PENERANGAN RINGKAS SIFAT 20

(Diambil daripada Kitab Kuning dengan gaya bahasa yang dipermudahkan)

TUJUAN : MENGENAL DAN MENTAHKIQKAN MAKNA ALLAH ESA TIADA YANG
SEUMPAMA-NYA seperti perintah dalam ayat “ .>¦ <¦ .>_· “
.`.· <¦ ..-¯,l¦ .,>¯,l¦
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Mukminun ayat 12–14 yang ertinya,

“demi Allah hanya sungguhnya Kami jadikan Adam itu daripada tanah yang
halus, kemudian Kami jadikan akan anak Adam itu MANI yang tetap pada
ketetapannya kemudian Kami jadikan mani itu darah segumpal maka Kami
jadikan darah segumpal itu daging segumpal maka Kami jadikan daging segumpal
itu tulang maka Kami pakaikan akan tulang itu daging maka Kami jadikan akan
dia kejadian yang lain-lain”

Firman di atas adalah bukti bahawasanya asal kejadian manusia selain Adam
dan Hawa adalah daripada air MANI dan sekalian alam ini adalah makhluk yang
dijadikan. Maksudnya yang tersirat ialah tak dapat tidak, mesti ada yang
menjadikannya, mustahil jadi sendiri, mustahil ada makhluk menjadikan dirinya
sendiri dan mustahil ada yang dijadikan oleh induknya. Ayat itu jugalah yang
menjadi bukti SIFAT manusia yang pertama iaitu ADA. Perkataan ”sifat” berasal
daripada Bahasa Arab yang bermaksud ”RUPA”. Dikata semua makhluk itu
”bersifat” atau mempunyai sifat bermaksud semua makhluk zahir dan ghaib
mempunyai RUPA yang sesuai dengan rupa masing-masing. Dalam erti kata yang
lain, TIDAK ADA makhluk samada yang hidup atau yang mati, di bumi atau
dilangit, sekarang atau selepas kiamat, yang tidak mempunyai sifat atau rupa.

Telah putus pada akal semua manusia bahawa sekalian alam ini, dahulu
TIADA kemudiannya ADA. Dan telah putus juga pada pengetahuan manusia yang
berakal bahawa diri masing-masing dan semua manusia di alam semesta ini adalah
SERUPA dan sama dari sudut hukum kerana :

Pertama : Sama menerima gerak atau diam
Ke-2 : Sama berupa seperti rupanya masing-masing.
Ke-3 : Sama bertempat seperti tempatnya masing-masing (di alam semesta).
Ke-4 : Sama berpihak seperti pihaknya masing-masing.
(makna pihak atau jihat dalam Bahasa Arab ialah mempunyai bahagian luar,
dalam, atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang, atas atau/dan bawah)



2
Ke-5 : Pada pihak suatu masing-masing.
Ke-6 : Setengahnya sama-sama makan dan minum sesuai dengan makanan dan
minumannya masing-masing.

Maka jadilah hukumnya itu BERSAMAAN yakni ADA PERSAMAAN atau
SERUPA dengan sekalian makhluk. Kerana ada permulaan, ia dinamakan baharu.
Dan tilik pula apa yang TIADA pada dirimu yakni yang engkau bergantung
kepadanya iaitu tiga perkara :

Pertama : yang menjadikan diri mu (iaitu Allah)
Ke-2 : tempat (iaitu bumi dan alam semesta)
Ke-3 : yang menyempurnakan dirimu seperti makan dan minum.

Maka jadilah hukumnya itu KEKURANGAN atau BERDIRI DENGAN
YANG LAIN. Dan tilik pula diri masing-masing, BERSUSUN dan BERLAPIS.
Makna berlapis itu, ada bahagian luar dan ada bahagian dalam. Makna bersusun, ada
bahagian atas, bawah dan tengah. Maka dikatalah diri kita ESA PADA ADAT,
BERSUSUN PADA AKAL.

Baca dan kajilah sebab-sebab turun surah AL-IKHLAS yang menjadi pokok
perbincangan buku kecil ini. Ayat itu diturunkan oleh Allah apabila ada orang yang
mengaku Islam tetapi sebenarnya adalah kafir musyrik yang bersifat munafik. Di
dalam hati mereka ada kepercayaan bahawa Allah mempunyai persamaan dengan
manusia, sama seperti kepercayaan orang Yahudi. Puncanya mereka tidak mengenal
Allah kerana enggan belajar kepada Nabi dan enggan menggunakan akal. Apa yang
tersimpan dalam hati mereka telah dizahirkan melalui pertanyaan kepada Nabi.
Mereka bertanya tentang sifat dan keturunan Allah. Justeru, Allah MURKA kepada
kafir musyrik yang menyangka Allah Ta’ala serupa dengan makhluk. Sebab itu
datang perintah Allah yang AMAT-AMAT ”KERAS” kepada Nabi Muhammad dan
umat supaya ”KATA oleh mu ya Muhammad kepada kafir itu bahawa ALLAH
TA’ALA ESA” tiada seumpama dengan sesuatu.

Diambil daripada peristiwa itu, mustahil Nabi sekadar mengata esa dengan
perkataan, melainkan dikatanya dengan tahkiq. Justeru, FARDU AIN bagi setiap
mukallaf mengikut Nabi mengata Allah ESA dengan lidah, hati dan anggota,
bukannya ikut-ikutan. Mustahil dapat menjauhkan diri daripada syirik seperti kafir
musyrik itu jika semua dalil akal dan firman-Nya tidak difahami sehingga tahkiq.


3
Justeru, apa yang ditunjukkan oleh diri itu ialah enam sifat bagi manusia yang
diistilahkan sebagai BANGSA diri atau ”KUFU” dalam Bahasa Arab. Perkataan lain
yang hampir sama maksud dengan ”kufu” dan ”bangsa” ialah setara. Enam sifat atau
bangsa diri yang dimaksudkan ialah :

Pertama : ADA.
Ke-2 : BERPERMULAAN.
Ke-3 : BERKESUDAHAN.
Ke-4 : BERSAMAAN atau SERUPA.
Ke-5 : BERDIRI DENGAN LAINNYA atau KEKURANGAN.
Ke-6 : ESA BERSUSUN.

Maka dikatalah yang enam itu, sifat yang menolakkan suatu yang TIDAK
patut pada diri kita. Yang dikata DIRI itu ialah TUBUH kita, dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki, semuanya luar dan dalam, yang zahir dan yang batin
seperti nyawa dan fikiran. TUBUH itulah yang dikata DIRI kita. Apabila
sempurna, itulah yang dinamakan sebagai mukallaf, iaitu yang diberikan
tanggungjawab oleh Allah untuk mengesakan-Nya. Tubuh atau diri itulah yang
mempunyai 6 sifat iaitu ADA, lagi BERPERMULAAN, lagi BERKESUDAHAN,
lagi BERSAMAAN, lagi BERDIRI DENGAN YANG LAIN yakni ada
KEKURANGAN dan lagi ESA BERSUSUN.

Maka dikatalah ia sifat SALBIAH yakni sifat yang MENOLAKKAN suatu
yang tidak patut pada diri kita. 6 sifat yang tidak patut itu ialah :

Pertama : Tidak patut diri kita itu wajib ada kerana HARUS adanya. Makna
yang mudah bagi perkataan ”harus” di sini ialah ”ketidakwujudan” diri
kita boleh dicari atau diketahui. Diri kita dikatakan ”tidak wujud”
sebelum lahir kerana ada permulaan dan dikatakan ”tidak wujud”
selepas mati kerana ada kesudahan. Adalah tidak patut diri kita sedia
ada dan tiada kesudahan. Maka dikatalah menolakkan suatu yang
tidak patut.

Ke-2 : Tidak patut diri kita itu ada memang atau sedia ada kerana ada
PERMULAAN. Maka dikatalah menolakkan suatu yang tidak patut
iaitu tidak patut ada memang kerana ada permulaannya.


4
Ke-3 : Tidak patut diri kita itu TIADA kesudahan kerana ADA
AKHIRNYA. Maka dikatalah menolakkan suatu yang tidak patut iaitu
tiada kesudahan kerana sentiasa berubah hingga keakhirnya.

Ke-4 : Tidak patut diri kita itu TIADA persamaan dengan diri yang lain
kerana sama menerima GERAK atau DIAM, sama mempunyai RUPA,
sama BERTEMPAT, sama BERPIHAK dan lain-lain. Maka dikatalah
menolakkan suatu yang tidak patut kerana ada persamaan dan ada
yang serupa.

Ke-5 : Tidak patut diri kita itu TIADA berdiri dengan yang lain kerana diri
kita tidak dapat menjadikan daripada tiada kepada ada, wajib bertempat
dan ada yang menyempurnakannya. Maka dikatalah menolakkan suatu
yang tidak patut iaitu berdiri dengan sendirinya kerana ada
kekurangan.

Ke-6 : Tidak patut diri kita itu esa zat semata-mata kerana ada bahagian
luar luar dan dalam, ada bahagian atas, bawah dan tengah. Maka
dikatalah menolakkan suatu yang tidak patut iaitu zat semata-mata
kerana berlapis bersusun.

Tilik yang enam dahulu adalah sifat kita dan yang enam kemudian itu pula
sifat yang menolakkan suatu yang TIDAK PATUT pada diri kita. Maka tiap-tiap
BANGSA diri yang tersebut itu, sesungguhnya ia menunjukkan BANGSA Allah
Ta’ala iaitu :

Pertama : Diri mu itu ADA menunjukkan Allah Ta’ala ADA yakni WUJUD.

Ke-2 : Dirimu itu ada PERMULAAN menunjukkan Allah Ta’ala ADA MEMANG
atau SEDIA ADA yakni QIDOM.

Ke-3 : Diri mu itu BERUBAH menunjukkan Allah Ta’ala TIADA BERUBAH atau
KEKAL yakni BAQO

Ke-4 : Diri mu itu ada PERSAMAAN menunjukkan Allah Ta’ala BERSALAHAN
BAGI SEGALA YANG BAHARU yakni
MUKHOLAFATUHULILHAWADITH


5

Ke-5 : Diri mu itu BERDIRI DENGAN YANG LAIN menunjukkan Allah Ta’ala
BERDIRI DENGAN SENDIRINYA yakni QIYAAMUHUBINAFSIH.

Ke-6 : Diri mu itu ESA BERLAPIS BERSUSUN menunjukkan zat Allah Ta’ala Esa
tiada berlapis, tiada bersusun tapi Allah zat semata-mata yakni
WAHDANIYAT.

Supaya lebih mudah, lihat dan fahamkan makna esa dan makna dua atau
banyak menurut hukum adat, akal dan syara’ seperti pada jadual dibawah :

MAKNA ESA

MENURUT
HUKUM ADAT
ESA ialah SATU, maksudnya ialah jika sebahagian zatnya
diambil maka tidak sempurna atau binasa bahagian yang lain.
Contohnya, diri manusia. Jika ZAT mata ”diambil” maka hilang
kelakuan dan sifat mata. Justeru DIRI menjadi tidak sempurna.
MENURUT
HUKUM AKAL
DAN SYARA’
Sifat, zat, nama dan kelakuan membawa maksud yang sama.
Buktinya pada surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri,.....

MAKNA DUA ATAU BANYAK
(ADALAH MEMBATALKAN MAKNA ESA)
MENURUT
HUKUM ADAT
Jika zat sebahagian diambil, tidak merosakkan bahagian zat yang
lain. Contoh : 3 buah buku di atas meja. Jika diambil sebuah
TIDAK merosakkan zat 2 buah buku yang lain.
MENURUT
HUKUM AKAL
DAN SYARA’
BUKAN satu / esa. Buktinya pada surah Yusof ayat 39 yang
bermaksud : ” adakah tuhan-tuhan yang bercerai berai (yakni
berhala) lebih baik atau Allah yang maha ESA lagi berkuasa” .

Maka tilik, kita TIDAK DAPAT MELAINKAN enam SIFAT yang tersebut
dahulu itu daripada DIRI kita dan tidak dapat melainkan NAMA kita daripada
DIRI kita. Ini kerana jika TIADA sifat maka TIADA diri dan TIADA nama kita. Ia
adalah SATU atau ESA bersusun yakni membawa maksud yang sama. Perkataan
”LAIN” bermaksud ”BANYAK” iaitu dua atau lebih. Maksudnya kita tidak boleh
berkata LAIN SIFAT daripada NAMA atau LAIN SIFAT daripada DIRI atau LAIN
SIFAT daripada ZAT.


6
Perkataan ”LAIN” itu membawa makna dua atau banyak dan membatalkan
makna esa. Dalam erti kata lain, sifat dan zat atau diri kita adalah esa bersusun.
Maka apalagilah bila difikir akan Tuhan yang menjadikan itu, Ia wajib terlebih esa.
Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya sifat dan zat atau diri Allah adalah esa
TIADA bersusun. Sifat Allah Ta’ala yang enam itu adalah sifat yang
menolakkan suatu yang TIDAK PATUT bagi-Nya iaitu :

Pertama : Tidak patut harus adanya Allah kerana semua makhluk yang harus
ada. Allah Ta’ala WAJIB WUJUD.

Ke-2 : Tidak patut adanya Allah BERPERMULAAN kerana semua makhluk yang
ada permulaan. Allah Ta’ala WAJIB SEDIA ADA yakni QIDAM.

Ke-3 : Tidak patut Allah BERUBAH kerana semua makhluk yang sentiasa berubah.
Allah Ta’ala WAJIB KEKAL yakni BAQO.

Ke-4 : Tidak patut Allah ada PERSAMAAN kerana semua makhluk yang ada
PERSAMAAN. Allah Ta’ala WAJIB BERSALAHAN DENGAN SEGALA
YANG BAHARU yakni MUKHOLAFATUHULILHAWADITH

Ke-5 : Tidak patut Allah BERDIRI DENGAN YANG LAIN kerana hanya semua
makhluk perlu pada yang lain. Allah Ta’ala WAJIB BERDIRI DENGAN
SENDIRINYA yakni QIYAAMUHU TA’ALA BINAFSIH.

Ke-6 : Tidak patut zat Allah esa berlapis bersusun kerana hanya zat semua makhluk
yang esa berlapis bersusun. Allah Ta’ala WAJIB ESA, ZAT SEMATA-MATA
yakni WAHDANIYAT.

Maka tilik pula segala perbuatan diri yang kita ikhtiarkan itu. Perbuatan itu
”JADI” kerana lengkap 7 sifat pada sifat yang 6 itu. 7 sifat itu diistilahkan sebagai
KEADAAN diri. Maka bagi manusia, 7 sifat itu ialah :

Pertama : BERKUASA dengan tulang urat darah daging otak benak.
Ke-2 : BERKEHENDAK dengan hawa nafsu.
Ke-3 : MENGETAHUI dengan hati.
Ke-4 : HIDUP dengan nyawa (atau ROH dalam Bahasa Arab)
Ke-5 : MENDENGAR dengan telinga.
Ke-6 : MELIHAT dengan mata.
Ke-7 : BERKATA dengan lidah, huruf dan suara.


7
Fahamkan makna esa dan makna banyak. Tujuh sifat itulah yang dikata
TUBUH kita. Apabila ianya kurang, kuranglah tubuh itu, apabila ianya lengkap,
lengkaplah tubuh itu dan jika ianya tidak ada, tiadalah tubuh itu, kerana semuanya esa
iaitu membawa maksud yang sama.

Dalam Bahasa Arabnya maksud yang sama bagi KUASA ialah QUDRAT,
KEHENDAK ialah IRADAT, PENGETAHUAN ialah ILMU, HIDUP ialah
HAYAT, MENDENGAR ialah SAMI’, MELIHAT ialah BASIR dan BERKATA
ialah QALAM. Maka KEADAAN diri manusia yang 7 itu, sesungguhnya
menunjukkan KEADAAN diri atau zat Allah Ta’ala iaitu :

PERTAMA : BERKUASA TIADA dengan tulang urat darah daging otak benak
kerana Allah .: «l..´,l yakni tiada Ia serupa dengan segala yang baharu.
KEDUA : BERKEHENDAK TIADA dengan hawa nafsu kerana tiada Ia serupa
dengan segala yang baharu.
KETIGA : MENGETAHUI TIADA dengan hati dan tiada berguru dan tiada
bertanya kerana tiada serupa dengan sekaliannya yang baharu.
KEEMPAT : HIDUP TIADA dengan nyawa kerana tiada serupa Ia dengan sekalian
yang baharu.
KELIMA : MENDENGAR TIADA dengan telinga kerana tiada Ia serupa dengan
sekalian yang baharu.
KEENAM : MELIHAT TIADA dengan mata kerana tiada Ia serupa dengan sekalian
yang baharu.
KETUJUH : BERKATA TIADA dengan lidah huruf dan suara kerana tiada Ia serupa
dengan segala yang baharu

Dan lihat pula semua sifat itu ada KELAKUANNYA masing-masing. Dalam
Bahasa Arab disebut fi’il. Contohnya seperti KUASA. Kelakuan KUASA itu ialah
dapat MEMPERBUAT atau MELAKUKAN. Maksudnya kuasa diri kita berbuat
atau melakukan segala perbuatan yang dikehendaki seperti perbuatan kita yang
sedang membaca buku ini. Ingat semula bahawa, kita TIDAK BOLEH
MELAINKAN sifat daripada zat kerana maksud bagi keduanya adalah sama iaitu
DIRI. Perkataan LAIN membawa maksud 2 yang berbeza. Justeru perkataan LAIN
adalah membatalkan makna esa.


8
Lihat contoh tambahan ini :

ZAT : Sebuah pinggan kertas.
NAMA : COMEL
SIFAT (RUPA) : Bentuk bulat, leper, cengkung dan lain-lain
KELAKUAN : Terlangkup di atas meja makan.

Jika dihilangkan ZAT iaitu pinggan kertas seperti DIBAKAR maka hilang :

1) KELAKUANnya iaitu terlangkup
2) SIFATnya iaitu yang bentuk bulat, leper, cengkung dan lain-lain
3) NAMAnya iaitu COMEL

Apabila pinggan kertas yang sedang terbakar itu sudah hangus keseluruhannya
maka KELAKUAN, SIFAT dan NAMA bagi pinggan di atas itu turut “HILANG
ATAU BINASA BERSAMA ZATNYA”. Zat pinggan itu tidak wujud lagi,
rupanya atau sifatnya juga tidak wujud lagi. Kelakuannya pun tidak wujud lagi.
Nama COMEL bagi pinggan itupun sudah tidak wujud. Kelakuan terlangkup, sifat-
sifat pinggan dan nama COMEL itu hanya ADA atau WUJUD pada pinggan
yang lain, bukan pada pinggan yang sudah dibakar hangus itu. Itulah dalil akal
menunjukkan bahawasanya zat, kelakuan, sifat dan nama adalah esa yakni satu.
bukannya ”lain” sifat daripada zat atau ”lain zat daripada kelakuan” kerana
sesungguhnya perkataan ”LAIN” membatalkan makna esa.

Oleh yang demikian itu segala sifat kita yang 7 itulah yang dikata sebenar-
benarnya diri kita. Apabila kurang ia kuranglah diri kita dan apabila sempurna ia,
sempurna diri kita. Semuanya itu adalah satu yakni esa akan tetapi bersusun dan
berlapis-lapis. Dirimu itu juga dikata YANG KUASA kerana kuasa diri
melakukan yang diikhtiarkan itu. Dirimu itu juga dikata YANG
BERKEHENDAK. Dirimu itu juga dikata YANG TAHU. Dirimu itu juga dikata
YANG HIDUP, YANG MENDENGAR dan YANG BERKATA.

Sebab didatangkan “YANG” pada 7 sifat itu bagi menyatakan DIRI itu ada
KELAKUANNYA. Istilah lain bagi 20 sifat yang dinyatakan itu ialah kelengkapan
diri manusia. Contoh lain ialah seperti telinga, didengarnya semua suara, sebab itu
dikata ia “YANG MENDENGAR”. Qiaskan pada yang lain.


9
Fikirkan lagi kenyataanya iaitu tiadalah dikata dirimu itu YANG KUASA
membuat rumah melainkan kerana KUASA dirimu itu membuat rumah, maka
dikatalah dirimu YANG KUASA, dirimu YANG BERKEHENDAK hingga
YANG BERKATA. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya KELAKUAN dan
semua SIFAT diri mu itu esa. Maka apalagilah engkau fikir Tuhan yang menjadikan
itu, wajib terlebih Esa daripada yang dijadikan-Nya.

Maka yang dikata SEBENAR-BENAR DIRIMU ialah SEMUA SIFATMU
yang TUJUH itu iaitu pertama, KUASAMU dengan tulang urat, darah, daging otak
benak. kedua, KEHENDAK dengan hawa nafsu. ketiga, TAHU dengan hati.
keempat, HIDUP dengan nyawa. kelima, MENDENGAR dengan telinga. keenam,
MELIHAT dengan mata. ketujuh, BERKATA dengan lidah, huruf dan suara.

Maka jadilah dikata Allah Ta’ala itu YANG KUASA kerana ada kelakuan
KUASA iaitu Allah berkuasa melakukan sebarang kehendak-Nya. Demikianlah
qiaskan olehmu kelakuan sifat yang lain.

7 SIFAT YANG ADA KELAKUAN
Dalam Bahasa Arab Dalam Bahasa Melayu
Sifat Kelakuannya Sifat Kelakuannya
1 Qudrat Qodirun 1 Kuasa Yang Kuasa
2 Iradat Muridun 2 Kehendak Yang Berkehendak
3 Ilmu A’limun 3 Tahu Yang Tahu
4 Hayat Haiyun 4 Hidup Yang Hidup
5 Sami’ Sami’un 5 Mendengar Yang Mendengar
6 Basar Basirun 6 Melihat Yang Melihat
7 Qalam Mutakallimun 7 Berkata Yang Berkata

Dikata Allah YANG BERKEHENDAK kerana dapat akan Allah
menghendaki yang hendak diperbuat-Nya. Dikata Allah YANG MENGETAHUI
kerana Allah TAHU. Dikata Allah YANG HIDUP kerana Allah HIDUP. Dikata
Allah YANG MENDENGAR kerana Allah MENDENGAR. Dikata Allah YANG
MELIHAT kerana Allah MELIHAT. Dikata Allah YANG BERKATA kerana
Allah BERKATA. Lihat dan fahamkan sehingga tahkiq, bahawasanya esa BANGSA
dan KEADAAN diri kita itu menunjukkan esa BANGSA dan KEADAAN zat Allah.

Sebab didatangkan “YANG” itu menyatakan zat itu ada KELAKUANNYA.


10
Lihat dan fahamkan makna esa dan makna banyak seperti yang sudah
dinyatakan. Jika dihilangkan KUASA dengan tulang urat darah daging otak benak
nescaya LEMAH. Jika dihilangkan pula KEHENDAK nescaya BENCI dan jika
dihilangkan pula HATI nescaya BEBAL. Jika dihilangkan pula NYAWA nescaya
MATI dan jika dihilangkan TELINGA nescaya TULI dan jika dihilangkan MATA
nescaya TIADA MELIHAT. Esa sekaliannya itu akan tetapi bersusun. Jika
dihilangkan semuanya nescaya TIADALAH diri kita.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawa 7 sifat itulah SEBENAR-BENAR
DIRIMU. Qudrat mu itu yang dikata qodirun, iradat mu yang dikata muridun
hingga akhirnya qalam mu itu yang dikata mutakallimun. Semua itulah yang dikata
ADA, yang dikata ada PERMULAAN, sentiasa BERUBAH, ada PERSAMAAN,
BERDIRI DENGAN YANG LAIN dan ESA BERSUSUN.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawa 7 sifat yang disebutkan sebelum ini iaitu
Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Basar dan Qalam itulah SEBENAR-
BENARNYA DIRI atau ZAT Allah yang tiada seumpama dengan sesuatu, yang
wajib dikenal dengan tahkiq satu persatu. Itulah yang dikata Wujud, Qidam,
Baqo, Mukholafatuhulilhawadith, Qiyaamuhuta’ala binafsih dan Wahdaniyat.
Itulah yang disuruh kata ESA atau Qul seperti perintah Allah dalam surah al-Ikhlas.

Supaya mudah mengenal Allah yakni dapat MEMBEZAKAN antara
“makhluk” dan “Allah yang menjadikan makhluk” maka sifat 20 bagi manusia dan
Allah ditulis dalam bentuk jadual seperti di bawah :


6 sifat yang dinamakan BANGSA diri
YANG DIJADIKAN
(DALIL AKAL)
ALLAH YANG MENJADIKAN
(MADLUL)
1 HARUS ada. WAJIB ada.
2 Ada permulaan TIADA permulaan iaitu ada memang
3 Berubah TIADA berubah iaitu kekal
4 Seumpama @ ada yang serupa TIADA serupa dengan segala yang baharu
5 Kekurangan TIADA kekurangan iaitu berdiri dengan
sendirinya
6 Esa berlapis bersusun Esa TIADA berlapis bersusun


11


7 sifat yang dinamakan KEADAAN diri


7
Berkuasa (QUDRATKU) dengan
dengan tulang urat daging otak
benak
Berkuasa (QUDRAT ALLAH) TIADA
dengan tulang urat daging otak benak
kerana “laisakamislihisyaiun”
8 Berkehendak dengan hawa nafsu Berkehendak TIADA dengan hawa nafsu
kerana “laisakamislihisyaiun”
9 Tahu dengan hati dan dengan
berguru
Tahu TIADA dengan hati dan tiada dengan
berguru kerana “laisakamislihisyaiun”
10 Hidup dengan nyawa Hidup TIADA dengan nyawa kerana
“laisakamislihisyaiun”
11 Mendengar dengan telinga Mendengar TIADA dengan telinga kerana
“laisakamislihisyaiun”
12 Melihat dengan mata Melihat TIADA dengan mata kerana
“laisakamislihisyaiun”
13 Berkata dengan lidah, huruf dan
suara
Berkata TIADA dengan lidah, huruf dan
suara kerana “laisakamislihisyaiun”

7 sifat yang dinamakan KELAKUAN diri
YANG DIJADIKAN
(DALIL AKAL)
ALLAH YANG MENJADIKAN
(MADLUL)

14
Dikata aku yang berkuasa kerana
kuasa aku berbuat yang zahir dan
ghaib pada adat.
Dikata Allah yang berkuasa (QODIRUN)
kerana kuasa Ia berbuat yang zahir dan
ghaib pada akal.

15
Dikata aku yang berhendak
kerana DAPAT aku kehendaki yang
zahir dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang berkehendak
(MURIDUN) kerana TELAH dikehendaki-
Nya yang zahir dan ghaib pada akal.

16
Dikata aku yang mengetahui
kerana DAPAT aku ketahui yang
zahir dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang mengetahui
(A’LIMUN) kerana TELAH diketahui-Nya
yang zahir dan ghaib pada akal.

17
Dikata aku yang hidup kerana
DAPAT aku memelihara yang zahir
dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang hidup (HAIYUN)
kerana TELAH dipelihara-Nya yang zahir
dan ghaib pada akal.

18
Dikata aku yang mendengar
kerana DAPAT aku dengar yang
zahir dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang mendengar
(SAMI’UN) kerana TELAH didengar-Nya
yang zahir dan ghaib pada akal,


12

19
Dikata aku yang melihat kerana
DAPAT aku lihat yang zahir dan
ghaib pada adat.
Dikata Allah yang melihat (BASIRUN)
kerana TELAH dilihat-Nya yang zahir dan
ghaib pada akal.

20
Dikata aku yang berkata kerana
DAPAT aku khabarkan yang zahir
dan ghaib pada adat.
Dikata Allah yang berkata
(MUTAKALLIMUN) kerana TELAH
dikhabarkan-Nya yang zahir dan ghaib
pada akal.

Tilik olehmu itulah dalil akal menunjukkan Qudrat Allah itulah yang dikata
Qodirun, Iradat Allah itulah yang dikata Muridun hingga akhirnya Qalam Allah
itulah yang dikata Mutakallimun. Fahamkan dalil akalnya dan lihat pula dalilnya
yang amat banyak di dalam Qur’an. Yang itu jugalah yang dikata WUJUD, QIDAM,
BAQO, MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH, QIAMUHU TA’ALA BINAFSIH
dan WAHDANIYAT.

Maka jadilah dirimu juga yang dikata SIFAT mu, NAMA mu dan lainnya.
Jika 6 sifat itu TIDAK ADA maka TIDAK WUJUD diri mu. Jika diri mu tidak wujud
maka kelakuan dan nama mu juga tidak wujud. Dalillah ia pada akal, zat Allah itu
juga yang dikata sifat. Zat Allah itulah yang WUJUD, QIDAM, BAQO hingga
WAHDANIYAT, yang itu jualah yang dikata asma-Nya dan lainnya. Jika tiada sifat
yang 6 itu nescaya tiadalah Allah dan tiadalah asma-Nya.

Telah dahulu segala kenyataannya dan segala dalil bahawa MUSTAHIL ZAT
Allah Ta’ala daripada 3 perkara iaitu :

1) Mustahil seumpama dengan makhluk.
2) Mustahil sama seperti yang diperkatakan orang TANPA DALIL.
3) Mustahil sama seperti yang disifatkan oleh segala kafir.

Mustahil lain yang dikata WUJUD QIDAM BAQO’ dan semua sifat yang
enam itu daripada QUDRAT IRADAT hingga QALAM. Mustahil lain yang dikata
Qudrat Iradat dan semua sifat yang 7 itu daripada Qodirun Muridun hingga akhirnya.
Semua perkataan tentang keesaan Allah yang tidak ada dalil akalnya dan dalil
daripada Qur’an adalah membatalkan makna esa, walaupun ianya hanya sekadar
perkataan kerana bercanggah dengan perintah Allah dalam surah al-Ikhlas.



13
Maka TIADALAH DITERIMA OLEH AKAL bagi orang yang berakal LAIN
QUDRAT IRADAT hingga AKHIRNYA daripada QODIRUN MURIDUN hingga
AKHIRNYA yang 20 itu kerana ESA yang itu jua. Maka iaitulah pengenal diri yang
dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 21 yang ertinya, “dan di
dalam DIRI kamu beberapa tanda yang menunjukkan Allah Ta’ala ”WUJUD”
lagi ESA mengapakah tiada kamu lihat yakni demikian NYATAnya” dan demikian
lagi sabda Nabi SAW yang ertinya, “barang siapa mengenal akan dirinya maka
sesungguhnya telah mengenal ia akan tuhannya”
Wallohua’lam.

CONTOH PERKATAAN YANG MEMBATALKAN MAKNA ESA
DAN ”BOLEH” MENYEBABKAN SYIRIK

Menggunakan perkataan yang bermaksud serupa dengan makhluk seperti ”dimana
Allah? Siapa yang menjadikan Allah?” Melawankan Allah atau sifat-Nya.
Contohnya : 1) LAWAN bagi Allah yang Wujud ialah Allah yang TIDAK wujud.
2) Ada LAWAN bagi 20 sifat Allah dan sebagainya.

Perkataan seperti itu tidak mempunyi sandaran dalam al-Qur’an ataupun Hadith
dan bercanggah surah al-Ikhlas, hukum adat dan hukum akal.

DEFINISI DAN MAKNA

ALLAH TIDAK BOLEH DIDEFINISIKAN
kerana Dia tiada seumpama dengan sekalian alam.

TUHAN ialah ZAT yang menjadikan sekalian
alam yang tiada seumpama dengan suatu.

Dalil bagi keduanya ialah firman
Allah dalam surah al-Fatihah ayat 1
yang bermaksud :

”Segala puji bagi Allah, Tuhan
yang menjadikan sekalian alam”
ALLAH ialah NAMA ZAT yang menjadikan
sekalian alam yang tiada seumpama dengan
suatu.

BANGSA DIRI : 6 sifat yang ada pada semua makhluk samada zahir atau ghaib.

KEADAAN DIRI : 7 sifat yang ”ada”, yang ”berpermulaan” hingga akhirrnya dan
yang mempunyai kelakuan iaitu ”kuasa” hingga akhirnya.

BAHARU : segala yang dijadikan oleh Allah samada makhluk zahir ataupun ghaib.


14
RAJAH 1 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

◙8 Ada dapat tiadanya
(Harus ada)
◙9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1◙ ◙10
◙11
◙12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2◙ ◙13
◙14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3◙ ◙15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4◙ ◙16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5◙ ◙17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6◙ ◙18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7◙ ◙19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
◙20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

KETERANGAN SIFAT KUASA

KUASA (Qudrat manusia dengan tulang urat) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN, yang ESA BERSUSUN.

KUASA dengan tulang urat itulah YANG BERKUASA (yakni QODIRUN),
YANG BERKEHENDAK, YANG TAHU, YANG HIDUP,
YANG MENDENGAR, YANG MELIHAT
dan YANG BERKATA.


15
RAJAH 1 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


◙8 Wujud (Wajib Ada)
◙9 Qidam
◙10 Baqo
Qudrat 1◙ ◙11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2◙ ◙12 Qiyamuhu Ta’ala Binafsih
Ilmu 3◙ ◙13 Wahdaniyat
Hayat 4◙ ◙14 Qodirun
Sami’ 5◙ ◙15 Muridun
Basar 6◙ ◙16 Ilmun
Qalam 7◙ ◙17 Haiyun
◙18 Sami’un
◙19 Basirun
◙20 Mutakallimun


KETERANGAN SIFAT QUDRAT

QUDRAT (ALLAH yang tiada dengan urat) itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TA’ALA BINAFSIH dan yang WAHDANIYAT.

QUDRAT itulah QODIRUN, MURIDUN, A’LIMUN,
HAIYUN, SAMI’UN, BASIRUN dan
MUTAKALLIMUN.






16
RAJAH 2 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

◙8 Ada dapat tiadanya
(Harus ada)
◙9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1◙ ◙10
◙11
◙12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2◙ ◙13
◙14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3◙ ◙15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4◙ ◙16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5◙ ◙17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6◙ ◙18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7◙ ◙19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
◙20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

KETERANGAN SIFAT BERKEHENDAK

BERKEHENDAK (Iradat manusia dengan hawa nafsu) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN, yang ESA BERSUSUN.

BERKEHENDAK dengan hawa nafsu itulah YANG BERKEHENDAK,
YANG BERKUASA, YANG TAHU, YANG HIDUP,
YANG MENDENGAR, YANG MELIHAT
dan YANG BERKATA.


17
RAJAH 2 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


◙8 Wujud (Wajib ADA)
◙9 Qidam
◙10 Baqo
Qudrat 1◙ ◙11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2◙ ◙12 Qiyamuhu Ta’ala Binafsih
Ilmu 3◙ ◙13 Wahdaniyat
Hayat 4◙ ◙14 Qodirun
Sami’ 5◙ ◙15 Muridun
Basar 6◙ ◙16 Ilmun
Qalam 7◙ ◙17 Haiyun
◙18 Sami’un
◙19 Basirun
◙20 Mutakallimun


KETERANGAN SIFAT IRADAT

IRADAT (ALLAH yang tiada dengan hawa nafsu) itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TA’ALA BINAFSIH dan yang WAHDANIYAT.

IRADAT itulah MURIDUN, QODIRUN, A’LIMUN,
HAIYUN, SAMI’UN, BASIRUN dan
MUTAKALLIMUN.


Qiaskan ”MENGETAHUI” hingga ”BERKATA”
Qiaskan ”ILMU” hingga ”QALAM”


18
RAJAH 6 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

◙8 Ada dapat tiadanya
◙9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1◙ ◙10
◙11
◙12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2◙ ◙13
◙14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3◙ ◙15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4◙ ◙16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5◙ ◙17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6◙ ◙18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7◙ ◙19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
◙20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

KETERANGAN SIFAT BERKATA

BERKATA (Qalam manusia dengan lidah, huruf suara) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN, yang ESA BERSUSUN.

BERKATA dengan lidah huruf suara itulah YANG BERKATA,
YANG BERKUASA, YANG BERKEHENDAK, YANG TAHU, YANG HIDUP,
YANG MENDENGAR dan YANG MELIHAT.



19
RAJAH 6 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


◙8 Wujud
◙9 Qidam
◙10 Baqo
Qudrat 1◙ ◙11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2◙ ◙12 Qiyamuhu Ta’ala Binafsih
Ilmu 3◙ ◙13 Wahdaniyat
Hayat 4◙ ◙14 Qodirun
Sami’ 5◙ ◙15 Muridun
Basar 6◙ ◙16 Ilmun
Qalam 7◙ ◙17 Haiyun
◙18 Sami’un
◙19 Basirun
◙20 Mutakallimun


KETERANGAN SIFAT QALAM

QALAM itulah yang WUJUD, yang QIDAM, yang BAQO,
yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH, yang QIYAAMUHU TA’ALA
BINAFSIH dan yang WAHDANIYAT.

QALAM itulah MUTAKALLIMUN, QODIRUN, MURIDUN,
A’LIMUN, HAIYUN, SAMI’UN
dan BASIRUN






20
RAJAH 7 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

◙8 Ada dapat tiadanya
◙9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1◙ ◙10
◙11
◙12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2◙ ◙13
◙14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3◙ ◙15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4◙ ◙16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5◙ ◙17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6◙ ◙18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7◙ ◙19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
◙20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

KETERANGAN SIFAT KUASA

KUASA (Qudrat manusia dengan tulang urat) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN, yang ESA BERSUSUN.

DIKATALAH
KUASA dengan tulang urat itu YANG BERKUASA
kerana kuasa aku berbuat yang zahir dan ghaib
PADA ADAT.


21
RAJAH 7 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


◙8 Wujud
◙9 Qidam
◙10 Baqo
Qudrat 1◙ ◙11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2◙ ◙12 Qiyamuhu Ta’ala Binafsih
Ilmu 3◙ ◙13 Wahdaniyat
Hayat 4◙ ◙14 Qodirun
Sami’ 5◙ ◙15 Muridun
Basar 6◙ ◙16 Ilmun
Qalam 7◙ ◙17 Haiyun
◙18 Sami’un
◙19 Basirun
◙20 Mutakallimun


KETERANGAN SIFAT QUDRAT

QUDRAT(ALLAH yang tiada dengan tulang urat itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TA’ALA BINAFSIH dan yang WAHDANIYAT.

DIKATALAH
QUDRAT (KUASA yang tiada dengan tulang urat) itulah
QODIRUN (YANG KUASA)
kerana kuasa Allah berbuat yang zahir dan ghaib
PADA AKAL.




22
RAJAH 8 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

◙8 Ada dapat tiadanya
◙9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1◙ ◙10
◙11
◙12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2◙ ◙13
◙14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3◙ ◙15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4◙ ◙16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5◙ ◙17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6◙ ◙18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7◙ ◙19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
◙20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

KETERANGAN SIFAT BERKEHENDAK

BERKEHENDAK (Iradat manusia dengan hawa nafsu) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN, yang ESA BERSUSUN.

DIKATALAH
BERKEHENDAK (dengan hawa nafsu itu) YANG BERKEHENDAK
kerana DAPAT aku kehendaki yang zahir dan ghaib
PADA ADAT.



23
RAJAH 8 : SIFAT 20 BAGI ALLAH

◙8 Wujud
◙9 Qidam
◙10 Baqo
Qudrat 1◙ ◙11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2◙ ◙12 Qiyamuhu Ta’ala Binafsih
Ilmu 3◙ ◙13 Wahdaniyat
Hayat 4◙ ◙14 Qodirun
Sami’ 5◙ ◙15 Muridun
Basar 6◙ ◙16 Ilmun
Qalam 7◙ ◙17 Haiyun
◙18 Sami’un
◙19 Basirun
◙20 Mutakallimun


KETERANGAN SIFAT IRADAT

IRADAT (ALLAH yang tiada dengan hawa nafsu itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TA’ALA BINAFSIH dan yang WAHDANIYAT.

DIKATALAH
IRADAT (KEHENDAK yang tiada dengan hawa nafsu)
itulah MURIDUN (YANG BERKEHENDAK)
kerana TELAH dikehendaki Allah yang zahir dan ghaib
PADA AKAL.


Qiaskan ”MENGETAHUI” hingga ”BERKATA”
Qiaskan ”ILMU” hingga ”QALAM”


24
RAJAH 13 : SIFAT 20 BAGI MANUSIA

◙8 Ada dapat tiadanya
◙9 Ada permulaan
KUASA dengan tulang, urat,
darah, daging dan otak benak

1◙ ◙10
◙11
◙12
Berubah-ubah
Seumpama/Bersamaan
Kekurangan
BERKEHENDAK dengan
hawa nafsu

2◙ ◙13
◙14
Esa berlapis bersusun
Kelakuan KUASA dapat
berkuasa
MENGETAHUI dengan
hati dan perguruan

3◙ ◙15 Kelakuan BERKEHENDAK
dapat menghendaki
HIDUP dengan nyawa 4◙ ◙16

Kelakuan TAHU dapat
mengetahui
MENDENGAR dengan
lubang telinga

5◙ ◙17 Kelakuan HIDUP dapat
memelihara
MELIHAT dengan biji mata 6◙ ◙18 Kelakuan MENDENGAR
dapat mendengar
BERKATA dengan lidah,
huruf dan suara
7◙ ◙19 Kelakuan MELIHAT dapat
melihat
◙20 Kelakuan BERKATA dapat
berkata-kata

KETERANGAN SIFAT BERKATA

BERKATA (Qalam manusia dengan lidah, huruf suara) itulah yang ADA,
yang BERPERMULAAN, yang BERUBAH, yang SEUMPAMA,
yang KEKURANGAN, yang ESA BERSUSUN.

DIKATALAH
BERKATA (dengan lidah huruf suara itulah) YANG BERKATA
kerana DAPAT aku khabarkan yang zahir dan ghaib
PADA ADAT.



25
RAJAH 13 : SIFAT 20 BAGI ALLAH


◙8 Wujud
◙9 Qidam
◙10 Baqo
Qudrat 1◙ ◙11 Mukholafatuhulilhawadith
Iradat 2◙ ◙12 Qiyamuhu Ta’ala Binafsih
Ilmu 3◙ ◙13 Wahdaniyat
Hayat 4◙ ◙14 Qodirun
Sami’ 5◙ ◙15 Muridun
Basar 6◙ ◙16 Ilmun
Qalam 7◙ ◙17 Haiyun
◙18 Sami’un
◙19 Basirun
◙20 Mutakallimun


KETERANGAN SIFAT QALAM

QALAM (ALLAH yang tiada dengan lidah huruf suara itulah yang WUJUD,
yang QIDAM, yang BAQO, yang MUKHOLAFATUHULILHAWADITH,
yang QIYAAMUHU TA’ALA BINAFSIH dan yang WAHDANIYAT.

DIKATALAH
QALAM (khabar yang tiada dengan lidah huruf suara itulah)
MUTAKALLIMUN kerana telah dikhabarkan-Nya
SEMUA yang zahir dan ghaib
PADA AKAL.


WALLOHUA’LAM


26
RINGKASAN SIFAT 20

Bil 6 BANGSA DIRI MANUSIA
MENUNJUKKAN 6 BANGSA ZAT ALLAH

1
Ada aku dapat tiadanya, menunjukkan pada akalku bahawa AllahTa’ala tidak
dapat tiadanya. (Iaitu WAJIB WUJUD)

2
Ada permulaan, menunjukkan pada akalku bahawa, Allah Ta’ala tiada
permulaan. (Iaitu QIDAM)

3
Berubah-ubah, menunjukkanlah pada akalku bahawa, Allah Ta’ala tiada
berubah. (Iaitu BAQO)

4
Ada seumpamanya (bersamaan) dengan sekalian alam, menunjukkan pada
akalku bahawa, Allah Ta’ala tiada seumpama-Nya dengan sekalian alam.
(Iaitu MUKHOLAFATUHULILHAWADITH)

5
Ada kekurangan ku, menunjukkan pada akalku bahawa, Allah Ta’ala tiada
kekurangan. (Iaitu QIYAAMUHU TA’ALA BINAFSIH.)

6
Esa diriku itu berlapis dan bersusun menunjukkan pada akalku bahawa, Esa
Allah Ta’ala tiada berlapis dan tiada bersusun. (Iaitu WAHDANIYAT)

7 KEADAAN DIRI MANUSIA
MENUNJUKKAN 7 KEADAAN ZAT ALLAH

7
Kuasa aku dengan tulang, urat, darah, daging dan otak benak,
menunjukkan pada akalku bahawa, Kuasa Allah Ta’ala TIADA dengan tulang,
urat, darah, daging dan otak benak. (Iaitu QUDRAT).

8
Aku berkehendak dengan hawa nafsu, menunjukkan pada akal ku bahawa,
Allah Ta’ala berkehendak TIADA dengan hawa nafsu. (Iaitu IRADAT)

9
Aku mengetahui dengan hati dan perguruan, menunjukkan
pada akalku bahawa, Allah Ta’ala mengetahui TIADA dengan hati
dan perguruan. (Iaitu ILMU)




27

10
Aku hidup dengan nyawa, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Ta’ala hidup TIADA dengan nyawa. (Iaitu HAYAT)

11
Aku mendengar dengan lubang telinga, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Ta’ala mendengar TIADA dengan lubang telinga. (Iaitu SAMI’ )

12
Aku melihat dengan biji mata, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Ta’ala melihat TIADA dengan biji mata. (Iaitu BASAR)

13
Aku berkata dengan lidah, huruf dan suara, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Ta’ala berkata TIADA dengan lidah, huruf dan suara. (Iaitu QALAM)

7 KELAKUAN DIRI MANUSIA
MENUNJUKKAN 7 KELAKUAN ZAT ALLAH

14
Kelakuan kuasa dapat aku berkuasa, menunjukkan pada akalku
bahawa, Allah Ta’ala terlebih berkuasa. (Iaitu QODIRUN)

15
Kelakuan berkehendak dapat aku menghendaki, menunjukkan pada akalku
bahawa, Allah Ta’ala terlebih menghendaki. (Iaitu MURIDUN)

16
Kelakuan tahu dapat aku mengetahui, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Ta’ala terlebih mengetahui. (Iaitu ’ALIMUN)

17
Kelakuan hidup dapat aku memelihara, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Ta’ala terlebih memelihara. (Iaitu HAIYUN)

18
Kelakuan mendengar dapat aku mendengar, menunjukkan pada
akalku bahawa, Allah Ta’ala terlebih mendengar. (Iaitu SAMI’UN)

19
Kelakuan melihat dapat aku melihat, menunjukkan pada akalku
bahawa, Allah Ta’ala terlebih melihat. (Iaitu BASIRUN)

20
Kelakuan berkata dapat aku berkata-kata, menunjukkan pada akalku bahawa,
Allah Ta’ala terlebih berkata-kata. (Iaitu MUTAKALLIMUN)
Wallohua’lam.




28
SOALAN KEFAHAMAN

1. Apakah maksud Allah tidak SEBANGSA dengan sesuatu dan apakah dalilnya?
Jawapan :

Maksud tidak sebangsa ialah TIDAK SAMA dengan 6 sifat yang ada pada
semua makhluk iaitu harus adanya, ada permulaan, sentiasa berubah, ada yang
serupa, berdiri dengan yang lain dan esa zatnya berlapis bersusun. 6 sifat itu
dinamakan BANGSA diri makhluk. Dalil menunjukkan MUSTAHIL bagi Allah 6
BANGSA itu ialah firman-Nya pada ayat terakhir surah al-Ikhlas yang bermaksud
“kata olehmu ya Muhammad, zat Allah itu TIADA seBANGSA akan salah
suatu juapun” yakni salah suatu dari yang 6 di atas itu.

2. Bolehkan Allah didefinisikan? Kenapa?
3. Apakah makna dalil dan madlul?
4. Apakah makna dan perbezaan hukum adat, hukum akal dan hukum syara’?
5. Apakah beza maksud mengetahui dan beriman? Berikan contoh.
6. Apakah makna mengenal Allah?
7. Apakah perbezaan makna ”tahu”, ”faham”, ”tahkiq” dan ”taqlid”?
8. Setiap mukallaf ditegah TAQLID tentang Allah tanpa mengetahui dalil
akalnya. Apakah ayat Qur’an yang melarang manusia ikut membuta tuli?
9. Apakah hukum mentahkiqkan pengenal kepada Allah?
10. Apakah bukti atau dalil yang menyuruh mentahkiqkan makna esa?
11. Kenapa kita belajar mengenal Allah?
12. Apakah tujuan mempelajari sifat 20?
13. Apakah ayat Qur’an yang menyuruh mengenal Allah?
14. Apakah hukumnya bagi manusia yang tidak mengenal Allah?
15. Apakah makna Allah dan makna Tuhan?
16. Mampukah manusia memikirkan tentang Allah? Kenapa?
17. Apakah hukumnya jika manusia memikirkan Allah?
18. Adakah memikirkan sifat 20 dikatakan memikirkan Allah? Kenapa?
19. Apakah perbezaan makna manusia ada, melihat dan Allah ada, melihat?
20. Apakah perbezaan makna manusia esa dan Allah ESA?
21. Apakah makna sifat dan makna zat?
22. Adakah maksud sifat bagi manusia dan maksud sifat bagi Allah?
23. Apakah sifat yang ada pada semua makhluk zahir atau ghaib?
24. Apakah maksud diri manusia dan maksud diri Allah?


29
25. Yang manakah bangsa diri manusia dan bangsa diri Allah?
26. Yang manakah keadaan diri manusia dan keadaan diri Allah?
27. Yang manakah kelakuan diri manusia dan kelakuan diri Allah?
28. Apakah maksud sifat salbiah dan sifat maknawiah?
29. Adakah perkataan sifat bagi Allah disebut dalam al-Qur’an? Jika ”ada”
nyatakan ayatnya?
30. Apakah maksud sifat kamalat dan yang manakah sifat kamalat?
31. Bolehkah dikata ”LAIN SIFAT DARIPADA”? Kenapa? Nyatakan buktinya
daripada al-Qur’an.
32. Apakah dalil daripada Qur’an bahawa Qudrat itulah Qodirun?
33. Apakah dalil daripada Qur’an bahawa esa sifat, zat, nama dan kelakuan?
34. Apakah beza orang Islam dan kafir ketika menyebut nama Allah?
35. Apakah iktikad kita bila menyebut nama Allah dan perkataan ”Tuhan”?
36. Apakah ayat Qur’an yang menjadi BUKTI setiap ayat sifat 20 di atas?
37. Apakah kesimpulan bagi sifat 20? Terangkan.

CATATAN















30
























Maaf atas sebarang kesalahan dan harap segera diperbetulkan serta
dimaklumkan kepada penulis melalui email : fxcmega@gmail.com (Abul Hakim)
Lihat lanjutan dan rumusannya dalam siapaALLAH.blogspot.com