7.

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

4 JAM

Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak disleksia. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanakkanak yang mempunyai masalah disleksia Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guru yang dilantik khas.

7.1

Pengenalan

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksairan. Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.

Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement) d. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification) b. intelektual. persekitaran. Penilaian (Evaluation) 7. persepsi. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis) c.1 Pengenalpastian masalah . penglibatan ibu bapa dan laporan guru. emosi. c. kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar.2. e. bahasa. Syor/cadangan (Recommendation) Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi sekolah. rekod sekolah.7. guru dan penglibatan ibu bapa b. Analisis (Annalysis) Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar. pentaksiran adalah merujuk kepada pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis kecatatan yang sesuai : a. psikologikal. Koleksi (Collection) Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada puncapunca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat latar belakang pelajar.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian Menurut Pierangelo & Giuliani (2006). pemerhatian. Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006). Keazaman (Determination) Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori. perkembangan. perubatan dan sejarah emosi. menyatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu : a. Penilaian (Evaluation) Merujuk kepada penilaian pelajar. d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning) e. sosial.

f. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas. murid tersebut akan diberi Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya dalam akademik.2. b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru pemulihan. g. d. 7. Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan. Jika bukan. . Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar. Sementara menunggu pengesahan doktor. e. Selain dari itu dia mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa. untuk diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik). ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya. dia akan dirujuk kepada guru program disleksia. 7.2.3 Pemilihan strategi pemulihan Untuk melaksana P&P. c. guru-guru boleh mempelbagaikan strategi pemulihan.2 Penempatan Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia dikenal pasti melalui : a.Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran : a. Murid-murid dikenalpasti oleh guru kelas atau guru subjek. Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti program disleksia.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa pengamatan ditakrifkan sebagai kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah perlakuan proses mental. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai. Justeru itu. Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami disleksia atau tidak. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM. JKM.3. Selain itu juga. relevan dan memuaskan b. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu. Selain itu. Guru & JPN. Persatuan. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai. pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. KKM. pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Justeru itu. Dua pra-syarat tersebut adalah: a. tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities “ telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses .7. maka sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas. KPM telah ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD. UPM. UM. UKM. 7. Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. JPK. Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakarpakar disleksia Antara Bangsa yang lain. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.1 Ujian Pengamatan Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh). Emosi atau tingkah laku . perkataan serta mengecam angka. Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah: a. Mohd Anuar Abdullah (2001). Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untuk menerima maklumat. menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual. Keupayaan posisi yang diperolehi daripada bahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot. disleksia Auditori dan disleksia visual – Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan. Antara aspek masalah pengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi. Dalam kata lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk.. bunyi phonological. Selain itu. Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh merupakan contoh pengamatan tactile.untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Pengurusan b. 1998. Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot. Ingatan e. dan Stahl & Murray. nombor. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah membaca yang teruk mempunyai masalah dari aspek auditori. Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad. 1991. serta tentang pembalikan sesuatu objek. mengecam bentuk huruf dan perkataan. Penumpuan atau konsentrasi c. Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad. 1994). tension dan kerehatan merupakan contoh kepada pengamatan koordinasi. saiz. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah pengamatan ini yang juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.. lingustik dan masalah phonological (Ball & Blachman. Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan rasa keras dan lembut. Lyon. mengingat apa yang didengar. Bahasa d. bentuk geometri dan gambar.

Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek. b. warna. warna. ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada : a. huruf dan sebagainya. guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam Menentukan sesuatu saiz. huruf dan sebagainya. corak. corak. d. huruf. suku kata. corak. f. ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam : a. bentuk. nombor. Selain itu. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan. bentuk. .Objektif Ujian Pengamatan Antara lain. persamaan atau perbezaan bentuk. huruf dan sebagainya. huruf. Diskriminasi kedudukan (Position in space) b. jarak. i. nombor. kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain. warna. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek. g. e. menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk. nombor. saiz. atau ke bawah dan dari bawah ke atas. Mengecam orentasi kedudukan. c. suku kata dan perkataan. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mengingat kembali. Diskriminasi saiz (Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek. perkataan dan ayat. h.Sequencing. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan kanak-kanak khas. corak. Menyediakan penempatan yang bersesuaian. Komponen Ujian Pengamatan Antara lain. warna. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin. d. nombor. corak. c. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan. nombor. bentuk.

3. Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti c. Turutan (Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. i. Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz. h.3 Instrumen Saringan Disleksia (ISD) . e. bentuk. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak. warna. jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. Koordinasi Motor-mata-tangan Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motormata-tangan dan fahaman arah kiri. huruf dan sebagainya. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja. corak. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. f. Sila rujuk lampiran mengenai Instrumen Senarai Semak disleksia. kanan dan sebagainya.3. nombor.2 Senarai Semak Disleksia Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah secara khusus. 7.Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek. membaca dan menulis b. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada tiga elemen iaitu : a. g. 7. j. Menyalin (Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Prosedur Penilaian Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah : a.ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. . c. Kriteria Penilai c. d. Berikut adalah langkahlangkah dalam melaksana pentaksiran ISD. b. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. d. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia. Gagal lepasi IPP2M Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada : a. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah c. Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah merujuk kepada : a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas b. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan. Kriteria murid yang dinilai b. Penyaringan murid-murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas. Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri : a. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum e. Kecerdasan mental yang normal b. Kebanyakan murid-murid disleksia dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat. Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas. 2003). Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

mengeja. menulis.4 Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerahdaerah kelemahan dalam membaca.Pencalonan Pengoperasian ISD P&P Kelas Biasa Perumusan TMMD KMMD Pelaporan Tidak sah Pengesahan Pengamal Perubatan Sah Pelaporan Petunjuk : KMMD TMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksia : Tiada mengalami masalah disleksia 7. dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. .

7. Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. 7. . guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.4. ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa Melayu ataupun Matematik. Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi. maka guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.2 Ujian-ujian lain yang sesuai Selain itu.1 Ujian-ujian Binaan Guru Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya.4. Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pasti kategori masalahnya.Secara umumnya. Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalam melaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini. Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

Pencapaian . Jantina 3. Mengikuti Program Pemulihan Khas Lelaki Perempuan Sedang Tidak 4. Keturunan Melayu Cina India Bumiputra Sabah Bumiputra Sarawak Bumiputra Orang Asli Lain-lain 6. Tahun Persekolahan Tahun 1 2 3 4 5 6 Akademik Baik Memuaskan Sederhana Lemah A Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pend.Islam/Moral P.INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bahagian A BIODATA MURID Arahan : Tandakan √ atau tulis pada petak yang disediakan. 1.Jasmani &Kes Muzik B C D E Nama Kelas 5. Nama Murid 2. Kedatangan ke sekolah 7.

Lokasi Sekolah Bandar Luar Bandar 10. Daerah 12.P.Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah W.8. Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W. Tandatangan Penilai . Tarikh 14. Nama Sekolah 9.P.Labuan 11. Nama Penilai 13.

5 B. 3 4 i. 6 7 . i. menyusun abjad dalam perkataan ii. Murid sukar mengeja perkataan mudah. Elemen 1 A. : Tahap penguasaan mengeja. 2 3. 1 Tidak 1 Mengeja Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. 5. membaca dan menulis. Murid kerap melakukan kesalahan . Ya 1. 2.Bahagian B SENARAI SEMAK Arahan : Tandakan √ pada petak yang sesuai. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. Membaca Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah . menggabung suku kata terbalik 4. 6. Tidak menghiraukan tanda bacaan.

diftong. Melangkau baris. Elemen 2 14. 8 9 10 11 Ya Tidak v. C. iii. Murid sukar menyalin maklumat . Murid sukar membaca ayat panjang. 7. abjad-abjad tertentu . Menulis Hasil kerja murid tidak kemas. Menggugurkan perkataan. Tulisan murid sukar dibaca Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya Murid menulis secara terbalik . vi. Murid mengalami kesukaran dalam membaca Perkataan yang mempunyai vokal berganding. iv. dari papan tulis iv. iii. 10. yang diperdengarkan 12 13 14 15 16 11. vii. 13.ii. Menggantikan perkataan. perkataan 17 18 19 20 : Kekuatan pada murid 21 Murid boleh bertutur dengan baik . 9. 8.Menambah perkataan pada bacaannya. 12.

Murid boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 28. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi pencapaian akademiknya rendah. Isi kandungan penulisan murid baik tetapi mengandungi banyak kesalahan bahasa. Murid mempunyai pencapaian yang baik dalam subjek-subjek kemahiran berbanding dengan subjek-subjek akademik. 19. 26. i. 18. 29.15. 22 Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar . Murid boleh menceritakan semula petikan yang diperdengarkan. 27. 23. Tunggal . 23 ii. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding dengan rakan sebaya. 20. . Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-bidang tertentu. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal untuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 25. Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik. 17. 24. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. Murid berminat terhadap perkara baru. 22. Murid boleh bertindak mengikut situasi. Bersiri 24 Ya Tidak 25 26 16. Murid yang kreatif. 21.

30. 34. 36. 39. Murid berkebolehan dalam membuat jangkaan Murid mempunyai pengetahuan am yang baik Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi. Murid keliru dengan konsep arah. Murid mengalami masalah tingkahlaku. Murid sering cuai dalam pergerakan. 32. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan. Murid sering gopoh semasa bertindak. . 38. 37. 41. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan bacaan dan penulisan. Murid mempunyai masalah rendah diri.46 Murid menghadapi masalah dengan pengurusan masa Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. : Kelemahan yang ditunjukkan 38 39 40 Elemen 3 Ya 33. 47 48 40. 31. 49 50 41 Tidak 42 43 44 45 35. 42.

Kekuatan pada murid Kelemahan yang ditunjukkan . Kekuatan pada murid Kelemahan yang ditunjukkan Jumlah Tidak BAHAGIAN B (diisi oleh guru pendidikan khas disleksia) Kod Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 : : : Tahap penguasaan mengeja. membaca dan menulis. membaca dan menulis.PEMARKAHAN BAHAGIAN A (diisi oleh penilai) Jumlah Ya Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 : : : Tahap penguasaan mengeja.

BAHAGIAN C (diisi oleh guru pendidikan khas disleksia) Rumusan Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia Tandatangan Nama Disahkan T/T Guru Besar Cop Sekolah Nama : ___________________________________ : : ___________________________________ : ___________________________________ : ___________________________________ Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri (U.P Unit Pendidikan Khas) .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful