You are on page 1of 8

UNIVERSITI MALAYA

NAMA PELAJAR: NOR HASLINDA BINTI ISKANDAR NO.MATRIK: JEA080170 KURSUS: PENGAJIAN MELAYU LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD Fakulti: pengajian melayu
PENGENALAN
1

Biografi Raja Ali Haji
Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad (1809-1870) merupakan seorang tokoh penting dunia melayu pada abad ke-19 dari pusat kebudayaan melaayu Johor-Riau.Beliau dilahirkan di penyengat,iaitu merupakan sebuah pulau kecil di Riau.Raja Ali Haji sebenarnya berasal dari keturunan bugis.Raja Ali Haji merupakan keturunan kesultanan Riau-Lingga yang memiliki tradisi keagamaan dan keilmuan yang sangat kuat.Ayah Raja Ali Haji juga dikenali sebagai intelektual muslim yang produktif menulis karya-karya satera yang besar.Ahli keluarga beliau terdiri dari kalangan orang-orang yang terpelajar dan suka dengan dunia penulisan.Raja Ali Haji mendapatkan pendidikan dasarnya dari ayahnya sendiri dan beliau juga mendapatkan pendidikan dari lingkungan istana kesultanan RiauLingga di pulau Penyengat.Beliau juga secara langsung mendapatkan pendidikan dari tokoh-tokoh terkemuka yang datang ke Penyengat.Pada saat itu pulau Lingga dikenali sebagai pusat kebudayaan melayu yang giat mengembangkan bidang agama islam,bahasa dan sastera.Oleh kerana Raja Ali Haji merupakan sebahagian dari keluarga besar kesultanan,maka beliau termasuk orang pertama yang mendapatkan sentuhan pendidikan model ini iaitu belajar dengan tokoh-tokoh ulama yang datang ke pulau Penyengat dalam pelajaran Al-Quran, hadis,dan ilmu-ilmu agama.Pada usia beliau 40 tahun Raja Ali Haji banyak mencurahkan perhatiannya pada penulisan karya-karya satera dan pada masa tersebut beliaulah penulis paling terkenal disebabkan karya-karyanya.Antaranya buku Bustanul-Katibin Lissubyanil-muta’ alami, dan kitab pengetahuan bahasa yang penting untuk perkembangan bahasa melayu.Dalam bidang sejarah pula beliau telah menghasilkan dua buah karya sejarah,iaitu Kitab salasilah melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-raja dan Tuhfaltul-nasis yang menceritakan pengalamannya ketika di

2

Betawi.Beliau juga mempunyai minat dalam bidang sastera,khususnya syair dan pantun.Antara syair yang dihasilkan ialah syair Jatuhnya negeri Johor,Syair Gurinda dua Belas dan banyak lagi.Karya-karya dalam bidang undang-undang pula ialah ThamaralAl-Muhamed-ahli’l makhamah, dan Mukaddimal fiiktizam Al-Wazait al-malik.Melalui karya-karya yang dihasilkannya,Raja Ali Haji telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa yang kukuh dan berupaya mengungkapkan ilmu pengetahuan.

3

KUPASAN FALSAFAH RAJA ALI HAJI
Salah satu cendiakawan yang berperanan besar dalam meletakkan dasar-dasar tata bahasa melayu ialah Raja Ali Haji. Bahasa hasil kajian Raja Ali Haji tersebut di kemudian hari dijadikan bahasa nasional,iaitu bahasa Indonesia.Namun sayangnya,jasajasanya yang besar tersebut tidak banyak diketahui umum.Gurindam dua

belas(1847),Bustanul katibin(1857),dan Kitab pengetahuan bahasa(1859) merupakan karya-karya beliau dalam bidang kebahasaan dan kesasteraan.Karya-karya tersebut secara nyata tidak hanya menunjukkan kepiawaiannya dalam dunia tulisan, tetapi juga keperibadian dan kesedarannya tentang manfaat bahasa untuk membangun peradaban bangsa. Bahasa merupakan saranan utama yang digunakan oleh manusia untuk membangunkan peradaban nya. Malalui bahasa, manusia mengembangkan kehidupan spiritual,intelektual,dan sosial. Manusia berfikir dengan bahasa ,bahkan sebelum pemikiran itu diformulasikan dalam bentuk ujaran.Tanpa bahasa tidak mungkin ada kehidupan spiritual,intelektual,dan sosial.Oleh kerana itu,penulisan Kitab Bustanul Katibin dan KItab Pengetahuan Bahasa secara jelas menunjukkan bahawa Raja Ali Haji sangat memahami pentingnya bahasa dan kesusasteraan untuk menampung kehidupan bangsanya. Melalui kedua kitabnya , Kitab Bustanul Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa, Raja Ali Haji telah menyedarkan setiap orang yang berada di daerah melayu, bahawa bahasa mempunyai peranan signifikan dalam kehidupan manusia. Berkat kerja keras Raja Ali Haji dan kawan-kawannya merawat dan mengembangkan bahasa melayu .

4

Penulisan Kitab Busnatul Katibin dan Kitab pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji pada tahun 1850-an secara jelas menunjukkan bahawa pada saat itu Raja Ali Haji telah mengedari bahawa bahasa dan sastra merupakan media penting untuk membangun kesedaran nasionalisme dan patriotisme. Raja Ali Haji memberikan landasan yang kukuh untuk membentuk masyarakat yang merdeka.berdasarkan kertas kerja Raja Ali Haji bertungkus lumus merawat dan mengembangkan bahasa dan sastera melayu,generasigenerasi setelahnya mempunyai modal untuk membangun peradabannya. Bagi Raja Ali Haji bahasa mempunyai banyak fungsinya,diantaranya ialah, pertama bahasa sebagai Peneguh Jati Diri,kedua sebagai Lingua franca, ketiga sebagai pemangkin nasionalisme dan yang keempat sebagai Media penyebaran ilmu dan mendekatkan diri dengan tuhan. Raja Ali Haji juga merupakan seorang ahli sastera melayu yang lebih dikenali sebagai seorang pengkarya yang religius. Hal ini demikian kerana dalam setiap karya yang dihasilkannya pasti mengandungi unsur-unsur keagamaan,antara Raja ali haji

mendapat pendidikan daripada ulama-ulama yang terkemuka seperti Habib Syeika Assaqaf,Syiek Ahmad Jabarti,Syiek Ismail bin Abdullah Almin kalbawi, dan banyak lagi.Oleh sebab itulah karya-karya beliau lebih berunsurkan nilai-nilai keagamaan ,nasihat,dan ketaatan kepada Allah s.w.t. Beliau lebih gemar menonjolkan nilai-nilai keagamaan,ketaatan dan nasihat di dalam karyanya kerana beliau beranggapan dengan cara ini beliau dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat agar mesej tersebut lebih mudah diterima dan diamalkan di dalam kehidupan seharian mereka. Antara contoh karya beliau yang mempunyai unsurunsur keagamaan adalah seperti yang terdapat di dalam gurindam dua belas fasal 1,

5

Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilang nama, Barang siapa mengenal yang empat, Maka itulah orang yang makrifat, Barang siapa mengenal allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah, Barang siapa mengenal diri, Maka telah mengenal akan tuhan yang bahri, Barang siapa mengenal dunia, Tahulah ia barang yang terpedaya, Barang siapa mengenal akhirat , Tahualh ia dunia mudharat.

Raja Ali Haji juga banyak menulis karya-karya yang berunsur nasihat dan pengajaran.Karya-karya beliau juga banyak digunakan dalam pendidikan pada masa kini pada tahap sekolah rendah atau pun menengah. Hal ini kerana, kebanyakan karyanya boleh dijadikan panduan untuk memberi nasihat atau pengajaran kepada generasi muda pada masa kini.Antara karya beliau yang agak popular ialah Syair Nasihat Kepada Anak.Syair ini akan memberikan manfaat jika kita sentiasa mengkaji dan

mempelajarinya,serta mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.Antara rangkap syair tersebut ialah, Mengerjakan kerja janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas, Jika anakanda menjadi besar, Tutur dan kata janganlah kasar, Janganlah seperti orang yang sasar, Banyaklah orang menaruh gusar,

6

Dari paparan di atas, dapat dilihat bahawa Raja Ali Haji merupakan seorang tokoh yang benar-benar memahami potensi besar yang dimiliki bahasa. Dengan bahasa yang dirawat, dikembangkan dan dibuat landasannya, Raja Ali Haji telah membangunkan Indonesia. Denagn semangat yang ditunjukkan oleh Raja Ali Haji itu untuk

merawat,mengembangkan dan memberikan landasan bagi bahasa melayu merupakan tindakan visioner yang jarang ada berbanding saat ini.Kerja keras beliau tidak sahaja menjadikan bahasa melayu menjadi bahasa yang terkawal tetapi juga telah membangunkan Indonesia dengan karya-karya beliau seperti, Kitab Bustanul katibin, dan Kitab Pengetahuan Bahasa yang merupakan karya beliau yang paling monumental. Namun sayangnya, informasi tentang Raja Ali Haji banyak direduksi sehingga ia hanya dikenali sebagai pengarang Gurindam Dua Belas. Raja Ali Haji ibarat tukang kapak yang jasanya akan dilupakan orang seiring datangnya ketam.Sebagai ungkapan UU Hamidy(2004) “Raja Ali Haji …telah membina dan memelihara bahasa melayu di Riau.Usaha itu telah melapangkan jalan bagi terbentuknya bahasa nasional Indonesia. Tetapi jasa beliau hamper tidak dikenali.Kebanyakan orang hanya menghargai lembaga atau individu,yang membina bahasa melayu.Perbuatan Raja Ali Haji membina dan memelihara bahasa melayu, bagaikan mengapak dan menorah bahasa itu,sehingga akhirnya mempunyai bentuk dan dasar yang baik…maka upaya membina bahasa itu hanyalah bagaikan mengetam…tidak lagi meletakkan dasar-dasar yang pokok daripada bahasa itu…tapi saying,yang dihargai hanya tukang ketam, tukang kapak telah dilupakan.”

7

SUMBER RUJUKAN
1. Haji,Raja Ali,2005 Bustanul Katibin,Yayasan Karyawan Kuala Lumpur. 2. Junus,Hasan ,2002,Raja Ali Haji :Budayawan Di Gerbang Abad xx, Unri Press,Riau. 3. Junus, Hasan ,dkk,2004,Sejarah Perjuangan Raja Ali Haji ,Unri Press,Riau. 4. “Raja Ali Haji : Ulama dan Intelektual Melayu,”dalam http;// tokoh .blogspot.com/2005/05/raja-ali-haji-ulama-dan-intelektual.htlm,diaksestesis.Pasca Sarjana UIN SUKA.

8