober 1928. Surau suluk pertama dicatatkan ada sejak tahun 1901 di bawah pimpinan Syeikh Kubung. Kali ini ibunya mengizinkan. Haji Maarof mula bersuluk. Tujuan beliau ialah untuk mencari wang belanja bagi meneruskan cita-citanya menuntut ilmu agama di Pantai Timur.

Haji Maarof terus bersuluk dengan Haji Abdullah Haji Ismail di Suluk Sungai Bunga. . " Berkat Kesungguhan dan mujahaddah Haji Maarof ketika menuntut dengan Syeikh Haji Ahmad itu maka beliau terpilih untuk diijazahkan Khalifah Tarekat dalam tahun 1941.penyusun muat turunkan kedudukan lokasi Qubais ini sebagaimana catatan pengembaraan Ibnu Batttutah iaitu: "Makkah ialah sebuah kota yang besar dan mempunyai bangunanbangunan yang rapat-rapat. Jabal Abu Qubais terletak di sebelah selatan kota Makkah dan Jabal Qu’aiqi’an pula di sebelah baratnya. ‘Arafah dan Muzdalifah. Gurunya mengarahkan murid-murid menyediakan setin minyak tanah air sejuk yang dibacakan surah Yassin. Maarof dipimpin rakanrakannya ke bawah jambatan sungai yang tidak jauh dari surau suluk mereka. Memimpin jamaah Selepas kembalinya ke rahmatullah Syeikh Haji Ahmad al Baqir pada 1 Syaaban 1362 H bersamaan 30 Julai 1942. Pengunjung yang datang tidak akan dapat melihat kota tersebut hingga ia benarbenar sampai di situ. semuanya terletak di timur Makkah. Antara bukit tersebut ialah Jabal Abu Qubais dan Jabal Qu’aiqi’an iaitu dua buah Jabal al-Akhsyaban. Haji Maarof mengalami sakit teruk hingga melemahkan tubuhnya. Di atas batu tengah sungai itulah Haji Marof dimandikan. Dia begitu bersyukur kerana selepas dimandikan. tubuh badannya kembali sehat dan mampu berjalan tanpa dipapah lagi. Ketika bertawajuh dalam tahun 1942. Selepas khatam tawajuh. Di sebelah utaranya terletak Jabal al-Ahmar. Haji Abdullah dianggap guru dan abang tua dalam aliran tarekat ini. Ia berbentuk bujur dan terletak di dasar sebuah lembah yang dikelilingi oleh bukit bukau. Bersebelahan dengan Jabal Abu Qubais pula terletak Ajyad al-Akbar dan Ajyad al-Asghar. kedua-duanya curam serta sempit selain Jabal al-Khandamah yang akan diceritakan kemudian. Bukit-bukau yang mengelilinginya itu tidaklah begitu tinggi. Haji Abdullah telah menulis ijazah ( bertarikh 28 April 1952) boleh memimpin tawajuh dan menyuluk bagi Haji Maarof yang tidak sempat ditulis oleh Syeikh Haji Ahmad dalam tahun 1942. Bertawajuh dengan Haji Abdullah berjalan hinggalah Haji Abdullah meninggal dunia lebih kurang tahun 1953/54. Tempat-tempat untuk melaksanakan haji iaitu Mina.

Jabatan ini adalah sentiasa memberikan sokongan kepada apa-apa kegiatan keagamaan dan kerohanian yang boleh membawa masyarakat Islam di negeri ini kembali kepada Allah... Malah dalam surat sokongan jabatan agama negeri bertarikh 23 Disember 1975 antara lain menyatakan: "." Mereka juga berharap Tuan Guru Haji Maarof bin Yaakob akan dapat memimpin masyarakat Islam khasnya di kalangan jenerasi muda ke arah menghayati ajaran agama dan bertakwa. Aktiviti jamaah Surau telah diperbesarkan sesuai dengan pertambahan murid atau jamaah yang mengikuti majlis pimpinan Haji Maarof. Undang Luak Sungai Ujung turut berkenan hadir di hari penutup suluk tahun tersebut. program menziarahi tuan guru dan majlis korban turut diadakan. Akhirnya. dengan kesepakatan jamaah dan gotong royong telah didirikan surau baru di Kg Hilir pada 23 Ogos 1965. jamaah akan mengadakan kenduri dan jiran-jiran berhampiran yang tidak bersuluk pun turut dijemput serta dalam kenduri tersebut. Apabila datang hari raya. Setiap majlis penutup suluk. jamaah masih bertawajuh di Masjid Mandom setiap malam selasa dan jumaat di bawah pimpinan Haji Maarof. jamaah ini tidak lepas dari fitnah orang yang tidak memahami aliran bersuluk atau bertarekat.Peninggalan Haji Abdullah. Surat bantahan dari individu yang ditujukan kepada pihak berwajib telah dilayangkan tetapi kelulusan Pejabat Agama Negeri telah lama diperolehi. Dato Kelana Putra. Kemudian mereka berpindah pula ke bangunan sekolah lama yang telah ditinggalkan dan lebih kurang 10 tahun pula mereka menggunakan bangunan tersebut. Mereka adalah dari semua lapisan masyarakat dewasa dan berlatar belakang berbagai . Penutup Ratusan orang muridnya telah diberi pengakuan mengambil tarekat dan dibenarkan mengadakan tawajuh di masa hidupnya. Ramai pengunjung datang menyertai aktiviti di sini dari merata pelusuk negeri termasuk dari Singapura. Haji Maarof akan diwakilkan untuk menyembelih binatang korban murid-murid beliau. Walau bagaimanapun. Surau suluk ini telah didaftarkan di Pejabat Agama dan kebenaran bertulis untuk menjalankan aktiviti keagamaan turut diberikan oleh pihak berwajib.

Dipercayai bilangan murid bagi aliran Naqsyabadi Kholidiah telah mencapai ribuan orang di merata pelusuk negeri. Tidak kira lelaki atau wanita yang ingin mencari keredhaan Illahi tidak akan dihampakan oleh Tuan Guru yang soleh itu. Manakala Tuan Guru Syeikh Haji Maarof kembali ke rahmatullah pada tanggal tahun 1994. Kita berdoa agar jasa dan perjuangan almarhum khalifah Naqsyabandiah alKholidiah ini mendapat tempat di sisi Allah. Almarhum telah dikurniakan 8 cahaya mata dan mewarisi cucu cicit yang ramai.profession dari merata negeri. Lawati website JEJAK ULAMA DI NEGERI ADAT PERPATIH . Selepas pemergiannya. Isteri beliau meninggal dunia pada 7 Jun 1987 bersamaan 9 Ramadhan 1407H. Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Fatimah Idris ( isteri kedua). difahamkan majlis tawajuh di surau itu masih diteruskan oleh menantunya Sheikh Talib.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful