Kod :JXEA 1104 Nama Topik: Hikayat Abu Nawas Nombor Matrik: JEA 080121

Ringkasan Cerita

Abu Nawas adalah tokoh utama dalam cerita ini.Ia adalah putra penghulu Kerajaan Bagdad yang terkenal adil dan alim .Agamanya Islam .bersikap jujur ,dan patuh pada

ayahnya .Sifatnya arif bijaksana ,suka menolong orang lain ,baik orang kaya mahupun orang miskin.Semuanya akan ditolong sesuai dengan hukum yang berlandaskan Islam .Semua masalah yang dibebankan kepadanya diselesaikan dengan baik dan bijaksna ,walaupun kadang-kadang menjengkelkan .Raja Harun Al-Rashid sering memberi perintah kepada Abu Nawas sesuatu yang mustahil.Namun, Abu Nawas dapat menyelesaikan walaupun tidak sampai dilakukannya ,seperti menjahit lumpang batu atau memindahkan masjid ,

Abu Nawas seorang yang berilmu pengetahuan .Hal ini sedemikian kerana Abu Nawas seorang yang mengamalkan nilai kecerdikan iaitu nilai budaya yang diamalkan dalam hubungan manusia dengan diri sendiri .Sebagai contoh ,dalam semua episode ,Abu Nawas selalu menndapat cubaan baik daripada raja dan permaisuri mahupun daripada orang lain .Abu Nawas disuruh mengerjakan hal-hal yang mustahil seperti memindahkan

masjid,tetapi dapat diatasi dengan baik dan sempurna .Abu Nawas dapat mengerjakan hal- hal tersebut dengan baik kerana Abu Nawas mempunyai satu jenis ilmu pengetahuan iaitu ilmu .Ilmu atau pengatahuan ialah pengetahuan yang diperolehi manusia melalui tanggapan pancainderanya secara sepintas lalu atau sekali imbas yang merupakan satu imbasan atau impression yang terbentuk di dalam fikirannnya secara sepintas lalu dan bersifat sementara dengan pengukuran kebenarannya berasaskan deria /pancaindera semata-mata.

Kajian-kajian falsafah sesuai dengan keragamankan fikiran manusia ,menimbulkan pula pelbagai aliran atau sudut pendekatan kajian iaitu epistemology melalui aliran empirsisme.Empirisme aliran yang dikaitkan dengan John Locke (1632-1704),David Hume(1711-76)dan John Stuart Mill(1806-73)yang berpendapat bahawa ilmu pengetahuan itu diasaskan atau diperolehi melalui pengalaman ,iaitu dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh diinderai dan dialami .Sebagai contoh ,Raja Harun AlRashid memanggil Abu Nawas dan menanyakan maksudnya menjual dia kepada tukang bubur.Abu Nawas menjawab bahawa kalau dia mengadukan hal tukang bubur itu,raja tidak akan percaya .Akan tetapi,kalau raja sendiri yang mengalami kejadian itu tentu dapat dipercaya dan terhindar daripada hukuman akhirat kerana ada rakyatnya yang berbuat zalim.Oleh itu,raja mendapat pengalaman melalui kejadian tersebut.

Tradisi falsafah Yunani yang menjadi tunjang falsafah Barat memancarkan pandangan hidup dalam aspek teologi.Teologi bermaksud kajian tentang tuhan yang menguasai alam semesta ini.Dalam Hikayat Abu Nawas terdapat unsure teologi .Sebagai contoh ,Hikayat

Abu Nawas memaparkan nilai budaya percaya kepada tuhan.Nilai budaya percaya kepada tuhan terdapat pada tokoh ayah Abu Nawas. Beliau menjadi penghulu dan mengerjakan semua perkerjaannya sesuai dengan perintah agama .Semua pengalaman itu dikemukakan oleh Kadi Maulana kepada anaknya ,Abu Nawas sebelum beliau meninggal dunia.Beliau selalu berbuat sesuai dengan hukum agama .Meskipun,telah berusaha ,mungkin sahaja ada saatnya lupa atau tanpa sedar ,beliau telah melakukan hal yang sebenarnya tidak ingin dilakukan .Itulah sebabnya ketika beliau meninggal dunia ,telinga kanannya berbau busuk .Hal itu menunjukkan bahawa beliau mendapat seksa tuhan setelah meninggal dunia.

Hikayat Abu Nawas memaparkan falsafah Islam sebagai sumber falsafah Melayu. Islam telah meletakkan asas –asas falsafah yang jelas bagi bangsa Melayu,daripada aspek ketuhanan kepada aspek- aspek kehidupan seluruhnya.Sebagai contah ,masyarakat yang terdapat dalam Hikayat Abu Nawas mengamalkan falsafah Islam dalam kehidupan mereka .Nilai budaya hubungan manusia dengan tuhan ialah taat pada hukum agama. Nilai budaya terdapat pada tokoh Abu Nawas dan ayahnya.Abu Nawas tidak mahu diangkat menjadi kadi .Pertama ayahnya ,yang taat kepada hukum agama sahaja mendapat seksa .Kedua,Abu Nawas harus menuruti permintaan ayahnya sebelum meninggal dunia untuk tidak menerima perkerjaan itu apabila telinga berbau busuk.