PERHUBUNGAN ANTARA ALAT BANTU MENGAJAR DENGAN SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

oleh Abu Safian bin Amir1 D20071029829 Safian87@yahoo.com.my

Prof. Dr. Supli Effendi Rahim2 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Jabatan Kemahiran Hidup Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. sup_effendi@yahoo.co.id Abstrak : Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup. Di samping itu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Sampel kajian yang akan di gunakan terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 sekolah berkenaan. Instrumen kajian yang akan digunakan untuk mengukur minat pelajar terhadap kemahiran hidup ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah kualitatif, di mana ujian statistik akan diguna bagi mendapatkan bilangan pelajar dan peratusan pelajar. Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap kemahiran hidup. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru. Kata kunci : perhubungan antara alat bantu mengajar, sistem pebgajaran dan pembelajaran. Abstract : The purpose of this study was to examine the relationship between the use of teaching aids to the students' interest on the subject of life skills. In addition, it is also to make sure what the characteristics and types of teaching aids are able to attract students. The survey will be conducted at the School Patinggi Toh Puan Datuk Hajjah Normah Daro. The sample survey will be used consisting of 40 students from form 2 and form 3 students. The research instrument used to measure students' interest in the skills of living is in the form of questionnaires. Qualitative methods, in which statistical tests will be used for a number of students and percentage of students. The findings of the study, showed a positive correlation between the use of teaching aids to the students' interest. Therefore, teaching aids is one way to motivate students' interest in the skills of life. In selecting materials, the factors of nature and type of teaching aids should also be taken into account and given due attention by the teacher.

inovatif dan berilmu pengetahuan adalah impian dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. _ Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Peranan guru untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah adalah amat penting. “ kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. dan jasmani.” Berdasarkan pernyataan itu. Mereka akan cuba mengelakkan diri dan sentiasa mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas Kemahiran Hidup Bersepadu.S et al (1996.guru Kemahiran Hidup Bersepadu untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. _ Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda. Ini akan lebih menarik minat pelajar untuk terus belajar dengan penuh keyakinan tanpa rasa bosan. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu langkah yang bijak untuk menjayakan agenda tersebut. Oleh itu. Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan yang seimbang dari segi intelek. Seni Perusahaan. Membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif.BAB 1 PENGENALAN Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah subjek berbentuk pravokasional yang telah digubal semula berasaskan mata pelajaran elektif Sains Pertanian. Perdagangan dan Sains Pertanian (Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan. kita dapati masih ramai pelajar yang tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan secara menyeluruh oleh guru. bukan sahaja penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: _ Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar untuk memahami isi pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat . Ia ditawarkan kepada semua pelajar di Tingkatan I hingga Tingkatan III. inisiatif. kreatif. rohani. inovatif dan produktif (Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1. komitmen dari semua pihak yang terlibat amat diperlukan. emosi. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan lagi produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif. m. 2003). Untuk menjayakan perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Leonard M. aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan lagi kemahiran pelajar adalah satu perkara yang amat penting. 47) telah menyatakan bahawa. Pada masa kini. 1989).s. ternyatalah betapa pentingnya bagi guru.

Alat permainan c. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru.s. Antara perkara penting yang harus diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. 1996. kekurangan masa. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah. surat khabar. 1992. penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria.s 72). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi pelbagai masalah seperti masalah disiplin pelajar. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru itu sendiri. cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu termasuklah: a. m. radio dan pelbagai alat audio video. dan deria pendengaran (Mok Soon Sang. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. bahan manipulatif. Guru. carta. bongkah kayu dan sebagainya. Mok Soon Sang (1996. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar. bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. m. dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. m. iaitu deria penglihatan. deria sentuh.s 58). Pernyataan Masalah Kemahiran Hidup Bersepadu adalah penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. kawalan bilik darjah.162).guru haruslah mempunyai daya kreativiti. namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan tersebut adalah bahan elektronik atau bukan elektronik.s 16). 1996. tangram. 1997. Bahan berbentuk kertas b. televisyen. cara untuk menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta Kemahiran Hidup Bersepadu dalam ingatan mereka (Musa Daia. Alat elektronik contohnya komputer. papan paku. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. Peralatan bukan elektronik seperti peta. m. Bahan Bantu Mengajar itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Peralatan elektronik seperti komputer. pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim. Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru Kemahiran Hidup Bersepadu tidak terbatas.membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Majoriti pelajar menganggap Kemahiran Hidup Bersepadu . Secara amnya.s 145). m.al.

c. iaitu membosankan. membingungkan dan memberatkan pelajar kita. 1990.s 145). pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya.adalah suatu subjek yang susah dan abstrak. Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et. Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru. Mengapakah keadaan begini berlaku? Adakah isi kandungan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu benar-benar sukar dan abstrak sehingga ianya dianggap hanya sesuai untuk golongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja? Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan Kemahiran Hidup Bersepadu sukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang berbentuk 3B. m. Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorak pendidikan asas. Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin. Para guru sentiasa berusaha mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam diri pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap Kemahiran Hidup Bersepadu ini terjadi adalah mungkin disebabkan faktor pelajar kurang berminat. d. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan. m. pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Bagi tujuan ini. Sesuai dengan kemudahan yang sedia ada di sekolah. f. . Rupa bentuk dan warna yang menarik g. Jadi. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah h. Tahan lama. Guru-guru juga menganggap pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu cabaran. b. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Walaupun terdapat beberapa konsep Kemahiran Hidup Bersepadu yang abstrak. bermakna dan sesuai dengan kebolehan. 1996. e.al. Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut: a.s. pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sepatutnya dijadikan sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin. serta latihan yang berperingkat-peringkat. penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Mudah diubah alih dan dipasang semula. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang. namun begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dalam kehidupan seharian kita. Dibuat dengan perincian yang tepat. Ini supaya minat pelajar dapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isi pelajaran tertentu. i. 292).

penggunaan Bahan Bantu . 1980. 1997. keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera. Persoalan kajian Dalam menyelesaikan masalah kajian ini. 287).. Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. 254). 165). Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang. ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan pelajar. peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi. Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. m. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang Kemahiran Hidup Bersepadu? 3. m. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. hidu dan rasa. 90).s. Dalam konteks pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Dalam konteks pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu KBSM khususnya. menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim. Operasinya mudah l. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu? 2. 1998. Fleksible dan pelbagai guna. Apakah jenis alat bantu mengajar yang sangat menarik perhatian pelajar? Kesignifikan Kajian Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajaran.j. (Abdul Rahman.s. 1983. dengar. penyelidik akan cuba mengenalpasti perkaraperkara seperti yang disenaraikan di bawah ini : 1. sentuh. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya dengan jelas apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas.s. Selain itu. m. Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sering diperkatakan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. k. m.s. Jadi. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali. sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow. iaitu deria lihat.

melanau dan cina.m. APD) yang dapat digunakan atau dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat: Batasan Kajian Kajian ini hanyalah difokuskan kepada 40 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah menegah di Pekan Daro yang terletak kirakira 3 km dari Pasar Daro. transperansi dan projektor (Mok Soon Sang. Memandangkan pemilihan adalah terhad kepada sebuah sekolah sahaja. alat batu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. peta dan glob. dipandang. dibaca.s. carta. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan bercetak yang boleh mendatangkan pengajaran dan membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. dikisah dan digunakan. Pengajaran . 2001). radas. Rahman (1995). rakaman kaset dan video. alat.guru Kemahiran Hidup Bersepadu khasnya dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. bahan. ABM merupakan bahan yang digunakan oleh guru semasa mengajar. ABM juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat. Pemilihan ini dibuat secara rawak. maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi daripada hasil penyelidikan ini hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja. sebarang bentuk benda. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis. Menurut Omar Hamalik (1982. gambar. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru. dirasa. spesimen. didengar. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk menyampaikan konsep Kemahiran Hidup Bersepadu dengan lebih berkesan. Menurut Kamarudin (1990).Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar. Pelajarnya adalah terdiri daripada penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu melayu. Responden yang akan dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahan asas yang sama. perkakas sama ada konkrit atau abstrak (alat audio. Definisi istilah Alat Bantu Mengajar (ABM) Abd. benda maujud. dihidu. Alat bantu mengajar memudahkan pengajaran guru kerana tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa guru serta dapat merangsang minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Menurut Mok Soon Sang (1991). Proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan muridmurid menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang mereka lakukan (Kamarudin. pelajar yang pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah. Aris bin Othman. Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar . Rahman (2004). Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar telah dijalankan. BAB 2 KAJIAN LITERATUR Dalam bab ini pula akan membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Minat yang mendalam terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam bidang Kemahiran Hidup Bersepadu. sikap dan nilai. Menurut Romiszowski (1998) pula. Menurut Mohd. pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Pembelajaran berlaku apabila ransangan diproses oleh otak seseorang untuk dijadikan pengalaman. Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. ilmu pengetahuan. Bagi Heinich. proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk tindakan seterusnya. pengajaran ialah proses penyampaian kemahiran. Guru-guru perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-perubahan yang diingini. Molenda dan Russel (1981). Rahman (2004).Menurut Ee Ah Meng (1997). Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-palajar dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Pembelajaran Menurut Ee Ah Meng (1997). 1990). melalui penggunaan ABM dalam pengajaran. Menurut Mohd. pengajaran adalah proses yang berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu. Aris bin Othman. pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menpembelajaran.

Dale (1963. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. m. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. 2.18 ). telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar : 1. Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah.s.s. Menurut Kamaruddin (1986. 3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Membantu mencapai objektif pengajaran. Menolong dalam kefahaman. Media pengajaran dapat menyampaikan pelajaran. m. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks. 3. 1. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar.s. mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti. 64). 7. Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989. 218 ). m. 4. merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.al.s. Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994.214). 227). m. a. 1987. pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.s. membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa . seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et. dalam Omar Drahman.Secara uumnya. papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 6. 4. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. 1997 m. 5. 2.

m. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan kehadiran penyelidik. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians.b. identiti responden dapat dirahsiakan. Selain itu. Reka bentuk tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam proses kajian ini. sampel kajian. Namun begitu.maklumat bagi menjawab persoalan kajian. ia hanya melibatkan kerjakerja pengumpulan data dan maklumat daripada responden-responden yang terlibat sahaja. 20). Kajian ini menumpukan perhatian untuk mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk mendapatkan maklumat. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. Menjimatkan masa pengajar. d. prosedur kajian dan analisis data. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983. Oleh itu. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN Bab ini pula akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar yang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. c. 1998. Penyelidik berpendapat bahawa sukar untuk mendapatkan data melalui kaedah lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itu. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. instrumen kajian. langkah pengawasan yang longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah. f. . Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan. mendapati bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar. dalam Mohamad Lebai Ishak. e. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Kaedah tinjauan didapati lebih sesuai dan berbaloi dalam pengurusan kajian seperti ini kerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan. Melalui penggunaan soal selidik.s. Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang amat digemari oleh para penyelidik. penggunaan kaedah soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian kerana ianya dianggap paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yang telah ditimbulkan pada awal kajian ini.

2. Soal selidik ini mengandungi 4 bahagian iaitu bahagian A. Antara ciri-cirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajar oleh guru. Bahagian A adalah mengandungi tentang latar demografi pelajar. Sementara itu bahagian D pula adalah mengandungi 4 item lagi berkenaan dengan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar. 6. Responden dikehendaki memilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4 nilai skor. rencana. bahan 3 Dimensi: model. perisian dan sebagainya. Jadual 3. 5. Ciri kekemasan pula. spesimen. 6 item lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian pelajar bila digunakan. manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakah Bahan Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Bahagian B mengandungi 11 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. C. Item. poster. iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. surat khabar dan sebagainya. Seterusnya ciri menarik memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada Bahan Bantu Mengajar berkenaan. Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah persetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Manakala Bahagian C pula terdapat 7 item berkisar mengenai ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumatmaklumat mengenai kajian.item ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam menarik minat mereka. perakam pita audio. lukisan. dokumentari. Skala dan skor adalah seperti dalam jadual 3.1 : Skala Pemeringkatan Likert Aras Persetujuan Skor Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Setuju ( S ) Sangat Setuju (SS) Nilai skor 1 2 3 4 . bongkah dan sebagainya. bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP). Projektor slaid. 3. system video/TV/komputer: perakam pita video. sama ada bahan itu kemas dan utuh dari segi binaannya.Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah soal selidik. dan D. piring hitam dan sebagainya. 4. Dalam kajian ini. majalah. program TV Pendidikan. sistem audio: radio.B. jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6 kumpulan seperti berikut: 1. peta dan sebagainya. bahan bercetak: buku rujukan. bahan bukan bercetak: gambar. gambarajah. filem bergerak dan sebagainya.1 di bawah.

5. 0 3 0 2 2 % 0 7. Jantina Lelaki Bilangan responden 17 23 Perempuan Jumlah Persepsi pelajar terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat terhadap Kemahiran Hidup.langkah selanjutnya dilaksanakan.5 42. Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah iaitu Pengetua sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. pihak penyelidik akan memberikan penerangan kepada responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu dilengkapkan. Untuk menjayakan aktiviti pengumpulan data. Langkah pertama yang dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat Fakulti teknikal dan Vokasional untuk menjalankan kajian tinjauan seperti mana yang telah dirangkakan. 2.0 100 .0 56.5 45 50 S (3) Bil. 16 19 17 18 20 % 40 47. Set soal selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa. supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item berkenaan.5 0 5 5 STS (1) Bil. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang berkenaan. Setelah pengesahan diperolehi. 0 0 0 0 0 % 0 0 0 0 0 Jumlah responden(Orang) 40 40 40 40 40 40 Peratus (%) 44. Selepas pemilihan dibuat. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan pihak sekolah yang telah dipilih. 3. Di antara perkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan. barulah langkah. seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.5 50 45 TS (2) Bil. 4. penglibatan responden kajian serta tarikh dan masa soal selidik akan diedarkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap item soal selidik. 24 18 23 20 18 % 60 45 57. beberapa langkah tertentu akan diambil oleh penyelidik. Item SS (4) Bil. 1. BAB 4 DAPATAN KAJIAN Analisis Profil Responden Latar belakang 1.Prosedur Kajian. Kementerian Pendidikan Malaysia.

7 8 % 17. 8.5 30 40 52. 4. menarik perhatian.5 0 7. 13 12 16 21 20 20 32. menjimatkan masa dan tenaga serta .5 S (3) Bil. 7. 10.5 45 42.5 62. 7.5 16 24 30 7 40 60 75 17. Item 1. 5.5 STS (1) Bil.5 0 Jumlah (responden) 40 40 18 14 4 31 45 35 10 77.5 20 S (3) Bil. 3 4 3 2 4 0 1 % 7.5 65 75 40 TS (2) Bil. Jenis bahan Bahan bercetak Bahan bukan bercetak Bahan 3D Bahan Tayangan Bahan audio Bahan video dan kompute r SS (4) Bil. 6. 9.5 0 40 40 40 40 BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kesimpulan Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan.5 50 50 25 27 22 18 20 17 62. 33 25 19 21 26 30 16 % 82.5 25 25 57. 9 4 % 22.5 0 2.5 10 STS (1) Bil.5 5 2 6 2 12.5 55 45 50 42. SS (4) Bil.5 52.5 5 2.5 10 7. 0 0 0 0 0 0 0 % 0 0 0 0 0 0 0 Jumlah (responden) 40 40 40 40 40 40 40 Jenis alat bantu mengajar yang sangat menarik pe rhatian pelajar.5 2 1 2 1 0 3 5 2.5 47. 4 11 18 17 10 10 23 % 10 27. 19 28 % 47. 5 0 % 12.5 70 TS (2) Bil.5 5 10 0 2. 2.5 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 40 40 40 40 40 40 Ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat me mpengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Ke mahiran Hidup.5 67.5 5 15 5 1 0 1 0 2.6. 3. 11.

1990) Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan ABM yang sesuai. Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara kepentingan ABM yang dapat disebutkan di sini adalah seperti berikut: i. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan ABM kepada guru. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. ii. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Fakulti Pendidikan a) Mengadakan program atau seminar pengukuhan dan peningkatan tentang teknologi pendidikan kepada bakal-bakal guru b) Mengadakan kursus/latihan dalaman kepada bakal-bakal guru yang kurang kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan alat bantu mengajar c) Menyediakan sumber kewangan kepada guru pelatih agar mereka dapat menyediakan alat bantu mengajar dengan lebih menarik. Walau bagaimanapun. . iii. (Pusat Perkembangan Kurikulum. Di sekolah. sesebuah sekolah yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi ABM tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. d) Meningkatkan kualiti alat bantu mengajar seperti melakukan pengubahsuaian yang bersesuaian dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan lagi. i. Adalah menjadi tanggugjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Cadangan Penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. ABM memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti. Sememangnya ABM memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru termasuklah guru-guru teknikal.

Mei (5) m. Selangor. Kaedah Statistik. Mohd Nawi Abd Rahman (1998). 11 –15. Audio – Visual Method in Teaching. Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan. Fatimah Ali. Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. 1992. Tesis Sarjana. Teknologi di bidang pendidikan. (1969).Rujukan : Abd. Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Harun Che Su. 17-30.39 Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992). 1994). Rahman Hj. Kemahiran Berfikir Dalam Matematik. M. (1994).s. (1990). Aini Hassan (1993). E. 10 & 11. (1981). 1979. Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Hamid (1999). Dale. Jurnal Pendidikan. 22 – 26. Mahyuddin. Feb (1) m. Hassan Abu Bakar. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. 22 – 34. 1990). Kuala Lumpur: Adabi. November. Psikologi Pembelajaran. Ismail Abd. Jurnal Guru.Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan Sains dan Matematik: Satu Tinjauan Awal.s. Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan PencapaianAkademik. Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 23 – 38.s. . Universiti Putra Malaysia. Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya? Jurnal Guru. Malaysia. Bangi. UTM. Habibah Alias dan Rahil Hj. (44. Joseph Low Eng Guan. Majalah Widya. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Printing Sdn. Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di Daerah Kulai. (1980). di UTM. Bhd. Media teknologi dan pendidikan. Husin. hlm. 2 – 4 Mei. Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. New York : Holt Rinehart and Winston. Kertas Kerja dibentangkan pada seminar Pendidikan Sains dan Matematik. Adnan Khamis ( 1986 ).

Ahmad. (1992). Malaysia. (1997). Bhd. Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Dahlan Mohd Ramli. UTM. (1986). Al. Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Satu kajian. (1997).UTM. Jurnal Wawasan. (1999). L. Leonard M.(1982). Tesis Sarjana. Men Dato’ Mohd Yunos Sulaiman. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. et. Rashidi Azizan & Abd. Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Kajang: Masa Enterprise. Tanajong Malim.my/arkib/a_berita/2002/11_01_02. Najib Ghafar. 2010 daripada http://myschoolnet. Tesis Sarjana Muda. Bhd. Kuala Lumpur: Longman Sdn.ppk.Biratman (1996). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tinjauan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan ABM dalam pengajaran Matematik di Sek. Kamaruddin Hj Husin. Mahat Ibrahim. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Asas Penyelidikan Sains Sosial. Diperolehi Oktober4. Ren. Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri dan Penilaian. Razak Habib. Perak.htm. Mohd. Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan.kpm. Fatimah Salleh. (1987). Daerah Batu Pahat. Kertas Kerja dibentangkan pada Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat. Mac: m. 7 – 8 Dis. Munirah Ghazali (2003). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi.s. Mei (4) Jurnal Guru m. Bhd. (1994). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Pekan Nenas. UTM. Lim Chap Sam. Rohani Kasmani.57 – 65. Johor. Yong Karen. Mohd. (1997). Penggunaan ABM dalam Pengajaran Matematik di kalangan guru-guru Sek. Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni. Oemar Hamalik. Alat Bantu Mengajar Matematik. Minat Tentukan Kecemerlangan Matematik (2001-2002). (1996). 270 –280. Omar bin Drahman. .Kamal Basha Madarsha.s. Johor:. UTM. Naim Hj. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 1987. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn.S.

Tang Ching Tong (1992). Deawan Bahasa Dan Pustaka. Yusup Hashim (1997). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian dalam matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan sastera. Belajar dan Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya. Mok Soon Sang (2008). Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Drs. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Pengajaran & Persediaan Mengajar. Petaling Jaya : Logman Malaysia Sdn. Bhd. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Murid Dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. (1991). UM. Mok Soon Sang. Latihan ilmiah.Bhd. Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Panduan Latihan Mengajar. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Mohd Majid Konting (1998). Bhd. . Yusup Hashim (1998). Jakarta : PT. Bhd. Pedadogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kamarudin Hussin (1986). Teknologi Pengajaran. RINEKA CIPTA. Bhd. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Slameto (1991).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful