FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH : IBNU SINA NURUL NALYA BINTI ABD GHANI

JEA080108 PROF DR. AMRAN BIN MOHAMMAD SEM 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

IBNU SINA

1. Tokoh falsafah yang hendak dikupas ialah Abu Ali Al-Hussein Ibn Abdallah Ibn Sina. (Avicenna) telah dilahirkan pada 981sebelum masihi di Afshara berhampiran Bukhara (Asia Tengah) seterusnya mendapat pendidikan awal di sana. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah dapat menghafal Al-Quran dan dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logika dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. Ibn Sina memang merupakan seorang pembaca buku. Pernah satu ketika beliau telah membaca buku “metafizik Aristotle” sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini kerana, sewaktu berusia 17 tahun beliau telah berjaya menyembuhkan putera raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja. Sewaktu berumur 20 tahun, iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-biruni. Kemudian beliau

2. berhijrah pula ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab Al-Qanun Fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams Al–daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, Namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan yang mana akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 1037 M dalam usia 46 tahun. Pengaruh Ibn Sina sebagai seorang ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah amat meluas. Buku karangannya, Al-Quran Fit Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid telah dianggap sebagai satu himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan telah banyak diperolehi daripada Ibn Sina sama ada dari segi penggunaan ubat, diagnosis mahupun pembedahan. Pada abad ke-12, Gerard Cremono (dilahirkan pada 1114M) yang berpindah ke Teledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibn sina ke bahasa latin. Buku ini menjadi sumber rujukan utama di universiti di Eropah sehingga ke 1500M. Bukunya telah disalin atau dicetak sebanyak 16 kali, 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah lagi edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Manakala pada abad 16M buka ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Penulispenulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagaj bapa perubatan kerana beliau telah dapat menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri.

3. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis “Psychosomatic medicine”. Beliau telah memperkembangkan ilmu

diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti (dalam masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung, ini masih lagi dipraktikan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang mana mereka menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor Tabii dari Amerika (1981) telah melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi adalah sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung.

Kaedahnya bukan sahaja membilang denyutan di tempat yang di rasa tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi kuat atau denyutan yang lemah, masa antara

denyutan dan kandungannya lembap (moisture content) di paras kulit berhampiran denyutan itu dan lain-lain lagi. Dari segi tauhid (ketuhanan), pula, Ibn Sina telah

terpengaruh dengan falsafah Plato dan Aristotle seperti mana dihuraikan oleh Imam alghazali di dalam bukunya “Tahafut Al-falasifah” (ketidaksinambungan dalam pemikiran falsafah) sumbangan umat Islam yang ketara dalam ilmu perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehan mereka untuk merawat seseorang pesakit.

4. Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibn Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan soal falsafah. Pemikiran falsafah Ibn Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan Ibn Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir, (phlegm), hempedu kuning (yellow bile) dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit. Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh pada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia.

Ibn Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani dan mengislamkannya. Ibn Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberi unsur lembab, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibn Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit.

5. Keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibn Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah.

Ibn Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.

6. .

KESIMPULAN
Ibn Sina merupakan tokoh falsafah perubatan Islam yang terkenal dan dikagumi sehingga masa kini. Kehebatannya menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia. Seperti yang kita ketahui menurut sejarah riwayat Ibn Sina seawal usianya 10 tahun beliau telah menghafal al-Quran dan menguasai ilmu agama Islam sepenuhnya. Hal ini telah membuktikan bahawa Ibn Sina seorang yang cerdik dan rajin menuntut ilmu.

Selain itu beliau juga telah banyak membawa banyak perubahan yang positif dalam bidang perubatan contohnya beliau telah menghasilkan pelbagai karya yang menceritakan teori-teori perubatan dan cara merawatnya. Ibn Sina juga telah banyak menghasilkan buku-buku tentang bidang perubatan yang sehingga kini menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar bidang perubatan di seluruh dunia terutamanya pengkaji-pengkaji dari barat.

Ibnu Sina juga menjadi contoh teladan dan ikutan kepada pengikut-pengikutnya sekarang Sumbangan beliau dalam perubatan moden tidak boleh diperkecilkan. Boleh dikatakan asas ilmu perubatan moden sekarang berasal daripada konsep-konsep yang ditimbulkan oleh pakar-pakar perubatan Islam.Tanpa sumbangan beliau bidang perubatan tidak akan secanggih sekarang.

BIBLIOGRAFI
Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Hashim Bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori, Nilai dan Etika Melayu. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/famiza.htm1