1

KURSUS TAJUK NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN

: PINTAR CERDAS, BERBAKAT & KREATIF : KAJIAN KES (INDIVIDU) : AZYAN SYUZANA BT CHE SUB : D20101037214 :A

NAMA PENSYARAH : DR. MD NASIR BIN MASRAN FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI SEMESTER : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : 2 2010/2011

2

ISI KANDUNGAN

BIL
1 PENGENALAN

TAJUK
 DEFINISI PINTAR CERDAS  JENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN  TEORI DAN MODEL  CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

M/S
3-4 5-8 9-11

12-14 15-20

2

KAJIAN KES
 BIODATA RESPONDEN
 KAEDAH KAJIAN 

21 21-22 23-24 24-25 25

OBJEKTIF KAJIAN

 PENYATAAN MASALAH

3

DAPATAN KAJIAN
 LATAR BELAKANG RESPONDEN  ASPEK PERKEMBANGAN

26 26-27 27-29

4

STRATEGI UNTUK MEMBANTU RESPONDEN
30-34

5 6 7

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

35 36

3

PENGENALAN Kami iaitu pelajar semester 2 2010/2011 yang mengambil kursus KBC 3013 (Pintar cerdas berbakat dan kreatif) telah ditugaskan untuk melaksanakan satu tugasan individu „kajian kes‟ terhadap kanak-kanak biasa (responden) bagi mengenal pasti sama ada wujudnya ciri-ciri pintar cerdas dalam diri kanak-kanak terbabit. Secara umumnya, kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang memiliki potensi ataupun kemampuan yang tinggi dalam akademik, juga dapat memberi hasil usaha yang unik, kreatif dan mengagumkan. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat turut memerlukan pendekatan khas dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkannya berasa bosan dengan pengajaran guru. Mereka sering disalah anggapkan sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas, walhal mereka memahami dan menguasai dengan baik apa yang diajar oleh guru. Menurut Marland dalam Davis & Rimm, 1998, Profesional- profesional yang telah mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat adalah berdasarkan kemampuan luar biasa untuk mereka berprestasi tinggi. Kanak-kanak ini perlu dibezakan dengan program pendidikan dan perkhidmatan yang biasa yang disediakan di sekolah biasa dalam rangka untuk mewujudkan sumbangan mereka terhadap diri dan masyarakat. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan diatas, ia menekankan kepada dua perkara iaitu 1) kebolehan pencapaian kanak kanak pintar

4 cerdas yang tinggi dan 2) mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan prestasi mereka. Menurut Woitaszewski 2003, Individu yang pintar cerdas menunjukkan prestasi atau kebolehan yang lebih berbanding rakan sebayanya yang lain. Walaupun demikian, ini mungkin menimbulkan masalah dalam diri mereka dan masyarakat sekelilingnya. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia, perkembangan nilai atau moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa yang sama, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran, dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Bagaimanapun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka

atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus. Dengan perkataan lain definisi kita adalah politikaldan juga psikologikal. 2)Keluarbiasaan (Rarity): bermaksud kecemerlangan ini sukar dicapai oleh orang kebanyakan. pintar cerdas adalah sesuatu yang dicipta bukan yang dijumpai. kanak-kanak pintar cerdas (gifted and talented ) adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa pra sekolah. . Menurut Sternbeng dan Davidson (1986). 3)Produktiviti: bermaksud ia membawa kepada hasil atau sumbangan yang bernilai kepada masyarakat. Sebagai seorang pengkaji kecerdasan Sternberg juga menggariskan 5 ciriciri konsep pintar cerdas:1)Kecemerlangan (Excellence): bermaksud sangat menonjol dalam bidang / kebolehan tertentu. seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa. Kita memilih di mana untuk meletakkan individu pintar cerdas dan individu yang berkebolehan biasa. Oleh itu kita perlu sedar penilaian kita tentang kebolehan dan keperluan kanak-kanak dengan kesedaran akan limitasi. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek kretiviti. konstruk dan alat yang membimbing dalam amalan kita berkaitan kanak-kanak pintar cerdas. Ia adalah apa yang masyarakat mahukan. sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya umurnya. sama pengalaman atau persekitaran.5 Definisi kanak-kanak pintar cerdas Menurut Ross (1993) .

membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami. Ia bukan konsep abstrak yang dikaji pada tahap teoretikal atau falsafah semata-mata dan ia dicirikan faktor budaya.Deborah. Lewis Terman (1916). kita dinilai. (1972). boleh didefinisikan secara operasional. 5)Nilai: bermakna ciri-ciri ini dihargai / dianggap penting oleh masyarakat. (1998: hal. Di samping itu. ia diukur melalui hasil kerja bukannya potensi. Dari kerja. Produktiviti ini tidak bermaksud kuantiti tetapi yang lebih penting kualiti.6 4)Boleh diukur: contohnya dalam ujian IQ yang terpiawai. ia boleh dikaji. kita boleh melanjutkannya kecerdasan digambarkan melalui pencapaian yang menakjubkan. ia bukan bebas dari nilai setempat atau semasa. dalam S. These are children . hanya dimiliki oleh sebilangan kecil populasi. Menurut Stanford Binet (1916). Amerika Syarikat pada tahun 1972. telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara. keunikannya adalah sebab ia tidak biasa dan berbeza. 277) iaitu:“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. Definisi ini mesti produktif dari segi akademik. Definisi Marland. pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Marland (1972). Dari 5 kriteria ini.

(Kanak-kanak berbakat adalah mereka yang dikenalpasti oleh ahli profesional sebagai memiliki kemampuan yang menonjol untuk mencapai kemajuan yang tinggi. 5.7 who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by theregular school program in order to realize their contribution to self and society. 3. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination: 1. melebihi . These are children who require differentiated educational programs and/or services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society". Visual and performing arts General Specific Creative or Leadership intellectual academic productive aptitude aptitude thinking ability Lewis Terman (1916) memberi definasi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak. 2. Marland (1972) mendefinisikan kanakkanakberbakat itu sebagai berikut: "Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. 4. Kanakkanak ini memerlukan program pendidikan atau servis yang berbeza.

melalui tindakannya. Mereka biasanya menolak. Mereka secara konsisten tidak menunjukkan usaha. bahwa apa yang mereka lakukan sekarang memiliki kesan kepada masa depannya. Definisi ini. bahkan mereka cenderung bekerja jauh di bawah potensinya.8 yang biasa disediakan oleh program sekolah biasa supaya dapat merealisasikan penglibatannya terhadap dirinya sendiri ataupun masyarakat). melainkan terletak pada sikapnya. masalahnya bukanlah terletak pada kemampuan. walau nampak jelas dan singkat. and Passow. sehingga melupakan masa depannya. Dengan demikian. Cara yang lebih baik . 1966) dan beberapa penulis mutakhir (Davis and Rimm. individu yang memiliki pencapaian rendah(underachiever) adalah individu yang tidak bermotivasi. namun telah memberikan sedikit harapan kepada ibu bapa dan guru yang berniat ingin menyelesaikan masalah ini dengan pelajar secara individual. Goldberg. Mereka cenderung menghabiskan kesempatannya. Para pengkaji (Raph. 1989) telah mendefinisikan (underachievement) berkenaan dengan suatu berprestasi kurang antara suatu kesenjangan performansi sekolah dan beberapa kemampuan yang sering diindikasikan dengan suatu indeks IQ. Definisi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah Secara umumnya. Mereka tidak dapat melihat atau membenarkan atau menerima bahwa ketidakmampuannya menyelesaikan tugas dan mengabaikan tanggung jawabnya akan dapat menimbulkan kegagalan di masa depannya.

Berkebolehan dalam bidang seni. cekap buat pengiraan dan perbandingan. menyelesaikan masalah komplek. ruang. Gardner) VERBAL-LINGUISTIK  Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan  Peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama kebolehannya meransang emosi. membuat perkaitan sepertit suka menyoal. kreatif mengguna warna. juga cekap dalam menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan komputer EXISTENTIAN  Berminat tentang hayat. kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. dan m‟punyai daya imaginasi yang kuat.evolusi manusia & kematian VISUAL –RUANG  Kebolehan mengesan dan menggambar bentuk.kritis.9 untuk mendefinisikan mengenai pelajar pencapaian rendah adalah mempertimbangkan berbagai komponen (underachievement) Jenis-jenis kecerdasan & kebolehan (Dr. . warna dan garisan. LOGIK & MATEMATIK  Kebolehan menaakul.membaca peta.

tabiat serta hasrat orang lain. KENISTETIK  Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea. motivasi. fleksibiliti. dan untuk menyelesaikan masalah termasuk fizikal seperti koordinasi. kepantasan dan keseimbangan.10 MUZIK  Kebolehan mengesan ritma.  Murid yg tergolong dalam kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran koperatif. perasaan. melodi termasuk kemahiran mengenakan lagu dan mengubah tempo/irama dlm melodi yg mudah. Boleh melakukan memori auditori. pengajaran dgn rakan sebaya dan penglibatan dalam perbincangan kelas  kebolehan menjayakan sesuatu perhubungan dan kebolehan bersosialis yang tinggi. Boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan.  Mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar .Murid yang mempunyai kecerdasan ini gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka aktiviti jenis tarian. nada. INTERPERSONAL  Kebolehan memahami perasaan.

mengklasifikasi dan menghargai tumbuhan bahan galian dan haiwan.  Berkebolehan melihat perhubungan dan pola yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan .11 NATURALIS  Kebolehan mengenal.

Guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar sebagai Bahasa bahasa asing telah menggunakan model dalam pengajaran masteri Inggeris kepada pelajar-pelajar. Model Isi Kandungan/Masteri Model ini menitik berat kemahiran belajar dan (konsep domain inkuiri). (ii) pembinaan. Pelajarpelajar pintar digalakkan bergerak pantas dalam bahagian isi kandungan. Van Tassel Baska (1984) telah membuktikan keberkesanan model ini dalam pengajaran bahasa Latin. . dan (iv) pengesahan instrument dan menggunakan seperti dalam Rajah 1. pelajar diuji dahulu kemudian baru diberi bahan pengajaran untuk dikuasai. Dalam kaedah D-P ini guru dan pembantu guru berperanan sebagai fasilitator.12 Teori dan Model Pembinaan Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM instrumen melibatkan langkah-langkah yang berurutan 5 Murphy dan Davishofer (2005) mencadangkan Pembinaan instrumen terbahagi kepada empat fasa iaitu (i) perancangan. (iii) penilaian kuantitatif.Preskriptif (D – P) digunakan. Pendekatan D-P ini berkesan dalam keadaan yang terkawal. Oleh yang demikian kadangkala kepantasan isi kandungan mendominasi aplikasi model ini. Kurikulum kaedah ini disusun berdasarkan intelektual dan mengikut urutan dan secara bergandaan (kumulatif) menjurus kepada asas kecekapan yang memudahkan pencapaian. Apabila kaedah Diagnostik .

menguji/menilai profisiensi pelajar dengan memberi tugasan kerja berasaskan/berdasarkan (kemajuan/pencapaian peningkatan tahap) tahap pencapaian berperingkat. Guru-guru juga menyusun semula isi kandungan yang diajar mengikut kemahiran tinggi dan konsepkonsep supaya tugasan pelajar meningkat tinggi dimana memberi gambaran keseluruhan (holistik) topik yang diajar. Dengan ini. Model isi kandungan ini dapat mengurangkan kemampuan mata pelajaran bacaan dan matematik kepada satu pertiga. Penilaian kebelbagaian kecerdasan semasa di dalam kelas akan memberi gambaran sebenar tentang pencapaian pelajar. dan 2)Menyusun semula kemahiran asas kepada kemahiran berkelompok tinggi untuk mengurangkan masa pembelajaran dan seterusnya menggalakkan pengalaman mencabar kepada pelajar-pelajar pintar. Murid pintar cerdas digalakkan agar cepat menghabiskan kandungan sesuatu subjek atau secara ringkasnya ia lebih kepada pembelajaran pecutan.produk lebih menekan kemahiran menyelidik dalam bidang saintifik . akan membantu guru untuk menyediakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan.1)Memberikan pelajar dengan peningkatan kemahiran mengikut kemampuan pelajar. Proses ini terjadi dengan dua kaedah memodifikasikan kurikulum iaitu. Model Proses – Produk Model proses .13 Model ini telah mewakili sebagai kaedah pengajaran kendiri kepada pelajar pintar yang merangkumi progresif yang sekolah boleh faham.

memilih reka cipta. Maker. Murid pula akan memberi tumpuan kepada pembacaan. Tannenbaum. dan iii) kemaharin mengintepritasikan. Peranan guru dalam model ini adalah sebagai penyoal. membuat refleksi dan menulis. Pelajar memberi fokus kpd kemahiran proses perkembangan Saintifik inkuiri dan cuba untuk mengembangkan produk yang berkualiti tinggi melalui tiga peringkat inkuiri iaitu. Ramai penulis tentang pelajar pintar telah bersetuju tentang kaedah epistemologi dalam kurikulum untuk pelajar pintar (ward 1961. Hayes-Jacob. 1981. Model ini lebih memberi asas kepada murid untuk memahami kreativiti dan juga proses intelektual melalui analisa secara kritis terhadap produk. menimbulkan isu untuk dibincangkan dan didebatkan.14 dan sosial yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan produk yang berkualiti. ii) kaedah inkuiri(kemahiran level 2). 1983) dalam Van tassel-Baska (1986) . Epistemologi Model Model ini memfokus kepada pelajar berbakat dalam memahami dan menghargai ilmu pengetahuan dimana pelajar didedahkan kepada idea. Model ini menggunakan kaedah kolaboratif yang melibatkan guru. mereka menjalankan kajian literatur. memilih corak ekperimental. 1982. Ia juga memberi konteks untuk integrasi antara kognitif dan objektif afektif ke dalam kurikulum. tema dan prinsip yang merentasi domain pengetahuan. pelajar Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM dan orang yang mengguna model ini sebagai satu kumpulan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah (problem – based learning). membentang dalam proposal mereka. Pelajar akan bekerja secara aktif dalam memulakan research topik. i) pra inkuiri /kemahiran level 1.

Menangis dengan kuat semasa lahir.  Fizikal    Lebih cepat bercakap daripada bayi yang normal.  Kemahiran komunikasi   Deria yang peka semasa kecil. Suka bertanya dengan lebih teliti Pandai berjenaka Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami . Mempunyai kepekaan yang luar biasa semasa bayi. Pergerakan yang lebih cepat.15 Ciri –ciri kanak-kanak pintar cerdas Aspek Perkembangan CIRI-CIRI .

abstrak dan kompleks. . contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Suka bertanya dan berminat mandapatkan jawapan yang terkini. Ahli falsafah.  Intelek  Kebolehan yang luar biasa.16  Interaksi sosial  Mampu bersosial dengan cepat Mempunyai daya kepimpinan dan ketara lebih dominan serta „superior‟ di kalangan rakan sebaya  Mempunyai semangat inkiuri dan perasaan curiga yang tinggi. Sangat kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran dan mampu menghasilkan sesuatu yang abstrak  Mempunyai idea-idea yang kreatif dan kadangkala dianggap pelik.  Mampu memahami konsep yang canggih.  Suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain.

prinsip asas yang penting. walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain).17 Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan.  Tumpuan tinggi. silang kata. Contohnya semasa melakukan hasil seni. . catur dan permainan komputer yang tertentu. membaca secara senyap untuk masa yang panjang. bukan kaedahnya. scrabble. Palajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting.  Pengetahuan atau skemata yang luas. mereka mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik. Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya. Tidak suka diganggu. menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya. Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya.  Dapat memahami manakah isu yang penting. idea yang teras.

Contohnya mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan.  Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain.  Mengaitkan konsep yang difahami dalam situasi baru.  Dapat memahami persamaan dua konsep . menaakul. konsep yang Contohnya Newton mengaitkan kejatuhan epal dengan daya tarikan yang tidak boleh nampak. Contohnya pelajar yang menggunakan teknik untuk mengingati fakta dalam subjek dan situasi yang berbeza.  Kebolehan membuat rumusan.18  Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju. menganalisa. menggambarkan dia memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya. dia dapat menyelesaikan masalah pada situasi yang berbeza. Semasa penyelesaian masalah. Kapal terbang juga boleh terbang sebab ada sayap seperti burung. Contohnya burung boleh terbang sebab terdapat sayap. Ini boleh dilihat dari tingkah laku kanak-kanak lain menanyakan maksud perkataan yang digunakan olehnya.  Menyedari nampaknya hubungan tidak antara berkaitan.

falsafah. Dapatkah anda membezakan konsep berat dan ketumpatan? Cahaya dan terang? Cahaya adalah kata nama dan terang adalah adjektif kepada cahaya. psikologi dan sains sosial yang lain. . Pada peringkat memahami kanak-kanak. konsep seperti mereka cepat balasan. harapan. citacita dan sebagainya.  mengandungi bayi. fizik. matematik. bentuk nutrien bujur Dapat memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama. keinsafan.19 yang tidak diperhatikan oleh individu yang lain. perbezaan Bolehkan makan anda dan menakrifkan Seorang minum? kanak-kanak yang pintar cerdas mungkin menakrifkan makan sebagai kunyah dan minum itu sedut. Contohnya antara persamaan telur dan biji benih adalah kedua-duanya dilindungi untuk dan cengkerang. tumbesaran sebagainya. Antara bidang yang berkaitan dengan idea abstrak adalah seperti agama. perasaan.  Tertarik kepada pemikiran abstrak.

Antara strategi pembelajaran adalah seperti: kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari. Dengan kata lain. saya akan lupa. Mereka mengoptimalkan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada! . mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. membantu mereka memahami gaya pembelajaran sendiri dan cara yang paling efektif untuk mencapai keputusan akademik yang baik. Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka melatih diri. Mereka mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. Imkplikasinya: mengaplikasi konsep yang baru dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam situasi baru.20  Memahami kebolehan intelek sendiri (metakognisi).

21 KAJIAN KES Biodata responden Nama Penuh : Nor Syuhadah Bt Arifin Nama Samaran : Odah Umur Kini : 12 Tahun Jantina : Perempuan Tarikh Lahir : 9 Jun 1999 Tempat Lahir : Kuala Lumpur Keturunan : Melayu Nama Bapa : Arifin Pekerjaan Bapa : Bekerja Sendiri Nama Ibu : Khatijah Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Tangga Bil. Adik-Beradik : 8 Orang .

22 Anak Ke Berapa : Ke 6 Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Methodist Cita-cita : Pensyarah Hobi : Melukis Impian : Memiliki kehidupan yang hampir sempurna .

saya telah membuat pemerhatian dan kesimpulan sendiri mengenai hubungan kekeluargaan antara mereka dan persekitaran tempat tinggal. rujukan ilmiah. Melalui kaedah ini saya telah mencatat sedikit sebanyak mengenai tingkah laku respoden termasuklah menilai tingkahlaku respoden terhadap keluaganya serta reaksi semasa diajukan soalan. Saya telah menggunakan pelbagai buku ilmiah yang berkaitan tentang pintar cerdas bertujuan bagi menguatkan lagi idea yang ingin saya sampaikan melalui penulisan .23 Kaedah kajian Empat kaedah kajian yang telah saya gunakan semasa menjalani kajian kes saya adalah dengan menggunakan kaedah temuramah. Bagi menyempurnakan tugasan individu kajian kes ini. Kaedah temuramah ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat diri responden di samping menyelami kehidupan beliau. saya turut mengumpul maklumat yang berkaitan melalui kaedah rujukan.pemerhatian dan senarai semak. Melalui kaedah temuramah. saya telah meluangkan masa saya untuk pergi sendiri ke rumah responden yang terletak di Tanjung Malim. Kaedah pemerhatian juga telah saya lakukan terhadap responden. Saya telah dilayan dengan baik dan mereka sedia memberi kerjasama semasa sesi soal jawab. Saya telah bertemu muka dengan responden itu sendiri dan berkenalan dengan keluarga responden. Selain itu juga. Saya telah ke perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku yang berkaitan kanak-kanak pintar cerdas terutamanya yang berkaitan dengan fokus kajian saya terhadap responden pada kali ini iaitu kanak-kanak pintar cerdas pencapaian rendah (underachieving gifted student).

Pengetahuan ini sangat berguna untuk membantu kita memerhatikan dan memahami diri kita. saya dapat mengetahui tahap dan masalah yang terdapat dalam diri responden. dan kaedah pemerhatian. Kajian ini juga bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai ciri-ciri seorang kanak-kanak pintar cerdas dalam kalangan kanak-kanak normal. Maklumat yang saya perolehi merangkumi pendapat tokoh dari luar dan dalam negara. Sebelum bertandang ke rumah responden. kita perlu memahami beberapa konsep yang lain lagi. rakan kita. Oleh itu. Untuk memahami siapakah individu pintar cerdas. Ini juga merupakan salah satu kaedah kajian yang turut saya gunakan selain kaedah temuramah. Dengan adanya senarai semak. saya turut menyediakan satu borang senarai semak terhadap responden dan ibu bapa responden. . kaedah rujukan yang saya gunakan juga adalah melalui media elektronik iaitu dengan melayari internet. Objektif kajian Kajian kes ini dijalankan bagi tujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai kanak-kanak bermasalah pembelajaran iaitu kanak-kanak pintar cerdas. keluarga kita ataupun mana-mana individu. Sekaligus dapat membantu setiap kekurangan yang dikenalpasti. rujukan ilmiah.24 dalam kajian kes saya. melalui kajian kes yang dilaksanakan ini juga kita dapat memahami ciri-ciri mereka yang pintar cerdas. Senarai semak yang telah saya gunakan adalah lebih kepada untuk mengesan ciri-ciri pintar cerdas yang ada pada responden. Selain itu juga..

. Mereka tidak mendapat galakan secukupnya dari keluarga untuk mengembangkan potensinya.menyeluruh.Namun begitu terdapat juga sesetengah individu yang memiliki cirri-ciri pintar cerdas tidak berpeluang untuk mengembangkan potensi mereka.25 Menerusi kajian kes individu yang saya jalankan. Kalau dia terlalu berbeza dengan ibubapa dan keluarga. Penyataan masalah Setiap kanak-kanak normal mempunyai potensi untuk tumbuh dan sekolah berkembang menjadi pelajar pintar dan berbakat. ia akan membawa kepada konflik keluarga sebab tingkah lakunya tidak boleh difahami oleh orang lain. saya tertarik dan berminat untuk mengetengahkan seorang responden yang menurut pandangan saya responden memiliki ciri-ciri pintar cerdas namun dalam kategori pintar cerdas jenis pencapaian rendah (underachieving gifted student). Ibu bapa dan bertanggungjawab untukmembimbing kanak-kanak tersebut mengembangkan potensi mereka secara seimbang. Sebagai kanak-kanak pintar cerdas yang miskin. Antara masalah ini termasuklah keperluan kepada cabaran intelek yang tidak dapat dipenuhi. bermakna mereka menghadapi masalah tambahan selain masalah sebagai kanakkanak yang miskin. sepadu dan optimum . Hal ini kemungkinan besar disebabkan oleh suasana persekitaran mereka. Satu kategori kanak-kanak pintar cerdas yang menuntut perhatian para pendidik dan pekerja sosial adalah kanak-kanak pintar cerdas yang tertindas secara sosial.

26 DAPATAN KAJIAN Latar belakang responden Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang individu biasa yang memiliki ciri-ciri pintar cerdas pencapaian rendah. Zaman kanak-kanak dianggap zaman optimal. Ini tidak bermakna pendidikan tidak penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor biologi sematamata. kemiskinan dan menyerlahkan bakat mereka pada peringkat lewat hidup mereka. Kecerdasan yang terpendam akan berkembang pada masanya. Responden merupakan anak ke enam daripada lapan orang adik beradik. bahasa. Keadaan ini terutamanya benar bagi domain seperti kesenian. muzik tetapi bukan dalam bidang seperti matematik dan fizik di mana banyak ahli matematik mencapai zaman kemuncak mereka pada umur dua-puluhan dan tigapuluhan. Ia bukan setakat . Responden dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah di mana bapanya bekerja sendiri sebagai pemandu kereta angkut. Bagi golongan yang tertindas secara sosial dalam perspektif responden ini. masalah inferioriti yang menghantui responden mungkin memberi kesan yang berpanjangan terhadap (perkembangan) diri responden kelak.manakala ibunya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Keadaan menjadi semakin rumit apabila keluarga ini memiliki ahli keluarga yang ramai dan masing-masing masih bersekolah. Memandangkan bapanya merupakan satu-satunya individu yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Kakaknya yang sulung berusia 19 tahun manakala adik lelakinya yang bongsu berusia 2 tahun. mereka sering menghadapi masalah dari segi kewangan. Dalam sejarah mencatatkan banyak individu yang mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan.

Palajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. iklim. yang lebih teruk lagi ia menjejaskan motivasi untuk belajar dan berubah langsung. Aspek perkembangan Perkembangan kognitif Melalui kaedah pemerhatian saya mendapati responden dapat memahami manakah isu yang penting. Melalui pemerhatian hasil kerja yang ditunjukkan saya mendapati responden mampu memikirkan sesuatu perkara dengan terperinci. Sebagai contoh apabila responden melukis perahu yang memperincikan pandangan di dalam perahu. responden mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik. senaman dan . bukan kaedahnya.27 menjejaskan motivasi untuk mencapai lebih tinggi. Contohnya semasa melakukan hasil seni. idea yang teras. Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya. walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh saya(mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Perkembangan fizikal Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan. prinsip asas yang penting.

dan bahasa inggeris. namun kurang memuaskan dalam subjek matematik. Responden juga berhasrat untuk dapat bekerja setelah selesai sekolah. Perkembangan bahasa dan komunikasi Walaubagaimanapun melalui kaedah temu bual dan soal selidik bersama ibu bapa responden . namun baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Responden mendapat markah tinggi dalam subjek berkenaan.28 juga pekerjaan. Walau bagaimanapun apabila meningkat dewasa. Responden kurang menyerlah di sekolah namun responden aktif dan Berjaya meningkatkan prestasi beliau dalam seni mempertahankan diri „Tae Kwan Do‟ . Warna kulit. Responden adalah berbadan kecil. Namun bapanya tidak membenarkan kerana usaha responden yang masih muda di samping bimbang akan keselamatan responden.beradiknya yang lain. saya mendapati semasa usia kecilnya. responden mampu memberikan tindak balas kepada orang sekelilingnya dengan senyum dan menarik tangan. warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip iaitu lebih mengikut ibunya. responden menjadi semakin pendiam dan sukar untuk diajak bergurau. responden juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti olahraga terutamanya dalam sukan lumba lari. Pendidikan Islam. responden lebih cepat belajar bercakap berbanding adik. Keadaan ini . Pada umur 2 bulan juga. Ini terbukti apanila ibu bapa mengatakan responden kurang keluar rumah untuk berkawan. dalam akademik responden sangat menguasai subjek teras iaitu bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun.

responden juga menghadapi masalah mengenai ketidakmampuan menumpukan perhatian ketika guru mengajar di hadapan. Responden telah menanam sayur di belakang rumahnya secara kecil-kecilan. Cenderung untuk minat yang kuat terhadap suatu bidang tertentu. Selain itu. Hal ini disebabkan rasa kurang minat terhadap subjek berkenaan. harga dirinya rendah dan responden sering membeza-bezakan kelebihan orang lain yang tiada dalam dirinya. Responden juga seorang yang sangat sensitif terutamanya apabila diejek dan dikacau oleh rakan sekelas. Responden sering tidur di dalam kelas dan berkhayal. sehingga melupakan akademiknya. Walau bagaimanapun responden seorang yang sangat mencintai binatang dan alam semula jadi. Sebagai contoh apabila responden sering gagal menyiapkan kerja rumah matematik yang telah dinerikan oleh guru. Responden juga sering bercakap sendirian di hadapan cermin dan kucing yang merupakan haiwan peliharaannya yang bernama tomok. . Responden juga k urang berusaha dalam menjalankan tugas. Dalam aspek emosi pula. Perkembangan interaksi sosial dan emosi Responden juga memiliki kebiasaan kerja yang kurang baik.29 sememangnya akan member i kerugian kepada responden kerana kesannya responden akan kurang bersosial. Keadaan ini mengundang rasa dan sikap negatif terhadap diri sendiri responden dan orang lain.

Strategi sekolah Menurut Whitmore (1980) . bukan pabrik. Strategi intrinsik. yang mencakup metode. Adalah penting untuk mengkaji cara proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk mereka ini bagi memastikan kelebihan yang dimiliki oleh mereka dapat memberi manfaat kepada negara suatu masa nanti. dan memungkinkan pelajar untuk menghentikan tugas-tugas tentang berbagai mata pelajaran yang telah mampu mereka tunjukkan kompetensinya. dan remedial.30 STRATEGI Tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan secara tidak langsung melahirkan ramai pelajar kita yang pintar cerdas. merancang kegiatan kurikulum berdasarkan keperluan dan minat pelajar. Teknik dan susunan kelas yang memungkinkan pelajar merasa menjadi sebahagian dari “keluarga”. Strategi supportif. intrinsik. terdapat tiga jenis strategi berkesan bagi mengatasi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah iaitu melalui stategi supportif. Strategi ini menekankan idea bahwa konsep diri pelajar sebagai pelajar sangat berkait rapat dengan keinginannya yang kuat untuk berprestasi secara . Gaya pembelajaran bagi pelajar pintar cerdas ini sudah semestinya tidak sama dengan pelajar-pelajar yang biasa. yaitu: mengendalikan pertemuan kelas untuk membincangkan kepekaan pelajar.

Ford dan Thomas (1997) juga memberikan pendapat bahawa penekanan perlu diberikan kepada pelajar pntar cerdas pencapaian rendah . sementara itu peluang diberikan untuk bidang-bidang spesifik yang dianggap sukar untuk dikuasai. bukan hanya sekadar berjaya. Selain daripada itu. sebuah kelas yang mengundang sikap positif adalah memungkinkan kita untuk mendorong mereka berprestasi. maupun intelektual. Dalam kelas seumpama ini. pelajar diberikan peluang untuk mempercepat dalam bidang-bidang yang menjadi kekuatannya dan minatnya. Remediasi ini dilakukan dalam suatu lingkungan yang baik. Strategi remedial.31 akademik. emosional. suatu lingkungan di mana kesilapan merupakan sebahagian pengajaran dipelajari setiap orang. 4)Memperbaiki pencapaian . mereka menghargai pelajar melibatkan diri dalam membuat aturan kelas dan wujud tanggung jawab mereka. Dengan strategi remedial. Guru yang berjaya dalam mengatasi perilaku pelajar pintar cerdas pencapaian rendah underachiever tahu bahwa pelajar adalah tidak sempurna – sekiranya setiap pelajar memiliki kekuatan dan kelemahan baik berkenaan dengan keperluan sosial. guru mendorong untuk berusaha. 2)Pengajaran remedial untuk memperbaiki pencapaian akademik. serta mereka memungkinkan pelajar untuk mengevaluasi tugas mereka sendiri sebelum menerima suatu penilaian dari guru. Dengan demikian. di antaranya: 1)Penyesuaian kurikulum untuk promosi kejayaan dan prestasi. 3) Memperbaiki keterampilan meniru dokumen. termasuk guru.

Strategi instrinsik. Oleh itu.5)Memperbaiki pengurusan diri pelajar (self-management). dan bertanya. Strategi Keluarga Terdapat beberapa strategi untuk mencegah dan mengatasi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah. Menurut Halsted (1988). jika lingkungan pendidikan tidak menstimulasi. iaitu: Strategi supportif.32 pembelajaran. ibu bapa dan guru perlu melihat dan memahami perkembangan intelektual. Sebaliknya individu yang memiliki naluri ingin tahu yang tinggi dengan mudahnya akan terpesong.1986). Apakah anak-anak berbakat menggunakan kemampuannnya yang luar biasa dengan cara-cara yang konstruktif sebahagian bergantung kepada kepercayaan diri dan konsep dirinya. Pelajar pencapaian rendah hidup dalam suasana yang saling menghargai. dapatkan kembali sikap yang positif yang konsisten.(underachiever). sama ada dari mereka sendiri atau orang lain (Rimm. tidak berkuasa. di samping perlu memberikan bantuan yang sesuai. . Memberikan suatu lingkungan pendidikan yang sesuai dapat menstimulasi suatu rasa minat sejak awal terhadap belajar. “pelajar pintar cerdas intelektual tidak akan bahagia dan merasa cukup sehingga mereka menggunakan kemampuan mereka sehingga pada tahap yang optimal. dan bantuan untuk menerima beberapa halangan. 6)Meningkatkan keyakinan diri (self esteem). sokongan dan dorongan yang kuat. Mereka memerlukan aturan dan pedoman yang rasional. fleksibel.

inensitivikasi. Tekanan untuk memperolehi kemenangan seperti menang piala dan mendapatkan A dalam pelajaran. Penekanan yang berlebihan terhadap prestasi atau hasil belajar daripada usaha. Langkah ini perlu yang diambil untuk mencapai tujuan. dan dorongan untuk belajar tentang topik yang menjadi minat mereka adalah merupakan suatu strategi ibu bapa secara umum. Langkah ini memberikan penilaian kepada pelajar yang merupakan individu yang berpencapaian rendah yang memerlukan dorongan.?” atau “Saya telah memberikan kamu sesuatu.. 1987). atau intimidasi... mengapa kamu dapat D dalam pelajaran .. dan kemajuan. mendiamkan... (Kaufmann. Manakala melalui dorongan (encouragement). Dinkmeyer and Losoncy (1980) mendapati ibu bapa yang menolak kemampuan anak-anaknya dengan dominasi. pelajar akan berhadapan dengan guru yang tidak mampu membimbingnya. tetapi cenderung menolak penghargaan yang artifisial atau tidak tulus.. proses yang digunakan untuk pencapaian.? tidak akan pernah berkesan. tetapi penting. Strategi remedial.. atau tugas yang secara konsisten terlalu sulit atau mudah. Untuk pelajar yang telah berjaya memenuhi harapan ibu bapa berkenaanmereka berhak mendapatkan penghargaan yang sangat tinggi. keterlibatan. misalnya: Jika kamu seorang yang pintar.33 penempatan kelas dan pendekatan pengajaran tidak sesuai. Kompetisi yang berlangsung secara . Praise versus encouragement.. mengapa kamu demikian . menekankan pada usaha.. Garis antara tekanan (pressure) dan dorongan (encouragement) adalah halus....

kemahiran tentang pengurusan masa. . Sebaliknya tutorial khusus mungkin sangat membantu bagi pelajar pintar cerdas pencapaian rendah yang mengalami masalah akademik dalam jangka masa singkat. Umumnya. pembelajaran kemahiran bagi seorang pelajar pintar cerdas sangat membantu ketika seorang guru dipilih secara bijak untuk menyesuaikan dengan gaya belajar pelajar.34 konstan mungkin mengarahkan ke pencapaian rendah (underachievement) terutama ketika seorang merasa apakah seperti seorang berjaya atau gagal. Kemahiran tentang kemajuan pembelajaran. atau tutorial khusus mungkin tidak akan berkesan sekirannya pelajar itu telah lama mengalami gejala berprestasi kurang.. Kemahiran cara belajar yang bersifat luas atau pembelajaran yang tidak difahami oleh pelajar pencapaian rendah lebih cenderung bersifat kurang positif.

Ia menjadi satu cabaran yang besar sebab golongan ini selalunya diabaikan. kegigihan. sesiapapun susah mendapat kejayaan . Tanpa usaha. stabil emosi dan bersopan. Individu pintar cerdas yang sihat dan sejahtera akan mengembangkan potensi dengan lebih baik. Pada masa yang sama mereka juga tidak lemah sangat sehingga dianggap perlu diberi bantuan tambahan oleh guru. Pelajar yang pintar cerdas baik pencapaian rendah mahupun tinggi perlu diajar dengan cara atau tabiat yang produktif supaya mereka boleh menyumbang lebih kepada masyarakat. melaksanakan idea tersebut adalah lebih penting. azam yang tekad dan memahami hala tuju sendiri. tambahan pula mereka tidak menonjol sangat dan menarik perhatian guru. Mereka yang merupakan kanak-kanak pintar cerdas pencapaian rendah juga jenis yang lebih matang. mereka menunjukkan tumpuan tinggi dan berpanjangan dalam melaksanakan idea. Walaupun mereka yang kreatif suka bertindak berdasarkan impuls.35 KESIMPULAN Masalah pintar cerdas pencapaian rendah menjadi satu masalah besar kepada pendidikan kita sebab ia mendatangkan kerugian besar kepada negara dan ia menjejaskan kesejahteraan individu pintar cerdas tersebut. Ada idea yang baik semata-mata adalah tidak cukup. Kecerdasan semata-mata tidak menjamin kejayaan di mana-mana pun.

edu.my/pk/?p=1180. Sastera dan Sains Sosial (2006) Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran : Open University Malaysia „Definisi Pelajar Pintar Cerdas‟ http://www.sksenai. „ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas‟ http://ppdlms.36 BIBLIOGRAFI Jamila K. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Dijumpai pada 05/01/2011. Dijumpai pada 05/01/2011 .Bhd Fakulti Pendidikan.php/2008/07/12/pintar-cerdas?blog=6 .com/blogs/index.A Mohamed (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.

Adakah anak anda menunjukkan kemajuan dalam kemahiran motor dan adakah anak anda bagus Jawapan Keterangan terhadap aktiviti fizikal? 3. Adakah anak anda ingin tahu tentang dunia. Adakah anak anda melebihi tahap umur dalam kebolehan dan juga pembelajaran sendiri? 5. 1. Adakah terhadap anak anda dan berminat dimana mengapa serta bagaimana? 6. Adakah anak anda bagus dalam kosa kata? 7. dan berminat untuk menjelajah dan mencari maknanya? 4.37 RUJUKAN Senarai Semak Kanak-Kanak Pintar Cerdas Bil. Adakah anak anda menunjukkan menunjukkan kebolehan yang . Soalan Adakah anak anda belajar untuk bercakap dan berjalan lebih awal? 2.

Adakah anak anda gembira dalam keadaan yang tidak diharapkan? Rujukan 1 : Soalan untuk ibu bapa dan guru kepada responden . muzik atau matematik? 8.38 istimewa menyelesaikan seperti masalah. dapat seni. Adakah anak anda mempedulikan dan asyik memikirkan isu dan soalan yang kanak-kanak lain tidak fikirkannya? 9.

39 Rujikan : keputusan peperiksaan responden .

40 Rujukan 3 : gambar yang dilukis oleh responden .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful