Analisis dasar boleh ditakrifkan sebagai "penentuan mana-mana satu dasar antara berbagaibagai alternatif yang paling

dapat mencapai sesuatu set matlamat, berdasarkan hubungan antara dasar-dasar yang dirumuskan dengan matlamat-matlamatnya".[1] Bidang ini boleh dibahagikan lagi kepada dua subbidang yang utama:
y y

Analisis dasar bersifat analisis dan deskriptif, iaitu ia mencuba menerangkan dasar dan pembinaannya; Analiss untuk dasar bersifat preskriptif, iaitu ia melibatkan perumusan dasar dan cadangan (misalnya, untuk memperbaiki kebajikan sosial).[2]

Lingkungan dan tujuan analisis menentukan jenis analisis yang perlu dilakukan. Gabungan analisis dasar dan penilaian program ditakrifkan sebagai kajian dasar.[3] Analisis dasar seringnya digunakan oleh sektor awam, tetapi juga boleh digunakan untuk jenisjenis pertubuhan yang lain. Kebanyakan penganalisis dasar mendapat ijazah daripada pusat pengajian dasar awam. Bidang analisis dasar berakar umbi daripada analisis sistem yang dimulakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Syarikat Robert McNamara semasa Perang Vietnam.[4] Penganalisis dasar boleh memiliki latar-latar belakang yang berbeza, termasuk sosiologi, psikologi, ekonomi, geografi, falsafah, undang-undang, sains politik, kajian Amerika, antropologi, dasar awam, kajian dasar, kerja sosial, perancangan persekitaran, dan pentadbiran awam, antara lain.

Isi kandungan
[sorokkan]
y y y

y y y y y

1 Pendekatan analisis dasar 2 Perkaedahan 3 Model analisis dasar o 3.1 Model institusi o 3.2 Model proses o 3.3 Model rasional o 3.4 Model tokokan o 3.5 Model kumpulan o 3.6 Model elit 4 Analisis dasar dalam enam langkah yang mudah 5 Lihat juga 6 Rujukan 7 Bacaan tambahan 8 Pautan luar

[sunting] Pendekatan analisis dasar

Ia bertujuan untuk menerangkan faktor-faktor konteks proses dasar. 3. Pendekatan analisentrik menumpukan masalah-masalah yang berasingan serta penyelesaiannya. Tujuannya adalah untuk menentukan proses-proses dan cara-cara yang digunakan serta untuk mencuba menerangkan peranan dan pengaruh entiti-entiti yang berkepentingan dalam proses dasar. [sunting] Perkaedahan Policy analysis is methodologically diverse using both qualitative methods and quantitative methods. Ruang lingkupnya berskala meso. statistical analysis. misalnya mengukuhkan penyertaan dan perundingan awam. [sunting] Model analisis dasar Terdapat banyak model untuk menganalisis penciptaan dan penggunaan dasar awam. ruang lingkupnya berskala mikro. Pendekatan metapolisi ialah pendekatan sistem dan konteks. 2.Walaupun terdapat berbagai-bagai pendekatan analisis dasar. evaluate them. iaitu apakah faktor politik. misalnya sesuatu sistem ekonomi atau institusi politik. dengan penafsiran masalah biasanya bersifat struktur. tiga pendekatan yang umum dapat dibezakan: [5] 1. survey research. dengan penafsiran masalah biasanya bersifat politik. iaitu ruang lingkupnya berskala makro. dengan penafsiran masalah biasanya bersifat teknikal. Para penganalisis menggunakan model itu untuk mengenal pasti aspek-aspek dasar yang penting. One common methodology is to define the problem and evaluation criteria. and recommend the best policy agenda per favor. Sesetengah model adalah seperti yang berikut: [sunting] Model institusi Dasar awam ditentukan oleh institusi-institusi politik yang memberikannya kesahan. Dengan mengubah kuasa dan pengaruh antara satu kumpulan sama lain. penyelesaian terhadap masalah itu mungkin akan melibatkan perubahan struktur pada dirinya. including case studies. misalnya peruntukan sumber yang paling cekap. penyelesaian terhadap sesuatu masalah dapat dikenal pasti. selain daripada menggunakannya untuk menerangkan dan meramalkan dasar serta hasilnya. and model building among others. ekonomi dan sosiobudaya yang mempengaruhi masalah itu. Pendekatan proses dasar menumpukan proses politik dan melibatkan entiti-entiti yang berkepentingan. Oleh sebab masalah boleh timbul kerana faktor-faktor struktur. [sunting] Model proses . identify all alternatives. Pemerintahan mengenakan dasar pada semua rakyat dan memonopoli penggunaan kuasa untuk menguatkuasakan dasarnya. Tujuannya yang utama adalah untuk mengenal pasti penyelesaian yang paling berkesan dan paling cekap dari segi teknikal dan ekonomi.

Penciptaan dasar ialah proses yang merangkumi empat langkah seperti yang berikut: 1. Lihat kitaran dasar untuk pendekatan lima langkah dan pendekatan lapan langkah. 6. [sunting] Model tokokan Dasar awam ialah sambungan kegiatan kerajaan sebelumnya. [sunting] Model kumpulan Peranan sistem politik adalah untuk mengasaskan dan menguatkuasakan tolak ansur antara berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan dalam masyarakat. Pengenalpastian masalah dan penuntutan tindakan pemerintahan 2. dikenali sebagai "pengesahan dasar" 4. Bagaimanapun. Perumusan cadangan dasar oleh berbagai-bagai pihak. Ini merupakan salah sebahagian teori pilihan rasional. dan kelompok sekepentingan 3. mentakrifkan. [sunting] Model rasional Dasar awam bertujuan untuk mencapai "gandaan sosial yang maksimum". cara analisis langkah demi langkah ini mempunyai batasan sendiri. Penilaian dasar. 2. [sunting] Model elit Dasar awam ialah bayangan kepentingan mereka yang paling berkuasa dalam masyarakat. [sunting] Analisis dasar dalam enam langkah yang mudah 1. [sunting] Lihat juga . Menentusahkan. dengan perubahan minimum dibuat pada dasar terdahulu. misalnya jawatankuasa kongres. dengan dasar yang memaksimunkan manfaat melalui kos yang minimum merupakan dasar yang terbaik dari segi rasional. 4. dan memperincikan masalah Mengasaskan kriteria penilaian Mengenal pasti dasar-dasar alternatif Menilai dasar-dasar alternatif Memaparkan dan membezakan antara dasar-dasar alternatif Mengawasi dasar yang dilaksanakan. dan bukannya tuntutan khalayak. Pemilihan dan penggubalan dasar. Matlamatnya ialah kajian semula berkala yang sistematik. 3. kumpulan pemikir. Tatacara pemikiran yang linear ini boleh menimbulkan kesukaran dalam penyelesaian masalah-masalah yang luar biasa atau yang tidak mempunyai urutan kejadian yang tertentu. 5.

Prentice Hall Frank Fischer. Beryl (2000). Oxford University Press 3. Kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah menunjukkan kaum Melayu adalah berada di atas sekali dengan 64. Environmental Policy in New Zealand. William. Miller. 2006. Robert V. 2. Dunn " Public Policy Analysis: An Introduction". Building the Policy Studies Enterprise: A Work in Progress 4.). Vining. didapati 49. and Politics. 1993. Oxford University Press 1. Beyond Machiavelli : Policy Analysis Comes of Age. Robert V. Radin. 1993. & Mara S. Inc. 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% lagi berada di kawasan bandar. Gerald J. New Science Publishers.) Handbook of Public Policy Analysis: Theory. Environmental Policy in New Zealand. Policy Analysis: Concepts and Practice. The Politics of Clean and Green.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Weimer and Aidan R. Georgetown University Press. Kadar kemiskinan yang tinggi ini telah dipercayai menjadi penyebab kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum dan seterusnya menyebabkan satu dasar bersepadu diwujudkan bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan terutama di kalangan orang-orang Melayu. . Dari jumlah semua keluarga miskin. (Ed.y y y y Kajian dasar Dasar awam Kumpulan pemikir Eightfold Path (analisis dasar) [sunting] Rujukan Nagel. Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak. Sidney (eds. Lihat Bührs. Prentice Hall 2003 DEB Dari bancian penduduk pada tahun 1970. The Politics of Clean and Green. Methods. Stuart S. New York.8% diikuti dengan kaum India sebanyak 39.. Policy Analysis Methods. [sunting] Bacaan tambahan y y y y Eugene Bardach. 1999. Bührs. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Ton and Bartlett.. 5. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata bagi: y y mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. A Practical Guide for Policy Analysis: The Eightfold Path to More Effective Problem Solving David L.2% dan kadar kemiskinan kaum Cina adalah paling rendah iaitu 26%. Ton and Bartlett. Marcel Dekker Inc.

DEB masih releven. Kaum bukan bumiputera bebas untuk memiliki lebihan sebanyak 70% ekuiti. DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. y Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antara kawasan bandar dan luar bandar. Bagi golongan atasan kaum bumiputera. Pada asalnya. Terdapat kritikan daripada sesetengah pihak yang mengatakan DEB hanya menindas kaum bukan bumiputra dan hanya menguntungkan kaum bumiputera. y Memodenkan kehidupan di luar bandar y Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra. Penduduk bumiputera adalah dalam jumlah yang tertinggi di Malaysia tetapi hanya diperuntukan 30% sahaja ekuitinya. di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%. kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain.Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pemilikan ekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula gunatenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Di sini menunjukkan sepatutnya bumiputera perlu mendapat lebih besar ekuiti di dalam ekonomi Malaysia tetapi kaum Bumiputera tetap bertolak ansur dan hanya ingin memiliki 30% ekuiti. kerajaan hanya menetap hanya memperuntukkan 30% ekuiti untuk bumiputera. sewajarnya DEB diteruskan supaya kaum bumiputera terus dapat menikmati nikmat kemewahan ekonomi Malaysia sebagaimana kaum bukan bumiputera nikmati. mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputera bagi mendapat syer di dalam pasaran. Perlu diingat. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh. cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan cabaran semasa. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri daripada pelabur-pelabur luar negeri. y Meningkatkan kemudahan infrastruktur Setelah 50 tahun merdeka. realitinya kaum bumiputera hanya memiliki 18% ekuiti di dalam ekonomi Malaysia. Tetapi sehingga tahun 2007. Pada pandangan saya. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. DEB adalah satu dasar yang masih releven dan harus dipertahankan. Sejauh manakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein dan Dasar Pembangunan Negara(DPN) yang merupakan sambungan kepada DEB bila ia tamat pada tahun 1990 dalam menghasilkan usahawan Bumiputra melalui program Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB). Kaum Bumiputera adalah bangsa asal di bumi Tanah Melayu dan seharusnya bumiputera mendapat sedikit keistimewaan setelah pemimpin Melayu pra kemerdekaan memberikan taraf kewarganegaraan kepada kaum bukan bumiputera. Antaranya ialah: y Mewujudkan peluang pekerjaan y Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. kerajaan berhasrat menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini. y Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. DEB adalah salah satu medium untuk merapatkan jurang ekonomi ini. kaum bumiputera hanya memiliki sebanyak 18% ekuiti di dalam ekonomi Malaysia. . Melihat kepada statistik ini.

secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. . mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris.[1] Latar belakang Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani. dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah. Cina dan India. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Bagi masyarakat Cina dan India pula. Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua.Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: y y mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.

Jadi Peristiwa 13 hb Mei adalah reaksi orang Melayu terhadap kebiadapan parti-parti Cina ini seperti DAP. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui apabila parti orang Cina mulai melemperka kata-kata pedas dan perit terhadap orang Melayu bila mereka ini berarak pada 12hb Mei 1969. Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein. agama dan pekerjaan. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu: y y y y Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang . Detik trajedi ini masih mendalam dalam ingatan menyeluruh orang Melayu (Malay Communal Consciousness) sehingga ke hari ini. Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Ini disebabkan ada mereka yang kehilangan bapa. Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948±1960. Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Gerakan dan Sosialis Front Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat.Maka ramai orang Melayu telah oleh dibunuh oleh orang Cina semasa Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14 hari. bapa saudara atau datuk nenek yang telah dibunuh oleh ahli Bintang Tiga bangsa Cina dalam masa empat belas hari tersebut. Atas perakuan Perdana Menteri. Turut memburukkan keadaan adalah kerana.

Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat. 2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan. Dasar Pecah dan Perintah Penjajag Inggeris Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). negeri. 3. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini: 1.y Kesopanan dan Kesusilaan Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. 2. kemudahan infrastruktur dan lain-lain. latihan. 3. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran. Kesan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris 1. maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur. kesihatan. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan . Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional 1. daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan PeraturanPeraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969. 2.

3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. perlombongan. kesihatan. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga. menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. bekalan air dan elektrik. Di samping itu. pembinaan. Berdasarkan banci penduduk 1970. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan. beberapa strategi telah dirancang. strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. antaranya: . pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:y y penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai. kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan. didapati bahawa kira-kira 49. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Bagi mencapai matlamat. Dasar Ekonomi Baru(DEB) Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17. keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja. pengangkutan dan pertanian.3% pada tahun 1970. pertanian. Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai. biasiswa pelajaran dan buku teks. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum. kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama.1% berbanding 49. makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan.

kestabilan politik. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial. kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.y y y y Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990. Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. dan kecemerlangan ekonomi. Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat.A.B. menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar. DPN telah dilancarkan oleh Y. Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Latarbelakang Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). kecekapan pentadbiran kerajaan. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Dato' Seri Dr. Objektif Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Mahathir Mohamad. etika dan moral. nilai. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. kualiti hidup. Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990). Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Strategi Pelaksanaan .

Ia mengandungi beberapa peralihan . (vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. (v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. (vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. (ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. dan (viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. (iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut: (i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. (iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan. terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Program Pelaksanaan Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut: (i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. $544 bagi saiz isi rumah 5. Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. (ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan .4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. halanganhalangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat.000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin). Dalam bidang eksport pula. (ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5. Bagi tahun 1990. Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. (iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut: (i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Kira-kira 143. penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa. Untuk mengatasi masalah ini.1 di Semenanjung Malaysia. dan (iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000.pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah ekonomikal lagi.1% dalam tahun 1990. (iii) Wawasan 2020 Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandarbandar. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estetestet komersial.kesihatan . Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi.jalan-jalan luar bandar . Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta.90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar. pelaksanaan DEB (1971 .2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka. dan (iv) Pembasmian Kemiskinan Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.pendidikan dan .latihan .pengangkutan .DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut: . Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an.

Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Berhubung dengan ini. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasankawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera. pengangkutan dan kemudahan awam. maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.4 juta . mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal. pengurusan dan teknikal. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan dipertingkatkan. DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Daripada 2. tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. khususnya dalam kategori profesional.perumahan . Di kawasan bandar. (v) Penyusunan Semula Masyarakat Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan. dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan. program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Sebagai langkah jangka panjang.. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.bekalan air dan elektrik Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah.

Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Seperti DEB. Banyak usahawan Melayu dan Bumiputra yang kecundang dipukul oleh ombak Kemelesetan Ekonomi Asia pada tahun 1997/1998 dahulu. Mungkin kita perlukan satu dasar selepas 2020. sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Dimana usahawan Bumiputra? Kita masih tertanya soalan ini. Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta. untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja. Saya masih tertanya dimana usahawan Melayu dan Bumiputara semenjak DEB dilancarkan dan kemudian disambung pula oleh Dasar Pembangunan Negara yang akan berakhir pada tahun 2020? Ternyata kita tidak banyak masa lagi. Saya menjadi YDP Dewan Perniagaan Melayu Negeri Selangor dan Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.000 dalam sektor pembuatan. langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. . Hanya sekadar sebelas tahun sahaja lagi. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Ini perlu difikirkan. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000.700 dalam sektor perkhidmatan dan 534. kira-kira 55.) Di sektor luar bandar.8% akan diambil oleh Bumiputera (706. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham.

Begitu juga ramai yang parah dalam Kemelesetan Ekonomi Dunia yang bermula di Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun 2008 yang lalu. _____________________________________________________ .