1

PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza. Namun demikian, semua rakyat berusaha untuk mengatasi perbezaan yang ada dan belajar menerima budaya masing-masing. Konsep “Satu Malaysia” yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita mempunyai makna yang mendalam untuk dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Justeru setiap rakyat harus memahami konsep negara bangsa di negara kita, kerana definisinya yang berbeza jika dibandingkan dengan negara yang lain. Konsep negara bangsa di negara kita merujuk kepada perasaan kenegaraan yang membentuk satu identiti di bawah satu pemerintahan. Meskipun setiap bangsa yang ada di Malaysia bebas menganuti apa sahaja agama namun agama Islam ialah agama rasmi negara. Oleh yang demikian, dalam perbincangan ini akan menyentuh tentang definisi kontrak sosial, ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu 1957, menghuraikan “konsep bersetuju untuk tidak bersetuju ”, faktor-faktor lain yang menyebabkan kerapuhan negara bangsa pada tahun 1957 dan seterusnya membuat penilaian. ISI KANDUNGAN Kontrak sosial Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. 1 Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.2 Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. 3 Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dgn kontrak.4 Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia. Perpaduan di antara masyarakat Melayu dan Cina telah wujud melalui satu bentuk kerjasama di antara UMNO dan MCA semasa menghadapi Pilihanraya Municipal di Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada masa itu, MCA telah memberikan kerjasama yang baik 1 2 3 4 Ibid Syed Ahmad Hussien, Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur: Universiti Sains Malaysia, 1994, Hlm 189 Ibid. Lihat Dalam Kamus Dewan

Selangor : Pelanduk Publication. 2009. 6 Ibid. perasaan saling mencurigai di antara orang Melayu dan orang Cina mulai timbul kesan daripada penulisan Dr. 9 wakil-wakil UMNO yang menyertai Rundingan Meja Bulat ini ialah Tunku Abdul Rahman (Yang Dipertua UMNO). 8 Ibid. Tindakan beliau ini. Tajuddin Bin Abdul Rahman. Yong. peribadi beliau yang anti orang Melayu telah memburukkan lagi keadaan kerana penyelidikan beliau yang hanya menjurus kepada orang Cina dan mengabaikan kebajikan orang Melayu. Di samping itu.10 Sebelum rundingan dijalankan. Malah Tunku juga menegaskan bahawa untuk mengwujudkan perpaduan di Tanah Melayu mereka tidak memerlukan Dr Victor Percell sebagai orang tengah.2 kepada UMNO dalam Pilihanraya Majlis Bandaran. khususnya wakil MCA bahawa mereka hendaklah menerima hakikat dan mengiktiraf : 5 Mohd.5 Tulisan beliau yang menuduh orangorang Melayu tidak bersikap adil terhadap masyarakat Cina tersiar di beberapa buah akhbar di England. Kontrak Sosial. 9 Ibid. Tunku bersedia untuk mengadakan rundingan dengan pemimpinpemimpin MCA untuk menyelesaikan masalah ini. Ketibaan Dr Victor Percell pada bulan Ogos tahun 1952.7 Bagi menyelesaikan masalah tersebut. kononnya bertujuan untuk menjadi orang tengah dalam rundingan di antara orang Melayu dan orang Cina di Malaya. Tun Dr Ismail (Naib Yang Dipertua UMNO). Lee (Naib Yang Dipertua MCA).6 Tambahan itu juga. Datuk Ong Yoke Lin dan Encik T. pada bulan Ogos tahun 1952. Encik Bahaman Samsuddin dan Tan Sri Syed Nasir Ismail. Beliau juga bertujuan untuk mengadakan satu penyiasatan terhadap orang Cina di Negara ini dan hasil penyiasatan itu nanti akan dihantar kepada pemerintah Inggeris di England. 1987. Hlm 13. Encik S. Tunku Abdul Rahman telah menyatakan secara terus terang kepada pihak Inggeris supaya tidak perlu meragui hubungan di antara orang Cina dan orang Melayu. Tuanku Abdul Rahman telah menarik perhatian ahli-ahli perundingan. Hlm 15.M. Usulan Tunku ternyata telah diterima baik oleh pemimpin MCA. Perundingan tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur pada 3 Februari 1953. Tun Sardon Haji Jubir. Victor Percell. Hlm 14. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors. 8 Oleh yang demikian berlakulah satu persidangan di antara UMNO dan MCA yang dikenali sebagai persidangan Meja bulat. Tun Leong Yew Koh.H Tan. Tun Dr Ismail : Negarawan Berjasa. menyebabkan orang Melayu berasa tidak senang hati. Namun demikian. Hlm . 7 Ibid. Pihak MCA pula diwakili oleh Datuk Tan Sri Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA). 10 Abdul Manaf Haji Ahmad.S. Tun Kolonel H.

hakikat tersebut hendaklah diterima terlebih dahulu sebelum rundingan dijalankan. Kuala Lumpur : Institute Kajian Dasar. Azizan Bahari Dan Chandra Dan Chandra Muzaffar. Cina dan India. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. dasar ini adalah penting dan cuba menarik perhatian pihak MCA tentang taraf dan hak-hak orang Melayu ke atas Negara ini. op cit. Oleh itu. kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. hak orang-orang melayu yang sebenar dan oleh yang demikian segala keutamaan dengan sendirinya adalah terhak kepada orang-orang Melayu dan ianya tidak boleh dipersoalkan lagi!11 Pada Tunku.12 Persidangan meja bulat kali pertama ini dijalankan secara bebasdan terbuka.13 Rundingan Meja Bulat bukan sahaja bertujuan untuk menjalinkan rasa persahabatan dan muhibah malah ianya juga adalah untuk menjalankan ikatan yang lebih erat dalam masa menghadapi pilihanraya di masa-masa akan dating. kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu.14 Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Peristiwa ini menunjukkan bahawa kedua-dua suku bangsa ini dapat berbicara dengan tenang tanpa ‘seekor merpati putih’ dalam usaha mengwujudkan keamanan dan perasaan muhibah. Setiap pihak bebas mengeluarkan hasrat. MCA dan MIC. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. 1996. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO. kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. “Keadilan Social Dan Hubungan Kaum Dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah” Dalam Keadilan Sosial.membuahkan perancangan masa hadapan yang lebih jauh iaitu mengatur langkah kearah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. harapan dan isi hati masing-masing dalam suasana ramah mesra dan penuh rasa persahabatan. Hlm 16 12 Ibid 13 Ibid 14 Mohamad Jauhar Hassan. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain. Hlm 147-148 . Menurut Tunku. Perundingan ini juga telah . Pihak MCA menerima hakikat tersebut Secara mudah. 11 Mohd. Tajuddin Bin Haji Abdul Rahman.3 Bahawa negeri ini adalah negeri Melayu.

Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam. Cina dan India. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Mengenal Perlembagaan. Hal. 24 19 Ibid. (Terj.” 17 Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Anjuran Ikim Pada 17 Dan 18 Ogos 1995 16 Yam Sultan Azlan Shah.16 Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman: “Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orangorang bukan Melayu. F. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:19 “Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu. Hal. “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia“. Latiff Dan Ridzuan Omar.) Abdul Majid Abd. 15 Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain). Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan. Para penggubal menganggap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. “The Role Of Constitutional Rulers In Malaysia” Dalam The Constitution Of Malaysia Further Perspectives And Development. Lee (Ed.A Trindade Dan H. Hal.18 Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957. dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Singapura : Oxford University Press. 26 April 1956 18 Mohamed Suffian Hashim (1984).4 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957 Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu. Tan Sri Datuk).) (1998). 251 . hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu” Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat 15 Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. 78 17 Malaya Merdeka.P. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

memegang. dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi. politik dan kebudayaan. 2. “Perlembagaan Sebagai Pernyataan Sejarah Dan Nilai-Nilai Asal Negara” Dalam Kongres Sejarah Malaysia II.5 bernegara.24 Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. hak istimewa orang.2. erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas. Di mana-mana negara sekalipun. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja.2. Di antaranya ialah: kedudukan raja melayu dalam perlembagaan persekutuan. 20 Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. (ii) secara lazim bercakap Melayu. 2.23 Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan.1 KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan. kedudukan. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. (i) menganuti agama Islam.2 HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU Di sisi undang-undang perlembagaan. 26-28 November 1996 Perkara 39 Dan 40 Perkara 41 Dan 44 Perkara 159 (5) Perkara 38 (4) .21 Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen. kedudukan Islam sebagai agama rasmi.22 Disamping itu. Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi. 20 21 22 23 24 Abdul Aziz Bari.

Ibid. dan c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan. atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam. Hlm 55.6 Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong.28 Oleh itu. kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan 25 26 27 Salleh Abbas . Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan Di Malaysia.2. Hlm 3. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk: a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat. maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: “Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Salleh Abbas . Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. Traditional Element Of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977. hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan. hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing. 1997. hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata.3 KEDUDUKAN AGAMA ISLAM AGAMA RASMI Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. 25 Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan.27 Menurut Tun Salleh Abbas. agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.26 2. 28 . Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. 1986.

2. hlm 184-185 . Konsep 'Setuju Untuk Tidak Setuju' Konsep 'setuju untuk tidak setuju' merupakan perbezaan pendapat diantara UMNO. mereka bersetuju”. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.29 2.30 Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara. Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-1957. perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan: “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh. MCA dan MIC berkenaan dengan beberapa intipati dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dibawah pimpinan timbalan Presiden UMNO iaitu Tunku Abdul Razak yang bertanggungjawab untuk menimbang memorandum-memorendum yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. 10 Julai 1957 31 Mohd Ashraf Ibrahim. Selain itu.4 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.7 institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. sebelumnya ada juga beberapa permintaan yang ditolak oleh Suruhanjaya Reid kerana 29 Perkara 12 (2) 30 Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan. Pada 9 April 1956. Keadaan inilah yang telah menimbulkan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kalangan ketiga-tiga parti dalam parti Perikatan. Jawatankuasa itu menerima pelbagai cadangan tetapi isu yang paling hangat dibicarakan pada ketika itu adalah mengenai isu kerakyatan berasaskan jus soli31 dan juga isu penggunaan bahasa asing dalam urusan pentadbiran kerajaan. 2004.

hlm 363 33 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. London: University of California Press Ltd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatankuasa Siasah itu juga telah mencadangkan supaya Majlis Kerja Tertinggi menolak isu berkenaan dengan jus soli dan hanya menerima pakai prinsip tersebut setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Perlembagaan sepatutnya mempunyai kuasa untuk memberikan hak pemilikan tanah kepada orang Melayu. Tambahan dari itu. diakses pada 24 Februari2011 34 Cheah Boon Kheng. berkenaan dengan kerakyatan dan kaedah memperolehnya. 2011. hlm 36-37 35 Horowitz.pdf. jawatankuasa juga mengesyorkan supaya bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Malaya. Perlembagaan harus menyatakan bahawa setiap pelaksanaan yang dilakukan oleh mereka tidak akan melanggar kepentingan sah masyarakat lain atau mengurangkan hak mereka untuk tinggal di Tanah Melayu. UMNO 32 Mohammad Redzuan Othman. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. ahli-ahli komponen parti Perikatan telah berbeza pendapat antara satu sama lain. hlm 204-205 . dan juga berkenaan dengan hak-hak serupa yang diberikan oleh kerajaan. bekerja dalam perkhidmatan awam. Oleh yang demikian. MCA dan MIC dimana Majlis ini telah mencadangkan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera dinegeri ini berasaskan sejarah dan perjanjian diantara Kerajaan British dan Raja-raja Melayu pada dahulunya.mindamadani. 2001. Cadangan dari jawatankuasa itu diterima oleh Majlis Tertinggi UMNO dan disahkan dalam mesyuarat yang berlangsung pada 9 Ogos 1956.). 2004. 1985. berkenaan dengan hak istimewa orang melayu. http://www.8 dikatakan melampau dan tidak bertoleransi antara kaum. Majlis Kebangsaan telah menimbang memorandum dari UMNO. terlibat dalam perniagaan atau perdagangan dimana kebenaran tersebut dikawal oleh undang-undang. 2002.36 Namun demikian. Malaysia: The Making of A Nation. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. 33 Apa yang paling penting pada ketika itu adalah mengenai hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal disini dan semua itu sebenarnya memang sudah diiktiraf oleh kaum lain terutamanya orang Cina dalam menangani 'Kontrak Sosial'. Selain itu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.34 Disamping itu. hlm 407 36 Ramlah Adam.35 Namun demikian. Antara isu-isu yang ditolak pada ketika itu adalah seperti isu tuntutan bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi. Ethnic Groups in Conflict. L. Donald. Jendela Masa. Cadangan MIC dan MCA dalam menuntut kerakyatan berasaskan jus soli telah ditolak oleh UMNO sebelum Negara mencapai kemerdekaan. pendaulatan bahasa Cina dan sekolah Cina sebagai bahasa kebangsaan 32 dan juga permintaan untuk mengisytiharkan Tanah Melayu sebagai milik orang Melayu sahaja.my/perlembagaan Tanah Melayu. Muhammad Yusoff Hashim et al.(ed.

Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi pihak MCA dan MIC. dimana mereka perlu tinggal di Negara ini lebih daripada lapan tahun dari 12 tahun pada ketika membuat permohonan. UMNO bersetuju untuk membenarkan bahasa Inggeris dalam urusan kerajaan hanya digunakan dalam tempoh 10 tahun sahaja. A History of Malaysia. Namun.Yu dan Tamil dipakai dalam urusan Dewan sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun sehingga Majlis berpendapat bahawa penggunaannya tidak lagi diperlukan. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-1957. London: Macmillan Press Ltd. Y.cit. dan yang paling penting adalah haruslah mempunyai kebolehan bahasa Melayu dengan mudah. Bagi mereka yang dilahirkan dinegara ini sebelum merdeka. hlm 4 . hlm 269 39 Cheah Boon Kheng. seseorang itu haruslah berkelakuan baik. mereka pada awalnya memang bersetuju dengan syaratsyarat tersebut tetapi masih mendesak supaya kelonggaran itu diberikan untuk tempoh dua tahun dan bukan setahun seperti yang dicadangkan oleh UMNO. bagi mereka yang tidak lahir di Tanah Melayu juga layak memohon kerakyatan dalam tempoh setahun dengan syarat yang sama kecuali dari segi tempoh bermastautin. bagi MCA dan MIC pula mencadangkan supaya Bahasa Inggeris. Barbara Watson and Andaya.37 Disamping itu. mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu dan mengisytiharkan diri untuk tinggal di Negara ini secara berkekalan. mereka berhak untuk mendaftar menjadi rakyat dalam tempoh setahun dengan syarat dilahirkan di Tanah Melayu dan telah berumur 18 tahun ataupun lebih. Kuo. Namun demikian. 1982. seseorang itu juga harus telah tinggal di Negara ini lebih daripada 5 daripada 7 tahun dari tarikh permohonan yang telah dikemukakan. op. Majlis Perikatan bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi Negara dengan syarat cadangan itu tidak menjejaskan dasar Perikatan untuk memupuk dan mempertahankan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan Negara.38 Namun begitu. 2004. berkenaan dengan konsep setuju untuk tidak bersetuju itu juga ada kaitan dengan isu bahasa yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Siasah. hlm 176-177 38 Andaya. Beberapa kelonggaran telah dicadangkan oleh UMNO sama ada bagi mereka yang lahir di Tanah Melayu mahupun tidak dilahirkan di Negara ini. Leonard. Selain itu. Selain itu. ketiga-tiga parti dalam Parti Perikatan masih lagi bertentangan pendapat tentang tempoh maksimum yang harus dibenarkan penggunaan bahasa asing dalam urusan kerajaan.9 keadaan yang setengah setuju dan terpaksa berkompromi supaya Perlembagaan itu mengadakan syarat iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan haruslah menjadi warganegara Tanah Melayu.39 Persetujuan ini dikenali sebagai 'Pakatan Murni' 37 Mohd Ashraf Ibrahim.

41 Kebimbangan orang Melayu semakin bertambah apabila melihat orang bukan Melayu semakin maju ke hadapan. Y. Sebenarnya.cit.10 dimana berlaku tolak ansur dalam beberapa perkara seperti kerakyatan. secara keseluruhannya. hlm 270-271 . Selain itu.8 peratus berbanding dengan 50. op. orang bukan melayu yang diterima menjadi warganegara boleh menikmati hak dan tanggungjawab sebagai rakyat secara automatik. syarat untuk memerdekakan Tanah Melayu adalah dengan adanya kerjasama antara kaum-kaum di Negara tersebut. Petaling Jaya:Prentice Hall. Leonard. Lihat juga Andaya. UMNO dan MCA sebenarnya bersependapat dalam banyak perkara terutamanya dalam pengiktirafan hak istimewa orang Melayu dan hanya berbeza pendapat tentang dasar jus soli dan bahasa. orang Melayu juga beranggapan bahawa pemberian taraf kerakyatan berdasarkan jus soli bukan sahaja mengecilkan jumlah orang Melayu. Jalil. Pendek kata. isu pendidikan juga boleh menyebabkan kerapuhan sesebuah persefahaman antara kaum di Tanah Melayu sekaligus telah menjadikan pembinaan 40 Nazaruddin Mohd. Oleh kerana itulah.cit. Disamping itu. tetapi juga mengakibatkan peluang politik orang Melayu terjejas. hak istimewa yang dimahukan oleh orang Melayu tidak boleh dinikmati dengan segera sedangkan hak bagi orang asing tinggal di Tanah Melayu adalah automatik. Kaum Melayu merasakan bahawa hak keistimewaan mereka dicabar oleh kaum imigran terutamanya orang India dan orang Cina. Barbara Watson & Andaya. sebaliknya bagi undang-undang yang mengiktiraf hak kedudukan istimewa orang Melayu dalam bidang perniagaan. Namun. hlm 145. 2001. hlm 269 41 Ramlah Adam. op. Namun demikian.40 Usaha bagi menyelesaikan isu jus soli dan bahasa dipandang oleh Suruhanjaya Reid kerana perkara ini boleh melambatkan proses kemerdekaan di Tanah Melayu kerana bagi British. Jumlah orang Melayu yang memang sedikit pada tahun 1947 iaitu 49. peluang bekerja dan kemudahan pelajaran tidak boleh terhasil dalam jangka masa yang singkat. boleh timbul konsep 'setuju untuk tidak setuju' dalam kalangan parti-parti dibawah Parti Perikatan yang dapat merapuhkan pembinaan Negara bangsa sekaligus menghilangkan semangat kerjasama antara kaum di Negara ini. sebab utama yang menyebabkan orang melayu menentang prinsip jus soli adalah kerana mereka menganggap bahawa satu undang-undang yang memberikan hak kerakyatan kepada orang bukan melayu akan mendatangkan kesan secara serta merta. bahasa dan hak istimewa orang melayu yang kemudiannya telah dijadikan sebagai empat unsur tradisi yang dimasukkan dalam Perlembagaan. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Ini bermakna.2 peratus orang bukan melayu akan bertambah kecil selepas kuatkuasa kerakyatan merdeka. Perkara ini yang menyebabkan kaum Melayu tidak berpuas hati dengan dasar kerakyatan jus soli.

Kontrak sosial telah mempunyai kepentingan yang tersendiri dan tidak juga boleh dikatakan sebagai punca kerapuhan Negara bangsa. mereka telah mengiktiraf orang Cina yang datang ke Negara itu sebagai warganegara. Ini menunjukkan.cit.42 Mereka berpendapat bahasa Cina juga patut diakui sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah.11 Negara bangsa Malaya rapuh. Bagi pihak kaum Melayu pula. Selain itu. agama Islam sebagai agama Persekutuan dan juga kedaulatan Raja-raja Melayu. bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. hlm 199-200 . Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. ANALISIS/ PENILAIAN Secara keseluruhannya. Rundingan meja bulat diantara dua kaum ini memberikan satu juga impak kepada Tanah Melayu pada ketika itu dimana orang Cina yang diwakili oleh Tan Cheng Lock telah mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu di Tanah Melayu. antara dua kaum itu. mereka beranggapan bahawa dasar yang telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi adalah sebagai suatu percubaan untuk menafikan hak generasi mereka terhadap bahasa dan kebudayaan Cina. op. kami menumpukan kepada 'konsep setuju untuk tidak setuju' menerima Perlembagaan Tanah Melayu 1957 merupakan punca kepada kerapuhan 42 Mohd Ashraf Ibrahim. Ini adalah kerana. Kaum Cina telah menentang sekeras-kerasnya dengan dasar ini. intipati dalam kontrak sosial telah menjadi asas kepada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 walaupun kontrak sosial dilakukan informal. Salah satu intipati Dasar Pelajaran Baru yang telah digubal ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pengantar di sekolahsekolah. kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. jelas dilihat bahawa kontrak sosial sangat penting kerana ianya merupakan satu permuafakatan antara beberapa parti yang membincangkan tentang keperluan antara kaum yang boleh juga memuaskan hati semua pihak. hlm 200 43 Ibid.43 Orang Cina merasakan mereka juga sepatutnya diberikan hak yang sama dengan orang Melayu. Bagi penilaian disini. Disamping itu. selain menyebabkan mereka perlu untuk mengikut cara kehidupan orang Melayu. saling memerlukan kata sepakat bagi membentuk kerjasama antara satu sama lain. Situasi ini menunjukkan bahawa Perlembagaan Tanah Melayu tidak akan wujud dan kita tidak akan dapat mencapai kemerdekaan sekiranya kontrak sosial tidak dibuat oleh dua kaum itu.

Keadaan ini sebenarnya telah dijadikan oleh British sebagai alasan tidak mahu memerdekakan Tanah Melayu. Justeru. untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal. KESIMPULAN Ironinya. Konflik yang berlaku diantara UMNO. MCA dan MIC ini yang menjadikan Negara bangsa Malaya masih belum boleh dibentuk. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewarispewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini. Keadaan ini dapat dilihat dalam Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan keadaan jadi huru hara dan berlakunya pergaduhan kaum secara besar-besaran dalam kalangan orang Melayu dan Orang Cina. akibat daripada intipati dalam Perlembagaan Tanah Melayu 1957 telah melahirkan konsep 'setuju untuk tidak setuju' dalam kalangan parti-parti Perikatan. Dengan sikap yang kurangnya toleransi dan sama-sama ingin menuntut mengikut kehendak sendiri menyebabkan kurangnya perpaduan dan sekaligus mewujudkan sikap perkauman diantara kaum di Tanah Melayu. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina.12 Negara bangsa. Disamping itu. tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Keadaan ini memberikan impak yang tidak baik terhadap keselamatan negara kerana boleh menggugat semangat kecintaan terhadap Tanah Melayu. Perbezaan pendapat yang terlalu banyak dalam kalangan beberapa parti yang terlibat menyebabkan kerapuhan pembinaan negara bangsa Malaya. Namun demikian. Namun demikian. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. pembentukan kontrak sosial telah termaktub dalam pertama. Ini menunjukkan. Konsep tersebut bukan sahaja boleh menggugat keselamatan Negara malah mendatangkan sikap perkauman dalam kalangan parti-parti Perikatan. kontrak sosial yang telah wujud sekian lama haruslah dipertahankan . dengan adanya kompromi diantara kaum dapat mengawal situasi dimana prinsip jus soli dan isu bahasa diberi kelonggaran oleh UMNO. dengan menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan. India. Selama 54 tahun ini tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia.

13 demi kebaikan semua kaum di Malaysia. . Kemerdekaan yang telah kita kecapi haruslah dihayati dalam makna yang mendalam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful