Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Model ADDIE : Analisis Kajian di Emporia State University Korea Selatan dan Universiti Teknologi

Malaysia. Khairuddin bin Nisa Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris khairuddin000240@siswa.upsi.edu.my Abstark Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan rekabentuk instruksional, antara model yang terawal ialah model ADDIE. Artikel ini akan memfokuskan model ADDIE kerana model ini boleh dikatakan menjadi sumber kepada kemunculan modelmodel lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya hampir semua model rekabentuk instruksional mempunyai lima prinsip utama ADDIE iaitu “Analyze”, “Design”, “Develop”, “Implement”, dan “Evaluate” (Kruse, 2004, p. 1).

Kata kunci : rekabentuk instruksional, model rekabentuk instruksional, model ADDIE

1. Pengenalan Terdapat banyak model-model rekabentuk instruksional yang dihasilkan dengan strategi tersendiri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Model-model rekabentuk instruksional ini mestilah direkabentuk berpandukan teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Contoh model rekabentuk instruksional yang akan diperbincangkan dalam artikel ini ialah model ADDIE. Terdapat dua kajian yang pernah dilakukan menggunakan model ADDIE ini iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. Pada bahagian analisis rekabentuk instruksional model ADDIE, kelebihan-kelebihan penggunaan model ini akan diperbincangkan.

2. Sejarah dan Definisi Rekabentuk Instruksional Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan oleh
1

permainan.ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional dibidang pendidikan seperti Institut American (Reiser. dan (5) penilaian. demonstrasi atau secara pembentangan. 2 . membuat ujian “courseware” yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Pengenalan Model ADDIE Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi menghasilkan “courseware” seperti model ADDIE. & Nelson. Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) analisis. Dalam bidang pendidikan. 2006). seperti sama ada menggunakan audio. 2001. kemudian membentuk grafik yang diperlukan. model Kemp. model ASSURE dan model pembelajaran. komputer. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan. internet dan sebagainya. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan “courseware” tersebut. model Robert Gagne. perbincangan. simulasi. penerokaan. video. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum “courseware” itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan “courseware” kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu “courseware” yang dihasilkan. rekabentuk instruksional boleh didefinisikan sebagai strategi. latihan dan praktikal. kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda. Reigeluth. penyelesian masalah. p. model Hanafin & Peck. 58). Seperti membina dahulu papan cerita. 3. tutorial. (2) rekabentuk. Impliment atau “Implement” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap “courseware” yang telah dihasilkan. Yusup Hashim. Contohnya “courseware” tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. model Knirk & Gustafson. model Dick & Carey. (3) pembangunan. adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD. (4) implimentasi. fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan dikaitkan dengan kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE ini. menentukan pula bahasa pengaturcaraan. Analisi atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu “courseware” diperkenalkan. 2003. Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasikan “courseware” yang telah direkabentuk. Dalam artikel ini. Kegunaan rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga kini.

2006.000 USD bagi melengkapkan kemudahan kelas multimedia. Contohnya meningkatkan mutu “courseware” selepas ujian “pilot”. Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang. di mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan 4. pp. 1-11). Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Kok Boon Shiong.1 Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan Kajian ini dilakukan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea Selatan. Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Contohnya pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat menghasilkan bahan pembelajaran mengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru (Youngmin. Seterusnya pelajar akan membangunkan bahan yang telah direka. Sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350. Mohamad Bilal Ali. 4. Kemudian pelajar akan mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Namun pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas. melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin. 12-17). 2006. Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mempergunakan model ADDIE. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. pp. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun 2006. 3 . Kajian Berkaitan Penggunaan Model ADDIE Seperti yang dinyatakan di peringkat awal terdapat dua kajian yang pernah dilakukan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan model ADDIE iaitu kajian yang dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris. Maizah Hura Ahmad. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan “courseware” tersebut selesai digunakan. Guru di sekolah berkenaan juga telah memanfaatkan kemudahan kelas multmedia ini dengan mengajar pelajar berkenaan teori kejuruteraan mekanikal menggunakan program “PowerPoint”. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka.

Kaedah pertama mempelajari Matematik S melalui “Goal Programming” menggunakan multimedia interaktif (IMM). Biasanya guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar. Kok Boon Shiong.33 sahaja. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia saya dapat membuat dua kesimpulan utama. Kok Boon Shiong. Maizah Hura Ahmad. Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3. Analisis Rekabentuk Instruksional Menggunakan Model ADDIE Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris. 5. adakah sekadar merancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai kepada pelajar? Buktinya 4 . Dalam kajian ini instrumen yang digunakan tidak akan membezakan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Maizah Hura Ahmad. Mohamad Bilal Ali. Mohamad Bilal Ali.4. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar juga menganggap belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif lebih berkesan dengan min 3.45. Kok Boon Shiong.28 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2. Kaedah kedua pula mempelajari matematik s melalui “Goal Programming” melalui kaedah tradisional. 2006. pp. 85-94).73 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2. Tetapi masih menjadi persoalan. sebaliknya kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan masing-masing akan menggunakan kaedah multimedia interaktif (IMM) dan kaedah tradisional (kuliah).1 Penggunaan bahan multimedia perlu direkabentuk. Multimedia interaktif (IMM) pula akan dibina berasaskan model ADDIE serta dibina oleh mereka yang mahir dalam bidang ICT dan mahir dalam topik matematik. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pelajar akan lebih bermotivasi dan berkesan menggunakan multimedia interaktif berbanding menggunakan buku teks. Pengkaji cuba membuat perbandingan antara dua kaedah pengajaran dan pembelajaran. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. Namun begitu multimedia interaktif yang digunakan di dalam kelas akan lebih berkesan jika guru turut menjadi fasilitator di kelas (Baharuddin Aris. 5. Maizah Hura Ahmad.2 Kajian oleh Baharuddin Aris. Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S. Mohamad Bilal Ali.

pelajar yang mempelajari Matematik S menggunakan “Goal Programming” serta dibantu dengan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE mendapat pilihan pelajar yang lebih tinggi berbanding mempelajari Matematik S menggunakan “Goal Programming” secara kaedah kuliah. guru-guru akan menggunakan model-model yang ada di dalam rekabentuk instruksional dalam menghasilkan bahan pengajaran. Kok Boon Shiong. et al. 1280-1305). Ertinya guru-guru berkemungkinan hanya mengajar berdasarkan “Analyze”. Di Malaysia guru-guru secara keseluruhannya juga masih belum mengenali penggunaan rekabentuk instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. mempersiapkan atau merencanakan. p. 5. Manakala mereka bermaksud menyusun atau memasang (Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika guru memahami kelebihan rekabentuk instruksional.. Kajian oleh Baharuddin Aris. Maizah Hura Ahmad. 2007. “Implement” dan “Evaluate”. Mudahnya bahan pengajaran yang telah dirancang iaitu “Analyze” perlulah melalui proses mereka pula atau “Design” serta melalui pula proses yang lain seperti model ADDIE iaitu “Develop”.terdapat guru yang mengajar menggunakan bahan media program “PowerPoint” masih tidak dapat menarik perhatian pelajar sekolah kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan. pp. Mohamad Bilal Ali. Tetapi hasil kajian tetap mendapati. Merancang bermaksud. 5 . Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia telah dapat membuktikan terdapat perbezaan dari segi minat dan motivasi pelajar apabila menggunakan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE berbanding kaedah kuliah. sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran sahaja. Sebenarnya “Goal Programming” yang digunakan bagi mengajar Matematik S bagi pelajar Tingkatan 6 telah mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik (Baharuddin Aris. Hasil pembelajaran menggunakan rekabentuk instruksional mungkin akan lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran tradisional. 87).2 Penggunaan rekabentuk instruksional model ADDIE dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara merancang dan mereka. Terdapat perbezaan yang ketara antara merancang dan mereka. Buktinya keberkesanan hasil kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan. mengatur terlebih dahulu. Faktor inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan semasa sesi pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. “Implement” dan “Evaluate” sahaja dan tertinggal dari aspek “Design” dan “Develop”.

Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk difahami. tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah guru-guru di Malaysia telah mengenali rekabentuk instruksional? Telah dibincangkan diperingkat awal. Kaedah baru yang telah direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan melalui proses implimentasi dan penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki. rekabentuk instruksional dan penggunaan model ADDIE ini amat wajar diperkenalkan kepada guru-guru di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia rekabentuk instruksional.6. sememangnya terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk instruksional. Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik berbanding kaedah pengajaran tradisional. Melalui rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar. Kesimpulan Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori pembelajaran. 6 . misalnya untuk topik tertentu. Cadangan saya. malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Seterusnya guru-guru akan membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkannya menjadi kaedah yang khusus.

Diperolehi pada 7 Januari 2011.Rujukan Addie model.emporia. (2003). sumber dari http://mizanis.. Maizah Hura Ahmad. (2001). sumber dari http://yusuphashim. K. M. sumber dari http://www.pdf Reiser.. (2004). Applying the ADDIE instructional design model to multimedia rich project-based learning experiences in the korean classroom.edu/idt/graduateprojects/spring06/Lee Youngmin/Lee. Diperolehi pada 6 Januari 2011. sumber dari http://mizanis.pdf Baharuddin Aris. Bhd. (2006). Instructional design. A. sumber dari http://www.. & Nelson. Jamalludin Harun.tzanis..htm Molenda.. sumber dari http://eprints. R. Learning “goal programming” using an interactive multimedia courseware: design factors and students’ preferences. sumber dari http://www. Kruse. M. Mohamad Bilal Ali. Penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum dan instruksi. Diperolehi pada 4 Januari 2011.utm. Kok Boon Shiong. (2006). & Zaidatun Tasir.aect. Diperolehi pada 7 Januari 2011.org/Courses/ Readings/Session5. A history of instructional design and technology : Part II : A History of instructional design.html Youngmin Lee.. M.pdf 7 . Kamus Dewan Edisi Keempat.com/2006/ 12/penggunaan-teknologi-instruksional. L. (2006).pdf Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperolehi pada 9 Januari 2011.net/edu3105/bacaan design_L/e-Learning and the ADDIE Model. Diperolehi pada 10 Januari 2011.blogspot.. Introduction to instructional design and the ADDIE model. Diperolehi pada 7 Januari 2011. (2007). Kuala Lumpur : Dawara Sdn. Reigeluth.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.my/8165/1/8165.pdf Yusup Hashim. C.org/pdf/etr&d/4902/4902-04.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful