NAMA PELAJAR NO.

MATRIK SESI NAMA PENSYARAH NAMA TUTOR FAKULTI/AKADEMI

: : : : : :

SITI ZURAINI BINTI MOHAMAD. JEA 080178. SEMESTER 1 2008/2009. DR. AMRAN MUHAMMAD. CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN. AKADEMI PENGAJIAN MELAYU.

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan ………………………………………………………………….. Falsafah pemikiran dalam kandungan pantun............…………................ Penutup …………............................………………………………………… Bibliografi.........................................................................................................

1 2- 4 5 6

PENGENALAN Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir dengan pola a-b, a-b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun

sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis. Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Pantun juga merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni.

Dalam konteks pantun adat pula, ia bermaksud peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun, iaitu sejak dahulu kala dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Selain itu, adat juga diertikan sebagai cara yang sudah menjadi kebiasaan, semua ini dapat dijelaskan melalui pantun berikut: Lebat daun bunga tanjung, Berbau harum bunga cempaka, Adat dijaga pusaka dijunjung, Baru terpelihara adat pusaka, Pantun diatas menghuraikan bahawa orang melayu amat kuat berpegang pada adat. Dalam konteks ini, cara yang telah menjadi kebiasaan juga merupakan adat. Di sini juga dapat dijelaskan bahawa adat merupakan peraturan yang telah diturunkan oleh nenek moyang dahulu. Adat haruslah dijaga, dipelihara, dan dipatuhi oleh masyarakat kerana ianya sangat penting dalam masyarakat Melayu. Di samping itu, adat-adat yang masih diamalkan pada zaman sekarang ialah adat bercukur, adat merisik, adat meminang, dan sebagainya. Contohnya dalam majlis

perkahwinan, yang dijalankan dengan penuh adat supaya majlis tersebut meriah. Adat didalam majlis perkahwinan masih tidak dapat diteruskan dan diamalkan oleh generasi baru. Keadaan ini membuktikan bahawa masyarakat melayu begitu memelihara adat mereka.

Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya, Pantun diatas menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut

menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latarbelakang diri masing-masing. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan, dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’. Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuan tersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain. Anak teruna tiba di darat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli, Pantun di atas pula menghuraikan tentang kepentingan sesebuah bahasa. Dalam konteks ini, pantun tersebut membawa maksud seseorang yang hidup di atas dunia perlulah berpegang pada adat. Dalam hal ini, adat memainkan peranan penting kepada sesuatu bahasa kerana bahasa sangat penting dan tidak boleh dijual beli. Selain itu, bahasa juga adalah lambang kepada sesebuah bangsa. Dalam konteks ini, bahasa adalah sebahagian daripada budaya yang mempunyai nilai budaya penuturnya. Bahasa juga merupakan teras dalam kehidupan budaya melayu. Dalam konteks ini juga,

kepentingan bahasa dapat dilihat dengan jelas melalui pantun-pantun, sajak, gurindam, dan sebagainya yang memperlihatkan bahasa-bahasa yang begitu indah. Menanam kelapa di Pulau Bukum, Tinggi sedepa sudah berbuah, Adat bermula dengan hukum, Hukum bersandar di Kitab Allah, Dalam pantun tersebut pula menceritakan tentang hukum Allah. Pantun ini

membawa maksud bahawa adat yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat adalah berpandukan hukum Allah. Hukum Allah tersebut adalah melalui al-Quran dan asSunnah. Adat yang diamalkan haruslah bersandarkan pada hukum Allah kerana jika tersilap langkah ia boleh merosakan akidah seseorang. Dalam konteks ini, adat bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh dan boleh diamalkan sesuka hati. Jika dilihat pada sudut Islam, adat bersanding adalah haram dalam sesebuah perkahwinan, kerana mempunyai pengaruh kuat dari agama Hindu. Dalam konteks ini, adat persandingan haram jika diadakan dalam majlis perkahwinan, tetapi ia bergantung kepada individu tersebut. Hal ini sangat dititikberatkan dalam Islam kerana walaupun adat merupakan warisan yang diamalkan dari zaman dahulu lagi, namun hukum Allah tidak diketepikan dalam melaksanakan sesuatu adat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pantun adat merupakan pantun yang ingin menyampaikan mesej tentang peraturan-peraturan dalam kehidupan. Selain menjadi peraturan dalam hidup ,

pantun adat juga merupakan cerminan masyarakat Melayu sama ada daripada segi adat resam, perlakuan, pandangan ataupun pemikiran hidup manusia Melayu itu sendiri. Selain itu, pantun adat juga adalah bertujuan memartabatkan adat sesebuah masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat

berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan. Dalam hal ini, kita dapat merumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsi menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuah masyarakat. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam pantun-pantun tersebut

terdapat banyak nilai-nilai sosiobudaya masyarakat Melayu yang dapat ditelusuri menerusi karya sastera tradisi yang berbentuk naratif. Sekaligus dapat menilai bentuk pemikiran masyarakat dalam semua aspek. Oleh itu, menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (DBP), pantun mempengaruhi pemikiran, kreativiti, dan peradaban kehidupan masyarakat Melayu. Justeru itu, pantun perlulah dipertahankan dalam masyarakat, bukan sahaja kerana nilai eksotiknya tetapi juga sebagai warisan yang tidak ternilai.

Alias Yunos. 1966. Pantun Melayu Sastera Rakyat: Penerbitan Federal Berhad

Puteri Roslina.

Eksotiknya Pantun Melayu dlm Dewan Bahasa, Jil.8, Bil 8,

Hlm.17-18,Ogos 2008 http:// www.astech.com.my/adat/. http:// malaysiana.pnm.my/0101/0120/mel_merisik.htm http:// penyair.wordpress.com/2007/11/29/pantun_adat/

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful