TZ10103

TOPIK 7:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH ____________________________________________________ HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Menjelaskan teori, model pembelajaran yang dijadikan panduan para guru untuk mengetahui tahap-tahap pembelajaran murid. 2. Mengetahui amalan pedagogi dari aspek prinsip dan cara pelaksanaan.

PENGENALAN
Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hokum-hukum pembelajaran yang dihasilkan kepada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru an memahami pelbagi cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

7.1

TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB BEHAVIORIS

Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebenyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah suatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai Teori Rangsangan Gerk Balas.
UMS

TZ10103

7.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV
Teori Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gentian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas / responden atau Teori R-G. Pembelajaran melalui pelaziman ini adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Di dalam kajian-kajian mengenai system pencernaan haiwan sebelumnya, Pavlov telah mendapati bahwa rembesan air liur dan jus gastric anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus gastric berlaku semasa makanan berada dalam mulut anjing adalah sesuatu jenis gerak balas (response) yang tidak perlu dipelajari. Ahli psikologi memberi namanya sebagai gerak balas tak terlazim (inconditioned response); tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari. Oleh itu, fenomena ini dipanggil sebagai gerak balas terlazim (conditioned response), manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim (conditioned stimulus). Secara ringkasnya, Model Pelaziman Klasik Pavlov adalah diilustrasikan seperti Rajah 7.1 berikut:
Rangsangan Tak Terlazim : makanan (Unconditioned Stimulus, UCS) Gerak Balas Tak Terlazim rembesan air liur dikesan, (Unconditioned Response, UCR)

Rangsangan Terlazim : bunyi loceng (Conditioned Stimulus, CS)

Gerak Balas tiada kaitan dengan tindak balas tak terlazim, misalnya Perhatian anjing sahaja.

Rangsangan Terlazim – Rangsangan Tak Terlazim (CS: bunyi loceng) (UCS: makanan)

Gerak Balas Tak Terlazim (UCR: rembesan air liur dikesan)

Rangsangan Terlazim Terlazim (CS: bunyi loceng mengganti makanan)

(Perkaitan Baru) (CR = UCR : rembesan

Gerak Balas

air liur dikesan )

Rajah 7.1 : Teori Pelaziman Klasik Pavlov
UMS

TZ10103

7.3

TEORI KONTRUKTIVISME

Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran, Teori Konstruktivisme menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina berdasarkan gabungn hasil kajin ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Teori Konstruktivisme mempunyai erti yang serupa dengan Teori Konstruktivisme Kognitif atau Konstruktivisme. Mengikut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan andaian-andaian berikut: • • • Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pegalaman individu.

Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piage dan teori zon perkebangan proksimal (Zone of Proximal development, ZPD) Vygotsky. Di bawah konteks konstruktivisme, pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif, manakala Vygotsky merupakan penyokong konstruktivisme yang bersifat kolektif.. menurut beliau, idea zon perkembangan proksimal (ZPD) ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri, dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang berbeza. Ringkas kata, perbezaan perkembangan peringkat potensi individu ini adalah di dalam lingkungan zon perkembangan proksimal (ZPD) tersebut. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Di samping proses kognitif, Teori Konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran kemahiran serat proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Ini bermakna, untuk mencapai keberkesananan pembelajaran, pelajar perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Yang penting sekali, pelajar perlu menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses pembelajarannya.

UMS

TZ10103

Ringkas kata, individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran ilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme dan bukan menerimanya secara pasif. Proses ilmu konstruktivisme mengandungi cirri perkembangan serta evolusi; ia bukan tetap tetapi sering mengalami perubahan. Di bawah konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan mengikut konstruktivisme, yang diperolehi oleh setiap orang individu adalah tidak serupa.

7.3.1 Implikasi Teori Konstruktvisme Dalam Pengajaran Pembelajaran
Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan, maka diturunkan beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan daripada seperti berikut: • Di dalam pengajaran dan pembelajaran di bawah Teori Konstruktivisme, peranan guru merupakan penolong, pemudah cara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi, seperti syarahan, menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah factor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu. Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam bidang konstruktivisme. Penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan. Bentuk dan alat penilaian terhadap pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama.

• • •

7.4

MODEL PENGAJARAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian danmaklum balas. Pada masa sekarang, beberapa model pengajaran yang berlandaskan proses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik dengan tujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Fungsi utama model pengajaran yang dibina oleh pakar-pakar pendidikan ialah : • Memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan proses pengajaran.

UMS

TZ10103

• •

Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan; dan Sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran yang selanjutnya.

Oleh kerana pengajaran yang berkaitan rapat dengan pembelajaran banyak teori pembelajaran telah diubahsuai menjadi model pengajaran masing-masing.

7.5

MODEL EKSPOSITORI

Perkara ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merpakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.

Pengenalan dan penerangan isi Hasil Pembelajaran pelajaran

Murid-murid mendengar penerangan

Murid-murid mengingat dan merekod isi penting

Misalnya, guru boleh menggunakan model ini menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem matematik. Cara-cara penyampaiannya dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut: • • • •
UMS

Menerng, menginterpretasi dan menguraikan idea dan konsep daripada buku teks. Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk geometri. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

TZ10103

7.5.1

Implikasi Pengajaran Model Ekspositori

Kebaikan menggunakan model ekspositori ialah guru dapat menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua makluat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja. Sebagaimana yang dinyatakan, kaedah ekspositori hanya sesuai digunakan untuk menyampaikan pelajaran dala peringkat perkembangan sahaja. Jika kaedah ini digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar, kaedah ini akan menjadi kaedah syarahan yang dianggap kurang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Di antara kaedah-kaedah mengajar, kaedah ekspositori merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan dalam penyampaian kemahiran, konsep dan prinsip matematik, sains dan sebagainya. Kaedah ekspositori ini adalah serupa dengan teori pembelajaran Ausebel yang menggunakan ‘Pengelola Awal’ untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru.

7.6

MODEL INKUIRI

Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti solan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. Soalansolan berikut adalah contoh soalan bermasalah yang biasaya dikemukakan untuk diselesaikan melalui kaedah inkuiri. • • • Bagaimanakah pokok bernafas? Mengapakah buaya tidak boleh dikelaskan sebagai amfibia? Apakah faktor-faktor yang membawa kepada masalah pencemaran?

Kaedah inkuiri ini boleh dikendalikan berdasrkan salah satu daripada tiga model berikut, iaitu: 1. Model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Proses kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey seperti berikut:
Mengenal pasti masalah Mencari Maklumat Rumusan Menilai dan Membuat Rumusan

Membuat Hipotesis

Menguji Hipotesis

Rajah 7.3 Proses Penyelesaian Masalah
UMS

TZ10103

Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenalpasti aspek-aspek yang penting yang terkandung dalam masalah. Peingkat mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpu bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkat menguji hipotesis merupakan proses perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian yang telah digunakan dalam proes penyelesaian masalah. 2. Model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik. Model inkuiri social menegaskan proses interaksi social. Model ini merangkumi enam langkah seperti berikut:

1. Pembentukan masalah oleh guru.

2. Pembentukn hipotesisi oleh murid

3. Memberi definisi kepada hipotesis

6. Membuat kesimpulan atau rumusan

5. Mencari sokongan untuk hipotesisis

4. Perbincangan kesahan hipotesis

Rajah 7.4

Model inkuiri social

UMS

TZ10103

3. Model inkuiri juris preduntial yang digunakan untuk mencari kebenarandan ketepatan isu-isu seperti Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbibing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing muridmurid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Dalam aktiviti inkuri terbuka, murid-murid tidak diberikan sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih timggi.

4. Model inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaj selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran salam matapelajaran sekolah, khasnya matapelajaran sains. Langkah-Langkah Model Inkuiri Suchman • • • • • • Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan. Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yan dikemukakan. Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data yang berkaitan. Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan membentuk teori yang berkaitan. Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau syarat yang berkaitan dengan teori yang dibentuk. Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses minkuiri yang dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati dahulu.

Implikasi Model Inkuiri Suchman Dalam Proses Pengajaran • • • • •
UMS

Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai. Merancangkan langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun teori dengan jelas dan terperinci. Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif pelajaran. Menggalakakan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

TZ10103

7.7

MODEL INKUIRI- PENEMUAN

Model inkuiri-penemuan sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan. Namun konsep kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan, tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah sama. Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari cirri-ciri yang sama untuk membentuk satu generalisasi yang diharapkan. Rajah 7.5 berikut menunjukkan proses pembelajaran dengan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan.

Mengenal pasti topik kajian

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat yang berkaitan

Mengkaji dan menganalisis maklumat

Membuat generalisasi atau rumusan

Rajah 7.5 Proses Pembelajaran Melalui Kaedah Inkuiri-Penemuan Langkah-langkah Pengajaran Melalui Kaedah Inkuiri Dan Penemuan Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan mengandungi lima peringkat utama iaitu: Peringkat Mengenal pasti topik kajian • • • • • • kMengumpul maklumat yang berkaitan • • • • Membuat generalisasi atau rumusan • Aktiviti Inkuiri-Penemuan Menentukan topik kajian oleh guru. Mendedahkan topik kajian kepada murid. Berbincang tujuan kajian dengan murid. Meramal dan membuat hipotesis. Menentukan cara menjalankan kajian melalui aktiviti soal jawab. Mengumpul maklumat melalui cara memerhati, menyukat, melakukan eksperimen atau membuat rujukan. Mencatat maklumat yang telah dikumpul. Menjadualkan dan mengelaskan maklumat. Menginterpretasikan dan mentafsir maklumat. Membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan hasil pentafsiran. Merekodkan generalisasi atau rumusan dalam buku nota.

Merancang strategi penyelesaian

Mengkaji dan menganalisis maklumat dikumpul

UMS

TZ10103

7.8

MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan ialah suatu strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab. Dengan ini, menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan masa depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta menerima dan menangani segala perubahan. Pengajaran Kajian Masa Depan (KMD) adalah suatu kaedah di mana murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau masa depan perubahan masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti Pendidikan Moral Pendidikan Alam Sekitar. Nilai Murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. Analogi pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan ialah bagaimana seorang pemandu memandu, “untuk sampai ke destinasi ia perlu memandang ke hadapan, menggunakan cermin pandang belakang, cermin sisi dan cermin hadapan.”

Petikan dari R. Slaughter, Future Tools and Techniques (m/s20) DMM Media Group, 1995

UMS

TZ10103

7.81

Konsep Kajian Masa Depan.

Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan menekankan beberapa konsep utama antaranya ialah : • • • • • Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa depan Berkomunikasi secara berkesan tentang hal masa depan Membuat kajian dan mengurus tentang hal masa depan Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan Membina sikap dan nilai tentang masa depan

KMD memberikan kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. • • • Membuat ramalan berkaitan gaya dan perubahan yang akan berlaku Menjangkakan dan meramalkan kesan dan akibat sesuatu fenomena Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal dan menangani perubahan

7.8.2

Prinsip dan Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

1. Prinsip Perubahan. Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang. 2. Prinsip Pandangan Jauh Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkahlangkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku 3. Prinsip Perancangan Strategik Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada masa kini.
UMS

TZ10103

4. Prinsip Pengupayaan Remaja selalunya prihatin tentang masa depan mereka. Oleh itu, mereka perlu belajar kemahiran perancangan strategic, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka. 7.8.3 Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Di Bilik Darjah

Terhadap Murid • • Merangsang murid berfikir Menyemai semangat optimistic tentang masa depan • Menggalakkan murid memahami • Berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal • Menyediakan murid meneroka alam • • •

Terhadap Guru pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan murid. Guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu memainkan peranan sebagai

peneroka yang aktif Pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, visual, audio, kinestetik dan komunikasi berpusatkan murid boleh digunakan. Iklim dalam bilik darjah seronok, menarik dengan suasana kreatif serta persekitaran

pekerjaan masa depan • Menyemai keyakinan diri untuk

yang boleh merangsang murid untuk belajar.

menghadapi cabaran masa depan • Melatih menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan • Murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan pandangan tentang sesuatu tema

UMS

TZ10103

7.8.4

Komponen Kajian Masa Depan

Kemahiran Asas Kajian Masa Depan • Membuat ramalan tentang trend dan • perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. • • •

Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan Pemahaman konsep kajian masa depan Pengumpulan maklumat Ramalan dan analisis Imaginasi dan kreativiti Strategi mengatasi cabaran Proses inovasi sosial Membina senario Penjelasan nilai dan masa depan Dimensi kemapanan

Menjangka kesan atau akibat sesuatu • fenomena, trend atau perubahan masa • depan Menggunakan sumber manusia dan • • • •

sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan, merupakan satu cara untuk memperoleh gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku serta cara untuk menyelesaikannya. Pengajaran berasaskan kajian masa depan mengandungi lima bahagian seperti yang ditunjukkan dalam jadual di sebelah

UMS

TZ10103

Bahagian Bahagian 1

Penjelasan Mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan, prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan Mengandungi konsep belajar sendiri yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran kajoan masa depan. Konsep utamanya ialah : 1. Membina sikap dan nilai masa depan 2. Berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan 3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal masa depan

Bahagian 2

4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan 5. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa depan

Bahagian 3

Rangka

Perancangan iaitu cara menjalankan pengajaran berasaskan

kajian masa depan serta renungan dan penilaian kendiri. Bahagian 4 Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang diketahui yang merangkumi perincian dan nota guru. Bahagian 5 Berkonsepkan penambahan ilmu

7.8.4

Cara Menjalankan Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan.

Pengajaran berasaskan kajian masa depan bertujuan meletakkan asas yang kukuh bagi murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pandangan (sikap) yang diperlukan untuk turut serta dalam kehidupan secara berkesan pada masa sekarang dan masa depan. 1. Guru memulakan perancangan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan dengan memilih tunjang dan tajuk bagi memenuhi tujuan ini.
UMS

TZ10103

2. Guru mengembangkan tunjang dan tajuk bagi Pendidikan Kesihatan dari perspektif pemahaman konsep masa depan 3. Perspektif ini dirancang sebagai aktiviti yang akan mengambil kira bahan kandungan Pendidikan kesihatan, nilai dan kemahiran khusus Kajian Masa Depan. 4. Guru mempertimbangkan perkara-perkara yang berikut: a) Apa? (berkenaan dengan kurikulum) b) Bagaimana? (berkaitan dengan pelaksanaan) c) Mengapa? (berkaitan pemahaman dengan konsep masa depan7.9 Model Pembelajaran Berasaskan Masteri Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran Masteri murid boleh diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. 7.9.1 Kewajaran Pembelajaran Masteri.

Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu menyedari bahawa : i. ii. iii. 7.9.2 i. ii. iii. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan pembelajaran yang berbeza Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Prinsip asas dalam pembelajaran Masteri : Murid normal bolah mempelajari apa yang diajarkan oleh guru Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

UMS

TZ10103

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri Hasil pembelajaran ditentukan Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Penilaian berasaskan (URK) Ujian Rujukan Kriteria

bermakna, berkesan, menarik dan seronok

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang Murid perlu menguasai 80% aras Masteri yang berkesan ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum

berpindah ke unit lain. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang yang belum menguasai aras Masteri tekah mencapai aras Masteri

7.9.3

Langkah Pembelajaran Masteri

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut

UMS

TZ10103

7.10 MODEL PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. 7.10.1 Prinsip PAK Prinsip PAK menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu: 1. “Self-Directed” / Akses kendiri 2. “Self-Access” / Akses kendiri 3. “Self-Asses” / Kadar kendiri 4. “Self-Paced” / Langkah kendiri Self-Directed adalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari. Self-Access adalah pembelajaran akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat Self-Assessed adalah pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain. Manakala Self-Paced adalah pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri. Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri (KPM, 1997).

UMS

TZ10103

Pembelajaran Secara Individu

Proses pembelajaran yang berkaitan kepentingan individu terhadap pembelajaran Kendiri Proses pembelajaran yang memerlukan tanggungjawab pelajar untuk belajar sesuatu

Pembelajaran Arah

pelajaran dan berkeupayaan untuk memahami sendiri. Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar bertanggungjawab sepenuhnya tentang

Pembelajaran Sendiri

pelajaran mereka dan menentukan sendiri apa yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Mereka juga turut menentukan apa yang ingin dipelajari

Penetapan Pembelajaran Proses pembelajaran di mana pelajar pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri.

7.11 MODEL PEMBELAJARAN SECARA ICT
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Pembelajaran penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai: • • • •
UMS

Tutorial Penerokaan (exploratory) Aplikasi Komunikasi

TZ10103

7.11.1

ICT untuk Pembelajaran Tutorial.

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi : Pembelajaran ekspositori Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babak nya oleh sistem Latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia. Penggunaan istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan. Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut : Mempersembahkan maklumat Menilai pencapaian Membimbing Menyediakan dan memberi latihan a. Situasi yang sesuai menggunakan pendekatan ini Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut: • • • • Kelas yang mengandungi murid yang ramai dengan kemampuan yang berbeza Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

b. Kelebihan menggunakan ICT • •
UMS

Dapat mengindividukan pembelajaran Murid belajar mengikut kemampuan sendiri

TZ10103

• •

Meningkatkan motivasi murid untuk belajar Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau penyeliaan guru yang minimum.

7.11.2 ICT untuk pembelajaran penerokaan (Exploratory) Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk: • • • Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid. Pendekatan konstruktivisme amat serasi dengan pendekatan ini. Penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mengakses maklumat terus daripada internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperoleh di pasaran. Guru boleh mengawal masa kerana pembelajaran penerokaan memakan masa yang terlalu panjang. a. Situasi yang Sesuai Untuk Pendekatan Penerokaan • • • • Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah Aktiviti berkaitan kajian masa depan Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

b. Kelebihan menggunakan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan • • •
UMS

Memberi peluang untuk murid menentukan haluan pembelajaran masing-masing Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar

TZ10103

Memberi peluang guru menerapkan pembelajaran moden.

7.11.3 ICT Sebagai Alat Aplikasi ICT digunakan sebagai alat aplikasi kerana membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat P&P. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD), dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori aplikasi yang membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. Apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, ICT telah digunakan secara bermanfaat. Situasi ini turut menggambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; Mclnerney & Mclnerney, 1998) Dengan bantuan aplikasi ini, murid dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Kelebihan lain menggunakan ICT sebagai alat aplikasi ialah : a. Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran. b. Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda murid c. Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

7.11.4 ICT sebagai alat pemudah Komunikasi ICT digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut: • • •
UMS

Teks dan Grafik Audio dan Video Kombinasi pelbagai mod

TZ10103

7.11.5 ICT sebagai alat komunikasi dalam P&P Terdapat empat teknik untuk komunikasi ICT : • • • • Teknik seorang – sendirian Teknik seorang kepada seorang Teknik seorang kepada ramai Teknik ramai kepada ramai

Komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat, budaya dan geografi bagi membolehkan mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik. Secara tradisinya, hampir semua guru mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya atau bercakap sesama mereka dianggap mengganggu pembelajaran. Namun, teori pendidikan kini, menghendaki murid menguasai kemahiran komunikasi yang dilihat berupaya meningkatkan keyakinan murid. Kelebihan ICT sebagai alat pemudah komunikasi • • • Boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group. Boleh melihat pakar dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.

UMS

TZ10103

RUMUSAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah menjadi satu keutamaan bagi seorang guru mengambil kira beberapa perkara termasuklah matlamat pendidikan, kurikulum mata pelajaran yang diajar dan persekitaran. Seperti di negara kita matlamat pendidikan adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Manakala kurikulum bagi satusatu mata pelajaran pula di bekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab ke atas pengajaran masing-masing termasuklah merancang, mengajar dan menilai sendiri. Selain itu, guru juga harus memberi pertimbangan yang rapi mengenai persekitaran pembelajaran. Dalam pengajaran harian, sebagai guru hendaklah mengenal pasti isi pengajaran yang hendak disampaikan berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran, kemudian memikirkan pendekatan, strategi, kaedah yang sesuai dan selaras dengan keperluan, minat dan kebolehan murid-murid. Guru yang berkesan tidak akan menggunakan amalan-amalan yang sama pada setiap sesi pelajaran, sebaliknya, guru tersebut akan senantiasa membuat refleksi terhadap pengajaran mereka, membuat pemerhatian untuk mengenal pasti kefahaman murid-murid seterusnya mengubahsuai amalan mengikut keperluan.

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan

1.

Jelaskan elemen-elemen penting dalam pembelajaran Masteri dan bagaimana ia diaplikasikan dalam P&P seharian. Cuba anda fikirkan bagaimana penubuhan dan fungsi Pembelajaran Akses Kendiri dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.

3.

Anda seorang guru Bahasa Melayu, sediakan satu persediaan mengajar dengan memilih mana-mana topik yang sesuai untuk mengajar melalui ICT

UMS

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful