You are on page 1of 7

PENGENALAN Ibnu khaldun atau nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar

Muhammad bin Al-Hasan. Beliau di lahirkan di Tunisia pada tahun 732 hijrah didalam sebuah keluarga yang berketurunan arab. Keluarga beliau berasal dari Hadramaut yang berpindah ke Seville(Sepanyol) dan akhirnya menetap di tunis. Ibnu Khaldun merupakan seorang sarjana islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi, juga seorang tokoh agama dan politik yang terbilang pada abad ke-8 hijrah bersamaa 14 masihi. Ibnu Khaldun mendapat pendidikan awal bahasa arab daripada bapanya sendiri, menpelajari Al-Quran semasa masih kecil dan menghafalnya ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut berbagai ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logic, falsafah dan matematik daripada beberapa sarjana yang terkenal pada masa itu. Ibnu Khaldun telah dilantik sebagai setiausaha tertinggi dan kemudian dilantik sebagai perdana menteri di Maghribi. Beliau pernah memegang jawatan sabagai ketua hakim bagi Mazhad Maliki. Beliau meninggal dunia pada bulan ramadhan tahun 808 hijrah bersamaan 16 mac 1406 dalam usia 76 tahun.

Ibnu Khaldun mengemukakan falsafah iaitu bahawa kekuatan ekonomi boleh mempengaruhi percapaian tamadun sesuatu bangsadan maju dan mundurnya sesebuah Negara itu adalah bergantung kepada kekuatan ekonominya. Beliau telah menghasilkan karya yang berjudul Kitab Al-Ibar dan Al-Tarif yang menbicarakan secara terperinci tentang masyarakat,asal usulnya, kedaulatan, kemunculan kota dan desa, aspek ekonomi dan ilmu pengetahuan. Sistem sosial manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi mereka itu sendiri mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup mereka. Saya bersetuju dengan pendapat beliau, kerana maju dan mundurnya sesebuah Negara bergantung kepada keadaan ekonomi. Negara akan mundur sekiranya keadaan ekonomi dalam sesebuah itu tidak stabil. Sistem sosial manusia akan berubah mengikut

kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi di persekitaran mereka mempengaruhi corak kehidupan mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri berpunca daripada keadaan ekonomi dalam sesebuah negara tersebut mempengaruhi corak kehidupan manusia. Manusia bergantung kepada keadaan ekonomi untuk

keperluan harian mereka. Sekiranya keadaan ekonomi dalam sesebuah negara tersebut mundur, ia akan menyebabkan berlaku kemiskinan dan akan timbul pelbagai penyakit seperti penyakit taun malaria dan sebagainya, akan menyebabkan kebuluran berlaku. Keadaan ini menbebankan rakyat akibat daripada sikap seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dalam menerajui sesebuah negara, yang tidak menghiraukan nasib rakyat.

Sesebuah negara akan hancur dan mundur akibat daripada sikap individu sebagai seorang pemimpin atau ketua negara atau boleh dilihat dalam institusi kekeluargaan, sebagai ketua keluarga yang tidak mempunyai sikap bekerjasama, bertolak ansur, tolongmenolong akibat daripada sikap tamat dan kurang didikan agama dalam diri seseorang akan menimbulkan kekecohan, peperangan, pergaduhan, dan perselisihan faham akan menyebabkan manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa korban dalam peperangan dan sebagainya, akibat daripada seorang pemimpin yang tamak dan pentingkan diri sendiri menyebabkan orang bawahan hidup menderita. Sikap seorang pemimpin yang

pentingkan diri sendiri menyebabkan negara menjadi mundur dan tidak maju akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil kerana berlaku perselisihan faham antara dua belah pihak.

Selain itu, sikap pemimpin yang tidak menghiraukan keadaan rakyat dan tidak mengambil kisah tentang kehidupan rakyat. Kehancuran sesebuah negara, masyarakat atau pun secara individu itu sendiri disebabkan oleh lemahnya nilai-nilai spiritual dalam diri seseorang. Pengangan agama amat penting dalam diri seseorang untuk mendidik

seseorang itu agar menjadi seorang insan yang berbudi pekerti mulia, yang beriman dan bertakwa untuk menbentuk diri seseorang kejalan yang lurus dan benar. Kekuatan iman dalam diri seseorang akan menbentuk peribadi mulia malahan dapat memimpin orang lain dengan baik.

Sikap mulia seseorang individu itu perlu tinggi untuk menjadi contoh dan tauladan serta pengajaran kepada pihak lain seperti sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah Negara perlu bersifat mulia agar dapat bekerjasama dengan rakyat malahan dapat menarik minat orang asing untuk untuk melabur dan berdagang ke negara kita kerana sifat seorang pemimpin dan rakyat yang bersatu padu, aman dalam menbentuk sesebuah negara, keadaan ekonomi negara yang maju dan stabil dapat menarik minat pelabur asing dan dapat meningkatkan lagi mutu persaingan antara negara lain dan dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara negara dan keadaan ini dapat mengharumkan nama sesebuah negara itu di persada antarabangsa.

Seseoarang pemimipin itu perlu bersikap adil dalam menerajui sesebuah negara. Sikap pemimpin yang amanah akan menyebabkan rakyat senang untuk bekerjasama bersama-sama pemimpin dalam menbangunkan sesebuah negara. Rakyat dan pemimpin perlu bertolak ansur antara satu sama lain dan menyokong segala tindakan pemimpin yang baik dan menolak secara baik sesuatu yang tidak disenangi yang dicadangkan oleh pemimpin. Keadaan ini dapat mengelakkan negara daripada mundur dan dapat bersaing dengan negara luar. Keadaan negara yang stabil dan maju dapat menarik minat orang asing untuk bekerjasama dengan negara kita dengan itu akan berlaku pertukaran dan pengaliran wang asing dalam negara, dan ini dapat meningkatkan lagi ekonomi negara dan dapat menjamin kehidupan tanpa berlaku penindasan.

PENUTUP Ibnu Khaldun menekan konsep ekonomi, perdagangan, kebebasan dan terkenal kerana hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerology, kimia serta sejarah. Beliau menpertahankan rakyat daripada keganasan, melindungi harta

persendirian, menhalang penipuan dalam perdagangan dan menguruskan penghasilan wang. Konsep kerjasama, tolong-menolong, amanah, adil dan sebagainya perlu ada dalam diri seseorang untuk memimpin sesebuah negara agar kehidupan rakyat dan negara dalam keadaan aman dan harmoni. Oleh itu, akan memajukan lagi keadaan negara dan dapat mengelakkan negara dalam keadaan yang huru-hara dan rakyat hidup menderita. Sikap yang yakin pada diri sendiri perlu ada dalam diri seseorang untuk membuat sesuatu perkara untuk mengelakan diri daripada ditindas oleh pihak lain.

BIBLIOGRAFI: Mustafa Embong.2008.Fokus Super Pendidikan Islam. Selangor:Pelangi sdn.bhd.

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id.html http://www.mail-archieve.com/keluarga-islam@yahoogroups.com/msg0305.html

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH (IBNU KHALDUN) NAMA No. MATRIK : : AFIFA BINTI ABDUL HALIM JEA080163 DR. AMRAN MUHAMAD

NAMA PENSYARAH :

SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA