1.

0

Pendahuluan Pencemaran merupakan isu global yang semakin mendapat perhatian banyak pihak. Isu

pemanasan global misalnya, punya kaitan yang erat dengan masalah pencemaran alam sekitar. Dalam tugasan ini, saya akan memfokuskan perbincangan ini kepada pencemaran air yang juga merupakan masalah yang semakin membimbangkan di Malaysia. Lokasi pencemaran yang dikenal pasti bagi tugasan ini ialah Sungai Bintangor, iaitu cabang kecil Sungai Sarawak yang terletak di pusat Bandar Raya Kuching Utara. Lokasinya yang strategik dengan kepadatan penempatan penduduk sekitar Kampung Masjid terus ke Satok, menjadikan Sungai Bintangor antara sungai yang teruk tercemar. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, pencemaran berakar umbi dari perkataan cemar yang bermaksud menjadi kotor atau tidak bersih. Air sungai boleh dianggap tercemar sekiranya terdapat beberapa mikroorganisma tertentu atau bahan kimia yang mengakibatkan air tersebut tidak sesuai untuk kegunaan minuman manusia. Berdasarkan definisi tersebut, air Sungai Bintangor bukan sahaja tidak sesuai sebagai keperluan minuman tetapi juga untuk tujuan lain seperti mandi, membasuh pakaian, berekreasi dan sebagainya. Ini kerana sungai ini telah diklasifikasikan dalam kategori µtercemar¶ berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA). Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), yang bertanggungjawab dalam soal perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar mengakui betapa seriusnya masalah pencemaran sungai di Sarawak. Salah satu daripadanya ialah Sungai Bintangor yang juga merupakan penyumbang utama pencemaran serius di Sungai Sarawak.

Sungai Sarawak

1

Ia menjadi sumber utama untuk minuman dan aktiviti air seperti memancing dan mandi-manda. suatu ketika dahulu sebelum arus pembangunan menerjah ke kampung tersebut. ramai penduduk setempat atau kanak-kanak seusianya mencari siput dan kerang-kerangan serta mandi di sungai ini. Menurut penduduk setempat. Perbincangan juga akan menjurus kepada puncapunca berlakunya pencemaran di sungai ini. 2. diharap ia mampu member maklumat tepat tentang tahap pencemaran yang berlaku di Sungai Bintangor. mengalir merentasi kawasan penempatan penduduk di Satok hingga ke Kampung Bintangor sebelum bercantum dengan Sungai Sarawak di muaranya. implikasinya serta saranan-saranan daripada pelbagai pihak dan penulis sendiri bagi memastikan masalah pencemaran sungai boleh ditangani dengan segera dan berkesan. Benteng sungai atau µwater front¶ yang dibina sejak tahun 2000 telah siap sepenuhnya pada tahun 2004. penempatan penduduk di sepanjang sungai ini sudah wujud sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak lagi.Justeru. 2 . Menurut seorang penduduk lagi yang berumur lewat 40an. melalui tugasan ini. semasa zaman kanak-kanak beliau. Benteng sungai yang cantik ini tidak mampu menyekat masalah pencemaran di sungai ini yang kelihatan semakin kritikal. Berdasarkan fakta sejarah.0 Latar belakang Sungai Bintangor Sungai Bintangor Sungai Bintangor yang panjangnya lebih kurang 2 kilometer. air sungai ini masih bersih dan dapat menampung keperluan asas penduduk sekitarnya.

Air sungai juga bertukar warna kehitam-hitaman semasa air surut. air sungai ini juga kian keruh dan kotor.Walau bagaimanapun. Gambargambar berikut menunjukkan dengan jelas kekotoran yang terdapat di dasar Sungai Bintangor. Sebaliknya ketika air pasang. mendakan kekotoran pada dasarnya dapat dilihat dengan jelas. Ringkasnya. 3 . malah banyak hidupan sungai yang berhijrah ke tempat lain atau mati akibat pencemaran yang teruk. Bau busuk pula dapat dihidu dengan jelas kerana pelbagai jenis bahan buangan baik berbentuk pepejal atau cecair dibuang ke dalam sungai ini. penduduk setempat tidak dapat lagi melakukan aktiviti di sungai baik untuk mendapatkan hasil hidupan sungainya ataupun untuk keperluan asas. Airnya bukan sahaja tercemar. setelah mengalami proses modenisasi dan pembangunan yang pesat. Apabila air surut. air sungai kelihatan keruh dan kekuningkuningan.

0 Punca-punca Pencemaran Sungai Bintangor Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan di sepanjang Sungai Bintangor dan kawasan penempatan sekitarnya. Berdasarkan pemerhatian penulis.1 Penempatan Manusia Proses modenisasi yang kian menerjah Bandaraya Kuching telah menyebabkan penempatan manusia semakin bertambah. 4 . factor penempatan manusia menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran di Sungai Bintangor. penulis mendapati terdapat beberapa punca utama pencemaran di sini. Punca pencemaran tersebut dapat dilihat dengan jelas berdasarkan gambar rajah berikut. sampah-sarap dan sisa-sisa lain dibuang terus ke dalam sungai atau dialir melalui parit sebelum mengalir ke dalam Sungai Bintangor.3. sistem kumbahan pelepasan sisa toksik proses semulajadi saluran air parit ke sungai penempatan manusia aktiviti perniagaan PUNCA PENCEMARAN pembuangan sampah 3. Ini kerana pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat menyebabkan banyak sisa-sisa kumbahan.

Justeru air sungai ketika ini menjadi sangat tercemar dan tidak selamat untuk dijadikan air minuman atau keperluan asas yang lain. 5 . pencemaran yang berpunca daripada sisa sampah-sarap yang dibawa arus sungai serta mendapan tanah. wabak tifoid dan penyakit taun.Gambar 1 Penempatan sepanjang Sungai Bintangor Gambar 2 Penempatan di sepanjang Sungai Bintangor 3. Selain itu.2 Proses Semulajadi Proses semulajadi seperti banjir menjadi antara penyebab berlakunya pencemaran di Sungai Bintangor. Ini menjadikan kualiti air menurun secara drastik pada musim banjir. Ini kerana banjir menyebabkan banyak tangki kumbahan ditenggelami air. Sisa-sisa najis manusia akan mengalir terus ke sungai dan ini menyebabkan tersebarnya pelbagai bacteria berbahaya seperti Vibrio Cholaroe.

Ini kerana sistem pengurusan sisa kumbahan masih lagi bersifat tradisi dan tidak mengambil kira kebersihan sungai. Penduduk sekitar masih lagi membina tangki najis berdekatan dengan sumber sungai dan mendatangkan risiko yang tinggi tumpahan sisa kumbahan ke dalam sungai. Meskipun penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit. Ini menambahkan lagi pencemaran toksik di Sungai Bintangor. Sisa kumbahan berupa najis manusia yang dibuang terus ke sungai telah menjejaskan kualiti air sungai ini. Sisa toksin samada dibuang ke dalam parit secara sengaja atau tidak akan mengalir terus ke Sungai Bintangor. tetapi oleh kerana sungai ini kecil. 3.4 Pembuangan sisa kumbahan Kepesatan perkembangan penempatan penduduk di kawasan ini menjadi punca merebaknya pencemaran di Sungai Bintangor. Pelepasan berterusan najis manusia ke dalam sungai menyebabkan pembiakan bakteria seperti Salmonella Typhi dan Vibrio Cholarae.3. Sungai Bintangor yang tercemar akibat dicemari dengan pestisid dan baja yang digunakan oleh para petani untuk membunuh serangga atau menyuburkan tanaman. 6 .3 Pelepasan sisa toksik Antara punca pencemaran yang serius di Sungai Bintangor ialah kerana terdapatnya stesen minyak yang membuang sisa toksik ke dalam parit. kesannya pada hidupan air tawar cukup jelas.

1 Kesan-kesan pencemaran Secara ringkasnya. Kesan terhadap kesihatan Kesan dari segi kewangan Ancaman kepada bekalan air bersih Pemusnahan hidupan sungai Pencemaran sungai utama 7 .5 Pelepasan air parit ke sungai Tidak seperti di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea yang menapis dahulu air yang dilepaskan ke sungai. Oleh kerana air merupakan keperluan asas manusia. Air yang tercemar ini pula. saya mengklasifikasikan kesan pencemaran dari empat sudut berbeza. Turut menjadi fokus. penulis akan menjelaskan kesan-kesan buruk pencemaran di SungaiBintangor sekiranya langkah-langkah perlu tidak diambil.0 Kesan pencemaran Sungai Bintangor Dalam bahagian ini. kita dapat melihat dengan jelas air sungai ini bertukar warna menjadi kehitamhitaman. tanpa tapisan akan dialirkan terus ke sungai utama iaitu Sungai Sarawak. Ketiga-tiga elemen ini dilihat sebagai sangan berperanan dalam membendung masalah pencemaran sungai yang seakan tiada penyelesainnya 4. 4. ii.3. perbincangan penulis dalam bahagian akhir ialah langkah-langkah perlu sebagai cadangan untuk mengatasi pencemaran air di Sungai Bintangor. asas implikasi buruk akibat pencemaran akan mendatangkan kesan lansung kepada masyarakat. Di Malaysia umumnya teknologi sebegini belum dimanfaatkan. v. Dalam mengupas saranan ini. masyarakat dan pihak berkuasa tempatan. kewangan dan ancaman kepada bekalan air bersih penduduk. penulis akan melihat dari sudut peranan individu. iii. Kesan-kesan ini akan diperincikan dari sudut kesihatan. iv. Pelepasan air parit atau longkang terus ke sungai menjadikan sungai kecil ini terus tercemar. Apabila air surut. Antaranya ialah: i.

kesihatan masyarakat juga boleh terjejas sekiranya termakan hidupan air yang sudah tercemar khususnya hidupan air seperti kerang dan siput. KESAN PENCEMARAN Pemusnahan hidupan sungai Kesihatan Kewangan Bekalan air bersih Peningkatan pencemaran Sungai Sarawak 4. Dengan itu boleh memekatkan patogenpatogen. udang dan kerang-kerangan yang mati atau berhijrah ke tempat lain yang lebih bersih. Apabila siput atau kerang dimakan oleh manusia. penyakit enterik. Ini kerana bacteria yang terdapat dalam sungai ini boleh menyababkan penyakit kulit dan gatal-gatal. Ini kerana banyak hidupan sungai yang mati akibat pencemaran yang berterusan. Antaranya penyakit taun.1. Berdasarkan pencemaran yang berpunca daripada air kumbahan khususnya najis manusia dan haiwan. kualiti Sungai Bintangor amat kritikal untuk dijadikan minuman. Banyak hidupan sungai seperti ikan. ia boleh merebakkan penyakit seperti hepatitis A. Penyakit bawaan ini juga boleh disebarkan oleh pengguna air tersebut sekiranya berlaku sentuhan dengan individu lain. tifoid dan kapialu 4. Contohnya penyakit kulit yang mudah berjangkit melalui sentuhan. Selain itu.2 Pencemaran hidupan sungai Pencemaran Sungai Bintangor juga turut menjejaskan hidupan dan habitatnya di sini. 8 .1 Kesan terhadap kesihatan Pencemaran sungai memang dikaitkan dengan banyak penyakit. Malah terdapat juga spesies ikan seperti haruan dan talaphia yang lebih tahan lasak tetapi tidak selamat untuk dimakan akibat pencemaran bahan kimia atau toksik. Ini kerana haiwan jenis ini mendapatkan makanan daripada mikroorganisma. Sungai Bintangor juga amat tidak selamat untuk sebarang aktiviti riadah seperti berenang.Gambarajah berikut boleh dijadikan panduan dalam menilai kesan pencemaran Sungai Bintangor dengan lebih tepat.1. dan pelbagai penyakit bawaan air yang laju. Ini diakui sendiri oleh kaki-kaki pancing yang mengakui betapa sukarnya memperolehi ikan atau udan di sungai ini.

4. 9 .5 Pencemaran Sungai Sarawak Oleh kerana Sungai Bintangor bercantum dengan Sungai Sarawak di muaranya. Pihak DBKU yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bersama Lembaga Fakulti Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) telah membelanjakan dana yang banyak untuk membersihkan Sungai Sarawak. Sebaliknya ketika air surut. Implikasi seterusnya ialah ia juga mencemarkan sungai utama iaitu Sungai Sarawak.4. Semua aktiviti yang dijalankan telah menelan belanja yang cukup besar seolah-olah tidak mencapai matlamatnya. Air Sungai Bintangor berwarna kekuningan apabila air pasang kesan mendapan sungai dan pembuangan sampah dan sisa kumbahan.1. Ini tidak termasuk kos yang ditanggung oleh pihak Lembaga Air Kuching dalam merawat serta membekal keperluan air bersih kepada penduduk Bandaraya Kuching. Justeru. boleh dikatakan pencemaran sungai khususnya Sungai Bintangor telah membawa implikasi yang cukup besar dari sudut kewangan. Pencemaran sungai yang berterusan. Kerajaan juga melalui pelbagai jenis agensinya termasuk Jabatan Alam Sekitar turut membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengadakan kempen tentang peri pentingnya menjaga dan mencintai sungai kita. baik berpunca dari penempatan penduduk.3 Bekalan air bersih Pencemaran berterusan di Sungai Bintangor juga turut menjejaskan kualiti air. aktiviti perniagaan di Bandar seperti stesen minyak. segala pencemaran yang berlaku di sini mendatangkan implikasi yang besar kepada Sungai Sarawak. Ia telah menyebabkan kehadiran pelbagai mikroorganisma yang berbahaya kepada manusia dan hidupan sungai sendiri. tidak mustahil Sungai Sarawak juga berkemungkinan menjadi sungai yang sangat tercemar dan berbahaya kepada manusia. Tanpa usaha bersungguh-sungguh dan berkesan dari semua pihak.4 Kesan dari sudut kewangan Usaha ±usaha untuk membersihkan sungai yang sudah tercemar teruk ini bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi juga menelan belanja yang cukup besar. 4. dan sekaligus menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk Bandaraya Kuching.1. restoran dan seumpamanya telah mengalir terus ke Sungai Sarawak melalui Sungai Bintangor. Ini menjadikan kualiti air sangat rendah dan tercemar serta tidak sesuai sama sekali dijadikan air minuman. air sungai bertukar warna kehitamhitaman kerana banyaknya sisa dari longkang yang dialir terus ke sungai.1.

gotongroyong dan penyebaran maklumat secara meluas tentang isu ini.5. Masyarakat perlu disedarkan tentang tanggungjawab bersama dalam mengekal sumber alam yang dikongsi bersama ini.0 Cadangan mengatasi pencemaran Sungai Bintangor Berdasarkan fakta dan perbincangan yang dikemukakan. 10 . Ini kerana air adalah nadi kehidupan manusia. iaitu. Masyarakat perlu menyedari keperluan mengekalkan kebersihan sungai untuk kesejahteraan semua. peranan pihak berkuasa dan penggunaan teknologi terkini. isu pencemaran di Su ngai Bintangor perlu diatasi segera. Berdasarkan gambar rajah. kesedran orang ramai. Sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab segelintir anggota masyarakat perlu dibendung. kesedaran sivik daripada masyarakat sekitar perlu dalm memelihara dan memulihara sumber air yang terhad ini. Tanpa langkah-langkah konkrit dan berkesan serta kerjasama menyeluruh daripada semua pihak. berikut penulis melihat 3 pihak uatama yang harus berperanan dalam mengatasi isu pencemaran Sungai Bintangor ini. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan ialah melaluikempen kesedaran. Kesedaran orang ramai CADANGAN MENGATASI PENCEMARAN penggunaan teknologi terkini peranan pihak berkuasa 5. isu pencemaran air tidak mampu diatasi.1 Kesedaran orang ramai Pada saya. Kempen-kempen kesedaran dan penyebaran maklumat tentang risiko-risiko pencemaran sungai pada jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang mungkin berkesan membina paradigma baharu masyarakat.

Di Negara-negara maju misalnya. air longkangdan sebagainya ditapis dan dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan ke sungai. Pihak berkuasa tempatan melalui pelbagai agensinya perlu bertindak lebih berkesan dan bersungguh-sungguh.3 Penggunaan teknologi terkini Malaysia patut mencontohi kejayaan Negara maju seperti Jepun dan Korea yang Berjaya mengurus sumber air dengan berkesan. aspek undang-undang juga perlu dilaksanakn tanpa pilih kasih. Sebab itulah. Penguatkuasaan yang lemah sudah menjadi isu yang sering diperkatakan.5. Denda maksimum perlu dikenakan kepada mana-mana pihak yang masih mencemarkan sungai ini. Justeru. Penggunaan teknologi perawatan air dari kawasan perumahan dan industry mungkin boleh dimanfaatkan secepat mungkin. Kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak kawasan tadahan air dan hutan simpan bagi mengekang pencemaran di sungai-sungai. Teknologi mapan pengurusan sumber air ini mampu membendung masalah pencemaran air yang kian membimbangkan ini. 5.2 Peranan pihak berkuasa Pihak berkuasa tempatan khususnya disarankan untuk bertindak lebih proaktif dalam menangani masalah pencemaran ini. bekalan air bersih dapat dijimatkan. Selain menanam sikap lebih bertanggungjawab masyarakat. 11 . manakala pencemaran dapat diatasi. sisa-sisa kumbahan. Tiada gunanya kerajaan menghabiskan peruntukkan sejumlah jutaan ringgit untuk membina benteng dan menghias tebingan sungai jika air yang mengalir di sungai tersebut masih kotor dan tercemar. denda bukan sahaja dilaksanakn kepada individu tetapi juga tauke-tauke syarikat yang dikenal pasti lebih besar skala pencemaranyang dilakukan mereka.

0 Penutup Kesimpulannya. 12 .6. tanpa usaha bersungguh-sungguh. pencemaran di Sungai Bintangor amat kritikal dan memerlukan perhatian sewajarnya. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab. dari sudut penguatkuasaan pula boleh dikatakan hampir tiada tindakan yang diambil terhadap mana-mana pihak yang mencemari sungai ini biarpun ia dilakukan secara terang-terangan. Pada hemat penulis. Pihak pengusaha restoran sehinggalah stesen minyak di pusat Bandar raya bebas membuang pelbagai bahan larut cemar ke dalam longkang yang mengalir terus ke Sungai Bintangor. Pemerhatian selama beberapa hari di sungai tersebut baik semasa air pasang atau surut telah menunjukkan dengan jelas tahap pencemaran di sungai ini. Seterusnya. kita perlulah berusaha mengubah persepsi masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara kebersihan sungai. berdasarkan pemerhatian dan fakta yang dikumpul sama ada melalui agensi tertentu atau pandangan masyarakat setempat. Seperkara yang menarik perhatian penulis ialah kesedaran masyarakat yang amat rendah dalam menghargai anugerah Tuhan ini. Sungai Bintangor akan menjadi pusat pelupusan sampah tidak rasmi dan seterusnya menjadi penyumbang utama pencemaran di Sungai Sarawak kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat Bandar.

Related Interests