Busana Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Tapok Tunjang dan bulu burung

KainKebat Marek Empang Lampit Sirat Syiling Selampai

G1-Pakaian tradisinal Iban semasa keraian Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

1

G2- Pakaian Iban dan kain tenun pua Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Memakai ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Wanita memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sugu tinggi.

G 3 – Pakaian Iban Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang dipadankan dengan sirat kain tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian istiadat lengkap, bidang, selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan diri 2

barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi.

G4- Baju wanita orang Ulu Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

3

G 5 – Pakaian pasangan orang Ulu Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.

G6- Pakaian lelaki Bidayuh semasa keraian Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

4

G7 – Pakaian Bidayuh Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan dengan cawat berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah luarnya.

5

G8- Pakaian wanita Bidayuh Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

6

G9- Pakaian pasangan Melayu Sarawak Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian tradisional. Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu. Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam

7

G10 – Pakaian wanita Melayu Sarawak Wanita Melayu Sarawak menggayakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.

G11 – Pakaian lelaki Melanau Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Lelaki.

8

G12 – Pakaian wanita Melanau Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Baju Baban ini digayakan wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.

G13- Pakaian wanita Melanau Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. 9

G14 – Pakaian Lelaki Melanau Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

10

G15- Pakaian pengantin wanita Melanau Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

11

G16 – Pakiaan wanita orang Ulu Wanita Orang Ulu menggayakan pakaian tradisi lengkap dengan topi hiasan kepala.

G17- Pakaian lelaki orang Ulu 12

Pakaian tradisional lelaki Orang Ulu yang menggayakan jaket sunong dan cawat bah berhias manik dan tali berwarna-warni penyeri tangan dan kaki. Perhiasan kepala lavung kirieng dari manik berhias bulu kenyalang.

G18- Pakaian pasangan orang Ulu Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu.

13

G19- Pakaian bomoh Pakaian Bayuh Borih atau bomoh wanita digayakan semasa Kumang Gawai. Jipo dan bidang dari kain baldu atau satin dihiasi labuci dan manik. Memakai sipiah sebagai hiasan kepala dan tali pinggang gobeng dari untaian syiling-syiling.

Busana Sabah
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya 14

adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan. Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhlukmakhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Hiasan Diri Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam 15

lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki. Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam ‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala ‘sarempak’, hiasan leher ‘mandapun’, penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending ‘ingkot pangkat’ juga selendang. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian.

16

G20- Kaum Suluk Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk.

17

G21- Kaum Lotud Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.

18

G22- Kaun Irranum Lelaki dan wanita suku kaum Irranun menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat dari kain tenun atau kain Mogah.

19

G23- Kaum Bajau Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.

20

G24- Wanita Kokos Pakaian tradisional suku kaum Kokos. Gandingan blaus organza beropol dipadankan sengan kain batik atau songket dan perhiasan kepala.

G25 – Kadazan Penampang 21

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

G26- Kaum Rungus Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manikmanik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

22

G27- Kaum Murut Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

23

G28- Kaum Dusun Lotud Lelaki kaum Dusun Lotud Tuaran menggayakan baju dan seluar baldu bersulam, berikat bengkung serta destar. Wanita Murut pula menggayakan baju tanpa lengan dan kain bersulam manik halus berwarna-warni.

24

G29- Kaum Bajau Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

25

G30- Pakaian wanita Brunei Pakaian petani wanita dari suku kaum Brunei. Bajunya Kebaya Pendek yang dipakai dengan kain pelekat yang diikat paras betis. Pakain kepala seharusnya dari kain batik sarung melindungi dari bahang matahari.

G31- Pakaian lelaki Melayu Sabah 26

Pakaian nelayan lelaki Melayu. Bajunya potongan Baju Melayu ringkas yang dipakai dengan seluar dari kain pelikat ikat kepala dari kain batik berserta seraung dari anyaman buluh.

G31- Pakaian pasangan Kadazan Papar Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

27

G32 Lelaki suku kaum Suluk daerah Sampoerna memakai pakaian adat yang telah dipermodenkan. Baju dan seluar dari satin dihiasi sulaman benang emas.

G33 Lelaki Lotud Tuaran menggayakan pakaian istiadat dari baldu yang 28

diperindah dengan manik dan labuci. Bengkungnya dari kain batik atau kain tenun dan memakai pakaian kepala dari kain destar yang disebut sundi.

Busana Tradisional Melayu
Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin. Baju Melayu Cekak Musang Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. 29

G34

Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

G35 – Baju Teluk Belanga 30

Baju Riau Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju tradisional Melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain Songket.

G36 – Pakaian Melayu Riau

31

Baju Kebaya Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab dan membawa baju kebaya (yang Arabnya "abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat. Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni. Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia. Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.

32

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

G37- Baju Kebaya Panjang

33

Baju Kurung Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

G38- Baju Kurung

34

Busana Kaum India
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-CeyloneseTamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai 35

pakaian gadis kampung Punjabi.

G39- Gujerat Pakaian lelaki golongan biasa dari Gujerat, seluarnya dari kain satin dan baju dari sutera. Wanita golongan bangsawan Monghul memakai choli dan skirt bersulam benang emas dan labuci.

36

G40- Sari Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

37

G41- Pavadai Choli Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

G42- Kurta Pyjama 38

Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak.

G42- Lehenge( i) Lehenge atau Ihenga, baju pendek dari baldu ditekat benang emas atau perak berhias permata. Dipadankan dengan skirt labuh satin.

39

Lehenge (ii) Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang panjang.

40

Lehenge (iii) Satu lagi himpunan Lehenge yang menggandingkan blaus lengan panjang dan gaun kembang biru sedondon dipadankan dengan selendang panjang.

41

G44- Gujerat Pakaian orang lelaki kebanyakan dari Gujerat.

42

G45- Bangsawan Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung dan memakai 'turban'.

G46- Pakaian masyarakat Utara India Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban 43

mundas. Wanita memakai salwar-kameez bertekat benang emas dan taburan labuci.

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manikmanik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

G46- Dhoti

44

Busana Tradisional Cina
CHEONGSAM Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam. Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. .Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

SAMFOO Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar. Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motifmotif tertentu. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

45

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. JUBAH LABUH Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina. Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu. Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China. Selalunya dipakai sebagai pakaian pengantin. Menggunakan kain sutera atau broked yang berwarna terang dan disulam dengan warna emas atau kuning. Mempunyai pengaruh Arab.

BAJU SHANGHAI Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita. Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

46

G47- Baju Shanghai

CHEONGSAM

G48- Cheongsam

SAMFOO

47

G49- Samfoo untuk lelaki dan perempuan JUBAH LABUH

G50 – Baju Jubah Cina untuk pasangan pengantin Cina

48

49

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful