KURSUS: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU KOD KURSUS: BBM 3202

Oleh Profesor Madya Haji Arbak Othman
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota Tambahan SUKU KATA
DEFINISI Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan. Puncak kelantangan ialah kelantangan yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi vokal dalam suku kata. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajib ada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendirian, misalnya [a] dalam kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi konsonan sebelumnya, misalnya, bunyi [a] dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atau selepasnya, misalnya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’, atau didahului dan diikuti oleh bunyi

konsonan, misalnya, [a] dalam kata [taŋ + ga] ‘tangga.’ STRUKTUR Berdasarkan contoh-contoh di atas, struktur suku kata bahasa Melayu ialah (K)V(K). Oleh sebab V (Vokal) merupakan unsur wajib dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V ini dinamakan NUKLUS. Konsonan pula boleh hadir sebelum atau selepas vokal atau nuklus. Supaya penyebutan konsonan tidak berulang, maka bunyi konsonan sebelum vokal membuka suku kata. Konsonan yang membuka suku kata ini dipanggil ONSET. Konsonan yang hadir selepas vokal pula menutup suku kata. Konsonan yang menutup suku kata ini dipanggil KODA. Oleh sebab itu struktur suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan konsonan, adalah seperti berikut:

2

dengan onset dan koda 3 .SUKU KATA ONSET NUKLUS KODA Oleh sebab binaan struktur itu berdasarkan pembahagian binari (pembahagian kepada ‘dua’). maka struktur suku kata dapat dirajahkan sebagai berikut: SUKU KATA ONSET RIMA NUKLUS KODA Oleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur wajib dalam suku kata.

tidak wajib. maka struktur suku kata dapat dinyatakan dengan kependekan O sebagai onset. keempat-empat istilah ini akan digunakan jika soalan tentang suku kata keluar. menurut pembahagian binari. dalam penentuan 4 . Malahan. supaya struktur suku kata dapat dinyatakan sebagai berikut: (O)N(K) Berdasarkan rajah di atas. maka struktur suku kata dapat digambarkan sebagai berikut: SK O N R K Untuk tujuan peperiksaan. N sebagai nuklus dan K sebagai koda.

maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ö]. [o]. [ε]. (1) Bila bentuk bibir tak mengeluarkan bunyi bundar. VOKAL SEKUNDER (Secondary Vowel) Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan Vokal Primer. tiga istilah (Onset. Nuklus dan Koda) akan digunakan. Pengeluaran bunyi vokal sekunder berbeza daripada bunyi vokal primer dari segi bentuk bibir yang terlibat. [e]. [a]. bundar untuk [i] dijadikan bunyi [ü]. seperti lapan vokal bahasa Melayu. lalu depan sempit (2) Jika bentuk bibir untuk vokal separuh luas tak bundar [e] dijadikan bundar. maka terjadilah namanya ialah “vokal bundar”. iaitu [i]. lalu namanya ialah “vokal depan separuh sempit bundar.fonem dan alofon. [u]. [⊃] dan [ə].” 5 .

” 6 .” (4) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang sempit bundar [u] dijadikan tak bundar.” (5) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang separuh sempit bundar [o] dijadikan tak bundar. maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ë] dengan nama “vokal belakang separuh sempit tak bundar.” (6) Jika bentuk bibir untuk vokal belakang luas [ä] dijadikan tak bundar. maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal belakang sempit tak bundar. maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [α] dengan nama “vokal belakang luas tak bundar. maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [œ] dengan nama “vokal depan luas bundar.(3) Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak bundar [a] dijadikan bundar.

Depan Bundar ___________ ü y ___________ ö ___________ œ ___________ œ ___________ Belakang Tak Bundar _____________ ï _____________ ë _____________ ^ _____________ α _____________ 7 .

(b) Diturunkan untuk semua yang disengaukan.KONSEP PENGELUARAN BUNYI Untuk VOKAL: Perhatikan kriteria: (1) Bahagian belakang. Keadaan lelangit lembut: (a) Diangkat untuk semua vokal oral. lidah: depan. (3) (4) (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer: (a) bundar untuk vokal belakang (b) tak bunda untuk vokal depan (2) Keadaan bibir untuk Vokal Sekunder: 8 . tengah. luas. separuh luas. (2) Tinggi-rendah lidah: sempit. separuh sempit.

v. ke lelangit keras.b.z. Untuk pengeluaran bunyi perhatikan kriteria berikut: (1) Daerah artikulasi: dari bibir ke.k. Misalnya: [p]. Misalnya: semua bunyi letupan: [p.t.[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb. 9 (2) (3) . [k]. Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan pita suara. ke lelangit lembut dan glotis (lubang dalam pita suara). [t]. ke gusi. [g]. Cara pengeluaran = bentuk arus udara. gigi. Misalnya: semua bunyi geseran: [f. [b] = bunyi bibir. kalau bergetar → bersuara. tersekat → sekatan.g].s.d. h] dsb.(a) bundar untuk vokal depan (b) tak bundar untuk vokal belakang (5) Pita suara: Bergetar kerana semua vokal adaah bersuara KONSONAN.[d] = bunyi gusi. [h] bunyi glotis. atau hentian: [?] tersempit → sempitan.x. Misalnya.

Itu sebabnya istilah distingtif digunakan. Sebagai contoh. kerana distingtif bermaksud membezakan makna kata.θ.t.. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/.k.f. bahawa sebarang perbezaan bunyi dari segi mana-mana satu atau lebih sifat atau fitur dapat membezakan fonem.d. Oleh sebab itu.r.Misalnya:[b.z.bersuara]. kerana [b] bunyi bersuara. FITUR DISTINGTIF DEFINISI Sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai artikulasi (pengeluaran) atau nilai akustik.m] dll.bersuara]. dari segi pengeluaran. [p] dan [b] dapat berbeza dari segi fitur [+ bersuara]. manakala [p] bunyi tak bersuara.x]. fitur [+ bersuara] menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbeza daripada /p/ yang memiliki fitur [. 10 . atau artikulasi.g.n.s. kalau tak bergetar → tak bersuara [p.l. Oleh sebab itu [+ bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+ bersuara] daripada /p/ [.

d] dihasilkan di daerah gusi.g] terhasil di daerah lelangit lembut. iaitu pernyataan sifat [+gusi]. Bunyi [p] dan [b] dikatakan bunyi dua bibir. iaitu istilah fonologi bagi maksud lelangit keras. supaya fonem /k. Bunyi [ŋ] yang dihasilkan di daerah lelangit keras. maka penglibatan dua-bibir ditandai dengan fitur [+bilabial]. maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikan nama fiturnya [+velar] dalam fonologi.g/ memiliki fitur [+velar]. Bunyi [t.Fitur juga dapat diukur mengikut daerah artikulasi yang terlibat. Yang berikut ini ialah keselarasan istilah Melayu dengan nama fiturnya dalam fonologi: Nama daerah artkulasi dua-bibir bibir-gigi gigi gusi lelangit keras lelangit lembut glotis Nama fitur [+bilabial] [+labio-dental] [+ dental] [+alveolar] [+palatal] [+velar] [+glotal] 11 . maka kedua-dua bunyi itu ditandai dengan fitur [+alveolar]. Bunyi [k. ia ditandai dengan fitur [+palatal].

+bilabial. +plosif. +bilabial. Ini kerana fitur [+vokalik] dapat menandai vokal yang memiliki fitur [+vokalik]. konsonan /p/ ditandai dengan fitur [+plosif. Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan dengan bunyi konsonan. pembahagian fitur dibuat mengikut pembahagian bunyi konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan. jika geseran.+bersuara]. konsonan /g/ memiliki fitur [+plosif. fiturnya dinamakan [+afrikat]. + bersuara]. +tak bersuara]. jika letusan. +frikatif. konsonan /p/ mempunyai fitur [-vokalik. Bunyi konsonan bukan-sengau ditandai oleh fitur [-nasal]. Konsonan /n/ memiliki fitur [+nasal. maka fitur [+vokalik] hanya dimiliki oleh vokal. +tak bersuara]. nama fiturnya ialah [+nasal]. Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan ada yang tidak tulen. konsonan [f] memiliki fitur [+labio-dental. Konsonan tulen terdiri 12 . Oleh sebab itu. + alveolar. nama fiturnya ialah [+frikatif].Dari segi cara pengeluaran. jika sengau. -bersuara]. atau konsonan [vokalik].+velar. manakala konsonan /p/ memiliki fitur [-vokalik]. fitur untuk ini ialah [+plosif]. Oleh sebab itu.

daripada konsonan letupan [+plosif]. manakala konsonan /t/ memiliki fitur [-vokalik. Konsonan liquida yang terdiri daripada bunyi /r. lalu memiliki fitur [vokalik. letusan [+afrikat] dan geseran [+frikatif]. +alveolar. +konsonanal]. Fitur tinggi ditandai dengan fitur [-Rendah]. Oleh sebab itu. atau sempitan. tetapi membenarkan udara mengalir keluar. vokal sempit ditandai oleh fitur [-Rendah]. kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan [+Rendah]. 13 . +plosif. +velar. kerana bila udaranya sempit. Semua vokal ditandai dengan fitur [konsonantal. -konsonantal]. manakala geluncuran /w. +bersuara]. lidah diangkat tinggi.j/ tidak tergolong kepada mana-mana vokal mahupun konsonan. +vokalik]. maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur [+vokalik. l/ dikeluarkan dengan arus udara tidak mengalami sekatan. + bersuara]. +plosif. konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik. Konsonan tulen memiliki fitur [-vokalik]. Oleh sebab itu.

contoh-contoh yang tepat vii. sifat iii.TAJUK KERJA KURSUS BBM 3202 (a) Pilih SATU daripada tajuktajuk yang disenaraikan di bawah ini. gambarajah (di mana sesuai) 14 (b) . Huraikan tajuk yang dipilih dengan menyatakan perkaraperkara yang berikut (mengikut kesesuaian): i. faktor/syarat/keadaan v. definisi ii. penyebaran dalam kata vi. lambang fonetik/fonemik iv.

. Kosa Kata Khusus salah satu bahasa di Sabah (Kadazan 15 2. serta transkripsi fonetik setiap kata yang disenaraikan. Kosa Kata Khusus Dialek Kelantan (atau Dialek Trengganu) dan maknanya. Bunyi vokal Dialek Kelantan: cara pengeluaran dan penyebarannya dalam kata.TAJUK KERJA KURSUS 1. 4. Kosa Kata Khusus Dialek Utara dan maknanya. serta transkripsi setiap kata yang disenaraikan. 3.

Minokok. Murut. Tambunuo. Tranum. Margang. Nyatakan juga proses pengeluaran setiap satunya.dan Dusun. Bisaya. Melayu. “diftong” dan “rangkap vokal” salah satu bahasa di Sabah. Kedayan. serta perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut. Tidong. . Sulu. Idahan. “Alat tutur” dan peranannya dalam pengeluaran bunyi bahasa Melayu. Paitan. Setiap satu kosa kata itu hendakalah diterangkan maknanya. 5. Bajau. Kwijau. 16 6. Dumpas. serta transkripsi fonetik setiap kata yang disenaraikan. Iranum). Orang Sungai. Ramanau.

. Murut. 10.7. 17 8. Punan. Kenyah. Bisayah. Nyatakan penyebarannya dalam kata. Sian. Terengganu. 9. serta hubungannya dengan kajian fonemik. Bunyi Vokal dan Konsonan dalam satu bahasa di Sarawak. Ukit. Narom). Melaka. Penan. Selangor. Pahang. Artiklasi tambahan dalam salah satu bahasa di Sarawak (Iban. Kelantan. Kayan. Cara-cara “Fonem” dan “Alofon” ditentukan dalam bahasa Melayu. Melanau. Perak. Ciri-ciri suprasegmental salah satu dialek di Semenanjung (Johor. dialek Utara). Negeri Sembilan. Bidayuh.

berbentuk pengolahan bacaan. Huraian mestilah asli. 3. Bahan rujukan hendaklah sekurang-kurangnya tiga sumber. yakni bukan 30. 5.serta berikan makna katakata yang dijadikan contoh itu. Markah maksimum untuk kerja kursus ialah 30 daripada 100 (30%). Semua kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Jarak Jauh UPM 18 . PENILAIAN KERJA KURSUS 1. yakni bahan Sebarang tulisan yang bersifat menyalin akan diberikan markah maksimumnya 20 sahaja. 2. 4.

Sebarang kertas kerja yang dihantar selepas tarikh peperiksaan tidak akan diterima lagi.selewat-lewatnya sebelum tarikh Pertengahan Tahun. Kertas kerja yang diserahkan lewat daripada tarikh itu. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 1. 7. 2. sehari/tarikh Peperiksaan 6. Berbentuk ujian objektif sebanyak 30 soalan. kerana tindakan menerimanya adalah salah dari segi peraturan peperiksaan universiti. Dan jika sebelum tarikh peperiksaan markah maksimum ialah 10 (10%) sahaja. markah maksimum untuk penilaian ialah 20 (20%) sahaja. Penilaian sebanyak 30%. 19 .

20 . tidak boleh tajuk yang sama dituliskan oleh dua orang calon. Aspek yang disoal ialah segala-gala tentang bidang fonetik. AGIHAN TUGAS Jasa baik tutor Pusat Pengajaran diminta mengagihkan kajian yang berkaitan dengan dialek di Sarawak dan Sabah supaya setiap bahasa yang dikaji hanya dituliskan oleh seorang atau tidak lebih daripada dua orang calon sahaja.3. Maknanya. kecuali apabila aspeknya berlainan.

21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful