PERBEZAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DENGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN 1.

1 PENDAHULUAN Kita selalu mendengar orang menyebut istilah teknologi pendidikan tetapi kurang sekali mendengar orang memperkatakan mengenai teknologi pengajaran atau sistemsistem teknologi pengajaran. Sebenarnya terdapat perbezaan makna dan pengertian di antara keduanya yang nanti akan dikupas dalam bab ini. Teknologi pendidikan adalah satu bidang ilmu yang luas lagi kompleks. Mengikut AECT, dalam buku The Definition of Technology (1977). Teknologi pendidikan adalah lebih luas bidangnya daripada teknologi pengajaran jika kita dapat menerima hakikat bahawa bidang pengajaran adalah suatu set kecil dalam pendidikan. Memandangkan bidang teknologi pendidikan itu terlalu luas lagi kompleks, ada baiknya dihadkan atau dikecilkan skopnya kepada teknologi pengajaran supaya lebih tepat, sesuai dan praktikal bagi setiap pendidik yang tugas utamanya adalah memudah dan memajukan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.2 APAKAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN Di Malaysia kepentingan teknologi pendidikan di institusi pendidikan telah mula diperdebatkan sejak tahun 1970-an lagi. (Yusup, 1991). Dalam seminar, bengkel, forum, jurnal, majalah, akhbar dan lain-lain media sebaran am, isu teknologi pendidikan sering mendapat perhatian. Pengaruh teknologi pendidikan bermula dengan penggunaan bahan visual seperti gambar, carta dinding, peta, glob, bahan realia, model-model dan bahan terbuang. Di samping itu, papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet merupakan alat-alat utama bagi menyampaikan pengajaran manakala pelajar-pelajar pula menggunakan papan batu dan bahan-bahan bercetak untuk pembelajaran. Kemudian alat pandang dengar seperti projektor slaid, projektur filem jalur dan projektor 16mm telah mula digunakan terutamanya selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 1.3 DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN Yang berikut adalah beberapa definisi teknologi pendidikan : 1. Teknologi pendidikan adalah merupakan perkembangan, penggunaan dan penilaian terhadap sistem-sistem, teknik-teknik dan alat-alat bantuan mengajar untuk membaiki proses pembelajaran manusia. (NCET), National Council for Educational Technology, 1973) 2. Teknologi pendidikan menitikberatkan penggunaan kaedah-kaedah moden dan teknologi-teknologi secara sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan guru dalam berbagai-bagai peranan tradisional dan peranan yang masih

Rajah 1. teknik. sistem. Principle of Instructional Design. Robert dan Briggs Leslie J. Ia berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tetapi bukan bermaksud komputer. Teknologi pendidikan kadang kala dikaitkan dengan komputer dan lain-lain alat media yang digunakan dalam pengajaran. Teknologi pendidikan juga dikaitkan dengan corak sistem pengajaran berkomputer dan perkakasan media.7) 3. pendidikan dan latihan. Fokus utama ialah guru dan cara ia menyesuaikan diri dalam bilik darjah. dilaksana. Namun demikian ada kecenderungan menyabitkan teknologi pendidikan dengan proses perancangan di mana suatu sistem pengajaran direka bentuk.1) Teknologi pendidikan juga satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan penggunaan dan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. profesion. Dari segi sejarahnya teknologi pendidikan bermula semenjak tahun 1920 dengan penggunaan radio dan TV sehinggalah kepada penggunaan komputer pada hari ini. 1979. Maka teknologi pendidikan mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran terutama sekali melihat kepada fenomena-fenomena yang sedang berlaku pada abad ini dengan ledakan ilmu pengetahuan pembanjiran maklumat dan teknologi yang tidak putus-putus sehingga memberi kesan secara langsung dan tanggung jawab yang besar kepada para pendidik. .. John. United Kingdom 1973). dikawal dan dinilai untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang berkesan. perkaedahan dan pendekatan. Walau bagaimanapun perkembangannya dihubungkaitkan teknologi pendidikan dengan proses dan perancangan di mana sistem pengembangan pengajaran dilaksanakan. 1973 hal. kaedah-kaedah lain dan penggunaan persekitran pelajar untuk menghasilkan proses pembelajaran (Unwin 1968). Teknologi pendidikan adalah perkembangan aplikasi. (Leedham. 1967. dikawal dan dinilai. Educational Technology : A First Look. Perkara yang penting bagi Unwin ialah kemahiran. sistem penilaian. (Gagne. teknik dan bahan pengajaran untuk meningkatkan proses pembelajaran manusia (National Council of Educational Technology (NCET). Kesanggupan untuk mengatasi masalah-masalah dalam pendidikan telah banyak dibuktikan melalui amalan-amalan mahupun kajian-kajian yang dijalankan (AECT. hal. proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa penglibatan teknologi pendidikan.diperkembangkan. TV dan lain-lain alat pengajaran tetapi teknologi pendidikan ialah arah pemikiran bagaimana matlamat pendidikan boleh dicapai oleh pelajar melalui kaedah tertentu. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media. Teknologi pendidikan dari segi pengertian dan konsep disimpulkan sebagai satu bidang yang disepadukan dengan bidang-bidang lain seperti teori. 20) Dalam konteks pendidikan masa kini.

(Cuban 1986). Zaman 1972-1979 : Pengaruh media komunikasi Radio dan TV Pendidikan. Zaman 1980-1990 : Perkembangan pengajaran berasaskan sumber dan pendidikan komputer. Rajah 1. c. b. Zaman pra dan pos merdeka 1949-1971 : Perkembangan bahan visual dan pandang dengar.1 Pengertian teknologi pendidikan berdasarkan AECT (1967) . teknologi pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat atau tiga zaman : a. Mengikut sejarah perkembangannya.

pendekatan dan kaedah yang diambil kira semasa membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. bahan. Pengertian atau takrifan teknologi pendidikan perlu kepada empat aspek yang berkaitan dengannya iaitu: a. Pendekatan sistem berdasarkan penyelidikan dan dapatan kajian seperti psikologi. alat.2 Hubungan Perkakasan dengan perisian Kedua-dua aspek perkakasan dan perisian dikenali juga sebagai ³teknologi dalam pendidikan´ yang meliputi setiap alat yang digunakan bagi menyebarkan maklumat seperti penggunaan TV. aspek penggunaan adalah segala pemikiran teknik.Persatuan Teknologi Pendidikan (PTPM 1987) berpendapat. makmal bahasa dan beberapa jenis peralatan lain. prosedur serta mengembleng tenaga ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan objektif utama penggunaan teknologi pendidikan. b. teori-teori pembelajaran dan teori-teori komunikasi supaya bahan yang dibina sistematik dan saintifik. Rajah 1. Gabungan kedua-dua aspek ini dapat dilihat pada rajah 1.2. pedagogi. Oleh yang demikian teknologi pendidikan memberi penekanan kepada proses pembelajaran. d. aspek perisian pula bahan yang digunakan bersama-sama dengan perkakasan apabila menyampaikan pengajaran. aspek perkakasan ialah peralatan berbentuk mesin yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan sesuatu pengajaran. Pada . teknologi pendidikan sebagai satu proses menganalisis keperluan pendidikan bersistematik dan rasionalnya untuk mereka bentuk dan mengaplikasikan secara bersepadu yang melibatkan idea. c.

4 APAKAH TEKNOLOGI PENGAJARAN Teknologi Pengajaraan adalah cabang daripada teknologi pendidikan.3 Hubungkait aspek-aspek teknologi pendidikan (Percival & Elington 1984) Sebagai rumusan.asasnya ia juga dikenali sebagai alat bantu mengajar. Pengertian teknologi pendidikan merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu perkakasan. Inilah yang dikenali sebagai pendekatan sistem dalam teknologi pendidikan yang dianggap sebagai inti teknologi dari pendidikan. Mengikut Percival dan Elington (1984). Amerika Syarikat (1970) menjelaskan pengertian umum teknologi pengajaran bermaksud media yang wujud daripada revolusi komunikasi yang boleh digunakan untuk mengajar seperti papan tulis dan . «³Penggabungan berbagai-bagai teknologi dalam pengajaran ke dalam satu sistem pengajaran manusia mesin adalah tugas utama teknologi pengajaran«´ Laporan Suruhanjaya Teknologi Pengajaran. Alat yang dipilih digunakan dengan sebaiknya bagi menyokong strategi pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan komputer dan alat yang lain.3 di bawah. 1. ketiga-tiga aspek ini dapat digambarkan seperti rajah 1. teknologi pendidikan ialah sebagai satu bidang pengajaran dan kemahiran yang menitik beratkan aspek pengelolaan sistem pendidikan dan peraturan di mana sumber bahan ditumpukan untuk menghasilkan pendidikan yang bermutu dan sesuai digunakan untuk mencapai objektifnya dari masa ke semasa. perisian dan penggunaan yang merupakan unsur-unsur penting dalam teknologi pendidikan. Rajah 1. Heinich (1982) menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggung jawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran.

(Unwin 1968) Rajah 1. The Proper Study of Instructional Technology.67) Dua komponen yang wujud dalam teknologi pengajaran ialah : a. Contohnya ialah pengajaran terancang. Penyatuan antara ketiga-tiga unsur ini akan menghasilkan pendekaatan pengajaran yang berkesan (Rajah 1. (ALA dan AECT. komputer dan bahan-bahan lain dianggap sebagai alat bersama bahan. (Tickton. Peralataan yang terdapat di dalam teknologi pengajaran ialah seperti TV. teknologi pengajaran media pengajaran dan bahan pandang dengar.buku teks. Proses pengajaran dikenali sebagai pendekatan sistem dalam teknologi pengajaran. hal. Media Program: District and School. hal. 1975. bahan pengajaran dan rangsangan persekitaran pelajar yang dapat menimbulkan proses pembelajaran. S. Teknologi ini melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dengan menggunakan media dan kaedah pengawasan persekitarn setakat mana ia menimbulkan proses pembelajaran. buku teks dan papan hitam. To Improve Leraning. perisian. Teknologi pengajaraan boleh dimaksudkan sebagai penerokaan atau pencarian pengetahuan baru mengenai cara-cara paling baik manusia belajar mereka bentuk sistem atau bahan pengajaran. 1.4 Perkaitan di antara teknologi pendidikan. projector. 112) 3.. Teknologi pengajaraan adalah sebahagian daripada teknologi pendidikan yang mementingkan penggunaan proses saintifik dalam pengalaman pembelajaran. audio tutorial. pelajaran imbuhan. filem. seni mengguna dan mengendalikan pengajaran. (Heinich. Teknologi pengajaran merupakan gabungan secara teratur dari segi perkakasan. Teknologi pengajaran dimaksudkan sebagai alat / bahan media yang lahir akibat dari revolusi komunikasi yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru. b. ECTJ. Teknologi pengajaran melibatkan beberapa proses iaitu: a. 1985.4) .G. Alat-alat. Robert. 1970) 2. Penggunaan teknik moden : berkaitan dengan kaedah pengajaran secara moden berasaskan kajian dan teori melibatkan alat perkakasan secara langsung atau tidak. pengajran .5 DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJAARAN Berikut ialah di antara beberapa definisi teknologi pengajaran : 1.

terdapat perbezaan hanya dari segi ruang lingkup sahaja. simulasi. kaedah. pengembangan. b. Teknologi pendidikan meliputi keseluruhan organisasi pendidikan itu sendiri tetapi teknologi pengajaran terbatas kepada perkaraperkara yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pengajaran sahaja. telesyarahan dan berbagai lagi bentuk komunikasi moden. kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pengelolaan serta penggunaan alat dan bahan pengajaran. b. Kaedah menggunakan media : proses. telefon. (Abdul Rahim 1988). Persekitaran : persekitaran tempat belajar yang selesa mempengaruhi pelajar dan guru. Kesimpulannya. internet. Ini juga boleh melibatkan alat bantu mengajar. Kaedah dan sistem penyampaian melibatkan individu dan pusat-pusat sumber. pusat sumber dan sebagainya. strategi dan kemahiran dalam menggunakan alat media. Kemudahan belajar : peralatan. pita slaid. d. Di antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran. Teknologi pengajaran lebih tertumpu kepada penggunaan dan penyusunan secara sistematik terhadap berbagai alat dan bahan teknologi yang boleh membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Abdul Rahim (1988) menyatakan teknologi sebagai satu implikasi atau pemindahan secara kreatif sains kepada keperluan industri atau apa-apa keperluan yang lain. telesidang audio dan lain-lain. Kaedah pendidikan jarak jauh yang melibatkan TV.individu dan akhbar dalam darjah dan sebagainya. Sebaliknya sains sebagai himpunan ilmu pengetahuan atau segala ilmu yang telah teruji yang dapat dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip-prinsip am. Ini melibatkan segala peranan. bilik darjah. papan hitam elektrik. c. teknologi pengajaran melibatkan ruang lingkup yang lebih luas termasuk identifikasi. makmal komputer. mel elektronik. Media : segala alat bantu mengajar dan alat pandang dengar. radio. Kaedah pengajaran secara individu melibatkan makmal bahasa. pengurusan dan sumber yang boleh memberi ke arah keberkesanan pengajaran. teknologi pengajaran sebagai satu implikasi secara kreatif daripada sains bertujuan memberi latihan dalam pendidikan. Teknologi pengajaran terdapat tiga kaedah atau bentuk utama. Apabila dilihat konsep teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran terdapat perbezaan bagi kedua-dua konsep tersebut. c. Secara umumnya. alat . telesidang video. verbal dan non verbal yang dijadikan saluran bagi menyampaikan mesej pengajaran. e. kurikulum. kemudahan yang menolong proses pengajaran dan pembelajaran seperti bangunan sekolah. iaitu : a.

Peralatan yang dimaksudkan seperti komputer. Akal ini bertindak menyatukan segala ilmu pengetahuan secara sistematik dan terancang bagi menghasilkan alat dan bukan alat. TV. ekonomi dan politik individu atau masyarakat (Naim 1996). LAMPIRAN DOMAIN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN Sumber : Diubahsuai dari The Definition of Educational Technology. teknologi merangkumi dua komponen. komponen konkrit yang meliputi peralatan dan perkakasan seperti mesin dan sebagainya. kaedah. Pertama.pandang dengar yang diadakan secara sistematik untuk membantu proses penyampaian. Komponen kedua berbentuk abstrak seperti tatacara. 1. pendekatan dan teknik. Penyatuan antara alat dan bukan alat digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan beberapa masalah yang boleh memberi kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan. teknologi bukan sahaja alat tetapi proses yang melibatkan akal manusia sebagai inputnya. radio. kaedah dan teknik. teori. Komponen abstrak lebih bersifat dalaman yang ada pada seseorang atau kumpulan tertentu secara langsung ada kaitan dengan pengetahuan.6 PENUTUP Teknologi sekali gus merupakan pengetahuan dan peralatan yang dihasilkan oleh seseorang atau sesebuah masyarakat bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau cuba mempertingkatkan hasil dan memenuhi keperlun sosial. AECT 1977 POWERPOINT [home][prologue][shaz webpage][biodata][nota kuliah] . pengalaman dan juga ada hubungan dengan budaya sesebuah masyarakat (Naim 1996). Oleh itu secara umumnya. Berdasarkan pernyataan berikut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful