KAJIAN ETNOGRAFI PengenalanIstilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau

budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan ³graphy´ bermaksud penjelasan mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Pendapat ini dipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha Marican, (2005).

Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat.

Soalan-soalan yang sering dikemukakan dan difokuskan dalam penyelidikan etnografi seperti ³apakah budaya kumpulan itu?´. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ia merupakan potret atau gambaran mengenai manusia. Dengan demikian, kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan (Sabitha Marican, 2005). Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa. Kajian

bahasa. Mengikut Gay (2003).an dan 1930-an oleh ³Chicago Scholl of Sociology´ (Pole & Morrison. mengendalikan pemantauan. Kajian ini masih terbatas tetapi ianya terus berkembang sekitar tahun 1980an. Bermula tahun 1980-an ahli etnografi telah mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan. struktur politik. kepercayaan. menganalisa dan meinterpretasi bentuk ³culture-sharing´ sesuatu kumpulan seperti tingkah laku. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus pada awal kajian. Kajian etnografi merupakan cabang daripada antropologi yang berhubung dengan memberi gambaran secara khusus terhadap budaya manusia. 2003). Sekitar tahun 1950an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar tahun 1960-an kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi semakin berkurang tetapi kajian menggunakan pendekatan etnografi semakin berkembang dan lebih banyak digunakan.etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan. Ia bermula lewat abad ke 19 dan awal abad ke20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada 1920. kehidupan dan gaya dalam perhubungan. interaksi. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan responden yang . Kajian etnografi juga perlu mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana mereka berinteraksi secara serentak. Untuk memahami ³culture-sharing´ seseorang pengkaji perlu meluangkan masa dilapangan untuk interview. ekonomi. analisa data dan menulis kajian yang dilakukan (Creswell. 2005). Masa yang lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci. memantau dan medokumentasi bagi memahaminya. Etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan menganalisa sesuatu atau sebahagian daripada kebudayaan serta komuniti dengan mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian responden.

menyatakan etnografi melibatkan gambaran dan belajar tentang budaya manusia. Pengkaji etnografi mesti menjalankan kajian dikawasan semulajadi responden dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul data. Sanders (2004). Etnografi pada awalnya menggunakan disiplin dalam antropologi iaitu meluangkan masa dengan penduduk tempatan untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan mereka. Keberkesanan kajian etnografi bukan bergantung kepada perspektif penyelidik tetapi kepada dapatan data. .terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami budaya dan hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal. Biasanya kajian etnografi traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa dari beberapa bulan hingga bertahun untuk menyiapkannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful