PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT TEMA: CABARAN MASA DEPAN NAMA PROJEK: KEMAHSYURAN BATIK BALOK KUANTAN TEMPAT: PANTAI

BALOK KUANTAN

NAMA AHLI KUMPULAN 2: EN. SHAHNON SALLEH HAN TING NYOK ANISSDZA BUYONG C. USHA DEVI VASANTHA MUTHUSAMY NURHASNI OTHMAN NURUL AIDA ABDUL TALIB WAN MOHD RUHAIMI WAN EMBONG

Kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5 De Rhu Beach Resort, Kuantan. Malaysia 5 – 8 Mei 2008

LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT Tema Nama Projek Tarikh Pelaksanaan Projek Tempat Ahli Kumpulan Projek : Cabaran Masa Depan : Kemahsyuran Batik Balok, Kuantan : April hingga Mei 2008 : Pantai Balok, Kuantan : Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : Shahnon Salleh : Han Ting Nyok : Anissdza Buyong : C. Usha Devi : Vasantha Muthusamy Nurhasni Othman Nurul Aida Abdul Talib Wan Mohd Ruhaimi Wan Embong Objektif Projek: i. ii. iii. Mengenalpasti masalah industri batik di kawasan Pantai Balok. Mencadangkan cara mempromosikan batik dari kawasan Pantai Balok. Memupuk perasaan cinta, kasih sayang dan kebanggaan terhadap warisan budaya Malaysia.

Pelaksanaan Projek I. Perancangan Perancangan untuk menjalankan projek ini telah dimulakan sejak awal bulan April. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pemilihan projek “ Projek Kemahsyuran Batik Balok” ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Cabaran Masa Depan Khidmat Masyarakat Tingkatan 5. Idea ini tercetus daripada pemerhatian kami yang mendapati bahawa batik yang terhasil di kawasan Pantai Balok ini kurang dikenali penduduk setempat mahupun luar negara. Kami menyedari, industri batik mengalami krisis pemasaran dan promosi yang agak serius. Kami juga menyedari bahawa batik di kawasan ini berpotensi untuk bersaing di peringkat global. Oleh itu, cara yang terbaik untuk menangani masalah ini ialah membina lawan web khas untuk mempromosi dan memasarkan batik . Laman web ini boleh diaksess dari

2

Laman Web Kementerian Pelancongan Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2008. Dengan wujudnya laman web ini, batik dari kawasan Balok ini akan lebih dikenali, industri batik dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kawasan Pantai Balok ini dapat dipromosikan sebagai satu destinasi pelancongan. Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (lihat Lampiran 1). Agihan tugas dan tanggungjawab yang adil telah diberikan kepada setiap ahli bagi melicinkan projek ini. Manakala anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar adalah seperti yang ditunjukkan di bawah. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Kemahsyuran Batik Balok, Kuantan Pendapatan RM Perbelanjaan Pengangkutan (KL – Kuantan – KL) RM 300

Sumbangan pihak sekolah ( PCG ) 110 0 PIBG 100

Penginapan dan makan minum 800 (40 pelajar dan 2 guru) Pelbagai 100 1200

JUMLAH

120 0

JUMLAH

Di samping itu, carta Gantt telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti dijalankan mengikut jadual (lihat Lampiran 2). II. Kerja Amali Pengerusi projek dan guru penasihat telah meninjau kawasan perkampungan Balok dan mengenalpasti permasalahan industri batik di situ. Borang soal selidik telah disediakan dengan bantuan pengerusi Persatuan Penduduk. Pada hari projek dilaksanakan, kami telah mendapat bantuan daripada ahli jawatankuasa penduduk terutamanya pengurus kilang batik dan pekerjanya. Kami mendapati kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan kilang batik Nature dan penduduk setempat amat menggalakkan. Penduduk setempat turut berterima kasih dan merasa sangat gembira dengan langkah yang diambil oleh kami dalam usaha mempromosikan industri batik di kawasan perkampungan mereka. Satu jamuan ringan telah disediakan oleh ahli jawatankuasa kampong sebagai tanda penghargaan kepada pihak kami. Langkah seterusnya, pihak kami telah membina sebuah laman web untuk interaktif untuk mempromosikan industri batik di Kampung Balok. Laman Web ini boleh diakses terus dari laman web Kementerian Kebudayaan dan Pelancungan. 3

III.

Refleksi Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan hinggalah pada akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah, kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang melaksanakan projek sumbangan pemimpin. Kami juga memberi pandangan atau cadangan untuk menambahbaik pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat pada masa akan datang. Setiap ahli telah membuat catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini. ( Lihat lampiran 3). Pada keseluruhan projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan telah menjalankan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang telah kami perolehi melalui projek ini. Antaranya ialah kami: • Mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat • Mengendalikan mesyuarat dan perjumpaandengan teratur dan lancer • Memahami perturan-peraturan mesyuarat • Mencatat minit mesyuarat / perjumpaan dengan lengkap • Menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak • Merasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau orang yang lebih dewasa • Memupuk semangat patriotik dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu projek • Meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topic. Di samping itu ahli-ahli kumpulan juga dapat mengenal pasti masalah semasa menjalankan projek. Di antaranya ialah: • Kerenah birokrasi hingga melambatkan kerja-kerja projek • Sukar mencari masa mengadakan mesyuarat dan perjumpaan • Peruntukan kewangan yang terhad • Kurang keyakinan dari pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan projek yang dicadangkan. Projek ini tetap berjalan walaupun ada masalah pada awalnya, in kerana kekuatan yang kami ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama di antara ahli-ahli merupakan tonggak kejayaan projek ini.Keduanya bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar dari guru penasihat dan sokongan daripada pengetua dan seluruh warga sekolah serta Ahli Jawatankuasa Penduduk setempat mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini. Pada masa akan datang kami mencadangkan langkah-langkah lain diambil untuk menjayakan. Untuk menjayakan industri batik antaranya menganjurkan aktiviti mencanting batik dan pertandingan merekacipta corak batik bagi meningkatkan kesedaran remaja supaya lebih menyayangi warisan kraf tempatan. Seterusnya mengadakan kempen-kempen dan pameran agar industri akan terus berkembang. Oleh itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah 4

dijadikan landasan kukuh bagi memupuk semangat cintakan tanah air. Remaja hendaklah didedahkan kepada semangat cintakan kraf tempatan sejak dari awal lagi supaya menjadikan mereka seorang warganegara yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara. Cadangan / Komen Rujuk pada borang refleksi Lampiran D

Penghargaan Pihak kami memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Pengurus Kilang Nature Batik, penghulu dan AJK kampong Balok kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini. Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek Khidmat Masyarakat pada masa depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Bagi pihak kami berasa sungguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Sekian, terima kasih. Laporan disediakan oleh, (Anissdza bt Buyong) Setiausaha Projek Kemahsyuran Batik Balok

5

Lampiran 1

Minit Curai
Tajuk Tempat Tarikh Panel Mesyuarat : : : : Mesyuarat Perancangan Projek “ Kemasyuran Batik Balok” De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang. 16 April 2008 Shahnon Salleh C. Usha Devi Chinnappan Vasantha Muthusamy Anissdza Buyong Han Ting Nyok Nurhasni Othman Nurul Aida bt Abdul Talib Wan Mohd Ruhaimi Wan Embong Tujuan : Membuat perancangan projek Khidmat Masyarakat Saudara Shahnon telah dilantik sebagai pengerusi projek. Mesyuarat bersetuju dengan pembentukan AJK yang dilantik. Projek “ Kemasyuran Batik Balok” 6 Mei 2008. Projek membina laman web akan dilaksanakan pada 30 Mei 2008. Tindakan Susulan : Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan seminggu sekali. Permohonan kebenaran menjalankan tinjauan di Balok daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan.

Keputusan Mesyuarat :

6

Mengadakan perbincangan dengan penghulu Kampung Balok, pihak pengurusan kilang batik dan pengerusi ahli jawankuasa Balok.

Lampiran 2

CARTA GANTT : KEMAHSYURAN BATIK PANTAI BALOK, KUANTAN Bil.
Perkara Bulan

Mac

April Mei M3 M4 M1 M2

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Taklimat guru matapelajaran Pembentukan kumpulan Mesyuarat Pertama Mesyuarat Ke 2 Perlaksanaan Projek Penulisan laporan Pembentangan laporan

7

Lampiran 3

Borang Refleksi

Nama Tingkatan

: :

Wan Mohd Ruhaimi Wan Embong Tingkatan 5 Amanah :

Peranan/tanggungjawab •

Menyediakan borang soal selidik

Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek: • • • Menanamkan sikap bertanggungjawab dan prihatin terhadap warisan kebudayaan negara. Memupuk semangat kekitaan dan kerjasama antara ahli kumpulan Memahami prosedur semasa menjalankan mesyuarat

Masalah semasa menjalankan tugas: • • Ibu bapa kurang memberi kerjasama untuk saya menghadiri mesyuarat /perjumpaan Kekangan masa untuk menyiapkan kerja amali (projek)

Cadangan: • • • Ahli kumpulan perlu ditambah untuk meringankan tugas-tugas ahli kumpulan yang lain. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya di sekolah bagi melatih pelajar mencintai dan menghargai warisan kebudayaan negara dan bagi menyediakan Malaysia untuk menghadapi cabaran akan datang. Kempen sayangi kraf tradisional tempatan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa agar remaja peka terhadap kepentingan warisan negara.

Harapan: • Kerja amali Khidmat Masyarakat akan memberi peluang yang luas kepada para pelajar untuk memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa akan datang dan menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

8

9

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful