AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA 50603 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

MELAYU

FALSAFAH DAN LOGIKA ( JXEA 1104) SEMESTER 1 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU (APM)

NORAFIZA BINTI ARPAI JEA 080080

IBNU KHALDUN

2

PENGENALAN

Nama penuh Ibnu Khaldun ialah Abd Al-Rahman Ibnu Muhammad Ibnu MuhammaIbnu Muhammad Ibnu Al- Hasan Ibnu Muhammad Ibnu Jabir Muhammad Ibnu Ibrahim Ibnu Abd Rahman Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 732/1322M. Nama sebenar beliau ialah Abd Rahman, nama panggilan keluarganya ialah Abu Zayd (ayah Zayd) nama popularnya ialah Ibnu Khaldun. Dari segi intelek beliau lebih dikenali sebagai Wali Al- Din. Ibnu Khaldun mendapat pendidikan formal di Tunis kira-kira 18 tahun. Ketika itu Tunis terkenal sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan yang utama di Afrika Utara, maka beliau mengambil peluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan dari tokoh-tokoh ilmuan di situ. Ketika berumur 20 tahun kedua-dua ibu-bapanya meninggal dunia. Beliau aktif dalam bidang pentadbiran dan politik du Tunis., Magribi dan Andalus. Beliau meninggal dunia pada 808 hijrah bersamaan 1406 M

SUMBANGAN Antara sumbangan beliau ialah menjawat jawatan penting iaitu setiausaha kepada Sultan Abu ‘Inan di Fez,Magribi (1355),menjadi perdana menteri bagi Sultan Abu ‘ Abdullah di Bongie(1365M) dan pelbagai-bagai lagi.Beliau juga telah menulis buku-buku ilmiah yang tidak ternilai kualitinya seperti Al-Muqaddimah dan Al-Ibar. Selain itu beliau juga telah mengarang Kitab Luhad Al-Muhashsal Fi Usul Al Din. Beliau turut mengarang Shifa’ Al As-Sa’il Tahzila Masa’il yang membahaskan permasalahan tasawwuf dan sejarahnya. Beliau juga mengarang Kitab Al-Duwal Al -Islamiyah Bi Magribi yang membahaskan sejarah bangsa Barbar Ban dinasti-dinasti muslim Magribi atau Afrika Utara.Selain itu beliau juga mengarang Ta’rif Bi Ibnu Khaldun Wa Rithatuhu Gharban Wa Sharqan yang mengisahkan tentang pengembaraannya di Barat dan di Timur dan lainlain lagi.

3

SESUATU YANG DAPAT DIPELAJARI OLEH MANUSIA SAMA ADA MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN, PACAINDERA, PENGALAMANPENGALAMAN MAHUPUN DENGAN PERTOLONGAN WAHYU -IBNU KHALDUN-

Pada pendapat saya tentang apa yang diperkatakan oleh Ibnu Khaldun di atas ialah tentang ilmu pengetahuan . Secara mata kasarnya dilihat bahawa ilmu pengetahuan

yang ada pada seseorang membolehkan seseorang itu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Namun jika dilihat dengan lebih mendalam makna ilmu itu sendiri tidak dapat diungkap dengan tepat. Dalam buku yang ditulis oleh Hashim bin Haji Musa menyatakan ilmu ditakrifkan memahami secara umum sebagai keadaan atau sifat

mengetahui,mengenali,

,memgingati,dan

mengerti

sesuatu

perkara

,benda,suasana kejadian, kelakuan ,dan juga sebagai himpunan daripada yang diketahui itu boleh juga dinamakan ilmu pengetahuan.Oleh itu ilmu pengetahuan merangkumi kedua-dua aspek iaitu sebagai sifat mengetahui dan pengetahuan sebagai himpunan daripada apa yang diketahui.

Namun dalam pandangan melayu islam menyatakan mencari ilmu yang benar merupakan satu tanggungjawab dan misi yang dipegang secara wajib bagi seluruh orang islam seperti yang ditegaskan dalam islam bahawa mencari ilmu adalah fardu bagi setiap orang islam. Ilmu yang benar akan menjadi pembimbing kepada kehidupan di dunia ini, supaya tindak-tanduk, perlakuan, perbuatan,pengucapan dalam keadaan rasional adil dan seimbang.Ini dapat menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat. Usaha mencari ilmu

4

yang benar amat penting kepada manusia kerana ada pertalian secara langsung dengan pengenalan tentang dirinya dalam alam persekitaran dan juga pengenalan tentang nasib masa hadapannya iaitu destinasinya yang muktamad dan kekal.

Ilmu yang benar akan memimpin seseorang itu untuk meletakkan sesuatu perkara yang berlaku pada tempat yang betul dan benar termasuklah meletakkan diri sendiri dalam persekitarannya dan dalam sistem kewujudan . Dengan meletakkan sesuatu yang betul dan benar ini akan menjadikan dan membawa kepada keharmonian, kesaksamaan dan keadilan. Keadilan ini sekaligus akan membawa kepada ketenteraman ,keamanan , kesejahteraan dan kebahagiaan .Kezaliman dan kekacauan yang berlaku akibat daripada keupayaan seseorang itu meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya iaitu di tempat yang benar dan tidak berupaya untuk mengambil sesuatu keputusan dan tindakan yang rasional dan adil serta berpandukan ilmu.

Jelaslah dapat dilihat kezaliman dan ketidakadilan berlaku akibat daripada ketiadaan ilmu yang benar dan membawa kepada autoriti yang tidak sah dan tidak abash.Selain itu ilmu yang tidak benar dan telus akan membawa kepada kekaburan dan kesamaran untuk mengenali tentang hakikat diri-sendiri. Jka kita tidak dapat mengenali hakikat diri sendiri , ini akan membuatkan kita sukar untuk membuat keputusan yang benar tentang hala tuju destinasi yang harus kita lalui untuk menelusuri kehidupan di dunia. Dengan adanya ilmu, kita juga dapat mengetahui apa disebalik sesuatu kejadian yang berlaku dengan pemerhatian dan perta’akulan yang jelas tentang apa yang ada dalam alam semesta dan seluruh kewujudan ini yang diperoleh dalam kajian

5

epistemology dan bagaimana ilmu pengetahuan itu diungkap, dihujah dan disampaikan secara teratur dan berkonsekuen yang dicakupi oleh ilmu.

Selain itu, negara-negara maju di dunia hari ini mencapai kemajuan dengan adanya kemajuan dengan adanya ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu mereka tidak akan mencapai apa yang dikecapi hari ini.Mereka tidak akan menjadi negara dan bangsa yang gah seantero dunia.Kenyataan ini dapat disaksikan melalui kecanggihan teknologi kini.Dalam lipatan sejarah pula,kita dapat lihat bahawa umat islam pernah mengecapi kecemerlangan dalam tamadun islam disebabkan oleh adanya penguasahaan ilmu.Manusia dijadikan oleh Allah sangat dinamik.

Manusia tidak boleh hanya berserah dengan takdir dan perubahan dipersekitaran kita sahaja.Memang benar takdir ditentukan oleh Allah,namun manusia yang hanya makluk mikrokosmos mestilah mempunyai ilmu untuk berusaha mencari jawapan

tentang apa yang telah berlaku.Tanpa ilmu usaha yang ditentukan tidak sistematik dan ada masanya ia menjadi sia-sia.Dalam firman Allah dapat dilihat bahawa ilmu itu penting.Firmannya bermaksud ‘Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dari kalangan kamu

beberapa darjat’(Al-Mujadalah:11)

6

PENUTUP

Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa ilmu pengetahuan itu penting bagi sesuatu yang digelar manusia.Ilmu dapat membimbing kita ke jalan yang benar bagi menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan pelbagai ranjau serta cabaran yang akan ditempuhi kelak.Kata-kata Ibnu Khaldun ini boleh dijadikan pengangan bagi seseorang untuk menelusuri dan menjalani kehidupan agar segala yang dilakukan membawa kebaikan kepada seseorang itu.Selain itu seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan sekaligus dapat memanfaatkan kehidupan di dunia dari disia-siakan begitu sahaja.Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan itu penting bagi menjamin kehidupan seseorang

7

SUMBER RUJUKAN

Awang Sariyan,2007,Falsafah Dan Logika Melayu, Jabatan Bahasa Melayu,Akademi Pengajian melayu Universiti Malaya

Hahsim Bin Haji Musa,2001,Falsafah Logik Teori Nilai.Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Mohammad Abdullah Enan,2007, Ibn khaldun:His life and works Quality Islamic Books In English,The Other Press Kuala Lumpur Http://www.sabah.edu.my/cwm010/ibnu khaldun.htm Http://en.wikipedia.org/wiki/Ibnu _Khaldun Http://www.ummah.net/history/scholars/KHALDUN

8