TRANSFORMASI MASYARAKAT KANDUNGAN TEMA: BAB 5 Penjelajahan dan Campur Tangan Barat Tema 2.

1 BAB 6 Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Tema 2.2 BAB 7 Penentangan Terhadap Campur Tangan Barat Tema 2.3 BAB 8 Penerimaan dan Pengubahsuaian Tema 2.4

PENJELAJAHAN DAN CAMPUR TANGAN BARAT 5.1 Pengenalan 1. Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke Asia bermula pada abad ke-15 dan 16. Pada masa itu, penjelajahan mereka berkait rapat dengan konsep mekantilisme iaitu usaha untuk mendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan. Hal ini berlaku kerana pada masa itu orang Eropah terpaksa bergantung kepada orang Arab untuk mendapatkan rempah yang amat diperlukan di Eropah. Mereka berhasrat untuk mendapatkan terus rempah dari Kepulauan Melayu yang akan dapat memaksimumkan keuntungan mereka. 2. Dasar mekantilisme kemudiannya berubah menjadi dasar imperialisme apabila kuasakuasa Eropah lebih agresif dan berlumba-lumba untuk menguasai wilayah-wilayah tertentu untuk kepentingan ekonomi dan politik. 3. Dasar imperialisme berkait pula dengan dasar kolonialisme atau penjajahan iaitu proses untuk mendapatkan kawasan atau wilayah baru, biasanya melalui peperangan. Seterusnya kuasa Barat itu memulakan system pentadbiran di kawasan tersebut. Kolonialisme membawa kepada penindasan politik, ekonomi dan sosial ke atas penduduk tempatan. 4.Subtopik ini menumpukan kepada dua perkara iaitu faktor-faktor yang menjadi pendorong campur tangan Barat di ketiga-tiga rantau Asia yang kita pelajari, dan yang kedua pula ialah cara kuasa Barat campur tangan sama ada melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan. 5.2 Faktor-faktor Campur tangan Kuasa Barat Faktor Ekonomi 1.Perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah menyebabkan kuasa Eropah mula mencari dan menguasai kawasan yang mempunyai bahan mentah untuk dibekalkan kepada perusahaan kilang dan untuk dijadikan tempat pemasaran barangan kilang mereka. Bijih timah diperlukan untuk membuat tin bagi menyimpan makanan dan minuman. Perusahaan bijih timah di Cornwall England telah merosot. Begitu juga dengan keperluan membuat enjin kereta. Getah pula diperlukan bagi menghasilkan tayar-tayar kereta. 1

Getah asli Kewujudan perusahaan baru di Eropah seperti perusahaan penjanaan kuasa elektrik memerlukan getah asli yang banyak kerana getah paling sesuai digunakan untuk menyalut dawai elektrik. Kemunculan perusahaan automobile dan ciptaan tayar angina getah telah menambahkan lagi permintaan untuk getah.

1

1

2.. Sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yang diperlukan serta mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Lantaran itu wujud persaingan dalam menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah bagi menjamin bekalan yang berterusan. Antara kuasa-kuasa Barat tersebut ialah Britain, Perancis, Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman.

3. Di Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati. Jika saingannya, Perancis menguasai Myanmar terlebih dulu, hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai. Kayu jati digunakan untuk membina dan membaiki kapal. 4. Selain itu itu British juga ingin menggunakan Myanmar sebagai pangkalan kepentingan perniagaannya dengan Negara China. Berdasarkan kepentingan inilah British menghantar Kapten Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja Bodawpaya untuk berunding tentang sempadan Arakan, mengadakan perjanjian perdagangan dengan Myanmar dan meminta Myanmar menutup pelabuhan kepada saudagar Perancis. Myanmar hanya bersetuju menerima seorang Residen British manakala syarat lain ditolak. 5. Perancis berhasrat menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking di Vietnam. Disebabkan oleh kepentingan ekonomi dan bimbang Tongking akan dikuasai oleh kuasa Barat lain seperti Itali, Jerman dan Amerika Syarikat, Perancis menakluk Tongking pada tahun 1883. 6. Indonesia pula kaya dengan rempah-ratus terutamanya Acheh dan Maluku (terutamanya Ternate dan Tidore). British mahu menguasai hasil barangan India kerana hasil barangan India mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Barat. 7.British memerlukan hasil keluaran China untuk diperdagangkan di Eropah seperti teh dan sutera, dan menjadikan China sebagai pasaran barangannya. Bagaimanapun China menjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya dijalankan melalui Co Hong melalui pelabuhan Canton. 8.Kegiatan menangkap ikan paus di Lautan Pasifik kadangkala menyebabkan nelayan Amerika Syarikat terdampar di Jepun. Mereka dibawa ke Nagasaki dengan usungan tertutup yang sempit. Selepas disoalsiasat dan diseksa dan nelayan-nelayan itu terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama sebelum dihantar ke Amerika Syarikat menerusi orang Belanda. 2 9.Perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin berkembang. Justeru Amerika Syarikat perlu mencari tempat persinggahan untuk mendapatkan batu arang dan membaiki kapal. Jepun sesuai untuk tujuan ini. Faktor Politik

2

Mengikut Richard Storry, kapal-kapal asing seperti dari Rusia, British dan Amerika yang tiba di perairan Jepun apabila meminta sebarang bekalan, kadang-kadang tidak diberi. Anak-anak kapal yang singgah itu disuruh beredar dari pelabuhan itu secepat mungkin. Kapal dari Rusia berada beberapa bulan di Nagasaki cuba memujuk pihak berkuasa Jepun menerima utusan tetapi ditolak. Malah mereka diberitahu supaya jangan lagi menghantar kapal-kapal ke negeri Jepun.

2

1.Zaman imperialisme Barat yang berlaku pada abad ke-19 memperlihatkan kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menguasai tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka. 2.Di samping itu, ada dua lagi kuasa Eropah baru yang cuba menjalankan dasar imperialisme di Asia dan Afrika. Kuasa baru itu ialah Jerman dan Itali. Jerman yang disatukan Otto Von Bismark dan Itali pula disatukan Camilio de Cavour mampu menjadi pesaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Jerman misalnya sudah menjalin hubungan perdagangan di Asia Tenggara melalui syarikat-syarikat Jerman dan orang perseorangan. 3.Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Barat yang lain menyebabkan kuasa-kuasa tertentu tidak mengambil masa yang lama untuk campur tangan. Di Myanmar misalnya, Raja Mindon Minh telah berbaik-baik dengan Perancis dan Itali bagi melindungi kepentingannya daripada ancaman British. Berikutan itu, beberapa utusan diplomatik telah dihantar ke Itali, Perancis dan Amerika Syarikat. 4. British juga bimbang Perancis akan menguasai Myanmar Hulu. British semakin cemas apabila pengganti Mindon Minh, Raja Thibaw meneruskan dasar Mindon Minh yang berbaik-baik dengan kuasa Barat lain. 5. Saudagar-saudagar British telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasai Myanmar Hulu. Akibatnya Gabenor Jeneral British di India membuat keputusan menakluki Myanmar Hulu. 6. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesame sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana mereka menyanjung tinggi kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas. Orang British dan Belanda sering menggunakan slogan “beban orang putih” untuk mendapatkan tanah jajahan. 7.Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Oleh itu, timbul rasa tanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pula menggunakan slogan “tugas menyebarkan tamadun” yang bermaksud mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang timur. 8. Kerajaan British di India telah mengilhakan wilayah Qudh dengan alasan untuk menjaga kebajikan dan faedah-faedah yang dibawa oleh pemerintahan British ke atas kawasan-kawasan yang menghadapi masalah penyelewengan pemerintah tempatan. Faktor Agama 1.Salah satu aspek yang rapat dengan dasar imperialisme Barat ialah penyebaran agama Kristian di kalangan penduduk Asia. Penduduk Vietnam banyak yang memeluk agama Kristian ekoran kegiatan mubaligh Kristian Perancis. Kerajaan Vietnam menghalau keluar mubaligh Kristian dan menindas penduduk Vietnam yang beragama Kristian. Pada masa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda membenarkan agama Kristian, Buddha dan Confucius berkembang. 2.Pengganti baginda, Minh Mang mengamalkan dasar anti-Kristian. Sesiapa yang menganut agama Kristian dihukum bunuh. Pengganti baginda pula, Maharaja Thieu Tri 3 telah meluluskan undang-undang yang membuang negeri bagi sesiapa yang menganut
Rancangan Membunuh Pihak Perancis mengugut Thieu Tri supaya turun dari takhta. Baginda enggan melepaskan takhta dengan alas an ingin meyambut angkatan Perancis di Tourane pada tahun 1847. Sebenarnya baginda merancang menjemput wakil Perancis untuk menonton suatu pertunjukkan di istana dan kemudian membunuh mereka. Setelah itu, baginda merancang untuk menyerang kapal Perancis. Oleh sebab Perancis menolak pelawaan
3

3

Cara kedua ialah melalui perjanjian. Petempatan orang Kristian dibakar dan tanah mereka dirampas. Kapal laut boleh membawa muatan yang banyak. China dan Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah.3 Cara Kuasa Barat Campur Tangan 1. Asia Selatan dan Asia Timur. Faktor Perhubungan dan Teknologi 1.agama Kristian dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh serta paderi Perancis akan dibuang ke dalam sungai atau laut. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 menyebabkan jarak antara barat dan Timur dapat dipendekkan dan masa perjalanan dikurangkan. Keadaan ini menyebabkan Raja Perancis. 4 Terusan Suez Terusan Suez telah dibina oleh pihak Perancis yang diketuai oleh juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. 4 .Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan meningkatkan lagi keinginan kuasa-kuasa Barat untuk mempercepatkan dasar imperialisme. Di antara tahun 1851-1852. Myanmar. Secara umumnya terdapat tiga cara kuasa-kuasa Barat campur tangan di rantau Asia Tenggara. Vietnam. Cara pertama ialah peperangan. Oleh itu kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan perdagangan antara Barat dan Timur dapat dipercepatkan. Khedif terpaksa menjual sahamnya sebanyak 45 peratus dan kedua-dua pihak iaitu British dan Perancis mahu membeli saham tersebut. Disraeli. Hal ini kerana di sesetengah negara. Vietnam. Angkatan Perancis bertindak menenggelamkan kapal Vietnam sebelum meninggalkan Tourine. Cara pertama ini dapat dilihat di Myanmar. sementara di negara-negara tertentu perjanjian ditandatangani setelah berlakunya peperangan. Khedif dan salah seorang pemegang saham terusan ini hamper muflis.Perkembangan perhubungan laut khususnya penciptaan kapal berkuasa wap mendorong dan mempercepatkan imperialisme Barat di asia Tenggara. cara termaktubnya perjanjian mempunyai persamaan dan perbezaan. Vietnam dan Indonesia adalah contoh negara yang menandatangani perjanjian setelah berlakunya peperangan. perjanjian yang ditandatangani tidak melibatkan peperangan.. 3. China. Saigon dan kemudiannya Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis. 5. Perdana Menteri Britain ketika itu meminjam modal daripada bank antarabangsa dan berjaya membeli saham tersebut. Napoleon III berazam menakluk Vietnam. Akibatnya Tourane. 3. Kerajaan Vietnam seterusnya mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian dan memusnahkan gereja-gereja. lebih selamat dan mempercepatkan perjalanan. permusuhan antara Perancis dengan Vietnam semakin kritikal sehingga Paderi Augustin Schoeffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard dihukum bunuh. 2.4 2. baginda. Meskipun begitu. Indonesia. Selepas dibuka pada tahun 1869. Selain itu ciptaan telegraf telah mempercepatkan lagi urusan perniagaan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengan cepat. British sangat berminat untuk menguasai terusan ini kerana sebilangan besar kapalnya menggunakan terusan ini untuk pergi ke India. Filipina dan China. Bagaimanapun peperangan yang tercetus mempunyai sebab-sebab yang berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Peluang untuk menguasai terusan ini terbuka apabila Gabenor Mesir. Thieu Tri telah menyerang kapal Perancis.

Cara ini dapat dilihat melalui perluasan kuasa Inggeris di India dan Kampuchea.) CHINA Isu Perdagangan 1. Mereka juga dilarang berkahwin dengan wanita tempatan. Pada abad ke-19. Justeru semua kuasa hendaklah tunduk di bawah kuasanya. Myanmar. Orang China menganggap orang Barat sebagai orang gasar (fan len) dan hantu asing (fan Kwae). A. Indonesia. Orang asing juga hanya boleh bergerak dalam satu kumpulan melebihi 10 orang dan mereka dilarang mempelajari bahasa Cina. perdagangan tidak digalakkan terutama dengan kuasa-kuasa Barat. Cara Peperangan dan Perjanjian (Melibatkan China.Faktor perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan lagi hubungan China dengan kuasa-kuasa Barat. Percanggahan berlaku kerana orang Cina merasakan mereka tidak perlu barangan Barat disebabkan mereka mampu mengeluarkan sendiri segala keperluan yang dikehendaki. Kapal perang tidak dibenarkan masuk. kadang-kadang disebut dasar pemencilan atau isolasi. hubungan kuasa-kuasa Barat dengan China mengalami kesulitan pada pandangan orang-orang Barat. Mereka keberatan menjalin hubungan diplomatik dengan orang Barat kerana taraf mereka tidak sama. Mereka hanya boleh tinggal di musim sejuk dan hanya di kawasan kilang mereka. namun impian mereka tidak kesampaian. China mengenakan pelbagai sekatan ke atas saudagar asing. Vietnam. Pengilhakan dijalankan melalui kekerasan seperti ugutan. Hal ini timbul kerana kepentingan perdagangan antara kedua-dua pihak bercanggah. Ada kalanya cara ini juga membawa kepada peperangan. Bagi orang Barat pula. Keadaan ini disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu. Mereka tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun di Canton. Mengikut sistem keadilan China “seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”(guilty until proven innocent) manakala sistem keadilan Barat menegaskan Pusat tamadun dunia Masyarakat China menganggap negara mereka sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat tamadun dunia.3. 4.menganggap perdagangan sebagai pekerjaan hina. 5 5 . 3. Saudagar-saudagar Barat terutamanya Inggeris mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda dengan negara China. Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co Hong. Mereka juga tidak dibenarkan membawa ahli keluarga mereka ke Canton. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri. 5 2. Mereka mempunyai tamadun yang lebih superior daripada tamadun lain. perdagangan menjadi semakin penting ekoran meletusnya Revolusi Perindustrian. Mereka perlu pulang ke Macao selepas berniaga dari bulan Oktober hingga Januari. Saudagar asing tidak dibenarkan membawa wanita dan senjata ke China. Saudagar asing dibenarkan melaksanakan urusniaga dengan China melalui pelabuhan Canton dan berurusan dengan pedagang yang dikenali sebagai Co Hong. Cara ketiga ialah melalui pengilhakan. Isu Undang-undang 1. Justeru. Negara China dianggap sebagai ‘middle kingdom’ atau pusat tamadun dunia.

6 2. merupakan kelasi milik Amerika telah dituduh membunuh wanita Cina Kelasi kapal “Emily” itu diserahkan kepada kerajaan China demi menjaga hubungan perdagangan China-Amerika. Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah itu. Penguasa British di Kowloon. beberapa kelasi British yang mabuk terlibat dalam pembunuhan Lin Wei Hsi di Kowloon. Dalam kes lain. Sekitar tahun 1839. Mereka didapati bersalah dan denda 50 paun dan tiga bulan penjara. undang-undang China menuntut ‘nyawa dibalas nyawa’ 6 6 . tidak wujud Badan Penasihat Undang-Undang(Advice of Council) seperti yang diamalkan oleh orang-orang Barat manakala badan keadilan pula tertakluk kepada kuasa kerajaan semata-mata. Isu Candu 1. 3. Pada tahun 1838 dan Nyawa dibalas nyawa Dalam system mahkamah di negara China. Keengganan China untuk membeli barangan dari Britain menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan kerajaan Inggeris. Sebaliknya di China. Candu kemudiannya menjadi barangan yang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan bawahan dan atasan. Terranova yang berbangsa Itali. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pengaliran keluar wang emas dan perak yang banyak dari Britain ke China.Kemasukan candu yang banyak mengakibatkan pengaliran wang keluar yang banyak kerana nilai import candu melebihi nilai eksport the dan sutera.Hal ini dapat dilihat dalam kes Terranova yang berlaku pada tahun 1821. sekiranya seseorang individu melakukan kesalahan atau tidak dapat dikesan maka kumpulannya bertanggungjawab secara kolektif untuk menyerahkan salah seorang daripada mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu.Saudagar-saudagar Inggeris amat memerlukan teh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. “doktrin tanggungjawab berkumpulan” diamalkan. Tambahan pula pedagang Inggeris hanya dibenarkan menggunakan wang emas dan perak untuk berdagang di negara China. Charles Elliot mereka dibicarakan mengikut undang-undang British. 5. Beliau dijatuhkan hukuman cekik sampai mati. Dalam kes ini. Matlamat pihak Inggeris untuk menjadikan China untuk memasarkan barangan kilang mereka juga tidak tercapai. Begitu juga dengan falsafah undang-undang yang dianuti di China amat berbeza dengan falsafah undang-undang yang diamalkan di Barat. Menurut doktrin ini. Keengganan Inggeris memenuhi tuntutan itu menyebabkan hubungan antara kedua-dua pihak semakin renggang dan seterusnya membawa kepada meletusnya Perang Inggeris-China Pertama. Akibatnya berlaku imbangan perdagangan yang tidak seimbang. terdapat kira-kira 4 juta orang China yang menjadi penagih candu. 3.“seseorang yang dituduh melakukan kesalahan adalah dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas” (innocent until proven guilty). Dalam kes bunuh. 2. pedagang Inggeris membawa masuk candu dari India dan Turki ke China. 4. Pihak berkuasa China tetap menuntut agar pesalah-pesalah tersebut diserahkan kepada mereka untuk diadili mengikut undang-undang negara China. Undang-undang Barat berdasarkan konsep “tanggungjawab individu” iaitu hukuman hanya akan dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja.

1839. Jumlah import candu di China 1800-1820 = 4500 peti candu 1820-1830 = 10 000 peti 1838-1839 = 40 000 peti 8 Belot Pada 3 November 1839. 5. pertempuran telah berlaku antara Kapal Perang Inggeris HMS Volage yang membedil kapal Royal Saxon yang juga milik Inggeris. Kapal Perang China telah membalas bedilan HMS Volage bagi melindungi Royal Saxon. tetapi tidak dilayan oleh pihak China. 6. Kapal Royal Saxon tidak sependapat dengan Elliot dan secara sulit menandatangani surat akuan dengan pihak berkuasa China untuk menghentikan penjualan candu di China. 9. Lin Tsu-hse bertindakbalas dengan mengarahkan tentera mengawal kediaman saudagar asing dan memutuskan hubungan perdagangan dengan pihak British. Kapten Charles Elliot.Kedegilan kedua-dua pihak untuk memenuhi tuntutan masing-masing dirumitkan lagi dengan pembunuhan rakyat China bernama Lin Wei Hsi oleh beberapa kelasi Inggeris yang mabuk. Beliau mengarahkan supaya candu tidak boleh dibawa masuk ke China. pengaliran keluar wang perak bernilai 37. Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi China.Kerajaan China melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton. Baqgaimanapun arahan tersebut tidak dihiraukan oleh Penguasa Perniagaan British di Canton.Maharaja Tao Kuang pada tahun 1838 telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perniagaan candu.9 juta pound. Candu hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan jumlah candu yang diserahkan itu akan dibayar dengan teh bergantung kepada jumlah teh yang diserahkan. Kapten Charles Elliot menyerahkan lebih 20 000 peti candu. Pihak berkuasa China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserah kepada mereka tetapi Kapten Elliot menolak kerana tidak mahu peristiwa Kapal Lady Hughes 9 dan peristiwa Terranova berulang kembali. 8. Seterusnya Pesuruhjaya canton itu meminta saudagar-saudagar asing menandatangani akuan yang mereka tidak akan menjual candu di China lagi. Peristiwa ini telah menandakan Perang inggeris-China yang pertama. mereka diberi kebenaran untuk berdagang di China. Saudagar asing dikehendaki menandatangani surat akuan yang menyatakan mereka tidak akan menjalankan perdagangan candu.Kapten Charles Elliot pula menuntut supaya pihak China membayar ganti rugi candu yang dimusnahkan. 7 4. Sebagai balasan. 8 7. Baginda mengawal rapi aktiviti penyeludupan candu. 7 7 . Untuk memelihara keselamatan para pedagang Inggeris.

Antara syarat-syarat Perjanjian Nanking ialah STPM 1998 K2/S8 i)Lima buah pelabuhan dibuka kepada rakyat dan saudagar British(Canton. Anak kapal itu dicekik sampai mati tanpa dibicarakan. candu. Seorang lagi tercedera.Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pedalaman. Pihak berkuasa di Canton mendesak supaya anak kapal yang terlibat diserahkan kepada mereka untuk dibicarakan mengikut system perundangan Cina. 11. perdagangan bebas tidak selesai. Peperangan tidak dapat dielakkan lagi dan pada awal November meletuslah Perang Inggeris-China 1 atau Perang Candu. Peristiwa Kapal Lady Hughes Peristiwa ini berlaku pada tahun 1784. 13.China tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Nanking. 9 8 . Secara tidak sengaja tembakan itu terkena dua orang Cina yang menyebabkan kematian. China menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat yang dinamakan Perjanjian WangHsia dan dalam tahun yang sama China menandatangani perjanjian dengan Perancis yang dinamakan Perjanjian Whampoa. Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang. vi)Kerajaan China mengakui British setaraf dengan mereka. Inggeris terpaksa menyerahkan anak kapal tersebut. Seorang mubaligh Perancis. v)Kerajaan China dikehendaki membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi. Ramai juga rakyat China yang berjaya dikristiankan. Tuntutan British untuk menyemak semula Perjanjian Nanking disokong oleh Perancis dan Amerika Syarakat. iii)Konsol British ditempatkan di lima pelabuhan itu untuk mengawal warganegara British dan harta mereka. luar dari Canton. Ningpo dan Shanghai) ii)China bersetuju membatalkan perniagaan antara saudagar asing dengan Co-hong. Foochow. iv)Hong Kong diserahkan kepada British. Masalah saudagar asing. Ketika kapal ini tiba di pelabuhan Whampoa. 12. Amoy.10. ajaran Confucius dan Taoisme. Saudagar British boleh berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Peperangan yang bermula pada tahun 1839 itu berakhir pada tahun 1842 setelah tentera Inggeris berjaya menawan Nanking dan selepas itu kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842. seperti biasa tembakan penghormatan telah dilepaskan. vii)Kerajaan China bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar lima peratus dan cukai import pada kadar tiga peratus. Pada tahun 1844. Kerajaan Manchu juga mengugut akan menyerang kilang-kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan dengan dengan orang asing sekiranya individu yang melakukan itu tidak diserahkan kepada mereka.

Cara diplomatik tidak dapat berfungsi lagi bagi memulihkan hubungan antara China dengan kuasa-kuasa Barat. China kehilangan Semenanjung Siberia kepada Rusia.Akhirnya China menandatangani Perjanjian Tientsin dengan British. iii)Kapal asing mempunyai hak berniaga di Sungai Yang-tze hingga Hankow kira-kira 100 km.Peristiwa Lorcha Arrow membawa kepada Perang Candu Kedua 1856. Konsol British di China. Akhirnya Putera Kung bersetuju mengadakan perundingan damai dengan pihak Inggeris. 19. USA dan Rusia dibenarkan menetap di Peking dan atas dasar persamaan taraf. Chingkiang dan Kiuching. Penyebaran agama Kristian juga terus berlaku secara bebas sehingga mencemari adapt resam dan kepercayaan masyarakat tempatan. 18. vi)Orang asing yang melakukan jenayah di China akan diadili mengikut undang-undang Barat. 10 9 . dan seterusnya merosakkan Istana Musim Panas Peking. Tentera Bersekutu telah menyerang Tientsin dan Peking. 10 Kesan Konvensyen Peking jelas membuktikan kelemahan kerajaan Manchu. Harry Parkes mengemukakan bantahan mendesak kerajaan China membebaskan kelasi yang ditahan dan meminta maaf secara terbuka. Perang Inggeris-China Kedua tamat pada bulan Oktober 1860 setelah Konvensyen Peking ditandatangani.Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan pemberontak yang menentang kerajaan China. teh dan sutera. Pada bulan Jun 1860. Kapal ini milik pedagang China yang didaftarkan di Hong Kong. 14. vii)Tarif baru ke atas barangan import dan eksport ditetapkan sebanyak lima peratus ad valorem kecuali candu. Kapten kapal berbangsa Inggeris. 20. Hankow. ii)Orang asing dibenarkan bergerak bebas dan mempunyai hak melawat semua bahagian pedalaman dengan passport yang dikeluarkan oleh konsol asing dan ditandatangani oleh pegawai China tempatan. vii)China dikehendaki membayar ganti rugi perang sebanyak empat juta tael kepada Inggeris dan dua juta tael kepada Perancis. 15. Antara syarat-syarat Perjanjian Tientsin ialah STPM 2001 K2/S8 i) Perwakilan asing yang terdiri daripada orang Inggeris. 16. iv) Kerajaan China bersetuju untuk membuka pelabuhan tambahan untuk perdagangan asing iaitu Nanking. Baginda melantik adiknya Putera Kung sebagai penggantinya. Parkes menjadikan peristiwa kapal Lorcha Arrow untuk melancarkan serangan ke atas China British membedil Canton pada Oktober 1856 dan bermulalah Perang InggerisChina Kedua. Tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan. 17. Kerajaan China membebaskan tahanan tetapi tidak meminta maaf. Peluang ini digunakan oleh kuasa-kuasa Barat untuk terus menekan China. Perancis dan Rusia pada bulan Jun 1858. Perjanjian Tientsin tidak dapat menyelesaikan ketegangan antara kuasa-kuasa Barat dengan China. Melalui perjanjian yang dibuat dengan Rusia. Amerika Syarikat (USA). Kerajaan Manchu enggan mengiktiraf perjanjian tersebut. Perancis. Polis dan askar Canton mengoyakkan bendera British. Maharaja melarikan diri ke Jehol bersama permaisurinya Maharani Dowager. 12 kelasi kapal ini ditangkap oleh polis dan askar Canton kerana dituduh melindungi seorang lanun yang diburu kerajaan China. v) Mubaligh Perancis bebas menjalankan kegiatan agama Kristian dan mempunyai hak perlindungan daripada pihak berkuasa negara China.

Raja Bodawpaya menjalankan usaha meluaskan kekuasaan Myanmar di kawasan sempadan Myanmar. Baginda menyerang dan menakluk Arakan yang bersempadan British-India. 11 Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Isu Pelarian Orang Arakan 1. Arakan telah dikalahkan dan diletakkan di bawah penguasaan Myanmar. Mereka sekali beramai-ramai lari ke Chittagong. Pihak Inggeris enggan memenuhi tuntutan tersebut. Myanmar menuduh British bersubahat dengan Chin 11 Pemerintah Myanmar pada abad ke-19 1. Raja Bodawpaya mendesak pihak Inggeris menyerahkan pemberontak Arakan yang mendapat perlindungan Inggeris di wilayah berkenaan. Dalam usaha menggempur pemberontak Arakan. Dengan itu dasar pemencilan negara China pun berakhir. Pelabuhan Tientsin dibuka kepada perdagangan asing. Raja Pagan Min (1846-1853) 5. Hal ini menyebabkan tentera Myanmar memasuki wilayah Inggeris bagi memburu dan menangkap pemberontak-pemberontak tersebut. Bodawpaya telah bertindak kejam terhadap penduduk Arakan. Pihak Inggeris merasa tercabar dengan tindakan tersebut. Buruh Cina boleh dibawa ke luar negara. Raja Mindon Min (1853-1878) 6. Mubaligh Perancis boleh membeli dan menyewa tanah serta membina bangunan di China. ketua pemberontak Arakan. tentera Myanmar memasuki sempadan British. Raja Tharrawaddy (1837-1846) 4.Orang asing bebas ke kawasan pedalaman negara China dengan surat kebenaran yang ditandatangani oleh konsol mereka dan pegawai China. Penduduk Arakan lari ke Chittagong. Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) dan Perang InggerisMyanmar III (1885-1886). 24. 3. 2. Raja Bagyidaw (1819-1837) 3. Raja Thibaw (1878-1885) 10 .Hubungan British-Myanmar bertambah runcing apabila timbulnya pemberontakan Chin Byan. 22.Kesan konvensyen ini menyebabkan China bersetuju mengiktiraf semua syarat-syarat Perjanjian Tientsin. 23. Harta penduduk tempatan dirampas.21. Raja Bodawpaya (1782-1819) 2.Kehadiran pelarian Arakan ke wilayah Chittagong kurang disenangi oleh pentadbiran Inggeris kerana mencetuskan masalah sempadan antara Myanmar dan Inggeris di India. ganti rugi perang ditambah kepada lapan juta tael kepada Inggeris dan Perancis. Pemberontakan Chin Byan(1811) 1.Selain itu China telah membuka 11 buah pelabuhan untuk perniagaan dan penempatan wakil asing. MYANMAR Inggeris menguasai Myanmar setelah melalui tiga siri peperangan iatu Perang InggerisMyanmar I (1824-1826). Bodawpaya juga memaksa penduduk Arakan memasuki tentera menentang Siam dan menjadi buruh membina pagoda.

Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo yang dimeterai pada bulan Februari 1826.Tentera Myanmar cuba menangkapnya tetapi gagal. Alasan tersebut telah digunakan oleh panglima tentera Myanmar. 2. Pada tahun 1823. Maha Bandula untuk menyerang Manipur. Assam dan Pulau Shahpuri. iii)Myanmar tidak boleh melakukan serangan ke atas Siam. Raja Manipur tidak hadir dalam upacara tersebut. iv)Myanmar diwajibkan membayar ganti rugi peperangan kepada British sebanyak 10 juta rupi. namun apabila Maha Bandula cuba menyerang Chittagong menyebabkan Inggeris mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada bulan Mac 1824. vii)Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara Myanmar dengan British. Tentera Myanmar memburunya sehingga ke Chachar. 9. 2.Byan. Sebuah kubu pertahanan telah didirikan di pulau tersebut. Chin Byan dikatakan telah mempunyai pangkalan tentera di kawasan Chittagong dari telah melancarkan beberapa serangan ke atas Myanmar. 5. Chachar dan Assam. 4. Pihak Inggeris seterusnya mengisytiharkan kekuasaannya ke atas ketiga-tiga kawasan tersebut iaitu Manipur. Jaintia. Myanmar telah menyerang pulau itu. Sungguhpun Inggeris berjaya menguasai semula Pulau Shahpuri. 12 8.Pulau Shahpuri ialah kepunyaan Inggeris. British menguasai Hilir Burma.Syarat-syarat perjanjian ini ialah: i)Myanmar dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan. Selepas perjanjian ini. vi)Myanmar akan menempatkan seorang duta di Culcutta. 3. Raja Manipur melarikan diri ke Chachar bersama sebahagian besar rakyatnya. Pihak Inggeris mendesak tentera Myanmar meninggalkan pulau itu 6. Untuk meyakinkan Myanmar. Saudaranya yang kalah meminta bantuan British. v)British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Myanmar.Raja Bodawpaya melibatkan diri dalam hal-ehwal Manipur. 7. Dengan itu bermulalah Perang Inggeris-Myanmar I. Chachar dan Assam. pihak Inggeris juga melncarkan gerakan menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya. Raja Bagyidaw akhirnya menyerah kalah dan bersetuju menandatangani perjanjian dengan pihak Inggeris. Chachar dan Manipur. Keadaan ini memaksa pemerintah Chachar lari ke Chittagong untuk mendapatkan bantuan Inggeris. 12 Kesan Perjanjian Yandabo a)Memalukan dan menjatuhkan maruah orang Myanmar b)British berjaya menguasai Myanmar Hilir c)Meletakkan asas campur tangan British ke seluruh Myanmar 11 . Assam dan Tenasserim kepada British.Pada hari pertabalan Raja Bagyidaw. 1. ii)Myanmar tidak boleh campur tangan dalam wilayah Assam. Chachar. Kegagalan tersebut menyebabkan Myanmar tidak puas hati dengan Inggeris dan menambahkan lagi ketegangan hubungan Myanmar dengan pihak Inggeris. Dasar campur tangan Myanmar di Manipur. cucu Bodawpaya sebagai pemerintah keeanam Dinasti Konbaung. Baginda membantu Manjit Singh menjadi Raja di Manipur setelah berjaya merampas kuasa daripada abang-abangnya.

Baginda tidak menghormati wakil British yang dihantar ke Myanmar dan enggan menubuhkan pejabat perwakilan Myanmar ke Culcutta serta tidak menghantar wakilnya ke situ.Pengambilan kedua-dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap hak rakyat Myanmar dan Myanmar masih menganggapnya sebagai tidak sah. Pihak Inngeris pula tidak berpuas hati dengan Perjanjian Yandabo kerana Myanmar mengengkari perjanjian ini Menurut Perjanjian Yandabo. 2. Raja Pagan Min bersikap anti-British.Maung Ok menuduh Kapten Shepperd dan Lewis melakukan penipuan dan terlibat dalam satu kes pembunuhan. Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandabo berat sebelah dan menjatuhkan maruah Myanmar. 4. Mereka dipaksa 12 . Hal ini kerana kawasankawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber seperti beras dan kayu jati. Hal ini termaktub dalam Perjanjian Yandabo yang menyatakan kedua-dua pihak akan membincangkan isu perdagangan secara berasingan. 3. 2. Akhirnya pentadbiran British terpaksa menutup pejabat Residennya di Myanmar pada tahun 1840. masalah sempadan dan hak perdagangan. John Crawford telah dihantar ke Myanmar (1826) untuk mengadakan rundingan tentang isu perdagangan. Baginda memberi kuasa kepada gabenor Pegu. Layanan buruk terhadap saudagar Inggeris 1. Raja Tharawaddy juga memberi layan buruk kepada Burney. Bagaimanapun tugasnya itu tidak kesampaian kerana Raja Bagyidaw menjadi tidak siuman. Beliau ditugaskan untuk berunding tentang ganti rugi perang. Atas sebab keselamatan. Beliau menghalang perniagaan saudagar British di bandar-bandar Myanmar. pihak Inggeris telah menindahkan pejabat Residennya dari Amarapura ke Rangoon. Maung Ok berurusan dengan British. Maung Ok juga anti-British. Myanmar telah kehilangan wilayah-wilayah penting seperti Arakan dan Tenasserim. British pula mahukan kebenaran berniaga di kawasan pedalaman. Henry Burney dihantar ke Myanmar (1830) sebagai Residen Inggeris yang pertama.Tindakan baginda telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris-Myanmar. 4. 3.Pengganti Burney iaitu Richard Benson dan Wilham Mcleod juga tidak dilayan dengan baik. Walaupun tiada bukti yang jelas. 2.Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Kesan Perjanjian Yandabo 1. Kedatangan Crawford bertujuan mendapatkan kebenaran Raja Bagyidaw untuk mengeksport beras dari Ranggon. Layanan buruk terhadap pegawai British 1. Myanmar dikehendaki membayar 1000 juta rupee kepada Inggeris tetapi Myanmar enggan menyerahkan ganti rugi itu kepada pihak Inggeris.Pengganti Bagyidaw. Pengambilan Arakan dan Tenasserim merugikan Myanmar. Utusan Crawford tidak mendapat layanan yang sewajarnya kerana Raja Bagyidaw enggan memberi kebenaran mengeksport beras dan perak.

Myanmar pula cuba mempertahankan maruah dan kedaulatannya.Walaupun Mindon Minh melaksanakan pelbagai pembaharuan. British juga tidak senang dengan sikap Raja Mindon yang membuat hubungan dengan Perancis. 4.Oleh kerana tidak puas hati apabila pihak British tidak mengendahkan tuntutannya. Peraturan tersebut dianggap menjatuhkan maruah bagi pihak Inggeris. Keengganan Inggeris memulangkan wilayah Myanmar 1. Baginda mula mengubah dasar luarnya dengan menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis. Pada peringkat awal. 3. 5. Oleh itu cuba berdiplomasi dalam hubungannya denga kuasakuasa Barat. British meneruskan usaha untuk menguasai seluruh Myanmar.British juga menguasai hutan kayu jati yang banyak hasilnya.Kesan Perang Inggeris-Myanmar II ini menyebabkan British berjaya menguasai Arakan. Pasukan tentera dihantar dan menuntut ganti rugi sebanyak 100 000 paun. Pagan Min melucutkan jawatan Maung Ok tetapi enggan berunding tentang ganti rugi. Perkara tersebut membangkitkan kemarahan Raja Mindon Minh dan baginda bertindak mengusir wakil Inggeris itu dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Inggeris. Tenasserim dan Hilir Myanmar. baginda menghantar wakilnya ke London (Kuliwun Mungyi) untuk berbincang dengan Queen.Komander Lambert menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Baginda juga sukakan kedamaian dan bencikan peperangan. 2. Peristiwa ini menjejaskan hubungan antara keduadua pihak. 2. Bagaimanapun wakilnya itu hanya dibawa berjumpa Setiausaha Luar Negeri British.Mindon Minh turut mengarahkan wakil-wakil Inggeris yang ingin mengadap baginda menanggalkan kasut ketika memasuki istana. Raja Myanmar hanya berkuasa di bahagian Hulu Myanmar sahaja(Myanmar Utara). 13 . Itali dan Amerika Syarikat. British mengisytiharkan perang pada tahun 1852. 4. Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886) Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan Isu kasut 1.Kedegilan pihak Inggeris untuk berunding tentang isu tersebut menyebabkan Raja Mindon bersikap dingin terhadap Inggeris.Raja Mindon Minh kuat berpegang kepada agama. 3. namun baginda masih berpegang kepada adat dan nilai-nilai tempatan. baginda berbaik-baik dengan pihak Inggeris dengan harapan agar pihak Inggeris memulangkan semula wilayah-wilayah Myanmar khususnya wilayah Pegu kepada Myanmar. 3.Pentadbiran Inggeris di India mengarahkan supaya pegawai-pegawai Inggeris tidak mematuhi peraturan berkenaan. Antara tradisi yang masih dipegang kuat oleh Mindon Minh ialah adat menanggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara.

Kekacauan politik juga berlaku dan memburukkan lagi keadaaan di Myanmar. Bagaimanapun Raja Myanmar turut memonopoli perniagaan gula. 13 13 Ratu Suyalat 14 . Myanmar juga memberi kebebasan kepada saudagar British menjalankan perniagaan sepanjang Sungai Irriwady. Myanmar juga bersetuju menempatkan seorang ejen British ditempatkan di Mandalay.Golongan saudagar di Rangoon bimbang dengan keadaan tersebut dan mendesak pihak Inggeris campur tangan dan menawan Myanmar Hulu. Apa yang mengejutkan pihak Inggeris ialah pemerintah Myanmar telah memberi kebenaran kepada Perancis untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan di Myanmar seperti perkhidmatan pos. Raja Myanmar hanya boleh memonopoli batu permata. Misalnya terdapat cubaan untuk merampas takhta kerajaan oleh Putera Byingun.5. British juga menuntut bahawa dalam Perjanjian 1867. Isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma 1. Raja Thibaw mendakwa syarikat ini mengambil kayu jati melebihi peruntukan yang diberikan dan menjalankan operasi di luar kawasan yang ditetapkan. Lanjutan daripada itu. Syarikat ini dikenakan membayar denda sebanyak 23 juta rupee kepada Raja Thibaw dan merampas hak pembalakan. cita-cita Inggeris untuk menguasai politik dan ekonomi Myanmar akan terjejas.Raja Thibaw telah membunuh lebih 80 ahli keluarganya untuk mengelakkan cubaan rampasan kuasa. Pihak Inggeris juga mengambil keputusan menutup pejabat Residen di Mandalay pada tahun 1879. mengendalikan kapal-kapal wap dan mengambil alih monopoli diraja. Hubungan Myanmar dengan Perancis Raja Thibaw turut membuat hubungan dengan Perancis. 2. 3. Myanmar berjanji menghapuskan cukai ke atas barangan yang dibawa ke Hilir Myanmar dan Irriwady. Perjanjian 1862. Perancis juga dibenarkan membina konsulnya di Mandalay. 2. kayu jati dan minyak.Sesungguhnya hubungan baik Raja Thibaw dengan Perancis telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris dan Myanmar. Melalui perjanjian tersebut. Konsul Perancis dilantik di Mandalay. 1. 2. Kekacauan politik dalaman Myanmar. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dimiliki oleh Inggeris.. 4. 3. Syarikat Perancis dibenarkan membuka bank dan membina landasan kereta api di Mandalay. gading dan gandum.Syarikat ini dibicarakan oleh Hlutdaw dan didapati bersalah. 3. Inggeris cukup marah dengan tindakan baginda itu kerana jika Perancis membantu Myanmar. Raja Mindon telah menghantar utusan ke Paris untuk menandatangani perjanjian sulit bagi mendapatkan senjata. Syarikat ini diberi konsesi menjalankan operasi pembalakan dan perdagangan kayu jati di Myanmar. Keadaan yang tidak aman ini menyebabkan British menjadikannya sebagai alasan untuk menguasai Myanmar. Baginda menghantar wakilnya ke Paris untuk menguruskan perjanjian perdagangan dengan Perancis.Syarikat ini juga didakwa memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan tidak membayar gaji kepada pekerja Myanmar.

Penggantinya. iii) Myanmar mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain.Raja Thibaw mengemukakan jawapan seperti berikut: i) Baginda bersetuju membatalkan denda yang dikenakan kepada Syarikat Perdagangan Bombay-Burma sekiranya ada rayuan. Ratu tersebut telah mengarahkan baginda menyingkirkan ramai menterinya. 5. Raja Thibaw diberi tempoh lebih kurang sebulan untuk menjawab arahan atau permintaan tersebut.Perancis menjadikan isu agama sebagai alasan untuk menguasai Vietnam.Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan mangkat di sana pada tahun 1905. Setelah bertempur selama dua minggu.Syarikat tersebut membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya Raja Thibaw mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Maharaja Gia Long. Baginda telah menerima kemasukan agama Kristian di Vietnam.. 6. Dasarnya bercanggah dengan dasar ayahanda. 14 9. Sementara itu pihak British menghantar kira-kira 10 000 tentera dan memberi amaran kepada Raja Thibaw sekiranya jawapan yang diberikan kepada baginda tidak memuaskan. 8. Permintaan itu tidak dilayan oleh Raja Thibaw. Baginda juga berpegang teguh kepada fahaman Confucius dan menentang agama Kristian. Ratu ini mempengaruhi Thibaw supaya melantik saudara maranya serta tokoh-tokoh yang disukainya memegang jawatan-jawatan penting dengan membelakangkan kerabat diraja Myanmar..Kemangkatan Maharaja Gia Long pada tahun 1820 menjejaskan hubungan PerancisVietnam. Minh Mang bersikap anti-Barat.British tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan pada November 1885 British menyerang Myanmar.4. 10. Myanmar menjadi tanah jajahan British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun 1948. tentera British berjaya menguasai Myanmar Hulu. lebih 300 000 penduduk Vietnam menganut agama Kristian. VIETNAM STPM 2003 K2/S9 1. Maharaja Gia Long telah menjalin hubungan yang baik dengan Perancis. memenjara dan membunuh kerabat diraja yang boleh mendatangkan masalah kepada baginda. 14 Kesan Perjanjian Inggeris-Myanmar III a) Seluruh Myanmar jatuh ke tangan British b) Myanmar dijadikan wilayah India c) Berakhirnya pemerintahan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752 15 .Pada Oktober 1885. iv)Semua kuasa Barat akan diberikan hak perdagangan yang sama. ii) Myanmar juga bersetuju menerima wakil British dan ditempatkan di ibu kota Myanmar tetapi dasar luar Myanmar dikendalikan oleh Myanmar. pihak Inggeris memberi arahan kepada Raja Thibaw iaitu Raja Myanmar perlu mencari orang tengah untuk menyelesaikan masalah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh British pada masa akan datang. Raja Thibaw sering dipengaruhi oleh permaisurinya Ratu Supayalat dalam setiap tindakan baginda. Dikatakan pada tahun 1800. 7. 2. Dengan itu berakhirlah pemerintahan Dinasti Konbaung yang memerintah selama 130 tahun.

Maharaja Tu Duc masih berdendam dengan Perancis. 8. Sebahagiannya dibayar kepada pihak Sepanyol. melucutkan pegawai Perancis dan mengetatkan hubungan luar dengan orang-orang Barat selaras dengan pengamalan dasar tutup pintu. Baginda meluluskan undang-undang yang mencatatkan bahawa sesiapa yang menganut agama Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh. Pemerintahan Vietnam diambil alih oleh Maharaja Hiep Hoe dan baginda bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Perancis pada tahun 1883. Maharaja Tu Duc mengaku kalah. Selain itu.3. Hubungan antara kedua-dua pihak semakin tegang apabila dua paderi Perancis telah dibunuh iaitu Augustine Schoeffer dan Jean Louis Bonnard.Tanah mereka dirampas dan dibahagikan kepada mereka yang bukan beragama Kristian. 12. v) Perancis tidak wajib membantu Vietnam sekiranya berlaku peperangan. Segala hal ehwal Vietnam dikuasai Perancis.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Vietnam. Paderi Perancis pula akan dihukum buang ke dalam sungai atau laut. ii)Perancis dibenarkan berdagang dan tinggal di tiga pelabuhan(Da Nang. Penganut agama Kristian mula mengasingkan diri dan meninggalkan adat dan tradisi orang Vietnam. 16 . Alasan ini digunakan oleh Perancis untuk menakluk Tongking. 9. Kerajaan Vietnam dikehendaki membayar ganti rugi perang berjumlah empat juta piatres dalam tempoh 10 tahun. Selain itu petempatan orang Kristian turut dibakar. Sesiapa yang menganut agama Kristian akan dihukum bunuh. Penganut Kristian bebas mengamalkan agama dan mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di seluruh Vietnam. 4. 11. 5. Perancis membantah dan melancarkan serangan ke atas Vietnam. iv)Kerajaan Vietnam tidak dibenarkan menyerahkan sebarang wilayahnya kepada manamana kuasa lain kecuali mendapat kebenaran Perancis. Baginda menangkap pendakwah Kristian dan menggubal undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam. Syarat-syarat perjanjian tersebut ialah i) Orang Vietnam dibenarkan bebas beragama. baginda juga mengambil tindakan memusnahkan gereja. gerakan anti-Kristian semakin kuat. Perancis menguasai Saigon dan akhirnya pada tahun 1862. 6. Dalat dan Quang Yen) iii)Kapal-kapal Perancis boleh menggunakan Sungai Mekong untuk ke Kemboja.Dasar anti-Kristian diteruskan oleh pengganti Minh Mang iaitu Maharaja Thien Tri dan Maharaja Tu Duc. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah i) Vietnam diiktiraf sebagai negeri lindungan Perancis. tentera Vietnam semakin lemah. Pulau Condore dan Hoa Gra Dinh) 10. 7.Baginda mula mengambil tindakan tegas terhadap penganut agama Kristian dan mubaligh-mubaligh Kristian. vi) Tiga wilayah diserahkan kepada Perancis(My Tha.Baginda berpendapat kehadiran orang Barat dan agama Kristian menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Vietnam. Angkatan tentera Perancis pernah campur tangan dalam isu agama ini apabila berjaya membebaskan lima pendakwah Kristian yang ditahan dipenjara sementara menunggu hukuman bunuh ke atas mereka. Baginda terus melakukan penindasan ke atas penganut Kristian. Selepas kemangkatan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan Tu Duc.

Belanda ingin menguasai hasil bijih timah dan lada.Sultan Siak misalnya telah meminta bantuan seorang pedagang British yang bernama Wilson apabila diancam oleh musuhnya. USA dikatakan meminta bantuan pemimpin tempatan iaitu Aguinaldo. yang disyaki dilakukan oleh pihak Sepanyol. Sebaik sahaja Perang Napoleon tamat pada tahun 1816. Akhirnya Belanda menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Siak yang menghendaki Sultak Siak meletakkan Siak dan tanah jajahannya di bawah pengaruh Belanda. Belanda mengusir Wilson.Bagaimanapun selepas itu Sultan Najmuddin diiktiraf sebagai Sultan Persaingan terus berlaku antara kedua-dua saudara itu dan akhirnya angkatan Belanda datang ke Palembang 1818 menahan Sultan Najmuddin dan dibuang negeri ke Betawi. Akhirnya Sepanyol mengaku kalah pada tahun 1898. Peperangan yang berlaku adalah antara tentera Sepanyol dan USA.Untuk melindungi kepentingan dan kedudukan mereka. Kerajaan Palembang di bawah Sultan Badaruddin melancarkan serangan ke atas 87 orang Belanda dan 27 orang daripadanya terbunuh dan markas mereka dirobohkan.ii)Vietnam bersetuju menarik balik tenteranya di wilayah Tongking dan ini bermakna seluruh Vietnam berada di bawah kuasa Perancis. 6. Belanda ketika itu menghadapi krisis kewangan yang serius. 15 INDONESIA 1. Namun Wilson kemudiannya merampas Siak untuk dirinya.Palembang juga menghadapi saingan dengan British. Hal ini Peperangan di Filipina. 2. Melalui Perjanjian Surat-Surat Kew yang ditandatangani anatara kedua-dua pihak. 7. 8. Tindakan Wilson membimbangkan pihak Belanda. Belanda terpaksa mematahkan kegiatan lanun pemerintah-pemerintah yang masih mempunyai hubungan dengan pihak British. Penguasaan Filipina berterusan sehingga tahun 1898. 2. -Sepanyol menguasai Filipina sejak abad ke-16 lagi. Sultan Badaruddin menyerah diri dan ditabalkan semula sebagai sultan. Peperangan ini dikaitkan dengan letupan kapal USA yang bernama Maine.apabila dikalahkan oleh USA. 4. British melantik adik Sultan Badaruddin sebagai sultan. British dikehendaki memerintah buat sementara waktu dan menyerahkan kembali wilayahwilayah berkenaan apabila Perang Napoleon tamat. 3. Angkatan USA menyerang Sepanyol di Filipina Oleh kerana tentangan yang hebat daripada Sepanyol. British menyerang Palembang pada tahun 1812. 5.Perluasan kuasa Belanda bermula pada abad ke-19 di Sumatera. USA menguasai Filipina melalui peperangan.Kedudukan Belanda di Indonesia semakin kukh selepas kemenangannya dalam Perang Jawa (1825-1830). 9. Wilson berjaya menumpaskan musuh Sultan Siak itu.Perang Napoleon yang berlangsung di Eropah pada tahun 1793 di Eropah memaksa Belanda menyerahkan empayar mereka di Hindia Timur kepada British. Perluasan kuasa Belanda di Sumatera dilakukan berperingkat-peringkat kerana mereka mengamalkan dasar yang lebih berhati-hati yang berpandukan Perjanjian InggerisBelanda 1824. Perjanjian Sumatera 1871 ditandatangani antara British dan Belanda yang memberi kebebasan kepada Belanda untuk mengukuhkan kedudukannya di seluruh Sumatera. 15 17 . Belanda kembali ke Hindia Timur dan bermulalah campur tangan di Indonesia. 3.

17 16 Pegawai Kanan Tentera Luat USA. Rusia. 17 3.disebabkan terpaksa menanggung hutang perangnya yang tinggi dalam Perang Napoleon dan Perang Jawa. Laos meminta bantuan Siam. 10. b)Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat. c) Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf telah ditetapkan. Belanda telah memperkenalkan tiga dasar ekonomi di Indonesia iaitu Sistem Tanaman Paksa. Beliau akan datang lagi dengan angkatan yang lebih besar pada tahun hadapan .. USA mempunyai banyak kepentingan dengan Jepun terutamanya dari segi ekonomi. USA berhasrat menjalin hubungan dengan Jepun. 18 . Penguasaan Perancis di Laos berlaku melalui peperangan. Rusia(1855) dan Belanda(1856). Untuk tujuan itu. Aktiviti penangkapan ikan paus semakin berkembang pesat. 4. Jepun kemudiannya membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat seperti British(1854). Siam menyerahkan Laos kepada Perancis. Sehubungan itu. Syarat utama dalam perjanjian tersebut ialah: i) Kebenaran mendapatkan bekalan di pelabuhan Shimoda. Syarat-syarat perjanjian adalah seperti berikut i) Jepun akan memberi bantuan dan bekalan kepada kelasi serta kapal USA yang terkandas. Siam berjaya dikalahkan. Jepun di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur dengan kehendak USA. termeterailah Perjanjian Kanagawa. Pada bulan Mac 1854. kapal-kapal USA memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan yang sesuai untuk mendapatkan bekalan air. arang batu dan membaiki kapal. Pada tahun 1854.Seperti negara-negara Barat lain. Anak kapal USA sering terkandas di pinggir laut Jepun telah dilayan dengan buruk. Perjanjian Kanagawa telah merintis hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat lain.Atas alasan di atas ini. iii) USA diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda. Laos mengakui pertuanan Siam dan menghantar ufti ke Siam. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelaut USA. ii)) Dua buah pelabuhan akan dibuka iaitu Shimoda dan Hakodate kepada kapal-kapal USA mendapatkan bekalan dan berdagang. Perry datang semula. Di samping itu. 2. angkatan USA di bawah Komoder Perry menghampiri Nagakasi dan memberi kata dua kepada Shogun supaya membuka perdagangan kepada kuasa luar. 18 STPM 1998 K2/S8 5. 18 Kesan Perjanjian Kanagawa a)Kuasa Barat lain seperti Belanda. Britain dan Perancis menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun. Perancis tidak menyenanginya. Hakodate dan Nagasaki.16 B Campur Tangan Tanpa Peperangan (Perjanjian) JEPUN 1. Dasar Liberal dan Dasar Etika. iv) USA diberi layanan ‘most favoured nation’ 6. perdagangan antara USA dan China semakin maju. Namun peperangan berlaku bukannya dengan Perancis sebaliknya antara Siam dan Perancis. Perry ditugaskan untuk: a) membuka satu atau dua pelabuhan untuk perdagangan b) hak membeli arang batu di pelabuhan-pelabuhan tertentu c) satu jaminan anak-anak kapal USA yang kapalnya karam akan diberi perlindungan dan dilayan dengan sempurna. Pada tahun 1853. Perancis meminta Laos menghantar ufti kepadanya.

Mongkut telah memulakan dasar buka pintu dan melakukan pemodenan di Siam. USA memperbaharui perjanjian yang dibuat dengan Jepun. Kesannya penguasaan golongan bangsawan dalam bidang perdagangan semakin merosot Sistem kewangan Siam disusun semula.Dasar buka pintu Jepun berlanjutan dan diperkukuhkan semasa era pemerintahan Meiji pada tahun 1868. Antara syarat-syarat Perjanjian Bowring ialah i) cukai ke atas barangan import dihadkan kepada tiga peratus ad valorem dan cukai ke atas barangan eksport sebanyak lima peratus advalorem ii) eksport beras dibenarkan iii)kapal British boleh memasuki semua pelabuhan Siam iv)pihak British dibenarkan mengimport candu. Siam menjalankan pembaratan. Meskipun dasar seperti ini sekali pandang menggambarkan kelemahan pemerintah tetapi dasar tersebut terbukti banyak menguntungkan Siam dari segi maruah. Demi mengekalkan kemerdekaan Siam. Mongkut menyedari bahawa tekanan dan pencerobohan kuasa-kuasa Barat akan mengancam kedaulatan Siam. 19 BRUNEI Mongkut dan Chulalongkorn mengamalkan dasar tolak-ansur terhadap kuasa-kuasa Barat. menamatkan pemencilan dan berjaya mengekalkan kemerdekaannya. Siam tidak menggadai kedaulatan negaranya dan tetap menjadi sebuah negara yang merdeka.Dengan perjanjian ini Siam didedahkan dengan perdagangan antarabangsa. Antara syarat-syarat perjanjian itu termasuklah: i) pertukaran diplomat di ibu kota masing-masing ii) pembukaan pelabuhan-pelabuhan baru kepada pedagang-pedagang asing iii) Seorang menteri ditempatkan di Edo (Tokyo).Siam kemudiannya menandatangani perjanjian dengan USA(1855). Belanda(1860) dan Prusia (1862). 2. 6. 19 19 .Baginda sedar dasar pemencilan dan sikap degil kepada kehendak kuasa Barat seperti yang diamalkan di Myanmar dan China bukan sahaja gagal menyekat kemaraan kuasakuasa Barat tetapi juga membawa kepada penjajahan kuasa Barat ke atas sesebuah negara di Timur.ii)Kebenaran berurusniaga dengan pihak Jepun iii) Hak tempat tinggal bagi lelaki di Nagasaki iv)Kebenaran melantik konsol v)Bidang kuasa perundangan 7. Dasar yang diamalkan ini (buka pintu) menjadikan Jepun terselamat daripada ancaman kuasa-kuasa Barat. Perancis (1856). Tolak-ansur yang dapat disesuaikan dengan kehendak dan tuntutan ekonomi yang diminati oleh kuasa Barat. Baginda telah menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring 1855.Sebagai seorang pemerintah yang peka kepada perkembangan politik di Asia. THAILAND 1. 8. 4. 3. tetapi mesti mematuhi undang-undang v) British diberi hak wilayah asingan di Siam vi) Seorang konsol British akan dilantik dan ditempatkan di Bangkok 5. Wakil USA Townsend Harris telah membuat perjanjian dengan pihak Jepun 1858.

Coorg dan Mysore. 3. 3. Proses pengilhakan di India dilakukan oleh British pada abad ke-19 melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick(1825-1835). iii) Hubungan Brunei dengan semua negeri asing akan diputuskan oleh kerajaan Baginda Queen. Wilayah Brunei iaitu Sarawak diduduki oleh James Brooke.Bentick yang menjadi Gabenor India telah mengilhakan beberapa wilayah seperti Cachar. Kampuchea dan Vietnam. Pada tahun 1888 sekali lagi Brunei menandatangani perjanjian dengan British. 2. C Campur Tangan Melalui Pengilhakan 1. Atas permintaan penduduk tempatan Bentik mengilhakan kawasan tersebut. James Brooke kemudiannya mengembangkan pengaruh dan menguasai daerah Brunei di Sarawak. Beliau membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir di Sind. rakyat British. ii). Justeru Brunei menandatangani perjanjian dengan British 1847 untuk mendapat perlindungan. 2. 4. 2.Pangeran Muda Hashim menyerahkan Sarawak kepada James Brooke melalui perjanjian pada tahun 1841.Kegiatan James Brooke telah mengancam kedudukan dan keselamatan Brunei. persoalan itu hendaklah diputuskan oleh baginda Queen. Cara ini digunakan di India. vi)Pengadilan awam dan jenayah terhadap rakyat British atau harta benda mereka dalam Brunei adalah terserah kepada Baginda Queen. iv)Kerajaan baginda Queen berhak menempatkan pegawai-pegawai Konsul British di sebarang tempat di Brunei. Brooke mendapat Sarawak setelah terlibat dalam membantu Pangeran Muda Hashim dalam mengatasi kekacauan yang disebabkan oleh penentangan penduduk tempatan terhadap pemerintahan Pangeran Indera Mahkota. 4. Penduduk tempatan juga dikatakan menyokong beliau. Raja Chachar mangkat tanpa waris. Di Coorg dan Mysore.Sekiranya ada sebarang persoalan tentang hak mewarisi takhta Brunei.Walaupun cara pengilhakan bukan melalui proses peperangan tetapi kuasa-kuasa Barat turut menggunakan kekerasan iaitu memeras ugut pemerintah tempatan bagi meluaskan pengaruh mereka.1. INDIA STPM 2003 K2/S9 1.Syarat-syarat perjanjian: i)Brunei akan terus diperintah oleh sultan dan penggantinya sebagai negeri yang merdeka. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar wilayah- 20 . beliau telah menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil.Lord Ellenborough ingin merampas Sind. zaman Lord Ellenborough(1836-1846) dan zaman Lord Dalhousie(1846-1856). Adakalanya cara ini juga melibatkan peperangan. di bawah perlindungan Great Britain. v)Penyerahan sebarang bahagian wilayah Brunei mestilah dipersetujui oleh kerajaan Queen.

20 21 . Baginda telah diminta untuk membayar ufti kepada Perancis dan bukan kepada Vietnam. Qudh berada dalam huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. 5. Pentadbiran Qudh dikuasai Nawab Khan.Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini iaitu Sarata. Menurut doktrin ini.Vietnam dan Siam sering bersaing untuk menguasai Kemboja pada abad ke-19. 20 KAMPUCHEA ( KEMBOJA) 1. Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada Vietnam dan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya. Keadaan ini menamatkan persaingan antara Perancis dan Siam dalam soala Kemboja. Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk mengilhakan lebih banyak wilayah-wilayah di India. Sebagai balasan. secara automatic negeri itu akan jatuh kepada pihak British. 7.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Siam. 10. Mereka ditewaskan dan Sind diletakkan di bawah pentadbiran British. 9. kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siem Reap diakui British. Beliau menggunakan tiga cara. 2. Hanya mata wang Inggeris diakui sah. Syarikat Hindia Timur Inggeris akan mengambil alih kerajaan Qudh manakala Nawab dibenarkan mengekalkan gelarannya dan dibayar 15 000 000 rupi.Bagi menghalang pengaruh British dan Siam. 5. Amir-amir menjadi marah dan menyerang pihak British. Akhirnya Punjab diilhakan. 4. Jhansi dan Tanjore. Lord Dalhousie mengambil keputusan untuk mengilhakan Qudh atas alas an penyelewengan dan penyalahtadbiran tempatan. 6. Mengikut perjanjian tersebut. Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Lord Dalhousie kemudiannya menggunakan cara ketiga ini untuk mengilhakan Qudh. 3.Perancis turut campur tangan di Kemboja akibat berlaku masalah perebutan takhta kerajaan semasa pemerintahan Raja Norodom. Penglibatan pihak Perancis telah di bantah oleh Siam.Laksamana Bonnard telah melawat Raja Norodom pada tahun 1862. cara pertama ialah menakluk Punjab.wilayah mereka dan melepaskan hak mereka untuk membuat mata wang sendiri. mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya selepas kemangkatan mereka. kezaliman dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negeri. Perancis berusaha menguasai Kemboja bagi dijadikan negeri penampan. 8. Perjanjian ini membolehkan Kemboja menjadi negeri naungan Perancis kesan daripada Siam menarik tuntutan ke atas Kemboja.Ellenborough juga mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua puak Maratha yang digeruni iaitu Daulat Rao Sindhia. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut. Jaipur.Cara ketiga ialah melalui ‘kebaikan untuk diperintah’. Cara ini dilakukan atas alasan berlakunya penganiayaan. Cara kedua yang dilakukan oleh Dalhousie ialah melalui ‘Undang-undang Lesap Waris’(Doctrine of Lapse). Lord Dalhousie telah menawarkan satu perjanjian baru kepada Nawab.

kuasa-kuasa Barat sanggup melakukan apa saja yang termampu termasuk kehilangan nyawa. perjanjian dan pengilhakan. Di negara Thai.Bandingkan kejayaan campur tangan Inggeris di China dan Myanmar sehingga penghujung abad ke-19. Rumusan Kuasa Barat meminati benua Asia atas faktor ekonomi walaupun terdapat sebab-sebab politik dan agama. Soalan latihan 1. 5. Demi mencapai matlamat ekonomi. 2. Tiga cara mereka lakukan untuk menguasai negara-negara berdaulat di Asia iaitu cara peperangan.Sejauh manakah masalah candu menjadi faktor utama yang mencetuskan Perang Candu 1839-1842?.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa Barat campur tangan di Indonesia dan Vietnam. Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Raja Norodom dengan Perancis pada tahun 1863 selepas dipaksa oleh pihak Perancis.Bincangkan cara perjanjian yang digunakan untuk menguasai China dan Jepun oleh kuasa-kuasa Barat. 22 . Bincangkan penglibatan pihak Inggeris di India pada abad ke-19. Jepun juga bernasib baik kerana tidak banyak karenah kepada Barat. 3. 4.6. walaupun British campur tangan melalui Perjanjian Bowring tetapi tidak diakhiri dengan penjajahan kerana kebijaksanaan pemerintah Thai yang rela menerima Barat sebelum Barat menggunakan kekerasan. campur tangan Barat telah memulakan gerakan untuk membebaskan tanah air khususnya untuk memerdekakan negara masing-masing ataupun pemodenan seperti yang berlaku di Thailand dan Jepun. Bincangkan. 6. Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi dorongan utama penglibatan British di China dan Myanmar? Bincangkan. Perjanjian ini ialah untuk menghentikan penghantaran ufti ke Vietnam dan Siam. Biarpun begitu.

2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara Fokus Bab Ini 6.2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara 23 . SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SUPTOPIK 6.2 BAB 6 Bab 6 : Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat.Tema 2.1 Pengenalan HURAIAN Mengetahui latar belakang kemasukan masyarakat Cina dan India ke Asia Tenggara Menghuraikan struktur masyarakat di Asia Tenggara selepas kemasukan orang India dan China ke negera-negara berkenaan 6.

3. kebanyakan imigran yang memasuki Asia Tenggara adalah bersifat persinggahan sementara untuk memperoleh rezeki yang baik. 8. 5. ketara dan berpanjangan.Golongan imigran inilah kemudiannya dipertanggungjawabkan oleh penjajah untuk menjalankan sektor ekonomi di sesebuah negara. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat telah menyediakan satu ruang yang cukup sesuai untuk menarik minat masyarakat luar rantau ini berhijrah ke Asia Tenggara. 9. budaya dan cara hidup dalam masyarakat tersebut.. penjajah melahirkan idea bahawa masyarakat tempatan tidak mahu bekerja dalam sektor ekonomi yang telah diwujudkan seperti sektor perlombongan dan perladangan. 1.Kedatangan serta penguasaan penjajah Barat di negara-negara di Asia Tenggara telah memberikan impak yang cukup mendalam. Migrasi boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang membabitkan perubahan tempat tinggal ke tempat yang baru.Migrasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu migrasi tetap dan migrasi sementara. Satu sistem membawa masuk imigran ke Asia Tenggara telah diwujudkan dan telah dikendalikan oleh ejen-ejen Barat. Untuk menghalalkan kemasukan mereka. 6.Bab 6 : Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat. Dasar ini dilakukan oleh Belanda dilakukan di Pulau Jawa oleh Belanda manakala British juga melaksanakannya di Myanmar dengan membawa masuk imigran India. 24 .Mereka juga mendakwa masyarakat tempatan sangat sukar untuk dikawal atau enggan mematuhi arahan yang diberikan. 7. Migrasi di Asia Tenggara telah menyebabkan struktur masyarakat sesebuah negara berubah.Dari abad ke-19 hingga Perang Dunia Kedua. 2.Kesan lain ialah wujudnya perbezaan agama. 4.Kedatangan orang Cina dan India bukan sebagai pedagang atau mubaligh seperti sebelum ini sebaliknya sebagai imigran ekonomi. 6. Masyarakat di Asia Tenggara tidak lagi hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Seringkali juga migrasi telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penduduk tempatan. .1 Pengenalan.Di samping itu wujud juga kemasukan imigran dari sebuah negara ke negara lain yang merupakan rancangan untuk memindahkan sebahagian daripada penduduk di kawasan yang padat. Kemasukan imigran telah membantu menjayakan motif penguasaan ekonomi kuasa penjajah.Migrasi sering dirujuk sebagai faktor penting yang membawa kepada perubahan kependudukan di satu-satu negara.

pekerja India lebih murah dan menguntungkan untuk bekerja dalam sektor-sektor perkhidmatan. Keluasan tanaman padi telah meningkat dari enam juta ekar kepada lapan juta ekar pada awal abad ke-20. Tumpuan ruang pekerjaan adalah dalam sektor pertanian. 12.Keadaan ini semakin mudah apabila pentadbiran Myanmar telah disatukan dengan pentadbiran India. 3. Menjelang tahun 1900.Kemasukan orang India ke Myanmar melalui beberapa cara. 5.Kemasukan orang India ke Myanmar sangat ketara dalam sektor penanaman padi secara komersial. Kemasukan imigran India ke Myanmar mengurangkan kesengsaraan di India dan menawarkan tenaga buruh yang akan membawa pembangunan Myanmar berjalan dengan lancar. 21 11. Malah orang India telah mendominasi pekerjaan dalam bidang perubatan dan keadaan ini telah menyebabkan peluang penduduk tempatan untuk membabitkan diri dalam bidang ini tersekat.2 Pembentukan Masyarakat di Asia Tenggara Pembentukan Masyarakat Myanmar 1.S. Cara pertama ialah melalui syarikat-syarikat persendirian. Mereka mengamalkan adat.10. perusahaan dan perburuhan.Oleh kerana orang India boleh menguasai bahasa Inggeris dan biasa dengan pentadbiran Inggeris.Malah pihak British memberi subsidi perjalanan kepada sesiapa yang ingin bekerja di Myanmar. mengekalkan identiti budaya asal serta menceburi bidang ekonomi tertentu.Furnivall. 2. Dari tahun 1834 hingga 1937. 22 Jumlah kemasukan orang India ke Myanmar 1901-1905 = 179 800 orang 1921-1925 = 367 100 orang 1926-1930 = 405 000 orang 25 . Kedua melalui kerajaan dan ketiga secara persendirian. Keadaan ini mewujudkan masyarakat majmuk. pekerjaan yang berbeza berbanding masyarakat tempatan.Di Indonesia dan Thailand.Ketika penjajahan British. kurang berinteraksi dengan kaum lain. 6. lebih 30 juta orang India berhijrah dan dari segi geografinya.Masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri hidup secara berkelompok berdasarkan bangsa. Akan tetapi mereka hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu disebabkan oleh amalan kebudayaan dan agama yang berbeza. Myanmar telah menjadi sasaran golongan imigran ini. pendidikan dan perubatan. kemasukan secara beramai-ramai orang India dan Cina berlaku di Myanmar akibat peraturan kemasukan yang longgar ke Mynamar.Kedatangan imigran ke Asia Tenggara telah melahirkan satu bentuk masyarakat baru. 22 6. British juga membawa sebilangan orang India untuk membantu mereka dalam bidang pentadbiran. negara berkenaan telah menjalankan dasar “mengsiamkan” dan “mengindonesiakan” orang Cina yang telah menyerapkan tradisi dan budaya tempatan dengan mengamalkan cara hidup tempatan dan menggunakan namanama tempatan. 4. 21 Masyarakat Majmuk Mengikut J. jumlah buruh India di Myanmar ialah 250 000 orang manakala dalam tahun 1927 mencecah angka 430 000 orang. Kadar kemasukan buruh India ialah 15 000 orang setahun. budaya. masyarakat majmuk merupakan pembentukan sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagi kumpulan etnik dan kaum yang tinggal di bawah satu unit politik yang sama.

3. 11.Masalah timbul apabila orang India menceburkan diri dalam bidang pertanian yang sebelum ini dikuasai oleh orang Myanmar. perindustrian serta perlombongan. Di Negara Thai peluang terbuka luas terutama dalam sektor perlombongan dan pertanian.Orang Cina juga datang ke Myanmar. ii) Kebanyakan pengusaha terdiri daripada orang India termasuk golongan chettiar.. Kedatangan orang Cina berlaku di bahagian utara iaitu kawasan yang bersempadan dengan China. Negara Thai sudah mempunyai hubungan diplomatik dengan China. dan perlombongan bijih timah adalah antara aktiviti ekonomi yang didominasi oleh orang Cina.Sejak abad ke-13. Mereka bersedia memberi pinjaman wang kepada para petani dan menjadikan tanah sebagai cagaran. 23 10. 26 .7. 12. Tarikan utama ialah terdapatnya permintaan tenaga buruh yang besar dan pembabitan mereka dalam aktiviti perdagangan. Pembentukan Masyarakat Negara Thai 1. Aktiviti pertanian seperti penanaman tebu dan padi. Keadaan semakin meruncing apabila orang Myanmar melibatkan diri dalam perindustrian dan perkhidmatan awam yang akhirnya membawa kepada ketegangan antara kaum pada tahun 1920-an. 23 Pergaduhan Kemuncak kegelisahan orang Myanmar terhadap ceti-ceti India ini ialah tercetusnya Pemberontakan Saya San (1930-1931) yang bertujuan mendapatkan semula tanah-tanah mereka daripada golongan ceti. Meskipun jumlahnya kecil iaitu di sekitar 200 000 orang yang berada di Myanmar pada tahun 1931. Hubungan tersebut berlaku dari zaman berzaman.Beberapa faktor menyebabkan orang Cina berhijrah ke Thailand. 8. Berbanding dengan orang India. 2. perusahaan beras. Sebilangan kecil sahaja yang masih kekal. ramai orang India melarikan diri dari Myanmar dan balik ke India. Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti utama. Penduduk tempatan dikatakan tidak mampu menyaingi orang India dan keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu: i) Orang India biasa hidup susah dan taraf hidup yang rendah menyebabkan mereka sanggup menerima gaji yang rendah. Pada tahun 1930-an.Orang Cina terbabit dalam aktiviti perdagangan.Sehingga serangan Jepun ke Myanmar. Jadi pengusaha memilih buruh dari India. Perdagangan import-eksport telah menempatkan orang Cina dalam kedudukan sosial yang lebih baik daripada penduduk tempatan. 9. Proses kemasukan orang India ke Myanmar berkurangan pada tahun 1930-an apabila golongan nasionalis Myanmar menuntut peranan dan hak ekonomi serta politik penduduk tempatan. orang Cina tidak dimusuhi orang Myanmar kerana orang Cina menganut agama Buddha sebagaimana kebanyakan orang Myanmar. Utusan diplomatik dan ufti dari Negara Thai dihantar ke China untuk mendapatkan bantuan daripada negara tersebut bagi mengembangkan industri tembikar. 13. golongan chettiar telah memberikan dua pertiga pinjaman kepada para petani di Hilir Myanmar. Pergaduhan sengit berlaku di Rangoon hingga membawa jumlah kematian yang besar kepada kedua-dua kaum.

Berdasarkan sumbangan ini. meskipun mazhab yang berbeza.. Mereka juga dibenarkan membuka tanah dan memiliki kawasan perlombongan. orang Cina memperoleh pula monopoli judi. Pada mulanya orang Hokkien dan Kantonis lebih dominan di Thailand tetapi selepas pertengahan abad ke-18 hingga 1930-an orang Teochew lebih dominan dan mereka terlibat secara serius dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan beras. kehidupan yang belum menentu menjadi faktor penting kaum wanita tidak dibawa bersama dalam perjalanan ke luar negeri. Golongan ini mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga diraja Thai terutama mempunyai hubungan baik dengan Phya Taksin. malah mereka sebenarnya memonopoli perdagangan diraja.Terdapat empat suku kaum Cina utama yang berhijrah ke Thailand iaitu Hokkien. Hakka.Seiring dengan kedatangan orang Barat pada pertengahan abad ke-19. 13. Sehingga awal abad ke20. 14.Mereka dikecualikan daripada kerahan buruh dan cukai kepala.Orang Cina menerima banyak keistimewaan di Negara Thai. 5. tumpuan kependudukan mereka ialah di kawasan bandar.Hal ini berlaku kerana orang Cina mudah menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan. Dasar kerajaan Dinasti Chakri sendiri yang menggalakkan orang Cina menetap di Negara Thai dan wujudnya hubungan perdagangan yang erat antara Bangkok dan Canton telah membantu kepesatan kemasukan orang Cina. tetapi juga kerana persepsi masyarakat Thai terhadap orang Cina tidaklah seperti persepsi mereka terhadap orang Eropah.Masyarakat Cina menjalankan kehidupan meraka secara terpisah daripada masyarakat tempatan. 12.Orang Cina juga bertumpu di kawasan utara iaitu Chiengmai. 9. arak. penjualan candu dan loteri. Mereka menjadi pengimport dan pengeksport beras dan pengilang padi. 7. 10. Teochew dan Kantonis.Sejajar dengan pembabitan orang Cina dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. Hal ini berlaku kerana orang Cina hanya mahu mencari keuntungan dan penghijrahan mereka adalah berbentuk sementara. Mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka tersendiri. Mereka juga merupakan penganut agama yang sama iaitu agama Buddha. 6. Kebebasan yang dimiliki oleh orang Cina bukan sahaja kesan daripada dasar perlindungan diraja yang diberikan oleh Mongkut dan Chulalongkorn.Faktor fizikal seperti halangan perjalanan yang jauh. Terdapat juga di kalangan kerabat diraja yang berkahwin dengan orang Cina seperti Raja Vajiravuth yang berdarah Cina dari sebalah ibunya. seiring dengan perkembangan sistem pengangkutan terutama jalan raya dan jalan kereta api yang menghubungkan bandar ini dengan bahagian selatan Thailand.Kekurangan kaum wanita Cina di Negara Thai menyebabkan kaum lelaki Cina memilih wanita tempatan sebagai isteri mereka dan lahirlah golongan lukchin yang berjumlah kira-kira 80 000 orang pada tahun 1820-an. 8. orang Cina dikatakan menjadi penggerak ekonomi Thai. Bangkok menjadi tumpuan mereka di samping bandar-bandar lain seperti Sukhotai dan Korat.Selain itu Negara Thai juga dikatakan memberi upah yang paling tinggi berbanding dengan negara lain.4.. 11. malah beliau telah memusatkan orang Teochew dari Thonburi ke Bangkok.Orang Hokkien terbabit dalam perlombongan bijih timah manakala kelompok Kantonis terlibat dalam sektor profesional termasuklah pengurusan dan kejuruteraan. mereka dibenarkan bergerak bebas tanpa sebarang sekatan imigresen. Sistem 27 .

Golongan China di Indonesia dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Singkeh (tetamu baru) yang disebut Cina Totok oleh penduduk tempatan. penghijrahan orang Cina ke Indonesia ialah 40 000 setahun dari tahun 1920 hingga 1930. 16. Mereka melihat penguasaan ekonomi orang Cina telah menyebabkan penduduk tempatan kekurangan peluang untuk mengumpul kekayaan di negara mereka sendiri.Pada tahun 1932. Golongan kedua dikenali sebagai Cina Peranakan.Untuk menjaga kebajikan orang Cina khususnya di kawasan ladang. Mereka merupakan penduduk Cina awal yang datang ke Indonesia dan telah terdedah kepada Pada tahun 1941. Isu penguasaan orang Cina dikaitkan sebagai salah satu faktor yang menyemarakkan semangat nasionalisme Thai. Begitu juga dengan kawalan terhadap kemasukan orang Cina juga telah dilakukan pada tahun 1926-1927 dan diperketatkan pada tahun 1930. 24 28 . terdapat hanya enam buah sekolah rendah Cina dan dua buah sekolah menengah Cina.Beberapa peraturan dikenakan seperti pendaftaran perusahaan Cina. Jumlah penduduk Cina meningkat dengan ketara pada pertengahan abad ke-19 dan mencecah angka 1. Bagaimanapun selepas itu perkembangan sekolah Cina mula merosot kerana masyarakat tempatan kurang senang dengan perkembangan pesat sistem pendidikan Cina. Sekolah-sekolah ini didirikan hasil daripada derma saudagar-saudagar Cina yang kaya. Penghijrahan ramai orang Cina ke Indonesia membimbangkan penduduk Indonesia. 15. 24 Keadaan ini timbul pada masa pemerintahan Raja Vajiravuth. terdapat usul yang dibawa ke Volksraad untuk menaikkan yuran kemasukan orang Cina ke Indonesia dari 50-100 florin kepada 250 florin. Phibun Songram berusaha menjalankan dasar anti-Cina dan cuba mengsiamkan orang Cina di Negara Thai.Penghijrahan mereka ke Indonesia disebabkan kekacauan politik yang berlaku di Negara China seperti penghapusan golongan taat setia kepada kerajaan Ming oleh Kerajaan Manchu. 4.pendidikan adalah seperti yang diamalkan di Negara China yang menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. 3.25 juta pada tahun 1930. Selepas Perang Dunia Kedua. buku akaun dalam bahasa Thai.Akta Kewarganegaraan diwujudkan dan dipraktikkan pada tahun 1913. Pada tahun 1937-1939. sekurang-kurangnya 10 peratus daripada penduduk Negara Thai adalah terdiri daripada kaum Cina. Pembentukan Masyarakat Indonesia 1. Mereka juga menguasai 80 peratus dalam perusahaan beras negara. 18. Orang Cina juga didesak menggunakan nama Thai dan bertutur dalam bahasa Thai. Secara purata.Perubahan secara mendadak ini berlaku kerana dasar Belanda yang memerlukan tenaga buruh bekerja dalam sektor perladangan dan perlombongan. Usul ini ditentang oleh orang Cina dan mengancam akan memboikot eksport gula Jawa ke China. 17. penetapan syarat hak milik dan nisbah pekerja. Dasar Siamization ini berjaya melahirkan rakyat Thai yang kekal hingga hari ini. Usul ini terpaksa ditolak.Sikap dan persepsi orang tempatan terhadap orang Cina mula berubah pada abad ke20. semua sekolah Cina ditamatkan operasinya dan diganti dengan sekolah kerajaan.Golongan ini tinggal di kawasn luar bandar. diwujudkan jawatan Inspektor Buruh bagi mengelakkan penganiayaan ke atas buruh ladang. terdapat 197 sekolah rendah Cina dan 20 sekolah menengah Cina. 19. 2.Pada tahun 1940.70 peratus daripada orang Cina terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan. 5.

pertanian dan perlombongan 12. 25 29 . orang Cina mendapat hak melibatkan diri dalam penjualan candu. perkembangannya tidaklah menggalakkan seperti di Thailand. Orang Cina dipandang sebagai merbahaya dalam bidang ekonomi. Pada peringkat awal pendidikan Cina adalah pada tahap yang rendah dan tidak mendapat bantuan kerajaan. Golongan ini tinggal di kawasan bandar. Selain sektor buruh.Imigran Cina di Indonesia terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Semasa pendudukan Jepun. Hal ini berlaku kerana penduduk tempatan menganggap orang Cina memeras dan mengeksploitasi mereka. Hal ini berlaku kerana kritikan daripada penduduk tempatan. orang-orang Cina telah melakukan pelbagai penindasan ke atas masyarakat tempatan.Kerajaan juga cuba memiliki kedai pajak gadai. orang Cina terhimpit antara menyokong pejuang kemerdekaan Indonesia dengan pihak penjajah Belanda. 11. memberi pinjaman wang kepada petani dan mengenakan kadar faedah yang tinggi serta membeli barangan penduduk tempatan dengan harga yang murah.Mereka juga bebas bergerak ke kawasan pedalaman dan menetap di hampir semua bandar utama di Indonesia. perjudian.Pihak Belanda cuba menghapuskan monopoli orang Cina dalam bidang perniagaan. 25 8. kapten dan leftenan. Ketua-ketua orang Cina yang kaya dilantik sebagai mewakili orang Cina dan gelaran tentera diberikan kepada mereka seperti major. pajak gadai. Antaranya termasuklah mengutip cukai daripada penduduk dengan kadar yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan. 9.Masyarakat Cina di Indonesia kebanyakannya kaya daripada masyarakat peribumi.Dalam bidang pendidikan. Di Jawa. 10.Mereka juga terlibat dalam kahwin campur dengan penduduk tempatan. Biasanya kanak-kanak Cina mendapat pendidikan di sekolah rendah penduduk tempatan. kebanyakan orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan. Mereka diarah untuk menjaga keamanan dan kemakmuran di kawasan orang Cina. Pada tahun 1908 sekolah Cina-Belanda ditubuhkan dengan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantar.persekitaran tempatan. Orang Belanda pula menganggap orang Cina tidak menjalankan perniagaan dengan jujur dengan pedagang Eropah.Hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan dan pihak Belanda tidaklah begitu baik. Terdapat juga sebilangan kecil orang Cina di Indonesia yang menjadi orang tengah yang mengutip cukai bagi pihak Belanda. Perang kemerdekaan Indonesia menjadikan orang Cina sebagai mangsa pembunuhan kerana sikap mereka yang neutral itu. Kerajaan Belanda mula mengambil alih peranan orang Cina dalam bidang perniagaan dan mengharamkan penanaman candu. Menjelang awal abad ke-20 hanya terdapat sebuah sahaja sekolah rendah Cina. Orang Cina juga dituduh memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan.Kebangkitan anti-Cina ditunjukkan oleh Syarikat Dagang Islam yang cuba membantu pedagang-pedagang batik Indonesia daripada persaingan peniaga Cina. feri. 6. Sebagai orang tengah. 13. rumah penyembelihan dan memungut sarang burung 7.

Golongan mestizo menguasai perniagaan antara 30 . halangan dan penindasan oleh pihak pemerintah Sepanyol menyebabkan orang Cina memberontak. Mereka diberi hak untuk bergerak dengan bebas. 3.Gabenor Sepanyol di Filipina menyokong usaha mengusir orang Cina di Filipina dan kempen ini dilanjutkan sehingga 1899.Sepanyol mengamalkan dasar terhadap orang Cina di Filipina berdasarkan dua faktor iaitu keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik. Golongan mestizo diletakkan taraf yang sama dengan penduduk tempatan Filipina. Negara China mengenakan prinsip jus sanginis menyebabkan orang Cina Indonesia mempunyai dua warganegara.Masyarakat Cina semasa penjajahan Sepanyol disebut Sanley iaitu gabungan daripada perkataan xiang dan ley yang membawa maksud “pedagang yang mengembara”.Orang Cina juga tidak dibenarkan memiliki tanah sehingga akhir pemerintahan Sepanyol. Pembentukan Masyarakat Filipina 1.14. beberapa sekatan atau peraturan telah dibuat. misalnya yang berlaku pada tahun 1819. Selain itu orang Cina dikenakan beberapa sekatan seperti hanya dibenarkan berada di Manila pada waktu siang dan diarah pulang pada waktu malam. Golongan ini dikenali sebagai mestizo. Mereka juga berperanan sebagai orang tengah antara pengimport-pengimport Barat dengan penduduk tempatan Filipina. Malah mereka diberi penempatan khas iaitu di Binondo.Di Manila. Mereka hidup mengikut corak dan cara hidup tradisi China. Mereka memainkan peranan penting dalam ekonomi Filipina. 2.Bagaimanapun pihak Gereja Roman Katolik tidak menyokong usaha menyingkirkan orang Cina kerana menganggap orang Cina penting dari segi penyebaran agama Kristian dan ekonomi. boleh memiliki harta dan menyertai kerajaan tempatan. 8. 7. Untuk menghalang kemasukan orang Cina ke Filipina.Penduduk Cina yang memeluk agama Kristian dibenarkan menjalankan perniagaan tanpa sekatan dan mereka juga diasingkan daripada masyarakat Cina yang lain. orang Cina tinggal di Parian yang menjadi Chinatown. Mereka juga dikenakan 5 real untuk tujuan ufti dan 12 real lagi untuk tujuan memiliki rumah. 9. Jumlah mereka di sekitar 200 000 orang. Justeru mereka mencadangkan kepada pemerintah Sepanyol di Filipina supaya mengkristian penduduk Cina dan memberi layanan yang baik kepada mereka. 5. Kebanyakan golongan mestizo terdapat di Manila. Pemerintah Sepanyol membenarkan orang Cina tinggal di mana-mana tempat namun apabila timbul kesangsian atau masalah. 10. 4. menghalang peniaga asing berurusan dengan orang Cina dan menyekat kemasukan orang Cina dari Kepulauan Sulu. Masyarakat tempatan Cina juga tidak dibenarkan memakai pakaian orang Cina. Pada tahun 1962 perkara ini diselesaikan semasa Persidangan AfroAsia di Bandung apabila mereka dikehendaki memilih satu kewarganegaraan sahaja. Dalam keadaan tertentu. Perkara ini menjadi masalah besar kepada kerajaan Belanda.Penghijrahan orang Cina ke Filipina dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama ialah sebaik sahaja Manila dibuka kepada perdagangan dunia pada tahun 1834 dan kedua antara tahun 1876 hingga 1886. pihak Sepanyol mengenakan cukai kepada imigran yang ingin tinggal di Filipina iaitu 64 real wang perak .Penjajah Sepanyol telah mewujudkan jawatan Gobernadorcillos untuk mengawal kegiatan orang Cina.Pada tahun 1909. Peniaga Sepanyol turut menyahut kempen ini dengan menyaingi peniaga Cina. 6.

kilang garam dan sejumlah besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit. Isu ini dibawa ke mahkamah di USA dan akhirnya undang-undang ini diisytiharkan tidak sah. 13. Undangundang Imigresen Filipina gagal mengawal kemasukan orang Cina secara haram ke Filipina. Malah mereka turut menghantar bantuan kewangan dan tenaga manusia kepada pihak yang mahu mempertahankan Manchuria daripada serangan Jepun. 17. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk menyekat penduduk Cina namun mereka masih menjadi kuasa penting dalam ekonomi Filipina. Orang Cina tetap dipandang sebagai penduduk asing dan tidak diberi taraf kewarganegaraan atau memiliki tanah.ceti dan orang tengah. 14.Pemerintah USA telah mewujudkan beberapa undang-undang untuk menyekat aktiviti orang Cina seperti Akta Buku Simpanan Kira-Kira yang menghalang tulisan Cina dalam penyimpanan akaun. yang akhirnya melahirkan tokoh-tokoh nasionalisme Filipina seperti Jose Rizal. 12. Perasaan anti-Cina oleh penduduk tempatan bukan sahaja orang Cina tulen tetapi juga terhadap golongan mestizo. Dalam perniagaan beras misalnya. Lembaga Perbandaran Manila telah melarang orang asing menyertai pasar-pasar awam di Manila. Orang Cina Filipina melalui Dewan Perniagaan Umum Cina telah menyeru puak-puak bertelagah di Negara China supaya bersatu melawan Jepun. Konflik antara kedua-dua kumpulan membawa kepada pertumpahan darah. Orang Cina juga berani meneroka tanah-tanah di kawasan sungai.Dominasi orang Cina dapat dilihat dalam perniagaan borong dan runcit. kampung-kampung tepi pantai terutamanya di kepulauan selatan Filipina.Semasa USA memerintah Filipina.Penduduk Cina di Filipina mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan ini dapat dibuktikan apabila Jepun menyerang Manchuria. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada peniaga-peniaga Cina yang rata-rata yang tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris.Pada tahun 1941. pemprosesan makanan dan kilang tembakau. 11.Beberapa sekatan dikenakan kepada orang Cina seperti undang-undang kerakyatan(1939) yang menghalang penduduk asing yang tinggal di Filipina mendapat kerakyatan selagi tidak menyesuaikan diri dengan pendudduk tempatan. 15. dasar terhadap orang Cina berpandukan dasar yang diamalkan di USA. mereka menjadi pemodal kedua terbanyak selepas pemodal USA dengan modal sebanyak 100 juta dolar US. Pergaulan mereka dengan pemerintah Sepanyol dan penduduk tempatan serta pendidikan yang diterima telah membawa kepada kemunculan golonan berpendidikan yang dikenali sebagai illustrados. Mereka juga memonopoli industri pembalakan. tidak ikhlas untuk menunjukkan keinginannya mempelajari dan menerima adat resam. mereka menguasai lebih daripada 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Orang mestizo memandang rendah penduduk tempatan. 16. Penduduk tempatan menganggap orang mestizo sebagai sombong dan angkuh. tradisi dan idealisme rakyat Filipina. 18. Pengenalan undang-undang imigresen untuk mengawal kemasukan orang Cina mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.Dalam bidang perbankan pula. Tujuan USA berbuat demikian ialah untuk meredakan semangat nasionalisme yang berlaku di Filipina. dan Manuel Lim. 31 .pulau sebagai pemborong. Sergio Osmena.

Kebanyakan sekolah tersebut mendapat bantuan daripada Dewan Perniagaan Cina. Kesan daripada dasar penjajah itu. Kedatangan mereka ke negara-negara di Asia Tenggara menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang membawa kepada pengeseran dan perselisihan kaum. Bagaimanapun sekolah ini tidak mempunyai sukatan pelajaran yang standard. 4.Masyarakat Cina turut menitikberatkan soal pendidikan terhadap genarasi muda mereka. Masyarakat majmuk jelas kelihatan dalam masyarakat di Myanmar dan Thailand. Soalan latihan 1. Dasar penjajah yang mementingkan kepentingan ekonomi mereka menyebabkan jumlah pendatang semakin ramai. Sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina dan kebanyakan pelajarnya adalah golongan mestizo. 2. Bincangkan. Jelaskan hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan di Thailand dan Indonesia. Semasa pemerintahan USA di Filipina. Keadaan seperti ini akhirnya telah mewujudkan masyarakat majmuk. 3. 32 .19. Rumusan Campur tangan kuasa Barat di Asia Tenggara mendatangkan banyak perubahan sosial. Selepas itu. sekolah yang didirikan oleh orang Cina sendiri. negaranegara di Asia Tenggara terpaksa menerima golongan pendatang itu menjadi warganegara khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan atau pembebasan Barat. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan Cina iaitu sekolah yang didirikan mubaligh Kristian dan kedua. Sekolah-sekolah Cina turut menerima kanak-kanak tempatan Filipina. 5. India dan Eropah.Sehingga 1935. 20. bahasa Inggeris dimasukkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah tersebut. terdapat lebih 58 buah sekolah Cina di Filipina. Bincangkan sikap penduduk tempatan terhadap kehadiran orang Cina di Filipina dan Indonesia pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kedatangan orang Cina dan India telah merubah struktur masyarakat di Myanmar dan Thailand. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemasukan orang Cina dan India ke Thailand dan Myanmar pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Salah satu perubahan tersebut ialah ialah pertambahan jumlah penduduk dari luar rantau ini seperti dari China. Pelajar hanya diajar tulisan Cina dan buku-buku klasik Cina. sekolah Anglo-Chinese menjelang 1900.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful