Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk ³Kod etika Internet bendung khabar angin´ melihat internet

ibarat pisau yang ³boleh memotong dan juga membunuh´. Kepincangan belia yang mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman porno, asyik bermain video game dan terdapat pula lama...n web yang menyebarkan fitnah terhadap individu atau atau kerajaan.Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui laman web juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan membincangkan ³kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia´ sangatlah dialu-alukan. Etika guruguru dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan. Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesion perguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru pertama setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang kepentingannya. Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-guru sebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru.Ini dijangka mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah.Pihak pentadbir harus faham Teori Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru yang harus dipantau dan diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998).Guru-guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom ³kucing tiada, tikus bermaharajalela´. Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa.Penggubalan kod etika guru yang baru harus mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya.Kajian-kajian mengenai keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahui tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan. Kesimpulan Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut.Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan Negara.Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan menjadi agenda utama kerajaan. Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina.Bermula dengan teori-teori yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada seorang guru dan tanggungjawab seorang guru. Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang guru yang juga seorang penjawat awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya masyarakat memandang tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru Malaysia.

Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan dengan pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan seksual; dan isu sekitar etika perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga disarankan dalam kupasan setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang wujud.Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru-guru banyak ³dipalit arang´ oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan. Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia. BIBLIOGRAFI Buku Rujukan Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan .Wawasan.Ogos 1990. 5 15. Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 40 Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin. Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 25 - 36. Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 49. Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An Introduction to Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of Children? : An Introduction to Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall. Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM. Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5). Boston: Allyn and Bacon. Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan.Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997 Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing. Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall. Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral.Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 33. Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston: Allyn and Bacon. Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.

atas talian http://buletinonline. http://www. tanpa tarikh. http://www.unity.stm (3 Sept.edu/harassment/legal/ (12 Ogos 2005) Worley S.htm (3 Sept. 2005) EVAW.al. (tanpa tarikh).htm (3 Sept. Ethics. atas talian. Kuala Lumpur: DBP. Sexual Harassment. http://teacherweb. New York: Teacher College Press. 2005) New York State United Teachers.atas talian. 26 Mac 2004. F. Ethics. K. 2005.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib. 2005) United State Equal Employment Opportunity Commision. http://www. Sufean Hussin.suhsd.atas talian http://www. Sept. 25 Ogos 1997. D.html ( Sep 2005) Syuhada Choo Abdullah.de2. 2002. Code of Ethics.com.ca. 2005) Association of Unity Churches. Guru Rogol 32 Pelajar. About The Teacher. http://www.kpm.my/tutor/dunia. 1996. 1998.k12.com/HI/MaryknollSchoolHighSchoolDivision/MrsWorleyEthics/t. Kuala Lumpur: MDC Atas Talian Alabama Education Association.php?name=News&file=article (11 Sept 2005) . (tanpa tarikh).251/akhbar/teaching/1997/um97826.psu. atas talian.net/modules.com/icce/CodeTE9.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.tranungkite. EVAW International Mission Statement. 2005) Marzita Abdullah.k12. http://myschoolnet. dan Soltis. http://www. New Jersey : Prentice Hall.shelbyed. 11 Sept.htm (15 Sept.tutor.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_i ndex_html 20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005) Buletin Online.The Ethics of Teaching.139. Nor. Thiroux J. 2005) Freitas. tanpa tarikh. (tanpa tarikh).atas talian. 2001. Perintah-perintah Am: Bab A Bab G. http://www. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah. Theory and Practice ( Edisi 7 ).Strike. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes Tatatertib. atas talian.ppk. (atas talian) G:\About EVAW International. I.com.bharian.stm MrsWorleyEthics/t.htm ( 13 Sept. (tanpa tarikh). Pendidikan di Malaysia: Sejarah. (tanpa tarikh).atas talian.htm ( 9 Sept. Sistem dan Falsafah.P.htm (3 Sept.M. _____. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum Dijelaskan. 2004.39.net/modules.us/edtech/healthtech/t-ethics.us/gbu.atas talian.html%20%203%209%202005 (3 Sept 2005) Azman Md.htm (3 Sept.http://sdmultimedia. atas talian. atas talian.htm 2002/5aug_tatatertib. Seeking input on ethics code: Proposal lists six guiding principles for teachers.php?name=News&file=article&sid=131 (9 Sept.org/education/ltcode. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators: A Proposal to Stimulate Discussion and Debate. http://161. atas talian.atas talian. 2005) Berita Harian. Code of Ethics. 1996. 2005) Kant. 2002. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. 2005) ______. J. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa.nysut. A. http://www.

ahliahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat.______.Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada tanggungjawab berkaitan dengan kariernya.. interaksi dengan masyarakat. pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang sangat meyakinkan pihak atasan. menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari.Menurutnya. Malah Sheila Worley dalam http://teacherweb. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. masyarakat dan negara. Jika amalan ini berjaya dilaksanakan.com/ (11 Sept.atas talian.state.Ini merupakan prinsip etika professional dalam hubungan antara guru dan murid. dan ibu bapa.mn.network54. .Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.Dalam hubungan antara guru dan ibubapa pula. Guru menggesa ibubapa sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah.Dalam profesion perguruan.Hubungan guru dengan masyarakat harus berlangsung dalam suasana mesra. 2005 Prinsip-prinsip Etika Profesional Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus merangkumi prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar. Kerjasama antara guru dengan rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar manapun.Keberkesanan kaedah pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah.Ada keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru. mutual respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja. Guru juga berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup. Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion -profesion yang lain.Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. rakan sejawat dan profesion perguruan. manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia yang berjaya. 25 Feb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t. 2005) ______ .Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti menyambung pelajaran atau bekerja. Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Salah satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya.htm (3 Sept. Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). tanggungjawab professional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar.bawa para pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. bersifat kerjasama.Adalah amat molek jika hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas.. perkongsian dengan ibu bapa. terutama bila ia melibatkan prubahan dalam kurikulum dan system pendidikan. http://education. dan sikap yang membina. seorang guru bertanggungjawab mem.us/html/012969. 2001.stm. 2004. http://www.

fahaman politik. Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sedia menerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing mereka ke arah kecemerlangan. iaitu: . Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentingan masyarakat.Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelas tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya.htm. selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan.htm. rakan sejawat. David Freitas dalam http://sdmultimedia. Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini.us/html/012969. Pelajar tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat-maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan jati diri pelajarnya. seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatan mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat atau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan. latar belakang pelajar.gov/tcert/resteachers/codeofethics.Prinsip seterusnya berkaitan dengan prinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar. profesion perguruan. Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enam prinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan. persatuan atau peribadi. Selain dari pada itu.nysed. kemampuan akademik dan sebagainya.k12.mn. ibu bapa dan negara.unity.htm. masyarakat dan negara dalam pembinaan etika perguruan.Pertama beliau melihat prinsip kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa.Sifat adil juga penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap para pelajar tanpa mengambil kira jantina.Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya yang menegah seorang guru daripada melakukan perkaraperkara yang tidak sopan.com/icce/CodeTE9. Kod Etika Guruguru Minnesota dalam http://education. prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat diutamakan. Kod Etika Guru oleh Alabama Education Association dalam http://www.state.Kedua.shelbyed. ibubapa. sebagaimana yang dituntut oleh agama.highered.Juga guru tidak boleh menerima atau meminta hadiah daripada pelajar dan ibu bapa berk aitan dengan tugastugas keguruannya.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar. guru-guru Association of Unity Churches dalam http://www. Akhir sekali guru dilarang mengajar sesuatu yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar. Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Prinsip Pertama: Niat yang Betul Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang betul.Prinsip terakhir dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi.New York State United Teachers dalam http://www.org/education/ltcode.al. tempat asal.us/gbu.. agama atau kepercayaan. Prinsip ini turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk tingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.html.

sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Semua warga Kementerian perlu mengamalkan perlakuanperlakuan seperti berikut: Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama. Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara. mulia. perlakuanperlakuan seperti yang berikut haruslah menjadi amalan: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan. misi. Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan. Menunjukkan penampilan diri. Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Nilai Pertama: Amanah . Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan. Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Memberikan kepuasan kepada pelanggan. Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik. dan Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini. pengucapan dan tindakan. matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.Warga Kementerian diminta agar mengamalkan nilai nilai yang berikut semasa melakukan tugas mereka. maju. Memberikan sumbangan bermutu. Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik Berdasarkan prinsip ini. dan Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul. Aspek ini amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan kepada mereka. dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan. pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan. Untuk mematuhi prinsip ini. Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat.Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). dan Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. dan Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik. berdisiplin dan beradab.

kepakaran dan profesionalisme. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah: Menggunakan seluruh potensi. ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga Kemen terian yang memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut: Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan. . Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. tanpa menyeleweng dan cuai. dan Rela berkongsi pengalaman. Nilai Ketiga: Bijaksana Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa serta keadaan. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan ialah: Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak. Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan serta emosi. tidak bercakap bohong dan mungkir janji. tanpa niat yang tersembunyi mahupun mengharapkan balasan. Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya. Nilai Kedua: Benar Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan perbuatan. Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh. keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. dan Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Nilai Keempat: Bersyukur Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat atau pemberian yang diterima. Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan. Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi. amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang dikemukakan: Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.Secara umumnya. dan Sentiasa meningkatkan ilmu. Bercakap benar dan menepati janji.

dan Memberikan layanan yang baik. tidak berpura-pura atau berusaha mengelakkan daripada tanggungjawab. hati yang suci. . Nilai kelima: Dedikasi Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Nilai keenam: Ikhlas Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. dan Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan. Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra. dan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian. Nilai Ketujuh: Penyayang Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami. sombong atau suka meninggi diri.Ia dapat ditunjukkan seperti berikut: Bersifat pemaaf dan penyayang. Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti. Amalan -amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti berikut: Menerima tanggungjawab dengan rela. Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan. bukan kerana pangkat. Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi. tidak berdendam. tanpa mengira pangkat. Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan. berdendam atau menabur fitnah. kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa. Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar.Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka. Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk. menghargai serta mengambil berat. dan Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi. kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah seperti berikut: Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah. tidak cuai atau merungut. teliti dan ceria.

guru tidak mempunyai satu badan khas yang mengawal profesionalisme pengamal-pengamalnya selain daripada Unit T. Di Malaysia. dan (j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.Pematuhan Etika Perguruan Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan. Peraturan 4 (2) Seorang pegawai tidak boleh: (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya. ibu bapa dan rakan-rakan seprofesion. satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D . Namun berbeza daripada profesion yang lain seperti doktor. (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya. . adakalanya guru yang dianggap melanggar etika perguruan tidak akan diambil tindakan pecat atau lesen mengajar guru berkenaan ditarik balik. (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. atau (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri. masyarakat. Bahagian II. Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti. (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam.. peguam dan arkitek. 1979) berperawakan yang baik. sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain. sektor-sektor pekerjaan dan aspirasi negara secara umumnya. Ini disebabkan sifat-sifat dan kualiti seorang guru akan memberi impak kepada para pelajar. mereka harus mempunyai kualiti-kualiti yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang dikehendaki oleh ibu bapa. Pendahuluan Guru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni.Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. (g) tidak bertanggungjawab. bertenaga. (f) tidak jujur atau tidak amanah. di pihak guru. (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa ± (i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam. Ia juga dikatakan satu profesion yang paling unik. Christensen..atatertib Jabatan Negeri. Perintah Am Bab D. Oleh itu. Antara kualiti-kualiti tersebut adalah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa hormat dan bersikap penyayang terhadap anak-anak muridnya (Feeny. (e) kurang cekap atau kurang berusaha. Kita lihat Bahagian II.

Gewirtz. yang mewajarkan tindakannya Etika bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai. kepercayaan dan tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Etika sebagai disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai. Sementara Bottery (dalam Cribb. Di dalam perbincangan tajuk ini. Christensen & Moravcik (1996) meminta para profesional supaya bertindak dengan penuh beradab kerana ia mencerminkan perkara yang betul dan salah.Thiroux (2001). sistem kepercayaan.Ia tidak lari daripada satu lagi kata sinonimnya iaitu moral yang diertikan sebagai prinsip apa yang dikatakan betul dan apa yang dikatakan salah. Pengertian Etika Apabila kita membicarakan etika. Namun begitu apakah kayu pengukur untuk menilai tahap kesan sesuatu tindakan dengan kesan alternatif yang tidak dilakukan?Adakah berlakunya penghakiman yang benar-benar sempurna? Bertentangan dengan teori di atas. 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak. Ia mampu menjadi satu norma dan standard perlakuan-perlakuan ahli organisasi dan interaksi antara ahli-ahli organisasi tersebut Dengan kata lain. pula melihat etika sebagai satu teori mengenai tindakan individu. ethos bermaksud nilai moral. Dapatlah kita membuat rumusan bahawa etika sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersifat sejagat. Perbincangan juga akan melihat prinsip-prinsip etika perguruan dengan terperinci dan nilai etika yang harus ada kepada seorang pegawai pendidikan sebelum kita mengupas isu-isu yang berkaitan dengan etika perguruan dengan lebih lanjut. Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Greek. Pasti pendokong teori yang diperkenalkan oleh Immanuel Kant ini tidak bersetuju dengan amalan . teori nonconsequentialist melihat peraturan moral seharusnya bersifat sejagat. Sesuatu tindakan yang dianggap salah akan tetap salah biar apapun justifikasi ataupun alasan untuk melakukan kesalahan itu. 1996). Ia juga merupakan satu falsafah mengenai moral yang mementingkan tindakan seseorang individu bukannya. Manakala etika membawa pengertian satu sistem atau prinsip moral. yang sangat berkait rapat malah seringkali diberi pengertian yang sama. etika bertindak sebagai cermin tingkah laku moral manusia.bersifat humor. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002). kita akan melihat kepada pengertian etika secara umum sebelum kita meninjau etika perguruan secara lebih dekat. Kita lihat perkaitan di antara etika dan moral dalam penjelasan di bawah. satu perkataan yang sinonim dengannya ialah moral. fleksibel dan peka (Feeny. Christensen & Moravcik. Oleh itu sesuatu tindakan perlakuan akan dianggap bermoral jika ia membawa kesan yang lebih baik daripada tindakan alternatif. budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Teori-teori Berkaitan Etika Teori consequentialist . Menurut Strike & Soltis (1998) semua manusia mesti dilayan sama sahaja. Feeny. penafsirannya terhadap sesuatu kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian. menurut Strike & Soltis (1998) mementingkan kesan daripada satu-satu keputusan tindakan yang diambil.

harus memiliki kecekapan. peraturan dan undang-undang. Jelas kepada kita bahawa penerapan nilai dan moral terpuji harus ada dalam diri setiap insan yang bernama guru. terutamanya. 1997).Abdullah Bakri (1990) pula menimbulkan persoalah pengabaian tugas oleh guru-guru dan pengetua terutama dalam soal pelaksanaan pengajaran. kes mencederakan pelajar dan sebagainya yang melibatkan subjek guru menjadi topik hangat di dada akhbar yang melihat kes-kes begini sebagai satu sensasi." -. Kamarudin Kachar (1989) pula menegaskan. kebolehan dan sifat-sifat adil. walaupun kita mempunyai etika. masih berlaku banyak kes pelanggaran etika perguruan sama ada oleh guru-guru atau pengetua. Masalahnya.htm Satu lagi teori yang dikemukakan ialah teori virtue. namun tidak pasti sama ada ia tercicir atau tidak. menaakul dan membuat penilaian.us/edtech/healthtech/t-ethics. 1978). Asnah Abdul Hamid (1996) menambah kepincangan di kalangan profesional perguruan yang gagal menjadikan nilai dan etika profesional sebagai garis panduan semasa menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab profesional mereka. tabah dan pemurah. niat berbuat jahat sudah mencukupi untuk kita mengatakan seseorang itu tidak beretika.Pemimpin sekolah.k12.Teori ini disarikan daripada falsafah Aristotle tentang keperibadian mulia manusia yang terbahagi kepada keperibadian mulia bersifat intelektual dan bersifat moral.mercy killing.Nilai dan moral terpuji ini menjadi garis panduan kepada guru-guru yang diikat dalam istilah etika perguruan.Foo (2005) menggunakan istilah keperibadian mulia untuk menjelaskan teori ini. kes rogol. Radzuan Hassan (1997) membangkitkan isu rasuah di kalangan pentadbir sekolah. Pernyataan Masalah Sekolah sebagai agen sosialisasi yang paling penting bertindak untuk melahirkan warga yang mempunyai nilai-nilai sosial ( Mukherjee. berdaya usaha.suhsd. Kepentingan Etika Kepada Guru .Immanuel Kant dalam http://www. Oleh itu kupasan penulisan ini akan berusaha untuk mengenengahkan isu-isu yang melibatkan etika profesion perguruan serta mencadangkan beberapa amalan yang mampu menanganinya. Ia dikendong setiap waktu mengajar oleh guru-guru.Akhir sekali. Selain daripada itu ia berfungsi sebagai sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang melahirkan komoditi modal manusia yang mempunyai sahsiah yang terpuji (Institut Aminudin Baki. In ethics he is guilty if he only thinks of doing so. amanah.Keperibadian mulia bersifat intelektual merangkumi kemampuan seseorang untuk memahami. Pernyataan-pernyataan di atas cukup merunsingkan masyarakat terutama apabila kes rasuah.Manakala yang bersifat moral pula menghendaki manusia agar berkelakuan baik seperti jujur. berdisiplin berakhlak tinggi. Profesion perguruan Malaysia juga mempunyai etika perguruannya sendiri dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. berdedikasi. bertanggungjawab. peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin pendidikan untuk melaksanakan dasar sistem pendidikan negara agar matlamat-matlamatnya tercapai.Menurut kepercayaan golongan Kantian lagi. "In law a man is guilty when he violates the rights of others.ca.

Moral Seorang Guru Apakah yang dikehendaki daripada seorang guru?Persoalan ini mungkin amat sesuai juka kita melihat kualiti-kualiti guru dan tanggungjawab yang bebani ke atas guru. Kod etika dapat membantu pentadbir sekolah memberi argumentasi terhadap masyarakat jika mereka mempunyai pemahaman tentang kod etika guru ini. etika yang baik mampu mengujudkan budaya kerja yang cemerlang dan hasilnya ialah ia berjaya mengeluarkan para pelajar yang bakal menjadi ahli masyarakat yang berkualitI.Beliau juga menegaskan guru dalam membimbing pelajar harus bertindak sebagai fasilitator dan mewujudkan suasana yang dapat memberi faedah kepada mereka bila mereka keluar dari sistem pendidikan nanti. peranan dan tanggungjawab guru juga akan turut berubah. Jadi etika perguruan amat penting untuk mengembalikan keyakinan masyarakat bahawa amalan profesionalisme perguruan berasaskan persetujuan bersama. Guru sebagai satu entiti yang begitu unik kerana pelanggan guru itu bukan sahaja pelajar. 2005) juga meletakkan tanggungjawab melahirkan warga yang berhemah kepada ibu bapa.Masyarakat memandang tinggi profesion-profesion yang lain dan melihat guru sebagai satu profesion tidak setaraf doktor atau peguam atau jurutera yang mempunyai etika yang tetap dan dikawal oleh satu badan pemantau yang berhak menghukum ahli-ahlinya. Maksudnya di sini pihak sekolah perlu berinteraksi dengan masyarakat secara mesra.Beliau harus memahami nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang guru seperti berilmu dan mempunyai rasa hormat serta menyayangi kanak-kanak. dalam perlaksanaan sesuatu inovasi ke arah meningkatkan kualiti pelajar. penuh kerjasama dan sikap yang membina. Nilai.com/icce/CodeTE9. dunia perguruan akan berubah dari masa ke semasa. dalam http://sdmultimedia. sektor-sektor pekerjaan.Selain daripada itu. . juga dikehendaki menyampaikan dan mengindoktrinasikan para pelajarnya ke arah kebaikan. mengharapkan guru bertindak sebagai orang perantara ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menyerapi nilai-nilai yang sesuai dengan anak-anak mereka yang bersifat passive imbiver.Sebagai satu profesion. malah ibu bapa. kod etika dapat meyakinkan masyarakat tentang amalan-amalan professional sesuatu profesion.Guru-guru. Menurut Feeny. Christensen & Moravcik (1996). selain bertindak sebagai in loco parentis. Black (2001) memohon jasa baik masyarakat supaya memberikan kebebasan kepada pihak sekolah dan guru untuk melaksanakan perubahan supaya mereka dapat bekerja tanpa tekanan.Selain itu. ahli-ahli politik dan negara merupakan pihakpihak yang mempunyai kepentingan di dalam dunia pendidikan. Selain daripada itu. kod etika mampu bertindak sebagai panduan kepada pengamal apabila wujudnya dilema dan membantu pengamal melaksanakan tugas-tugas mereka.Ini selari dengan prinsip-prinsip etika seorang guru yang wajib berilmu dan menyediakan kanak-kanak ke arah menjadi insan yang berguna dan warganegara yang berdikari. Dengan itu.htm ) Dalam pengurusan Pendidikan pula.Kod etika dikatakan sebagai cornerstones of a true profession (David Freitas. bukan sahaja sokongan dan bantuan kewangan. guru mampu menjadi role model kepada anak-anak muda. Cribb & Gewirtz (2001).Feeny & Christensen (1979) meletakkan beberapa syarat untuk menjadi guru yang berwibawa.Inilah bentuk kerjasama yang diperlukan seorang guru dari masyarakat. Prinsip Lieberman ( dalam Foo. masyarakat. etika perguruan juga dapat berfungsi sebagai panduarah dalam membantu guru melaksanakan apa yang dianggap betul.

1. Mereka akan melakukan apa sahaja. Menilai pelajar secara adil dan saksama.. termasuklah mengeluarkan nama pelajar yang dijangka gagal daripada daftar calon sekolah kepada calon persendirian. kedudukan dan sebagainya. 2005) harus menjalankan tugas-tugas yang semakin lama semakin membebankan. sosial. Sebenarnya ini menyalahi etika keguruan yang memberi hak kerahsiaan kepada pelajar..Adalah menjadi satu amalan tidak beretika jika seseorang guru membuat penilaian berasaskan faktor bangsa.Menggunakan kuasanya secara bijaksana. ekonomi.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. walaupun tidak ada data khusus.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani. keturunan atau agama. Ini amalan tidak beretika seorang guru.Sekiranya kuasa ini tidak digunakan dengan bijak pasti berlaku penyelewengan dan ini tidak sihat kepada organisasi pendidikan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan. terdapat sekolah yang berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan. mental. 1. Kemahiran Hidup dan sebagainya. Sains Tulen.Semua guru mengharapkan kedudukan autonomi mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.Terdapat banyak sekali kes. di mana pihak sekolah memaparkan markah atau gred yang diperolehi pelajar kepada umum seperti melekatkan rekod pencapaian pelajar di papan kenyataan. Lampiran etika ini terdapat di bahagian awal Buku Rancangan Mengajar guru-guru.Sistem penilaian peperiksaan awam sekarang banyak memberi ruang kepada guru-guru membuat penilaian bagi subjek-subjek seperti bahasa. seorang guru dengan pendapatan yang tidak setimpal (Foo.Inilah yang mempengaruhi ramai guru terutama di Barat meninggalkan profesion ini. Dikhuatiri guru akan menggunakan ini untuk merosakkan seseorang pelajar dengan cara yang tidak bertanggungjawab.Menjauhi amalan matlamat menghalalkan cara merupakan satu tangungjawab kerana ia bertentangan dengan objektif utama pendidikan iaitu memindahkan ilmu dan menanam nilai-nilai murni.1 Lebih mengutamakan kebaji. Dalam isu penilaian. . politik. Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia 1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Mereka mempunyai ruang dan peluang yang cukup luas untuk melakukan perkara ini.kan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. emosi. Sahsiah 3 Profesion perguruan di Malaysia juga mempunyai kod etikanya yang dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Akauntabiliti Seorang Guru Secara umumnya terdapat beberapa perkara yang wajar diambil perhatian oleh seorang guru berkaitan dengan akauntabiliti guru ini.Mengikut Foo (2005) seorang guru harus mengelakkan diri daripada mengindoktrinasikan pelajarnya dengan apaapa fahaman atau kepercayaan atau falsafah yang dipegangnya. agama.Kita perhatikan etika berkenaan. 1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar.Kesimpulannya. 1.

1. dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana. 4. 2. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. 4. apa tujuan penilaian dalam aspek persekolahan. 2.1. Isu Penilaian Apabila kita menyentuh isu penilaian. 2. 3. pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. .5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi pelajar. 2.Hasil daripada analisis itu. ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara. menghormati orang tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa 2. 4. 2. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan 4. 3. bertanggungjawab dan berguna. 4. keturunan dan agama. kita harus berbalik kepada persoalan asas iaitu.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 4. persidangan.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai-nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia.3 Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya . Bagi guru-guru di sekolah kita telah dilatih dengan objektif sesuatu penilaian iaitu sebagai satu kayu pengukur apakah pelajar telah mahir dengan dengan pengajaran kita.6 Menunjukkan suatu cara pakaian. mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian. 1. penyelidikan. masyarakat atau negara.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. 4. 2.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

keturunan atau agama´ . Namun kita telah biasa dengan fenomena yang melihat penilaian terhadap prestasi akademik pelajar mencerminkan apa yang telah guru buat selama ini.htm Ini memberi implikasi bahawa guru harus menanamkan satu semangat ³belajar sepanjang hayat´ di dalam diri mereka kerana ilmu semakin bertambah. pendedahan berbeza walaupun kurikulumnya sama. Therefore it is the teacher himself or herself who should take primary responsibility for doing the evaluation.gurudapat membuat sesuatu seperti program pengayaan atau pemulihan. dan kesebelas SPM. Lihat Prinsip Etika KPM mengenai niat yang betul. misi. Satu lagi persoalan yang boleh dibincangkan di sini ialah penilaian guru terhadap dirinya sendiri. di tahun kesembilan. PMR. ibu bapa serta masyarakat menjadi tekanan kepada guru. iaitu. evaluation is the means by which we try to identify which aspects of our teaching are good and which need to be changed. politik. Bukankah ini menimbulkan isu kebolehpercayaan dalam sistem penilaian peperiksaan awam negara." atas talian http://www. Dee Fink (1999). emosi. Keadaan ini bertentangan dengan etika perguruan. ceraian kedua. mental. inovasi di . iaitu. tanpa menyeleweng dan cuai´. sosial. Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. tetapi sebagai sekolah tuisyen percuma. matlamat dan objektif KPM´. kemudahan berbeza. Sekolah tidak lagi menjadi institusi untuk membentuk peribadi pelajar. Lalu guru-guru sekarang ini mengajar tidak lagi bertujuan untuk mengembangkan potensi-potensi individu tetapi supaya para pelajarnya lulus cemerlang. sekolah harus meningkatkan pencapaian akademiknya atau menerima penangan daripada pihak atasan. berusaha ³memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berbagai cara dilakukan untuk meningkatkan peratus pencapaian seperti menjadikan calon sekolah sebagai calon persendirian.. latar berbeza. Sistem pendidikan di negara kita telah menetapkan di akhir tahun keenam pelajar menduduki UPSR.angelfire. Di pihak sekolah pula. Ini merupakan peperiksaan awam yang akan diduduki oleh semua calon serentak mengikut jadual yang ditetapkan dan dinilai secara standard. Satu lagi isu berkaitan ialah kebolehpercayaan ujian (Foo. The question then arises as who should take responsibility for doing this evaluation. kaedah berbeza. 2005). L. pelajar diajar oleh guru yang berbeza. My believe is that evaluation is an inherent part of good teaching. Situasi begini menimbulkan isu yang lain pula. dan yang paling dahsyat membantu pelajar semasa peperiksaan. ekonomi. menghalang pelajar menduduki peperiksaan. Pejabat Pendidikan Daerah.com/journal2/fakir_zamani/ceramah7. dan yang paling serius jika ia menjadi asas kepada penilaian prestasi. ³Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani. iaitu.Atau mencari di mana kekuatan yang boleh kita perkukuhkan atau kelemahan yang harus diperbaiki. bahagian Tanggungjawab Terhadap Pelajar. Penilaian pentadbir. dalam satu artikelnya menyebut: ³Assuming that no one is perfect and therefore everyone has room for improvement. masalah berbeza. Nilai Etika KPM berkaitan dengan nilai amanah iaitu ³sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

Kita lihat kod etika KPM dalam Nilai Amanah: Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. contohnya. Isu Nilai Amanah Satu isu besar bagi sektor awam terbesar negara kita ialah menjaga lebih daripada 100 000 pegawai-pegawainya dan penempatannya pula sehingga ke tempat-tempat yang cuma boleh dilalui melalui helikopter. ³tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. satu kenyataan retorik.Kadang kala mereka terlalu memberi tumpuan kepada politik hingga mengabaikan tugas di sekolah. 2. Di kawasan pedalaman. barulah pihak berkenaan melatah. Terdapat guru yang berniaga serta memiliki lesen kontraktor (walaupun atas nama ahli keluarga). Selain daripada itu. harus dikuasai oleh guru. ³kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sekolah terbabit´. bot.net/modules menceritakan kes seorang guru yang aktif berpolitik dan memperoleh kontrak dari saluran politik sehingga mengabaikan tangungjawab profesionnya. Kita tidak mahu. atau berjalan kaki selama dua atau tiga hari.Dengan menggunakan pengaruh jawatan. Disarankan juga sistem penilaian berasaskan sekolah yang ada sekarang ini distrukturkan semula bagi mengatasi masalah kebolehpercayaan ujian. Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dan peruntukan dalam Perintah Am Bab D(c)dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri dan Tatasusila Profesion Perguruan Perkara 4.dalam mahupun di luar dunia pendidikan berlangsung dengan pesat. mereka memperolehi ganjaran lumayan di arena politik. Pihak pentadbir sekolah harus menjalankan tugas yang diamanahkan seperti kerja pemantauan proses P & P secara lebih agresif.Amat sukar mengawal semua guru. markah yang diperolehi oleh para pelajar masih diragui kesahannya. tanpa menyeleweng dan cuai. nilai amanah juga merupakan satu percanggahan besar terhadap amalan rasuah.Pemantauan berterusan mungkin satu pendekatan terbaik untuk meminimakan isu ini. Bahagian Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia harus turun padang memantau apa yang dibuat oleh Setiausaha Peperiksaan di sekolah-sekolah. Kita berharap agar tidak terdapat guru-guru yang tergolong dalam golongan laggard ataupun menjadi penentang kepada pembaharuanpembaharuan. iaitu. Kementerian Pelajaran disarankan agar mencari satu mekanisme terbaik untuk mengatasi persoalan-persoalan ini. tetapi sering disalahgunakan oleh guru-guru penilai di sekolah.Buletin Online (Okt 2005) dalam http://buletinonline. Ilmu ICT.´ Perkaitan dengan isu di atas.Mekanisme yang diwujudkan sekarang ini walaupun mempunyai kebaikan. .Ini merupakan satu contoh tipikal pelanggaran etika perguruan. ceraian ii . ramai guru aktif dengan politik kepartian. dan tidak mustahil ada guru mengambil kesempatan daripada situasi-situasi begini.Mereka ini menjawat jawatan dalam parti di peringkat cawangan dan bahagian.Akibatnya. kes dipapar di akhbar.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (2002). Adalah disyorkan agar guru mengamalkan sikap adil dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajarnya.my/arkib/a_berita/tatatertib. status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. seperti yang dilaporkan oleh Marzita Abdullah (2004). Badan Pencegah Rasuah. Kita tidak mahu pegawai-pegawai pendidikan 3. status sosio-ekonomi pelajar. Bahagian II.. perilaku pelajar dan rupa paras pelajar tidak boleh menjadi penyebab kenapa guru bertindak sebaliknya. Daripada laporan ini. Faktor latar keluarga. nyata sekali perlakuan pelanggaran etika berlaku oleh pihak tertuduh dan di peringkat pegawai yang bertanggungjawab. etika KPM meminta semua guru memberi layanan yang baik. dalam http://myschoolnet.Pelajar SES rendah perlu diberi lebih tumpuan pada kadarnya dan bantuan jika status itu mempunyai korelasi dengan pencapaiannya yang rendah.Pelajar agresif harus diberi lebih perhatian jika keagresifannya itu disebabkan oleh tiada perhatian di rumah. Ada guru yang lambat masuk kelas untuk mengajar kelas yang ³kurang bijak´ dan dalam iklim P & P yang kurang bersemangat. Unit Tatatertib Jabatan Pelajaran Negeri harus telus dalam menjalankan tugas mereka dengan melaporkan kes-kes pelanggaran etika kepada pihak-pihak yang berkenaan dengan segera setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membuat pendakwaan ke atas mereka. tetapi tingkahlaku lain menjurus ke arah itu.htm. Walaupun ada guru yang berjaya menahan daripada menzahirkan kata-kata yang tidak sewajarnya. Ada guru yang akan melepaskan keluhan bila menjadi guru kelas tertentu dan wajahnya hilang ceria sepanjang tahun dengan perlantikan itu. ia tidak boleh menghalang kita daripada berlaku adil terhadap anak-anak didik kita. banyak kes-kes tatatertib yang tidak dihantar atau lewat sehingga lebih setahun kepada pihak Pihak Berkuasa Tatatertib SPP. Adalah disarankan guru-guru tidak membelakangkan kepentingan profesion perguruan mereka daripada kepentingan peribadi.net/portal/modules pula melaporkan kebanyakan pentadbir pendidikan melakukan penyalahgunaan kuasa secara sengaja. Dengan amalan ini profesion perguruan akan dihormati oleh masyarakat umum. Selain daripada itu. Beberapa kes seperti penerimaan wang daripada kontraktor. Walaupun kita sedar akan kewujudan perbezaan individu.Dalam konteks keikhlasan. Satu perkara yang sangat dipuji ialah memperkenalkan . pembiayaan hotel dan pemalsuan dokumen kerja pembaikan dilakukan dengan sengaja oleh pentadbir sekolah. Peraturan 4(2) dalam hal-hal berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa.mypendidik.kpm.ppk. Situasi ini berlainan jika ia mengajar kelas ³bijak´. Keadilan harus dilihat dengan lebih jauh lagi. tanpa mengira pangkat.Ini satu fenomena yang meluas berlaku di sekolah-sekolah. Isu Nilai Ikhlas. dalam http://www.Jabatan Perkhidmatan awam pula dicadangkan bertindak meluaskan larangan berpolitik kepada semua guru bukan sahaja kepada penjawat awam kumpulan A. pemberian tiket kapalterbang. Pelajar mempunyai hak untuk dilayan sama rata oleh guru. yang mengendalikan kes-kes melibatkan guru siswazah. Satu persoalan yang berbangkit daripada isu ini ialah hak kesamarataan.Sebagai pegawai perkhidmatan awam mereka telah melanggar tata kelakuan dan tatatertib Perintah Am Bab D.Keadilan Satu isu yang dianggap remeh tetapi sebenarnya telah menggugat martabat profesion perguruan.Satu sikap guru yang kurang beretika ialah labeling.

Masalahnya sekarang adakah sekolah. perkhemahan dan sebagainya. dan ada masanya di . 4. Guru-guru mungkin selamat daripada kes mahkamah. Bahagian 1. tetapi nilai moral guru yang berhemah tinggi. Isu Nilai Bersyukur Nilai bersyukur bolehlah jika kita katakan berterima kasih dan menghargai setiap pemberian.1³Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. guru-guru terutamanya.´ Nilai etika perguruan yang terpenting ialah tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Sekiranya guru memahami dan menjalankan tugas mengikut etika yang ditetapkan. Perkataan-perkataan guru. tidak cuai atau merungut´ dan Tatasusila Profesion Perguruan. 5. bukan hanya mengharapkan pengawal keselamatan sahaja. kerana ia berlaku di luar kawasan sekolah. anugerah dan nikmat yang diterima. sukan.Namun begitu adalah wajar bagi kita turut bersyukur sekiranya sesuatu yang datang itu bukan dalam bentuk yang menyeronokkan kerana sudah menjadi lumrah kehidupan adakalanya suka dan ada kalanya kita sedih.Keselamatan pelajar menjadi satu tugas yang penuh cabaran digalas oleh guru dan pengetua. perkelahan.Keselamatan pelajar berkait rapat dengan isu kecuaian. merupakan kata-kata provokasi yang menghina yang tidak harus diluahkan walau dalam keadaan apa sekalipun.Ini memberi peluang kepada ramai pelajar yang tidak berpeluang untuk mempelajari dan menggunakan komputer. guru-guru dinasihatkan agar mematuhi prosedur-prosedur keselamatan terutama jika melakukan aktiviti yang berisiko seperti lawatan. Dalam isu ini juga.Selain daripada itu adalah dicadangkan agar sistem kawalan keselamatan swasta sekarang di mansuhkan dan digantikan dengan sistem kawala n keselamatan yang digunapakai oleh Bank Simpanan Nasional.Mematuhi prosedur merupakan satu amalan etika perguruan. penuh dedikasi akan tercalar kerana kes sebegini.Kes pelajar dilanggar mati di luar sekolah. ³lembu´ atau ³anak haram´ atau yang sepertinya. Guru-guru yang beretika akan memastikan anak-anak muridnya melintas jalan dengan selamat. bagi menangani masalah labeling adalah dicadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengambil inisiatif mengenakan tindakan ke atas guru yang mengamalkan sikap ini. adalah satu rujukan yang penting. telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menjauhi daripada berlakunya kecuaian. kadang-kadang pasang. seperti ³bodoh´. Masyarakat akan memandang rendah martabat guru yang mengambil sikap tidak ambil peduli ini. walaupun kes dibawa ke mahkamah. Kecuaian akan menyebabkan ibu bapa mengambil tindakan mahkamah terhadap guru dan sekolah. undang-undang akan menyebelahi kita. ditambah lagi dengan umur pelajar yang masih rendah koordinasi mata dengan tindakan. Selain daripada itu. Isu Nilai Dedikasi-Keselamatan Kita lihat apa yang terkandung di dalam nilai dedikasi Etika KPM: ³Guru harus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar. Perkara 1. kadang-kadang surut. teliti dan ceria. Pihak guru telah sedia maklum akan risiko kemalangan di kawasan tersebut.Pengetua dan guru-guru harus melihatnya sebagai satu aspek penting dalam pengurusan sekolah.Makmal Komputer kepada sekolah-sekolah tertentu.

Tekadkan untuk melahirkan pelajar yang mampu mengubah persepsi guru-guru lain. mereka mampu melaksanakan tugas dengan hati yang tenang. kita wajib bersyukur.Seandainya guru-guru dapat menyerapi nilai ini. visual.Mereka tidak harus diberi muka dengan kelulusan permohonan pertukaran atau pengubahsuaian penempatan kerana mereka merupakan professional yang tidak beretika. requests for sexual favors and otherverbal or physical conduct of a sexual nature when submission to or rejection of this conduct explicitly or implicitly affects an individuals employment unreasonably interferes with an . 6.Guru-guru yang dihantar bertugas di sekolah yang mereka kurang ingini. Itu juga kita harus bersyukur.htm).Dikatakan juga ³pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.atas dan ada ketikanya kita di bawah. Untuk mengatasi masalah ini. Guru-guru yang enggan untuk dihantar bertugas di kawasan pedalaman harus dihentikan kerana mereka merupakan golongan yang tidak tahu bersyukur. seronok dan lancar. Fong Chan Onn (1997) menjelaskan ramai guru Bahasa Inggeris enggan bertugas di pedalaman (lihat http://161. Satu isu lagi ialah isu penempatan guru.Ini semua merupakan contoh-contoh guru kita yang kurang beretika kerana tidak menanamkan nilai kesyukuran dalam diri mereka. kerana tidak semestinya jika yang datang itu tidak baik.tranungkite.Sebenarnya kita telah diberi peluang mengubah tingkahlaku disiplin dan akademik kelas berkenaan. jika kita diarah mengajar kelas yang mencabar kesabaran kita.139. psikologi atau fizikal. Terdapat banyak aduan oleh pihak guru kepada pihak jabatan pendidikan yang menggambarkan guru-guru tidak mempunyai nilai ini seperti dalam kes pembayaran skim baucer tuisyen yang lewat diterima (lihat http://www.Bagi mendapatkan definasi yang lebih tepat mengenai gangguan seksual di tempat kerja definisi United State Equal Employment Opportunity Commision (USEEOC) di Amerika Syarikat adalah lebih sesuai untuk dibincangkan. seperti tahap akademik yang rendah dengan masalah disiplin sukar dikawal dan dilabel oleh rakan-rakan. bukan lisan.Ada pula guru merungut kerana tidak diberi markah yang tinggi untuk Penilaian Prestasi.39. akan berakhir dengan tidak baik.Ada di kalangan mereka yang bertukar karier semata-mata untuk bekerja di kawasan bandarbandar besar.´Bagi masyarakat Islam bersyukur dilahirkan dengan pujipujian bagiNya. Di sini unsur reda membawa konsep nilai bersyukur.Sistem pendidikan tidak memerlukan tenaga-tenaga yang kurang beretika ini. Hasilnya pasti kepuasan dan nikmat yang tidak terbeli harganya.net/modules) Satu elemen nilai kesyukuran dalam etika KPM ialah berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.Ia menyebut: ³Unwelcome sexual advance.Satu contoh.251/akhbar/teaching/1997/um97826. Isu Gangguan Seksual Satu definisi gangguan seksual yang mudah ialah apa-apa perbuatan bersifat seksual yang tidak diingini dan memberikan kesan sebagai satu gangguan secara lisan. guru-guru harus mempunyai rasa reda dan anggap bahawa pasti ada yang menunggu di sana yang kita belum tahu. berusaha untuk bertukar sekolah.Dalam satu ucapan.

Pihak pengurusan harus mengadakan latihan berterusan tentang anti-gangguan seksual kepada kakitangannya.network54.Satu kes di Tuaran pada 25 Feb. Di Amerika Syarikat telah wujud EVAW (End Violence Against Women) International yang antara lain bertujuan untuk membela mangsa-mangsa gangguan seksual.com. 2004 yang melibatkan kejadian rogol oleh seorang guru ke atas pelajar cacat di sekolah khas seperti yang dilaporkan dalam http://www. a.de2. malu atau tidak tahu ia sebenarnya gangguan seksual. Kita lihat satu kes serius di negeri China seperti yang dilapor oleh Berita Harian dalam www. Di Malaysia juga kita mempunyai cawangan Women¶s Aid Organisation (Persatuan Pertolongan Wanita). yang menjadi mangsa ialah golongan pelajar.Situasi gangguan seksual yang berlaku juga tidak semestinya memberi kesan kepada kedudukan mangsa dari segi kerja. Undang-undang pula perlukan bukti kukuh untuk menerima pertuduhan. EVAW (End Violence Against Women International) pula mencadangkan dalam laman web mereka (G:\About EVAW International. Ini termasuklah menyediakan pegawai-pegawai untuk membantu mangsa.edu/harassment/legal/ Kita tidak harus terikat kepada pengertian itu sahaja.Biasanya.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_ html. beberapa perkara lain harus diambil perhatian iaitu pengganggu boleh juga seorang perempuan. Seperkara lagi. d.bharian. hostile or offensive work environment. gangguan seksual boleh berlaku di antara pengetua ± guru-guru (dan kakitangan) ± pelajar. Satu lagi langkah proaktif yang boleh diambil ialah menjadi ahli persatuan-persatuan tertentu yang menjaga hal ehwal pekerja daripada gangguan seksual.htm) perkara-perkara berikut harus dilakukan oleh majikan. Polisi tersebut harus mengandungi definisi yang jelas dengan penerangan dan contoh yang sesuai. tetapi pihak yang terasa terganggu dengan perbuatan pemangsa. pihak yang menjadi mangsa tidak semestinya subjek yang diganggu.psu.http://www. c. masalah yang berlaku ialah mangsa gagal membuat laporan kerana takut.individual¶s work performance or creates an intimidating. Di Malaysia.Kes seperti ini juga berlaku dengan banyak sekali di Malaysia yang melibatkan guru-guru biasa hingga pengetua sekolah agama. Di sekolah. Satu langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh bakal mangsa ialah mengelak daripada menjadi mangsa. mengambil tindakan yang sewajarnya yang akan memaham kan golongan pemangsa . tidak semestinya lelaki sahaja.´ USEEOC. kenaikan pangkat atau pendapatannya. Polisi harus mengandungi galakan daripada pengurusan untuk mangsa membuat aduan.Kes seorang guru yang dihukum mati kerana kesalahan merogol 32 orang pelajarnya yang berusia 14 tahun selama dua tahun. kerana. Adakan satu polisi bertulis dan disebar dan di tampal di tempat kerja mengenai gangguan seksual b.com/.

Namun begitu. Kelebihan menjadikan etika perguruan amalan pentadbir setiap hari dijangka akan turut mempengaruhi staf-staf di bawahnya. ia amat malang bagi dunia profesion perguruan. 2000). mereka sendiri mungkin tidak dapat memberi penjelasan kepada guru-guru. Tetapi. agak malang bagi guru-guru tersebut yang telah melakukan pelanggaran etika tanpa disedari. bahagian terakhir perbincangan isu etika ini akan cuba mengupas etika perguruan itu sendiri.daripada melakukan gangguan seksual dan membawa pemangsa ke muka pengadilan. Perkara 4. Bahagian 1: Tanggungjawab Terhadap Pelajar. Selain daripada bahagian di atas kita lihat pula contoh di Bahagian 4: Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion. bagaimana seseorang guru akan menafsir Tatasusila Profesion Perguruan. Persoalan ketiga. Akhirnya. ia tidak lagi dipedulikan oleh pihak sekolah. adakah guru-guru kita tahu dan sedar akan wujudnya etika perguruan yang menjadi garis panduan bagi semua guru di Malaysia ini? Etika perguruan Malaysia dibaca dengan nama ³Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia´ yang terdapat di bahagian awal Buku Rekod Pengajaran guru-guru (Mok Soon Sang. Contohnya. Atau mungkin guru-guru sememangnya tidak mengetahui terdapat peruntukanperuntukan yang bertentangan dengan amalan mereka? Jika ini berlaku. apatah lagi untuk dijadikan panduan menegur guru-guru ataupun membincangkannya dalam mesyuarat guru. bagaimana mentafsir etika perguruan ini?Lain individu melihat atau memahami atau mempunyai penafsiran yang berbeza-beza tentang sesuatu etika. Persatuan sebegini harus di anggotai bukan sahaja oleh mereka yang pernah menjadimangsa atau mangsa-mangsa baru tetapi juga mereka yang tergolong daripada bakal mangsa.6 ³Akan menjadi ahli sesebuah . Guru-guru lain pula mungkin menafsir sebaliknya. Seorang guru mungkin akan menafsirkan keputusan ujian sekolah mahupun peperiksaan awam sebagai tidak termasuk dalam tafsiran perkara ini. adakah Pengetua atau Guru Besar menekankan perkara etika perguruan sepanjang masa di sekolah?Atau sekurang-kurangnya pada mesyuarat guru?Pengetua atau Guru Besar harus menghafal. lantas maruah pelajar dibiarkan jatuh akibat daripada amalan yang tidak beretika ini. Pertama.Adalah diingatkan tentang kepentingan guru-guru supaya memartabatkan profesionalisme perguruan dengan cara memahami dan menghayati etika perguruan. walaupun amalan tersebut melanggar etika perguruan. Isu Konten Etika Perguruan Dalam kita melihat isu-isu di atas. Perkara 1. memahami dan menghayati etika perguruan ini. sekiranya guru-guru sendiri tidak mengetahui tentang keujudan etika perguruan ini. sekiranya sudah menjadi amalan sekolah tersebut. Keputusan ujian sepertinya akan dipaparkan secara terbuka pada papan kenyataan sekolah.Malang sekali. guru-guru ini juga akan mengubah penafsirannya terhadap perkara ini.3 ³Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya´. Persoalan seterusnya ialah. 7. Adakah terdapat kursus etika diajar dalam program pendidikan sama ada di universiti universiti atau di maktab-maktab (sekarang institusi) perguruan? Sehingga kini belum terdapat satu kertas atau kursus khas untuk semua bakal guru dislotkan dalam program pengijazahan perguruan selain daripada ia disisipkan dalam kuliah -kuliah pedagogi atau kursus pendidikan lain.

malah kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit kepada sekolah-sekolah luar bandar untuk menyediakan kelengkapan makmal komputer. adakah etika kita sekarang ini covers penggunaan ICT ? .Selain daripada itu.Boleh dikatakan semua sekolah mempunyai kemudahan komputer sekurang-kurangnya. Ramai guru yang tidak menjadi ahli mana-mana persatuan atau kesatuan atau pertubuhan guru kerana tidak tahu akan wujudnya peruntukan ini dalam etika perguruan. mungkin menjadi ahli tanpa menyedari bahawa mereka telah melaksanakan satu perkara daripada etika profesion merek Persoalan keenam daripada isu etika guru ini ialah. laluan internet juga disediakan tanpa bayaran oleh pihak sekolah. etika perguruan kita sudah tidak lagi sesuai kerana terdapat perkara-perkara yang tidak disentuh dalam etika kita tersebut. Mereka yang telah menjadi ahli juga.pertubuhan guru´.Lihat pula kepada penggunaan ICT.Perkataan ³Tatasusila´ itu sendiri tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Persoalannya. adakah ia masih relevan dengan keadaan semasa? Dengan perubahan dunia yang begitu pantas.